homestay: potensi perniagaan kepada koperasi

6
Bil. 43/2014 35 Homestay: POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI Dinah Nabilah Mokhtaruddin Pusat Pengurusan Perniagaan Pengenalan Sejak beberapa dekad, sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang menggalakkan dalam menjadikan sektor ini sebagai salah satu sektor ekonomi yang semakin berkembang pesat di dunia. Boleh dikatakan hampir setiap negara menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu sumber pendapatan kepada negara terutamanya negara yang sedang membangun. Ini juga adalah selari dan seiring dengan kepelbagaian jenis pakej pelancongan yang disediakan di negara tersebut. Dikatakan juga bahawa sektor pelancongan mewakili sebanyak 9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sektor pelancongan ini juga telah menyamai atau mengatasi pengeksportan barangan seperti minyak, makanan, dan juga kereta (World Tourism Organization). Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia Industri pelancongan telah menjadi salah satu industri yang telah menyumbang dengan ketara kepada perkembangan ekonomi Malaysia sejak 30 tahun yang lalu terutamanya dalam pertukaran wang asing dan juga peluang pekerjaan. Pembangunan dan strategi industri pelancongan ini dapat dilihat melalui dua fasa iaitu fasa pertama, pembangunan pelancongan selepas tahun 1957, dan fasa kedua ialah peringkat era pembangunan iaitu pada zaman 1990 apabila bermulanya kepentingan industri pelancongan kepada Malaysia (Laporan Ekonomi 2007/2008). Keseriusan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan fasa-fasa ini dapat dilihat melalui perancangan belanjawan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan di dalam Rancangan Jangka Panjang Keempat (2011- 2020) melalui Rancangan Lima Tahun Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Pertama (1966-1971) sehingga Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) dan diperlengkap dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) serta Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan di peringkat nasional. Seperti contoh di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan telah menetapkan bahawa industri pelancongan merupakan sumber utama pertukaran wang asing. Oleh itu, dengan kedatangan para pelancong dan juga pelabur asing, maka ia akan dapat menyumbang kepada peluang pekerjaan yang luas, guna tenaga, serta dapat meningkatkan perolehan pertukaran wang asing dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara di samping mempromosikan nama Malaysia di mata dunia. Program-program yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia adalah bertujuan untuk menghasilkan sebuah Malaysia baru iaitu sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi dengan rakyat tetapi juga sebagai watan dengan tradisi demokrasi dan perbezaan pendapat yang membina (1 Malaysia 2013). Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dilihat sebagai tahun transformasi di mana Program Transformasi Ekonomi (ETP) ini ialah program yang diselenggarakan oleh Performance Managemant Delivery Unit (PEMANDU) untuk memandu dan memantau perkembangan ekonomi negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program ini telah mengenal pasti 12 National Key Economic Areas (NKEA) yang akan terlibat dalam menjadikan program berjaya dan sektor pelancongan tersenarai sebagai keutamaan kelima dalam NKEA. Pelancongan dalam NKEA merujuk kepada pelancongan libur dan juga pelancongan perniagaan dan merangkumi subsektor seperti penginapan, membeli-belah, produk pelancongan iaitu ekopelancongan, pelancongan persiaran dan juga aktiviti lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan, makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik (PEMANDU, 2012).

Upload: others

Post on 29-Nov-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Homestay: POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI

Bil. 43/2014 35

Homestay: POTENSI PERNIAGAAN

KEPADA KOPERASIDinah Nabilah MokhtaruddinPusat Pengurusan Perniagaan

Pengenalan

Sejak beberapa dekad, sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang menggalakkan dalam menjadikan sektor ini sebagai salah satu sektor ekonomi yang semakin berkembang pesat di dunia. Boleh dikatakan hampir setiap negara menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu sumber pendapatan kepada negara terutamanya negara yang sedang membangun. Ini juga adalah selari dan seiring dengan kepelbagaian jenis pakej pelancongan yang disediakan di negara tersebut. Dikatakan juga bahawa sektor pelancongan mewakili sebanyak 9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sektor pelancongan ini juga telah menyamai atau mengatasi pengeksportan barangan seperti minyak, makanan, dan juga kereta (World Tourism Organization).

Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia

Industri pelancongan telah menjadi salah satu industri yang telah menyumbang dengan ketara kepada perkembangan ekonomi Malaysia sejak 30 tahun yang lalu terutamanya dalam pertukaran wang asing dan juga peluang pekerjaan. Pembangunan dan strategi industri pelancongan ini dapat dilihat melalui dua fasa iaitu fasa pertama, pembangunan pelancongan selepas tahun 1957, dan fasa kedua ialah peringkat era pembangunan iaitu pada zaman 1990 apabila bermulanya kepentingan industri pelancongan kepada Malaysia (Laporan Ekonomi 2007/2008). Keseriusan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan fasa-fasa ini dapat dilihat melalui perancangan belanjawan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan di dalam Rancangan Jangka Panjang Keempat (2011-2020) melalui Rancangan Lima Tahun Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Pertama (1966-1971) sehingga Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) dan diperlengkap dengan Dasar Pelancongan Negara

(DPN) serta Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan di peringkat nasional. Seperti contoh di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan telah menetapkan bahawa industri pelancongan merupakan sumber utama pertukaran wang asing. Oleh itu, dengan kedatangan para pelancong dan juga pelabur asing, maka ia akan dapat menyumbang kepada peluang pekerjaan yang luas, guna tenaga, serta dapat meningkatkan perolehan pertukaran wang asing dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara di samping mempromosikan nama Malaysia di mata dunia.

Program-program yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia adalah bertujuan untuk menghasilkan sebuah Malaysia baru iaitu sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi dengan rakyat tetapi juga sebagai watan dengan tradisi demokrasi dan perbezaan pendapat yang membina (1 Malaysia 2013). Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dilihat sebagai tahun transformasi di mana Program Transformasi Ekonomi (ETP) ini ialah program yang diselenggarakan oleh Performance Managemant Delivery Unit (PEMANDU) untuk memandu dan memantau perkembangan ekonomi negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program ini telah mengenal pasti 12 National Key Economic Areas (NKEA) yang akan terlibat dalam menjadikan program berjaya dan sektor pelancongan tersenarai sebagai keutamaan kelima dalam NKEA. Pelancongan dalam NKEA merujuk kepada pelancongan libur dan juga pelancongan perniagaan dan merangkumi subsektor seperti penginapan, membeli-belah, produk pelancongan iaitu ekopelancongan, pelancongan persiaran dan juga aktiviti lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan, makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik (PEMANDU, 2012).

Page 2: Homestay: POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI

Bil. 43/201436

Di samping itu juga, sebanyak 47,000 peluang pe- kerjaan dapat disediakan melalui projek ini (PEMANDU, 2012). Oleh itu, untuk meningkatkan jumlah pendapatan negara melalui sektor pelancongan ini, jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh para pelancong dan tempoh para pelancong menetap di Malaysia merupakan antara strategi dengan menyasarkan kedatangan para pelancong seramai 36 juta pelancong dan sebanyak RM168 bilion hasil yang diterima daripada pelancong pada tahun 2020 (PEMANDU, 2012). Dengan ini dapat dilihat bahawa pelbagai jenis strategi dan program yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi memastikan sektor pelancongan ini akan sentiasa menjadi salah satu sektor yang akan memberikan sumbangan kepada negara.

Penglibatan Koperasi dalam Bidang Ekonomi Utama

Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 menggariskan lima teras strategik untuk membantu koperasi menyumbang kepada pendapatan negara. Ia diwujudkan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi anggota koperasi, prihatin terhadap persekitaran, dan mewujudkan budaya warga korporat yang bertanggungjawab. Lima teras strategik yang digariskan ialah:

a. Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor bernilai tinggi,

b. Memantapkan keupayaan koperasi,c. Meningkatkan keupayaan modal insan koperasi,d. Meningkatkan keyakinan masyarakat kepada

gerakan koperasi, dane. Memperkukuhkan koperasi melalui seliaan dan

penguatkuasaan berkesan.

Bagi menjadikan koperasi sebagai salah satu penyumbang kepada pembangunan negara, Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 telah menyasarkan penyumbangan gerakan koperasi kepada keluaran negara sebanyak 5% menjelang tahun 2013 dan 10% pada tahun 2020. Pelaksanaan kepada penyumbangan ini ditumpukan kepada bidang keberhasilan aktiviti ekonomi seperti perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan kesihatan, pertanian dan perladangan. Pelaksanaan ini akan dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan di mana gerakan ini akan memantau pelaksanaan dasar mengikut pelan pelaksanaan yang telah ditetapkan. Ahli jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha atau Timbalan

Ketua Setiausaha (kementerian yang terlibat dengan pembangunan koperasi) dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pelaksanaan ini telah dijalankan dahulu oleh negara-negara yang maju seperti pada tahun 2006, koperasi di Switzerland telah menyumbang sebanyak 16.4% kepada keluaran negaranya, 9.0% Perancis, dan 5.0% di Jerman. Di negara seperti Kemboja, India, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Sri Lanka, koperasi ini berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dengan adanya program tumpuan aktiviti ekonomi yang terlibat. Hasilnya seperti di India, sektor koperasi telah memberikan peluang pekerjaan kepada 32.9% penduduk yang bekerja dalam tahun 1997.

