pengenalan kepada budaya

48
PENJELASAN KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).Setiap etnik membawa sosio- budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu. Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam dan lain – lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain, namun

Upload: malini-munusamy

Post on 05-Jul-2015

867 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada Budaya

PENJELASAN KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI

MALAYSIA

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan

Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 budaya dapat ditakrifkan

sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal

budi (cara berfikir dan berkelakuan).Setiap etnik membawa sosio-budaya yang

berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu. Sementara itu menurut

Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu

pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan, keagamaan selain

penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas sesebuah

masyarakat.

Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang

budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam dan

lain – lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota

masyarakat.

Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-

hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.

Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain, namun

beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat

seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai

kesenian dan lain-lain. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan

sejagat.

MASYARAKAT MELAYU

Page 2: Pengenalan kepada Budaya

Definisi Melayu

Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang

bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan

adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya, Melayu itu merangkumi

seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun

tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis,

Mandailing dan lain-lain yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan

mengikuti adat istiadat Melayu. Orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang

Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di

kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu

merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit

keagamaan. Kini, kewujudan kampung Melayu tidak sepenuhnya memenuhi

keempat-empat ciri di atas.

Sistem ekonomi

Orang Melayu yang tinggal di desa, menjalankan aktiviti pertanian dan

Page 3: Pengenalan kepada Budaya

menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, karet,

kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang

tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan,

pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu

perkotaan relatif masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh

penduduk bukan pribumi, terutamanya orang Tionghoa. Tetapi kini telah ramai orang

Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat.

Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan

rumah banglo. Selain itu itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan

yang tinggi,

Sistem politik

Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam

lumbung yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Lumbung disini

bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi, ia berfungsi sebagai wadah

untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat. Musyawarah yang dijalankan

biasanya membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya

dan adat setempat. Suku melayu telah mengenal sistem politik yang egaliter dan

mengakar kepada budayanya. Ini menunjukkan suku melayu mempunyai ikatan

persaudaraan yang kuat, sikap tolong-menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai

suatu permufakatan. Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat

diposisikan untuk membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya Sistem

musyawarah ini lama kelamaan hilang diakibatkan hancurnya sistem tanah adat

melalui culture stelsel yang dilakukan oleh kaum penjajah.

 Agama dan kepercayaan

Page 4: Pengenalan kepada Budaya

Orang Melayu beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama

Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam

tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme

terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam disesuaikan dengan unsur Islam.

Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan

tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.

Adat istiadat

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur

luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.

Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan

ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat

menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek

tertentu yang bertentangan diamalkan.

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagika kepada dua: seni

persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang

kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias,

pertukangan tangan, tenunan, anyaman). Permainan tradisi seperti gasing, wau,

congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu

mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan pelbagai unsur

tempatan dan luar.

Sistem kekeluargaan dan perkawinan

Page 5: Pengenalan kepada Budaya

Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok

iaitu yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan yang

mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system). Tetapi

disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem

kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam. Orang

Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan

endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga \diamalkan.

Perkawinan campur juga wujud pada masa itu.. Semua perkawinan Melayu

dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab

Shafie).

 Pendidikan

Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa

penjajahan, peluang pendidikan sekular adalah terbatas, dan lebih berpusat di

daerah perkotaan. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. Kini,

pendidikan sekular menjadi saluran mobiliti sosial yang utama di kalangan orang

Melayu. Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia adalah melalui saluran

pendidikan. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di

semua institusi pengajian awam di Malaysia. Bahasa Melayu yang menjadi lingua

franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) . Ia juga merupakan bahasa rasmi di

Indonesia.

MASYARAKAT CINA

Page 6: Pengenalan kepada Budaya

Kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25

peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada

pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan

pandai berniaga. Mereka mengamalkan penggunaan tiga bahasa yang berbeza

mengikut tempat tinggal masyarakat cina iaitu Hokkien, Kantonis dan juga Mandarin.

ADAT RESAM ORANG CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak

unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam

sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai

perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-

hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini

diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat

Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam

masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat

Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan

selepas lahir. Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh

wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk

memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,

kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung

sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan

seharian mereka.

Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita

mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak

lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan

nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat

sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik

keluarga suaminya.

Page 7: Pengenalan kepada Budaya

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. 

Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana

dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu

mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang

memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses

bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari

supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada

bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang

dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila

harapan tidak tercapai.

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok

perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari

segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan

yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak

kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk

bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka

masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila

kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di

kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama

empat puluh hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk

angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada

perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk

mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi

masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang

pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang

kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-

orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal

menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat

lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak

mendengar kata.

Page 8: Pengenalan kepada Budaya

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang

dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut

dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan

panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita

yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri

iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna

merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai

merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang

mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa

pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama

keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan

sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.

Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta

dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang

perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

·         Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang

kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak

bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai

timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima

unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang

yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik

juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa

kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan orang Cina memilih nama

yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil

masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang

terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Page 9: Pengenalan kepada Budaya

MASYARAKAT INDIA

Page 10: Pengenalan kepada Budaya

Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India

merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari

Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman

penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang

lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan

beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta

pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri

kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.

Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan

dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan

perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu

maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

ADAT RESAM ORANG INDIA

Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan

tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu

minuman atau makanan dan  mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai

tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan

kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan

peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah

umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu.

Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa

dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang

membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa  amat

penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka

ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya

Page 11: Pengenalan kepada Budaya

perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara

perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang

ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api

dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

Adat Valaikaappu  dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil

menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan

dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul

bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini

dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran

semasa bersalin.Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada

beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan

masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan

dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari

pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang

dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah

ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-

buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam

dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita

hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal).

Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti

air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi,

wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan

dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru

yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu

minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai

memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil

tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Page 12: Pengenalan kepada Budaya

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan

dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu.

Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Kelahiran seorang bayi adalah  acara penting keluarga dan masyarakat.

Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari

selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari

ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi

cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya.

Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari

kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah

itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang

tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu,

saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda

selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa

selamat.

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi

pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai

yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala

digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya

bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan

lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke

mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan

membantu tumbesaran bayi tersebut.

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari

ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi

dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan

bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku.

Page 13: Pengenalan kepada Budaya

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih

yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar

tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga

kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang

tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke

dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga

yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu

pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika

proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi

selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah

kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan

mandi selang sehari selepas bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita

yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan

bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-

bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga

digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan

tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening

dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas

dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan

untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi

ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian

punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap

kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak

dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk

meluruskan anggota badan bayi.

Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara 

ini juga dikenali sebagai ‘taalaattu’ bermaksud penggoyangan lidah. Upacara

dimulakan dengan ucapan ‘aaraaro aariraro’ atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan

Page 14: Pengenalan kepada Budaya

agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin

berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama

dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan

oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan

dengan dewa-dewa.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut

tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang

berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang

dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak. 

ORANG ASLI

Page 15: Pengenalan kepada Budaya

Orang Asli adalah tema yang digunakan untuk kumpulan etnik pribumi yang

terdapat di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan utama:

Negrito, Senoi dan Proto-Melayu. Kumpulan Negrito biasanya tinggal di utara, Senoi

di pertengahan dan Proto-Melayu di selatan. Setiap kumpulan dan kumpulan etnik

kecil mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Ada yang menjadi nelayan,

peladang dan ada yang kerap berpindah-randah.

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di

Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri

Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana

kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-

unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka

terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui

perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah

punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai

"Baba".

BABA DAN NYONYA

SUKU BAJAU

Page 16: Pengenalan kepada Budaya

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah

antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak

kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan

Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami

kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di

Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di

Semenanjung Malaysia.

Suku kaum Bajau menganut agama Islam dan sangat menekankan hubungan

kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan

masa kini, kini ramai masyarakat Bajau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk

Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata

terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga

membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum

Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa

yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-

kurangnya terdapat 26 sub bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku

kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia,

bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina

dan Brunei.

