pengenalan kepada pentaksiran

21
SJH 3093E ~PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN~

Upload: qiuqiu7734

Post on 21-Dec-2015

135 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Sejarah PISMP sem 5. Tajuk 1.

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

SJH 3093E~PENGENALAN KEPADA

PENTAKSIRAN~

Page 2: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

DEFINISI

• Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pentaksiran, pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa  konsep penting dalam dunia pendidikan.  Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, keempat-empat istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan keempat-empatnya mempunyai perbezaan. 

Page 3: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN

• Mengikut David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi ke-2 (2003), pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, mengintepretasikan maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.

• Pentaksiran = pengukuran + penilaian + penngujian

• Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Page 4: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

• Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ;

• Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.

• Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.

• Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.

• Kekomprehensifan merujuk kepada kandungan instrumen yang mempunyai item yang mewakili semua objektif dalam mata pelajaran tersebut.

Page 5: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

PENILAIAN

• Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat secara bersistem tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu.

• Menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur.

• Contoh:• Asri mendapat markah 92% dalam ujian matematik (ukuran)

• Asri seorang murid yang cemerlang dalam subjek matematik (penilaian)

Page 6: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

PENGUKURAN• Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat

dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.

• Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti:

• Markah mentah

• Peratus markah mentah

• Persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain)

• Agregat

• Pangkat atau band

Page 7: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

• Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak.

• Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah:

• Ujian

• Soal selidik

• Kuiz

• Senarai semak

• Tanpa instrumen, pengukuran boleh dibuat dengan cara anggaran, tafsiran, agakan, taakulan dan pemerhatian.

• Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa menggunakan instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah.

• Contohnya, dapatkah kita mengira berat murid tanpa menggunakan penimbang?

Page 8: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

PENGUJIAN

• Satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang.

• Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang individu.

• Suatu alat yang bersistem bagi membuat perbandingan prestasi atau tingkah laku di antara dua atau beberapa individu.

• Menurut cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.

Page 9: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

• Misalnya markah 80/100 bagi ujian pencapaian sesuatu mata pelajaran. Markah adalah suatu ukuran.

• Raminah haji sabran (1991): ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawala atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Page 10: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

KONSEP

Pentaksiran

Penilaian

Pengukuran

Pengujian

ujian bukan satu konsep tetapi satu alat untuk pengukuran

pengukuran merupakan penentuan status atau tahap pelajar.

Penilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara

Pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.

Page 11: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

Kepentingan Pentaksiran

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) - bertujuan supaya dapat membantu guru mengenalpasti tahap

pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Oleh itu, ini akan membantu guru mengubahsuai aktiviti pembelajaran dan

pengajaran dalam bilik darjah mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar.

Tujuan pentaksiran di sini ada kaitan dengan tindakan susulan selepas pembelajaran sama ada untuk guru sendiri mahupun bagi guru membantu pelajar

Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) - bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mengetahui tahap pencapaian masing-masing. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi fokus terhadap peranan pelajar sebagai penghubung yang kritikal di antara pentaksiran dan pembelajaran.

Di sini peranan guru amat penting sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar menggunakan pentaksiran sebagai proses penilaian pencapaian peranan pelajar.

Kepentingan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment to learning) - tujuan mengenal pasti pengetahuan yang diperolehi, dilakukan dan diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku oleh pelajar. tujuan pentaksiran ini berkaitan dengan matlamat dan hasil pembelajaran.

Pentaksiran dalam pendidikan bersifat lebih menyeluruh kerana pentaksiran yang dilakukan melibatkan pelajar dan juga organisasi yang terlibat termasuk kurikulum yang digunakan.

Page 12: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

Kepentingan

Penilaian

Guru boleh menggunakan maklumat yang diperolehi

untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran

guru dan pembelajaran pelajar.