Industri pelancongan merupakan sektor ekonomi yang boleh diceburi oleh koperasi. Ia membuka peluang perniagaan terutamanya kepada koperasi yang bersaiz kecil yang kebanyakannya tertumpu di kawasan luar bandar yang kaya dengan sumber semula jadi yang boleh dijadikan sebagai aset sebagai salah satu tarikan kepada para pelancong. Dalam bidang keberhasilan ini, usaha akan ditingkatkan untuk menggalakkan koperasi di luar bandar untuk terlibat secara langsung dalam industri pelancongan terutamanya koperasi yang menawarkan produk ekopelancongan. Mendaki gunung, menyusuri dan mandi-manda di sungai dan merentasi hutan merupakan antara produk ekopelancongan yang boleh diterokai oleh koperasi. Menurut SKM, penglibatan koperasi di dalam program inap desa (homestay) adalah amat digalakkan kerana ia mendapat sambutan yang hangat daripada pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Tambahan pula, kerjasama di antara koperasi dengan pihak agen pelancongan (travel and tours) membolehkan koperasi menyediakan perkhidmatan pelancongan yang lebih komprehensif. Di samping itu juga, peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan penjanaan pendapatan dapat diperkembangkan lagi seperti perkhidmatan pemandu pelancong, pertunjukan kebudayaan, penyediaan makanan (catering), pengangkutan dan cenderamata.

Homestay

Apakah yang dimaksudkan dengan homestay ini? homestay merupakan suatu pengalaman apabila para pelancong tinggal bersama dengan keluarga pengusaha homestay atau mereka yang terlibat dalam program homestay ini dan menjalani kehidupan dengan mereka dan merasai kebudayaan dan adat-adat yang terdapat di Malaysia. Program homestay ini tidak boleh diklasifikasikan sebagai rumah penginapan kerana ia lebih menjurus kepada gaya hidup dan

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

Page 3: Homestay: POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI

Bil. 43/2014 37

pengalaman, termasuk aktiviti kebudayaan dan juga ekonomi (Garis Panduan Homestay Malaysia).

Antara contoh aktiviti-aktiviti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ialah:

i. Budaya dan gaya hidup: pakaian tradisional, lagu-lagu tradisional, makanan tradisional, perkahwinan, sejarah-sejarah di kawasan tersebut, perayaan dan juga permainan tradisional,

ii. Aktiviti ekonomi: menoreh getah, pembiakan ikan, pertanian seperti penanaman kelapa sawit, koko, padi dan juga buah-buahan,

iii. Aktiviti rekreasi: jungle tracking berakit di jeram dan lawatan ke kawasan pelancongan yang berdekatan, dan

iv. Aktiviti pemuliharaan alam sekitar: program penanaman pokok di mana para pelancong digalakkan untuk menanam pokok-pokok di homestay yang dilawati dengan bertujuan untuk memulihara alam sekitar dan juga untuk mencantikkan lagi kawasan homestay tersebut.

Aktiviti-aktiviti Program Homestay

Melalui program yang telah dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, ia dapat memberikan peluang kepada para penduduk tempatan terutamanya penduduk di luar bandar untuk memperoleh pendapatan yang lebih. Koperasi-

koperasi pada masa kini perlulah melihat dan mengkaji tentang kebaikan yang dapat koperasi peroleh pada masa akan datang dengan melibatkan diri di dalam program sebegini. Hanya mencari satu kawasan kampung, dan mengikut piawaian dengan syarat penubuhan homestay ini, koperasi-koperasi sudah boleh melibatkan diri di dalam aktiviti ini.

Berpandukan kepada jenis-jenis pakej pelancongan yang disediakan untuk para pelancong, pelbagai jenis pakej pelancongan yang telah disediakan oleh agensi-agensi yang terlibat untuk menaikkan lagi taraf pelancongan di Malaysia. Antara pakej yang disediakan adalah pakej homestay, kampung stay, tour guides dan sebagainya. Sungguhpun begitu, pakej homestay mendapat permintaan paling tinggi oleh pelancong luar negara.

