pengenalan pengurusan projek

45
Definisi pengurusan terdapat pelbagai versi dan pendapat dari pelbagai pihak. Jadi untuk mengambil satu takrifan yang tepat adalah agak sukar. Walaubagaimanapun apabila dikaji satu persatu dengan mendalam, didapati kebanyakan definisi itu mempunyai matlamat yang hampir sama. Sebahagian dari definisi pengurusan projek yang Pengenalan Pengurusan Projek “pengurusan projek merupakan satu cabang daripada bidang pengurusan, dimana ianya merupakan gabungan antara perancangan, pengorganisasian, Barry Fryer

Upload: muhd-nazmi

Post on 22-Oct-2015

639 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

cc 603 - project management

TRANSCRIPT

Definisi pengurusan terdapat pelbagai versi dan pendapat dari

pelbagai pihak. Jadi untuk mengambil satu takrifan yang tepat

adalah agak sukar. Walaubagaimanapun apabila dikaji satu persatu

dengan mendalam, didapati kebanyakan definisi itu mempunyai

matlamat yang hampir sama. Sebahagian dari definisi pengurusan

projek yang diambil dari beberapa buku adalah seperti berikut : -

Pengenalan Pengurusan

Projek

“pengurusan projek merupakan satu cabang daripada bidang pengurusan, dimana ianya merupakan gabungan antara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan

Barry Fryer

DEFINASI PENGURUSAN PROJEK

Pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumiaktiviti seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek denganbergantung kepada kekangan belanjawan supaya projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

DEFINASI PROJEK

Projek didefinisikan sebagai satu aktiviti operasi yang wujud hanya sekalisekaladalam tempoh masa yang tertentu. Projek merupakan aktiviti yang besar dan akan mempengaruhi masa depan syarikat. Contohnya seperti projek pembinaan kemudahan, bangunan kilang, pusat membeli belah dan pemasangan sistem komputer.

ELEMEN-ELEMEN PENGURUSAN

Sesuatu projek biasanya memerlukan alat-alat dan kemahiran di luar system pengeluaran. Organisasi projek akan dibentuk untuk memudahkan proses perjalanan projek menjadi lebih lancar dan sempurna. Terdapat TIGA peringkat pengurusan projek yang utama iaitu:-

1. Perancangan2. Penjadualan3. Pengawalan

PASUKAN PROJEK

Pasukan projek merupakan sekumpulan individu dari organisasi atau dari luar organisasi yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu projek. Ahli-ahlinya terdiri daripada pengurus dan staf yang mahir dalam bidang tertentu seperti buruh dan jurutera yang diperlukan dalam projek pembinaan.

Struktur Organisasi Projek

Perancangan

Perancangan merupakan salah satu daripada peringkat pengurusan projek yangutama yang merangkumi aktiviti menentukan objektif projek. Ianya bertujuanuntuk memudahkan pengurus dan pasukannya menjalankan sesuatu

PROJEK

Perkara-perkara Utama DalamProjek

Sub Perkara Utama Dalam Projek

Aktiviti-aktiviti

Matris Organisasi

STRUKTUR PEMBAHAGIAN KERJA

Kebiasaannya, perancangan projek akan disenaraikan dalam bentuk dokumen yang formal yang dikenali sebagai skop projek. Seterusnya, projek akan dibahagikan kepada beberapa komponen yang lebih terperinci dengan kaedah yang dikenali sebagai struktur pembahagian kerja (seperti yang ditunjukkan dalam rajah carta alir di bawah).

CARTA ALIR STUKTUR PEMBAHAGIAN KERJA

Matris organisasi : Satu pasukan yang dibentuk khas untuk menjalankan sesuatu projek yang khas dimana ahlinya terdiri daripada pelbagai jabatan fungsi dalam syarikat seperti kejuruteraan, pemasaran dan pengeluaran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu projek.

PENJADUALAN

Selepas proses perancangan, proses penjadualan diperlukan untuk menganggarkan jangkamasa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti projek. Anggaran tempoh masa menyiapkan projek ditetapkan dengan membuat perbandingan dengan objektif projek syarikat.

SEKIRANYA MASA YANG DITETAPKAN MELEBIHI MASA YANG DIHADKAN

Jika keadaan ini berlaku, tempoh persiapan projek mesti dikurangkan samada dengan menambah sumber tenaga kerja atau dengan menggunakan cara lain yang boleh menyiapkan projek dengan cepat.

