pengenalan e dagang..2013

Upload: iera-mazira

Post on 14-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    1/43

    1

    1.0 PENGENALAN E DAGANG

    Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh.

    Untuk mengembangkan perniagaannya, pembekal perkhidmatan perlu meluaskan

    pasarannya yang akan melibatkan kos yang banyak seperti pengangkutan,

    penyelenggaraan dan sebagainya. Di samping itu faktor waktu juga perlu diambil

    kira, lebih-lebih lagi jika melibatkan perdangangan antarabangsa diantara negara

    yang berbeza zon waktunya.Ini sudah tentu merumitkan bagi mereka berurusan.

    Sejak awal dekad ini terdapat perubahan corak perdagangan daripada

    perniagaan tradisional kepada perniagaan yang menuju ke arah e-dagang,ekoran

    daripada revolusi yang berlaku dalam bidang komputer dan internet.Perniagaan

    tradisional melibatkan pasaran yang kecil dan proses urusniaga yang lambat.Penjual

    dan pembeli yang dipisahkan oleh jarak yang jauh hanya dapat berurus niaga

    melalui surat,telefon dan faks.Proses hubungan ini bukan sahaja lambat,malah

    mahal,kurang tepat dan tidak menyeluruh.Jadi urus niaga tidak dilakukan secara

    langsung antara penjual dan pembeli,tetapi melalui pelbagai orang tengah, seperti

    ejen, pemborong, pengeksport atau pengimport. Misalnya penjual batik di Malaysia

    terpaksa mengeksport batik melalui beberapa orang tengah sebelum batik dapat

    disampaikan kepada pengguna.E-dagang merupakan satu cara baru bagi penjual

    untuk berurus niaga dengan pelanggan secara terus melalui internet.

    E- Dagang (kini lebih popular dengan istilah dotcom) merupakan satu alat atau

    mekanisma yang akan membantu pembekal perkhidmatan/produk menyelesaikan

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    2/43

    2

    masalah ini. E-Dagang merupakan satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa

    sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat menubuhkan

    pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila masa

    sahaja.Contohnya seorang penjual buku, cenderamata, memorablia dan lain-lain

    dapat mendirikan gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya (lihat

    Amazon.com) Ini merupakan satu metodoloji perdagangan yang sangat ideal dan

    mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.

    Pun begitu ada pendapat mengatakan teknologi pada asasnya hanya

    membantu dan pengusaha tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa sesuatu

    perniagaan perlu asas dan model yang baik. Jika tiada model perniagaan yang baik

    untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak

    akan berjaya.Justeru kertas ini akan mengupas dengan lebih terperinci merangkumi

    definisi,jenis,skop, senario semasa,kelebihan dan kelemahan perihal perniagaan

    elektronik ini.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    3/43

    3

    2.0 DEFINISI E DAGANG

    Dari prespektif komunikasi, E-Dagang adalah penghantaran informasi,

    produk/perkhidmatan,atau pembayaran melalui talian telefon, rangkaian komputer,

    atau sebarang perkakasan elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat.

    Dari prespektif proses perniagaan, E-Dagang adalah aplikasi teknologi ke

    arah auto masitransaksi perniagaan dan aliran kerja.

    Dari prespektif servis (perkhidmatan), E-Dagang adalah peralatan (tool) untuk

    menyatakan keinginan firma, pelanggan dan pengurusan untuk memotong

    perbelanjaan servis danpada masa yang sama meningkatkan kualiti produk dan

    meningkatkan kepantasan penghantaran servis.

    Dari prespektif atas talian (Online), E-Dagang menyediakan kebolehan untuk

    membeli dan menjual produk dan informasi di dalam Internet dan servis atas talian

    (online) yang lain.

    Takrifan dan Pendapat E Dagang

    Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) mendefinisikan e-dagang sebagai

    penghasilan,pengiklanan, jualan dan agihan barangan melalui jaringan

    telekomunikasi.Takrifan ini ternyata melihat e-dagang dalam konteks yang umum .

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    4/43

    4

    Microsoft pula lebih cenderung melihat e-dagang dalam konteks yang lebih sempit

    apabila mereka mendefinisikan e-dagang sebagai pertukaran barangan dan

    perkhidmatan untuk nilai tertentu melalui internet (ibid). Dapat disimpulkan di sini,

    e-dagang daripada konteks yang lebih khusus mengikut Microsoft merupakan

    transaksi perdagangan secara elektronik yang menggunakan media internet.Maka

    hal ini tidak merangkumi transaksi perdagangan melalui peralatan telekomunikasi

    yang lain seperti telefon,faksimili atau seumpamanya yang tidak menggunakan

    internet walaupun ia peralatan elektronik.

    (Zaini Nasohah et al ,2004)

    Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007) pula berpendapat bahawa e-dagang

    adalah kaedah perniagaan yang menggunakan perantaraan teknologi internet,

    multimedia, digital dan peranti-peranti lain bagi melakukan keseluruhan transaksi

    perniagaan. Selain itu,Paul Timmers (2006) pula menyatakan pendapatnya bahawa

    perdagangan elektronik secara amnya boleh ditakrifkan sebagai menjalankan

    perniagaan secara elektronik. Perdagangan elektronik atau lebih tepat perniagaan

    elektronik termasuklah perdagangan barangan fizikal atau bukan fizikal seperti

    maklumat.Ini merangkumi semua langkah perdagangan seperti pemasaran dalam

    talian,pesanan,bayaran dan sokongan penghantaran.Bahagian penting dalam

    perdagangan elektronik adalah syarikat ke syarikat berbanding syarikat pengguna.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    5/43

    5

    2.1 JENIS=JENIS, SAIZ DAN SKOP E-DAGANG

    Jenis-jenis E- dagang

    E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara

    perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan

    pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan

    melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana

    seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain.

    Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya

    dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.

    Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna

    pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah

    pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai

    yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.

    Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama

    iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak

    memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di

    antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara

    perniagaan dengan pengguna akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin

    berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli

    barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan

    konsumer sesebuah mesyarakat itu.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    6/43

    6

    Saiz E-dagang

    Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's

    Worldwide Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet

    menggunakan E-dagang. Ini merupakan satu peratusan yang akan mengecewakan

    dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa

    depan. Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua

    peratus daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan

    E-dagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi

    perniagaannya.

    Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada

    lebih 200 juta pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5

    juta lagi yang menggunakan sambungan tetap seperti talian suwa (leased line) dan

    daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat pembelian

    melalui Internet.

    Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah

    melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan e-dagang

    menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri

    daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak

    RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahun. Hasil kajian yang sama juga

    menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    7/43

    7

    kurang 10 peratus setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997

    kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999.

    Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka

    dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion

    yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus

    meningkat. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi

    Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan

    telefon berskrin.

    Pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris

    dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti

    oleh produk pengguna (AS$186 juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk

    hiburan dan muzik (AS$ 35 juta).

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    8/43

    8

    Skop E-dagang

    Skop model perniagaan e-dagang kini meliputi perniagaan yang melibatkan

    aktiviti pengiklanan, pendidikan, kewangan, peruncitan, pelancongan, bidang

    professional, hiburan dan telekomunikasi. Menurut pendapat lain,secara amnya

    pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan,

    bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah

    menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam

    tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah

    mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan

    oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah

    penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997

    kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2

    juta penuntut menjelang tahun.

    Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan

    teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta

    orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang

    kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan

    Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat

    kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta

    diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan

    meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama

    pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan

    meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    9/43

    9

    Pendapat mengenai E- Dagang

    Menurut Zaini Nasohah et al (2004),transaksi e-dagang merupakan penjualan

    barangan atau perkhidmatan menerusi jaringan elektronik antara dua pihak sama

    ada antara peniaga dengan peniaga atau peniaga dengan pengguna.Pembelian atau

    pesanan mestilah melalui transaksi elektronik iaitu secara talian terus, manakala

    pembayaran atau penghantaran boleh berlaku secara online atau offline.Maksud

    online disini ialah urusan dibuat menerusi perantaraan komputer.

    Pembelian atau pesanan dalam e-dagang mestilah berlaku secara

    online.Perdagangan secara online sekarang ini boleh berlaku melalui laman web,e-

    mel dan sistem intenet khusus untuk perniagaan dalam kalangan peniaga

    (contoh:Lowyat.Net).Walau bagaimanapun yang lebih dominan sekarang ini adalah

    dalam bentuk laman web aktif terbuka yang boleh dicapai sesiapa sahaja seperti

    Amazon.com misalnya.

    Pihak penjual dalam e-dagang mewujudkan satu sistem secara online yang

    membolehkan pelanggan memulakan jual beli melalui talian.Di sini barang atau

    perkhidmatan yang diperdagangkan biasanya diperjelaskan secara terperinci sama

    ada dalam bentuk bertulis bergambar video atau gabungannya.Pelanggan juga boleh

    mendapatkan maklumat lanjut melalui e-mel sekiranya perlu.Proses pembelian

    bermula apabila pembeli mula memilih dan menentukan barangan atau

    perkhidmatan yang dikehendaki.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    10/43

    10

    Dalam e-dagang secara umumnya terdapat dua bentuk jual beli iaitu jual beli

    secara langsung (tunai) dan jual beli secara pesanan (pre-order).Setelah membuat

    pemilihan pembelian,pembeli dikehendaki membuat pembayaran sama ada secara

    online atau offline.Pembayaran online berlaku melalui kaedah pembayaran melalui

    pengeluaran wang tunai atau proses pemindahan wang secara kad kredit,debit e-

    cash,perbankan internet, phone banking, Net Trader, cybercash, digi-cash dan

    sebagainya (Perdangan Elektronik - Saluran Perniagaan Baru, Majalah PC)

    Pembayaran begini sama sifatnya seperti pembayaran tunai dalam jual beli

    biasa.Namun yang lebih dominan dalam amalan sekrang ramai peniaga e-dagang

    lebih suka menggunakan kad kredit seperti visa dan master card.Pembayaran offline

    pula hanya berlaku apabila pembeli membuat secara pesanan atau

    tempahan.Prosedurnya adalah sama ada menggunakan cek,wang pos bank

    draf.cash deposit dan sebagainya.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    11/43

    11

    3.0 KEADAAN E- DAGANG DI MALAYSIA

    Ekonomi merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara.

    Perkembangan ekonomi yang pesat memberi kesan yang mendalam terutamanya

    bagi negara yang sedang membangun. Maka, tidak hairanlah e-dagang turut menjadi

    penjana ekonomi yang penting di Malaysia.

    Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20

    negara perdagangan yang terbesar di dunia. Maka, dengan adanya kemudahan e-

    dagang, perdagangan dapat mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa

    urusniaga dan penghantaran serta meluaskan jaringan strategik antara pedagang.

    Dari sudut ekonomi pula, pengguna e-dagang di Malaysia dijangka meningkat

    sehingga 30 peratus pada setiap tahun dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun

    akan datang. Manakala, penggunaan e-dagang di seluruh dunia yang dijangka

    meningkat 32 peratus membabitkan transaksi RM92.4 bilion tahun 2010 berbanding

    RM67 bilion pada 2009.

    Ini menunjukkan masyarakat kita semakin boleh menerima perubahan

    teknologi semasa dan berani mencuba untuk menggunakan teknologi.

    Kewujudan sistem ekonomi e-dagang ini sedikit sebanyak memberi impak

    secara serius kepada penggunaan wang kertas serta cek pada masa-masa yang

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    12/43

    12

    akan datang. Hal ini kerana pembayaran dalam bentuk baru ini ternyata lebih murah

    dan mudah jika ingin dibandingkan dengan pembayaran yang dibuat secara

    konvensional dan sekaligus akan mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang

    tunai dan secara tidak langsung mengurangkan fungsi yang dimainkan oleh Bank

    Pusat.

    Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat, mata wang tunai mengalami

    penurunan yang mendadak dari segi penggunaannya. Hal ini berpunca setelah

    wujudnya sistem cara pembayaran baru seperti menggunakan kad kredit dan kad

    debit di dalam e-dagang. Contohnya:

    Di Jerman, perbelanjaan keseluruhan pada tahun 1990 adalah sebanyak DM

    4,825 Billion dan dari jumlah itu hanya 4% sahaja wang tunai digunakan

    (Andress Furche, Graham Wrightson, t.t : 80-81).

    Di Malaysia pula, perkembangan e-dagang adalah amat memberangsangkan

    pada ketika ini walaupun ia masih baru dengan mencatatkan pertumbuhan

    kira-kira 100 peratus setiap tahun (Utusan Malaysia, 25/5/01). Aktiviti e-

    dagang di Malaysia juga dijangka berkembang dengan kadar pertumbuhan

    tahunan kompaun (CAGR) 90 peratus sehingga 2005 dengan mencatatkan

    jumlah pasaran bernilai RM35.72 bilion (Utusan Malaysia, 25/5/01).

    Transaksi e-dagang yang dijalankan ini sebenarnya membuka peluang ekonomi

    yang luas kepada para peniaga bagi menjalankan perniagaan mereka agar lebih

    berkembang dan meluas. Bagi para pelanggan pula, e-dagang merupakan jalan

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    13/43

    13

    penyelesaian atau cara yang mudah untuk mereka mendapatkan produk yang dingini

    dengan lebih cepat dan efektif.

    Menurut Muhammad Fathi Yusof (2006),perniagaan elektronik ini tidak terlepas

    daripada masalah perundangan termasuklah di Malaysia. Oleh sebab e-dagang ini

    adalah satu kaedah baru dalam perdagangan,ini sudah menimbulkan beberapa

    persoalan undang-undang yang sebahagiannya masih belum ada penyelesaian yang

    mutlak.Oleh sebab e-dagang ini melibatkan transaksi melepasi sempadan geografi

    dan sempadan politik,timbul persoalan berkenaan sejauh mana seseorang itu terikat

    dengan undang-undang sesebuah Negara.Bagaimana pula jika terdapat pihak yang

    mahu membuat pautan dengan laman web yang dimiliki oleh orang lain.Bagaimana

    pula jika seseorang itu mendaftar nama domain bagi jenama orang lain yang sudah

    terkenal?Begitu juga timbul persoalan darpada sudut keselamatan dan kerahsiaan

    dalam urus niaga.Sejauh manakan transaksi yang dibuat itu boleh dipercayai dan

    tidak dicerobohi oleh orang lain?