Pakej homestay adalah salah satu pakej yang terdapat di dalam industri pelancongan yang dikategorikan sebagai pelancongan luar bandar. Ia dikatakan popular dalam kalangan para pelancong kerana kebanyakan para pelancong asing ini gemar atau suka melancong secara pengembaraan kerana mereka lebih gemar melawat ke kawasan-kawasan kampung atau luar bandar untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapat di sana dan juga untuk merasai sendiri gaya kehidupan, adat dan juga budaya yang terdapat di kawasan yang mereka jelajahi. Dengan adanya program seperti homestay ini, para pelancong boleh menikmati sendiri keadaan dan budaya rakyat Malaysia.

Antara Homestay yang terdapat di Malaysia

Page 4: Homestay: POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI

Bil. 43/201438

Koperasi yang Menyertai Homestay di Malaysia

Melalui pembukaan perniagaan homestay di kawasan luar bandar yang terpilih oleh koperasi dapat menjana pendapatan yang lebih untuk koperasi dan juga untuk ahli mereka sendiri. Melihat kepada kadar kemasukan para pelancong setiap tahun, dapat dipastikan bahawa pembukaan homestay ini mampu membawa pulangan yang besar kepada koperasi. Bukan sahaja para pelancong dari luar negara, bahkan pelancong dalam negara juga pada masa kini lebih berminat dengan program homestay. Ini adalah kerana percutian sebegini lebih menguntungkan kerana pakejnya adalah lebih murah berbanding menginap di hotel-hotel atau pun di rumah sewa. Salah satu contoh yang dapat diambil adalah Koperasi Homestay Teluk Ketapang Terengganu Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2010. Koperasi ini terlibat secara menyeluruh dalam mengendalikan semua aktiviti pelancongan di sana. Dengan berbekalkan modal di antara RM160 hingga RM350 untuk pakej 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam, banyak faedah dan aktiviti yang dapat dibuat dan diperoleh oleh setiap pelancong. Antara aktiviti yang disediakan oleh koperasi ini ialah, Naik Nambang Sungai Terengganu, berkunjung ke Pasar Payang yang cukup popular di Terengganu, melawat hentian Bot Duyong, melawat muzium, persembahan kebudayaan, dan juga aktiviti Ketapang Culture and Craft Centre iaitu para pelancong merasai sendiri pengalaman mencanting batik, membuat wau, anyaman rotan, ukiran kayu dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, ia dapat menarik para pelancong untuk mengambil pakej ini dan pada masa yang sama koperasi juga dapat menjana pendapatan dari semasa ke semasa.

Selain itu, Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad yang membuka Homestay Miso Walai juga adalah salah satu contoh koperasi yang melibatkan diri di dalam aktiviti pelancongan. Dengan perancangan awal pada tahun 1997 untuk memajukan kawasan hutan di sepanjang Sungai Kinabatangan, koperasi ini juga telah mengambil inisiatif untuk membuka satu homestay bagi memberi peluang kepada para pelancong untuk menetap di kawasan tersebut. Terdapat 20 buah Tasik Ladam di sepanjang Sungai Kinabatangan dan tujuh jenis hutan dan pelbagai jenis habitat hidupan liar, kawasan ini menunjukkan kesan yang positif terhadap koperasi tersebut dalam memajukan kawasan di Sungai Kinabatangan ini. Selain itu, faktor seperti memiliki lebih kurang sepuluh jenis monyet, 208 spesies burung dan gajah yang bersaiz kecil juga dapat menjadikan tempat ini sebagai satu daya tarikan kepada pelancong. Tambahan

pula, kebudayaan yang terdapat di kawasan tersebut seperti keunikan bahasa tempatan, kisah-kisah tradisi penduduk di kawasan tersebut, seni, tarian dan kisah-kisah sejarah menjadikan tempat ini berpotensi untuk maju di dalam sektor pelancongan.

Promosi seperti pelancaran web rasmi, pameran, karnival dan Expo Pelancongan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR) dan Sabah Tourism membolehkan promosi terhadap homestay ini dilakukan dan permintaan kepada homestay ini juga semakin meningkat. Berdasarkan Laporan Prestasi Homestay Malaysia, koperasi ini mencatatkan jumlah pendapatan homestay yang tertinggi pada tahun 2010 iaitu (i) Jumlah pendapatan homestay sebanyak RM7898,748.80, (ii) Purata pendapatan bulanan homestay sebanyak RM74,895.73 dan (iii) Purata pendapatan bulanan setiap rumah sebanyak RM3,941.89.

