pengenalan -...

22
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 1 Menjadikan Alor Gajah Perbandaran Mampan Ke arah Teknologi Hijau Menjelang 2020 Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti serta berteknologi hijau kepada warga Alor Gajah Alor Gajah Dinamik - Progresif - Holistik a) LATAR BELAKANG MPAG Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003 semasa pentadbiran Ketua Menteri Melaka sekarang iaitu Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah yang pertama ketika itu. Kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah seluas 635.84 km persegi di mana anggaran penduduk kawasan pentadbiran Majlis berjumlah 198,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah. Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran. i. VISI, MISI DAN SLOGAN Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:- PENGENALAN VISI MISI SLOGAN

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 1

Menjadikan Alor Gajah Perbandaran Mampan

Ke arah Teknologi Hijau Menjelang 2020

Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan

berkualiti serta berteknologi hijau kepada

warga Alor Gajah

Alor Gajah Dinamik - Progresif - Holistik

a) LATAR BELAKANG MPAG

Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah

pada 1 Mei, 2003 semasa pentadbiran Ketua Menteri Melaka sekarang iaitu

Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron selaku Yang Dipertua Majlis

Perbandaran Alor Gajah yang pertama ketika itu.

Kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah seluas 635.84 km

persegi di mana anggaran penduduk kawasan pentadbiran Majlis berjumlah

198,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor

Gajah.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah

bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta

membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah

dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi

mencapai kemajuan dan kemakmuran.

i. VISI, MISI DAN SLOGAN

Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan

perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan

pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah

telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:-

PENGENALAN

VISI

MISI

SLOGAN

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 2

ii. PENJAWATAN

MPAG mempunyai seramai 345 pegawai dan kakitangan yang terbahagi kepada

tiga (4) unit dan dua belas (12) jabatan seperti di Rajah 1.

Rajah 1- CARTA ORGANISASI

MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 3

BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH

1. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan dan ubah suai rumah teres

14 hari

2. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan kediaman dan bukan kediaman

14 hari

3. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan sesebuah

14 hari

4. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan perumahan / bangunan selain kediaman melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

37 hari

5. Memproses dan membuat keputusan pelan bangunan industri / bengkel

37 hari

6. Memproses dan membuat keputusan permohonan Permit Sementara Bangunan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

37 hari

7. Memberi ulasan permohonan perancangan pembangunan seperti permohonan tanah kerajaan, permohonan rumah sesebuah, pecah sempadan dan pecah bahagian

14 hari

8. Memproses dan membuat ulasan permohonan Kebenaran Merancang di peringkat J/K Pusat Setempat

14 hari

9. Memproses dan memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang di bawah subseksyen 124A dan 204D, Kanun Tanah Negara melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

57 hari

10. Memberi perkhidmatan pengeluaran bil cukai taksiran 2 kali setahun

(15 Jan &15 Julai setiap tahun)

BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH

11. Memproses permohonan pindah milik pegangan berkadar 14 hari

12. Pengeluaran surat tawaran sewa selepas keputusan temuduga gerai

21 hari

13. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan

14 hari

14. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan tidak berisiko

15 minit

15. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan kejuruteraan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

57 hari

16. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan landskap melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

57 hari

17. Memproses bayaran 10 hari

18. Memberi maklumbalas status aduan awam 14 hari

19. Pemotongan rumput dibawah seliaan MPAG 2 kali sebulan

iii. PIAGAM PELANGGAN

Bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan, piagam

pelanggan Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dibentuk berteraskan

perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya seperti di Rajah 2.

Rajah 2 - PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 4

PENGENALAN JABATAN KEJURUTERAAN

Jabatan kejuruteraan merupakan salah satu jabatan teknikal dalaman Majlis

Perbandaran Alor Gajah dimana jabatan ini diketuai oleh Pengarah, seorang

Jurutera dan dibantu oleh lapan orang Penolong Jurutera, dua orang Penolong

Ukur Bahan dan seorang Penolong Pegawai Senibina

Tugas utama jabatan ini adalah bagi menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan

dan melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan

awam. Fungsi utama Jabatan Kejuruteraan MPAG adalah :-

Merancang dan meguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan

dan kemudahan awam.

