bab 1 pengenalan 1.1 pengenalan - dme innovation … 6771479442… · 1 bab 1 pengenalan 1.1...

23
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Bau busuk tersebut terhasil dari najis kucing yang terdapat di dalam sangkar kucing atau rumah kucing. Reka bentuk rumah kucing untuk alat penyah bau najis kucing di ambil sedikit daripada sangkar kucing yang digunakan untuk membawa kucing menaiki kereta untuk dibawa berjalan jauh bagi menetapi citarasa orang ramai dan orang ramai menyukainya. Kelebihan alat penyah bau najis kucing ini berbanding sangkar kucing yang biasa adalah, rumah kucing ini diubah suai dan di inovasi sendiri bagi menjimatkan kos dan mencetuskan idea yang menarik supaya boleh menarik minat peminat kucing untuk membeli rumah tersebut bagi memberi keselesaan kepada orang lain. Selain itu, rumah kucing ini juga mempunyai alat yang di gunakan untuk menyedut dan mengeluarkan udara yang wangi menggunakan kipas ekzos bagi keselesaan pengguna dan kawasan sekitarnya. Bahan semulajadi digunakan sebagai pewangi yang mudah didapat dan boleh di buat sendiri dengan tambahan beberapa barang lain. 1.2 PENGENALAN MASALAH Hasil tinjauan yang dapati di setiap kawasan perumahan terdapat dua atau tiga buah rumah yang membela haiwan peliharaan iaitu kucing. Di situ terdapat beberapa masalah yang di lihat. Antaranya, pencemaran bau najis kucing dan pembuangan najis

Upload: truongkhanh

Post on 06-May-2018

305 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

busuk yang tidak menyenangkan. Bau busuk tersebut terhasil dari najis kucing yang

terdapat di dalam sangkar kucing atau rumah kucing. Reka bentuk rumah kucing untuk

alat penyah bau najis kucing di ambil sedikit daripada sangkar kucing yang digunakan

untuk membawa kucing menaiki kereta untuk dibawa berjalan jauh bagi menetapi citarasa

orang ramai dan orang ramai menyukainya. Kelebihan alat penyah bau najis kucing ini

berbanding sangkar kucing yang biasa adalah, rumah kucing ini diubah suai dan di

inovasi sendiri bagi menjimatkan kos dan mencetuskan idea yang menarik supaya boleh

menarik minat peminat kucing untuk membeli rumah tersebut bagi memberi keselesaan

kepada orang lain. Selain itu, rumah kucing ini juga mempunyai alat yang di gunakan

untuk menyedut dan mengeluarkan udara yang wangi menggunakan kipas ekzos bagi

keselesaan pengguna dan kawasan sekitarnya. Bahan semulajadi digunakan sebagai

pewangi yang mudah didapat dan boleh di buat sendiri dengan tambahan beberapa barang

lain.

1.2 PENGENALAN MASALAH

Hasil tinjauan yang dapati di setiap kawasan perumahan terdapat dua atau tiga

buah rumah yang membela haiwan peliharaan iaitu kucing. Di situ terdapat beberapa

masalah yang di lihat. Antaranya, pencemaran bau najis kucing dan pembuangan najis

Page 2: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

2

kucing di merata tempat. Oleh itu, kami mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan

membina sebuah alat penyah bau najis kucing.

1.3 PENYATAAN MASALAH

i. Pencemaran bau seperti masalah bau najis kucing yang tidak menyenangkan di

kawasan kediaman.

ii. Memerlukan reka bentuk yang bersesuaian untuk mengatasi masalah bau.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif projek adalah sangat penting sebagai garis panduan bagi tujuan sesuatu

produk dihasilkan. Ia merujuk kepada pernyataan masalah yang berlaku untuk mencari

penyelesaian terhadap masalah tersebut. Berikut adalah objektif untuk menghasilkan alat

penyah bau najis kucing.

i. Mereka bentuk sesuatu alat untuk menyahbau najis kucing menggunakan bahan

semulajadi sebagai bahan pewangi untuk alat nyah bau.

ii. Memfabrikasi rumah kucing.

iii. Mengkaji keberkesanan alat penyah bau najis kucing pada rumah najis kucing.

