pengenalan kepada badminton

Upload: vivieykasmini

Post on 05-Jul-2015

6.660 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN Badminton merupakan permainan dalam yang baik. Badminton juga dimainkan sebagai permainan luar sebagai aktiviti rekreasi sebagai contoh permainan di taman ataupun pantai. Badminton bukan sahaja menyeronokkan malah permainan ini turut memberi banyak faedah terhadap kesihatan. Badminton dimainkan dua orang dan empat orang, perseorangan (single) dan bergu (double) yang mengambil posisi dibahagian berlawanan dari gelanggang yang dibahagikan dengan jaring. Pemain hanya boleh menyerang sekali sebelum melintasi net. Permainan akan berakhir mata apabila bulu tangkis jatuh ke lantai lawan tanpa balas. Sejak tahun 1992, badminton telah menjadi sukan Olimpik dengan lima acara perseorangan lelaki dan perempuan, bergu lelaki dan perempuan serta bergucampuran (peserta terdiri dari pasangan lelaki dan perempuan). Pemain badminton memerlukan stamina, kelincahan aerobik, kekuatan, kelajuan dan ketepatan. Badminton merupakan sukan teknikal yang memerlukan koordinasi motor yang baik dan cara menggunaan raket yang baik. Pada tahun 1860, Isaac Spratt telah menerbitkan sebuah buku kecil, Badminton Battledore sebuah buku yang memuatkan permainan baru. Badminton terus berkembang. Sukan baru ini dilancarkan pada tahun 1873 di Badminton House, Gloucestershire yang dimiliki oleh Duke Of Beaufort. Sejak itu, permainan ini telah dikenali sebagai The Game Of Badminton dan ditukar kepada Badminton dengan rasminya. Sehingga tahun 1887, sukan ini dimainkan di Inggeris di bawah peraturan-peraturan yang dijalankan di British India. Peraturan asas telah disusun pada tahun 1887 dan pada tahun 1893, Persatuan Badminton Inggeris telah menerbitkan set pertama peraturan yang sesuai. Peraturan yang digunapakai hari ini telah dilancarkan di Dunbar, 6 Waverley Groove, Portsmouth, United Kingdom pada 13hb September 1893. Mereka juga telah membuka pertandingan All England Open Badminton Championships, pertandingan pertama di dunia yang diadakan pada tahun 1899. Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) yang kini dikenali sebagai Badminton World Federation telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Kanada dengan Denmark, Inggeris, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Welsh sebagai ahli. India bergabung pada tahun 1936. Pertubuhan Badminton Sedunia telah mengembangkan sukan ini secara global.1

Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934. Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon. Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Siden, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain. Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark. Sejarah badminton bermula pada pertengahan abad ke-18 Inggeris-India, di mana badminton dicipta oleh pegawai tentera Inggeris yang ditempatkan bertugas di sana. Badminton terkenal di bandar Garrison Inggeris Poona yang kini dikenali sebagai Pune. Badminton dahulunya dikenali sebagai Poona. Pada awalnya, bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu lebih disukai oleh golongan kelas atasan kerana sifatnya yang berangin dan basah. Pegawai pesara itu kembali ke Inggeris dengan membawa semula permainan ini dan ianya berkembang berserta dengan peraturan yang telah ditetapkan. 10 PERALATAN ASAS BADMINTON

2

Dalam permainan ini, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diketahui dan difahami dengan teliti. Pemain haruslah mempunyai raket, bulu yang pemain perlu ada. tangkis, gelanggang, net dan kasut yang sesuai. Rajah dibawah menunjukkan perkara asas

20 BAGAIMANA BADMINTON DIMAINKAN Permainan badminton dibahagikan kepada dua jenis iaitu permainan perseorangan dan bergu. Permainan perseorangan dibahagikan kepada dua kategori iaitu3

perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. Permainan bergu pula mempunyai tiga kategori iaitu bergu lelaki, bergu wanita dan bergu campuran. Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu tangkis supaya sentiasa berada di udara. Para pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam kawasan gelanggang masing-masing. Matlamat utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan bulu tangkis di gelanggang lawan. Jika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperoleh dan servis kembali berjaya dirampas.Begitulah seterusnya permainan berlangsung sehingga mata penamat dicapai. 30 PERATURAN PERATURAN ASAS BADMINTON 3.1 Gelanggang Gelanggang badminton berbentuk persegi dan dibahagikan kepada dua bahagian oleh jaring. Gelanggang biasanya ditandai untuk dan bergu. Gelanggang bergu lebih lebar pemain daripada perseorangan

perseorangan namun kedua-duanya sama panjang. Perkara ini selalu menjadi kekeliruan kepada pemain baru. Gelanggang bergu mempunyai dimensi panjang-pendek. Gelanggang servis bagi perseorangan dan bergu boleh dilihat dalam rajah di bawah.

