pengertian dan konsep pentaksiran psv

Upload: dilasif

Post on 15-Oct-2015

626 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

1.1 Konsep Pentaksiran1.2 Konsep Pengujian1.3 Konsep Pengukuran1.4 Konsep Penilaian

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan. Di sini saya ingin menerangkan beberapa perkara mengenai tugasan yang diberikan kepada saya di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Seni Visual. Tugasan ini diberi kepada saya pada 23 Julai 2012 dan perlu disiapkan pada 28 Ogos 2012. Kursus Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV 3111) ini meliputi konsep pentaksiran PSV, jenis-jenis pentaksiran, tujuan pentaksiran PSV, kaedah pentaksiran PSV, peraturan memberi markah, penilaian hasil kerja dan penilaian portfolio. Untuk semester 6 ini, saya dikehendaki menyediakan tugasan dengan membuat pembacaan, mengumpul, memproses maklumat dan merekabentuk borang-borang yang berdasarkan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual. Bagi menyiapkan tugasan ini, saya dikehendaki mengumpul maklumat tentang jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual. Hasil daripada maklumat yang dikumpul dan diperoleh, saya dikehendaki menghasilkan pengurusan grafik tentang banding beza jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni visual. Seterusnya, saya juga dikehendaki mengenal dan menghurai kriteria-kriteria utama dalam peraturan memberi markah Pendidikan Seni Visual secara analitik iaitu berdasarkan kepada aspek-aspek seperti kriteria kandungan, kriteria pengelolaan dan kriteria proses. Kemudian saya perlu merekabentuk borang skema pemarkahan dan rubrik pemberian markah dalam penilaian hasil kerja 4 Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual.Saya juga dikehendaki membuat satu penulisan refleksi sebanyak lebih kurang 2 hingga 3 muka surat. Penulisan refeleksi ini perlu merangkumi aspek-aspek seperti pengalaman saya semasa melakukan tugasan ini, masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan ini dan cara mengatasinya, serta huraian bagaimana pengalaman saya dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan kognitif individu.

Akhir kata, saya berharap tugasan ini akan dapat meningkatkan kefahaman saya tentang pentaksiran Pendidikan Seni Visual dan sebagai ulangkaji bagi persediaan menduduki peperiksaan akhir semester yang akan dijalankan tidak lama nanti.

ISI KANDUNGAN1.0 Pengertian dan Konsep Pentaksiran PSV1.1 Konsep Pentaksiran1.2 Konsep Pengujian1.3 Konsep Pengukuran1.4 Konsep Penilaian

2.0 Banding Beza Jenis-Jenis Pentaksiran Pendidikan Seni Visual.3.0 Kriteria utama dalam peraturan memberi markah Pendidikan Seni Visual secara analitik. 3.1 Pengenalan 3.2 Kriteria Penilaian Bidang Menggambar 3.3 Kriteria Penilaian Bidang Membuat Corak dan Rekaan 3.4 Kriteria Penilaian Bidang Membentuk dan Membuat binaan. 3.5 Kriteria Penilaian Bidang Mengenal Kraf Tradisional 3.6 Tindakan Susulan

4.0 Skema Pemarkahan dan Rubrik Pemberian Markah dalam Penilaian Hasil Kerja 4 Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual. 4.1 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Menggambar. 4.2 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Membuat Corak dan Rekaan 4.3 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Membentuk dan Membuat Binaan. 4.4 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Mengenal Kraf Tradisional. 4.5 Borang Pemarkahan Pendidikan Seni Visual (KBSR) 4.6 Rubrik Penentuan Gred Pemarkahan Pendidikan Seni Visual

5.0 Refleksi6.0 Rujukan

1.0 Pengertian dan Konsep Pentaksiran PSV

1.1 Konsep Pentaksiran.Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;

Tujuan Pentaksirani. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaranii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaraniii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikapiv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.

Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai. meningkatkan motivasi pelajarpentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning).pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.Konteks pendidikan :pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. CONTOHTUJUANDEFINISIPENTAKSIRAN

1.2 Konsep Pengujian

PENGUJIAN

Menyelesaikan masalah Matematik.Melukis 1 gambar rajah.Mentakrif sesuatu perkataan.DEFINISITUJUANCONTOHMengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.Mengesan kemajuan yang telah diperoleh mengenai pencapaian hasil pembelajaran yang lain.Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran.Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.1 teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku individu.Ujian terdiri daripada 1 set soalan atau tugasan yang membuatkan murid memberi 1 set tindak balas atau respon.Ujian merupakan alat pengukuran yang hanya mengukur pencapaian murid (dalam bentuk markah) sahaja.

1.3 CONTOHTUJUANDEFINISIPENGUKURANRamli mendapat 60% dalam ujian Matematik. Pencapaian Matematik diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Kemahiran melukis murid boleh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu Untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu.Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara murid.Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara murid dalam mata pelajaran tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan. Konsep Pengukuran

1.4 Konsep Penilaian

PENILAIANCONTOHTUJUANPENILAIANDEFINISI

DEFINISITUJUANCONTOH

satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar. suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.DiagnosisPencapaianPemilihan dan PenempatanBimbingan dan Kaunseling

Penilaian KEndiri:bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain atau peperiksaan.Penilaian Guru bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannyaPenilaian Piawai bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.

3.0 Kriteria utama dalam peraturan memberi markah Pendidikan Seni Visual secara analitik.

3.1 PengenalanPenilaian merupakan kayu pengukur kepada keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian, ianya amat penting bagi setiap guru bagi melihat sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berkesan kepada anak murid. Di dalam penilaian terdapat empat perkara penting yang perlu dinilai iaitu:

a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan.Penilaian hendaklah dilakukan sama ada pemilihan alat-alat yang sesuai atau tidak dengan gerak kerja yang akan dilakukan oleh murid.

b. Pengwujudan IdeaPengwujudan idea merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja yang bermutu, di dalam membuat penilaian perkara-perkara berikut diberi perhatian:

Cara mendapatkan idea melalui bahan-bahan rujukan atau mencari sumber asli. Alam sekitar Pengalaman Perbincangan Penerokaan dan pengamatan

Cara memperkembangkan idea: Mengkaji idea yang boleh digunakan, menunjukkan makna, hasrat dan tujuan. Memilih idea yang sesuai Mengubahsuai pelbagai idea Menyusun idea Mensintesis idea

c. Kegunaan bahan dan aplikasi teknikKebolehan menggunakan alat-alat yang sesuai dengan gerak kerja seni.Menggunakan bahan dan teknik yang sesuai dengan tema, makna, hasrat, tujuan dan idea.

d. Kekemasan dan Sahsiah:Penilaian kekemasan perlu diberi kerana ia dapat melahirkan pelajar yang berdisplin melalui diri dan kerja supaya dapat menguasai alatan dan kemahiran melalui kehalusan mutu kerja karya seni.

3.2 Kriteria Penilaian Bidang MenggambarDi bawah merupakan contoh penilaian aktiviti Mozek bagi bidang Menggambar yang bertajuk Kartun Kegemaran Saya yang meliputi aspek kriteria kandungan, kriteria pengelolaan dan criteria proses.

3.2.1 Kriteria Kandungan:a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahanBidang: Menggambar.Teknik: Mozek.Tajuk: Kartun Kegemaran Saya.

Alat:Bahan:

Gunting Pembaris

Pensel Warna Pensel Kertas Warna

b. Pengwujudan idea: Memilih tema Pemeringkatan idea membuat lakaran dan gubahan

3.2.2 Kriteria PengelolaanBILKRITERIAPERINCIAN KRITERIAMARKAH

1.aplikasi ilmu dan kemahiran Pecahan ruang yang sesuai (perspekrif dan ruang.) Gunting rupa geometri secara tepat, kemas dan betul. Rupa dan bentuk yang tepat Imbangan subjek dalam ruang Pemilihan sudut pandangan yang menarik Aplikasi asas seni reka

30%

2.PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN

Olahan dan teknik mewarna Kesan dan suasana mood yang ditunjukkan Kesan ruang dan olahan warna. Olahan dan teknik penggunaan garisan dalam mewujudkan kesan jalian, bentuk, ton, ruang. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai

20%

3.KEASLIAN IDEA

Kesesuaian karya dengan tema / mesej menepati soalan. Keberkesanan dalam mewujudkan komunikasi melalui kesan tampak.20%

4.APRESIASI SENI Olahan idea susun atur objek dan objek sokongan. Gaya tersendiri dan keaslian20%

5.SIKAP DAN SAHSIAH Kemasan hasil kerja Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan.10%

3.2.2 Kriteria Proses:

Bidang: MenggambarTeknik: MozekTajuk: Kartun Kegemaran saya

Langkah-langkah:1. Melakar dan menggunting rupa geometri iaitu sfera, hemisfera, dan segitiga.2. Jumlah lakaran :Jenis geometriJumlah

a. sfera3

b. hemisfera4

c. segitiga2

3. Sfera ditampal secara jarak antara satu sama lain (mozek) sebagai kepala dan mata kartun. Jumlah sfera yang diperlukan 3.4. Cantumkan semua rupa geomteri kertas warna dengan gam. Lakukan dengan kemas dan mengikut kreativiti masing-masing.

Rumusan Pemberian Markah:Saya harus melihat melalui aspek-aspek berikut:1. Murid dapat menggunting rupa geometri secara tepat, kemas dan betul.2. Rupa dan bentuk yang tepat dapat dihasilkan3. Terdapat kesimbangan subjek dalam ruang4. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai.5. Gaya tersendiri dan keaslian6. Olahan idea susun atur objek dan objek sokongan yang menarik. 7. Kemasan hasil kerja yang baik.8. Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan.

3.3 Kriteria Penilaian Bidang Membuat Corak dan Rekaan.Di bawah merupakan contoh penilaian aktiviti Percikan bagi bidang Membuat corak dan rekaan yang bertajuk Penanda Buku yang meliputi aspek kriteria kandungan, kriteria pengelolaan dan criteria proses.

3.3.1 Kriteria Kandungan:a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan

Bidang: Membuat Corak dan RekaanTeknik: PercikanTajuk: Penanda Buku

Alat:Bahan:

Berusgigi Palet Bekas air Kain Gunting Penebuk lubang Warna poster pensel Surat khabar. Kertas lukisan A3 Reben

b. Pengwujudan idea Memilih tema Pemeringkatan idea gubahan dan motif corak.

c. Jenis corak yang dipilih: Corak Tidak Terancang

d. Jenis rekaan yang diplih: Kad Ucapan

3.3.2 Kriteria PengelolaanBILKRITERIAPERINCIAN KRITERIAMARKAH

1.APLIKASI ILMU DAN KEMAHIRAN

Pecahan ruang yang sesuai (perspekrif dan ruang.) Pemilihan motif corak yang sesuai Imbangan subjek dalam ruang Pemilihan sudut pandangan yang menarik Aplikasi asas seni reka

30%

2.PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN

Olahan dan teknik mewarna Kesan dan suasana mood yang ditunjukkan Kesan ruang dan olahan warna. Olahan dan teknik penggunaan warna dalam mewujudkan kesan ruang yang menarik. Aplikasi teknik percikan dengan betul.

20%

3.KEASLIAN IDEA

Kesesuaian karya dengan tema / mesej menepati soalan. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai Keberkesanan dalam mewujudkan komunikasi melalui kesan tampak.

20%

4.APRESIASI SENI Olahan idea susun atur motif Gaya tersendiri dan keaslian20%

5.SIKAP DAN SAHSIAH

Kemasan hasil kerja Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan.

10%

3.3.3 Kriteria Proses:

Bidang: Membuat Corak dan RekaanTeknik:PercikanTajuk: Corak tidak terancang percikan warna airTema: Penanda Buku

Langkah-langkah:1. Membuat pemilihan warna yang menarik dan bancuh di dalam bekas pembancuh warna.2. Celup berus gigi ke dalam palet yang terdapat cat air.3. Percikan warna air pada berus gigi ke atas permukaan kertas lukisan.4. Warna yang telah dipercikan dibiarkan kering.

Menghasilkan kad ucapan :1. Buat lakaran rupa penanda buku mengikut kreativiti masing-masing.2. Gunting kertas lukisan mengikut lakaran rupa bentuk penanda buku yang dilukis.3. Tebuk lubang di hujung kad penanda buku.4. Membuat kemasan dengan mengikat dengan reben pada lubang penanda buku.