Merancang, menyusun, mengarah, mengawal,

menyelaras dan menilai

Bahan binaan, buruh, kewangan, jentera

Masa, kos dan kuantitiMATLAMAT

SUMBER

PROSES

Komponen Pengurusan Projek

CARA MENGURUSKAN 5M

Method (proses pengurusan)

Machinery (jentera)

Material (bahan binaan)

Man power (sumber manusia)

Money (kewangan)

PENGURUSAN BURUH (MANAGEMENT OF MAN POWER)

Buruh merupakan salah satu sumber utama berbanding dengan sumber-sumber yang lain. Ini adalah kerana buruh memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti ataupun projek sehinggalah projek tersebut selesai dengan lancar dan sempurna pada masa yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, tanpa buruh semua jentera di tapak pembinaan tidak akan berjalan. Buruh boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Iaitu :

Pengurusan buruh perlu dirancang dengan baik melalui beberapa pengurusan ini :

- Merupakan buruh yang terlatih dan boleh melakukan kerja yang tertentu sahaja seperti melepa dinding, memasang paip dan sebagainya. Buruh ini mempunyai pengalaman yang lama ataupun telah mengikuti mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Buruh jenis ini tidak perlu pengawasan oleh majikan malahan juga mereka juga boleh mengetuai untuk buruh-buruh yang lain

- Merupakan buruh yang mendapat pendidikan tetapi mereka kurang pengalaman kerja. Mereka perlu diawasi oleh majikan atau buruh mahir supaya kerja yang dibuat memenuhi kehendak majikan

- Buruh jenis ini tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja dan tidak mengikuti mana-mana kursus yang dianjurkan. Kebanyakan kerja yang dilakukan hanya sekadar kerja-kerja biasa sahaja seperti mengankut tanah,menolak konkrit masuk ke dalam acuan dan lain-lain lagi

BURUH

MAHIR

BURUH SEPAR

UH MAHIR

BURUH AM

1) Menentukan bilangan buruh memenuhi sesuatu masa yang diperlukan

- Dalam hal ini, selalunya permasalahan akan berlaku semasa projek sedang dijalankan. Ini adalah kerana bilangan buruh yang diperlukan kadang kala berkurangan dan berlebihan. Sekiranya tenaga buruh berkurangan, sesuatu projek itu akan lambat siap. Bukan itu sahaja, akan mengakibatkan pembaziran kos. Jadi pihak majikan perlu mengambil langkah dengan cara perlu menentukan bilangan buruh yang diperlukan mencukupi sebelum aktiviti di tapak bina berjalan pada setiap hari.

- Pihak majikan perlu membuat pembahagian kerja mengikut kemahiran buruh tersebut iaitu buruh mahir, separuh mahir, dan buruh am. Dengan cara begini, sekiranya kerja dibahagikan mengikut kemahiran masing-masing, projek berkemungkinan dapat berjalan dengan lancar kerana buruh-buruh ini hanya fokus pada kerja yang ditetapkan mengikut kemahiran sendiri.

- Pelicinan sumber buruh sangat penting kerana bukan senang untuk mendapatkan semula buruh yang telah dibuang atau yang telah melarikan diri. Selalunya, dalam hal ini aliran buruh akan meningkat pada awal pembinaan kemudiannya stabil tetapi pada pengakhiran projek, ia semakin menurun. Ini berkemungkinan elaun yang sepatutnya mereka dapat tidak mencukupi dan faktor lain juga mereka telah mendapat kerja atau projek yang lebih

2)Pembahagian kerja buruh mengikut kemahiran tertentu

3)Pelicinan sumber buruh

baik. Jadi untuk mengelakkan masalah ini berlaku, pihak majikan perlu memastikan setiap buruh yang mereka ambil bekerja sehingga selesai projek itu berjalan dan jaga kebajikan mereka.

CARA PENGURUSAN BURUH

- Buruh merupakan salah satu sumber utama yang memainkan

peranan yang penting berbanding sumber lain seperti bahan binaan

dan jentera.

- Tanpa buruh yang terlatih dan mencukupi sesuatu projek itu akan

gagal dijalankan.

- Tenaga pekerja merupakan jentera yang menjadikan penggerak

kepada segala aktiviti.

Perancangan Sumber Buruh

- Menyatakan bahawa perancangan sumber buruh adalah penting

untuk mengawal masalah kekurangan buruh mahir dalam sesebuah

projek.

- Tujuan perancangan sumber buruh adalah :

a. Menganalisa dan mengenal pasti peluang pekerjaan.

b. Penilaian tentang keperluan sumber buruh semasa dan masa

depan.

c. Meramal bekalan dan permintaan sumber buruh dan

menyediakan kos yang bersesuaian.

d. Memudahkan pihak pengurusan untuk membuat

pengembalian, pemilihan, kenaikan pangkat, penukaran dan

penamatan perkhidmatan.

e. Menilai keperluan modal sebenar yang diperlukan dalam

perancangan sumber buruh.