4

Lebar bagi gelanggan ialah 6.1 meter (20 kaki). Bagi perseorangan, lebar dikurangkan kepada 5.18 meter (17 kaki). Panjang penuh gelanggang ialah 13.4 meter (44 kaki). Gelanggang ditandai dengan garis tengan yang membahagi lebar gelanggang dengan garis servis pendek pada jarak 1.98 meter (6 kaki 6 inci). Bagi bergu, gelanggang juga ditanda dengan garis servis panjang, 0.76 meter (2 kaki 6 inci) dari batas belakang. Berikut merupakan rajah dimensi bagi lebar gelanggang.

5

3.2 Peralatan 3.2.1 Raket Raket yang baik adalah raket yang ringan dan berkualiti. Sebuah raket yang berkualiti mempunyai berat antara 70-95 gram, tidak termasuk pegangan ataupun tali (string). Ianya terdiri daripada pelbagai bahan yang kebanyakannya daripada serta karbon komposit. Serat karbon memiliki kekuatan yang sangat baik untuk berat, kaku dan memberi perpindahan tenaga kinetik yang sangat baik. Sebelum menggunakan komposit serat daripada karbon, raket diperbuat daripada logam ringan seperti aluminium. Dahulu raket diperbuat daripada kayu. Raket murah selalunya diperbuat daripada logam seperti baja tetapi raket kayu sudah tidak lagi dipasarkan kerana penggunaan bahan kayu memerlukan kos yang banyak. Kini, bahan-nano seperti Fullerene dan Karbon-Nano ditambah ke raket supaya dapat memberikan daya tahan yang lebih besar. Reka bentuk raket berbeza mempunyai cirri bermain yang menarik bagi pemain yang berbeza. 3.2.2 String (Raket) String badminton yang tipis mempunyai ketebalan sekitar 0.620.73mm. String yang tebal lebih tahan lama, tapi kebanyakkan pemain lebih suka akan string yang nipis. Ketegangan string biasanya sekitar 80-160N (18-36lbf). Pemain rekreasi biasanya6

mempunyai ketegangan yang lebih rendah daripada pemain profesional, biasanya di antara 80-110N (18-25lbf). String pemain profesional biasanya di antara 110-160N (18-36lbf). Ashaway MicroPower mempunyai 0.7mm dan Yonex BG-66 sekitar 0.72mm. Ketegangan optimum untuk daya bergantung kepada pemain, lebih cepat dan lebih tepat pemain boleh menghayun raket mereka semakin tinggi ketegangan untuk daya maksimum. Pemain perlu mencuba kekuatan string bagi menguji ketegangan setiap string. 3.2.3 Grip Merupakan pilihan pegangan yang membolehkan pemain meningkatkan ketebalan raketnya serta membolehkan pemain memilih permukaan yang selesa. Seorang pemain boleh membina pegangan dengan satu atau beberapa grip sebelum melaksanakan lapisan akhir. Pemain boleh memilih pelbagai bahan pegangan. Kebiasaannya PU grip sintetik lebih menjadi pilihan. Peluh pada pegangan seringkali menjadi masalah pemain. Dalam hal ini, agen pengeringan dapat diterapkan untuk pegangan, sweatband juga boleh digunakan. Pemain boleh memilih material lain bagi grip ataupun menukar cengkamannya dengan lebih kerap. Terdapat dua jenis utama grip iaitu grip penggantian dan overgrips. Penggantian genggaman lebih tebal dan sering digunakan untuk meningkatkan saiz pegangan. Overgrips lebih tipis (kurang dari 1mm) dan seringkali digunakan sebagai lapisan akhir. Kebanyakkan pemain lebih suka menggunakan genggaman penggantian sebagao lapisan akhir. Penggantian gengaman mempunyai sokongan pelekat sedengkan overgrips hanya memiliki pelekat kecil pada awal pita dan dilakukan dibawah ketegangan. Overgrips lebih selesa bagi pemain yang sering mengubah genggaman. 3.2.4 Bulu Tangkis7

