52696560 e dagang pengguna

30
8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 1/30 1 E-Dagang & Undang-undang : Perlindungan Pengguna Dalam Transaksi Jualan Barang Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Program PHD Undang-undang P58462 Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM )

Upload: wendy-low

Post on 08-Apr-2018

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 1/30

1

E-Dagang & Undang-undang :

Perlindungan Pengguna DalamTransaksi Jualan Barang Di Malaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Undang-undangProgram PHD Undang-undang

P58462

Musbri Mohamed

DIL; ADIL ( ITM )

MBL ( UKM )

Page 2: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 2/30

2

Secara amnya kita dapat mengatakan bahawa

perdagangan elektronik atau e-dagang adalah

merujuk kepada sektor yang merangkumi bidang

 perniagaan atau perdagangan yang menggunakan

 peralatan serta infrastruktur teknologi komunikasi

dan maklumat sebagai medium untuk tujuan

komunikasi dan juga transaksi.

Manakala Deklarasi World Trade Organisation

(WTO) mendefinisikan e-commerce sebagai

³ the production, distribution,marketing,sale or 

delivery of goods and services by electronicmeans´.

Page 3: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 3/30

3

Perdagangan Elektronik , juga dipanggil E-dagang

atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic

Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan

dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan

teknologi maklumat terutama telekomunikasi

canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan

 pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada

 penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga

seperti bank , syarikat kewangan, syarikat kad kredit, 

 pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.

Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan

Internet khususnya Web untuk mengadakan satu

rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan

 pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran

elektronik yang selamat untuk semua pihak serta

ianya boleh dipercayai.

Page 4: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 4/30

4

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu

 boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan

di mana sahaja di dunia ini.

Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan

teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan

kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana

telekomunikasi yang membolehkan anda

mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula

dengan sebuah komputer , modem dan talian

telefon.

Page 5: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 5/30

5

Penggunaan E-dagang dijangka akan

melonjak naik dari setahun demi setahun

sesuai dengan meningkatan penerimaan IT

di kalangan masyarakat .

Walau bagaimanapun di antara yang

membelenggu penerimaan e-dagang secara

lebih meluas di kalangan khalayak ramai

ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak 

 boleh dipercayai dari segi keselamatan dan

kepercayaannya berbanding dengan

cara-cara tradisional perdagangan.

Page 6: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 6/30

6

 Namun E-dagang sekarang ini diakui oleh

syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar 

 pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan

 pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan

menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat

antarabangsa sesuai dengan ungkapan

³e-business or no business ´.

Page 7: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 7/30

7

Salah satu kebaikan dan keuntungan

daripada menggunakan kaedah e-dagang ini

ialah perangkaian dan integrasi di antara

semua syarikat-syarikat yang berhubung baik 

sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan.

Dengan cara ini pertukaran maklumat dan

transaksi perniagaan dapat dijalankan dalam

sekelip mata yang dahulunya mungkin

dibelenggu oleh karenah pengisian borang-

 borang kertas dan birokrasi.

Page 8: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 8/30

8

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu

 juga dapat membantu mengintegrasikan semua

 bahagian dalaman syarikat tersebut dengan

sesebuah transaksi perniagaan itu untuk 

meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada

 pelanggan.

Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat

tempahan pembelian menerusi e-dagang, 

tempahan tersebut boleh dengan serta merta

dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang

 berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian

logistik dan bahagian pembuatan. Dengan ini

 pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.

Page 9: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 9/30

9

Skop E-dagang

Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu

 pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, 

 peruncitan dan pelancongan.

Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan

E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja

 jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah

sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya

diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion.

Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah

meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710

ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada

2.2 juta penuntut menjelang tahun 2002.

Page 10: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 10/30

10

Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, 

 penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300

 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah

menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998.

Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta

 pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan telah meningkat

kepada AS$326 juta pada tahun 1999.

Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada

 penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka

telah meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002.

Page 11: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 11/30

11

Jaminan pengguna

Para pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi

sebarang masalah apabila mereka menggunakan kad kredit mereka untuk 

membeli-belah menerusi Internet. Dengan kehadiran teknologi enkripsi data

seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET)

maka pengguna akan lebih terlindung untuk melakukan pembelian menerusi

Internet. Satu alternatif lain pula ialah dengan mengunakan perkhidmatan-

 perkhidmatan seperti Net.Trader , Cybercash dan DigiCash yang membolehkan

menghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad

kredit.

