pengenalan kepada koperasi

26
FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI KOP 211 SEJARAH, PRINSIP DAN FALSAFAH KOPERASI

Upload: fatin-hafizah-mohammad-sukri

Post on 07-Jun-2015

7.538 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah koperasi

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan kepada koperasi

FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI

KOP 211SEJARAH, PRINSIP DAN FALSAFAH KOPERASI

Page 2: pengenalan kepada koperasi

PENGENALAN KEPADA KOPERASI

• DEFINISI KOPERASI• FALSAFAH KOPERASI• LATAR BELAKANG, NILAI-NILAI

ASAS KOPERASI, NILAI ETIKA ANGGOTA KOPERASI

• PERBEZAAN ANTARA KOPERASI DAN BADAN BUKAN KOPERASI

Page 3: pengenalan kepada koperasi

DEFINISI KOPERASI

• Koperasi atau “co-operative” adalah terjemahan langsung daripada “co-operative” yang berasal daripada perkataan Latin “co-operari”.

• Co- bersama ; operari – bekerja

• BI – co-operative ( bekerjasama, tolong-menolong & bantu- membantu )

• Koperasi = sebuah persatuan manusia ditubuhkan secara sukarela yang dimiliki,dikuasai dan dilanggani oleh anggota ditadbir secara demokrasi untuk membuat keperluan sosio-ekonomi dan cita-cita bersama.

Page 4: pengenalan kepada koperasi

• H.CALVERT• Koperasi adalah sebuah bentuk organisasi di mana

orang-orang perseorangan bergabung secara sukarela sebagai manusia di atas hak-hak yang sama untuk meninggikan kepentingan ekonomi mereka.

• PROF.DIRAJA UNGKU AZIZ (YANG DIPERTUA ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA; ANGKASA)• Koperasi sebagai satu kaedah menguruskan

kegiatan ekonomi dengan cara tolong-menolong, bergotong-royong atau bekerja bersama-sama.

• C.R FAY• Koperasi adalah sebuah badan perniagaan yang

dipunyai oleh orang-orang yang menggunakan perkhidmatannya dan diuruskan secara bersama olehnya.

Page 5: pengenalan kepada koperasi

• AKTA KOPERASII 1993, SEKSYEN 4(1)• Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang

individu dan koperasi berdaftar yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan sosio-ekonomi anggota mengikut prinsip-prinsip koperasi .

• IKATAN KOPERASI ANTARABANGSA (ICA)• Sebuah persatuan manusia yang berautonomi,

bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik.

• C.R FAY• Koperasi adalah sebuah badan perniagaan yang

dipunyai oleh orang-orang yang menggunakan perkhidmatannya dan diuruskan secara bersama olehnya.

Page 6: pengenalan kepada koperasi

Peraturan utama koperasi

1) Layanan yang sama rata antara anggota tanpa mengira pangkat dan darjat.

2) Menggalakkan atau meningkatkan tahap penglibatan anggota untuk bekerja bersama-sama dalam setiap aktiviti demi menyelesaikan masalah bersama.

3) Menyediakan produk dan perkhidmatan untuk mencapai keperluan anggota bukan tujuan mendapat keuntungan semata-mata.

Page 7: pengenalan kepada koperasi

Falsafah koperasi

1) Keanggotaan sukarela dan terbuka2) Kawalan demokratik anggota3) Penglibatan ekonomi anggota4) Autonomi dan kebebasan5) Pendidikan, latihan dan maklumat6) Kerjasama antara koperasi7) Prihatin terhadap komuniti

Page 8: pengenalan kepada koperasi

1)Keanggotaan sukarela dan terbuka

• Keanggotaan sukarela dan terbuka tanpa ada sebarang sekatan dari segi taraf sosioekonomi, agama mahupun pegangan politik.

• Keanggotaan adalah kepada sesiapa yang boleh mendapat manfaat daripada kegiatan koperasi dan bersedia menerima segala tanggungjawab sebagai anggota.

• Bebas untuk menarik diri.

Page 9: pengenalan kepada koperasi

2)Kawalan demokratik anggota

• Kuasa muktamad terletak pada anggota kerana kuasa tertinggi di dalam struktur organisasi koperasi adalah berada di tangan anggota dalam mesyuarat agung.

• Prinsip pengundian adalah satu anggota satu undi tanpa mengira jumlah saham yang dimiliki anggota.

Page 10: pengenalan kepada koperasi

3)Penglibatan ekonomi anggota

• Setiap anggota akan menyumbang modal mengikut syarat yang telah ditetapkan dan mempunyai peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh koperasi.

• Untuk menghargai sokongan dan penglibatan anggota, koperasi boleh memberikan pulangan ke atas apa yang telah disumbangkan oleh mereka.

