pengenalan kepada keusahawanan

24
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN “FORMAL EDUCATION WILL MAKE YOU A LIVING; SELF-EDUCATION WILL MAKE YOU A FORTUNE.” – Jim Rohn

Upload: syahremie-teja

Post on 15-Apr-2017

675 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada keusahawanan

BAB 1PENGENALAN KEPADA

KEUSAHAWANAN

“FORMAL EDUCATION WILL MAKE YOU A LIVING; SELF-EDUCATION WILL MAKE YOU A FORTUNE.” –

Jim Rohn

Page 2: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF BAB• Mengetahui sejarah dan asal-usul keusahawanan dari sudut pelbagai

bidang

• Mengetahui definisi usahawan dan keusahawanan daripada pelbagai perspektif dan tokoh-tokoh terkemuka.

• Mengetahui kepentingan aktiviti keusahawanan dalam kehidupan seharian kita

• Memberi takrifan mengenai siapa yang dikatakan sebagai usahawan dengan disertai ciri-ciri tertentu

• Memberi takrifan mengenai siapa yang dikatakan sebagai usahawan menurut perspektif Islam.

Page 3: Pengenalan kepada keusahawanan
Page 4: Pengenalan kepada keusahawanan
Page 5: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PENGENALAN• Usahawan dan keusahawanan adalah di antara istilah yang seringkali

disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu.

• Istilah ini membawa kepada pelbagai maksud atau takrifan mengikut bidang atau kefahaman individu masing-masing.

Page 6: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

• Dari sudut pemikiran pengurusan, ianya lebih menjurus kepada sains pengurusan dan proses membuat keputusan.

• Kemunculan semula bidang keusahawanan kini telah mengambil tempat yang luas dalam asas institusi dan ekonomi.

• Bank Dunia mula memperkenalkan bidang keusahawanan sebagai satu galakan yang utama bagi ekonomi negara-negara membangun.

• Sumbangan kepada pendapatan negara.

• Mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber penciptaan penemuan terbaru, teknologi baru dan inovasi.

Page 7: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KONSEP KEUSAHAWANAN

• Banyak perdebatan berlaku apabila bercakap tentang definisi keusahawanan.

• Tiada satu definisi yang standard dan universal tentang keusahawanan.

• Berasal daripada bahasa Peranchis entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba.

• Perkataan usahawan popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970-an.

• Usahawan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga.

• Umumnya, usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.

Page 8: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KONSEP KEUSAHAWANAN

• Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi Perancis campuran Irish dianggap oleh Schumpeter (1934) sebagai orang pertama yang memperkenalkan konsep keusahawanan.

• Kamus Webster's New World: Seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, men

gandaikan risiko untuk demi keuntungan.• Hull, Bosley dan Udel (1980) : Individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada

dengan niat (dan usaha berterusan) meluaskannya.• Meredith, Nelson dan Neck (1982):

Usahawan-usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.

Page 9: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KONSEP KEUSAHAWANAN

• Sexton dan Bowman-Upton (1991):Satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang.

• Kao (1995)satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator idea-idea, penyusunan sumber- sumber dan seterusnya melaksanakannya.

Page 10: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KONSEP KEUSAHAWANAN

• Coulter (2000)• Satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan

usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu melalui inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada yang digunakan. Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.

• Hisrich dan Peters (2002)• Satu proses penciptaan sesuatu yang baru ditambah nilai serta

keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik, dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang dan kepuasan peribadi dan kebebasan. Manakala usahawan adalah penemu yang merevolusikan corak terkini melalui penemuan sumber atau outlet baru, pengorganisasian industri baru atau pengambilalihan sesetengah aktiviti inovatif.

Page 11: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KONSEP KEUSAHAWANAN

• Kuratko dan Hodgetts (2004)• Satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat

dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses- dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi-institusi.

Page 12: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

TEORI-TEORI DAN MODEL KEUSAHAWANAN (MENGIKUT AHLI EKONOMI)

• Joseph A. Schumpeter - satu model keusahawanan dalam tahun 1934. Menekankan inovasi atau ubahsuai merangkumi semua kegiatan atau usaha yang membawa kepada satu pembaharuan.