Rumusan Pemberian Markah:Saya harus melihat melalui aspek-aspek berikut:1. Aplikasi teknik percikan dengan betul.2. Terdapat kesimbangan subjek dalam ruang3. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai.4. Gaya tersendiri dan keaslian5. Olahan idea susun atur motif corak6. Kemasan hasil kerja yang baik.7. Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan.

3.4 Kriteria Penilaian Bidang Membentuk dan Membuat Binaan.Di bawah merupakan contoh penilaian aktiviti Mobail bagi bidang Membentuk dan Membuat Binaan yang bertajuk Rama-rama Kertas yang meliputi aspek kriteria kandungan, kriteria pengelolaan dan kriteria proses.

3.4.1 Kriteria Kandungan:a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan

Bidang:Membentuk dan Membuat Binaan.Teknik: MobailTajuk : Rama-Rama Kertas

Alat:Bahan:

Pisau Gunting Pembaris

Pensel Pensel warna Kertas warna Tali parcel

b. Pengwujudan idea Memilih tema dan tajuk Pemeringkatan idea dan teknik membuat mobail Rama-rama kertas Olahan dan gubahan pada kemasan akhir karya.

3.4.2 Kriteria PengelolaanBILKRITERIAPERINCIAN KRITERIAMARKAH

1.Aplikasi ilmu dan kemahiran Pecahan ruang yang sesuai (perspekrif dan ruang.) Keteguhan dan tapak yang kukuh Rupa dan bentuk yang tepat Imbangan subjek dalam ruang Pemilihan sudut pandangan yang menarik Aplikasi asas seni reka

30%

2.PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN Olahan unsur seni dan prinsip rekaan Kesan dan suasana mood yang ditunjukkan Kesan ruang dan olahan warna. Olahan dan teknik penggunaan warna dalam mewujudkan kesan ruang yang menarik. Teknik menggantung mobail yang betul dan tepat

20%

3.KEASLIAN IDEA Kesesuaian karya dengan tema / mesej menepati soalan. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai Keberkesanan dalam mewujudkan komunikasi melalui kesan tampak.

20%

4.APRESIASI SENI Olahan idea dan susun atur objek Gaya tersendiri dan keaslian20%

5.SIKAP DAN SAHSIAH

Kemasan hasil kerja Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan.

10%

3.4.3 Kriteria Proses

Bidang: Membentuk dan Membuat RekaanTeknik: MobailTajuk: Rama-Rama Kertas

Langkah-langkah:1. Menyediakan kertas warna berbentuk segitiga sama dan lipat 2 kepada menjadi tiga segi.2. Lipat segitiga separuh , lipat dengan kemas dan buka semula.3. Lipat 2 sudut kertas kebawah. beri ruang antara bahagian tengah lipatan.4. Pusing kertas ke hadapan lipat bucu kebawah pada titik tengah untuk dijadikan kepala Rama-rama.5. Lipat kembali bucu tersebut ke hadapan.6. Ulang langkah 1 hingga 5 untuk menghasilkan 3 hingga 4 origami rama-rama.7. Hasil origami digantung pada tali parcel secara seimbang mengikut kreativiti masing-masing.

Rumusan Pemberian Markah:Saya harus melihat melalui aspek-aspek berikut:1. Aplikasi teknik lipatan origami dengan betul dan tepat.2. Mobail Rama-rama yang kukuh dan teguh.3. Terdapat kesimbangan subjek dalam ruang4. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai.5. Gaya tersendiri dan keaslian6. Olahan idea susun atur subjek atau komposisi yang menarik7. Kemasan hasil kerja yang baik.8. Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan

3.5 Kriteria Penilaian Bidang Mengenal Kraf Tradisional.Di bawah merupakan contoh penilaian aktiviti Mobail bagi bidang Mengenal Kraf Tradisional yang bertajuk Anyaman Ikan Kekek yang meliputi aspek kriteria kandungan, kriteria pengelolaan dan kriteria proses.3.5.1 Kriteria Kandungan:a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan

Bidang: Mengenal Kraf Tradisional.Teknik : Anyaman (Kelarai Mata Bilis)Tajuk: Anyaman Ikan Kekek