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum

Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum

SUKU MOMUGUN RUNGUS

Page 17: Pengenalan kepada Budaya

Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku

Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun

Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan

nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud

adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai

Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.

Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat,

pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan

sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas,

Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus menganut agama

Kristian, 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang

Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus beragama Islam hasil

perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat

nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.

Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa

Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan

menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang

bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa

Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" terhasil dari 2 perkataan dari

bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".Agama Labus bermakna

"satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-

peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau

mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan

bangsa Momogun Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku

tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan

kesamaan dari segi bahasa, seni, kepercayaan, pandangan alam serta segi

etnologinya Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-

negara jiran seperti Indonesia dan Brunei. Bangsa Momogun merupakan penduduk

asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.

Page 18: Pengenalan kepada Budaya

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah

sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban

merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya

menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan

Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil

tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang

dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat

ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan

menuai padi sepanjang tahun ini.

Kaum Bidayuh Sarawak terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain

menjadikan kawasan pergunungan sebagai tempat kediaman. Ada yang merupakan

SUKU IBAN

SUKU BIDAYUH

Page 19: Pengenalan kepada Budaya

peladang, dan pemburu. Mereka juga terkenal untuk minuman tuak (arak beras).

Sewaktu zaman pemburuan kepala, hasil pemburuan tersebut diletakkan di dalam

sebuah ‘baruk’. Baruk adalah sebuah rumah bulat yang dahulu kala menjadi tempat

bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung mereka. Ia dibina tinggi, kira-kira 1. 5

meter dari tanah dan berfungsi memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya

mereka mengamalkan ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama

Kristian.

Kumpulan etnik terbesar Sabah, Kadazan Dusun membentuk 30 peratus

populasi negeri itu. Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun mereka

digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa.

Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara

tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan

pergunungan.

Kaum etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi 3% populasi

penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara

Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan

memburu kepala. Kini, mereka menanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu

menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Seperti kebanyakan kaum pribumi di

Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.

PENGHURAIAN KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU

KADAZAN DUSUN

SUKU MURUT

Page 20: Pengenalan kepada Budaya

Menurut Wirth (1938), atas persamaan hasrat, kepentingan kebendaan dan

kontraktual, masyarakat heterogenus di bandar akan terus terikat dan bergantung

antara satu sama lain sehingga membentuk sentimen komunal. Sementara itu,

kemunculan elemen hegemoni atau superior antara budaya yang berada dalam

lingkungan masa dan ruang yang sama boleh dibendung bagi mengelakkan konflik

yang lebih rumit. Sehubungan itu, dalam membincangkan perancangan dan

pelaksanaan dasar pendidikan di negara ini pendekatan yang harus dibangunkan

ialah pendekatan budaya, iaitu menjadikan trait-trait budaya yang pelbagai sebagai

dasarnya. Oleh itu, setiap guru haruslah mempunyai kesedaran tentang kepentingan

kepelbagaian budaya.

Oleh kerana proses pendidikan merupakan proses pembudayaan, maka

masyarakat yang berbeza budaya dapat dipadukan menerusi proses pendidikan.

Penerapan kepelbagaian budaya dalam pendidikan adalah sebagai pelengkap

kepada sistem pendidikan dengan memberi penekanan terhadap prisip saling

memahami dan menghormati antara kaum, etnik dan sub budaya.

Kepelbagaian kebudayaan haruslah diketengahkan secara meluas dalam

pendidikan oleh guru kerana ia membentuk jati diri sesebuah masyarakat

berdasarkan identiti penduduk setempat. Keperluan terhadap pendidikan

kepelbagaian kebudayaan menjadi lebih ketara kepada negara yang berjaya

mencapai kemerdekaan setelah dibelenggu oleh kuasa imperialis. Pendidikan

merupakan salah satu agen pewarisan budaya. Menerusi peranan ini, pendidikan

telah meyampaikan pelbagai ilmu dan menanamkan pelbagai nilai dan kemahiran

hidup seperti yang terkandung dalam kurikulum pendidikan.