1.5 SKOP

Skop kajian ini meliputi kaedah dan teori, terutamanya pada aspek fungsi dan

keadaan. Berikut adalah skop projek untuk menghasilkan sebuah alat penyah bau najis

kucing. Antara skop projek :

i. Alat ini hanya boleh digunakan untuk seekor kucing pada satu masa dan boleh

dikendalikan oleh setiap peringkat umur.

ii. Menggunakan penapis bau daripada bahan semulajadi seperti arang kayu, serai

Page 3: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

3

wangi dan daun pandan.

iii. Diameter salur udara mudah alih sepanjang 213cm digunakan sebagai penyedut

udara.

iv. Menggunakan kipas ekzos arus terus bervoltan 12V.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

4

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Bab ini membincangkan tentang konsep projek alat penyah bau najis kucing

secara menyeluruh. Kajian yang di jalankan termasuklah dari internet, pemerhatian,

perbincangan bersama pensyarah dan pengalaman. Kajian projek terdahulu juga didapati

di dalam bab ini. Tujuan perbincangan ini untuk menerangkan perspektif dan kaedah

yang digunakan dalam rekabentuk.

2.2 TENTANG KEDIAMAN KUCING

Di kawasan rumah kediaman tuan rumah akan memelihara haiwan peliharaan

seperti kucing. Kadang kala mereka akan membiarkan kucing bermain pada sekitar

kawasan rumah dan keadaan itu menyebabkan kucing membuang najis merata-rata.

Situasi itu akan menyebabkan pencemaran bau berlaku pada kawasan kediaman rumah.

Bagi menyelesaikan masalah itu, tuan rumah akan menyediakan sangkar kucing sebagai

tempat kediaman kucing untuk berehat dan sebagainya. Contohnya seperti dalam rajah

2.1, sebagai tempat bermain, membuang najis, tempat berehat, makan dan min

Rajah 2.1 : Sangkar kucing

Sumber : http://www.pocatz.com/product-category/beg-sangkar-kucing

Page 5: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

5

2.3 PENERANGAN TENTANG AKSESORI DI DALAM SANGKAR KUCING

Kebiasaannya, sangkar kucing yang di beli daripada kedai haiwan, keadaan

sangkar itu hanyalah sangkar sangkar biasa yang tidak mempunyai sebarang peralatan

yang menarik. Oleh itu, tuan empunya kucing menghiasi kawasan di dalam sangkar itu

supaya kelihatan lebih menarik dan dapat menarik perhatian haiwan peliharaan untuk

mendiami sangkar tersebut. Lebih terperinci lagi, sangkar kucing akan di hiasi takungan

pasir, takungan najis, dan takungan air untuk kucing bermain atau membuang najis dan

tempat makan haiwan tersebut seperti dalam rajah 2.2, rajah 2,3 dan rajah 2.4.

Rajah 2.2 : Bekas makanan kucing

Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing

Rajah 2.3 : Bekas minuman kucing

Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing

Page 6: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

6

Rajah 2.4 : Pasir yang digunakan untuk kucing

Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing

2.4 PENGGUNAAN BAHAN SEMULA JADI

Bahan-bahan yang terlibat dalam pengunaan alat kami ini ialah bahan semulajadi.

Diantara bahan yang kami gunakan adalah arang kayu, daun pandan dan serai wangi.

Bahan-bahan ini bukan sahaja mudah untuk di cari malahan kos amatlah murah. Bukan

itu sahaja, bahan semulajadi ini banyak kelebihannya. Oleh itu, kami akan menerangkan

satu persatu bahan yang digunakan.

a. Arang Kayu

Bahan yang pertama adalah arang kayu. Maksud terperinci bagi arang kayu ialah

arang adalah residu hitam berisi karbon yang dihasilkan dengan menghilangkan

kandungan air dan komponen volatil dari haiwan atau tumbuhan. Arang umumnya

didapatkan dengan memanaskan kayu, gula, tulang, dan benda lain. Arang yang hitam,

ringan, mudah hancur, dan meyerupai batu bara ini terdiri dari 85% sampai 98% karbon,

sisanya adalah abu atau benda kimia lainnya. Arang kayu sesuai untuk kami gunakan

untuk meresap bau busuk seperti najis kucing.

