pembangunan e-kamus bagi javascript … fileperpustakaan universiti teknologi malaysia dibenarkan...

21
PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT BERDASARKAN REKA BENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF YAKUB BIN JAMALUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MEI 2008

Upload: lamthien

Post on 08-Apr-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

BERDASARKAN REKA BENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF

YAKUB BIN JAMALUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2008

Page 2: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT BERDASARKAN REKABENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF

SESI PENGAJIAN: 2007-2008

Saya YAKUB BIN JAMALUDIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Blok E-01-07, Jln. Pulai 84/3, PUAN NOOR AZEAN BINTI ATAN Taman Pulai Utama, Nama Penyelia 81110 Johor Bahru, Johor.

Tarikh: 02 MEI 2008 Tarikh: 02 MEI 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Matematik )”

Tanda tangan : ………………………………..

Nama Penyelia : PUAN NOOR AZEAN BINTI ATAN

Tarikh : 02 MEI 2008

Page 4: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

BERDASARKAN REKABENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF

YAKUB BIN JAMALUDIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2008

Page 5: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………

Nama Penulis : YAKUB BIN JAMALUDIN

Tarikh : 2 Mei 2008

Page 6: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

iii

Teristimewa buat…

Ayahanda dan Bonda tercinta, Encik Jamaludin Abdullah & Puan Salimah Wardi,

buat isteri tersayang, Pn Fauziah Abd Halid dan anak-anak,

adik-beradik yang disayangi,

galakan dan dorongan yang berpanjangan amat dihargai,

untuk Pn Noor Azean Atan,

sekalung penghargaan di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi,

untuk rakan-rakan seperjuangan yang dihormati,

ribuan terima kasih di atas segala pandangan, bantuan dan galakan yang diberikan…

Page 7: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi

junjungan, Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, dapat

juga akhirnya penulis menyiapkan projek sarjana muda ini.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek

sarjana muda, Puan Noor Azean Atan atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh penghasilan projek sarjana muda ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, penulis

tidak mampu untuk menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua insan yang disayangi, ibu bapa penulis yang

sentiasa memberi galakan dan dorongan. Buat isteri dan anak-anak tersayang, segala

pengorbananmu tetap diingati selalu.

Akhir kata, ribuan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam menjayakan projek sarjana muda ini.

Page 8: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

v

ABSTRAK

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di arena global berkembang

dengan pesat pada masa kini begitu juga di negara kita Malaysia. Dengan kadar

penggunaan Internet yang semakin meningkat, maka penghasilan e-Kamus ini

bersesuaian terutama kepada pelajar yang mencari makna dan penggunaan sesuatu istilah

berkenaan JavaScript. Pencarian makna sesuatu istilah secara manual menyukarkan

pelajar dan memerlukan masa yang panjang. Kini ramai pelajar lebih berminat untuk

memilih Internet sebagai rujukan utama. Justeru itu, pembangun mengambil inisiatif

membangunkan laman web e-Kamus ini yang melibatkan istilah-istilah dalam JavaScript

dan penerangannya menggunakan Bahasa Melayu. Proses penghasilan e-Kamus ini

adalah berdasarkan rekabentuk Teori Beban Kognitif iaitu menekankan teks yang

minimum, maklumat yang tidak berulang serta paparan arahan hendaklah mengikut

konteks di mana arahan atau ikon berada. Model pembangunan laman web ini adalah

mengikut model lima fasa Air Terjun manakala perisian Macromedia Dreamweaver 8

berfungsi sebagai perisian platformnya. Diharapkan e-Kamus ini dapat membantu dan

meningkatkan pemahaman pelajar terhadap istilah JavaScript dan mudah diakses pada

bila-bila masa selain mengurangkan beban kognitif pelajar semasa melayari laman web e-

Kamus ini.

Page 9: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

vi

ABSTRACT

Rapid development in ICT especially in global arena now are largest also in our

country. The development of e-Kamus in accordance to increasing Internet growth

suitable for student searching the meaning and using of a term about JavaScript. Manual

search for a term is a long process and difficult. Now some student prefer to choose

Internet as the main reference. Therefore the researcher take an initiative to develop this

e-Kamus project that involved the JavaScript terms and the explanation in Bahasa

Malaysia. This development process of e-Kamus are based on Cognitive Load Theory

which stress on minimum text, no information redundancy and the instruction is suitable

for their icons placed. This web page development model are followed the five phased

Waterfall models. It was developed which Macromedia Dreamweaver 8 as their software

platform. Hopefully, this e-Kamus can helped and increasing the students understanding

for the JavaScript terms and easy to access at any time and decreasing students cognitive

load when using this web page.

