e-dagang & pengguna

30
1 E-Dagang & Undang-undang : Perlindungan Pengguna Dalam Transaksi Jualan Barang Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Program PHD Undang-undang P58462 Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM )

Upload: musbri-mohamed

Post on 01-Jul-2015

1.626 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-Dagang & Pengguna

1

E-Dagang & Undang-undang : Perlindungan Pengguna Dalam Transaksi Jualan Barang Di Malaysia.

Universiti Kebangsaan MalaysiaFakulti Undang-undangProgram PHD Undang-undangP58462

Musbri MohamedDIL; ADIL ( ITM )MBL ( UKM )

Page 2: E-Dagang & Pengguna

2

Secara amnya kita dapat mengatakan bahawa perdagangan elektronik atau e-dagang adalah merujuk kepada sektor yang merangkumi bidang perniagaan atau perdagangan yang menggunakan peralatan serta infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi.

Manakala Deklarasi World Trade Organisation (WTO) mendefinisikan e-commerce sebagai “ the production, distribution,marketing,sale or delivery of goods and services by electronic means”.

Page 3: E-Dagang & Pengguna

3

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. 

Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak serta ianya boleh dipercayai.

Page 4: E-Dagang & Pengguna

4

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini.

Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet.  Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon.

Page 5: E-Dagang & Pengguna

5

Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat .

Walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengancara-cara tradisional perdagangan.

Page 6: E-Dagang & Pengguna

6

Namun E-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa sesuai dengan ungkapan“e-business or no business ”.

Page 7: E-Dagang & Pengguna

7

Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan.

Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dalam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah pengisian borang-borang kertas dan birokrasi.

Page 8: E-Dagang & Pengguna

8

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. 

Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan.  Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.

Page 9: E-Dagang & Pengguna

9

Skop E-dagang

Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan.

Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion.

Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun 2002.

Page 10: E-Dagang & Pengguna

10

Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan telah meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999.

Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka telah  meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002.

Page 11: E-Dagang & Pengguna

11

Jaminan pengguna

Para pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapisebarang masalah apabila mereka menggunakan kad kredit mereka untukmembeli-belah menerusi Internet. Dengan kehadiran teknologi enkripsi dataseperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET)maka pengguna akan lebih terlindung untuk melakukan pembelian menerusi Internet. Satu alternatif lain pula ialah dengan mengunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Net.Trader,  Cybercash dan DigiCash yang membolehkanmenghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kadkredit.

Lain-lain teknologi yang mennyokong dan menambahkan keselamatantransaksi e-dagang termasuklah sistem kriptografi PKI atau Public KeyInfrastructure dan sijil digital.  PKI dan sijil digital bertindak seperti kadpengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalamsetiap transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaan transaksitersebut.

Page 12: E-Dagang & Pengguna

12

Kedudukan E-Dagang di Malaysia

Kegiatan ekonomi, khususnya urusan jual beli, bukan sahaja dilakukan secara manual, malah telah dijalankan melalui dunia siber atau internet. Urusan ini yang dikenali sebagai e- dagang menyediakan pelbagai pilihan barangan di dalam laman web bagi pengguna membuat pilihan seterusnya menjalani urusan melalui laman web yang disediakan tersebut.

Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) berharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap kelebihan menggunakan perdagangan secara elektronik (e-dagang) yang akan mengurangkan kos transaksi berurusan di kaunter.

Page 13: E-Dagang & Pengguna

13

Pengarah Urusan MEPS

Datuk Mohd Hata Robani berkata “…..perkhidmatan Giro Antara Bank dan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) akan membolehkan e-dagang inovatif mencapai peringkat di mana pembayaran atau pemindahan kredit boleh diakses dengan lebih selesa dan meluas.Urus niaga e-dagang Malaysia dianggarkan berjumlah RM9.765 bilion tahun ini, meningkat daripada RM7.233 bilion dalam tahun 2004. Ia dijangka meningkat kepada RM13.183 bilion tahun depan dan mencecah RM43.787 bilion menjelang tahun 2010.

Seterusnya Mohd Hata berkata …..menurut Bank Negara Malaysia, penggunaan e-dagang boleh mengurangkan kos transaksi berurusan di kaunter sebanyak dua peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara. Berdasarkan kepada KDNK 2004 negara, dua peratus membawa jumlah kira-kira RM2 bilion ”.