Bulu tangkis merupakan projectile tarik tinggi dengan bentuk kerucut terbuka, kon terbentuk daripada enam belas bulu tindih yang ditanam ke dasar gabus bulat dan ditutupi dengan kulit nipis atau bahan sintetik yang berwarna putih. Bulu tangkis sintetik seringkali digunakan oleh pemain rekreasi bagi mengurangkan kos. 3.2.5 Kasut Kasut badminton berbeza jika dibandingkan dengan kasut lari. Kasut badminton mempunyai sedikit sokongan lateral. Permainan ini memerlukan gerakan lateral yang kuat. Sokongan lateral yang kuat sangat diperlukan bagi membina perlindungan penuh kepada kaki pemain. Pemain perlu memilih kasut yang mempunyai pusat yang rendah dan sangat nipis. Pemain juga perlu memastikan bahawa mereka hendaklah mempelajari gerak kaki yang selamat dan tepat dengan lutut dan kaki dalam keselerasan pada semua tekuk lutut. Gerak kaki yang tepat juga sangat penting untuk rangka bergerak secara aktif dan efektif di gelanggang.

40 CARA MEMEGANG RAKET Badminton menggunakan banyak pergerakan pergelangan tangan. Cara memegang raket akan menentukan kualiti pukulan seseorang. Salah satu teknik asar badminton yang sangat penting untuk dikuasai seorang pelatih badminton adalah cara memegang raket. Penguasaan cara dan teknik pegangan raket yang betul merupakan satu modal penting bagi bermain badminton dengan baik. Oleh sebab itu, apabila teknik pegangan raket salah dari awal, payah bagi seorang pemain meningkatkan kualiti permainan. Pegangan raket yang betul adalah asas untuk mengembang dan meningkatkan semua jenis pukulan dalam permainan badminton. Cara memegang raket yang benar ialah dengan menggunakan jari-jari8

tangan dengan baik, rileks dan bertenaga apabila memukul bulu tangkis. Elakkan memegang raket menggunakan telapak tangan. 50 PUKULAN 5.1 Servis Dalam peraturan permainan badminton, servis merupakan modal awal untuk memenangi pertandingan. Erti kata lain, seorang pemain tidak boleh mendapatkan angka apabila dia tidak boleh melakukan servis dengan baik. Namun demikian, banyak pelatih dan pemain tidak dapatt memberikan perhatian khusus dalam melatih dan menguasai teknik asas ini. Oleh sebab itu, perkara ini menjadi kekeliruan besar. Kita mengetahu bahawa mata dama permainan badminton tidak akan diperolehi sekiranya pemain tidak mahir dalam melakukan servis dengan betul. Dalam permainan badminton terdapat tiga jenis servis iaitu servis rendah (pendek), flik dan servis tinggi. Biasanya servis ini degabungkan ke dalam jenis atau bentuk servis forehand dan backhand. Kepelbagaian jenis perlaksanaan ini sesuai dengan situasi permainan di lapangan. 5.1.2 Servis Rendah5.1.2.1

Berdiri sisi sebelah kaki di hadapan Ayun raket ke belakang Siku bengkok hampir ke badan Tangan kiri pegang bulu tangkis Lepaskan bulu tangkis Ayun raket pantas ke hadapan Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri Pandang ke sasaran

5.1.2.2 5.1.2.3 5.1.2.4 5.1.2.5 5.1.2.6 5.1.2.7 5.1.2.8

5.1.3 Servis Flik 5.1.3.1 5.1.3.2 Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan9

5.1.4 Servis Tinggi 5.1.4.1 5.1.4.2 5.1.4.3 5.1.4.4 5.1.4.55.1.4.6

Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan Ayun raket tinggi ke belakang Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka Lepaskan bulu tangkis Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan Pandang bulu tangkis

5.1 Lob5.2.1 Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan

pukulan lob. 5.2.2 Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang. 5.3 Smash5.3.1 Merupakan pukulan atas (overhead) yang diarahkan ke bawah dan

dilakukan

dengan

sepenuh

tenaga.