    Pada dasarnya,persoalan-persoalan ini sudah cuba diselesaikan melalui

    beberapa peruntukan undang-undang di Malaysia seperti Akta Tandatangan Digital

    1997 (Akta 526), Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563), Akta Komunikasi dan

    Multimedia 1998 (Akta 588),Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

    1998 (Akta 589) dan Pindaan Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332)

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    14/43

    14

    Walaubagaimanapun akta-akta ini belum mampu menjawab dengan sempurna

    persoalan berkaitan perundangan e-dagang ini kerana berlaku perubahan yang

    pesat dalam aspek perkembangan teknologi.Tambahan lagi akta-akta yang

    diperkenalkan ini tidak menyentuh secara menyeluruh berkenaan beberapa perkara

    seperti kontrak elektronik,e-kontrak,kewangan elektronik,bayaran elektronik dan

    beberapa aspek lain

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    15/43

    15

    4.0 KELEBIHAN E -DAGANG

    E-dagang sememangnya dapat membantu perniaga dan usahawan-usahawan

    tempatan meningkatkan pendedahan bisnes mereka dan secara tidak langsungnya

    meningkatkan hasil jualan produk dan perkhidmatan.

    1) Menggantikan konsep manual

    Kaedah ini dapat membantu pelanggan dalam memudahankan pencarian barangan

    atau prodak mereka. Jika sebelum ini para pelanggan menggunakan konsep manual

    yang mana mereka dikehendaki melawat dan membuat tinjauan dari satu kedai ke

    kedai demi mencari barangan yang mereka mahukan, maka dengan adanya kaedah

    perniagaan e-dagang ini mereka dapat memperolehi barangan yang mereka

    kehendaki dengan menjimatkan masa dan tenaga dengan hanya sekali klik menerusi

    enjin pencarian di dalam internet

    2) Pemasaran yang luas

    Perkembangan teknologi dan akses internet yang semakin berkembang dan meluas

    telah menjadikan ramai pihak mengambil peluang untuk mempromosikan dan

    memasarkan barangan atau produk mereka di dalam internet yang dikatakan

    bertujuan untuk memudahkan pelanggan mencari barangan yang sukar dicari

    dengan mudah dan membuat pembayaran terus melalui internet.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    16/43

    16

    3) Mengikut peredaran teknologi semasa

    Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan

    tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di

    internet dan melakukan pembayaran terus secara online.

    4) Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari

    Sesetengah pengguna mempunyai kehendak mereka yang tersendiri dan kemungkinan

    barang yang mereka perlukan seperti barangan antik atau ubat-ubatan yang jarang untuk

    dijumpai atau dijual di dalam negara. Oleh itu dengan adanya khidmat e-dagang, pengguna

    mempunyai peluang untuk memperolehi barangan yang mereka cari dan perlukan dengan

    begitu mudah dan senang. Kelebihan perkhidmatan e-dagang inilah yang menjadikan ramai

    pengguna atau pelanggan lebih gemar menggunakan akses internet dalam mencari

    barangan yang mereka kehendaki dengan lebih mudah dan menjimatkan masa serta

    berpeluang untuk memperolehi barang yang sukar untuk mereka temui

    5) Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi)

    Khidmat e-dagang juga memberi faedah dan kelebihan kepada pihak-pihak ketiga

    seperti iPay88, Paypal dan sebagainya dalam menjana pendapatan menerusi

    transaksi. Khidmat transaksi yang telah diberikan memberikan perkhidmatan yang

    terbaik kepada pelanggan dalam jelas memperlihatkan masing-masing memperolehi

    keuntungan dan kehendak dalam win-win situation. Keadaan ini merupakan satu

    bentuk kerjasama antara kedua-dua belah pihak bagi membantu antara satu sama

    lain..

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    17/43

    17

    6) Cepat dan mudah

    Pemasaran barangan menerusi internet oleh peniaga merupakan satu langkah yang

    bijak dalam menjual dan mempromosikan hasil barang atau produk mereka kerana

    dengan menembusi pasaran global, penjual dapat menjual barangan mereka secara

    cepat dan mudah. Hal ini adalah kerana produk yang telah dipaparkan menerusi

    laman sesawang di dalam internet telah dipaparkan kepada pengguna internet 24

    jam dan 7 hari seminggu ke seluruh pelusuk negara tanpa sebarang sekatan. Maka

    tidak hairanlah jika barangan yang dijual boleh kehabisan stok dalam masa

    seminggu kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan yang mungkin

    daripada negara yang berbeza. Jelas disini memperlihatkan bahawa kelebihan

    khidmat e-dagang yang keenam dalam memberi keuntungan kepada penjual dalam

    menjual produk atau barangan mereka..

    7) Mengurangkan kos

    Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual

    atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak

    perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan

    tersebut.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    18/43

    18

    8) Keuntungan yang optimum

    Perniagaan e-dagang juga mampu membantu peniaga untuk mendapatkan

    keuntungan yang optimum kerana mempromosikan barang-barangan jualan

    menerusi internet umpama satu tindakan memasarkan barangan secara lebih

    meluas kepada lebih daripada 60 juta pengguna internet yang melayari internet 24

    jam dan 7 hari seminggu. Bukan itu sahaja, pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60

    juta juga boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan

    seperti agen dan sebagainya.

    9) Modal yang rendah

    Antara kelebihan lain yang boleh diperolehi daripada perniagaan e-dagang adalah

    perniagaan ini tidak memerlukan satu modal perniagaan yang tinggi seperti

    perniagaan offline yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi. Dalam e-dagang,

    antara perkara yang diperlukan bagi menjalankan bisnes online adalah saebuah idea

    perniagaan seperti strategi atau kaedah perniagaan, sebuah laman sesawang untuk

    memasarkan barangan atau produk dan seterusnya adalah internet. E-dagang tidak

    memperuntukkan kos yang tinggi.

    10) Waktu bekerja yang flaksibel

    Perniagaan e-dagang juga mempunyai kelebihan dalam membantu individu yang

    sudah bekerja dalam mendapatkan pendapatan sampingan sekiranya pendapatan

    hasil daripada pekerjaan tetap mereka kurang memuaskan untuk menjana

    kehidupan seharian. Oleh itu, menjalankan perniagaan e-dagang merupakan satu

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    19/43

    19

    solusi yang terbaik bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi oleh

    sesetengah individu yang kurang mencukupi daripada aspek kewangan hasil

    daripada pendapatan tetap mereka. Hal ini kerana melalui perniagaan secara online,

    peniaga tidak memerlukan 8 jam sehari 5 jam seminggu untuk ke tempat kerja

    kerana perniagaan tersebut boleh diuruskan pada bila-bila masa mengikut masa

    yang disukai dan keselesaan peniaga tersebut.

    11) Bekerja dimana-mana

    Perniagaan e-dagang tidak menghadkan lokasi untuk peniaga bagi menjana

    pendapatan melalui perniagaan menerusi internet. Hal ini kerana perniagaan e-

    dagang hanya memerlukan sebuah medium seperti laptop dan internet untuk

    menguruskan perniagaan. Di mana adanya laptop dan internet, di situlah ruang

    pejabatnya. Ruang lingkup tempat kerja tidak hanya terhad di satu lokasi semata-

    mata seperti pejabat, sebaliknya tempat-tempat seperti di dataran, restoran makanan

    dan sebagainya yang mempunyai persekitaran yang selesa dapat dijadikan lokasi

    menjalankan urusniaga dalam internet. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat

    menjimatkan masa selama 2 jam setiap hari iaitu masa yang telah diambil untuk ke

    tempat kerja. Bukan itu sahaja, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan

    dengan hanya bekerja di rumah.