Pendidikan dilihat sebagai satu-satunya agen dan proses yang menyambung

dan mengekalkan pewarisan budaya, di samping menggalakkan pengembangan

ilmu yang boleh menggiatkan lagi daya cipta bagi memperkayakan budaya bangsa

berkenaan (Asiah Abu Samah, 1985:114). Amalan-amalan budaya dalam

pendidikan pada tahap ini bukan sahaja dari perkembangan dalaman budaya sendiri

bahkan juga hasil penyerapan unsur-unsur budaya asing. Pendedehan ini akan

mewujudkan perpaduan di antara pelajar yang terdiri daripada berbilang

kaum dan berbeza latar belakang . Pembahagian kumpulan heterogeous bukan

sahaja mewujudkan interaksi di antara pelajar berlaianan jantina dan

Page 21: Pengenalan kepada Budaya

berlaianan pencapaian akademik malah ia juga akan membantu pelajar untuk

mengenali budaya dan adat . Para pelajar akan bersatu padu untuk

menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk menjalankan aktiviti yang

diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan ini ,

tidak ada sebarang kelompok pelajar merasakan diri mereka tersisih di bilik darjah

atau pun sekolah.Jika pelajar tidak berasa diri mereka tersisih mereka akan bergaul

dengan pelajar lain dengan mesra;

Penerimaan dan penggunaan prinsip kepelbagaian kebudayaan dalam

proses pendidikan di sekolah pada hari ini ternyata amat diperlukan. Berdasarkan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan pembinaan negara

bangsa Malaysia, maka pola dan tahap interaksi sosial serta kefahaman budaya

antara pelajar sekolah perlu diteliti dan diperkemaskan. Pada masa yang sama,

fungsi guru dan bahan pengajaran yang digunakan dalam memberikan pendedahan

mengenai prinsip kepelbagaian budaya juga perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Makan pendidikan yang member pendedahan tantang budaya akan membantu

generasi murid merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

Penerapan amalan silang budaya dalam sistem pendidikan negara khasnya

dalam proses p&p dan persekitaran bilik darjah. Kedua-dua aspek berkenaan perlu

dirancang dengan teliti kerana guru perlu menentukan bentuk-bentuk sosiobudaya

yang hendak diterapkan melalui bahan-bahan pengajaran yang digunakan. Proses

perancangan ini akan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti latar

belakang diri, keperluan, pengetahuan pelajar serta kemahiran yang hendak

disampaikan. Seterusnya, guru perlu menentukan objektif pengajaran, isi pelajaran,

bahan pengajaran, tajuk, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai

Keberkesanan kurikulum yang sedia ada dalam meningkatkan tahap

pemahaman pelajar sekolah terhadap ciri-ciri dan amalan budaya yang pelbagai di

negara ini demi mencapai perpaduan yang lebih jitu. Guru-guru harus menggunakan

kebijaksanaan dalam menjayakan kurikulum agar tidak memaksa atau

mempengaruhi cara berfikir seseorang dalam pengajaran kerana nilai serta

kepercayaan masyarakat akan berkembang, berubah mengikut masa, tempat, dan

pendidikan. Perlu disedarai bahawa dalam situasi masyarakat majmuk, budaya yang

Page 22: Pengenalan kepada Budaya

dimilki juga adalah majmuk. Justeru, bahan pengajaran termasuk buku-buku teks

perlu lebih berupaya menonjolkan dengan tepat pola budaya yang heterogenous di

negara ini.

Keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menghadapi survival

heterogeniti masyarakat dan pelajar di negara ini. Dengan memperkasakan bahasa

kebangsaan dalam kalangan masyarakat majmuk, kefahaman dan kesedaran

terhadap kepentingan kebudayaan kebangsaan akan dapat diterapkan dalam

sistem, falsafah dan kurikulum pendidikan nasional. Selain itu, penelitian terhadap

perkembangan dan fenomena sosial di sekolah amat penting bagi menentukan hala

tuju dan perancangan dasar yang lebih praktikal. Maka guru haruslah mempunyai

kesedaran tentang ini dalam menyampaikan konsep kebudayaan dalam

pendidikan.Dengan ini, guru dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara

murid-murid di dalam kelas. Guru dapat menjalinkan hubungan mesra dengan

murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, guru

juga dapat melibatkan semua murid-murid dalam sesuatu aktiviti tanpa mengira

kaum. Penglibatan murid-murid dalam sesuatu aktiviti di dalam pengajaran dan

pembelajaran guru dapat memupuk semangat belajar di kalangan murid-murid di

dalam kelas.