Page 10: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Rasional Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Kepentingan kepada Pelajar 7

1.6.2 Pensyarah 8

Page 11: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

viii

1.6.3 Masyarakat 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 e-Kamus 10

1.8.2 JavaScript 10

1.8.3 Teori Beban Kognitif 11

1.9 Penutup 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 13

2.2.1 Kelebihan PBK 15

2.2.2 Kekurangan PBK 16

2.3 Pembelajaran Berasaskan Web 17

2.4 Teori Beban Kognitif 19

2.4.1 Definisi Teori Beban Kognitif 20

2.4.2 Kriteria Teori Beban Kognitif 21

2.5 Kajian Berkaitan Pembangunan Laman Web

Berdasarkan Teori Beban Kognitif 23

2.6 Multimedia 24

2.7 Elemen-elemen Multimedia 25

2.7.1 Grafik 25

2.7.2 Teks 26

2.7.3 Animasi 26

2.7.4 Bunyi 27

2.7.5 Imej 27

2.7.6 Video 28

Page 12: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

ix

2.8 Model Pembangunan 28

2.8.1 Model Air Terjun 29

2.8.1.1 Fasa Analisis 30

2.8.1.2 Fasa Reka bentuk 30

2.8.1.3 Fasa Implementasi 30

2.8.1.4 Fasa Integrasi 31

2.8.1.5 Fasa Penyelenggaraan 31

2.9 Penutup 32

BAB III REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 33

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 33

3.2.1 Fasa Analisis 34

3.2.1.1 Sasaran Pengguna 35

3.2.1.2 Objektif Pembangunan 35

3.2.1.3 Pemilihan Perisian 36

3.2.2 Fasa Rekabentuk 37

3.2.2.1 Rekabentuk Informasi 38

3.2.2.2 Rekabentuk Persembahan 39

3.2.2.3 Rekabentuk Interaktiviti 40

3.2.2.4 Carta Alir Laman Web 41

3.2.2.5 Pendekatan Pembelajaran Teori

Beban Kognitif dalam

pembangunan e-Kamus 43

3.2.3 Fasa Implementasi dan Integrasi 44

3.2.4 Fasa Penyelenggaraan 44

3.3 Penutup 45

Page 13: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

x

BAB IV HASIL REKA BENTUK LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 46

4.2 Struktur asas dan kandungan Laman Web 47

4.3 Hasil Reka Bentuk Laman Web 47

4.3.1 Reka Bentuk Tetingkap 48

4.3.2 Antaramuka Utama Laman Web 48

4.3.3 Menu Utama Laman Web 49

4.3.4 Antaramuka Home 50

4.3.5 Antaramuka Istilah 51

4.3.6 Antaramuka Aktiviti 56

4.3.7 Antaramuka Links 57

4.3.8 Antaramuka FAQ 58

4.3.9 Antaramuka About Webmaster 60

4.4 Komen Terhadap Prototaip Laman Web 60

4.5 Penutup 61

BAB V RUMUSAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Masalah semasa proses pembangunan Laman Web 62