• Alfred Marshall - satu proses evolusi iaitu hayat sesebuah perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran. Hayat sesebuah perniagaan itu akan hilang apabila pemiliknya mati.

• Israel Kirzner - soal ketidaktentuan atau uncertainty. Usahawan itu adalah berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.

Page 13: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

TEORI-TEORI DAN MODEL KEUSAHAWANAN (MENGIKUT AHLI SOSIOLOGI)

• MaxWeber- model keusahawanan pada tahun 1958 dengan memasukkan elemen keagamaan . Weber menyatakan bahawa kejayaan golongan Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh etika agama.

• EverettHagen - Teori bahawa proses melahirkan usahawan akan berlaku di kalangan kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati di dalam sesebuah masyarakat. Layanan atau tekanan yang diterima. Teori keusahawanan berdasarkan kepada kajian kes sejarah di negara Jepun, Columbia, United Kingdom dan Rusia.

• Gibb and Ritchie – 1981- satu model keusahawanan yang dipanggil model pembangunan sosial. Kandungan sebenar dalam model ini ialah peranan sosialisasi dalam memberi anjakan ke arah melahirkan usahawan baru.

Page 14: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

TEORI-TEORI DAN MODEL KEUSAHAWANAN (MENGIKUT AHLI PSIKOLOGI)

• Model Baka – usahawan sebagai seseorang yang mempunyai identiti tersendiri iaitu dapat membezakan di antara usahawan dan bukan usahawan. Pendokong utama model baka ini ialah McClelland, Lynn dan Schrage.

• Teori kehendak pada pencapaian - Menurut Mc Clelland (1961), melalui penyelidikan & penerbitan bukunya “ The Achieving Society” (1961) individu yg ada kehendak pencapaian yg tinggi merupakan golongan yg lebih suka mengambil tanggungjawab utk mencapai sesuatu matlamat hingga berjaya dgn usaha sendiri.

Page 15: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

SEJARAH PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Page 16: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

• Peranan kerajaan dan agensi swasta dalam kemajuan pendidikan serta latihan keusahawanan secara formal di sekolah, kolej dan universiti.

• Di Malaysia terutamanya, minat kepada pembuat polisi dalam menyediakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) semakin meningkat sejak tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI),Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Belia dan Sukan, Pertubuhan Pengeluaran Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan Malaysia (DpM), SIRIM, permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank Pembangunan Malaysia dan pelbagai pihak lagi.

• Membudayakan keusahawanan ialah melalui pengenalan program keusahawanan di kedua-dua peringkat iaitu di sekolah dan universiti.

• Kebanyakan universiti tempatan telah menawarkan kursus keusahawanan atau perniagaan kecil dan sederhana.

Page 17: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

• Untuk menggalakkan pendidikan keusahawanan yang berkesan di peringkat institusi pendidikan tinggi, beberapa cabaran perlu dilaksanakan. Di antaranya adalah:

1. Menggalakkan penyertaan usahawan atau peniaga kecil dan sederhana ke dalam proses keusahawanan di institusi pendidikan untuk menjadi role model dan membuka peluang kepada pelajar dan pensyarah melihat situasi sebenar.

2. Memberi peluang kepada pensyarah dan kakitangan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, melakukan kesilapan, menjalani eksperimen, diberi masa dan jadual yang fleksibel serta mencipta situasi tidak menentu (uncertainty).

3. Membentuk mekanisme kepada pelajar yang tidak mempunyai latar belakang keusahawanan agar mendampingi usahawan atau peniaga kecil dan sederhana yang ada di sekitar tempat pengajian untuk tujuan pembelajaran-tindakan (action learning).

Page 18: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

4. Menggalakkan persekitaran pembelajaran yang kurang berstruktur rigid di samping menggunakan saluran komunikasi tidak formal.

5. Membentuk institusi pendidikan tinggi yang memberi penghargaan kepada pelajar dan pensyarah mengikut keputusan, kreativiti dan inisiatif masing-masing.