Secara kesimpulannya, kemasukan nilai dan budaya yang pelbagai dari luar

lingkungan masyarakat majmuk pada hari ini menjadikan kesedaran dan fahaman

terhadap kepelbagaian budaya ini lebih penting. Tanpa kesefahaman dan toleransi,

generasi muda akan menjadi terasing dan terpinggir dalam kepelbagaian nilai dan

budaya tersebut. Sebaliknya, dengan adanya saling faham dan celik budaya, satu

landasan ke arah pembentukan masyarakat majmuk yang bersatu dan saling

menghormati akan tercapai. Pada masa yang sama, pemahaman umum terhadap

kefahaman dan penerimaan pelbagai ciri budaya asing di negara ini akan dapat

ditingkatkan dan menjadi lebih signifikan. Ini amat sesuai dalam konteks kedudukan

negara ini yang mempunyai suku kaum dan latar belakang budaya yang rencam.

Page 23: Pengenalan kepada Budaya

PERBINCANGAN MENGENAI IMPLIKASI KEPELBAGAIAN

BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kepelbagaian sosio-budaya dalam system masyarakat majmuk di negara kita

akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan

secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Implikasi

Page 24: Pengenalan kepada Budaya

kepelbagaian sosio-budaya ini dapat dilihat melalui peranan murid, peranan guru ,

peranan sekolah dankurikulum.

Peranan Guru

Peranan guru amat penting dalam dalam memberi kesan kepada kepelbagaian

sosio budaya. Pertama guru perlulah menjalankan tugas dengan profesional dan

berdedikasi.ini adalah penting bagi mengelakkan sikap bias dan pilih kasih terhadap

kaum sendiri.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

peranan guru

peranan muridperanan sekolah

kurikulum tersirat

Page 25: Pengenalan kepada Budaya

Kedua guru juga perlulah memastikan perbezaan kelas sosial perlu ditangani

sebaik mungkin supaya murid tidak berasa dipinggirkan. Ini bermaksud guru tidak

mengelompokkan murid mengikut kelas sosial mereka. Contohnya anak seorang

doktor dengan anak seorang buruh tidak boleh berada dalam saru kumpulan.

Pengendalian kelas sosial mampu menangani masalah kelompok yang

menyebabkan jurang perkauman.

Ketiga, guru perlulah menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap

dan tingkah laku yang sesuai untuk mengembang potensi secara optimum. Seorang

guru perlu arif tetang keupayaan, tahap tahap perkembangan muridnya. Ini adalah

kerana pemahaman tentang keupayaan murid dapat membantu guru memilih

kaedah pengajaran yang sesuai.

Keempat guru juga perlulah menepati masa dan menggunakan bahan

pembelajaran yang sesuai mengikut tahap murid dan tidak harus menyentuh

sensitiviti perkauman dan kepercayaan. Ini adalah keran isu sensitivity perkauman

ini akan menimbulkan konflik dalam diri murid dimana ia akan meminbulkan

perasaan benci dan rasisme.

Kelima jika guru peka terhadap kepelbagaian sosiobudaya, guru boleh

merancang aktiviti yang boleh disertai oleh semua murid, merumuskan hasil

pembelajaran dengan kaedah yang menarik. Guru juga perlulah mencatat kemajuan

dan kelemahan dalam setiap pengajaran serta mencari peluang untuk

pengubahsuaian ke arah yang lebih baik. Ini adalah kerana selepas penilaian

dilaksanakan, pemulihanan dan penggayaan dapat dimajukan supaya kesemua

murid mencapai hasil pembelajaran.

Page 26: Pengenalan kepada Budaya

Oleh kerana pendidikan merupakan faktor utama untuk mencapai misi nasional,

guru memainkan peranan penting dalam kejayaan misi ini.ini adalah kerana guru

adalah sumber utama pengetahuan serta sebagai pemudahcara dalam pengajaran

dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, guru adalah agen perubahan dan

sumber inspirasi murid.