- Kebiasaannya kontraktor perlu meramal keperluan sumber buruh

untuk sesuatu projek bagi mengelakkan dari menghadapi

kekuranagn sumber kerana pasaran sumber buruh adalah agak

sukar untuk dijangkakan.

- Perancanagan sumber buruh merupakan kaedah

memperseimbangkan permintaan dan pengeluaran sumber buruh

dipelbagai peringkat kemahiran yang diperlukan untuk

melaksanakan rancangan pembangunan.

- Aspek yang perlu diberi perhatian dalam perancangan sumber buruh

:

a. Menentukan bilangan sumber buruh dan masa yang

diperlukan

- Perancangan menentukan bilangan yang diperlukan

dalam sesebuah projek pembinaan adalah penting bagi

memastikan jumlah yang mencukupi seperti mana yang

dirancang.

- Bilangan yang berkuranagan akan mengakibatkan

perjalanan projek akan tergendala, manakala yang akan

mengakibatkan pembaziran dari segi kos.

b. Pembahagian kerja mengikut kemahiran yang

dikehendaki

- Proses ini penting kerana bilangan yang diperlukan dalam

bidang tertentu mungkin terhad, maka perancangan yang

sesuai perlu disediakan bagi mengatasinya ketika

diperlukan.

c. Membuat pelicinan sumber manusia (smooting levelling)

- Pelicinan sumber merupakan teknik penting dalam

perancangan sumber buruh.

- Sekiranya kita membuat carta keperluan buruh lagi

sesuatu projek pembinaa, selalunya kita akan mendapati

bahawa pada masa tertentu bilangan sumber buruh yang

diperlukan adalah tinggi, manakala pada masa lain

bilangan adalah kecil.

- Ini menggambarkan bahawa pengambilan dan

pengurangan sumber buruh di tapak bina perlu dilakukan

berulang kali.

- Mengatasi keadaan ini pengambilan pekerja secara

beransur ansur dari permulaan projek hinggalah mencapai

ke suatu tempoh sehingga projek disiapkan.

PENGURUSAN BAHAN ( MANAGEMENT OF MATERIAL)

Bahan binaan merupakan antara komponen yang penting dalam menjayakan sesuatu projek. Sekiranya sumber bahan binaan tidak mencukupi daripada pembekal, projek tidak dapat berjalan dengan lancar dan ini akan menyusahkan pihak kontraktor dan berkemungkinan projek akan habis lambat.

PENGURUSAN BAHAN BINAAN

Bahan binaan merupakan antara komponen yang penting dalam menjayakan sesuatu projek. Sekiranya sumber bahan binaan tidak mencukupi daripada pembekal, projek tidak dapat berjalan dengan lancar dan ini akan menyusahkan pihak kontraktor dan berkemungkinan projek akan habis lambat.

i) MEMASTIKAN SUMBER BAHAN BINAAN MENCUKUPI

- Dalam hal ini, pihak majikan perlu memastikan sumber bahan binaan yang digunakan di tapak bina mencukupi. Ini adalah supaya ia tidak akan menjejaskan aktiviti di tapak disebabkan barang yang tidak cukup.

Pengurusan bahan binaan bertujuan untuk mengenal pasti dan mengelakkan kekurangan bahan binaan yang akan menjejaskan kelancaran projek yang sedang dijalankan. Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk mengelak daripada berlaku pembaziran.

Pengurusan bahan binaan meliputi banyak perkara seperti jadual bahan keluar masuk, bilangan bahan yang digunakan, laporan bahan yang rosak, perubahan harga, keperluan permintaan di tapak bina dan sebagainya

ii) PEMBEKAL MENGHANTAR BAHAN BINAAN

PADA TEPAT masanya- Pihak kontraktor perlu memastikan pembekal

menghantar barang yang telah ditempah tepat pada masanya. Sekiranya penghantaran lewat berlaku, ini akan menyebabkan pembaziran kerana aktiviti di tapak bina tegendalah buat sementara waktu.

iii) MEMASTIKAN BEKALAN BARANG YANG SAMPAI DALAM KEADAAN BAIK

- Sebelum barang yang hendak digunakan di tapak, pihak kontraktor perlu memastikan setiap barang yang sampai daripada pembekal berada dalam keadaan baik dan berkualiti tinggi. Mereka perlu membuat pemeriksaan pada setiap barang supaya barang yang digunakan tidak akan rosak. Sekiranya tidak, ia akan berlaku pembaziran.

iv) MENGAWAL BAHAN DI TAPAK BINA DENGAN BAIKv)

- Kawalan bahan yang cekap boleh mengelakkan pembaziran ataupun kekurangan bahan apabila diperlukan. Oleh sebab itu, pengurusan stok yang cekap perlu menepati ciri-ciri berikut :

a. Mempunyai ruang simpan yang cukup dan disusun kemas

b. Kekurangan bahan diisi dengan cepat

c. Mempunyai rekod keluar dan masuk setiap bahan

d. Melantik seorang penyelia yang bertanggungjawab

CARA PENGURUSAN BAHAN BINAAN

- Pengurusan bahan binaan perlu dilaksanakan secara berkesan bagi

mengelakkan kelewatan pesanan dan penghantaran ke tapak bina

yang mengakibatkan kekurang bahan apabila diperlukan.