Page 14: E-Dagang & Pengguna

14

Masalah E-Dagang

Di dalam isu kepengunaan; urusan E-Dagang juga tidak terlepas daripada pelbagai jenis penipuan yang mampu berlaku dan ianya juga seringkali dilakukan oleh peniaga. Antaranya, produk yang dipesan tidak dihantar kepadapembeli setelah bayaran dibuat melalui debit ke kad kredit, bank atau pos, dan produk yang dihantar tidak mematuhi kualiti seperti yang diiklankan dalam laman web.

Syarikat yang mengiklankan barangan dan produk juga mungkin akan menutup laman web selepas beroperasi dalam jangkamasa yang singkat selepas mengaut keuntungan daripada pembeli.

Page 15: E-Dagang & Pengguna

15

Satu kaji selidik sikap pengguna yang dikeluarkan oleh Visa International mendedahkan bahawa kecurian atau kehilangan maklumat peribadi atau kewangan merupakan kebimbangan utama di kalangan pengguna seluruh dunia dengan 64 peratus melahirkan kebimbangan terhadap kejadian itu.

Maklum balas global kepada kejadian kecurian atau kehilangan maklumat mengatasi kemerosotan kualiti alam sekitar (62 peratus) dan keganasan (58 peratus) sebagai punca-punca kebimbangan.

Isu-isu utama lain bagi pengguna adalah kehilangan pekerjaan (57 peratus), penyakit atau wabak (55 peratus) dan bencana alam (48 peratus).

Page 16: E-Dagang & Pengguna

16

Oleh itu, pengguna haruslah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memesan sesuatu produk daripada mana-mana syarikat yang mengambil pesanan di dalam laman web. Pihak berkuasa sukar untuk mengenalpasti kegiatan penipuan sebegini walaupun pada hakikatnya, peniaga yang melakukan penipuan dengan cara ini tidak terlepas daripada mengikut garis panduan yang ada dalam akta-aktayang melindungi pengguna.

Para pengguna dinasihatkan supaya terlebih dahulu mempelajari sertamengetahui hak-hak mereka di dalam menjalani transaksi jual beli melalui internet ini termasuklah hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk mendapatkan transaksi yang selamat, hak untuk mendapatkan gantirugi serta hak untuk maklumat peribadi.

Page 17: E-Dagang & Pengguna

17

Kita dapati di dalam kes di Malaysia ; terdapat peniaga yang cuba mendapatkankelebihan imej perniagaan dengan menggunakan nama pihak terkenal seperti Petroliam Nasioanal Bhd & Ors v Khoo Nee Kiong di manaPlaintif pertama adalah satu perbadanan petroleum nasional yang terkenal. Plaintif kedua merupakan salah satu cabang pemasaran plaintif pertama dan plaintif ketigamerupakan satu perniagaan memproses dan mengalirkan gas semulajadi dan iamengendalikan perniagaan gasnya di bawah nama dagangan 'Petronas Gas'.

Defendan adalah seorang individu yang menjalankan operasi-operasi dagangansebagai seorang tuanpunya tunggal berdaftar di bawah nama dagangan/perniagaan‘Araneum Consulting Services' dan tiada kaitan langsung dengan plaintif-plaintif.Sekitar tahun 2001, plaintif-plaintif telah membuat rangkaian carian ke atas nama-nama domain dalam internet dengan menggunakan enjin carian 'better-whois.com’dan mendapati bahawa defendan mempunyai nama-nama domain berdaftar'petronas-dagangan.com', 'petronasgas.com', 'mypetronasdagangan.com' dan'mypetronas.com' ('nama-nama domain tersebut') bagi tujuan jualan.

Page 18: E-Dagang & Pengguna

18

Bagi melindungi pengguna di Malaysia , pelbagai akta telah digubal oleh Kerajaan Persekutuan termasuklah Akta Kawalan Harga 1946, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang Dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Sewa Beli 1967, Akta Hakcipta 1987, Akta Jualan Langsung 1993, dan yang terkini Akta Perlindungan Pengguna 1999. Dan statut undang-undang berkenaan e-dagang di Malaysia adalah seperti Communications and Multimedia Act, Computer Crimes Act, Digital Signature Act, BNM Minimum Guidelines on Internet Banking in Malaysia, Content Code, Electronic Commerce Act 2006, Personal Data Protection Bill dan E-Govt Activities .