Peranan Murid

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah lebih majoriti kepada murid kerana

murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Sebagai guru, mereka

perlulah membersihkan hati murid melalui pendidikan yang terbaik. Ini adalah kerana

kerap kali terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid lain.

Page 27: Pengenalan kepada Budaya

Jadi guru perlulah peka dan mendalami hati pelajar agar proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga berperanan menggunakan

kemahiran optimum dalam pengurusan bilik darjah serta guru perlulah memahami

tingkah laku dan budaya murid supaya tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah

yang tepat dan betul.

Terdapat beberapa panduan dalam memahami tingkah laku murid. Pertama guru

perlulah menyenaraikan maklumat yang perlu diketahui oleh murid sepanjang sesi

pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah peraturan, sebab dan objektif. Ini

adalah kerana dalam sebuah bilik darjah murid-murid terdiri daripda kumpulan sosila

dalam kelompok berlaina bangsa seperti malayu, cina dan india. Ini adalah supaya

guru peka terhadap keperluan tersendiri sesuatu kaum.

Kedua guru perlulah menyemai sikap percaya antara guru dan murid serta

murid dan murid. Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah

menyediakan aktiviti yang boleh menyemai semangat saling mempercayai dalam diri

murid. Contohnya membuat aktiviti gotong royong di rumah murid mengikut kaum.

Contohnya murid bangsa cina bermalam dan menjadi anak angkat kepada keluarga

kaum melayu. Ini sekaligus dapat mengembangkan proses sosialisasi antara kaum

seterusnya perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat.

Ketiga walaupun murid tinggal di negeri yang mempunyai dialek yang

tersendiri, tetapi penggunaan bahasa yang standardadalah sangat digalakkan.

Penggunaan dialek adalah perlu dielakkan. Ini boleh dibentuk apabilag guru

menggunakan bahasa yang betul walaupunguru tersebut berasal daripada negeri

yang sama. Aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa adalah sangat

digalakkan seperti Minggu Bahasa.

Page 28: Pengenalan kepada Budaya

Keempat, interaksi adalah sangat penting dalam membina perhubungan.

Oleh yang demikian aktiviti yang melibatkan rakan berlainan jantina adalah

digalakkan. Namun demikian kesedaran batasan dalam perhubungan adalah perlu

dititik beratkan agar tidak timbul masalah social.

Kelima, guru perlulah menggunakan pendekatan penyayang seperti

menggunakan bahasa lembut, menegur dengan berhemah. Cara ini dapat

mempercepatkan proses kesetiaan murid terhadap guru dan seterusnya kualiti

memindahkan maklumat guru kepada murid dapat ditingkatkan.

Keenam murid perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi yang

dijelmakan melalui cara bertutur, bahasa badan, penulisan, penggunaan alat seperti

komputer. Ini adalah supaya pembentukan akhlak mudah dilakukan dimana murid

mudah terima motivasi secara berhemah. Salah satu cara untuk memberikan

penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui komunikasi adalah melalui

senyuman.

Ketujuh, murid perlulah mengalami budaya belajar ceria. Budaya belajar yang

ceria adalah seronok, kreatif, inovatif, penyertaan aktif. Kemahiran belajar caa

belajar kini adalah lebih mementingkan aspek nilai murni dan hubungan mesra

supaya murid kembangkan potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan

sosial.

Kelapan murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi seperti guru membuat

peraturan dan pendekatan yang yang digunakan perlulah berhemah tegas bukan

tujuan mendera tetapi pengajaran. Murid juga perlulah diberi i pengiktirafan apabila

ada peningkatan. Guru juga perlulah membiasakan murid datang kelas tepat pada

waktunya. Anata langkah yang boleh dilaksanakan ialah guru menggunakan

Page 29: Pengenalan kepada Budaya

pelbagai kaedah pengajaran dan mengelakkan aktiviti yang membosankan. Akhir

sekali guru juga perlulah mempunyai kemahiran mengawal kelas. Ini adalah supaya

menambahkan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran.