    12) Perniagaan Automatik

    Bukan itu sahaja, e-dagang juga memberi kelebihan kepada penjual kerana terdapat

    bisnes online yang tidak perlu untuk mengirimkan produknya kepada pelanggan

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    20/43

    20

    melalui pos, khususnya dalam menjual perisian komputer. Sebagai contoh, sebuah

    laman sesawang www.beyon.com telah mengizinkan para pelanggannya untuk

    memuat turun perisian yang dibelinya secara langsung melalui komputer mereka.

    Produk-produk lain seperti muzik dan video akan tersedia dengan cara seperti ini,

    sejajar dengan peningkatan bandwidth dari waku ke waktu muat turun yang

    meningkat.

    13)Menceburi lebih dari satu perniagaan

    Perniagaan e-dagang tidak memperuntukkan modal yang besar dalam menjalankan

    bisnes, sebaliknya ianya hanya memperuntukkan modal yang agak kecil bagi

    peniaga untuk memulakan perniagaan. Memandangkan modal yang digunakan

    untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah daripada perniagaan

    secara offline, maka keadaan tersebut telah membuka peluang kepada peniaga,

    terutamanya usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan mereka lebih daripada

    satu jenis barangan atau produk untuk dijual kepada pelanggan-pelanggan. Para

    usahawan mempunyai peluang untuk membuka perniagaan lain bagi mengaut

    keuntungan yang diingini.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    21/43

    21

    5.0 KELEMAHAN E-DAGANG

    Dalam setiap kebaikkan yang telah dinyatakan, perniagaan e-dagang juga

    tidak dapat terlepas daripada keburukan yang tersendiri. Oleh itu, terdapat beberapa

    keburukan yang telah dapat dikenalpasti daripada hasil pembacaan mengenai

    perniagaan e-dagang. Antaranya adalah berkenaan dengan kebolehpercayaan.

    Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu berurusniaga secara atas talian

    adalah kerana kurangnya faktor kebolehpercayaan di antara peniaga dan pengguna

    (Hoffman, Novak dan Peralta, 1999, p. 80). Keen (1997) berpendapat bahawa

    kurangnya elemen kebolehpecayaan dalam kalangan pengguna merupakan

    penghalang jangka panjang terhadap aktiviti-aktiviti e-dagang.

    (a) Kekurangan kepada organisasi perniagaan atau usahawan.

    1. Tidak berupaya mempamerkan barang yang sebenar.Pengeluar tidak dapat

    mempamerkan barangan yang sebenar kepada pengguna atau pembeli terutama

    bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web.

    Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamerkan

    melaluipenglihatan dan sentuhan akan tersembunyi dan pembeli hanya mampu

    menggunakan mata sahaja untuk menilai keseluruhan barangan yang hendak dibeli.

    Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna

    akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan pengguna merasakan kurang

    yakin dan maklumat yang diperloleh tidak begitu jelas.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    22/43

    22

    2. Kesulitan dalam memberi penerangan dan maklumbalas.

    Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan antara peniaga dan pembeli

    terus sukar diwujudkan. Pengguna hanya bergantung kepada barangan yang

    dipaparkan sahaja tanpa wujudnya komunikasi secara lisan mengenai barangan

    tersebut. Berdasarkan komunikasi lisan ini, jelas akan memudahkan pembeli untuk

    mendapatkan lebih banyak lagi maklumat mengenai sesuatu barangan yang

    diperlukan. Selain itu, tidak ramai sasaran akan memberikan maklumbalas kepada

    pengeluar mengenai produk yang dijual kecuali mereka yang telah membeli

    danmembuat aduan kerosakan. Mereka yang belum mencuba akan beralih kebarang

    penganti lain yang bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna. Ini

    akan menyebabkan pembeli kehilangan kepercayaan kepada peniaga dan beralih

    pula kepada peniaga yang lain untuk mendapatkan barang yang diperlukan.

    3. Terikat dengan cukai jualan.

    Peniaga tetap terikat dengan cukai jualan hasil daripada jualan yang mereka

    lakukan. Kita mengetahui bahawa perniagaan elektronik ini merupakan perniagaan

    kecil-kecilan yang mana modal yang dikenakan adalah kecil dan keuntungan yang

    diperoleh juga dalam skala yang kecil. Cukai jualan yang dikenakan oleh kerajaan ini

    sedikit sebanyak akan mengurangkan lagi peratus keuntungan peniaga disebabkan

    perlunya melakukan pembayaran cukai jualan kepada kerajaan. Jadi, cukai ini

    menjadi penghalang kepada peniaga untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat

    ganda hasil daripada perniagaan yang dilakukan. Jika cukai ini dimansuhkan oleh

    kerajaan khususnya kepada perniagaan elektronik, maka peniaga akan lebih giat lagi

    untuk memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran global. Hasil daripada

    keuntungan yang diperoleh, peniaga boleh jadikan keuntungan tersebut sebagai

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    23/43

    23

    dana untuk memperluaskan perniagaan mereka di seluruh dunia ataupun peniaga

    dapat mempelbagaikan lagi prokduk-produk yang dapat dihasilkan untuk dijual

    kepada pengguna.

    b) Kekurangan kepada konsumer.

    1. Maklumat yang kurang jelas mengenai produk.

    Setiap barangan yang dipamerkan oleh peniaga hanyalah dalam bentuk

    gambar dan disertakan dengan beberapa butir maklumat. Namun begitu, maklumat

    yang diperoleh pembeli masih belum jelas dan membuatkan pembeli berasa kurang

    yakin untuk membeli barangan berkenaan. Kelebihan dan kekurangan yang ada

    pada barangan tersebut mungkin tidak dinyatakan dengan lebih jelas seperti yang

    dikehendaki oleh pembeli. Tidak semua pembeli dapat memahami dan

    menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. Terdapat juga

    pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang

    dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.Pembeli akan menanggung

    risiko berdasarkan barangan yang dibeli seperti berasa tidak berpuas hati dengan

    barangan tersebut disebabkan tidak menepati citarasa yang sebenar.

    2. Pesanan tidak diterima dan berlaku penipuan.

    Pesanan barangan yang dilakukan oleh pembeli mungkin tidak diterima oleh

    pengeluar yang mengalami masalah. Lebih-lebih lagi pembeli membuat pembelian

    kepada syarikat yang menyamar. Pembeli akan berhadapan dengan risiko berlaku

    penipuan iaitu tempahan barangan sudah dibuat dan bayaran sudah selesai tetapi

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    24/43

    24

    barang masih belum diterima oleh pembeli. Ini akan membimbangkan pembeli

    kerana wang tersebut akan lesap begitu sahaja dan akan menanggung kerugian.

    3. Pembeli tidak mendapat barangan seperti yang dikehendaki.

    Banyak rungutan daripada pembeli memperoleh barangan yang tidak seperti

    yang dimahukan. Dalam pemilihan di internet, pembeli membuat pilihan barang yang

    telah dipersetujui tetapi apabila barangan tersebut sampai kepada pembeli, tidak

    seperti yang pembeli mahukan. Barangan tersebut ada yang digantikan dengan

    barangan yang lain. Penggantian barangan tersebut dilakukan oleh peniaga atau

    pengeluar atas sebab barangan yang diinginkan oleh pembeli sudahpun habis.

