pengenalan kepada origami

Upload: paulineshanti

Post on 17-Oct-2015

140 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

TRANSCRIPT

PENGENALAN KEPADA ORIGAMIDalam bahasa Jepun, origami mambawa maksud, ori bermakna melipat dan kami bermaksud kertas. Origami adalah seni lipatan kertas yang sering dikaitkan dengan budaya Jepun. Namun begitu, origami sebenarnya bermula di negeri China pada tahun 1000SM dengan terciptanya kertas. Selepas hampir 500 tahun kertas dicipta, sami Buddha membawa rahsia seni origami ke negeri Jepun.Orang Jepun telah menyepadukan seni kertas ini dalam kehidupan harian mereka terutamanya dalam seni bina dan di dalam sambutan adat istiadat mereka.Budaya ini diperturunkan dari generasi ke generasi daripada ibu kepada anak perempuan.Pada tahun 1797, sebuah buku origami telah diterbitkan bertajuk Senbazuru Orikata yang bermakna Rahsia Melipat 1000 Burung undan/Jenjang/Orizuru.

Illustrasi dalam buku Senbazuru Orikata - bermain dengan origami

Muka depan buku Senbazuru Orikata

Bentuk-bentuk origami Burung undan/Jenjang/Orizuru

Origami makin berkembang dengan budaya orang Jepun terutama dalam upacara adat keagamaan Shinto. Mengikut tradisi Shinto, kertas empat persegi di potong dan dilipat menjadi lambang simbolik Dewata serta digantung di Kota Jingu ( Kuil Agung Imperial) di Ise sebagai sembahan. Semasa upacara perkhawinan kaum Shinto, kertas membentuk rama-rama jantan ( o-cho) dan rama-rama betina ( Mec-ho) digunakan.

Bentuk asal origami jantan dan betina yang digunakan dalam upacara perkahwinan kaum Shinto.Bentuk origami jantan dan betina yang dihasilkan semula oleh Arima Kasui.

Dari tahun 1600 -1868 ( zaman Edo) produksi kertas telah berkembang dan kertas mudah didapati. Dengan iyu, origami mula berkembang dengan pesat sekali. Di zaman inilah hampir 70 bentuk origami dihasilkan termasuklah burung jenjang (orizuzu), Katak, kapal dan balon yang masih kekal sehingga sekarang.

Pada tahun 1845, sebuah buku bertajuk Kan no mado (Window on Midwinter) yang mengandungi lebih kurang 150 contoh origami termasuk model katak telah ditulis dan diterbitkan.

Sebahagian daripada diagram bentuk pepatung dalam buku Kan no Mado.Sumber : https://origamiusa.org/thefold/article/history-kan-no-mado-dragonfly

Pada tahun 1954, Akira Yoshizawa yang dianggap sebagai tok guru origami kerana telah menaikkan taraf origami daripada seni kraf kepada seni hidup, telah menulis sebuah buku yang mengandungi satu set simbol yang boleh digunakan sebagai panduan membina origami.

Akira Yoshizawa bersama koleksi origami haiwannya.Sumber : http://www.tagseoblog.com/nice-origami-doodle-to-honor-akira-yoshizawa

Origami Moden

Pelbagai bentuk origami dibentuk daripada bentuk asal yang diinspirasikan oleh kincir angin.

Kertas yang digunakan untuk menghasilkan bentuk origami.

Masa Kini Dan Masa Depan Origami

Bermain sambil belajar (kanak-kanak)Peralatan dalam bidang kejuruteraan dan perubatan. Contohnya , sistem beg udara dalam kereta.Hobi (orang dewasa)Kraf (hak cipta)Pemodelan dalam mata pelajaran MatematikKebajikan(terapi bagi golongan tua)ORIGAMI