pengenalan rekreasi

17

Upload: hafiz-black

Post on 04-Sep-2015

1.502 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

Nota tentang Pengenalan Rekreasi

TRANSCRIPT

  • DEFINISI REKREASI & KESENGGANGAN

    a) Definisi Rekreasi

    Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan

    untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan

    minda dan merehatkan badan .

    Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :

    i) Rekreasi dalam (in-door)

    contoh : badminton, squash, boling

    ii) Rekreasi luar (out-door)

    contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan

    b) Definisi Kesenggangan

    Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan

    dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu.

    i. Masa terluang (free-time)

    ii. Masa senggang (leisure time)

    iii. Penggunaan masa lapang

  • JENIS REKREASI & KESENGGANGAN

    i) Rekreasi fizikal cth : berbasikal

    ii) Rekreasi sukan cth : bola sepak, bola jaring

    iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka

    iv) Rekreasi mental/linguistik memanah, debat

    v) Rekreasi Terapeutik cth : i) Muzik J-robik, senamrobik

    vi) Gerak tari yoga, tai chi

    vii) Drama - teater, pantomin

  • KONSEP REKREASI & KESENGGANGAN

    a) KONSEP REKREASI Antara konsep-konsep rekreasi : Kepuasan kendiri (personal fulfillment) i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku, ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan bangsa dan negara. ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika iii) Hubungan manusia yang demokratik iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan kesenggangan

    b) KONSEP KESENGGANGAN Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle : i)Senggang sebagai keseronokan ii)Senggang sebagai kerja iii)Senggang sebagai aktiviti iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri v)Keseronokan dan kepuasan vi)Kesukarelaan vii)Konstruktif

  • REKREASI DARAT / TERRESTERIAL

    Sumber rekreasi darat atau terresterial terbahagi kepada 2 :

    Sumber semulajadi

    Kawasan hutan tropika

    Sungai

    Bukit bukau & gunung

    Flora & fauna

    Gua

    Tasik semulajadi

    Paya

    Sumber buatan manusia

    Bekas lombong

    Tasik empangan

    Taman tema

    Taman rekreasi

    Litar lumba

    Stadium

    gimnasium

  • AKTIVITI-AKTIVITI REKREASI DARAT DI

    MALAYSIA Perkhemahan Kraf perkhemahan Outdoor cooking Survival

    Aktiviti tali tinggi Abseiling Flying fox Wall climbing

    Orienteering

    Jejak rimba jungle tracking

    Night walk

    Meneroka gua

    Ekspedisi pacuan 4 roda

    Mendaki gunung

    Mountain biking basikal / motosikal

    Bird watching

    Menunggang kuda

  • KEPENTINGAN REKREASI DARAT KEPADA

    INDUSTRI PELANCONGAN Aktiviti rekreasi darat di Malaysia dapat menarik perhatian ramai pelancong luar

    negara. Ini dapat meningkatkan kemasukan pelancong ke dalam Malaysia.

    Aktiviti rekreasi darat yang berkait rapat dengan alam semulajadi di Malaysia secara tidak langsung mempromosikan sumber khazanah alam semulajadi

    kepada negara luar.

    Sambutan terhadap aktiviti rekreasi juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat di Malaysia. Contohnya pekerjaan seperti jurulatih rekreasi luar.

    Rakyat Malaysia juga berpeluang mewujudkan perniagaan berkonsep rekreasi seperti membuka kem-kem rekreasi, taman-taman ekstreme, perkhidmatan

    sewaan peralatan rekreasi seperti basikal dan peralatan aktiviti tali tinggi.

    Peningkatan aktiviti rekreasi darat juga dapat mewujudkan konsep atau pendekatan konservasi di dalam menjaga atau menghargai sumber alam

    semulajadi di Malaysia.

    Apabila sesuatu lokasi rekreasi darat itu di naiktarafkan maka komuniti setempat juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan dan ia turut menggalakkan

    aktiviti pelancongan domestik.

    Kemasukan pelancong ke kawasan-kawasan terpencil atau desa mampu menaikkan ekonomi penduduk setempat apabila mereka berbelanja.