    Disebabkan pembayaran sudah dilakukan oleh pembeli, peniaga terpaksa

    menggantikan barangan yang sudah kehabisan stok itu dengan barangan yang lain.

    Ini jelas menunjukkan bahawa, pembeli berhadapan dengan risiko tidak mendapat

    barangan yang diperlukan.

    c) Kekurangan kepada negara

    E-dagang memberikan kesan yang negatif kepada Negara apabila berlaku

    kekurangan semasa perniagaan ini dijalankan. Jika terdapat kes penipuan, maka

    statistik kes penipuan dalam negara akan meningkat terutama dalam bidang

    peniagaan ini. Kesannya, pembeli sama ada di dalam negara ataupun di luar Negara

    akan hilang kepercayaan kepada pengeluar ataupun peniaga di dalam Negara

    Malaysia kerana bimbang jika mereka ditipu. Bilangan usahawan negara juga akan

    berkurangan disebabkan mereka akan menanggung kerugian disebabkan

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    25/43

    25

    kekurangan ataupun ketiadaan pelanggan yang ingin membeli barangan mereka

    atas sebab kes penipuan yang berleluasa dalam peniagaan seperti ini. Ini akan

    menyebabkan peniaga atau pengeluar akan menarik diri daripada bidang ini.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    26/43

    26

    6.0 CADANGAN MENGATASI KEKURANGAN E DAGANG

    1. Meningkatkan tahap kebolehpercayaan dengan cuba merancang strategi bagi

    menarik pembeli.

    2. Membangunkan hubungan yang amanah dan boleh dipercayai dengan

    mempersiapkan laman sesawang perniagaan elektronik dengan memberikan

    fokus kepada ruang Aboutdi laman tersebut.

    3. Menunjukkan keperibadian bisnes kepada pelanggan, di samping menunjukkan

    bisnes dalam blog atau laman sesawang tersebut masih hidup.

    4. Intipati atau maklumat yang sering diperbaharui dan sediakan ruang komentar

    bagi mewujudkan mesra pelanggan.

    5. Sediakan sebarang maklumat tentang nombor telefon, e-mel, Live Chat atau

    beberapa metod lain kepada pelanggan bagi memudahkan urusan peniagaan

    antara peniaga dan pelanggan.

    6. Publikasikan kepada pelanggan testimonial pelanggan yang telah mencuba

    barangan yang telah dibeli.

    7. Tindakkan dalam menepati janji-janji dan berterima kasih atas hubungan

    perniagan yang telah dijalankan.

    8. Menggunakan software bagi membantu menilai dan mengotomasikan tugas-

    tugas sekuriti laman sesawang perusahaan mereka.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    27/43

    27

    7.0 KESIMPULAN

    Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi

    jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk

    menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini

    ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang

    membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan

    sebuah komputer, modem dan talian telefon.

    Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi

    setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau

    bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih

    meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak

    boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan

    cara-cara tradisional perdagangan.

    Namun begitu, kelebihan-kelebihan e-dagang yang memberi keuntungan

    sama ada kepada penjual mahupun pembeli sama sekali tidak boleh dipertikaikan.

    Hal ini kerana terdapat beberapa kelebihan yang dapat diperolehi oleh pembeli dan

    penjual, sekaligus kelebihan-kelebihan ini juga turut membantu dalam

    perkembangan ekonomi negara sekiranya perniagaan e-dagang semakin

    berkembang dengan meluas.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    28/43

    28

    Kesedaran mengenai pentingnya perdagangan elektronik (e-dagang) dalam

    kalangan masyarakat terutamanya kepada para pengilang industri kecil dan

    sederhana (IKS) perlu diperhebatkan lagi memandangkan peluang perniagaan yang

    wujud daripada sektor itu terlalu besar.

    Walaupun kesedaran dalam masyarakat dalam bidang teknologi telah meluas,

    namun penggunaan maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) tetapi ia adalah di

    peringkat asas sahaja iaitu pada bahagian pentadbiran, pembayaran gaji dan

    kewangan, terutamanya kepada peniaga-peniaga. Kesedaran-kesedaran ini perlu

    dipertingkatkan agar ianya juga dapat menguntungkan individu-individu tersebut.

    Dengan membuat pengenalpastian kekurangan dan kelebihan yang telah

    dibincangkan merupakan salah satu perkara yang perlu diperhatikan bagi membantu

    dalam mengenal pasti cara-cara untuk mengatasi masalah dalam perdagangan

    elektronik ini. Pengenalpastian ini merupakan satu pemangkin untuk meningkatkan

    kecekapan, produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan bagi menghadapi

    pasaran masa hadapan.

    Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa usaha yang telah dilakukan oleh

    pihak kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya

    peniaga-peniaga atau perusaha-perusaha dalam negara tentang perniagaan

    elektronik yang mampu membantu mereka dalam mencapai keuntungan dalam

    perusahaan mereka. usaha ini bukan sahaja bertujuan membantu peniaga-peniaga

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    29/43

    29

    atau perusaha-perusaha, sebaliknya ianya juga dapat menyumbang kepada

    pertumbuhan ekonomi negara.

    Oleh itu, diharapkan segala kesedaran dan pengenalpastian kekurangan dan

    kelebihan yang berkaitan dengan perdagangan elektronik, di samping

    pengenalpastian cara masalah e-dagang tersebut dapat diatasi mampu diaplikasikan

    dan digunakan dengan tujuan membantu pihak-pihak yang mempunyai kepentingan

    dalam bidang perniagaan.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    30/43

    30

    REFLEKSI INDIVIDU

    OLEH : MAZIRA BT ISMAIL (800522-07-5540)

    Tugasan bagi subjek RBT 3119: Perniagaan dan Keusahawanan telah

    diterima pada 29 Jun 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu En.Md.Nasir bin

    Yusof. Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama

    dengan beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan

    terutamanya berkenaan dengan e-dagang yang bakal dicari oleh saya dalam

    melaksanakan tugasan ini.

    Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai dua

    orang dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya,

    terutamanya apabila mendapat pasangan tugasan yang mempunyai komitmen

    dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari

    sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan

    telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan

    peranan mereka.

    Oleh kerana tugasan RBT3119 ini adalah berkaitan dengan perdagangan

    elektronik, maka ianya bukanlah semudah untuk dilaksanakan. Sepanjang

    melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat

    gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi memudahkan kerja, saya

    telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin dicapai secara sama

    rata dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan.

    Sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak pasti akan berlakunya

    beberapa masalah antaranya berkaitan dengan pencarian sumber rujukan dalam

    melaksanakan tugasan ini. Permasalahan yang telah saya hadapi adalah

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    31/43

    31

    kekurangan sumber rujukan iaitu buku ilmiah untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya

    telah mencari maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik atau nama

    lainnya e-dagang dalam bentuk sumber buku termasuklah mencari di perpustakaan

    IPG Kampus Pulau Pinang, namun segala usaha adalah hampa.

    Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya banyak membuat sumber rujukan

    dari internet dan telah menggunakan masa semaksimum yang mungkin bagi

    mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan kelebihan, kekurangan

    e-dagang, serta cara mengatasi kelemahannya. Keadaan semakin sukar apabila

    sumber rujukan dalam bahasa melayu adalah kurang dan lebih banyak sumber

    dalam bahasa Indonesia dan bahasa inggeris.

