pengenalan teori etika teleologi

6
Pengenalan Teori Etika Teleologi: Utilitarianisme dan Egoisme. Teori teleologi mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai konsekuensialisme ( consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme. 1.1 Teori Utilitarianisme: 1.1.1 Definisi: Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral). 1.1.2 Pengasas-pengasas: Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873). Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu kesenorokan. Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.

Upload: dzul-atom

Post on 02-Jul-2015

2.570 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Teori Etika Teleologi

Pengenalan Teori Etika Teleologi: Utilitarianisme dan Egoisme.

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung

kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme

(consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau

peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai

bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu

ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan

dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun,

pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat

telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu

Utilitarianisme dan Egoisme.

1.1 Teori Utilitarianisme:

1.1.1 Definisi:

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya

melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak

kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan

yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu

yang bukan bersifat moral).

1.1.2 Pengasas-pengasas:

Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan

seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873).

Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi

kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari

kebahagiaan, iaitu kesenorokan.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara

keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti

sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah,

baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh mempengaruhi

Page 2: Pengenalan Teori Etika Teleologi

keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan

dan kesihatan yang baik.

Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan

Terbanyak  yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik

mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh

perlakuan itu. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil

yang benar, baik dan yang diidamkan.

1.1.3 Penyokong:

Quinton (1973), menggangap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau

perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai

berkenaan ialah kesenorokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

1.1.4 Jenis dan Ciri-ciri:

Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat

bolehnya  disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita

harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam

keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan

diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap

betul.

Jenis-jenis Utilitarianism:

      Act utilitarianism:

Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada

bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism.

Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak

bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja

yang bermanfaat seperti kerja kebajikan.

Page 3: Pengenalan Teori Etika Teleologi

      Hedonistic utilitarianism:

Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada

suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk

menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil

kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh

meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri

kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak

yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti

berikut:

(a.)  Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan

dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.

(b.) Istilah kebahagiaan:  Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.

1.1.5 Contoh yang berkaitan:

(a.)   Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme

Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu

mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil.

Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan

dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya,

utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak

yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini

kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan

kezaliman yang berleluasa.

Page 4: Pengenalan Teori Etika Teleologi

(b.)  Pandangan tentang peraturan yang bermoral

Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi

semua yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam

kampus perguruan.

(c.)  Tindakan mencuri

Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya

dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana

bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang

kena curi.

1.1.6 Kelemahan-kelemahan teori ini:

1.   Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan

sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu

adalah berbeza.

2.   Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah

tidak sama dengan orang lain.

1.2 Teori Egoisme:

1.2.1 Definisi:

Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika

menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.

1.2.2 Pengasas:

Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang ahli falsafah yang

mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan

sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata

yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah

ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu,

Page 5: Pengenalan Teori Etika Teleologi

rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap

gologan bangsawan ini.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai

durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme)

sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi

konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama

dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan

dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada

pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu

menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang

egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan

kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.

1.2.3 Jenis dan ciri-ciri:

Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.

Egoisme Psikologi Egoisme Etika

satu teori deskriptif

mengatakan bagaimana orang

melakukan tindakan.

Memberitahu (pescribe)

bagaimana mereka perlu

bertindak.

Berpendapat bahawa semua

orang adalah selfish.

Berpendapat bahawa semua

orang perlu selfish.

Rajah 2

Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira

kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois

tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela.

Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai

Page 6: Pengenalan Teori Etika Teleologi

sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan

mestilah bersifat individualistik.

1.2.4 Contoh yang berkaitan:

a)  Tindakan membantu orang lain

Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan

mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain,

Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta

melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.

b)  Tindakan peperangan

Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka,

tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan

kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat.

Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak

mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk

mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu

adalah bermoral.

c)  Tindakan kegiatan pertubuhan

Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap

sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya,

pertubuhan parti-parti politik.

1.2.5 Kelemahan-kelemahan:

1.  Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri

sendiri, hal ini memudaratkan orang lain.

2.   Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau

ukuran untuk menghakimi sesutau tindakan.

1.2.6 Kesimpulan:

Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya

memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan. Manakala  pengajaran

Page 7: Pengenalan Teori Etika Teleologi

Egoisme pula menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan seharian,

kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau

pendapat daripada mana-mana pihak.