Kebaikan Perniagaan Homestay kepada Anggota Koperasi

Perniagaan homestay ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada koperasi tetapi juga kepada anggota koperasi yang terlibat. Melalui penglibatan penduduk luar bandar terutamanya, mereka dapat memperbaharui taraf kehidupan mereka dengan melibatkan kawasan rumah mereka sebagai salah satu tempat untuk dijadikan sebagai homestay. Mereka juga dapat memperlihatkan suasana dan kehidupan seharian kepada para pelancong. Di samping itu, hasil tanaman dan ternakan yang dilakukan di kawasan mereka sendiri juga boleh dijual kepada para pelancong yang datang. Ini merupakan cara untuk para penduduk di kawasan luar bandar menjana pendapatan sampingan. Mereka tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan yang lebih untuk membawa hasil tanaman dan ternakan mereka ke kawasan bandar untuk menjual, tetapi dengan kedatangan para pelancong, kos tersebut dapat dikurangkan. Seperti contoh Koperasi Homestay Teluk Ketapang Terengganu Berhad, koperasi ini secara langsungnya telah membantu penduduk kampung di kawasan Kampung Teluk Ketapang sehingga koperasi ini telah diberikan kepercayaan oleh pihak Jawatankuasa Kampung (JKKK) untuk mengendalikan Projek Desa Lestari pada tahun 2013 di bawah pengelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang bernilai RM4 juta.

Aktiviti homestay ini juga dapat memberikan dorongan kepada koperasi-koperasi untuk menceburi pelbagai aktiviti yang lain seperti pengusahaan kerepek-

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

Page 5: Homestay: POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI

Bil. 43/2014 39

kerepek, alat kraf tangan, makanan (catering), dan lain-lain lagi. Melalui aktiviti ini juga, koperasi dapat menambahkan pendapatan mereka di dalam koperasi dan pada masa yang sama dapat menarik masyarakat luar untuk menyertai koperasi. Anggota koperasi juga dapat memperoleh pendapatan sampingan dengan terlibat dalam aktiviti penyediaan makanan catering) dan memperkenalkan makanan tradisi Malaysia. Melalui pengusahaan ini juga, koperasi-koperasi dapat menerapkan lagi nilai budaya masyarakat setempat dengan mempromosikan makanan dan tradisi masyarakat setempat.

Secara amnya, keuntungan perniagaan homestay ini tidak memberi pulangan yang banyak seperti pakej percutian yang lain, namun ia dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Berpandukan jadual 2, pada tahun 2006, pendapatan keuntungan keseluruhan homestay adalah sebanyak RM2,065,980.34 dan pada tahun 2009 pula ia mencatatkan jumlah sebanyak RM10,920,877.90. Dan, sehingga bulan Ogos 2012, pendapatan homestay kepada ekonomi Malaysia adalah sebanyak RM11,494,633.80. Dengan peningkatan kedatangan pelancong setiap

TAHUN JUMLAH KESELURUHAN(bilangan pelancong)

DOMESTIC INTERNATIONAL

2010 196,472 orang 147,346 orang 49,126 orang

2011 254,981 orang 195,324 orang 59,657 orang

2012 (sehingga

Ogos)

213,263 orang 171,593 orang 41,670 orang

Jadual 1: Prestasi Homestay di Malaysia (mengikut ketibaan pelancong)

Statistik di Jadual 1 menunjukkan bahawa perniagaan homestay di Malaysia ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sejak tahun 2006 hingga tahun 2012, pencapaian prestasi perniagaan ini semakin meningkat dan dijangka akan meningkat secara berterusan. Bermula dari tahun 2006, kedatangan para pelancong ke homestay adalah sebanyak 31,833 pelancong di mana pelancong di dalam negara adalah seramai 21,795 dan 10,038 pelancong dari luar negara. Pertambahan kedatangan para pelancong ke homestay bermula pada tahun 2009 iaitu jumlahnya adalah sebanyak 161,561 pelancong dan seramai 130,038 pelancong adalah daripada Malaysia dan selebihnya adalah pelancong dari luar negara. Dan sehingga tahun 2012, pelancong yang menginap di homestay adalah seramai 292,986 pelancong tempatan dan 71,588 pelancong luar. Ini menunjukkan bahawa program homestay ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada para pelancong tidak kira sama ada daripada golongan yang berpendapatan sederhana mahupun daripada golongan yang berpendapatan tinggi.

