pengenalan kepada kerohanian.docx

12
PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, beerdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ahli Psikologi Barat yang Sekular Mentakrifkan “pembinaan insan” sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan hidup manusia ke tahap yang maksimum dalam aspek-aspek duniawi yang berpandukan sains dan citarasa masyarakat yang menumpukan kepada 3 aspek (ekonomi, industri, teknologi) dengan megetepikan aspek- aspek kerohanian dan pencipta. Ahli Psikologi Islam Mentakrifkan “pembinaan insan” sebagai satu usaha mempertingkatkan kesejahteraan manusia ke tahap yang optima dalam semua aspek kehidupan berlandaskan paradigma tauhid. Konteks Kerohanian Kerohanian berasal dari perkatan “roh” Ia adalah urusan Tuhan dan kita diberi sedikit sahaja pengetahuan tentangNya. Dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu: } Akal } Rohani } Nafsu } Kalbu KONSEP KEROHANIAN Rohani

Upload: ellychia-ason

Post on 01-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN

Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, beerdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ahli Psikologi Barat yang Sekular

◦ Mentakrifkan “pembinaan insan” sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan hidup manusia ke tahap yang maksimum dalam aspek-aspek duniawi yang berpandukan sains dan citarasa masyarakat yang menumpukan kepada 3 aspek (ekonomi, industri, teknologi) dengan megetepikan aspek-aspek kerohanian dan pencipta.

Ahli Psikologi Islam

◦ Mentakrifkan “pembinaan insan” sebagai satu usaha mempertingkatkan kesejahteraan manusia ke tahap yang optima dalam semua aspek kehidupan berlandaskan paradigma tauhid.

Konteks Kerohanian

◦ Kerohanian berasal dari perkatan “roh”

◦ Ia adalah urusan Tuhan dan kita diberi sedikit sahaja pengetahuan tentangNya.

◦ Dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

} Akal

} Rohani

} Nafsu

} Kalbu

KONSEP KEROHANIAN

Rohani

} Entiti abstrak yang membezakan manusia dan makhluk lain.

} Akal

} Terlibat dalam proses persepsi, pemahaman dan pembinaan ilmu

} Nafsu

Page 2: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

◦ Mengurus dan mentadbir tubuh, membekalkan daya pendorong, tempat fokus daya shahwat dan marah

◦ Kalbu

◦ Terlibat dalam proses menerima hidayah danpenerangan institutif

KONTEKS KEROHANIAN

} Kerohanian adalah satu bentuk pembinaan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insan dan sebab kejadiannya.

} Tidak kelihatan pada pandangan kasar tetapi dilihat dari

manifestasinya sahaja.

} Pembinaan yang memberi makna yang hakiki kepada diri insan dan kehidupannya.

} Tanpanya tujuan hidup dan sebab bagi kejadiannya akan hilang.

} Kerohanian merangkumi aspek-aspek seperti: • Keyakinan kepada tuhan • Kepercayaan kepada agama • Kemantapan jiwa • Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat • Berbudi pekerti mulia

AKTA PENDIDIKAN 1996

Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan peruntukan perundangan yang kuat dan jelas.Perlembagaan Malaysia :• Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.• Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Akta Pendidikan 1996 :

• Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.• Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.• Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-semata.

Page 3: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

KONSEP KEROHANIAN DAN PANDANGAN AGAMA HINDU

KEPERCAYAAN

ž Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden.

ž Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman(iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).

ž Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu

ž Brahma: Pencipta

ž Vishnu: Pemelihara

ž Shiv Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

ž Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.

ž Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.

ž Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

ž a: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.

KITAB-KITAB HINDU

ž Terdapat empat Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan.

ž Kitab-kitab ini juga berserta denganUpanishad atau ajaran asas agama Hindu.

ž Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manumenggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial.

ž Parana-parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen

ž Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu.

Page 4: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

ž Rama merupakan simbol dharma(amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan abangnya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyet, Hanuman.

Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang dewa yang tamak. Satu lagi teks Hindu yang penting ialah Bhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna

PANDANGAN MENURUT AGAMA: KRISTIAN

Ø Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.

Ø Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam perjanjian baru.

Ø Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Abrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham.

Ø Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus(Yehoshua יהושע dalam bahasa ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan ‘ AlMasih’.

Ø Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis)

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Angklinimisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura).

'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Rah Kudus yang membentuk satu Tuhan.

Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

APAKAH YANG DIPERCAYAI OLEH AGAMA KRISTIAN

Korintus 15:1-4 berkata, “Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu. Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia. Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.”

Page 5: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

ü Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad (2 Timotius 3:16, 2 Petrus 1:20-21).

ü Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus.

ü Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi dosa telah memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23).

ü Agama Kristian mengajar bahawa Yesus Kristus datang ke bumi sebagai Tuhan yang benar dan juga manusia yang benar (Filipi 2:6-11), dan mati di atas salib.

ü Kristian percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit semula, dan sekarang berada di sebelah kanan Tuhan Bapa untuk membuat rayuan bagi pihak mereka yang percaya kepadanya (Ibrani 7:25).

ü Agama Kristian mengatakan bahawa kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar denda dosa semua manusia dan pengorbanan ini memulihkan hubungan yang terputus antara Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-14, 10:10, Roma 6:23, 5:8).

PRINSIP DAN AJARAN DALAM AGAMA KRISTIAN

Empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian.

Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam.

Berpegang pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Tuhan Holispirit.

Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai tuhan serta melayan semua orang dengan adil dan hidup secara aman damai.

Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlakunya didunia. Seseorang kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seseorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

Ajaran agama Kristian terdapat dalam 2 rukun utama.

Cintailah tuhan dengan seluruh jiwa ragamu.

Cintailah jiran seperti kamu mencintai diri sendiri.

PENGANUT AGAMA KRISTIAN

Hidup dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan Tuhan, penganut agama Kristian yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, Kristian akan menang dalam pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab Injil dan mematuhi firman Tuhan dalam hidup mereka; serta sudi menerima ajaran daripada Roh Kudus; tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan melalui Roh Kudus.

Agama Kristian adalah mengenai kepercayaan kepada Kristus yang mati di atas salib untuk membayar dosa kita, dan bangkit semula daripada kematian. Denda dosa kamu telah dibayar dan kamu boleh menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Kamu boleh memenangi sifat dosa semulajadi dan berjalan dengan Tuhan dalam keadaan taat-setia. Inilah agama Kristian yang sebenar mengikut ajaran Kitab Injil.

undefined

Page 6: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

undefined

PANDANGAN MENGIKUT AGAMA BUDDHA

ILMU PENYULUH JALAN

PENGENALAN

— Diasaskan oleh Siddhaarta Gautama.

— Dianggap penentangan terhadap brahmin.

— Wujuk akibat keyidakadilan kasta dalam agama dan kehidupan serta mencari ketenangan.

— Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis

— Kegemilangan dalam zaman Asoka

— Agama rasmi bagi Dinasti Maurya

KITAB SUCI

— Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarang terbagi dalam tiga kelompok besar yang dikenali sebagai

— -Vinaya Pitaka

— - Sutta Pitaka

— - Abhidhamma Pitaka

EMPAT KEBENARAN YANG MULIA

Kehidupan penuh kepahitan

Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu

Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu

Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah cara Jalan Lapan Lapis

JALAN LAPAN LAPIS

— Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

— *Bebas daripada kepercayaan karut

— *Memahami diri sendiri dan 4 kebenaran mulia

— *Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas

— Keinginan yang baik

— * Perlu mengambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya

Page 7: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

— Pengucapan yang baik

— *Tidak boleh melakukan gosip , menipu dan mengenakan seseorang

— Kelakuan yang baik

— *Bertindak secara aman , jujur dan sejati serta tidak membunuh, mencuri dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan perhubungan kelamin