Lain-lain teknologi yang mennyokong dan menambahkan keselamatan

transaksi e-dagang termasuklah sistem kriptografi PKI atau Public Key

Infrastructure dan sijil digital. PKI dan sijil digital bertindak seperti kad

 pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalam

setiap transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaan transaksi

tersebut.

Page 12: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 12/30

12

Kedudukan E-Dagang di Malaysia

Kegiatan ekonomi, khususnya urusan jual beli, bukan sahaja

dilakukan secara manual, malah telah dijalankan melalui

dunia siber atau internet. Urusan ini yang dikenali sebagai e-

dagang menyediakan pelbagai pilihan barangan di dalam lamanweb bagi pengguna membuat pilihan seterusnya menjalani

urusan melalui laman web yang disediakan tersebut.

Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS)

 berharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap kelebihan

menggunakan perdagangan secara elektronik (e-dagang) yang

akan mengurangkan kos transaksi berurusan di kaunter.

Page 13: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 13/30

13

Pengarah Urusan MEPS

Datuk Mohd Hata Robani  berkata ³«..perkhidmatan Giro Antara

Bank dan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) akan membolehkan e-

dagang inovatif mencapai peringkat di mana pembayaran atau

 pemindahan kredit boleh diakses dengan lebih selesa dan meluas.

Urus niaga e-dagang Malaysia dianggarkan berjumlah RM9.765 bilion

tahun ini, meningkat daripada RM7.233 bilion dalam tahun 2004. Iadijangka meningkat kepada RM13.183 bilion tahun depan dan mencecah

RM43.787 bilion menjelang tahun 2010.

Seterusnya Mohd Hata berkata «..menurut Bank  Negara Malaysia, 

 penggunaan e-dagang boleh mengurangkan kos transaksi berurusan

di kaunter sebanyak dua peratus daripada jumlah keluaran dalam negara

kasar (K DNK) negara. Berdasarkan kepada K DNK 2004 negara, dua

 peratus membawa jumlah kira-kira RM2 bilion ´.

Page 14: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 14/30

14

Masalah E-Dagang

Di dalam isu kepengunaan; urusan E-Dagang juga tidak 

terlepas daripada pelbagai jenis penipuan yang mampu

 berlaku dan ianya juga seringkali dilakukan oleh peniaga.

Antaranya, produk yang dipesan tidak dihantar kepada pembeli setelah bayaran dibuat melalui debit ke kad kredit, 

 bank atau pos, dan produk yang dihantar tidak mematuhi

kualiti seperti yang diiklankan dalam laman web.

Syarikat yang mengiklankan barangan dan produk juga

mungkin akan menutup laman web selepas beroperasi

dalam jangkamasa yang singkat selepas mengautkeuntungan daripada pembeli.

Page 15: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 15/30

15

Satu kaji selidik sikap pengguna yang dikeluarkan oleh Visa

International mendedahkan bahawa kecurian atau kehilangan

maklumat peribadi atau kewangan merupakan kebimbangan utama

di kalangan pengguna seluruh dunia dengan 64 peratus melahirkan

kebimbangan terhadap kejadian itu.

Maklum balas global kepada kejadian kecurian atau kehilangan

maklumat mengatasi kemerosotan kualiti alam sekitar (62 peratus)

dan keganasan (58 peratus) sebagai punca-punca kebimbangan.

Isu-isu utama lain bagi pengguna adalah kehilangan pekerjaan (57

 peratus), penyakit atau wabak (55 peratus) dan bencana alam (48 peratus).

Page 16: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 16/30

16

Oleh itu, pengguna haruslah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum

memesan sesuatu produk daripada mana-mana syarikat yang

mengambil pesanan di dalam laman web. Pihak berkuasa sukar untuk 

mengenalpasti kegiatan penipuan sebegini walaupun pada hakikatnya, 

 peniaga yang melakukan penipuan dengan cara ini tidak terlepas

daripada mengikut garis panduan yang ada dalam akta-aktayang melindungi pengguna.

Para pengguna dinasihatkan supaya terlebih dahulu mempelajari serta

mengetahui hak-hak mereka di dalam menjalani transaksi jual beli

melalui internet ini termasuklah hak untuk mendapatkan maklumat, 

hak untuk mendapatkan transaksi yang selamat, hak untuk 

mendapatkan gantirugi serta hak untuk maklumat peribadi.