Arang ialah bahan bakar yang paling asas dalam dunia masakan. Arang merujuk

kepada kayu yang telah dibakar tetapi belum hangus sepenuhnya. Kelebihan arang kayu

adalah ia tidak mengeluarkan asap seperti kayu basah, dengan itu amat sesuai untuk

memasak. Arang mungkin dari kayu biasa atau kayu bakau. Di Malaysia, arang kayu

Page 7: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

7

digunakan untuk membuat kuih bahulu, membakar sate dan memanggang ikan. Kayu

bakau yang diperolehi dari hutan di tepi pantai lebih sesuai untuk dijadikan arang yang

bermutu tinggi. Ini kerana kayu bakau lebih lurus, saiz yang hampir sama dan diperolehi

dari satu kawasan paya air masin sahaja. Harganya juga murah. Di Malaysia , pekan Batu

Arang yang terletak dengan bandar Rawang merupakan pengeluar arang batu kepada

Malaysia suatu ketika dahulu.

Arang kayu seperti dalam rajah 2.5 adalah arang yang terbuat dari bahan dasar

kayu. Arang kayu paling banyak digunakan untuk keperluan memasak seperti yang

dijelaskan sebelumnya. Sedangkan penggunaan arang kayu yang lainnya adalah sebagai

penjernih air, penggunaan dalam bidang kesihatan dan masih banyak lagi. Bahan kayu

yang digunakan untuk dibuat arang kayu adalah kayu yang masih elok, dalam hal ini kayu

belum membusuk.

.

Rajah 2.5: Arang kayu

Sumber: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/arang_kayu

b. Manfaat Arang Kayu

Meskipun masyarakat dunia telah menggunakan arang kayu sejak ribuan tahun,

kegunaannya lebih banyak digunakan untuk bahan bakar memasak. Kerana

perkembangan teknologi yang memanfaatkan sumber gas alam, dan eletrik sebagai bahan

bakar, sehingga menyebabkan penggunaan terhadap arang semakin berkurang. Bahkan,

akhir-akhir ini permintaan arang kayu di pasaran dalam dan luar negeri semakin menurun

kerana masyarakat sudah banyak yang beralih kepada bahan bakar gas dan eletrik.

Page 8: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

8

Setelah diabaikan selama beberapa tahun terakhir, kini arang kayu mulai menarik

perhatian setelah munculnya penemuan baru yang menyatakan produk arang banyak

manfaatnya bagi kehidupan manusia. Kemajuan teknologi moden telah meningkatkan

ilmu pengetahuan untuk meneliti manfaat arang bagi kepentingan manusia dengan

pelbagai kegunaan.

Hasil penelitian di Jepun menyatakan, arang yang mengandung karbon itu dapat

diolah menjadi pelbagai produk yang berkhasiat bagi kesihatan. Di samping digunakan

untuk bahan campuran pakaian dan pertanian.

Arang mempunyai banyak ciri menarik seperti mempunyai rongga-rongga kecil

yang sangat banyak arah sehingga 1 gram arang mempunyai luas permukaan sekitar 250

meter persegi. Rongga-rongga ini dapat melekatkan zat-zat yang berlainan pada

dindingnya, yang kemudian nantinya dilepaskan.

Misalnya arang menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada

keadaan yang kering. Sehingga membuatnya berfungsi pengatur kelembapan yang baik.

Selain itu, arang juga mempunyai manfaat menyerap bau ruangan yang tidak sedap dan

zat-zat merugikan. Arang menghasilkan ion-ion negatif yang membuat orang lebih santai.

Infra merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan efek bagi kelancaran

peredaran darah, penjernihan air, alat untuk menjaga sayur dan makanan sentiasa segar,

penambah kualiti tanah, pengatur kelembapan dinding dan lantai rumah dan ubat penyah

bau. Arang yang digunakannya itu berasal dari kayu keras (kayu ek holm) yang lama

terbakar.

