pengenalan 2.doc

7
PENGENALAN Bilik darjah didefinasikan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajarkan oleh seorang guru. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara rasmi. Tempat di mana murid menghabiskan kebanyakkan masa seharian mereka untuk melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelbagai aktiviti pembelajaran. Matematik merupakan sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Guru perlu memainkan peranan yang berkesan, mengambil tindakan serta merancang strategi yang sesuai digunakan untuk membina bilik darjah yang kondusif untuk murid kesayangan mereka. Faktor fizikal bilik darjah umpamanya susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang dan sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan, susunan perabot, kebersihan dan sebagainya, sekiranya dijaga dengan baik, boleh menyumbang kepada suasana bilik darjah yang kondusif seterusnya mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran 1

Upload: abc

Post on 05-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

PENGENALAN

Bilik darjah didefinasikan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajarkan oleh seorang guru. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara rasmi. Tempat di mana murid menghabiskan kebanyakkan masa seharian mereka untuk melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelbagai aktiviti pembelajaran. Matematik merupakan sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Guru perlu memainkan peranan yang berkesan, mengambil tindakan serta merancang strategi yang sesuai digunakan untuk membina bilik darjah yang kondusif untuk murid kesayangan mereka. Faktor fizikal bilik darjah umpamanya susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang dan sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan, susunan perabot, kebersihan dan sebagainya, sekiranya dijaga dengan baik, boleh menyumbang kepada suasana bilik darjah yang kondusif seterusnya mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai aktiviti yang dijalankan. Bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran Matematik, guru harus cekap dalam pengurusan fizikal bilik darjah.KEPENTINGAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG KONDUSIFSuasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Guru perlu memastikan suasana persekitaran fizikal bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana bilik darjah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta mendisiplinkan tingkah laku murid. Susun atur persekitaran fizikal memainkan peranan penting, guru harus berusaha untuk menambahbaikkan daya tarikan bilik darjah. Susunan fizikal terutamanya kedudukan murid mempunyai pengaruh dominan ke atas suasana pembelajaran murid. Kedudukan kerusi dan meja perlu disusun dengan teratur agar semua murid berasa selesa semasa aktiviti pembelajaran dijalankan dan memberi ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan murid dan guru. Corak penyusunan meja kerusi murid pula bergantung kepada bilangan murid, ruang bilik darjah yang sedia ada serta banyak bergantung kepada keperluan dan kefahaman guru. Kerusi dan meja murid sebaik mungkin mengikut susunan modular yang sesuai digunakan untuk aktiviti kumpulan yang menggalakkan interaksi murid dengan murid dalam membuat perbincangan bagi menyelesaikan masalah Matematik. Ia juga memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan bahan bantu mengajar di mana murid dapat meneroka ilmu sendiri. Susunan kluster pula banyak digunakan ketika aktiviti demonstrasi yang menggalakkan interaksi guru dengan murid dalam aktiviti demonstrasi. Murid akan berasa seronok untuk memajukan diri kerana wujudnya perasaan saling bekerjasama, kekitaan dan semangat berdikari. Bagi guru yang tidak ingin muridnya asyik berbincang dan berbual, maka setiap murid akan duduk berasingan dan menghadap ke hadapan kelas supaya memudahkan murid menerima maklumat daripada guru.