Keputusan yang diperolehi daripada penilaian dapat dijadikan asas pemilihan

strategi pembelajaran dan pengajaran oleh guru

Keputusan ujian penilaian dapat digunakan oleh guru

untuk mendapatkan maklumbalas tentang

penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran

yang telah diajar.Membantu guru mengubahsuai teknik

pembelajaran dan pengajaran supaya bersesuaian dengan

keperluan pelajar. Melalui penilaian juga guru akan

dapat mengenalpasti pelajar yang lebih cepat/cerdas, yang memerlukan aktiviti

pengayaan dan juga pelajar yang lambat/lemah yang memerlukan pemulihan.

Penilaian di akhir tempoh pengajian pula bertujuan untuk memberikan gred

keseluruhan bagi seseorang pelajar

Tujuan penilaian bagi peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM adalah untuk menunjukkan pencapaian

pelajar mengikut gred standard piawaian bagi

seluruh negara.

Penilaian juga amat berguna bagi tujuan bimbingan dan

kaunseling. Ini amat penting bagi membantu

meningkatkan motivasi pelajar.

Page 13: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

Jenis-jenis Penilaian

• Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan.• Ianya dibuat di sepanjang pembelajaran dan pengajaran.• penilaian formatif dibuat bagi menguji pencapaian pelajar

mengikut perkembangan topik-topik dalam sukatan pelajaran.• penilaian formatif boleh dibuat selepas guru selesai mengajar

sesuatu topik bagi menilai perkembangan pelajar terhadap topik-topik yang telah diajar.

• Maklumat daripada penilaian formatif boleh digunakan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran.

Penilaian formatif

Penilaian sumatif

• Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat di akhir pengajaran seperti ujian penggal, ujian pertengahan tahun ataupun ujian akhir tahun

• Penilaian sumatif bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar pada akhir penggal, pertengahan tahun ataupun akhir tahun

• Penilaian sumatif digunakan untuk membuat perbandingan dalam kalangan pelajar serta memberikan tahap tertentu kepada pelajar.

• Penilaian seperti UPSR dan PMR juga bertujuan untuk memberikan gred kepada pelajar.

• tujuan memberi pengiktirafan seperti sijil dan hadiah.

Page 14: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

Penilaian formatif

Penilaian sumatif

Beberapa prosedur perlu diambil kira bagi memastikan keberkesanan penilaian

Menentukan topik pengajaran

Menentukan aspek dan tahap penguasaan

Menghubung kaitkan elemen-elemen dalam tajuk

Membina soalan ujian

Mencadangkan tindakan susulan

Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Membina soalan

Mengumpul soalan secara sistematik

Menguji soalan melalui kajian rintis

Menyiapkan skema pemarkahan

Page 15: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Klasifikasi ujian

Ujian rujukan norma Ujian rujukan kriteria Ujian rujukan standard

• untuk membandingkan pencapaian antara pelajar ataupun kumpulan pelajar.

• URN juga digunakan untuk menentukan pencapaian sama ada lulus, sederhana atau cemerlang.

• Ini akan memudahkan tujuan pengiktirafan seperti penganugerahan sijil dan hadiah.

• bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap kesukaran soalan perlu dikawal.

• Cakupan kandungan pembelajaran bagi tujuan URN lebih luas.

• Matlamat URK bukan untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain, tetapi ditumpukan kepada membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat dikuasai pelajar atau tidak.

• matlamat URK ialah untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian

• ujian ini dibina berpandukan kepada kriteria atau tingkahlaku yang ditetapkan.

• Ujian juga lebih terperinci dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Kandungan atau kriteria tersebut menjadi standard prestasi yang perlu dicapai oleh pelajar dalam URK

• Berbeza dengan URN, URK menumpukan kepada tajuk-tajuk yang lebih khusus. URK berbentuk tidak formal

• Ujian rujukan standard diwujudkan bagi tujuan melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan murid dalam pembelajaran dengan mrujuk standard.

• ujian rujukan standard memerlukan satu standard prestasi yang boleh menjadi panduan kepada semua pelaksana.

• Standard ialah suatu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu. Standard juga merupakan pernyataan bersifat generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran.