Sementara itu, arang buluh mempunyai lebih banyak rongga, sehingga dapat

menyerap banyak bau dan air daripada arang kayu. Sedangkan cuka kayu, cairan yang

dibuat dengan mendinginkan titsan air dari asap tempat pembakaran, digunakan mulai

dari alat untuk antibakteria, pembasmi ulat di tapak pertanian hingga ubat penghilang bau

serta bahan tambahan untuk mandi dan produk-produk yang dapat meningkatkan

kecantikan.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

9

Arang yang digunakan untuk penjernih air, dicuci dulu lalu disteril dalam air

mendidih, kemudian dikeringkan dibawah matahari. Jika menggunakan arang sebagai

pengatur kelembapan dan menyerap bau, maka memerlukan 8 kg untuk ruangan yang

luasnya sekitar 10 hingga 13 meter persegi.

c. Serai Wangi

Jadual 2.1: Spesifikasi serai wangi

Sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Serai_wangi

Serai wangi

Pengelasan Saintifik

Alam Plantae

Tiada Peringkat Angiosperms

Tiada Peringkat Monocots

Tiada Peringkat Commelinids

Order Poales

Famili Poaceae

Genus Cymbopogon

Spreng.

Spesies C. nardus

Nama binomial Cymbopogonnardus

(L.) Rendle

Page 10: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

10

Serai wangi, nama saintifiknya Cymbopogon nardusatau ‘citronella’ merujuk

kepada rajah 2.6 ialah tumbuhan famili rumput Poaceae, berasal dari kawasan tropika

Asia. Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk

penghasilan minyak pati. Serai wangi juga dapat digunakan untuk menghalau serangga.

Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan.

Khasiat Serai Wangi tak terkira. Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau

wangi. Purata saiznya ialah 60cm panjang x 2.5cm lebar.

Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda,

kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan

dengan serai sayur. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup

matang iaitu pada peringkat umur melebihi lapan bulan. Khasiat Serai Wangi

Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan

makanan. Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan

sistem dalaman badan. Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

d. Manfaat Serai Wangi

i. Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin

serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat

membantu mengimbangkan kestabilan hormon.

ii. Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak

sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun

sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas

bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

iii. Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan

keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi

merawat kesihatan sistem dalaman badan.Membantu melawaskan dan

melancarkan pembuangan air kecil.

iv. Daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk

untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin.

Page 11: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

11

Rajah 2.6 : Serai

Sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Serai_wangi

e. Daun Pandan

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) rujuk jadual 2.2 merupakan sejenis

pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India . Ia digunakan sebagai pewangi

makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam

istiadat perkahwinan Melayu.

Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi.

Pokok Pandan wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi. Pokok

Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan

digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau

menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini

adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.

Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi

perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara

dagangan dalam bentuk beku di kedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak

tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia,

terutama hidangan nasi dan kuih. Daun pandan kadang kala direndam dalam santan, yang

kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia

juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi.

Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan Thailand dengan ayam

Page 12: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

12

dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi

pencuci mulut seperti kek pandan.

Ia dikenali sebagai pandan wangi di Indonesia dan lá dứa di Vietnam. Daun

pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas. Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian

bau 2-acetyl-1-pyrroline yang turut memberi bau roti putih, beras jasmine dan beras

basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra).

f. Manfaat Daun Pandan

Pokok Pandan mempunyai pelbagai kegunaan terutama 'Daun Pandan'. Kehidupan

dan budaya kehidupan orang di Nusantara menjadikan pandan sebagai pewangi dalam

hampir setiap kegunaan yang memerlukan pewangi. Inilah pewangi semula jadi yang

mudah diperolehi di Nusantara.