  • CUACA & ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

    Malaysia terletak di garisan khatulistiwa, Malaysia menikmati iklim tropika cuaca

    panas dan lembap sepanjang tahun. Kedudukan - hampir dengan garisan

    khatulistiwa (menerima pancaran matahari yang banyak).

    Suhu purata ialah 27 darjah Celcius. Kawasan tanah rendah boleh mencapai 12 hingga 32 darjah Celsius dan kawasan tanah tinggi (Highland) 16 hingga 23

    darjah Celsius

  • Malaysia menerima hujan tahunan melebihi 2000mm.

    Malaysia turut mengalami 2 musim angin monsun:

    Monsun Barat Daya - Mei hingga Sept.

    Monsun Timur Laut Nov. Hingga Mac.

    Monsun Timur Laut membawa hujan yang lebih banyak berbanding kepada Monsun

    Barat Daya

    Namun kini bumi semakin tua, perubahan cuaca boleh berlaku secara tiba-tiba

    disebabkan secara semulajadi atau pun

    oleh kerana perbuatan manusia seperti

    masalah jerebu.

  • KEPENTINGAN CUACA & ALAM SEKITAR DALAM

    AKTIVITI REKREASI DARAT

    Cuaca & alam sekitar memainkan peranan penting di dalam pengendalian aktiviti rekreasi darat di Malaysia.

    Ini adalah kerana kebanyakan aktiviti rekreasi darat di Malaysia melibatkan lokasi outdoor yang memerlukan peserta rekreasi mempunyai direct contact

    dengan alam semulajadi.

    Perancangan terperinci adalah penting apabila melibatkan aktiviti rekreasi darat. Persediaan untuk menghadapi risiko-risiko yang berkaitan dengan cuaca & alam

    sekitar di Malaysia perlulah ditekankan.

    Sebagai seorang penggiat aktiviti rekreasi, anda perlulah mengetahui bagaimana untuk mencari maklumat berkaitan cuaca & alam sekitar di Malaysia sebelum

    merancang sesuatu aktiviti.

    Sesetengah aktiviti rekreasi darat berkemungkinan tidak dapat dijalankan jika cuaca hujan. Contohnya seperti aktiviti tali tinggi dan mendaki gunung kerana ia

    boleh mendatangkan risiko yang tinggi.

    Keadaan cuaca yang berjerebu akibat kesan pembakaran hutan pula boleh menyekat apa sahaja jenis aktiviti rekreasi outdoor daripada di jalankan kerana

    ia boleh memudaratkan kesihatan.

  • KEADAAN CUACA & BENCANA ALAM

    SEMULAJADI YG BOLEH MENYEKAT AKTIVTI

    REKREASI DARAT

    Hujan lebat beserta kilat

    Ribut

    Berjerebu

    Tanah runtuh

    Gempa bumi

    Banjir

    Kebakaran di hutan

    Gunung Berapi meletus

    Tsunami

    Fenomena air pasang

  • RAMALAN KAJI CUACA

    Maklumat ramalan kaji cuaca adalah amat penting kepada seorang penggiat aktiviti rekreasi darat.

    Maklumat yang diterima boleh membantu penggiat aktiviti rekreasi darat merancang aktiviti dan secara tidak langsung mengurangkan segala risiko yang

    berkaitan dengan cuaca & alam sekitar.

    Ramalan kaji cuaca di Malaysia boleh dirujuk di Portal Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di www.met.gov.my

  • PENGURUSAN REKREASI DARAT : SEBELUM,

    SEMASA & SELEPAS

    SEBELUM

    Penentuan tarikh aktiviti.

    Mengenalpasti lokasi dan disusuli dgn tempahan lokasi

    Mengenalpasti aktiviti yang terlibat

    Membuat jadual aktiviti

    Pengurusan peserta : jumlah, jantina, peringkat umur, agama

    Pengurusan tempat penginapan dan makanan

    Pengurusan jumlah jurulatih dan kepakaran yang diperlukan

    Pengurusan logistik : pergerakan dan kenderaan

    Pengurusan kewangan : yuran

    Pengurusan peralatan : pengendalian dan sewaan

    Pengurusan risiko , insuran & keselamatan

  • SEMASA

    Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual

    Menyelia & memantau semua aktiviti yang dijalankan.