Page 19: E-Dagang & Pengguna

19

Namun kita juga perlu ingat bahawa dalam melaksanakan Koridor Raya Multimedia maka Kerajaan Malaysia juga telah mengeluarkan Jaminan bahawa internet tidak akan dikenakan sebarang tapisan . Dan dalam konteks ini bermakna bahawa e-dagang adalah terbuka luas di dalam transaksi di alam siber di Malaysia.

Keterbukaan e-dagang dalam persekitaran alam siber sebenarnya menimbulkan banyak persoalan perundangan. Negara-negara maju seperti Kesatuan Eropah yang dianggap menerajui dunia dalam e-dagang juga mempunyai pelbagai masalah dengan sistem perundangan dalam menangani pelbagai isu-isu kepengunaan khususnya transaksi jualan barang.

Page 20: E-Dagang & Pengguna

20

Isu – isu yang timbul secara relatif dengan perkara e-dagang dan kepenggunaan di Malaysia telah menimbulkan persoalan kajian yang dapat digariskan sebagaimana di bawah :-

(1) Adakah soalan asas seperti ikatan kontrak dapat diputuskan ?(2) Sejauh manakah pengguna dilindungi oleh akta-akta yang dikuatkuasakan mengenai e-dagang ini? (3) Adakah akta-akta yang ada ini mampu menyelesaikan masalah kepenggunaan seterusnya benar-benar melindungi pengguna? (4) Adakah pengguna di negara ini sedar akan kewujudan undang-undang yang melindungi mereka dan memperuntukkan remedi tertentu bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli e-dagang ?

Page 21: E-Dagang & Pengguna

21

Adakah soalan asas seperti ikatan kontrak dapat diputuskan ?

Kita kini telah ada Akta Perdagangan Elektronik 2006 yang diharapkan bagi penyelesaian berkenaan kontrak namun persoalan mengenai ikatan kontrak bagi e-dagang masih tidak terjawab di bawah akta berkenaan.

Page 22: E-Dagang & Pengguna

22

Sejauh manakah pengguna dilindungi oleh akta-akta yang dikuatkuasakan mengenai e-dagang ini?

Perlindungan pengguna bagi e-commerce di Malaysia adalah bergantung kepada undang-undang yang sedia ada . Dan dengan perbezaan sumber undang-undang pengguna di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak maka perlindungan pengguna masih berada dalam keadaan tidak menentu.

Akta Jualan Barang di Malaysia adalah berpandukan UK Sales of Goods 1893. Ianya masih tiada pindaan manakala di UK telah ada Sales of Goods Act 1979, Unfair Contract Terms Act 1977, Consumer Protection Act 1987, Unfair Contract Terms in Consumer Contracts Regulations 1999, Consumer Protection ( Distance Selling) Regulations 2000 bagi memberikan perlindungan pengguna.

Page 23: E-Dagang & Pengguna

23

Namun Akta Jualan Barang (AJB) memberikan Sek 62 yang membolehkan masalah kepatuhan untuk AJB sendiri dengan klausa “contract out”.

Manakala itu pula Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP 1999) di Malaysia dengan jelas tidak memperuntukkan secara nyata kedudukan perlindungan kepada pengguna kerana Seksyen 2(4) APP 1999 menyatakan akta ini adalah secondary dan tidak prejudis kepada akta-akta lain ( kepada AJB dan Akta Kontrak 1950).

Seterusnya Seksyen 2(g) APP tiada menyatakan bahawa ianya akan merangkumi atau melindungi transaksi perdagangan elektronik.

Page 24: E-Dagang & Pengguna

24

Keujudan statut seperti Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan Akta Kerajaan Elektronik 2007 adalah bagi perancangan, kawalan dan pemantauan bagi e-dagang .

Statut-statut ini adalah manifestasi kesungguhan Malaysia dalam perlaksanaan e-dagang ; namun keujudannya pula seolah bertindan dan dengan itu telah menimbulkan keraguan pengguna.