Pukulan

ini

boleh

diklasifikasikan sebagai pukulan menyerang. Tujuan utama ialah untuk mematikan lawan. Pukulan smash adalah bentuk pukulan keras yang sering digunakan dalam permainan badminton. Ciri-ciri pukulan ini ialah keras, laju pergerakkan bulu tangkis menuju ke lantai gelanggang sehingga pukulan ini memerlukan aspek kekuatan otot bahu, lengan dan kelenturan pergelangan tangan serta koordinasi gerak tubuh yang harmoni. 5.3.2 Dalam latihan, pukulan smash dapat dilakukan dalam diam/berdiri atau sambil melompat (King Smash). Oleh sebab itu, pukulan smash dapat berbentuk; Pukulan Smash Penuh, Pukulan Smash Potong, Pukulan Smash Backhand, Pukulan Smash Melingkar Atas Kepala. 5.3.3 Teknik pukulan smash dilakukan secara berperingkat setiap pemain harus menguasainya dengan sempurna. Manfaat sangat besar untuk meningkatkan kualiti permainan.10

5.3.4 Perkara yang perlu diperhatikan:5.3.4.1 5.3.4.25.3.4.3

Biasakan bergerak dengan pantas untuk mengambil posisi pukulan yang tepat. Perhatikan pegangan raket Kelenturan tubuh, lutut dibengkokkan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bulu tangkis. Apabila bulu tangkis di atas kepala, angkat raket dengan cara meluruskan lengan untuk menjangkau bulu tangkis setinggi yang mungkin dan gunakan teaga pergelangan tangan sewaktu memukul bulu tangkis.

5.3.4.4

5.3.4.5

Akhiri gerakan itu dengan menghayunkan raket yang sempurna ke hadapan badan.

5.4 Dropshot (Pukulan Potong)5.4.1 Merupakan pukulan yang sama seperti smash. Perbezaan pada

posisi raket dengan bulu tangkis. Bulu tangkis dipukul dengan dorongan dan sentuhan halus. Dropshot yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh berdekatan dengan net dan tidak melepasi garis ganda. 5.4.2 Ciri-ciri Dropshot ialah, bulu tangkis sentiasa jatuh dekat jaring di kawasan gelanggang lawan. Oleh sebab itu, pemain perlu melakukan pukulan yang sempurna dengan pelbagai posisi badan dari sudut-sudut gelanggang permainan. Faktor pegangan raket, gerak kaki yang pantas, posisi badan dan proses perpindahan berat badan yang harmoni ketika memukul merupakan faktor menentukan hasil pukulan ini.5.4.3 Persiapan awal dan gerak memukul tidak berbeza seperti smash.

Dalam melaksanakan Dropshot, bulu tangkis hendaklah dihantar pada sudut-sudut gelanggang lawan sedekat yang mungkin dengan net. Variasi gerak tipu badan dan raket sebelum memukul bulu tangkis menyebab lawan terlambat bertindak balas dan beraksi secara mendadak.11

5.4.4 Perkara yang perlu diambil kira: 5.4.4.15.4.4.2

Menggunakan forehand. Pegang raket dengan posisi di sisi bahu. Posisi badan vertical dengan arah net, posisi kaki kanan berada dibelakang kaki kiri. Semasa memukul bulu tangkis, perpindahan beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

5.4.4.3

Posisi badan boleh berupaya berada di belakang bulu tangkis. Ketika memukul bulu tangkis, tangan mesti lurus, menjangkau bulu tangkis dan dorong dengan sentuhan halus.

5.4.4.4

5.4.4.5

Untuk

ke

arah

forehand

lawan,

pukul

bahagiian

lengkungan bulu tangkis sebelah kanan dan lengkung kiri bulu tangkis untuk tujuan backhand.5.4.4.6

Pososi akhir raket mengikut arah bulu tangkis. Biasakan diri dengan bergerak pantas dalam mengambil posisi pukul yang tepat di belakang bulu tangkis.

5.4.4.7

Perhatikan gerak langkah dan keseimbangan badan pada masa dan setelah memukul bulu tangkis tangkis. Bulu tangkis mesti dipukul dengan meluruskan lengan dan hanya menggunakan daya yang kecil. Dropshot mengandungi aspek kehalusan gerak dan gerak tipu.