    Mengurus perkara berkaitan kebajikan peserta

    Memastikan Briefing dan debriefing dilakukan

    Memastikan keselamatan dan disiplin terkawal

    Memastikan semua peserta patuh kepada apa sahaja prosedur dan undang-undang yang wujud.

    Memastikan semua objektif aktiviti tercapai

    SELEPAS

    Memastikan peralatan telah disimpan semula

    Memastikan semua aspek yang berkaitan pembayaran selesai

    Memastikan mendapat maklum balas dari peserta utk tujuan penambahbaikan

    Mengadakan mesyuarat post morterm

  • PERSEDIAAN AWAL DALAM AKTIVITI REKREASI

    DARAT

    Bajet Anggaran bajet perlu disediakan bagi mengenalpasti jumlah kewangan sebenar

    yang terlibat. Penentuan bajet boleh diperolehi melalui maklumat jumlah caj yang dikenakan untuk makanan, penginapan, sewaan peralatan, jenis aktiviti, bayaran jurulatih, pengangkutan dan caj masuk sesuatu lokasi.

    Insuran Persediaan insuran untuk peserta perlulah disediakan awal. Jumlah bayaran

    insuran adalah berbeza bergantung kpd syarikat insuran. Faktor penentuan bayaran insuran adalah bergantung kepada jenis polisi (coverage), berkumpulan @ individu, aktiviti yang dilakukan, jumlah hari yang terlibat, umur peserta dan latarbelakang kesihatan.

    Peserta juga mempunyai pilihan untuk tidak membayar apa-apa caj insuran, tetapi mereka dikehendaki mengisi dan menandatangani borang lepas tanggung yang disediakan oleh pihak pengurusan.

    Peralatan Yang Diperlukan Persediaan awal peralatan yang diperlukan adalah bergantung kpd jenis aktiviti

    yang dijalankan dan jumlah peserta yang terlibat. Sewaan peralatan perlu dilakukan jika pihak pengurusan tidak memiliki atau jumlahnya tidak mencukupi. Pemeriksaan terhadap peralatan adalah penting sebelum aktiviti dijalankan bagi memastikan keselamatan peserta dan aktiviti berjalan dengan lancar.

  • Bekalan Perubatan

    Pastikan bekalan perubatan adalah lengkap dan masih boleh digunapakai. Bekalan perubatan di dalam first aid box hendaklah sentiasa diperiksa sebelum

    aktiviti dijalankan. Ubat-ubatan seperti pil paracetamol dan acticid perlulah

    diperiksa supaya tidak tamat tarikh. Namun demikian jurulatih adalah tidak

    digalakkan untuk memberi pil-pil tersebut kepada para peserta utk dimakan.

    Para peserta dinasihatkan membawa sendiri bekalan perubatan personal untuk

    kegunaan mereka.

    Kesihatan & Kecergasan

    Sebelum sesuatu aktiviti rekreasi dijalankan tahap kesihatan & kecergasan peserta perlu dikenalpasti. Ini adalah kerana terdapat aktiviti-aktiviti rekreasi

    yang memerlukan tahap kesihatan & kecerdasan yang tinggi. Pihak jurulatih

    perlu mengenalpasti tahap kesihatan & kecerdasan peserta melalui maklumat

    yang diterima dari peserta secara bertulis atau pun verbal. Tahap kesukaran

    aktiviti yang dijalankan perlulah bersesuaian dgn tahap peserta.

    Pengangkutan

    Jenis pengangkutan boleh ditentukan berdasarkan kpd jumlah peserta dan jenis aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan pengangkutan seperti ekspedisi

    pacuan 4 roda.

  • Pemilihan Peralatan & Pakaian Yang Sesuai Untuk Setiap Aktiviti

    Senarai peralatan & pakaian yang sesuai untuk setiap aktiviti perlulah disediakan oleh jurulatih untuk rujukan dan persediaan peserta. Kegagalan

    peserta mengikut check list yang disediakan akan mengganggu perjalanan

    aktiviti dan menambahkan risiko kpd peserta.