• Cth: rebat

Page 11: pengenalan kepada koperasi

4)Autonomi dan kebebasan

• Koperasi bersifat autonomi dan mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian.

• Koperasi juga berhak menentukan faedah yang boleh diperoleh dan juga bagaimana koperasi digerakkan berlandaskan prinsip-prinsip dan undang-undang koperasi yang sedia ada.

• Memberi kebebasan kepada koperasi menentukan hala tuju dan matlamat koperasi, kebebasan untuk menggaris, menambah dan membatalkan Undang-Undang Kecil (UUK), memilih anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk mentadbir koperasi, bebas untuk bergabung dengan mana-mana koperasi yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat kepada anggota-anggota koperasi.

Page 12: pengenalan kepada koperasi

5)Pendidikan, latihan dan maklumat

• Pendidikan dan latihan disediakan kepada setiap anggota, perwakilan yang dilantik mentadbir koperasi serta kakitangan koperasi.

• Melalui maklumat pula, masyarakat sekeliling akan mengetahui kebaikan apabila berkoperasi.

• Objektifnya untuk menyebarkan maklumat berkaitan koperasi kepada orang ramai.

Page 13: pengenalan kepada koperasi

6) Kerjasama antara koperasi

• Untuk memastikan institusi ini berkekalan, koperasi-koperasi sendiri perlu bekerja bersama-sama dan mempunyai rangkaian (networking) yang baik di peringkat setempat, kebangsaan dan antarabangsa.

Page 14: pengenalan kepada koperasi

7)Prihatin terhadap komuniti

• Menitik beratkan tanggungjawab sosial pihak koperasi dan anggota- anggotanya terhadap komuniti di kawasan operasi.

Page 15: pengenalan kepada koperasi

Latar belakang koperasi

Page 16: pengenalan kepada koperasi

Sejarah awal gerakan koperasi

• Gerakan koperasi mula mengambil tempat di pertengahan abad ke-18 apabila tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.

• Timbul hasil dari kesan langsung kepada pembanjiran pekerja di sektor perkilangan yang telah dieksploitasi pihak pengilang.

• Tenaga buruh ini telah ditindas dengan bayaran upah yang rendah, masa kerja yang panjang dan keadaan bekerja yang amat membebankan.

• Ini memberikan kesedaran kepada 28 orang penenun untuk menyumbang modal sebanyak 1 pound seorang dengan menubuhkan sebuah kedai runcit yang menjual barangan kegunaan asas.

Page 17: pengenalan kepada koperasi

• Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1844 dan merupakan titik permulaan kepada sejarah gerakan koperasi.

• Mereka dikenali sebagai Pelopor Rochdale telah muncul sebagai kedai koperasi pengguna yang terawal di dunia, seterusnya berjaya menubuhkan koperasi kilang tepung dan kilang kain.

• Konsep yang mereka gunakan adalah faedah tetap atas modal dengan agihan keuntungan berasaskan langganan kepada pembelian di koperasi.

• Aktiviti koperasi yang bermula dengan aktiviti pengguna di kawasan bandar akhirnya tersebar sehingga ke kawasan luar bandar di kalangan petani-petani.

• Ekoran daripada perkembangan ini, koperasi telah terlibat dalam berbagai aktiviti seperti pertanian, kredit, insurans, khidmat kesihata, perumahan dll.

Page 18: pengenalan kepada koperasi

• Dengan perkembangan ini, satu badan yang dikenali sebagai Ikatan Koperasi Antarabangsa / International Co-operative Alliance (ICA) telah ditubuhkan dalam tahun 1895 hasil idea seorang peguan, E.V Neale.

• Tujuan badan ini adalah untuk menyeragamkan identiti koperasi dan memastikan entiti ini dikenali sebagai sebuah perniagaan.

• Sehingga kini badan ini telah dianggotai oleh lebih dari 222 organisasi dari 88 buah negara dengan anggaran lebih daripada 800 juta orang di dunia yang terlibat secara lanngsung dengan kegiatan koperasi.

• Pada akhir abad ke-19, konsep berkoperasi ini telah berkembang luas ke beberapa bahagian Eropah dan Amerika Selatan. Pada awal abad ke-20, Afrika dan Asia, termasuklah Malaysia yang ketika itu berada dibawah penjajahan British.

Page 19: pengenalan kepada koperasi

Sejarah umum gerakan koperasi di Malaysia

• Kegiatan koperasi di Tanah Melayu adalah hasil idea daripada penjajah British yang cuba menyelesaikan masalah keterhutangan yang serius di kalangan penduduk di Tanah Melayu.

• Setelah undang-undang koperasi yang pertama diluluskan pada 28 jun 1922, maka koperasi yang pertama berasaskan kredit telah didaftarkan dengan nama “ The Federated Malay States Posts and Telegraphs Co-operative Thrift and Loan Society Limited” pada 21 julai 1922.