- Pengurusan bahan binaan meliputi kerja-kerja penyeliaan,

pengiriman dan membuat pemeriksaan di kilang atau pembekal bagi

menentukan bahan binaan yang dibekalkan mengikut spesifikasi

atau piawaian yang dikehendaki.

- Antara dokumen yang terlibat dalam pengurusan bahab binaan

adalah:

a. arahan jadual bahan

b. catatan serah hantar

c. ringkasan bahan yang diterima

d. laporan bahan yang rosak

e. serah hantar segera

f. perubahan harga

g. keperluan permintaan di tapak bina

h. bahan-bahan yang diterima atau dipindahkan

i. invois pembayaran kepada pembekal atau pengilang

Kawalan Bahan Di Tapak Bina

- Kawalan bahan di tapak bina sangat penting bagi memastikan

keberkesanan dan keupayaan projek berkenaan untuk dijalankan

dengan lancer.

- Kawalan yang cekap boleh mengelak pembaziran ataupun

kekurangan bahan apabila diperlukan.

- Pengurusan bahan binaan yang cekap perlu menepati ciri-ciri berikut

:

a. Mengutamakan kaedah penurunan bahan binaan kenderaan

dengan berkesan mengikut tahap keselamatan yang

dikehendaki.

b. Mempunyai ruang simpanan yang mencukupi dan kemas.

c. Kekurangan bahan diisi dengan cepat.

d. Mempunyai rekod penggunaan setiap bahan.

e. Mengelakkan kerja penyimpanan dilakukan berulang kali.

f. Melantik seorang pengurus bahan yang bertanggungjawab

sepenuhnya dengan setiap keperluan bahan di tapak bina.

Kawalan Bahan Di Tapak Bina

- Dalam proses membeli sesuatu bahan binaan ataupun jentera,

kontraktor perlu menentukan perkara berikut terlebih dahulu :

a. Sebut harga yang dipersetujui.

b. Membuat perbandingan harga dari beberapa pembekal lain.

c. Menyediakan tempahan.

d. Member alamat penghantaran dengan betul.

e. Menyediakan spesifikasi bahan yang jelas.

f. Menyertakan kuantiti bahan yang dikehendaki.

g. Memberikan gambaran jalan masuk yang sebenar kepada

pembekal serta halangan yang boleh menggangu proses

penghantaran.

h. Tarikh sebutharga serta tempohnya.

i. Nama pekerja dan nombor telefon yang perlu dihubungi

Pembaziran Bahan Binaan

- Pembaziran bahan binaan adalah perbezaan kepenggunaan bahan

binaan yang dibekalkan dengan ukuran yang telah disiapkan.

- Ianya boleh berlaku dalam berbagai situasi seperti hilang, pecah,

ataupun rosak.

- Kadar pembaziran di tapak bina adalah antara 10% hingga 15% dari

kos projek.

- Pembaziran ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :

a. Pembaziran yang boleh dielakkan

- Bahan binaan yang seharusnya boleh digunakan dengan

sepenuhnya tetapi dibazirkan kerana kecuaian ataupun

kurang keperihatinan kepada kos bahan berkenaan.

b. Pembaziran yang tidak boleh dielakkan

- Berlaku apabila ukuran bahan yang dibekalkan tidak sama

dengan ukuran yang diperlukan dari segi reka bentuk.

- Pembaziran juga berlaku dari kecuaian penerimaan bahan

binaan yang kurang bermutu, jumlah yang kurang dari

pesanan serta kecuaian dalam penyimpanan.

Punca-Punca Pembaziran

- Terdapat banyak sebab yang menyebabkan berlakunya pembaziran

bahan binaan di tapak bina yang bermula dari peringkat

penghantaran sehinggalah penyiapan projek pembinaan.

- Antara punca-punca utama pembaziran adalah :

a. Pemotongan bahan binaan

- Pemontogan yang dilakukan terhadap bahan binaan

adalah seperti kayu, besi keluli dan lain-lain bahan yang

melibatkan saiz yang dikehendaki oleh lukisan dan reka

bentuk.

b. Mutu kerja

- Merupakan sesuatu kerja yang dilakukan berulang kali

kerana tidak menepati mutu yang dikehendaki dan

mengakibatkan pembaziran.