    Oleh itu, saya terpaksa melakukan tugas lebih iaitu saya mencari maklumat

    berkenaan dengan tajuk tersebut dalam bahasa inggeris. Sumber rujukan

    berkenaan dengan e-dagang adalah daripada laman web bahasa inggeris dan telah

    menggunakan Google Translate bagi tujuan penterjemahan. Selain daripada itu,

    saya juga turut merujuk beberapa orang rakan di sekolah untuk membantu saya

    dalam menterjemahkan makna yang saya tidak faham dalam penggunaan istilahnya.

    Saya dan rakan sekumpulan juga banyak merujuk googlebook kerana sesetengah

    maklumat berkenaan dengan e-dagang dapat ditemui di googlebook, namun jumlah

    maklumat yang dibekalkan tidaklah begitu banyak dan terhad. Hal ini kerana

    kebanyakkan maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik adalah dalam

    bentuk bahasa Inggeris. Adalah sukar bagi saya untuk melakukan penterjemahan

    kerana istilah-istilah atau laras bahasa ekonomi adalah tidak sama dan khuatir juga

    sekiranya istilah yang saya gunakan dalam menterjemahkan struktur ayat tersebut

    tidak tepat.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    32/43

    32

    Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus

    berusaha dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

    Pembacaan demi pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat

    daripada internet mahupun bahan ilmiah yang ditemui di dalam googlebook. Dengan

    merujuk beberapa maklumat lain dalam beberapa laman sesawang yang berbeza,

    pembacaan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila saya mula faham

    perkara yang hendak disampaikan.

    Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan

    berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada

    saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman

    dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu

    perdagangan khususnya perdagangan elektronik. Hasil pembacaan daripada

    pelbagai sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu yang tidak pernah saya

    ketahui terutamannya berkenaan dengan pendapat tokoh tentang e-dagang, konsep,

    definisi, skop, kekurangan, kelebihan dan segalanya berkenaan dengan e-dagang.

    Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten

    sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya

    berkenaan dengan e-dagang, malah ianya juga berjaya membentuk perkembangan

    diri individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal ini kerana tugasan yang

    dikehendaki dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan bukan sahaja

    memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga perlu dalam

    kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan itu tidak

    terbantut.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    33/43

    33

    Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli

    kumpulan yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama

    dan toleransi dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah

    dicapai dalam ahli kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana

    dalam kalangan ahli kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan

    melakukan penambahbaikkan sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka.

    Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti

    kesabaran dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan

    kebijaksanaan serta penelitian terhadap sumber-sumber yang telah dibaca dan ianya

    bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi

    terutamanya ketika saya membuat penterjemahan daripada bahasa inggeris ke

    bahasa Melayu. Hasil usaha dan berkat kesabaran yang tinggi membuahkan hasil

    dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

    Tugasan yang mencabar ini juga berjaya meningkatkan pengetahuan dan

    kemahiran berfikir terutamanya berkenaan dengan kemahiran analisis ayat yang

    mana ianya memerlukan daya pemikiran yang kritis dan analitikal dalam terutamanya

    dalam pengenalpastian masalah yang dihadapi dalam e-dagang yang mana saya

    juga perlu meneliti penyelesaian masalah bagi masalah-masalah yang dihadapi.

    Sebagai seorang bakal guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempunyai

    kemahiran berfikir secara kritis dan berusaha dalam mencari ilmu dalam pelbagai

    sumber agar ilmu-ilmu atau pengetahuan yang diperolehi itu adalah fakta daripada

    sumber yang boleh dipercayai.

    Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka

    terhadap peranan saya sebagai guru yang bakal mengajar kemahiran hidup. Hal ini

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    34/43

    34

    kerana dalam subjek elektif tersebut, saya juga akan mengajar murid-murid saya

    berkaitan dengan perniagaan. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri saya dalam

    bidang ini bagi membantu dalam penyampaian ilmu yang lebih mantap dan berkesan

    kepada murid-murid. Keperluan guru dalam memantapkan pengetahuan dalam

    bidang pengajarannya ini sekaligus dapat membentuk anak bangsa yang

    mempunyai keupayaan pengetahuan yang tinggi yang mana mampu bersaing di

    persada antarabangsa.

    Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah

    mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu perniagaan elektronik. Sebagai

    seorang bakal guru, saya perlu mengambil tahu berkenaan dengan ilmu-ilmu

    perniagaan dan perdagangan kerana penguasaan tersebut bukan sahaja membantu

    murid-murid saya dalam percambahan ilmu, sebaliknya saya juga turut menyediakan

    mental mereka dalam berhadapan dengan dunia futuristik, yang mana perdagangan

    elektronik ini adalah kaedah satu perniagaan yang akan berkembang dengan lebih

    pesat pada masa akan datang. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan ini sedikit

    sebanyak telah berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan di

    samping membentuk perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    35/43

    35

    REFLEKSI INDIVIDU

    OLEH : SURIATI BT MOHD

    Sebelum menerima tugasan berkenaan e-dagang ini,saya merasakan tugasan

    ini amat menarik kerana perihal e-dagang bukanlah sesauatu yang baru di

    Malaysia.Saya sendiri selaku penggemar barangan yang dijual atas talian secara

    tidak langsung sudah terlibat dalam dunia perniagaan elektronik ini.Subjek RBT

    3119:Perniagaan dan Keusahawanan bagi saya merupakan subjek yang agak

    rumit.Melihatkan proformanya sahja yang dikatakan pensyarah bertaraf

    Master,membuatkan saya amat risau dan ragu dengan kebolehan saya untuk

    memahami subjek ini,selain kekangan masa yang amat mencemburui saya semester

    ini.Benar,memang tidak cukup masa untuk saya meliputi kesemua tajuk di dalam

    proforma.Topik berkenaan E-Dagang sahaja sudah merangkumi beberapa

    topik.Oleh itu tindakan pensyarah meletakkan topik ini sebagai yopik penilaian kerja

    kursus adalah pilihan tepa supaya kami boleh menerokai topik ini secara tidak

    langsung semasa menyiapkan tugasan.

    Sebaik sahaja menerima tugasan,perkara pertama sekali yang saya lakukan

    adalah membaca soalan yang telah diterima berulang kali untuk mengenalpasti

    kehendak soalan sekaligus mendapatkan gambaran awal bentuk pelaksanaan

    tugasan.Saya mendapati tugasan ini agak rumit pada awalnya kerana terlalu banyak

    komponen-komponen kecil di dalamnya.Pun begitu setelah membaca dengan

    teliti,komponen-komponen tersebut sebenarnya berkaitan antara satu sama lain dan

    boleh dikelompokkan untuk pembahagian tugasan antara 2 orang dalam kumpulan

    saya.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    36/43

    36

    Untuk tugasan ini,hasil undian,saya mendapat tiga tajuk teratas iaitu

    definisi,konsep,skop,saiz,dan keadaan e-dagang di Malaysia.Tugasan-tugasan di

    semester ini kebanyakannya menekankan kemahiran berfikir secara kritis.Oleh itu

    saya mencuba untuk banyak mengarang dengan ayat sendiri dan memberi rumusan

    dan hujah terhadap apa yang saya baca.Saya teringat kata-kata tuan guru besar SK

    Minden Height yang menyampaikan Wacana Ilmu berkenaan Cabaran Guru Masa

    Kini beberapa hari yang lepas.Katanya,Its not how you answer but its about how you

    justify your answer.Menjustifikasi jawapan adalah termasuk dalam cabang pemikiran

    kritis dan kreatif.