5.4.4.8

5.5 Netting 5.5.1 Netting merupakan pukulan yang dilakukan dekat net, diarahkan sedekat mungkin dengan net, dipukul dengan sentuhan nipis dekat dengan net.5.5.2 Ciri-ciri teknik asas ini ialah bulu tangkis sentiasa jatuh berdekatan

dengan net di kawasan gelanggang lawan. Koordinasi gerak kaki, lengan, keseimbangan tubuh badan, posisi raket dan masa bulu

12

tangkis datang dan daya kepekaan adalah faktor-faktor penting yang mempengaruhi hasil daripada pukulan ini.5.5.3 Pegang raket dengan jari-jemari tangan, pergelangan tangan

dalam keadaan tenang, posisi kepala raket sejajar dengan lantai ketika memukul bulu tangkis mesti diperhatikan semasa proses netting berlaku. Di samping itu, posisi kaki mestilah kukuh di lantai dengan lutut yang dibengkokkan, tiada gerakan tambahan yang mempengaruhi keseimbangan tubuh. 5.5.4 Perkara yang perlu diambil kira: 5.5.4.1 5.5.4.25.5.4.3

Pegangan raket forehand untuk forehand net dan backhand untuk backhand di sisi net. Siku dibengkokkan sedikit Ketika memukul, kaki kanan berada di depan dan bulu tangkis dipukul pada posisi setinggi mungkin. Sebelum memukul bulu tangkis, buat tarikan kecil pada pergelangan tangan. Pukul bulu tangkis pada bahagian lengkung kanan dan kiri sehingga pada bahagian bawah bulu tangkis. Di akhir pukulan, kepala raket hendaklah menghadap atau sejajar dengan lelangit.

5.5.4.4

5.5.5 Ansur Maju

5.5.5.15.5.5.2

Berdiri

kira-kira

dua

langkah

dari

jaring

sambil

memegang raket. Jurulatih melemparkan bulu tangkis berturut-turut ke arah net dan pemain harus berusaha memukul bulu tangkis tersebut. 5.5.5.3 5.5.5.45.5.5.5

Lakukan latihan ini di sisi kanan dan kiri bersilih-ganti. Tingkatkan faktor intensiti dan masalah latihan dengan bergerak. Arah dan sasarkan pukulan dalam bentuk lurus, silang atau dengan cara menghantar bulu tangkis ke arah yang berbeza.13

5.6 Return Smash 5.6.1 Return smash merupakan pukulan menggunakan pola pertahanan. Return smash boleh menjadi serangan balik kepada lawan. 5.6.2 Jenis-jenis Return Smash:5.6.2.1

Short

Return

pengembalian

bulu

tangkis

jatuh

berdekatan dengan net. Kebanyakkan dilakukan dalam permainan perseorangan. Bertujuan untuk memaksa lawan berlari jauh. 5.6.2.2 Drive Return (mendatar) kebanyakkannya dilakukan pada5.6.2.3

permainan

bergu.

Bertujuan

untuk

memberi

kesempatan kepada lawan melakukan serangan balik. Long Return pengembalian bulu tangkis ke arah belakang. Pukulan ini biasanya hanya boleh dilakukan oleh 5.6.2.4 pemain yang sudah mahir dan mempunyai pergelangan tangan yang kuat. Perkara yang perlu diperhatikan :5.6.2.4.1 Posisi bersedia.5.6.2.4.2 Bagi Return dari forehand, apabila bulu tangkis

dekat biasanya dilakukan dengan satu langkah kaki kanan. Apabila bulu tangkis jauh, lakukan dengan membuka langkah kecil dari kaki kiri.5.6.2.4.3 Manakala bagi Return Backhand, apabila bulu

tangkis dekat, lakukan dengan menggunakan langkah kecil dari kaki kiri. Tetapi, apabila bulu tangkis jauh, lakukan dengan langkah kecil dari kaki kanan. 5.7 Backhand Overhead5.7.1 Pukulan ini boleh dikategorikan sebagai pukulan yang sukar. Hal ini

kerana, biomekanik teknik pukulan ini memerlukan koordinasi

14

anggota badan yang sempurna dan mempunyai penguasaan grip dan masa yang tepat sewaktu memukul bulu tangkis. 5.7.2 Sekiranya pemain tidak mempunyai ciri-ciri seperti di atas, pemain yang mempunyai tenagan besar sekalipun tidak akan boleh menghasilkan pukulan yang baik. 5.7.3 Perkara yang perlu diambil kira:5.7.3.1 5.7.3.2 Lakukan posisi slap dengan posisi raket di tangan. Pusingkan badan dengan melangkah menggunakan kaki kanan 5.7.3.3 ke belakang kiri. Lutut dan siku kanan dibengkokkan sedikit. Menghayun raket ke hadapan dengan pinggang dan siku yang lurus. Akhiri gerakan dengan lecutan pergelangan tangan. 5.7.4 Cara latihan :5.7.4.1 Mulakan latihan pergerakan tanpa menggunakan bulu tangkis. 5.8 Drive5.8.1 Merupakan pukulan cepat dan mendatar dengan banyak yang