- Fenomena ini selalu berlaku apabile kontraktor

menggunakan bahan yang tidak berkualiti dan tidak

menepati spesifikasi yang ditetapkan.

c. Penyimpanan

- Kaedah penyimpanan bahan binaan yang tidak teratur

sering menjadi punca utama bahan binaan mudah rosak,

hilang atau tidak dapat dicari apabila hendak digunakan.

d. Pengangkutan

- Dikebanyakan tapak bina dimana penipuan oleh pembekal

atau pemandu terhadap kuantiti bahan yang dihantar

terutama bahan-bahan yang di pesan dalam kuantiti yang

banyak.

- Kaedah penurunan bahan yang tidak ditelitikan akan

berlaku pembaziran yang ketara.

e. Salah guna

- Kesilapan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi

sedangankan hanya memerlukan bahan berkualiti rendah

sahaja.

f. Kecurian

- Kecurian yang dilakukan oleh pekerja di tapak bina dan

juga penduduk yang berdekatan ekoran daripada tahap

keselamatan tapak projek yang kurang memuaskan.

g. Kemahiran

- Seorang pekerja yang kurang mahir mempunyai peluang

yang besar bagi menyebabkan berlakunya pembaziran

yang lebih banyak berbanding dengan pekerja yang

mahir.

PENGURUSAN KEWANGAN (MANAGEMENT OF MONEY)

Pengurusan kewangan ditakrifkan juga sebagai pengurusan modal ataupun kos. Dalam sesuatu projek pembinaan, pengurusan kewangan yang baik memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek. Ini adalah kerana kewangan meliputi semua peringkat bermula dengan peringkat permulaan, pembinaan berjalan sehingga kepada pembangunan siap dibina serta pembayaran yang terakhir. Oleh sebab itu, pihak kontraktor perlu bijak dalam menguruskan kewangan yang ada.

Kebanyakkan syarikat yang beroperasi memulakan perniagaan mereka dengan memperoleh sumber modal daripada pinjaman bank, modal sendiri dan ada juga ada sesetengah daripada mereka berkongsi modal selalunya dua pihak.

JENIS-JENIS KOS

- Ia melibatkan kos yang berubah

- Kos ini merupakan kos yang meliputi tiga elemen iaitu kos

gaji pekerja, kos bahan binaan dan kos jentera (sewa dan

penyelenggaraan)

- Kos yang tetap sepanjang tempoh pembinaan

- Merupakan kos perbelanjaan sampingan seperti bil elektrik,bil

air,bil telefon, insurans dan lain-lain lagi

Kos langsung

Kos tidak langsung

PENGURUSAN KEWANGAN

Menilai kesan kewangan projek terhadap semua golongan dalam kawasan projek, iaitu firma pemprosesan dan syarikat-syarikat pembinaan

Menentukan sama ada redapat atau tidak galakan (intensif) yang cukup bagi semua pihak di kawasan projek

Memastikan penggunaan yang cekap bagi semua sumber teruatamnay sekali wang pinjaman daripada punca – punca luar seperti bank dan institusi pinjaman

Membuat atau menganalisa aliran kewangan. Ini dalah bertujuan untuk menilai kecekapan mengurus dan menentukan jenis organisasi dan pengurusan yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang telah siap dan yang sedang dijalankan.

CARA PENGURUSAN KEWANGAN

- Pengurusan kewanagn yang berkesan memainkan peranan yang

paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek.

- Pihak kontraktor dan pengurus projek haruslah bijak dalam mngurus

dan menggunakan sumber kewangan yang ada.

- Kebanyakan syarikat pembinaan mendapat sumber kewangan

daripada berbagai punca seperti pinjaman, modal sendiri atau ekuiti.

- Pinjman kewanagn diperoleh daripada berbagai institute kewanagan

samada swasta ataupun kerajaan.

Pembelian bahan binaan, mesin,loji

Membayar gaji kakitangan,buruh dan sub-kontraktor

Membayar sewa pejabat, bil eletrik, air,telefon

Membayar elaun lebih masa dan tuntutan kewangan kakitangan

Membiayai keperluan luar jangka

KEPERLUAN PENGGUNAAN

KOS

Masalah Dalam Pengurusan Kewangan

a. Masalah dalaman

- Kakitanagn atau pekerja pengurusan kewanagan yang

mempunyai pengalaman yang cukup dalam mengurus

sumber kewangan.

b. Masalah luaran

- Masalah yang berpunca daripada pihak kedua atau ketiga

seperti kelewatan atau kegagalan pihak bank untuk

meluluskn pinjaman atau pembekal tidak mahu membekal

bahan binaan dengan hutang.