Sebahagian pengguna menjadikan wangian pandan sebagai pewangi dalam

makanan, dan sudah pasti wangian atau perisa tersebut tidak mempunyai bahan berbahaya

kerana ia diperolehi dari tumbuhan yang memang kita kenal. Sementara sebahagian lagi

menggunakan wangian pandan sebagai pilihan pertama bagi mewangikan bahagian dalam

kereta. Kegunaan pandan :

i. Air perahan daun boleh digunakan membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih

talam, ketayap (kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka atau

bengkang kata orang utara.

ii. Daun yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ketupat atau membalut ayam

yang hendak di bakar.

iii. Pewangi bedak sejuk.

iv. Pewangi asli bunga rampai untuk pengantin atau ditanah perkuburan.

v. Ubat pencegah lipas dengan mengambil beberapa helai daun yang segar,

simpulkan dan letak dalam kabinet dapur.

Page 13: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

13

vi. Pewangi dalam kereta dengan menggunting beberapa helai daun muda, masukkan

ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu. Lepas 2 minggu bila

dah kering tukarlah yang baru.

vii. Lemah saraf boleh diubati dengan mengambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3

gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas ). Tapis dan minum 2/3 kali

sehari.

viii. Buang angin dalam badan dengan mengambil segenggam pulut. Uli supaya

menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun

pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu

sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum.

Amalkan 2/3 kali sehari.

ix. Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya

berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan

3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan

3/4 kali seminggu.

x. Kelemumur: Ambil 7 helai daun muda. giling halus2 kalau tak boleh giling

masukkan dalam blender dan blend bagi hancur. Campurkan 1 atau 2 cawan air.

Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika. Kemudian basuh dengan air

sekali lagi.

Page 15: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

15

g. Sachet

Sachet adalah kecil kain wangi beg dipenuhi dengan herba, bunga rampai, atau

bahan-bahan aromatik. Sachet juga beg berliang kecil atau paket yang mengandungi

bahan bertujuan untuk berinteraksi dengan suasana; sebagai contoh desiccants biasanya

dibungkus dalam sachet yang kemudiannya diletakkan di dalam pakej yang lebih besar.

Sachet boleh ditakrifkan sebagai beg kecil yang lembut yang mengandungi

barangan wangi atau berbau manis juga dikenali sebagai beg pendakian, beg bau, beg

gula, beg sachet, sachet de Senteurs, sachet wangi-wangian, sachet potpourri, sachet

wangi, minyak wangi kusyen, berbau kusyen, kusyen wangi, beg wangi.

Sachet rujuk rajah 2.7 yang bersaiz kecil digunakan untuk meletakkan bahan

pewangi semulajadi yang telah diracik/dipotong halus.

Rajah 2.7: Sachet

Sumber : http://www.decopolisltd.com/?q=sachet-packaging

2.5 KAEDAH MENGURANGKAN BAU NAJIS KUCING DI RUMAH

a. Menggantikan Pasir Kucing

Jenis pasir yang kita gunakan berperanan penting dalam mengawal bau. Peraturannya

adalah satu bekas pasir per kucing di dalam rumah kucing. Kita juga boleh melakukan

Page 16: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

16

ujian mengunakan jenama yang berbeza di bekas pasir yang berbeza, sehingga kita boleh

menilai jenis dan jenama apa yang dapat mengurangkan bau busuk najis kucing. Pasir

rujuk rajah 2.8 bentonite / gumpal seringkali dapat mengurangkan bau busuk

dibandingkan dengan pasir organik. Banyak jenis pasir yang dibuat khusus untuk

mengurangkan bau najis kucing, yang memasukkan baking soda, dan formula lainnya.