Page 19: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN MENURUT LSLAM

• Keusahawanan merupakan_satu bidang kerjaya yang murni dan mulia sebagaimana riwayat At-Tirmizi, daripada Abu sa‘id Khudriy r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

• "AhIi perniagaan yang benar lagi jujur dibangkitkan bersama para Anbiya‘, Siddiqin dan Syuhada'.

• Bidang keusahawanan tidak wajar disalahertikan dan dilihat hanya untuk mengejar keduniaan semata-mata sebaliknya meninggalkan akhirat.

• Sejarah telah membuktikan bahawa bidang keusahawanan tidak diketepikan dalam Islam malah Rasulullah s.a.w sendiri merupakan usahawan yang berjaya sebelum diangkat menjadi Rasul

• Baginda telah mula mencari pengalaman dengan membantu siti Khadijah menjalankan perniagaan di Mekah.

• Menjalankan perniagaan juga merupakan sebahagian daripada tugas khalifah Allah.

• Islam menuntut agar peniaga sentiasa jujur, amanah, benar dan bertimbang"rasa kepada orang lain.

Page 20: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN SATU CABANG JIHAD DAN AMAL SOLEH

• Dianggap sebagai jihad fi sabilillah.

• Menerusi bidang keusahawanan, usahawan berpeluang memperbanyakkan amal soleh. Antara perkara yang boleh disifatkan sebagai amal soleh dalam bidang keusahawanan ialah:

1. Mencipta produk yang dapat dinikmati manfaatnya berpanjangan sehingga turun- temurun. Umpamanya penciptaan kenderaan, mesin dan jentera

2. Memasarkan produk dengan efisien dan penuh keberkesanan kos serta dengan memudahkan pemanjangan manfaat kepada seramai pengguna yang mungkin. Umpamanya rangkaian kedai runcit dan pasar raya.

3. Menjana peluang pekerjaan dan sumber rezeki kepada anggota syarikat dan tanggungan mereka.

4. Peluang peningkatan kerjaya dan berterusan meningkatkan pendapatan untuk mereka yang terlibat.

Page 21: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN SATU CABANG JIHAD DAN AMAL SOLEH

5. Meningkatkan taraf hidup sehingga kehidupan menjadi lebih sempurna.

6. Memperteguhkan taraf ekonomi dan sosial serta meningkatkan maruah bangsa, agama dan negara.

7. Menguatkan pertahanan ekonomi bangsa.

8. Membantu membina khairun ummah.

Page 22: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

GARIS PANDUAN UTAMA KEUSAHAWANAN DALAM LSLAM

1. Melakukan apa yang disuruh• Usahawan masih perlu melaksanakan amalan fardu seperti solat,

puasa dan sebagainya. Meskipun berhadapan dengan kesibukan dalam menguruskan perniagaan, amalan yang wajib tidak harus ditinggalkan.

2. Menjauhi apa yang dilarang• Amalan yang dilarang oleh Islam seperti riba dan gharar perlu dijauhi

kerana amalan sebegini menimbulkan kemudaratan dan menzalimi orang lain.

3. Mengamalkan sifat-sifat yang baik• Seseorang yang ingin menjadikan keusahawanan sebagai ibadat perlu

mengamalkan sifat "mahmudah" dan menjauhi sifat "mazmumah" dalam semua urusan.

4. Perancangan dan strategi perniagaan• Usahawan perlu mempunyai perancangan strategi yang rapi dan

mengatur strategi yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

Page 23: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

GARIS PANDUAN UTAMA KEUSAHAWANAN DALAM LSLAM

5. Mengetahui hukum hakam perniagaan• Usahawan perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu berkaitan

hukum muamalah agar aktiviti keusahawanan yang dijalankan tidak bercanggah dengan peraturan muamalah Islam.

Page 24: Pengenalan kepada keusahawanan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KESIMPULAN

• Konsep usahawan dan keusahawanan membawa satu definisi serta perspektif yang sangat luas.

• Konsep keusahawanan dan usahawan adalah satu bidang yang begitu luas tafsiran menurut pelbagai perspektif serta pandangan tokoh-tokoh terkenal.