Sumber Kewangan Penting Untuk Membiayai

Kegiatan Seperti Berikut :

i. Pembelian bahan binaan, mein, jentera, dan ebagainya.

ii. Membayar gaji kakitangan, buruh dan sub kontraktor.

iii. Membayar aset syarikat.

iv. Membayar elaun lebih masa dan tuntutan kewangan

kakitanagn.

v. Membiayai keperluan luar jangka.

Kepentingan Pengurusan Kewangan

- Bertujuan untuk menetukan penggunaan kewangan yang sisitematik

dan taratur dalam sesebuah projek.

- Pemilik atau pengurus syarikat perlu memastikan harga yang

ditawarkan tidak merugikan syarikat apabila pembinaan dijalankan.

- Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus projek

ialah :

a. Pengurusan wang tunai.

b. Pembayaran pinjaman.

c. Keperluan jangka pendek.

d. Keperluan luar jangka.

e. Penganalisaan di tapak bina.

f. Perbandingan kos.

g. Langkah pencegahan.

Matlamat Analisis Kewangan Adalah :

i. Menilai kesan kewangan projek terhadap semua golongan

dalam kawasan projek, iaitu firma pemprosesan dan syarikat

pembinaan.

ii. Memastika penggunaan yang cekap bagi semua sumber

terutama sekali wang pinjaman dari punca-punca luar seperti

bank dan institusi pinkaman.

iii. Menentukan samada terdapat atau tidak galakan (insentif)

yang cukup bagi semua pihak di kawasan projek.

iv. Analisis kewangan akan membantu kita dalam merencanakan

pembiayaan yang kemas.

v. Penyelarasan semua sumbangan dapat dibuat dengan lebih

cekap apabila analisis kewangan telah dibuat.

vi. Dapat menilai kecekapan mengurus dan menentukan jenis

organisasi yang digunakan untuk melaksanakan projek.

Kos Projek

Dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :

i. Bekalan barang fizikal.

ii. Penggunaan tenaga buruh.

iii. Pembeliaan atau sewaan tanah.

iv. Cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.

v. Kos luar jangka.

Ramalan Aliran Wang Tunai

- Wang tunai yang tidak cukup boleh menybabkan sesebuah syarikat

itu muflis.

- Aliran wang tunai merupakan pemindahan aliran wang tunai keluar

dan masuk dari sesebuah syarikat.

- Masa aliran tunai juga penting kerana Ia menentukan bila wang

dikeluarkan dan bayaran kemajuan pekerja akan diterima dari

pemilik.

- Tempoh masa ini adalah masa kredit yang perlu ditanggung oleh

kontraktor.

- 7 faktor yangmempenyarui aliran wang tunai iaitu:

a. Margin

- Merupakan suatu peratusan jumlah yang ditetapkan oleh

kontraktor sebagai keuntungan bersih.

- Kadar yang ditentukan berbeza beza mengikut jenis

projek yang dijalankan dan juga bergantung kepada saiz

projek.

- Untuk projek yang kecil kebiasaannyamargin ialah 10%

hingga 50% dari kos projek.

- Projek besar margin keuntungan adalah 5% hingga 25%

sahaja.

- Margin tinggi, harga tender juga tinggi.

b. Wang tahanan

- Kebayakan kerja-kerja pembinaan yang besar

menetapkan suatu jumlah tertentu sebagai wang tahanan.

- Merupakan suatu jumlah yang ditahan untuk tempoh

tanggungan kecacatan yang ditetapkan antaranya adalah

3,6 atau 12 bulan bergantung kepada jenis jaminanyang

dikehendaki.

- Tujuan utama adalah sebagai jaminan kepda kerajaan

bagi memastikan kontraktor menjalankan kerja-kerja

dengan sempurna.

c. Wang pendahuluan

- Akan mengurangkan keperluan modal pada peringkat

permulaan projek.

d. Pendapatan besar di permulaan projek

- Membantu kontraktor dalam penyediaan aliran tunai pada

peringkat permulaan.

e. Pendapatan besar di akhir projek

- Membantu kontraktor dalam merendahkan kadar hadapan

bagi member margin yang lebih tinggi kepada butiran

kerja.

- Teknik ini akan meningkatkan keperluan aliran tunai

kepada kontraktor.

f. Kelewatan menerima bayaran

- Akan meningkatkan keperluan kewangan jika berlaku.

- Kelewatan pemilik membuat pembayaran akan

membebankan kontraktor.

g. Melewatkan pembayaran kepada pembekal dan sub

kontraktor

- Ianya akan mengurangkan jumlah modal yang diperluka

tetapi mungkin menjejaskan pembekalan dan prestasi

kerja.