— Makna kehidupan yang baik

— *Perlu mendapatkan kehidupan yang tidak memusnahkan kehidupan lain

— Usaha yang baik

— *Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin

— *Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

— Pemikiran yang baik

— *Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan perlakuan orang lain

— Pertapaan yang baik

— *Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa

undefined

undefined

KONSEP KEROHANIAN DALAM ISLAM

ILMU PENYULUH JALAN

Aspek yang ditekankan dalam membentuk kerohanian dalam islam antaranya ialah :

Ø Syahadah

Ø Solat

Ø Zakat

Ø Puasa

Ø Haji

SYAHADAH

• Syahadah, iaitu fahaman asas atau ajaran Islam:‘'ašhadu 'al-lā ilāha illā-llāhu wa 'ašhadu 'anna muħammadan rasūlu-llāhAku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah”.

• Wasiat ini adalah asas untuk semua kepercayaan lain dan amalan dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah dalam sembahyang, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk membaca fahaman ini.

Page 8: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

SOLAT

• Dilakukan lima kali sehari.

• Solat dilakukan untuk memfokuskan minda pada Allah, dandilihat sebagai komunikasi peribadi denganNya yang meluahkan kesyukuran dan penyembahan.

• Solat adalah wajib tetapi fleksibiliti dalam spesifikdibenarkan bergantung pada keadaan.

• Ibadat ini dilaksanakan dalam bahasa Arab, dan terdiri dari ayat dari Al-Qur'an.

ZAKAT

• Amalan pemberian berdasarkan pada kekayaan yangdikumpul, dan wajib untuk semua Muslim yang mampu.

• Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yangmiskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantumenyebarkan Islam.

• Dianggap kewajipan keagamaan (bertentangan dengankebajikan sukarela) yang diluar berhutang kepada yangmemerlukan kerana kekayaan mereka dilihat sebagai "amanah dari pemberian Allah".

• Al-Qur'an dan hadith juga mencadangkan seorang Muslimmemberikan lebih sebagai tindakan pemberian-sedekah (sadaqah).

PUASA

• Tidak makan atau minum dan dilaksanakan pada bulanRamadan.

• Puasa ini ialah untuk menggalakkan rasa dekat pada Allah,dan semasanya Muslim patut meluahkan kesyukuran dan bergantungan mereka kepada-Nya, bertaubat dari dosamereka yang lalu, dan memikirkan pada yangmemerlukan.

• Puasa tidak wajib untuk beberapa kumpulan iaitu ia akanmembawa kepada beban yang berlebihan. Untuk yang lain, fleksibiliti dibenarkan bergantung pada keadaan,tetapi tertinggal puasa lazimnya harus diqadakkan segera.

HAJI

• Haji, iaitu merupakan ziarah semasa bulan Islam dariZulhijjah di bandar Makkah.

• Setiap Muslim yang mampu harus membuat ziarah keMakkah sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.

• Apabila penziarah ialah sekitar 10 kilometer dari Makkah, dia harus berpakaian dalam pakaian Ihram, iaitu terdiridari dua helai tak kelim putih.

• Upacara Haji termasuk berjalan tujuh kali mengelilingiKaabah, menyentuh Batu Hitam, berjalan tujuh kaliantara Gunung Safa dan Gunung Marwah, dan secara simboliknya melontar jamrah di Mina.

• Penziarah, atau penghaji, dianugerahkan dalamkomunitinya, walaupun guru Islam mengatakan bahawaHaji patut dijadikan luahan dari kebaktian pada Allah berbanding dari kenaikan kedudukan sosial.

Page 9: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

IMAM Al-GHAZALI

- Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi.- Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.- Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.- Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah.- Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan dan idea-idea beliau:

1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu;a. Sejak lahir hingga 4 tahunb. 5 tahun hingga 7 tahun

2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan, keperibadian dan budi pekerti yang mulia.

3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. 

4. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.

6. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

7. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

8. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. 

9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

10. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:-- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.

Page 10: PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN.docx

- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar

Nasihat beliau kepada guru supaya:- 

- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.