5.2.1 Tahap kepakaran Rendah 63

5.2.2 Kekurangan Pengetahuan dan Pengalaman 63

5.2.3 Kekangan Masa 63

5.2.4 Kekangan Idea 64

5.3 Keistimewaan Laman Web 64

5.3.1 Penggunaan Pendekatan Interaktif 64

5.3.2 Paparan Grafik dan Elemen Interaktiviti 65

5.3.3 Kemudahan FAQ 65

Page 14: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

xi

5.4 Kelemahan Laman Web 66

5.5 Perbincangan 67

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.7 Kesimpulan 69

5.8 Penutup 69

BIBLIOGRAFI 70

Page 15: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Model Air Terjun 29

3.1 Rekabentuk Informasi 38

3.2 Rekabentuk Persembahan 39

3.3 Rekabentuk Interaktiviti 40

3.4 Carta Alir Laman Web e-Kamus 41

4.1 Antaramuka Utama e-Kamus 48

4.2 Menu Utama 49

4.3 Bahagian bawah antaramuka laman web 49

4.4 Antaramuka Home 50

4.5 Antaramuka Istilah (Perkataan) 52

4.6 Antaramuka Istilah (Kategori) 552

4.7 Paparan makna Istilah 53

4.8 Perlaksanaan Istilah 54

4.9 Imej Output Perlaksanaan Istilah 54

4.10 Keputusan Perlaksanaan 55

4.11 Antaramuka Laman Web 55

4.12 Antaramuka Aktiviti 56

4.13 Antaramuka Aktiviti 1 57

4.14 Antaramuka Links 58

4.15 Antaramuka Utama FAQ 59

4.16 Antaramuka JavaScript FAQ 59

4.17 Antaramuka About Webmaster 60

Page 16: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia tidak dapat

disangkal dengan kadar penembusan penggunaan internet, meningkat daripada 11.4

peratus pada 2003 kepada 12.7 peratus pada 2004, dengan peningkatan sebanyak 3.3

juta pelanggan. Dari sudut teknologi, Malaysia tidak terkebelakang dengan adanya

sistem telekomunikasi generasi ketiga (3G), hotspot WiFi dan perkhidmatan talian

pelanggan digital asimetrik (ADSL). Peningkatan ini menunjukkan bahawa usaha

kerajaan dalam mengembangkan budaya ICT kepada setiap rakyat sebagai teras

mewujudkan masyarakat berilmu di samping memastikan jurang digital tidak menjadi

satu faktor kemiskinan pada masa depan bukan sekadar cakap kosong malah suatu yang

tidak mustahil dicapai.

Mengorak langkah merealisasikan usaha tersebut, kerajaan, menerusi Pelan

Jalur Lebar Kebangsaan (NBP), mensasarkan kadar celik jalur lebar sebanyak 10

peratus menjelang tahun 2008. Pelan tersebut turut mempertingkatkan usaha

Page 17: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

2

memperluaskan kemudahan jalur lebar di kawasan bandar-bandar kecil dan daerah

perkampungan menjelang tahun 2010.

Wawasan 2020 yang dikatakan sebagai wawasan yang jitu dan cukup bernas

menjadi sandaran kepada Malaysia untuk mewujudkan infrastuktur yang moden dan

berdaya saing. Justeru itu, Koridor Raya Multimedia (MSC) dibangunkan dan

merupakan koridor pertama di Malaysia dan bertaraf dunia yang menjalankan aktiviti

kerjasama antara syarikat-syarikat di seluruh dunia. Secara tidak langsung, Malaysia

akan menjalani pembangunan yang lebih pesat menuju ke era yang baru. Koridor Raya

Multimedia ini berukuran 750 kilometer persegi yang bermula dari arah utara-Menara

Berkembar Petronas (KLCC) dan berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA). Ia meliputi dua bandar pintar, iaitu Cyberjaya dan Putrajaya.

Putrajaya ialah pusat pentadbiran negara yang pintar dan mirip dengan kerajaan

elektronik. Cyberjaya pula ialah bandar multimedia yang lengkap dengan semua

teknologi maklumat yang canggih serta berperanan sebagai perkampungan ekonomi

digital.

Langkah tersebut diperhebatkan lagi dengan usaha membestarikan semua

sekolah di seluruh negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan ke arah

melahirkan sekolah bestari. Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah

Bestari adalah satu institusi yang telah direka semula dalam bidang pengajaran dan

merupakan metodologi pengajian untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi

masyarakat yang berdasarkan kepada informasi. Kreativiti dan pengurusan matlumat

yang lebih baik dijadikan kenyataan melalui penggunaan teknologi, di mana para

penuntut, guru-guru, pentadbir-pentadbir, dan ibubapa adalah lebih sedia menangangi

cabaran Zaman Informasi. Pada umumnya konsep Sekolah Bestari diperkenalkan untuk

membolehkan pelajar menjadi lebih bermaklumat, mempunyai ilmu pengetahuan yang

mantap dan kukuh, lebih berfikir untuk menggalakkan budaya berfikir secara kritis dan

Page 18: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

3

kreatif serta lebih aktif dalam mencari dan menguji ilmu serta menjalankan

penyelidikan.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah

meluas dengan pesat. Melalui teknologi internet, ianya telah membantu pelajar

mengakses laman-laman web ilmiah dan informasi pendidikan terkini secara mudah

dan pantas. Nolan dan Martin (1994), menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana

baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan

kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan berfikiran lebih

kritikal. Oleh yang demikian, boleh dikatakan sumber teknologi ini ibarat sebuah

perpustakaan elektronik yang mampu membantu pelajar dalam proses pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Guru yang mempunyai pengetahuan komputer yang baik akan dapat

menggunakan kemudahan komputer terutamanya jaringan internet untuk meneroka atau

mencari maklumat. Ini seterusnya dapat menambah pengetahuan dan ia kemudiannya

digunakan dalam persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana kajian

yang dijalankan oleh Casey (1996), pelajar yang menggunakan internet di dalam proses

pembelajaran menunjukkan respons yang lebih tinggi, peningkatan dalam pengetahuan

dan lebih mahir dalam mengendalikan komputer serta peningkatan dalam keyakinan

diri. Ini menunjukkan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran

semakin meningkat kepentingannya dalam dunia pendidikan.