TUJUAN PENGGUNAAN JENTERA

PENGURUSAN JENTERA (MANAGEMENT OF MACHINERY)

Pengurusan jentera juga dikenali sebagai pengurusan loji. Jentera antara peralatan yang penting sepanjang tempoh pembinaan dijalankan . Kelebihan penggunaan jentera dalam projek adalah dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi masa, tenaga pekerja dan ia juga dapat menghasilkan kualiti yang baik.

i) Mengurangkan tenaga pekerja

ii) Mempercepatkan proses pembinaan

iii) Memudahkan kerja-kerja yang tidak mampu dibuat oleh buruh

iv) Menggunakan teknologi sedia ada

v) Menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan berkesan

PENGURUSAN JENTERA/LOJI

CARA PENGURUSAN JENTERA

- Pihak kontraktor perlu melantik seorang atau dua orang penyelia bahagian jentera yang boleh menguruskan jentera dengan baik. Pengurus yang dilantik mestilah diberikan latihan yang mencukupi

MELANTIK PENYELIA JENTERA

Berbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jentera iaitu :

• Keupayaan peralatan untuk melakukan kerja yang dikehendaki

• Memberi pulangan yang maksimum kepada pelaburan yang dibuat

• Peralatan tersebut boleh diperolh pada masa yang dikehendaki

• Boleh diselenggara dengan baik dan tidak melibatkan kos yang tinggi

• Peralatan boleh digunakan pada masa yang akan datang

- Bagi menjamin hasil peningkatan faedah keluaran tinggi, pemilihan jenis jentera perlu dibuat dengan baik.

MEMILIH JENTERA YANG

BERKUALITI

- Jentera merupakan satu peralatan penting dalam sesuatu projek

pembinaan.

- Pengurusan yang berkesan dapat menjimatkan masa, tenaga kerja,

secara tidak langsung dapat mengurangkan kos dan menghasilkan

kualiti bina yang baik.

- Satu sistem pengurusan yang teratur diperlukan bagi menjamin

peningkatan daya pengeluaran yang maksimum bagi menjamin

keberkesanan penggunaan.

- Pertambahan saiz, keunikan serta kos projek menyebabkan

permintaan terhadap penggunaa jentera serta kelengkapan di dalam

pembinaan.

- Penggunaan jentera dapat mempercepatkan pembinaan serta dapat

mengurangkan hasil pulangan faedah dari aktiviti pembinaan.

- Bagi memastikan keberkesanan penggunaan jentera maka seorang

jurutera atau pengurusan jentera serta pengendalian jentera

mestilah diberikan perhatian yang cukiup.

- Pemilihan jenis jentera perlulah bersesuaian dengan kebolehan kerja

tapak bina bagi menjamin hasil peningkatan faedah keluaran yang

tinggi.

Pemilihan Peralatan Jentera

- Kriteria yang paling penting ialah keupayaan peralatan itu untuk

melakukan kerja yang dikehendaki.

- Kriteria utama adalah pulanagan keuntungan yang maksimum ke

atas pelaburan yang dibuat keatas peralatan tersebut.

- Keuntungan maksimum akan tercapai apabila kos unit pengeluaran

yang terendah dicapai.

- Factor-faktor lain yang harus dipertimbangkan semasa memilih

peralatan ialah :

a. Daya pengeluaran sesebuah jentera

b. Peralatan tersebut boleh diperolehi pada masa yang diiginkan

c. Mempunyai kemudahan alat ganti dan servis

d. Kemungkinan peralatan boleh digunakan lagi pada masa

hadapan

e. Kesan masa henti peralatan itu keatas operasi peralatan

pembinaan yang lain

f. Jangka hayat jentera dan harganya

- Setelah peralatan sesuai dipilih, satu pelan kerja untuk penggunaan

peralatan tersebut perlu dirangka.

Tujuan penggunaan jentera

a. Menggurangkan penggunaan tenaga buruh

b. Mempercepatkan tempoh pembinaan

c. Menghasilkan mutu kerja yang lebih baik

d. Melaksanakan tugas-tugas yang tidak boleh dibuat dengan

tangan

e. Memudahkan kerja-kerja yang sukar dibuat oleh buruh

f. Menghapuskan kerja-kerja tangan yang berat

g. Menggunakan teknologi yang tinggi di pasaran

h.

Kaedah Pemilihan Jentera

a. Pembelian

- Pembelian sesuatu jentera memerlukan pelaburan modal

yang besar di peringkat awal.

- Pemilihan secara pembelian merupakan cara yang terbaik

kerana kontraktor boleh menggunakan jentera berkenaan

setiap masa yang diperlukan.