Page 17: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 17/30

Page 18: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 18/30

18

Bagi melindungi pengguna di Malaysia , pelbagai akta

telah digubal oleh Kerajaan Persekutuan termasuklah

Akta Kawalan Harga 1946,Akta Kawalan Bekalan 1961, 

Akta Timbang Dan Sukat 1972,Akta Perihal Dagangan

1972,Akta Sewa Beli 1967, Akta Hakcipta 1987,Akta

Jualan Langsung 1993, dan yang terkini Akta

Perlindungan Pengguna 1999.

Dan statut undang-undang berkenaan e-dagang

di Malaysia adalah seperti Communications and

Multimedia Act, Computer Crimes Act, Digital

Signature Act, B NM Minimum Guidelines on Internet

Banking in Malaysia, Content Code, Electronic

Commerce Act 2006, Personal Data Protection Bill dan

E-Govt Activities .

Page 19: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 19/30

19

 Namun kita juga perlu ingat bahawa dalam melaksanakan Koridor Raya

Multimedia maka Kerajaan Malaysia juga telah mengeluarkan Jaminan

 bahawa internet tidak akan dikenakan sebarang tapisan . Dan dalam

konteks ini bermakna bahawa e-dagang adalah terbuka luas di dalam

transaksi di alam siber di Malaysia.

Keterbukaan e-dagang dalam persekitaran alam siber sebenarnya

menimbulkan banyak persoalan perundangan.  Negara-negara maju

seperti Kesatuan Eropah yang dianggap menerajui dunia dalam e-

dagang juga mempunyai pelbagai masalah dengan sistem perundangan

dalam menangani pelbagai isu-isu kepengunaan khususnya transaksi

 jualan barang.

Page 20: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 20/30

20

Isu ± isu yang timbul secara relatif dengan perkara e-dagang dan

kepenggunaan di Malaysia telah menimbulkan persoalan kajian yang

dapat digariskan sebagaimana di bawah :-

(1) Adakah soalan asas seperti ikatan kontrak dapat diputuskan ?

(2) Sejauh manakah pengguna dilindungi oleh akta-akta yang

dikuatkuasakan mengenai e-dagang ini?

(3) Adakah akta-akta yang ada ini mampu menyelesaikan masalah

kepenggunaan seterusnya benar-benar melindungi pengguna?

(4) Adakah pengguna di negara ini sedar akan kewujudan undang-

undang yang melindungi mereka dan memperuntukkan remedi tertentu

 bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli e-dagang ?

Page 21: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 21/30

21

Adakah soalan asas seperti ikatan kontrak 

dapat diputuskan ?

Kita kini telah ada Akta Perdagangan

Elektronik 2006 yang diharapkan bagi

 penyelesaian berkenaan kontrak namun

 persoalan mengenai ikatan kontrak bagi

e-dagang masih tidak terjawab

di bawah akta berkenaan.

Page 22: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 22/30

22

Sejauh manakah pengguna dilindungi oleh akta-akta yang

dikuatkuasakan mengenai e-dagang ini?

Perlindungan pengguna bagi e-commerce di Malaysia adalah

 bergantung kepada undang-undang yang sedia ada .Dan

dengan perbezaan sumber undang-undang pengguna

di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak 

maka perlindungan pengguna masih berada dalam keadaan

tidak menentu.

Akta Jualan Barang di Malaysia adalah berpandukan UK Sales

of Goods 1893. Ianya masih tiada pindaan manakala di UK 

telah ada Sales of Goods Act 1979, Unfair Contract Terms Act

1977, Consumer Protection Act 1987, Unfair Contract Terms inConsumer Contracts Regulations 1999, Consumer Protection

( Distance Selling) Regulations 2000 bagi memberikan

 perlindungan pengguna.

Page 23: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 23/30

23

 Namun Akta Jualan Barang (AJB) memberikan Sek 62 yangmembolehkan masalah kepatuhan untuk AJB sendiri dengan klausa

³contract out´.

Manakala itu pula Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP 1999)

di Malaysia dengan jelas tidak memperuntukkan secara nyata

kedudukan perlindungan kepada pengguna kerana Seksyen 2(4) APP

1999 menyatakan akta ini adalah secondary dan tidak prejudis kepadaakta-akta lain ( kepada AJB dan Akta Kontrak 1950).

Seterusnya Seksyen 2(g) APP tiada menyatakan bahawa

ianya akan merangkumi atau melindungi transaksi

 perdagangan elektronik.

Page 24: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 24/30

24

Keujudan statut seperti Akta Perdagangan Elektronik 

2006 dan Akta Kerajaan Elektronik 2007 adalah bagi

 perancangan, kawalan dan pemantauan bagi e-dagang .