Peranan Sekolah

Pendekatan sekoah penting bagi memastikan kepelbagaian pendidikan untuk

memenuhi kebolehan murid di pelbagai jenis sekolah. Terdapat pelbagai pilihan

sekolah dalam sistem pendidikan negara. Antaranya ialah:

ALIRAN JENIS SEKOLAH

Sekolah rendah • SK (Bahasa Kebangsaan)

• SJKC (Bahasa Cina)

• SJKT (Bahasa Tamil)

Page 30: Pengenalan kepada Budaya

Sekolah menengah • SBT

• SMT

• SMKA

Sekolah Model Khas

• SMK Harian

• Sekolah yang dikendalikan agensi lain:

o MRSM

o Sekolah swasta

o Sekolah antarabangsa

Sekolah berasrama

penuh (SBP)

• Beri peluang kepada murid cemerlang, luar bandar khususnya

mendapat pendidikan terbaik dalam bidang akademik,

kokurikulum dan sahsiah.

• Setiap SBP ada keistimewaan masing-masing dalam bidang

kokurikulum seperti ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar,

pancaragam di Sekolah Tun Fartimah dan pidato di Kolej Islam

Sultan Alam Shah, (KISAS).

Sekolah menengah

teknik

• Peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang

teknikal dan vokasional.

• Menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang

mencukupi.

• Bidang vokasional spt ERT dan pertanian.

• Bidang teknikal spt kejuruteraan elektrik dan mekanikal.

Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama

(SMKA)

• Menyediakan pendidikan islam kepada murid.

• Memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan

kepimpinan dan beri peluang melanjutkan pelajaran dalam

pelbagai bidang ilmu di dalam dan luar negara.

• Menunjukkan komitmen KPM untuk menerapkan nilai kerohanian

dan kepercayaan beragama kepada murid-murid.

Sekolah Primier • Sekolah yang mempu nyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh

Page 31: Pengenalan kepada Budaya

dan beri sumbangan kepada negara sejak penubuhannya.

• Menjadi lambang kebanggan negara sejak penubuhannya.

• Melahirkan tokoh negara dan korporat.

• Contoh. Sekolah Zainab(Kelantan), Victoria Institution (KL),

Maktab Sultan Ismail (Kelantan).

Sekolah 100 tahun • Dibina sebelum tahun 1905.

• Mempunyai ciri tinggalan sejarah.

• Sebahagiannya adalah sekolah primier.

• Banyak memberi sumbangan kepada negara.

• Cth: Penang Free School, Sekolah Tinggi Melaka, Kolej Melayu

Kuala Kangsar.

Sekolah Bestari • Kebanyakannya di Putrajaya dan Cyberjaya

• Mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur lengkap,

terletak di kawasan strategik, berhampiran dengan Kompleks

Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Model Khas • Gabungkan murid tahap II sekolah rendah dan murid sekolah

menengah dalam satu bumbung.

• Konsep baru menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif.

• SMK Clifford, Kuala Lipis dan SMK Bukit Jenun Pendang, Pahang

Sekolah Pendidikan

Khas

• Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan,

pendengaran dan pembelajaran, autisme, syndrom down, ADHD

dan disleksia.

• Supaya mereka menjadi insan yang berdikari, dan dapat

menyumbang kepada pembangunan negara.

• SMPK Inderaputra (bisu, pekak, buta

Sekolah Wawasan • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid.

• Dahulu terasing antara satu sama lain dan telah disatukan dalam

satu sistem pendidikan yang seragam

• Penekanan semangat perpaduan sejak kecil memudahkan

memupuk semangat perpaduan.

• Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yg terdiri

Page 32: Pengenalan kepada Budaya

dari pelbagai bangsa.

• KPM berusaha atasi masalah masalah kepelbagaian sosio-

budaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.

• Contoh:

o RIMUP (Program Integrasi Untuk Perpaduan)

o Untuk memupuk perpaduan tanpa mengira kaum.

• Pembinaan sekolah mengambil kira tahap kelas sosial

masyarakat.

• Peluang yang sama untuk terima pendidikan.