Page 25: E-Dagang & Pengguna

25

Adakah akta-akta yang ada ini mampu menyelesaikan masalah kepenggunaan seterusnya benar-benar melindungi pengguna?

Kita tidak dapat membuat sebarang kesimpulan tentang perkara ini kerana Kesatuan Eropah sendiri menghadapi kebuntuan tentang duduk perkara ini. Namun kejayaan mereka kita perlu contohi dan bersama kejayaan maka sudah tentu kita juga akan mewarisi keburukannya.Contoh terbaik e-dagang boleh kita dapati di Denmark.

Page 26: E-Dagang & Pengguna

26

Adakah pengguna di negara ini sedar akan kewujudan undang-undang yang melindungi mereka dan memperuntukkan remedi tertentu bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli e-dagang ?

Terdapat dua keadaan signifikan ke atas perundangan di Malaysia dengan aplikasi e-dagang yakni perubahan-perubahan yang berkenaan :-

(1) prinsip undang-undang terhadap pemakaian terma tak saksama dalam hubungan perdagangan; dan(2) prinsip undang-undang berkenaan Doktrin Priviti Kontrak

Page 27: E-Dagang & Pengguna

27

Prinsip Perundangan : Terma Tak Saksama atau Kontrak Bentuk Seragam

Pada peringkat awal maka perlaksanaan kontrak bentuk seragam adalah bagi keperluan kelancaran perdagangan. Di dalam kes Thompson , Midland & Scottish Railway dan L’Estrange v Graucob Ltd penghakiman kes-kes ini telah menyimpulkan bahawa walaupun kontrak bentuk seragam dapat berfungsi dengan adil tetapi tidak dinafikan ia juga mempunyai fungsi yang tidak adil iaitu dengan wujudnya “non-negotiated small print clause” yang menghapuskan hak-hak asas kontraktual salah satu pihak kepada kontrak berkenaan.

Page 28: E-Dagang & Pengguna

28

Dalam senario e-dagang maka kontrak terma tak saksama dalam hubungan perdagangan dan perkhidmatan selalu digunapakai yang mengakibatkan tiada kuasa perundingan diberikan kepada pengguna. Perkara ini masih berleluasa di Malaysia sedangkan negara lain seperti Singapura, United Kingdom , Israel , Indonesia dan juga Thailand telah mempunyai perundangan yang mengawal kontrak terma tak saksama.

Dalam senario kontrak terma tak saksama ini maka pasaran adalah menjadi dominasi pihak peniaga. Kebiasaannya peniaga akan memasukkan penggunaan fasal pengecualian kepada tanggungjawab yang sepatutnya berada di bahu peniaga.

Page 29: E-Dagang & Pengguna

29

Prinsip Perundangan : Doktrin Priviti Kontrak

Sistem e-dagang juga memerlukan kawalan kepada perdagangan secara menyeluruh. Sebelum tahun 1999 agak sukar bagi menyentuh liabiliti kontraktual terhadap pengilang.

Dengan ada APP 1999 maka liabiliti pengilang secara kontraktual telahpun bermula. Dalam senario ini maka kelemahan yang diujudkan oleh doktrin priviti kontrak dapat diatasi di mana pengilang yang selama ini dibiarkan terlepas kerana doktrin priviti kontrak yang bertapak melalui Privy Council dalam kes Kepong Prospecting Ltd & Ors v Schmidt .

Page 30: E-Dagang & Pengguna

30

Para pengguna sememangnya sentiasa terdedah dengan masalah kepenggunaan termasuk dalam urusan jualbeli di dalam transaksi e-dagang dan sering merasakan mereka masih tidak dilindungi. Namun begitu, fenomena ini boleh diatasi sekiranya semua pihak termasuk pengguna sendiri bekerjasama dalam meningkatkan tahap perlindungan pengguna di negara ini.

Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia adalah pengguna dan dengan demikian maka sewajarnya perlindungan undang-undang diberi keutamaan termasuk dalam e-dagang dalam memastikan kepentingan pengguna tidak terjejas.

Terima kasih.

Musbri MohamedApril 2011