Bertanggungjawab ke atas penyelanggaraan lampu awam, lampu

hiasan, bangunan-bangunan MPAG dan kemudahan awam di dalam

kawasan pentadbiran MPAG.

Memproses serta menimbang permohonan pemasangan lampu awam

serta lampu hiasan dan hal-hal lain.

Menyelia kerja-kerja berkaitan sistem elektrik bagi projek-projek

pembangunan MPAG.

Memproses permohonan CFO dan CCC.

Memproses permohonan pemulangan wang deposit infrastruktur,

deposit perparitan dan deposit pengorekan.

Menimbang dan memproses permohonan kelulusan kerja-kerja

pengorekan serta pelan sesebuah rumah.

PENGENALAN JABATAN

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 5

Tujuan projek inovasi adalah untuk mengurangkan masa kelewatan kerja-kerja

penyelenggaraan penghawa dingin di pejabat Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Disamping itu juga inovasi ini dapat memaksimumkan penggunaan dan

jangkahayat penghawa dingin yang sedia ada. Selain itu juga projek ini dapat

mewujudkan sistem penyelenggaraan penghawa dingin dengan mudah, efisyen

dan fleksibel. Apabila penyelenggaraan dapat dilakukan dengan mudah dan

tepat pada masanya maka dapat meningkatkan keselesaan di dalam ruang

pejabat terutamanya orang awam yang berurusan di Majlis Perbandaran Alor

Gajah.

‘Ezzy Clean Cool’ adalah produk yang di perbuat daripada aluminium, zink serta

hose pipe. Ianya diletakkan di bawah indoor unit supaya mudah bagi

penyelenggaraan. Selain itu juga penggunaan produk ini bertujuan bagi

mengurangkan masa serta penjimatan kos penyelenggaraan penghawa dingin.

Produk ini telah mula digunakan mulai Ogos 2013.

TUJUAN PROJEK INOVASI

PENGENALAN MENGENAI INOVASI

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 6

PENJIMATAN MASA

Sebelum kaedah ini dijalankan cucian perlu menurunkan indoor unit dan

memerlukan masa yang terlalu lama untuk mencuci sesebuah indoor unit. Selain

itu, indoor unit tidak perlu diturunkan dan hanya mencuci dengan alat khas serta

takungan khas dengan hanya mengambil masa 70 minit daripada 150 minit .

Penjimatan ini secara tidak langsung mengurangkan masa selenggara dan dapat

juga mengurangkan kos tenaga pekerja dan kewangan.

APA SIAPA BILA

REKABENTUK Adnan 4.8.2014

UJILARI Adnan &

Firdaus 18.8.2014

PENGESAHAN Sharil 25.8.2014

TUMPUAN Kerja-kerja penyelenggaraan penghawa

dingin dilaksanakan oleh anggota Jabatan

Kejuruteraan serta mengaplikasikan

penggunaan kanvas sebagai alat takungan

semasa kerja-kerja cucian/ penyelenggaraan

penghawa dingin dijalankan.

PROSES PELAKSANAAN

PELAN TINDAKAN CADANGAN PERTAMA

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 7

Model pertama alat penyelenggaraan penghawa dingin menggunakan kanvas

dari banner terpakai semasa kerja penyelenggaraan dijalankan

APA SIAPA BILA

REKABENTUK Adnan & Shahril 2.11.2014

UJILARI Adnan &

Firdaus 18.11.2014

PENGESAHAN Sugiman 25.11.2014

TUMPUAN Mengatasi masalah takungan air cucian yang

seringkali berlaku semasa kerja–kerja

penyelenggaraan dijalankan.

PELAN TINDAKAN CADANGAN KEDUA

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 8

PELAN TINDAKAN CADANGAN KEDUA

Kaedah penambahbaikan cadangan kedua. Kerangka takungan telah dibuat

denggan menggunakan zink, aluminium plate, hose pipe dan lubang sinki bagi

menggantikan kanvas yang dicadangkan. Rekabentuk kerangka yang sistematik

dan memudahkan penyelenggaraan.

PENJIMATAN MASA DAN KOS (SETAHUN)

Selepas pelan tindakan pertama, penjimatan masa dapat dijimatkan lagi kerana

dengan peralatan ini amat praktikal memudahkan kerja. Selain itu dapat

menjimatkan kos bahan dan seterusnya diberikan nama sebagai Ezy Clean

Cool (ECC).

JENIS

BIL

MASA ( MINIT) PENJIMATAN

MASA JUMLAH( RM)

SEBELUM SELEPAS

1.0 HP 100 135 50 85 X 100 8500

1.5HP 24 140 50 90 X 24 2160

2.0HP 13 145 50 95 X 13 1235

2.5HP 7 150 50 100 X 7 700

12,595 MINIT

JENIS KOS (RM) PENJIMATAN

(RM) JUMLAH( RM)

SEBELUM SELEPAS

1.0 HP 60.70 30 30.70 X 100 3,070.00

1.5HP 73.50 30 43.5 X 24 1,044.00

2.0HP 86.40 30 56.40 X 13 733.20

2.5HP 93.30 30 63.30 X 7 443.10

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 9

Model pertama alat penyelenggaraan penghawa dingin menggunakan Ezzy

Clean Cool semasa kerja penyelenggaraan dijalankan

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 10

PERBEZAAN PELAN TINDAKAN

PERKARA PELAN TINDAKAN PERTAMA PELAN TINDAKAN KEDUA

Sasaran Sebenar Sasaran Sebenar

Masa 50 minit 70 minit 50 minit 50 minit

Kos RM 30.00 RM40.00 RM 30.00 RM 30.00

Gas 5ml 5ml 5ml 5ml

0

10

20

30

40

50

60

70

Masa Kos Gas

70

40

5

50

30

5

50

30

5

Ujicuba Pertama

Sasaran

Ujicuba Kedua

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 11

Bil. STAKEHOLDER PERKARA

SEBELUM PROJEK SELEPAS PROJEK

CATATAN TERCAPAI

TIDAK

TERCAPAI TERCAPAI

TIDAK

TERCAPAI

1. MPAG Visi, Misi dan

Pelan Strategik X √

Menetapi dan

direalisasikan pada tahun

2015

2. Jab.

Kejuruteraan

Visi, Misi dan

Pelan Induk X √

Menetapi dan

direalisasikan pada tahun

2015

3.

Kumpulan EEC

[Ezzy Clean

Cool]

Visi, Misi X √

Menetapi dan

direalisasikan pada tahun

2015

IMPAK INOVASI (KEPADA STAKE HOLDER)

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 12

PENGIKTIRAFAN DITERIMA KUMPULAN

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 13

i) Kewangan

Bagi menggalakan pemikiran dan penghasilan produk / perkhidmatan

yang berinovatif bagi pegawai dan kakitangan, pihak Majlis telah

memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM50,000.00 bagi tujuan

melaksanakan program-program berkaitan inovasi.

ii) Pengurusan Sumber Manusia

Pihak Majlis sentiasa memastikan setiap anggota Majlis mempunyai

kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi memberikan perkhidmatan

yang berkualiti dan berinovasi dalam meningkatkan imej Majlis di mata

masyarakat. Kursus, taklimat dan bengkel berkaitan inovasi yang telah

dihadiri oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah pada tahun

2015 adalah seperti berikut:-

Kursus Pengenalan MS ISO 9001 : 2015 Bengkel Pengenalan EKSA

KOMITMEN

1.