• Murid dari kaum berlainan mula menerima budaya dari kaum lain.

• Sekolah aliran agama menunujukkan komitmen KPM untuk

terapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama.

• Sekolah merupakan tempat pendidik menerapkan kepercayaan

dan nilai dalam masyarakat.

• Nilai diterapkan tanpa mengira latar sosial mereka.

• Pihak sekolah:

o Menggunakan bahasa rasmi

o Menggalakkan murid melibatkan diri dalam akticiti yang

dianjurkan oleh sekolah.

o Beri sokongan moral dan material kepada murid.

o KPM juga menubuhkan sekolah yang terdiri daripada interaksi

murid yang berlainan jantina.

o Murid lelaki dan perempuan bebas berinteraksi dalam aktiviti

pembelajaran.

o Mewujudkan pola interaksi berkesan dalam membenuk

perpaduan dan integrasi masyarakat.

o Pihak sekolah mengelola aktiviti melibatkan murid pelbagai

jantina.

o Namun masih mengamalkan nilai dan budaya masyarakat.

Page 33: Pengenalan kepada Budaya

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera. Syukur kepada tuhan kerana dengan bantuan dan

restunya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang

telah ditetapkan.

Page 34: Pengenalan kepada Budaya

Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Danapalan

A/L Govindhan kerana telah memberi banyak panduan kepada saya di dalam

memastikan tugasan ini dibuat dengan betul dan bersistematik. Penerangan yang

diberikan oleh beliau sangat jelas. Tanpa bantuan beliau sudah pasti saya

menghadapi lebih banyak masalah dan kekeliruan di dalam menghasilkan tugasan

yang terbaik.

Terima kasih tidak terhingga juga buat rakan seperjuangan yang banyak

membantu di dalam berkongsi maklumat dan pendapat. Kerjasama mereka semua

amat saya hargai. Perbincangan dengan rakan-rakan banyak membantu saya dalam

menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi

dorongan dari segi motivasi dan material di dalam memastikan tugasan ini dapat

diselesaikan.

Akhir sekali terima kasih buat semua yang telah memberikan idea bagi

menghasilkan tugasan yang terbaik. Kerjasama dan persefahaman amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Refleksi

Saya Malini A/P Munusamy dari unit BT/ PJ /SAINS semester 5 diberi

tugasan bagi subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) oleh En Danapalan.

Tajuk tugasan kami adalah berdasarkan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia,

kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya kepada guru dan juga mengenai

implikasi kepelbagaian budaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. Kami juga

Page 35: Pengenalan kepada Budaya

diminta untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang

berkaitan dengan pembelajaran berkesan yang mesra budaya dan adat resam.

Pertama sekali, saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah kami En Danapalan yang banyak membantu kami dalam menyiapkan

tugasan ini. Selepas mengedarkan tugasan ini beliau telah memberikan penjelasan

yang cukup baik sehingga kami faham akan topik yang telah diberikan. Beliau juga

membantu menyelesaikan masalah yang kami hadapi sepanjang tugasan ini

disiapkan.

Dengan adanya kemudahan wireless di IPRM saya telah cuba mencari

maklumat-maklumat yang diperlukan, tetapi saya tidak mendapat segala maklumat

yang saya perlukan melalui internet. Saya juga telah mencari maklumat di pusat

sumber. Buku-buku yang berkaitan dengan tajuk budaya agak kurang tetapi saya

berusaha untuk mendapatkannya. Pusat sumber perlu menyediakan banyak lagi

buku untuk memudahkan para pelajar.

Semasa membuat tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara

tentang budaya masyarakat Malaysia. Tambahan pula, saya juga telah mempelajari

adat istiadat masyarakat majmuk masyarakat di Malaysia. Makanan, alat muzik,

tarian, pakaian dan juga perkahwinan kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan

juga kaum-kaum minoriti di Malaysia.

Akhirnya, saya telah menyiapkan tugasan ini dengan baik sekali. Saya berasa

sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya. Apa yang saya perolehi melalui

Page 36: Pengenalan kepada Budaya

tugasan ini akan saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada

masa depan. Sekian, terima kasih