Alat:Bahan:

Pisau Gunting Pembaris

Pensel Kertas Warna Kertas Lukisan Marker pen

b. Pengwujudan idea Memilih tema Pemeringkatan idea dalam gubahan Lakaran gubahan Pemilihan warna yang sesuai

3.5.2 Kriteria pengelolaan:BILKRITERIAPERINCIAN KRITERIAMARKAH

1.Aplikasi ilmu dan kemahiran Keteguhan yang kukuh pada objek Rupa dan bentuk yang tepat Imbangan subjek dalam ruang Pemilihan sudut pandangan yang menarik Aplikasi asas seni reka

30%

2.PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN

Olahan unsur seni dan prinsip rekaan Kesan dan suasana yang ditunjukkan Kesan ruang dan olahan warna. Olahan dan teknik penggunaan warna dalam mewujudkan kesan ruang yang menarik. Aplikasi teknik menganyam yang betul dan tepat

20%

3.KEASLIAN IDEA Kesesuaian karya dengan tema / mesej menepati soalan. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai Keberkesanan dalam mewujudkan komunikasi melalui kesan tampak.

20%

4.APRESIASI SENI Olahan idea dan susun atur objek Gaya tersendiri dan keaslian20%

5.SIKAP DAN SAHSIAH

Kemasan hasil kerja Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan.

10%

3.5.3 Kriteria Proses:

Bidang: Mengenal Kraf TradisionalTeknik: Anyaman (Kelarai Mata Bilis)Tajuk: Anyaman Ikan kekek

Langkah-langkah:1. Menyediakan semua bahan dan alat untuk menganyam.2. Lukis garisan panjang (menlintang) secara berulang pada kertas warna dengan lebar 2 cm.3. Gunting mengikut garisan yang digunting untuk mendapatkan bilah kertas untuk menganyam.4. Lukis garisan (menegak) pada kertas lukisan dengan jarak 2 cm.5. Gunting garisan tegak tersebut dan elakkan daripada kertas terputus.6. Proses menganyam dijalankan secara berselang seli seperti tapak dam.7. Setiap hujung kelarai digam supaya kemas.8. Lukis rupa bentuk ikan kekek pada kertas lukisan lain dan tebuk rupa ikan tersebut untuk mendapatkan rupa ikan seperti acuan.9. Tampal kertas lukisan yang mempunyai rupa ikan kekek atas permukaan anyaman kelarai mata bilis tadi.10. Buat kemasan pada anyaman ikan kekek mengikut kreativiti masing-masing.

Rumusan Pemberian Markah:Saya harus melihat melalui aspek-aspek berikut:1. Aplikasi teknik Anyaman Kelarai Mata Bilis dengan betul dan tepat.2. Hasil anyaman harus kukuh dan teguh.3. Terdapat kesimbangan anyaman dalam ruang4. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai.5. Gaya tersendiri dan keaslian6. Olahan idea yang menarik7. Kemasan hasil kerja yang baik.8. Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan

3.6 TINDAKAN SUSULAN

Tindakan susulan ke atas pelajar semasa dan selepas pemilihan dilakukan harus dibuat bertujuan menentukan bahawa pelajar dapat memeperbaiki tahap pembelajaran mereka. Proses ini berlaku sepanjang pembelajaran dan saya harus peka kepada keadaan ini. Sila rujuk Contoh tindakan susulan yang telah saya lakukan kepada murid-murid sepanjang tugasan projek ini dilaksanakan.

BILPERINGKAT PEMBELAJARAN PELAJARTINDKAN SUSULANCARA TINDKAAN DILAKUKAN OLEH GURU

1.PERKEMBANGAN IDEA Kajian, pemerhatian dan perbincangan bersasarkan lukisan gambar, subjek matter dan objek sebenar.

/

/ Memberi panduan perkara untuk dikaji dsn dibincangkan. . Melihat hasil kerja dan memberi nasihat supaya lukisan lebih kemas.

2.PROSES KERJA Membuat lakaran mengenai kualiti garisan pada objek yang dikaji. Membuat lakaran thumbnail pada objek yang dilakar.

/

/

Melihat lakaran dan memberi pendapat. Melihat dan menegur dari masa ke masa mengenai perkara Asas Seni Reka.

BILPERINGKAT PEMBELAJARAN PELAJARTINDKAN SUSULANCARA TINDKAAN DILAKUKAN OLEH GURU

3.APLIKASI TEKNIK Kajian, penerokaan dan perbincangan mengenai pelbagai teknik dalam lukisan. Aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan

/

/ Memberi panduan perkara untuk dikaji dan dibincangkan. Melihat hasil kerja dan memberi nasihat supaya lukisan lebih kemas berdasarkan Asas Seni Reka.

4.SAHSIAH DAN KEKEMASAN Penerapan nilai-nilai murni dalam menghasilkan tugasan. Membuat apresiasi karya diri sendiri dan rakan lain.

/

/ Sentiasa mengingatkan dan memberi penerapan nilai-nilai murni dalam penghasilan tugasan Pendidikan Seni Visual. Melihat dan memberi tunjuk ajar dari masa ke masa mengenai perkara Asas Seni Reka dalam proses apresiasi seni.

4.0 Skema pemarkahan dan rubrik pemberian markah dalam penilaian hasil kerja 4 Bidang Kegiatan Pendidkan Seni Visual.4.1 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang MenggambarSKEMA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG MENGGAMBAR

KRITERIAHURAIANMARKAH (%)

APLIKASI ILMU DAN KEMAHIRAN1. Asas Seni Reka Aplikasi unsure seni dalam karya iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna. Aplikasi prinsip rekaan dalam karya iaitu keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan, kontra, penegasan,keharmonian dan kesatuan2. Teknik Aplikasi pelbagai jenis teknik dalam melukis menggunakan pelbagai media kering. Memahami penggunaan pelbagai jenis teknik lukisan30

KEASLIAN IDEA1. Kreativiti Menghasilkan karya yang kreatif2. Olahan idea Pengolahan idea yang kreatif dan asli sepanjang proses penghasilan20

PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN1. Penerokaan pelbagai jenis alat dan bahan Jenis kertas Media kering20

APRESIASI KARYA1. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.2. Membuat penyataan secara lisan tentang karya

20

SIKAP DAN SAHSIAH1. Sikap dan sahsiah yang baik serta bersungguh-sungguh menghasilkan karya dari aspek Kekemasan Kebersihan Kerajinan komitmen10

JUMLAH100

4.2 Skema Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Mencorak dan Membuat RekaanSKEMA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

KRITERIAHURAIANMARKAH (%)

APLIKASI ILMU DAN KEMAHIRAN1. Asas Seni Reka Aplikasi unsur seni dalam karya iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna. Aplikasi prinsip rekaan dalam karya iaitu keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan, kontra, penegasan,keharmonian dan kesatuan Memahami konsep corak terancang dan tidak terancang.

2. Teknik Aplikasi pelbagai jenis corak terancang seperti Lukisan, Catan, Cetakan, Capan, Lipatan dan guntingan, Resis, Kolaj, Kaligrafi Aplikasi susunan corak terancang seperti susunan Dam, Sisik ikan, cerminan dsb. Aplikasi pelbagai jenis corak tidak terancang seperti Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan dan celupan, Renjisan dan percikan

30

KEASLIAN IDEA1. Kreativiti Menghasilkan karya yang kreatif

2. Olahan idea Pengolahan idea yang kreatif dan asli sepanjang proses penghasilan20

PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN1. Penerokaan pelbagai jenis alat dan bahan Media kering seperti pensel warna Media basah seperti cat air Penggunaan komputer20

APRESIASI KARYA1. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.2. Membuat penyataan secara lisan tentang karya20

SIKAP DAN SAHSIAH1. Sikap dan sahsiah yang baik serta bersungguh-sungguh menghasilkan karya dari aspek Kekemasan Kebersihan Kerajinan komitmen10

JUMLAH100

4.3 Skema Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Membentuk dan Membuat BinaanSKEMA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

KRITERIAHURAIANMARKAH (%)

APLIKASI ILMU DAN KEMAHIRAN1. Asas Seni Reka3. Aplikasi unsure seni dalam karya iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.4. Aplikasi prinsip rekaan dalam karya iaitu keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan, kontra, penegasan,keharmonian dan kesatuan5. Memahami konsep membentuk dan membina sesuatu binaan

