pengenalan mt

2
Pengenalan Dalam masyarakat sekarang, membeli rumah dan kenderaan merupakan satu pelaburan yang paling berharga. Rumah dan kenderaan adalah sebahagian daripada matlamat kewangan kita. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan kewangan yang rapi dan teliti perlu dilakukan sebelum mengambil langkah seterusnya. Dengan ini, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat tentang pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan. Kami boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada institut perbankan, akhbar, majalah dan internet. Seterusnya, kami juga perlu membandingkan pilihan kami supaya bersesuaian dengan keperluan kewangan kami. Selepas mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pembelian rumah dan kenderaan.. Kami juga mendapat panduan asas dan tip-tip yang berguna daripada pihak bank dan kerajaan sebelum membuat pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan daripada mana- mana pihak. Di samping itu, Kumpulan kami juga mengaji kadar faedah bagi pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan. Kami juga membuat perbandingan antara bank masing – masing. Sehubungan dengan itu, tiga buah bank telah dipilih oleh kumpulan kami iaitu Public Bank, Hong Leong Bank dan Bank Simpanan Nasional.

Upload: vivian

Post on 13-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pengenalan Mt

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Mt

Pengenalan

Dalam masyarakat sekarang, membeli rumah dan kenderaan merupakan

satu pelaburan yang paling berharga. Rumah dan kenderaan adalah sebahagian

daripada matlamat kewangan kita. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan kewangan

yang rapi dan teliti perlu dilakukan sebelum mengambil langkah seterusnya.

Dengan ini, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat tentang

pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan. Kami boleh mendapatkan maklumat

tersebut daripada institut perbankan, akhbar, majalah dan internet. Seterusnya, kami

juga perlu membandingkan pilihan kami supaya bersesuaian dengan keperluan

kewangan kami.

Selepas mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pembelian rumah

dan kenderaan.. Kami juga mendapat panduan asas dan tip-tip yang berguna daripada

pihak bank dan kerajaan sebelum membuat pinjaman perumahan dan pinjaman

kenderaan daripada mana-mana pihak.

Di samping itu, Kumpulan kami juga mengaji kadar faedah bagi pinjaman

perumahan dan pinjaman kenderaan. Kami juga membuat perbandingan antara bank

masing – masing. Sehubungan dengan itu, tiga buah bank telah dipilih oleh kumpulan

kami iaitu Public Bank, Hong Leong Bank dan Bank Simpanan Nasional.

Antara kriteria yang penting ialah kadar faedah, tempoh pinjaman dan juga

kemudahan untuk membayar ansuran bulanan lebih dari yang ditetapkan untuk

memendekkan tempoh pinjaman.

Dengan ini, kumpulan kami telah membuat satu jadual perbandingan

antara bank masing – masing untuk membuat permohonan pinjaman perumahan dan

kenderaan supaya dapat merancang pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan

dengan lebih teliti, cermat dan jimat.