- Dengan pembelian jentera yang dipilih ini, suatu jadual

kerja untuk jentera berkenaan perlu disediakan bagi

penggunaan secara optimum.

b. Sewa

- Kebanyakan kontraktor kecil banyak menggunakan

jentera dengan cara menyewa dari pembekal dan

pemiliknya.

- Kaedah sewaan ini memerlukan modal yang sedikit dari

kaedah pembelian.

- Masalah akan timbul sekiranya jentera yang ingin disewa

telah disewa oleh orang lain.

c. Pajakan

- Jentera yang digunakan oleh kontraktor masih menjadi

milik pemajak dengan hanya perlu membayar sewa

sepanjang tempoh penggunaannya dan

bertanggungjawab keatas segala kerosakan jentera

tersebut.

PENGURUSAN KAEDAH

( MANAGEMENT OF METHOD)

Ia melibatkan pemilik dan para tenaga professional

Pemilik akan mengupah arkitek atau jurutera untuk menyediakan semua reka bentuk termasuk pakej lukisan pembinaan,spesifikasi dan kontrak

Kontraktor yang Berjaya dipilih akan menjalankan kerja pembinaan mengikut reka bentuk yang disediakan

Dapat dipraktikkan dalam banyak jenis projek kerana mudah difahami dan mudah dikendalikan serta mudah menjelaskan peranan setiap parti yang terlibat

KAEDAH TRADISIONA

L

Satu kaedah yang mudah untuk dilaksanakan kerana ke semua pihak yang terlibat akan mudah memahami tanggungjawab masing-masing.

Kos pembinaan pihak klien dilindungi daripada lebihan kos yang timbul akibat kelewatan.

Membolehkan pihak klien mendapat harga yang paling rendah dalam proses tender kerana kontraktor akan menawarkan harga yang rendah .

KELEBIHAN

KELEMAHAN

Mempunyai pelbagai masalah dan kelemahan yang amat ketara kerana kaedah ini memakan masa yang panjang dalam penyiapan sesuatu projek.

Pihak arkitek atau jurutera mempunyai ahd kemapuan untuk merancang keadaan yang kompleks.

Pemilik akan menghadapi masalah tuntutan daripada kontraktor bekaitan dengan isu reka bentuk pembinaan.

Tidak dapat memberikan kerjasama dan koordinasi di antara pihak yang terlibat dalam pembinaan.

Projek yang dijalankan menjadi lebih rendah dan tidak memuaskan kehendak klien.

Satu konsep dimana klien akan menjalinkan hubungan kontran reka dan Bina, di mana badan ini merupakan satu gabungan daripada pasukan pereka bentuk dan kontraktor utama untuk menjalankan kerja-kerja perancangan,kerja reka bentuk dan kerja pembinaan.

Kontraktor akan mengambil peranan dan bertanggungjawab sebagai ketua kerana di dalam proses pembinaan dijalankan pihak yang paling berisiko dalah pihak kontraktor

KELEBIHAN

KAEDAH REKA DAN

BINA

- Pihak klien dapat mempengaruhi satu badan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan sesuatu projek

- Memberikan kebaikan dalam pengurusan masa dan kos- Perubahan reka bentuk dapat dilakukan dengan cepat dan

berkesan

KELEMAHAN

- Kos pembinaan akan menjadi tinggi kerana kadang kala disebabkan tiada faktor keselamatan

- Mengalami masalah kekurangan masa untuk membuat pemeriksaan kerana terlalu banyak membuat perubahan pada reka bentuk

Satu kaedah yang paling sistematik dan efektif dalam membuat perancangan,reka bentuk dan proses pembinaan dalam sesuatu projek yang dilaksankan

Mengekalkan risiko dalam kontrak, dengan membahagikan kontrak kepada beberapa aktiviti kecil kemudian ditawarkan kepada beberapa sub-kontraktor kecil dengan cara ini akan menyiapkan projek dalam kadar harga dan masa yang telah ditetapkan untuk sesuatu projek

KAEDAH PENGURUSA

N PEMBINAAN

KELEBIHAN

KELEMAHAN

Pihak klien tidak perlu mempunyai pekerja yang berkemahiran untuk menjalankan projek pembinaan

Tidak perlu mengekalkan bilangan pekrja pengurusan yang banyak selepas projek siap

Menjalinkan hubungan antara kerja yang baik bagi semua pihak yang terlibat

Projek dapat dijalankan dengan lancer dan kualiti kerja juga dapat dikawal dengan mudah serta dapat memudahkan kerja penyeliaan

Badan pengurusan pembinaan tidak memberikan jaminan terhadap harga keseluruhan dan kualiti kerja

Pihak pengurus pembinaan akan bertukar kepada peranan daripada badan pengurusan pembinaan kepada peranan sebagai kontraktor utama sekiranya berlaku kelewatan