2. Teknik Aplikasi pelbagai jenis teknik dalam membentuk dan membina seperti mencantum, tanggam, ikatan dan sebagainya dalam proses penghasilan karya keteguhan30

KEASLIAN IDEA1. Kreativiti Menghasilkan karya yang kreatif

2. Olahan idea Pengolahan idea yang kreatif dan asli sepanjang proses penghasilan20

PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN1. Penerokaan pelbagai jenis alat dan bahan Jenis bahan terpakai (bahan terpakai yang terdapat di persekitaran seperti kotak minuman, surat khabar)20

APRESIASI KARYA1. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.2. Membuat penyataan secara lisan tentang karya yang dihasilkan20

SIKAP DAN SAHSIAH1. Sikap dan sahsiah yang baik serta bersungguh-sungguh menghasilkan karya dari aspek Kekemasan Kebersihan Kerajinan komitmen10

JUMLAH100

4.4 Skema Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Mengenal Kraf TradisionalSKEMA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL

KRITERIAHURAIANMARKAH (%)

APLIKASI ILMU DAN KEMAHIRAN1. Asas Seni Reka6. Aplikasi unsure seni dalam karya iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.7. Aplikasi prinsip rekaan dalam karya iaitu keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan, kontra, penegasan,keharmonian dan kesatuan8. Memahami konsep Kraf Tradisional

30

KEASLIAN IDEA1. Kreativiti Menghasilkan karya yang kreatif

2. Olahan idea Pengolahan idea yang kreatif dan asli sepanjang proses penghasilan20

PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN1. Penerokaan pelbagai jenis alat dan bahan Jenis bahan gantian (contohnya kertas warna bagi menggantikan daun pandan untuk aktiviti anyaman dsb) Jenis bahan terpakai (contohnya surat khabar, tin, botol dsb)

20

APRESIASI KARYA2. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.3. Membuat penyataan secara lisan tentang karya20

SIKAP DAN SAHSIAH2. Sikap dan sahsiah yang baik serta bersungguh-sungguh menghasilkan karya dari aspek Kekemasan Kebersihan Kerajinan komitmen10

JUMLAH100

5.0 Penulisan Refleksi

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Pentaksiraan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (PSV 3111) ini dengan sebaik yang saya mampu. Berkat kesabaran serta ketabahan serta pengorbanan masa dan tenaga, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saat pertama kali saya menerima tugasan ini pada 20 Julai 2012, saya merasakan amat sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini kerana sememangnya yang saya tahu kursus Pentaksiran Pendidikan Seni Visual ini amat rumit seperti mana sukarnya Pentaksiran Bahasa Melayu yang juga saya hadapi. Namun begitu, berkat tunjuk ajar para pensyarah iaitu Puan Fauziah binti Kendut dan Cik Zaharah binti Mohamad , rakan-rakan sekelas dan senior kami terutamanya Hazzim Suahimi dari kumpulan G 8.5 telah membantu saya untuk mencetuskan idea bagi menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berkenaan.

Segala maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini adalah daripada sumber rujukan buku, internet dan rakan sebaya serta rakan senior saya. Maklumat yang saya perolehi ini banyak membantu saya dalam meningkatkan kefahaman saya terhadap konsep pentasiran yang merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran. Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai jenis-jenis pentaksiran yang dapat digunakan dalam Pendidikan Seni Visual iaitu Pentaksiran Autentik, Pentaksiran Perfomance Based, Pentaksiran dan Hasil pembelajaran, Pentaksiran dan Tindakan penambahbaikan, Pentaksiran dan Motivasi, Pentasiran Aspek Nilai dan Sahsiah, Pentaskiran Pembentukan Watak, Pentaksiran Berbantukan Komputer dan Pentaksiran Kendiri. Kesemua jenis pentaksiran yang saya nyatakan di atas mempunyai kelebihannya tersendiri. Secara tidak langsung tugasan ini banyak memberikan input yang berguna kepada saya mengenai jenis pentaksiran yang sebelum ini saya tidak pernah dengar apatah lagi mempelajarinya.