Rajah 2.8 : Pasir di dalam bekas

b. Menggunakan Pengharum Pasir

Jika pasir yang dipilih kucing tidak menawarkan pengawalan bau yang baik, kita boleh

menggunakan pewangi pasir di dalam bentuk taburan atau semburan. Biasanya

pengeluar pasir menggunakan baking soda kerana tidak mempunyai racun bagi

kucing.

c. Pengharum Ruangan

Gunakan pengharum ruangan yang sesuai untuk kita, pakai di dalam ruangan dimana

bekas pasir kucing diletakkan. Perlu diberi perhati kepada penggunaan pengharum

ruangan supaya tidak mempunyai racun bagi kita dan si kucing. Biasanya pengharum ini

di jual di kedai haiwan dan kedai kesihatan.

d. Meletakkan Bekas Pasir Pada Udara Yang Terbuka

Selain menaruh bekas pasir yang jauh dari lalu-lalang orang di rumah, bekas pasir juga

harus diletakkan di tempat yang memiliki ventilasi/pengudaraan yang bagus. Menaruh

bekas pasir di tempat ventilasi/pengudaraan yang minimum, dapat menambah masalah

Page 17: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

17

bau di rumah kita. Jika kita memiliki lebih dari satu bekas pasir, maka kita boleh

meletakkan bekas pasir di tempat yang berbeza, ini berguna untuk mengurangi bau dan

memberikan pilihan bagi kucing untuk membuang najis.

e. Sentiasa Membersihkan Najis Kucing

Salah satu sebab kenapa bekas pasir sentiasa berbau adalah kerana bekas pasir yang

digunakan sering di sorok dengan menyangka bekas pasir tidak berbau. Perkara yang

perlu di lakukan adalah dengan membuang najis dengan segera.

f. Memakai penapis karbon

Memakai penapis karbon dapat mengurangi masalah bau najis. Penapis karbon ini

berbentuk seperti lapisan yang nipis dan ditempatkan di bahagian bawah bekas pasir.

Penapis karbon ini dapat diganti setiap tiga sampai empat minggu sekali. Biasanya

terdapat di pasaraya dan kedai haiwan.

g. Gunakan Air Purifiers

Air purifiers rujuk rajah 2.9 tidak hanya meningkatkan kualiti udara di rumah kita, tetapi

juga akan menghilangkan segala macam bau di rumah, termasuk bau yang berasal dari

bekas pasir.

Rajah 2.9: Air purifier

Sumber : http://vipforair.com/airpurifier

Page 18: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

18

h. Ganti Makanan Kucing

Perbezaan jenis dan jenama makanan akan mempengaruhi bau dan jumlah urin dan najis

kucing kita. Sangat penting untuk memberi makanan yang terbaik untuk kucing

kita.Beberapa jenis makanan kucing, seperti Royal Canin, Solid Gold, dan Blackwood

sangat baik untuk kucing kita. Jenama makanan kucing yang murah dapat memberi kesan

buruk bagi si kucing dalam masa jangka panjang. Pengambilan nutrisi yang baik dapat

meningkatkan kesihatan kucing. Dalam jangka pendeknya, najis dan urin kucing juga

menjadi lebih baik.

i. Rajin Mandikan Kucing

Kucing biasanya tidak memiliki bulu yang berbau, kerana ia sering membersihkan

bulunya sendiri. Namun, jangkitan kulit kerana cendawan dan bakteri dapat menyebabkan

bau yang tidak enak. Tanda-tanda kulit kucing terkena jangkitan biasanya disertai dengan

bulu cabut, gatal-gatal, atau kulit tampak merah dan meradang. Jika sudah terkena

jangkitan, maka harus segera bawa berjumpa dengan doktor haiwan. Oleh kerana kita

perlu selalu memandikan kucing, seminggu sekali untuk bulu panjang dan 2 minggu

sekali untuk bulu pendek. Gunakan shampoo yang sesuai untuk kucing kita.

2.6 ARUS TERUS

Arus terus (DC, juga AT) merujuk kepada arus elektrik yang mengalir sehala.

Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, termo gandingan, sel suria

serta dinamo jenis komutator. Di dalam arus terus, cas elektrik mengalir pada arah yang

tetap, berbeza dengan arus ulang-alik (AC). Arus ulang-alik (AC atau AU) pula

merupakan arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya. Perubahan arah pengaliran

arus disebabkan oleh perubahan kekutuban punca voltan yang selang-seli.

Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif kemudian

turun ke sifar manakala sebaliknya pula nilai arus menurun ke maksimum pada arah

negatif pula dan kembali ke sifar. Sumber bagi arus jenis ini ialah penjana yang

merupakan sebuah mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik.