digunakan dalam permainan bergu. Bertujuan untuk menghalang lawan menyerang atau memaksa lawan mengangkat bulu tangkis dan berada dalam posisi bertahan. Pukulan ini memerlukan kemahiran grip, reflek yang pantas dan mempunyai kekuatan pergelangan tangan. 5.8.2 Asas yang perlu diketahui :5.8.2.1 5.8.2.25.8.2.3

Memegang raket dengan satu grip Memerlukan kekuatan bahu Gunakan lecutan pergelangan ketika bulu tangkis dipukul Menggunakan raket berat atau botol berisikan pasir untuk melatih pergelangan tangan Melatih tindak balas pukulan Drive kiri/kanan ke tembok15

5.8.3 Cara latihan :5.8.3.1 5.8.3.2

10 TAKTIK GERAKAN (STROKES)1.1 Apabila seorang pemain sudah menguasai cara memegang raket, footwork

dan teknik asas dengan baik maka pemain sudah boleh melakukan variasi pukulan. Dengan erti kata lain, setiap posisi yang baik dapat melakukan beberapa pukulan yang baik. menggunakan lob ubah Sebagai contoh, pukulan overhead, selain raket dengan melakukan posisi pegangan

underhand. Pukulan netting juga boleh melakukan flik. 1.2 Penguasaan pukulan asas dan variasi akan menampakkan keberkesanannya ketika permainan sedang berjalan. 1.3 Forehand dan Backhand1.3.1 Badminton mempunyai pelbagai jenis strokes asas. Pemain

memerlukan tahap kemahiran tinggi untuk melakukan secara berkesan. Semua stroke boleh dimainkan menggunakan Forehand atau Backhand. Sisi seorang Forehand adalah sisi yang sama dengan tangan mereka bermain, bagi pemain tangan kanan, sisi Forehand adalah sisi kanan dan sisi Backhand adalah sisi kiri mereka. Stroke Forehand yang dipukul dengan bahagian depan tangan terbuka. Stroke Backhand ialah memukul dengan bahagian belakang tangan terbuka. 1.3.2 Pemain sering bermain stroke tertentu pada sisi Forehand dengan memukul Backhand dan sebaliknya. Di bahagian hadapan gelanggang dan pertengahan gelanggang, pukulan yang biasa dimainkan ialah Forehand ataupun Backhand. Di gelanggang sebenar, pemain akan berusaha untuk bermain Forehand stroke sebanyak yang mungkin. Pemain akan memilih untuk bermain Overhead Forehand daripada melakukan Overhead Backhand. 1.3.3 Overhead Backhand mempunyai dua kelemahan utama. Pertama, pemain perlu kembali ke lawam mereka, menyekat pandangan mereka dari gelanggang. Kedua, Overhead Backhand tidak dapat memukul dengan baik seperti Forehand. Backhand merupakan gerakan yang paling sukar bagi seorang pelatih kerana teknik tepat16

diperlukan untuk mengumpuk kuasa yang cukup untuk bulu tangkis dipukul panjang dalam gelanggang.

20 STRATEGI DALAM PERMAINAN

2.1 Perseorangan2.1.1 kaedah

startegi yang mudah dan sering digunakan dalam

perseorangan ialah menghantar bulu tangkis jauh dan tinggi ke bahagian belakang gelanggang lawan. Ini boleh membantu kembali ke kedudukan asal. 2.1.2 Sekiranya servis tinggi menjadi spot pemain lawan pastikan anda menggunakan servis rendah.2.1.3 Sentiasa membuatkan lawan lari dengan menghantar jauh bulu

tangkis bagi membuatkan lawan hilang stamina dengan bergerak ke seluruh kawasan gelanggang. 2.1.4 Perhatikan kekuatan lawan, kelemahan, pukulan spot dan corak permainan. Gunakan sebagai kelebihan.2.1.5 Jadi pemain yang fleksibel. Mengambil kelemahan lawan sebagai

kekuatan. Ambil masa untuk diri sendiri dengan kembali ke posisi yang selesa. Pukul bulu tangkis tinggi ke belakang gelanggang, berdekatan dengan garis tengah. 2.2 Bergu17

2.2.1 Formasi

menyerang

(depan-belakang).