Bukan itu sahaja, tugasan ini memudahkan saya untuk menghadapi praktikum fasa 3 pada semester 7 akan datang. Hal ini kerana, saya dikehendaki mengenalpasti dan menghurai kriteria-kriteria utama dalam peraturan memberi markah Pendidikan Seni Visual berbentuk analitik. Selain itu, saya juga dikehendaki merekabentuk borang skema pemarkahan dan rubrik pemberian markah dalam penilaian hasil kerja 4 Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual. Kesemua kriteria, skema dan rubrickpemarkahan yang saya bina ini akan memudahkan saya untuk membuat pentaksiran hasil kerja murid semasa saya menjalani praktikum fasa 3 akan datang. Selain itu, tugasan ini juga dapat membantu saya memudahkan kajian tindakan yang akan saya lakukan pada semester 7 akan datang.

Untuk menghasilkan tugasan ini tidaklah semudah yang disangka. Banyak masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini. Masalah pertama ialah kekangan masa dengan tugasan lain iaitu tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan ini lebih susah dan sukar berbanding dengan tugasan ini kerana tugasan ini memerlukan kajian dan analisis data yang sangat terperinci mengenai soalan Bahasa Melayu yang dirangka dan hasil dapatan ujian Bahasa Melayu yang perlu dianalis. Pembinaan soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk saya menyiapkan tugasan ini. Apa yang menjadi masalahnya ialah tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual ini perlu saya hantar dalam tempoh yang sama dan ianya agak memberi tekanan kepada saya. Namun begitu, saya kuatkan azam dan semangat saya untuk menyiapkan kedua-dua tugasan ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan.Alhamdulillah..

Masalah kedua yang saya hadapi ialah sumber rujukan buku pentaksiran Pendidikan Seni Visual yang sangat sukar untuk dicari di Perpustakaan Institut. Untuk mendapatkan maklumat bagi menjalankan tugasan ini, saya mencari alternatif lain selain internet iaitu ingin meminjam buku di perpustakaan. Namun begitu yang perkara yang amat menyedihkan saya adalah buku pentaksiran seni visual sukar didapati dan yang hanya saya Berjaya jumpai adalah buku pentaksiran Bahasa melayu yang ditulis oleh Ee Ah Meng terbitan Fajar Bakti Snd. Bhd. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah saya mencari alternative lain dengan meminjam buku daripada rakan saya sebagai bahan rujukan untuk tugasan ini.

Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, secara peribadinya ingin saya nyatakan di sini ialah pengalaman saya dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkatkan kefahaman saya tentang perkembangan kognitif individu kerana melalui kriteria-kriteria yang dinilai melalui hasil karya murid , saya akan dapat mengenalpasti sejauh mana tahap atau aras perkembangan kognitif murid hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. Hasil daripada perubahan perkembangan kognitif dan tingkah laku murid inilah yang menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru dan guru seharusnya membuat langkah penambahbaikan terhadap kekurangan dalam P&P yang dilaksanakan.

Sebelum saya menamatkan penulisan refleksi saya ini, saya ingin mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada para pensyarah pembimbing iaitu Puan Fauziah binti Kendut dan Cik Zaharah binti Mohamad serta rakan-rakan atas sokongan moral, tunjuk ajar, perkongsian ilmu dan sebagainya. Sememangnya tugasan ini banyak meningkatkan kefahaman saya tentang Pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual dan ianya merupakan sebagai ulangkaji untuk saya menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.sekian..

6.0 RujukanHoy, C., & Gregg, N. (1994). Assessment: the special educators role. Pacific Grove, CA: Brooks. Cole Publishing Company.

Ronald, L. & Taylor, D. (2002). Assessing of exceptional students. Educational & psychological procedure. Boston: Allyn & Bacon.

Siti Rahayah Ariffin, (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat Perkembangan Akademik, UKM.

Abdul Hadi, M. & Hazina, Z. (2007). Pentaksiran dalam pendidikan khas. OUM. Kuala Lumpur

autentik performance based dan hasil pembelajran PSV 3111 dari http://www.scrid.com

ejournal.sunan-ampel.ac.id/index.php/antologi/article/view/.../264 http://www.scrid.com