Page 19: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

19

Persamaan AC dan DC ialah boleh menghasilkan kesan pemanasan dan menghasilkan

kesan magnet. Perbezaan AC dan DC boleh merujuk jadual 2.3.

Jadual 2.3: Perbezaan AC dan DC

AC DC

Arus ulang-alik Arus tetap

Arus sentiasa berubah Arus adalah tetap

Diukur berdasarkan nilai p.m.k.d

(punca min kuasa dua)

Diukur berdasarkan nilai

mantapnya

Voltan boleh diubah oleh

transformer

Voltan tidak boleh diubah oleh

transformer

Boleh direktifikasi dengan diod Tidak boleh direktifikasi dengan

diod

Dibenarkan melalui kapasitor Tidak dibenarkan melalui

kapasitor

2.7 SUSUNAN LITAR ELEKTRIK

Komponen litar elektrik atau litar elektronik boleh disambungkan dalam pelbagai

cara. Kedua-dua ini dipanggil siri dan selari. Litar bersiri rujuk rajah 2.11 adalah apabila

komponen-komponen litar disambung secara hujung ke hujung atau selari untuk membina

satu lintasan lengkap. Hanya terdapat satu lintasan arus di dalam litar ini. Litar ini

menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak.

Rajah 2.10: Litar sesiri

Page 20: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

20

Litar selari rujuk rajah 2.12 pula ialah apabila komponen litar disambung sebelah-

menyebelah. Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam lirtar ini. Apabila salah

satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap. Perbezaan litar

selari dan litar sesiri boleh merujuk jadual 2.4.

Rajah 2.11: Litar selari

Sumber : http://www.slideshare.net/mobile/NorbieAbuBakar/liar-sri-dan-selari

Jadual 2.4: Perbezaan litar selari dan litar sesiri

Sumber: Slideshare (2014)

Item Litar bersiri Litar selari

Arus Arus mengalir melalui

setiap perintang yang sama

IJ=I1=I2=I3

Jumlah arus adalah

bersamaan dengan hasil

tambah arus bagi

setiacabang lintasan

IJ=I1+I2+I3

Voltan Jumlah voltan adalah

bersamaan dengan hasil

tambah voltan setiap

perintang

V=V1 +V2+V3

Voltan setiap perintang

adalah sama

V=V1 =V2=V3

Page 21: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

21

Rintangan Jumlah rintangan adalah

sama dengan hasil tambah

rintangan bagi setiap

Perintang

RJ=R1+R2+R3

Jumlah rintangan adalah

mengikut rumas berikut:

1/RJ=1/R1+1/R2+1/R3

Page 22: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

22

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi merangkumi beberapa cara kerja adalah perancangan kerja yang

sistematik, membuat lakaran projek, pemilihan projek, rekabentuk projek, dan

memastikan projek itu berjaya berfungsi dengan lancar serta baik. Langkah-langkah ini

perlu di lakukan dengan penuh ketelitian agar dapat menghasilkan sesuatu projek yang

bermutu dan berkualiti.

Idea rekabentuk diambil setelah 3 rekabentuk dilakar dan rekabentuk terbaik telah

dipilih untuk rekaan sebenar alat penyah bau najsi kucing. Rekabentuk dipilih bedasarkan

saiz, berat, bahan yang akan digunakan serta rekabentuk komersial.

Bab ini menerangkan tentang proses kerja alat penyah bau najis kucing. Segala

aspek diterangkan seperti pemilihan bahan, kos bahan da sebagainya. Alat penyah bau

najis kucing dihasilkan dengan menggunakan dua bekas terpakai dan satu salur mudah

alih untuk mengeluarkan bau busuk memalui penanpis yang mempunyai bahan

semulajadi serai wangi, daun pandan dan arang kayu.

Page 23: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau

23

3.2 CARTA ALIR

Rajah 3.1: Carta alir proses rekabentuk alat penyah bau najis kucing

Mula

Penyataan Masalah

Kajian

Idea

Modifikasi

Penilaian

YA

Tamat