Suasana persekitaran fizikal yang kondusif juga boleh terbentuk daripada peralatan yang lengkap dan sempurna. Dengan adanya peralatan yang baik, guru dapat mengajar dengan lancar, murid pula dapat belajar dengan selesa dan lebih berkesan. Dengan itu, guru perlu sentiasa memastikan peralatan seperti papan tulis, papan kenyataan, meja dan kerusi murid dan guru, almari atau rak, tong sampah, penyapu, bahan bacaan, bahan bantu mengajar dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik, gantikan atau baiki peralatan yang rosak atau usang, malah boleh tambahkan peralatan baru apabila difikirkan perlu. Melalui komunikasi, idea matematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik. Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan, penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual dengan menggunakan carta, graf, gambar rajah dan lain-lain, dapat membantu murid memahami dan mengaplikasikan Matematik dengan lebih efektif. Oleh itu, guru harus membeli dan menggunakan bahan bantu mengajar Matematik seperti carta, kad imbasan, model-model, objek konkrit, gambar rajah dan sebagainya, agar murid akan dapat memahami konsep Matematik dengan lebih cepat dan berkesan. Peralatan-peralatan IT terutamanya komputer boleh digunakan oleh guru-guru yang ingin menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berunsur TMK seperti PPSMI, KSSR dan sebagainya. Penggunaan peralatan IT ini mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran murid. Murid dapat memahami kemahiran dan konsep Matematik dengan lebih cepat dan bermakna dengan peralatan IT. Aplikasi komputer yang canggih dapat merangsangkan minat murid yang ingin belajar. Projektor digunakan untuk memaparkan maklumat dari komputer ke skrin supaya murid dapat lihat dengan jelas. Tugasan murid melalui komputer boleh dicetak dengan mesin pencetak serbaguna untuk pameran ataupun disalin dalam bentuk cd dan disimpan dalam kotak atau almari untuk kegunaan masa depan. Sesetengah rancangan stesen yang sesuai dengan pembelajaran juga boleh disalurkan kepada murid melalui TV dan radio. Demi keselamatan murid dalam bilik darjah, guru harus simpan kabel, soket dan barangan IT ini dengan baik di tempat yang mudah diakses oleh guru.Untuk mengelakkan barang-barang seperti bahan bantu mengajar, peralatan IT, portfolio dan fail-fail peribadi murid daripada rosak dan hilang, adalah wajarnya guru menyimpannya di tempat yang selamat. Almari, rak atau kabinet yang bersaiz sesuai boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang tersebut. Barang-barang yang disimpan dengan baik bukan sahaja dapat memanjangkan tempoh penggunaannya, malah dapat juga menjadikan persekitaran fizikal kelihatan kemas dan menyelesakan murid dalam bilik darjah.Pelan bilik darjah yang kondusif akan terbentuk apabila guru mempamerkan hasil kerja murid seperti tugasan, bahan hiasan, bahan pengajaran dan sebagainya. Guru boleh mempamerkan bahan-bahan tersebut di papan kenyataan dan juga di bahagian atas kabinet atau rak yang rendah supaya senang dilihat oleh murid. Selain itu, papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, kata-kata motivasi atau sudut mata pelajaran akan melahirkan suasana bilik darjah yang kondusif. Sekiranya bilangan murid dalam bilik darjah adalah normal, guru boleh menyediakan sudut bacaan atau sudut mainan di dalam bilik darjah. Guru boleh meletakkan buku-buku rujukan, kamus, dan bahan bacaan yang bersesuaian di sudut bacaan untuk bacaan umum dan rujukan murid. Guru juga boleh menyediakan sudut mainan supaya murid dapat bermain sambil belajar. Aktiviti bermain ini dapat menjana kognitif murid, murid akan berasa seronok untuk belajar dan kemahiran Matematik akan dapat dikuasai dengan bermakna.Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, pengudaraan dan pencahayaan dalam bilik darjah perlu mencukupi sepanjang masa. Murid akan berasa selesa dan lebih bersemangat untuk belajar. Pintu dan tingkap yang mencukupi dan terbuka membolehkan pengedaran udara dan sinaran cahaya yang mencukupi. Guru perlu memastikan lampu atau kipas yang sedia ada sentiasa dalam keadaan berfungsi, supaya aktiviti pembelajaran dan pengajaran tidak terganggu sekiranya cuaca berubah. Keadaan kebersihan dan keindahan biik darjah juga akan menyumbangkan kepada keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.PAGE 4