Page 16: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

Standard prestasi yang menjadi rujukan dalam ujian rujukan standard ialah seperti dalam Jadual 1.4.

Tahap Pencapaian

Pernyataan Standard

6 Tahu, Faham, dan Boleh buat dengan beradap Mithali5 Tahu, Faham, dan Boleh buat dengan beradap Terpuji

4 Tahu, Faham dan Boleh buat dengan beradap3 Tahu, Faham dan Boleh buat2 Tahu dan Faham1 Tahu

Page 17: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

JENIS-JENIS UJIAN

Page 18: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

JENIS-JENIS UJIAN

Ujian Pencapaian

Ujian Diagnostik

Ujian Prestasi

Ujian Kecerdasan

Ujian Personaliti Ujian

Bakat

Page 19: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

Ujian Pencapaian

• Ujian pencapaian digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa pelajar• ujian pencapaian dibina oleh guru atau kumpulan guru bagi mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk

yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi• Ujian ini juga digunakan bagi memastikan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenalpasti masalah

yang dihadapi pelajar bagi tajuk-tajuk yang telah diuji. Ujian Kecerdasan

• mengukur perbezaan tingkah laku manusia secara sistematik.• Kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan satu organisma menyesuaikan diri dengan persekitarannya (Mokhtar

Ismail, 2009)• ujian kecerdasan ialah ujian yang mengukur kebolehan mental seseorang pelajar, contoh: ujian Binet

Ujian Prestasi • Ujian prestasi ialah ujian yang mengukur kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit.

• Ujian prestasi menguji kemahiran pelajar menggunakan sesuatu alat yang konkrit seperti gambar dan radas, dan tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa atau ujian pensel- kertas

• Misalnya seorang guru Pendidikan Jasmani ingin mengukur kebolehan pelajar menggunakan kayu hoki.

Page 20: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

Ujian Diagnostik • Ujian diagnostik bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar, guru dan institusi agar program pemulihan dapat dijalankan bagi menanganinya

• Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan tajuk pengajaran yang tepat serta sesuai dengan kumpulan-kumpulan tertentu

• Ujian diagnostik boleh dilaksanakan melalui ujian formal seperti ujian pensel-kertas ataupun secara soal jawab, inventori dan pemerhatian tugasan dari masa ke semasa.

• ujian diagnostik ialah ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar

Ujian Bakat • Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. • Ujian bakat bertujuan untuk memberi maklumat asas tentang telahan prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.• Menurut Mokhtar Ismail (2009), terdapat dua cara ujian bakat dijalankan iaitu kaedah komposit dan kaedah penentu• Misalnya Ujian Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (UKELP) bertujuan untuk mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu

mengikut kebolehannya.Ujian Personaliti • ujian personaliti bagi mengenali pelajarnya dengan lebih dekat.

• Ini akan memudahkan guru membuat pilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut personaliti pelajar ataupun melaksanakan tindakan pemulihan bagi pelajar tertentu.

• ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personaliti pelajar.

Page 21: PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

PENILAIAN DALAM MATAPELAJARAN SEJARAH

(1) pemahaman tentang idea

(2) konsep fakta (3) nilai dalam mata pelajaran Sejarah

• Mengkaji idea di sebalik kewujudan sesuatu peristiwa

• Pelajar harus diberi peluang untuk memahami sesuatu kejadian dalam sejarah. Misalnya, mengapa singapura keluar daripada malaysia.

• Aspek yang ditekankan adalah pelajar memahami proses, sebab dan akibat mengapa singapura keluar dari malaysia.

• Elemen konsep fakta memang tidak dapat lari daripada mata pelajaran Sejarah. Ini kerana dalam mata pelajaran Sejarah banyak fakta seperti tarikh, individu, peristiwa yang telah berlaku. Fakta- fakta dalam Sejarah tidak boleh diubah.

• Nilai dalam sesuatu peristiwa Sejarah juga perlu difahami oleh pelajar

• Ini bermakna, di setiap sesuatu peristiwa Sejarah, pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk mempelajari nilai di sebalik peristiwa tersebut.