Page 19: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

4

Kepentingan utama pembelajaran melalui web adalah seperti dalam program

pendidikan jarak jauh. Menurut Willis dan Dickinson (1997), internet dapat

memberikan kemudahan seperti mewujudkan aktiviti yang interaktif antara guru dan

pelajar dalam pendidikan jarak jauh. Ini merangkumi interaksi antara pelajar, penilaian

prestasi menerusi web, mewujudkan aktiviti kolaborasi dan pengurusan serta

pemasaran program.

Selain itu peranan web bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi berperanan

sebagai agen motivasi kepada pelajar (Cornell dan Martin, 1997). Ini adalah kerana

reka bentuk khusus yang ingin disampaikan melalui web boleh mempengaruhi motivasi

pelajar. Sherry dan Wilson (1997) berpendapat, pembelajaran web akan menjadikan

satu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar dan pelajar

dengan pelajar. Dalam mempelajari JavaScript terdapat masalah yang dihadapi oleh

pelajar dalam penggunaan pembelajaran menerusi web. Di antara masalah yang

dikenalpasti ialah kesukaran untuk mengekses laman web. Selain itu terdapat laman

web yang sukar difahami dan susah dicapai penggunaannya kerana memerlukan kos

dan masalah penggunaan bahasa. Pelajar juga menghadapi kesukaran untuk memahami

istilah-istilah multimedia. Ini berlaku kerana tidak terdapat penjelasan yang mendalam

untuk mereka memahaminya.

Dengan kewujudan e-Kamus ini, ia akan memudahkan para pelajar dalam

pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam mempelajari

istilah-istilah dalam JavaScript. Tambahan pula, e-Kamus ini akan dimuatkan dengan

elemen-elemen multimedia yang dapat meningkatkan kefahaman dan membentuk

kemahiran pelajar. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Jamalludin dan Zaidatun (2003),

pendekatan berasaskan multimedia dapat menyediakan maklumat tambahan kepada

pelajar di samping membentuk corak ingatan yang lebih kompleks dalam sesebuah

pembelajaran.

Page 20: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

5

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapati agak sukar untuk

memperoleh contoh penggunaan e-Kamus dalam Bahasa Melayu bagi mempelajari

JavaScript. Selain itu, kebanyakan laman web yang dilayari menggunakan Bahasa

Inggeris dan ini menjadi kekangan kepada pelajar yang kurang menguasai bahasa

tersebut. Kebanyakkan pelajar bersikap positif terhadap rujukan yang sedia ada

sebaliknya mengalami kesukaran dalam menggunakannya kerana bahasa yang

digunakan ialah Bahasa Inggeris (Mohd Samsol, 1999). Selain itu pada masa ini, tiada

juga disediakan pembelajaran menerusi web bagi JavaScript oleh pensyarah yang

mengajar subjek ini. Justeru itu, pembangun ingin membangunkan sebuah prototaip

laman web e-Kamus bagi JavaScript mengikut silibus Bahasa Pengaturcaraan III (SPM

3122) yang diajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Diharapkan e-Kamus yang akan terbina ini dapat menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan kepada pelajar. Ini kerana ia

dibangunkan dengan ciri-ciri interaktif dan pelajar boleh mengakses mengikut

kesesuaian masa masing-masing.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif utama e-Kamus ini dibangunkan adalah sebagai

cadangan penyelesaian masalah bagi memahami istilah-istilah multimedia dalam subjek

Bahasa Pengaturcaraan III (SPM 3122). Selain itu kajian ini dijalankan adalah untuk:

i. membangunkan sebuah prototaip laman web bagi kamus JavaScript

Page 21: PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. ... PEMBANGUNAN E-KAMUS BAGI JAVASCRIPT

6

ii. membangun sebuah prototaip laman web kamus JavaScript berdasarkan

rekabentuk Teori Beban Kognitif

iii. mengimplementasikan elemen multimedia dalam penghasilan laman web e-

Kamus tersebut.