Sekiranya

lawan

menggunakan taktik menyerang rendah, ambil posisi di hadaan dan bahagian tengah gelanggang dengan segera. Pasangan hendaklah mengambil alih di bahagian belakang. 2.2.2 Formasi pertahanan (sisi ke sisi). Gunakan pukulan flik untuk menghalang lawan datang ke net. Pasangan bergu perlu mengambil posisi pertahanan kedua-dua sisi gelanggang.2.2.3 Apabila menghalang, cuba pukul bulu tangkis dalam ke gelanggang

lawan bagi menghalang lawan berada di posisi hadapan. 2.2.4 Kerjasama yang tinggi dalam pasukan. 2.2.5 Cari jalan untuk memantapkan lagi kemahiran yang ada dalam diri masing-masing dengan berkomunikasi. 30 CIRI-CIRI MENENTUKAN PEMAIN 3.1 Perseorangan3.1.1 Boleh melakukan pukulan dengan posisi di belakang bulu tangkis

3.1.2 Sudah berada di tengah gelanggan sebelum lawan membalas hantaran. 3.1.3 Berusaha untuk berada di posisi memukul sebelum lawan kembali ke tengah. Dalam posisi ini, pemain sudah bersedia melakukan serangan yang mematikan. 3.1.4 Pemain mesti mempunyai gerak kaki yang teratur dan pantas. Gerakan-gerakan yang cepat itu boleh berlaku untuk jangka masa sekiranya mempunyai stamina yang cukup. Hal ini kerana, gerak kaki yang pantas, teratur dan stamina yang kuat menjadi faktor yang dominan diperlukan seorang pemain perseorangan. 3.2 Bergu 3.2.1 permainan bergu memerlukan kaedah yang berbeza dengan perseorangan. Seorang pemain yang gerak kakinya kurang baik tetapi memiliki kepantasan dan tindak balas pukulan serta kuasa yang besar selalunya ciri seorang pemain bergu yang baik.

18

3.2.2 Walaupun penguasaan pukulan asas sama dengan perseorangan

tetapi pemain perseorangan yang baik belum tentu boleh menjadi pemain bergu yang baik. Hal ini kerana, pemain bergu memiliki jenis pukulan yang khas. Pukulan pantas seperti drive, smash, return smash, serve dan wiping adalah jenis pukulan yang wajin dan mesti dikuasai dengan baik.

BIBLIOGRAFI

Retrieved from http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13&title=kenali-sukanbadminton&more=1&c=1&tb=1&pb=1 Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Badminton Retrieved from http://teknikbermainbadminton.blogspot.com/2009/04/14.html

SUMBER GAMBAR RAJAH

http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1280&bih=699&tbs=isch %3A1&sa=1&q=backhand+stroke+badminton&aq=f&aqi=&aql=&oq= http://www.google.com.my/images? hl=en&biw=1280&bih=699&tbs=isch:1&q=forehand+stroke+badminton&revid=2096924 308&sa=X&ei=s9-ETay_HsnJcYmbzIMD&ved=0CDEQ1QIoAA

19

http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1280&bih=699&tbs=isch %3A1&sa=1&q=badminton+service&aq=3&aqi=g10&aql=&oq=badminton+ser http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1280&bih=699&tbs=isch %3A1&sa=1&q=badminton+shots&aq=7&aqi=g10&aql=&oq=badminton+ http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1280&bih=699&tbs=isch %3A1&sa=1&q=badminton+court+dimensions&aq=1&aqi=g10&aql=&oq=badminton+co urt http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1280&bih=699&tbs=isch %3A1&sa=1&q=badminton+shoes&aq=6&aqi=g10&aql=&oq=badminton http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1280&bih=699&tbs=isch %3A1&sa=1&q=badminton+net&aq=f&aqi=g10&aql=&oq= http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1280&bih=699&tbs=isch %3A1&sa=1&q=shuttlecock&aq=1&aqi=g10&aql=&oq=shuttle http://www.google.com.my/images? q=racket&hl=en&prmd=ivns&source=lnms&tbs=isch:1&ei=LKETeejKoiucNvEnZUD&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CBsQ_AUoAQ& biw=1280&bih=699

20