• Manakala di kawasan luar bandar, koperasi pinjaman desa “Syarikat Bekerjasama-sama Kerana Meminjamkan Wang Kampung Tebuk Haji Musa, Mukim Ttiti Serong, Krian Dengan Tanggungan Tidak Berhad” telah didaftarkan pada 3 Disember 1923.

• Jabatan Kemajuan Kerjasama yang kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi telah ditubuhkan sebagai organisasi kerajaan yang bertanggungjawab membimbing, mengawal selia serta memajukan gerakan koperasi di negara ini.

Page 20: pengenalan kepada koperasi

• Sepanjang 83 tahun (1922-2005) gerakan koperasi bertapak di Malaysia, berbagai peristiwa telah melanda gerakan ini.

• Gerakan Koperasi telah berkembang dengan baik semenjak diperkenalkan sehinggalah terhenti sementara apabila Jepun menakluki Malaya.

• Selepas itu, atas kesedaran rakyat koperasi dibangunkan semula sehinggalah sekarang.

• Bagaimanapun, gerakan koperasi di negara ini juga mengalami beberapa sejarah hitam seperti kes kejatuhan Bank Rakyat dalam tahun 1970an, keruntuhan Bank Pusat Kerjasama Malaysia ( CCB) dalam tahun 1980an serta berlakunya krisis 24 buah penerima deposit.

• Kegawatan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1990an juga telah memberi impak negatif kepada segelintir koperasi khususnya yang melabur menggunakan sumber pinjaman daripada institusi kewangan.

Page 21: pengenalan kepada koperasi

3 peraturan koperasi

• Layanan yang sama rata antara anggota tanpa mengira pangkat dan darjat.

• Menggalakkan atau meningkatkan tahap penglibatan anggota untuk bekerja bersama dalam setiap aktiviti demi menyelesaikan masalah bersama.

• Menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anggota bukan bertujuan mendapat keuntungan semata-mata.

Page 22: pengenalan kepada koperasi

Nilai-nilai asas koperasi

• Berteraskan kepada pembentukan peribadi diri sendiri, organisasi dan masyarakat.

• Membantu diri sendiri• Bertanggungjawab ke atas diri sendiri• Demokrasi• Kesamarataan• keadilan

Page 23: pengenalan kepada koperasi

Nilai-nilai etika anggota koperasi

• Merujuk kepada perubahan tingkah laku anggota koperasi melalui penglibatan dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi yang berhubung kait dengan kehendak dan keperluan mereka.

• Keterbukaan• Amanah• Tanggungjawab sosial• Prihatin terhadap orang lain

Page 24: pengenalan kepada koperasi

Perbezaan di antara koperasi dan

badan bukan koperasi ( syarikat swasta)

Page 25: pengenalan kepada koperasi

koperasi Syarikat swasta

Tujuan koperasi ialah perkhidmatan ekonomi yang lebih baik untuk memperbaiki taraf hidup ahli.

Tujuan syarikat swasta ialah untuk mempertingkat keuntungan kepada pelaburan yang dibuat oleh pemegang saham.

Koperasi ialah kumpulan manusia. Syarikat swasta ialah pengumpulan modal.

Keahlian dalam koperasi terbuka dan milik saham seseorang ahli dihadkan.

Milik saham seseorang tidak dihadkan tetapi syarikat swasta ialah jenis tertutup.

Koperasi dikawal oleh ahli-ahli atas asas seorang ahli, satu undi.

Syarikat swasta dikawal oleh pemegang-pemegang saham, milik terbanyak lebih berkuasa.

Perniagaan koperasi tidak lazim membenarkan undi proksi.

Perniagaan syarikat swasta boleh dikawal oleh undi proksi.

Kegiatan koperasi ialah untuk kepentingan ahli-ahli dan pelanggannya.

Kegiatan syarikat swasta ialah untuk kepentingan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.

Koperasi memberi keutamaan kepada ahli-ahli pelanggan dan kemudian pelanggan-pelanggan bukan ahli.

Syarikat swasta berusaha mendapatkan langganan daripada sesiapa sahaja yang mungkin.

Page 26: pengenalan kepada koperasi

koperasi Syarikat swasta

Keuntungan koperasi balik kepada ahli-ahli atas asas langganannya. Dividen atas saham terhad.

Keuntungan syarikat swasta pergi kepada pemegang dan tiada had bayaran dividen. Kekayaan tertumpu kepada hanya segelintir pemegang saham

Saham ahli dalam koperasi ialah untuk mendapatkan pulangan faedah sahaja.

Pemegang saham syarikat swasta menggunakan pelaburannya mendapatkan faedah; untuk mendapatkan keuntungan; dan untuk mendapatkan kuasa kawalan.