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 14

Bil. Kursus Tarikh

1. Kursus Pengenalan Pelaksanaan EKSA 02.02.2016

2. Kursus Pengenalan dan Pemahaman Standard

Baru MS ISO 9001 : 2015

23 – 24.02.2016

3. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen

KIK Siri 1/2016

04 – 05.04.2016

4. Kursus Kesedaran Amalan Hijau Pejabat 11.04.2016

5. Kursus Pengenalan Pelaksanaan EKSA 04.05.2016

6. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen

KIK Siri 2/2016

18 – 19.05.2016

7. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen

KIK Siri 3/2016

01 – 02.06.2016

8. Bengkel Semakan Pelan Strategik MPAG 2016 -

2020

22.07.2016

9. Kursus Paparan EKSA 10.08.2016

10. Bengkel Pelan Strategik MPAG 2016 - 2020 22.11.2016

iii) Insentif

Sebagai penghargaan kepada usaha penghasilan inovasi, pelbagai

insentif dan galakan diberi kepada warga kerja MPAG. Antaranya adalah

kemudahan lawatan penandarasan ke Jabatan / Agensi luar yang

mempunyai keistimewaan pengurusan kualiti, penyediaan sijil

penghargaan, serta insentif dalam bentuk wang tunai yang diberikan

kepada warga kerja yang memenangi pertandingan-pertandingan yang

dianjurkan secara dalaman. Di antara hadiah dalam bentuk wang tunai

adalah seperti berikut : -

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 15

Anugerah Inovasi Majlis Perbandaran Alor Gajah

Tempat pertama : RM500

Tempat kedua : RM400

Tempat ketiga : RM300

Tempat keempat : RM200

Tempat kelima : RM100

Bank Inovasi

Inovasi Terpilih : RM100

Zon EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM500

Tempat kedua : RM400

Tempat ketiga : RM300

Workstation EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM100

Tempat kedua : RM70

Tempat ketiga : RM50

Bilik EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM100

Tempat kedua : RM70

Tempat ketiga : RM50

Tandas EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM100

Tempat kedua : RM70

Tempat ketiga : RM50

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 16

Kreativiti & Go Green EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM100

Tempat kedua : RM100

Tempat ketiga : RM100

Hadiah-Hadiah ini disampaikan semasa Majlis Makan Malam Tahunan MPAG dan

Perhimpunan Pagi bagi menggalakkan dan mempertingkatkan momentum untuk terus

berinovasi.

iv) Penghargaan

MPAG mengiktiraf setiap idea dan inovasi yang dihasilkan oleh

anggotanya dengan pemberian sijil penghargaan dan wang tunai,

keutamaan mengikuti lawatan penanda arasan ke agensi terbaik dan turut

menggalakkan Ketua Jabatan mengambilkira penilaian di dalam Laporan

Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) anggota serta penilaian anggota

terbaik bulanan.

v) Peralatan

Bagi memudahcara inovasi yang telah dihasilkan, MPAG tiada halangan

untuk menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan oleh pegawai

MPAG seperti pinjaman komputer riba, penggunaan kenderaan pejabat di

samping membenarkan pembelian peralatan berkaitan inovasi di bawah

peruntukan Jabatan / Unit masing-masing.

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 17

Pencapaian dan pengiktirafan yang diterima MPAG ke atas pelaksanaan serta

penghasilan daripada program-program inovasi adalah seperti berikut :-

Peringkat Antarabangsa

Penyertaan Pencapaian Tahun

Anugerah Green Apple Award For

Environment Best Practice

Bronze Winner

2014

Green World Awards 2015 National and

Regional Government

Gold Winner 2015

Peringkat Kebangsaan

Penyertaan Pencapaian Tahun

Konvensyen Team Excellent ICC

Peringkat Kebangsaan

Tahun 2014

(Kumpulan O2)

2 Bintang

2014

Konvensyen Team Excellent ICC

Peringkat Kebangsaan

Tahun 2015

(Kumpulan Green Touch)