    Semakin menganjak usia,keperluan memastikan ketepatan dan kesahihan

    rujukan,meluaskan bahan bacaan dan menulis dengan kritis semakin ditekankan.Hal

    ini adalah kerana di semester akhir,kami bakal melalui pengalaman membuat kajian

    tindakan.Tahun demi tahun perkara ini semakin membuka mata saya untuk melihat

    variasi rujukan apabila rujukan internet dianggap kurang berkualiti. Saya cuba

    merajinkan diri ke pusat sumber menelaah berbagai jenis rujukan yang ada.

    Malangnya amat sedikit bahan boleh ditemui di perpustakaan memandangkan

    subjek ini merupakan subjek baru di Institut ini.

    Pun begitu,saya sememangnya benar-benar tidak berpuas hati dengan

    keadaan pusat sumber institut ini. Benar,banyak perubahan fizikal pada institut ini

    dapat dilihat misalnya kelengkapan di gelanggara, dataran institut dan

    sebagainya.Tetapi ingin saya tekankan di sini, Institut Pendidikan Guru ini adalah

    tempat mendidik para guru yakni core-businessnya adalah ilmu. Tidak satu pun

    pembaharuan atau mekap luaran yang boleh saya banggakan tentang institut ini

    jika para pelajarnya tidak berpengetahuan tinggi sebagaimana patutnya seorang

    guru. Inilah yang dikatakan Prasarana kelas pertama tetapi minda kelas

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    37/43

    37

    ketiga.Itupun Institut ini masih tidak layak mendapat gelar prasarana kelas pertama

    itu.

    Pun begitu,saya tidak mengalah dengan keadaan ini.Saya menemui cara baru

    pencarian buku dengan menggunakan aplikasi Google Book.Walaupun

    menggunakan internet,bahan buku daripada aplikasi ini adalah gambaran sebenar

    buku tersebut walaupun bilangan muka surat yang boleh dilihat adalah terhad.Ini

    bermakna ia sama dengan rujukan buku di pusat sumber.Saya mendapat banyak

    manfaat melalui cara baru ini apabila tidak perlu meminjam buku di pusat sumber

    dan mengurangkan kos fotokopi bahan.

    Selain itu, saya mula menelaah jurnal-jurnal di laman web universiti dan juga

    keratan akhbar atas talian.Walaupun halangannya tetap sama iaitu tidak semua

    jurnal boleh dibuka kerana memerlukan pendaftaran,sekurang-kurangnya saya dapat

    juga membaca pelbagai jenis bahan.Bahan kuliah yang diberikan pensyarah yang

    adakalanya tidak pernah saya dengari misalnya beliau membangkitkan isu-isu

    ekonomi dan perniagaan yang rumit berjaya membuatkan saya bermotivasi untuk

    lebih banyak membaca kerana kebangkitan rasa ingin tahu.

    Ada rakan saya yang bertanya,apakah saya tidak berserabut dengan

    membaca terlalu banyak rujukan?Jawapannya,memang pening namun bagi

    saya,pening atau berserabut ketika membaca banyak maklumat adalah satu indikasi

    yang baik,bukan bermakna pening menandakan perlu berhenti membaca.Pening

    berlaku apabila si pembaca terjumpa sesuatu yang alien dalam pembacaannya atau

    mudah kata;belajar sesuatu yang baru.

    Kata orang bijak pandai,lebih banyak kita baca,lebih banyak yang kita tidak

    tahu itu benar,sebab itu saya membaca lebih banyak buku. Menurut Ahmad Suhaimi

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    38/43

    38

    Abdullah, perah otak adalah suatu proses yang menghasilkan beberapa idea yang

    bagus bercampur dengan banyak idea yang tidak berguna yang memerlukan proses

    matriks penilaian selepasnya. Proses yang mendatangkan pening itu saya yakin

    akan hilang kemudian apabila sudah ditemui rumusan tentang kesemua buku yang

    kita baca.Kesimpulannya,tenyatalah pensyarah berjaya membuatkan saya mampu

    dan bermotivasi untuk belajar secara kendiri dan berterusan,tahniah.

    Bila di peringkat ijazah,sudah tentu perkara seperti kolaborasi,jadual

    perlaksanaan dan lain-lain tidak perlu diingatkan lagi oleh pensyarah. Saya sedikit

    kecewa apabila dalam lembaran tugasan kali ini saya tidak berkesempatan

    berkolaborasi dengan pensyarah kerana kesuntukan masa sehinggakan kami ahli

    sekumpulan pun mengalami kesukaran untuk berjumpa dan berbincang.Bercakap

    berkenaan kolaborasi,saya lihat istilah ini kerap disalahertikan.

    Kolaborasi sebenarnya boleh dilakukan dengan pakar dari pelbagai bidang

    ilmu dan boleh juga dilakukan bersama ahli kumpulan di suatu keadaan yang

    membenarkan ahli kumpulan mengkritik dan membincangkan tugasan yang

    diselesaikan sesama sendiri dan adanya perkongsian autoriti. Hal seperti ini tentunya

    memerlukan kerjasama kukuh dan keterbukaan antara ahli kerana ia melibatkan

    perasaan selain sikap professional dan mengambil masa juga untuk kami mampu

    melakukannya.Jika amalan kolaborasi ini diadakan dengan betul,sebenarnya ia

    mampu meningkatkan kualiti tugasan.Namun,begitulah natijahnya,masa amat-amat

    mencemburui kami. Kolaborasi hanya berlaku di awal dan hujung pelaksanaan

    tugasan.Maka saya berharap di lembaran tugasan akan datang,amalan kolaborasi ini

    dapat ditingkatkan lagi.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    39/43

    39

    Perkara baru yang saya temui dalam lembaran tugasan di semester ini antara

    lainnya adalah penyediaan peta pemikiran I-Think.Saya teringat kata-kata pensyarah

    berkenaan Program I-Think ini yang penggunaannya disalah aplikasi di Malaysia dan

    merugikan wang kerana kemahiran membuat peta konsep sudah pun dikuasai oleh

    guru-guru Malaysia dan tidak perlulah sehingga mereka dihantar ke luar Negara

    untuk berkursus berkenaan Program ini.Dalam KBBK, atau kemahiran berfikir aras

    tinggi KeBAT, terdapat pelbagai jenis peta minda, dan graphic organizer yang boleh

    digunakan. Antara yang popular adalah rajah ikan, analisis SWOT, Plus Minus

    Interest, peta pemikiran Tony Buzan dan sebagainya.

    Apa beza Program I-Think ini??Saya mendapati I-Think ini lebih sistematik

    dan pelbagai apabila cuba menjengah laman webnya. Terdapat formula thinking hat

    pelbagai warna yang menarik, cara pemikiran bertema dan sebagainya. Pun

    begitu,malangnya ia disalah guna di Malaysia. Jika di luar Negara,peta minda

    digunakan untuk mengembangkan idea setelah membuat banyak pembacaan dan

    kajian, yakni mencari cabang-cabang informasi yang mungkin boleh diterokai lagi

    hasil daripada pembacaan yang dibuat.