Statut-statut ini adalah manifestasi kesungguhan

Malaysia dalam perlaksanaan e-dagang ; namun

keujudannya pula seolah bertindan dan dengan itu

telah menimbulkan keraguan pengguna.

Page 25: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 25/30

25

Adakah akta-akta yang ada ini mampu menyelesaikan

masalah kepenggunaan seterusnya benar-benar

melindungi pengguna?

Kita tidak dapat membuat sebarang kesimpulan tentang

 perkara ini kerana Kesatuan Eropah sendiri menghadapi

kebuntuan tentang duduk perkara ini.  Namun kejayaan

mereka kita perlu contohi dan bersama kejayaan makasudah tentu kita juga akan mewarisi keburukannya.Contoh

terbaik e-dagang boleh kita dapati di Denmark.

Page 26: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 26/30

26

Adakah pengguna di negara ini sedar akan kewujudan undang-

undang yang melindungi mereka dan memperuntukkan remedi

tertentu bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi

 jualbeli e-dagang ?

Terdapat dua keadaan signifikan ke atas perundangan di Malaysia

dengan aplikasi e-dagang yakni perubahan-perubahan yang berkenaan :-

(1) prinsip undang-undang terhadap pemakaian terma tak saksama

dalam hubungan perdagangan; dan

(2) prinsip undang-undang berkenaan Doktrin Priviti Kontrak 

Page 27: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 27/30

27

Prinsip Perundangan : Terma Tak Saksama atau Kontrak 

Bentuk Seragam

Pada peringkat awal maka perlaksanaan kontrak bentuk seragam

adalah bagi keperluan kelancaran perdagangan. Di dalam kes

Thompson , Midland & Scottish Railway dan L¶Estrange v

Graucob Ltd  penghakiman kes-kes ini telah menyimpulkan bahawa

walaupun kontrak bentuk seragam dapat berfungsi dengan adil tetapi

tidak dinafikan ia juga mempunyai fungsi yang tidak adil iaitu denganwujudnya ³non-negotiated small print clause´ yang menghapuskan

hak-hak asas kontraktual salah satu pihak kepada kontrak berkenaan.

Page 28: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 28/30

28

Dalam senario e-dagang maka kontrak terma tak saksama dalam

hubungan perdagangan dan perkhidmatan selalu digunapakai yang

mengakibatkan tiada kuasa perundingan diberikan kepada pengguna.

Perkara ini masih berleluasa di Malaysia sedangkan negara lain seperti

Singapura, United Kingdom , Israel , Indonesia dan juga Thailand telahmempunyai perundangan yang mengawal kontrak terma tak saksama.

Dalam senario kontrak terma tak saksama ini maka pasaran adalah

menjadi dominasi pihak peniaga. Kebiasaannya peniaga akan

memasukkan penggunaan fasal pengecualian kepada tanggungjawab

yang sepatutnya berada di bahu peniaga.

Page 29: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 29/30

29

Prinsip Perundangan : Doktrin Priviti Kontrak 

Sistem e-dagang juga memerlukan kawalan kepada perdagangan

secara menyeluruh. Sebelum tahun 1999 agak sukar bagi menyentuh

liabiliti kontraktual terhadap pengilang.

Dengan ada APP 1999 maka liabiliti pengilang secara kontraktual

telahpun bermula. Dalam senario ini maka kelemahan yangdiujudkan oleh doktrin priviti kontrak dapat diatasi di mana

 pengilang yang selama ini dibiarkan terlepas kerana doktrin priviti

kontrak yang bertapak melalui Privy Council dalam kes Kepong

Prospecting Ltd & Ors v Schmidt .

Page 30: 52696560 E Dagang Pengguna

8/7/2019 52696560 E Dagang Pengguna

http://slidepdf.com/reader/full/52696560-e-dagang-pengguna 30/30

30

Para pengguna sememangnya sentiasa terdedah dengan masalah

kepenggunaan termasuk dalam urusan jualbeli di dalam transaksi

e-dagang dan sering merasakan mereka masih tidak dilindungi.

 Namun begitu, fenomena ini boleh diatasi sekiranya semua pihak 

termasuk pengguna sendiri bekerjasama dalam meningkatkan

tahap perlindungan pengguna di negara ini.

Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia adalah pengguna dan

dengan demikian maka sewajarnya perlindungan undang-undang

diberi keutamaan termasuk dalam e-dagang dalam memastikan

kepentingan pengguna tidak terjejas.

Terima kasih.

Musbri Mohamed

April 2011