Anugerah Emas

(3 Bintang)

2015

PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA MPAG

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 18

Penyertaan Pencapaian Tahun

Penganugerahan Malaysian Institute of

Planners (MIP) Planning Execellence

Awards 2014 bagi kategori Design

Excellence

Anugerah Khas

Melaka World

Volar Valley

(MWSV)

2014

Happy Community Award 2013

Tempat Pertama

(Kategori

Perbandaran)

2014

Anugerah Bandar Mampan Kategori

Perbandaran Tertinggi

Pertama

Tertinggi

2015

Peringkat Negeri

Penyertaan Pencapaian Tahun

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri

Melaka - Kategori ICT

(e-SPAN)

Tempat Ketiga 2014

Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan

Negeri Melaka

Tahun 2013

Johan 2014

Konvensyen Team Excellent ICC Wilayah

Selatan Tahun 2014

Anugerah

Emas

2014

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 19

Penyertaan Pencapaian Tahun

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan

Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka

Tahun 2014 (Kumpulan O2)

Anugerah

Emas

2014

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan

Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka

Tahun 2014 (Kumpulan ANT)

Anugerah

Emas

2014

Penyertaan Pencapaian Tahun

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka

(Inovasi : Transformasi Bandar Melalui

Pendekatan Teknologi Hijau)

Johan 2015

Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Naib Johan 2015

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri

Melaka (Kategori ICT)

- e-Iklan

Tempat Ketiga 2015

Pertandingan Anugerah Hijau Negeri

Melaka Tahun 2015

Kategori Kerajaan

Tempat Ketiga 2015

Konvesyen Team Excellent (ICC)

Wilayah Selatan 2015

(Kumpulan Green Touch)

Anugerah Emas

2015

Konvesyen Team Excellent (ICC)

Wilayah Selatan 2015

(Kumpulan Authentic)

Anugerah Emas

2015

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 20

Penyertaan Pencapaian Tahun

Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif

(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun

2015 (Kategori Teknikal)

Kumpulan Green Touch

Johan 2015

Konvensyen Kumpulan Kreatif &

Inovatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka

Tahun 2015 (Kategori Teknikal)

Kumpulan Aircondsave

Naib Johan 2015

Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif

(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun

2015 (Kategori Pengurusan)

Kumpulan Authentic

Naib Johan 2015

Konvensyen Team Excellent (ICC)

Kebangsaan 2015

(Kumpulan Green Touch)

Emas (3 Bintang) 2015

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 21

PENYERTAAN

PENCAPAIAN TARIKH

TERIMA

Anugerah Hijau Negeri Melaka Tahun

2016

Ketiga 2016

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri

Melaka (Kategori ICT)

Johan 2016

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri

Melaka (Kategori Bukan ICT)

Tempat Kedua 2016

Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif

(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun

2015 (Kategori Pengurusan)

Kumpulan Green Horizon

Naib Johan 2016

Sijil Penghargaan Anugerah Inovasi

Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)

Tahun 2016

Calon Senarai

Pendek

(8 PBT)

2016

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017-MPAG-Bukan ICT 22

Pengenalan EZY CLEAN COOL (E.C.C) Jabatan Kejuruteraan, MPAG ini dapat

memberi impak yang besar dari segi penjimatan kos dan penjimatan masa bagi kerja-

kerja penyelenggaraan air cond, di mana ianya dapat mengurangkan masa

penyelanggaraan daripada 70 minit kepada 50 minit bagi setiap unit air cond dengan

penjimatan masa selama 20 minit bagi setiap unit air cond. Dari segi kos penjimatan

yang telah diperolehi pula adalah sebanyak Rm 50.00 bagi setiap unit air cond.

Inovasi ini juga dapat membantu MPAG dalam meningkatkan produktiviti yang berkualiti

dan kerja penyelenggaraan penghawa dingin dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat

dan jimat.

KESIMPULAN