    Tetapi di Malaysia, I-think digunakan hanya untuk menginterpretasikan data

    yang dibaca, ibaratnya memindahkan ilmu ke dalam sebuah peta. Justeru jika ini

    yang diaplikasikan, kita menghasilkan para pemikir yang hanya tahu memindahkan

    maklumat bukannya mengkritik dan mengembangkan idea berdasarkan maklumat

    sedia ada seperti kenyataannya dengan Malaysia hari ini, Malaysia hanya sebuah

    Negara consumer dan bukan producer!

    Seperti yang saya aktakan di awal penulisan refleksi ini,saya merupakan penggemar

    barangan online,maka sedikit sebanyak sebelum melaksanakan tugasan ini saya

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    40/43

    40

    telah pun memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam dunia perniagaan elektronik

    ini yang lebih saya suka sebut perniagaan elektronik berbanding e-dagang kerana

    istilah e-dagang yang menyalahi hukum tatabahasa melayu.Mengapa istilah ini

    dikatakan salah??Ingin saya kongsikan pendapat Nik Safiah Karim dalam bukunya

    Bimbingan Pelajar Bahasa,istilah e-dagang ini menyalahi Peraturan Hukum DM

    (Diterangkan-Menerangkan) Bahasa Melayu.Ini adalah kerana inti dalam istilah ini

    yakni unsur yang diterangkan adalah dagang dan bukannya elektronik terlebih

    dahulu sebagaimana istilah bahasa inggeris.Maka yang sebetulnya istilah ini disebut

    dagang-e begitu juga dengan e-mel, mel-e, perbankan-e dan sebagainya.

    Pendapat saya sebagai seorang pengguna/pelanggan dalam dunia

    perdagangan elektronik ini,saya menyukainya kerana ia menjimatkan masa,tenaga

    dan wang kerana produk yang didapati melalui internet adalah jauh lebih murah dan

    pelbagai.Antara laman sesawang yang amat saya minati untuk membeli-belah

    adalah Forum Lowyat.Net dan blogshop-blogshop dan tidak ketinggalan di

    Facebook.com. Walaupun menyedari perniagaan online yang stoknya cepat habis

    kerana keterluasan capaian pelanggan,namun ia tetap menjadi pilihan saya kerana

    ternyata memudahkan.Bayangkan saya boleh mendapatkan produk kosmetik Korea

    yang hanya dijual di Queensbay Mall berganda-ganda murahnya melalui online

    yakni di pasaran luar,sebotol BB Cream berharga RM65.00 manakala harga

    onlinenya hanya RM 44.00!Kos penghantaran dengan menggunakan Pos Laju hanya

    dikenakan caj RM5.00.Itu pun jika belian banyak,sesetengah peniaga memberikan

    perkhidmatan penghantaran parcel secara percuma ditambah dengan beberapa

    hadiah percuma lagi!.

    Cara transaksi pemindahan wang yang selalu menjadi pilihan saya adalah

    melalui cash deposit atau bank transfer di ATM sahaja kerana belum memiliki master

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    41/43

    41

    card atau visa card.Ada juga peniaga yang menyediakan perkhidmatan tolong

    belikan misalnya mereka memiliki akaun di Amazon.com,Paypal,PayEasy dan

    sebagainya untuk mendapatkan produk-produk luar Negara dengan harga yang

    sememangnya lebih murah.Kerana rasa ingin tahu akan perniagaan jenis ini,saya

    selalu juga menelaah laman web yang berniaga dengan pola syarikat ke syarikat

    yang dapat saya buat kesimpulannya di sini sangat menguntungkan.Pelbagai produk

    boleh diniagakan.Yakni dalam satu laman web yang saya temui,peniaga tersebut

    menjual serbuk spirulina dari Filipina.Seperti yang kita tahu spirulina memang mahal

    harganya apabila dibotolkan menjadi suplemen.Namun saya tidak menyangka bahan

    mentahnya murah sahaja dan mula menyedari ruginya jika tidak mengetahui ilmu

    consumer ini.

    Melalui pengalaman ini jugalah saya mengenali terma dan istilah seperti retail

    price,offer price,payment method,cash deposit dan saya juga mengetahui ilmu

    menggunakan kemudahan seperti menyemak parcel di laman web Poslaju.com

    hanya dengan menaip masuk tracking number,membaca harga tukaran mata wang

    jika membeli produk luar Negara dan sebagainya.Namun tidak semua pengalaman

    membeli belah secara online saya indah-indah belaka.

    Saya pernah juga mengalami masalah menerima produk tiruan dari

    China,masalah peniaga lambat memberikan servis hingga menunggu berminggu-

    minggu untuk produk sampai di tangan saya dan risiko tertipu yang tinggi apabila

    membeli barangan terpakai dan barangan elektronik secara online.Mujur ada

    peniaga yang wajar diberi pujian kerana berusaha menerangkan kepada pelanggan

    bagaimana untuk mengesan produk palsu.Teknologi mengesan produk palsu yang

    dapat saya kesan adalah melalui penggunaan sticker smart di badan produk.Cara

    lain mengesannya adalah memeriksa manufactory date dan kilang pembuatan

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    42/43

    42

    produk tersebut.Dan secara jujurnya saya ingin nyatakan,kaum cina lebih mengambil

    berat perihal keaslian produk ini berbanding orang melayu.

    Kesimpulannya, sejauh mana ICT membantu mempermudahkan urusan

    berniaga dan membeli,kekurangannya tetap mengekori.Bagi peniaga,secanggih

    mana sekalipun teknologi yang digunakan,andai kebolehan meramahi

    pelanggan,kebolehan mempromosi dan meyakinkan pelanggan itu tiada,tiada

    gunanya juga.Dan penipuan-penipuan ICT mutakhir ini masih lagi menemui jalan

    buntu bagaimana menyelesaikannya kerana ia cukup sukar dikesan akibat

    pembangunannya yang pesat.Setinggi mana pun tamadun manusia,andai

    keruntuhan moral tidak diberi perhatian berbanding kemajuan fizikal,inilah masalah

    yang akan berlaku,sekian.Terima kasih kerana sudi membaca.

  • 7/27/2019 Pengenalan E Dagang..2013

    43/43

    BIBLIOGRAFI

    Loo Chee Kuang. (2009). Focus Ace Spm 2009 Perdagangan. Kuala Lumpur:Pelangi Publishing Group Bhd

    Zaini Nasohah et al (2004). Syariah dan Undang-undang: Satu Perbandingan

    Cheras :Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

    Muhammad Fathi Yusof (2006). Soal Jawab Undang-Undang Kontrak

    Pahang:PTS Professional Publisihing Sdn Bhd.

    Mohd. Shahizan Othmanet.al. (2006).Pembangunan Apilikasi Web Menggunakan

    Active Server Pages (ASP). Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

    Sharifah Akmam binti Syed Zakaria (2007). Rancangan Perniagaan

    Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

    Mohd. Aizaini Maarof (2004). Teknologi Maklumat Siri II : Internet, Sistem Maklumat

    dan Bahasa Pengaturcaraan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

    Paul Timmers (2006). Perdagangan Elektronik.. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan

    Negara Malaysia Berhad (ITNM)