pengenalan kepada javascript

8

Click here to load reader

Upload: mohd-khairulnizam-bin-mohd-salleh

Post on 06-Jun-2015

215 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada Javascript

1

Apa itu Javascript?Oleh webmasterDikirim pada Saturday 18 September 2004

Javascript ialah set arahan yang digunakan di dalam HTML untuk mengawal pelayar webatau menghasilkan efek web. Sepertimana CSS yang menggunakan tag:

KOD<style></style>

Javascript pula menggunakan tag:

KOD<script></script>

Tag ini boleh diletakkan beberapa kali di dalam sesebuah dokumen, sama seperti tag -tagHTML yang lain.

KOD<html><head><script language="Javascript">

<!-- Arahan Javascript dimasukkan di sini -->

</script></head><body><script language="Javascript">

<!-- Arahan Javascript dimasukkan di sini -->

</script></body></html>

Anda boleh meletakkan kod javascript sama ada di bah agian HEAD atau BODY. Namunbegitu terdapat beberapa keadaan di mana javascript digunakan sebagai skrip luaran yangmana fail tersebut ditulis dan disimpan dalam format ".js". Fail ini boleh dipanggilmenggunakan attribute "src".

Page 2: Pengenalan kepada Javascript

2

KOD<html><head> </head><body><script src="namafail.js"> </script></body></html>

Kelebihan JavascriptOleh kerana javascript berinteraksi bersama -sama HTML, ini membolehkan pereka webuntuk memasukkan web mereka dengan kandungan -kandungan yang dinamik, menukarwarna background, menukar banner, efek butang, efek mouse, menu interaktif dansebagainya.

Menyahralat JavascriptOleh webmasterDikirim pada Sunday 08 May 2005

Menyahralat atau debugging adal ah menjadi satu kemestian bagi setiap pengaturcara.

Bagi mereka yang gemar menulis kod javascript, membuat percubaan skripmenggunakan pelayar web adalah cara yang paling efektif bagi memastikan setiap kodyang ditulis berjalan dengan sempurna kerana ham pir kesemua pelayar web yang terdapatdi pasaran menyokong script debugging.

Nyahralat dengan IEUntuk mengaktifkan script debugging di dalam Internet Explorer, pilih menu Tools ->Internet Options -> Advanced dan buangkan tanda Disable script debugging . LihatRajah 1 di bawah:

Page 3: Pengenalan kepada Javascript

3

Rajah 1: Internet Options

Dengan ini, setiap kali pelayar web menjumpai ralat pada kod javascript, akan terpaparmesej kesilapan seperti berikut:

Rajah 2: Mesej kesilapan

Nyahralat dengan MozillaBagi pelayar jenis Mozilla seperti Firefox dan Netscape, anda boleh menggunaka nJavascript Console untuk melihat mesej kesilapan. Caranya ialah dengan memilih menuTools -> Javascript Console bagi pelayar Firefox manakala Tools -> Web Development -> Javascript Console bagi pelayar Netscape.

Page 4: Pengenalan kepada Javascript

4

Rajah 3: Opsyen dalam Firefox

Rajah 4: Opsyen dalam Netscape Navigator

Satu tetingkap konsol akan dipaparkan kepada pengguna untuk melihat mesej kesilapan.Teknik konsol yang digunakan dalam Mozilla sungguh mudah kerana ia dijalankan padatetingkap baru berbanding teknik mesej popup yang digunakan dalam Internet Explorer.

Rajah 5: Konsol Javascript

Nyahralat dengan OperaMenyahralat javascript dalam pelayar Opera pula boleh dilaksanakan dengan membukaJavascript Console dengan memilih Tools -> Advanced -> Javascript Console.

Page 5: Pengenalan kepada Javascript

5

Rajah 6: Opsyen dalam Opera

Rajah 7: Konsol Javascript

Tetingkap pop keluarOleh webmasterDikirim pada Tuesday 15 November 2005

Untuk menghasilkan tetingkap pop keluar, masukkan kod berikut di antara label HEADdi dalam halaman anda:

KOD<script language="Javascript"><! --

function MyPopup(URL) {

window.open(URL,'','height=300,width=200');

}//-->

Page 6: Pengenalan kepada Javascript

6

</script>

Selaraskan nombor yang mewakili tinggi (height) dan lebar (width) kepada saiz tetingka pmengikut citarasa anda.

Untuk menghasilkan pop keluar, anda boleh menggunakan teks atau pautan imej di antaralabel BODY yang mana pengguna perlu klik pada pautan atau imej untuk melihatkandungan web di dalam tetingkap yang baru. Contoh:

KOD<a href="javascript:MyPopup('alamat')">Klik di sini</a>

Anda juga boleh menggunakan butang:

KOD<form>

<input type="button" value="Klik di sini"

onClick="MyPopup('alamat')">

</form>

Gantikan alamat dengan URL web yang akan dipaparkan.

Papar tarikh "Last Updated"Oleh webmasterDikirim pada Wednesday 16 November 2005

Jika anda membangunkan laman web statik, anda mungkin mahu memaparka n tarikhkemaskini terakhir pada sesuatu halaman muka surat. Ini amat berguna jika web andamengandungi banyak artikel -artikel yang perlu dikemaskini selalu.

Untuk mencapai matlamat ini, anda boleh menggunakan kod Javascript berikut denganmemasukkannya ke dalam halaman web anda.

KOD

Page 7: Pengenalan kepada Javascript

7

<script LANGUAGE="Javascript"><!--document.write("Kali terakhir dokumen ini dikemaskini pada ");document.write(document.lastModified);// --></script>

Halaman berkaitanTarikh terakhir kemaskini

Membuat Penanda BukuOleh webmasterDikirim pada Sunday 25 December 2005

KOD<script type="text/javascript"><! --

function addf() {

window.external.AddFavorite('http://www.ilmuit.com/',

'IlmuIT.com'); }

if(document.all) {

document.write('<input type="button" onclick="addf()"'+

' value="Bookmark">'); }

//--></script>

Page Redirection dengan JavascriptOleh webmasterDikirim pada Monday 09 January 2006

KOD

Page 8: Pengenalan kepada Javascript

8

<script language="Javascript" type="text/javascript">window.location.href="http://www.ilmuit.com/"; </script>