Jadual 2: Jumlah Pendapatan Homestay di dalam Industri Pelancongan Malaysia

TAHUN JUMLAH PENDAPATAN (RM)

2010 12,407,227.60

2011 15,736,277.60

2012(sehingga

Ogos)

11,494,633.80

tahun, jumlah keuntungan ini dijangka akan sentiasa meningkat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa perniagaan homestay ini sangat wajar untuk dipelopori oleh koperasi. Penglibatan kos yang tinggi dan penarikan orang luar untuk melibatkan diri di dalam program ini mungkin merupakan satu cabaran buat koperasi yang baru untuk menceburi bidang ini. Namun, koperasi perlu mengambil peluang untuk menceburkan diri di dalam perniagaan homestay kerana banyak faedah yang dapat diperoleh di samping pendapatan yang lumayan. Memandangkan sektor pelancongan merupakan antara sektor yang menyumbang kepada ekonomi negara, potensi perniagaan homestay kepada koperasi dilihat agak tinggi kerana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan kepada koperasi dan anggota koperasi, tetapi pada masa yang sama dapat memperkenalkan lagi koperasi yang terlibat kepada penduduk di Malaysia.

Selain itu, koperasi-koperasi juga bukan sahaja boleh bergabung di antara satu sama lain tetapi pada masa yang sama, koperasi boleh bergabung atau pun terlibat di dalam premis homestay yang lain seperti di negeri Kelantan, mereka bergabung di dalam satu pakej yang dinamakan sebagai ÓThe Malaysia Life ExplorerÒ. Melalui pakej ini, para pelancong dapat

Page 6: Homestay: POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI

Bil. 43/201440

menikmati keindahan alam semula jadi di sana dengan menaiki kereta api dan dapat menimba pengalaman tentang budaya dan tradisi negeri tersebut di samping menikmati perjalanan kereta api dari Kelantan

hingga ke Singapura. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan yang baik sesama koperasi di samping mewujudkan kompetensi yang sihat dalam kalangan koperasi sendiri.

Rujukan

A.N.A Anuar, A. Habibah, J. Hamzah, Mohd Yusoff Hussain & A. Buang.(2012). Dasar pelancongan di Malaysia: ke arah destinasi mesra pelancong. Journal of Akademika, 82(3),77-91.

Kementerian Kewangan Malaysia.(2008). Laporan Ekonomi 2007/2008. Prestasi Ekonomi dan Prospek. Dicapai dari http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0708/bab3_0708.pdf.

Ministry of Tourism and Culture Malaysia.(2011). Malaysian Homestay programme. Dicapai dari http://www.motac.gov.my/en/faqs/144-program-homestay-malaysia.html.

Malaysia Rail Explorer. (2009). Malaysian railway network. Dicapai dari http://www.malaysiarailexplorer.com.

Mathieson A. &Wall G.(1982). Tourism: Economic Physical and Social Impacts. USA:Longman House.

Norhazilina Abdul Halim.(2013). Kisah kejayaan koperasi di Malaysia.Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Bhd (KOPEL), Homestay Miso Walai: Nadi Koperasi. Petaling Jaya: Maktab Koperasi Malaysia

Performance Management Delivery Unit (2012). Program Transformasi Ekonomi Pelancongan. Dicapai dari http://www.pemandu.gov.my.

Rohana Man. (2014, Februari 08). Inap desa berdekatan destinasi menarik. Utusan Online. Dicapai dari http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140208/pl_01/Inap-desa-berdekatan-destinasi-menarik.

Shariman Hamdan.(n.d). Homestay Malaysia: Transformation Plan 2020, Opportunities For Co-op In Marketing or Investing Homestay: Bicara Profesional: Potensi Pelancongan Homestay Kepada Koperasi.

Statistik perkembangan industri pelancongan di Malaysia.(2011). Dicapai dari http://senangtravel.blogspot.com/2011/12/perkembangan-industri-pelancongan-di.html.

World Tourism Organization UNWTO.(n.d). Why tourism? Dicapai dari http://www2.unwto.org/content/why-tourism.

1Klik.(2014). Program Homestay. Dicapai http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content.article/116-perlancongan/682-program-homestay.html.

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA