bm kertas 2.doc

5
BAHAGIAN A (i) : Ringkasan (Masa dicadangkan 30 minit) (20 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca berlaku kepupusan haiwan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Hutan Malaysia sangat istimewa kerana mempunyai khazanah flora dan fauna yang pelbagai dan tinggi nilainya. Lebih istimewa lagi, hutan ini adalah antara hutan yang tertua di dunia dan sering menjadi tumpuan. Banyak laporan telah dibuat tentang pencerobohan hutan serta kerakusan pemburu haram. Haiwan seperti orang hutan, harimau belang dan tapir semakin kurang ditemui. Haiwan-haiwan tersebut sedang mengalami kepupusan. Beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan, antaranya mewartakan beberapa kawasan sebagai tempat tinggal atau habitat semula jadi haiwan. Taman Negara dapat dijadikan contoh kawasan yang telah diwartakan. Taman ini memberi peluang kepada haiwan liar untuk berkembang biak tanpa sebarang gangguan. Di samping itu, pihak kerajaan telah membina pusat kajian dan zoo sebagai satu alternatif menyelamat dan membantu pembiakan haiwan. Perubahan iklim atau cuaca yang tidak menentu di seluruh dunia sejak dahulu lagi merupakan faktor penyebab berlakunya kepupusan haiwan. Selain itu penebangan hutan yang tidak terancang dan berterusan turut mengganggu tempat tinggal haiwan. Habitat mereka menjadi semakin terhad, manakala makanannya pula semakin berkurangan. Aktiviti pemburuan haram turut mengancam kehidupan haiwan. Tujuan pemburu haram melakukan aktiviti pemburuan haram ini adalah untuk memperoleh daging haiwan serta organ-organ haiwan yang dapat memberi keuntungan lumayan kepada mereka. Bahagian-bahagian tersebut dijadikan barangan perhiasan serta digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

Upload: zamri8787

Post on 18-Dec-2015

309 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A (i) : Ringkasan (Masa dicadangkan 30 minit)

(20 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca berlaku kepupusan haiwan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Hutan Malaysia sangat istimewa kerana mempunyai khazanah flora dan fauna yang pelbagai dan tinggi nilainya. Lebih istimewa lagi, hutan ini adalah antara hutan yang tertua di dunia dan sering menjadi tumpuan. Banyak laporan telah dibuat tentang pencerobohan hutan serta kerakusan pemburu haram. Haiwan seperti orang hutan, harimau belang dan tapir semakin kurang ditemui. Haiwan-haiwan tersebut sedang mengalami kepupusan.

Beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan, antaranya mewartakan beberapa kawasan sebagai tempat tinggal atau habitat semula jadi haiwan. Taman Negara dapat dijadikan contoh kawasan yang telah diwartakan. Taman ini memberi peluang kepada haiwan liar untuk berkembang biak tanpa sebarang gangguan. Di samping itu, pihak kerajaan telah membina pusat kajian dan zoo sebagai satu alternatif menyelamat dan membantu pembiakan haiwan.

Perubahan iklim atau cuaca yang tidak menentu di seluruh dunia sejak dahulu lagi merupakan faktor penyebab berlakunya kepupusan haiwan. Selain itu penebangan hutan yang tidak terancang dan berterusan turut mengganggu tempat tinggal haiwan. Habitat mereka menjadi semakin terhad, manakala makanannya pula semakin berkurangan. Aktiviti pemburuan haram turut mengancam kehidupan haiwan. Tujuan pemburu haram melakukan aktiviti pemburuan haram ini adalah untuk memperoleh daging haiwan serta organ-organ haiwan yang dapat memberi keuntungan lumayan kepada mereka. Bahagian-bahagian tersebut dijadikan barangan perhiasan serta digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

Walaupun berbagai-bagai cara telah dibuat oleh kerajaan dan badan-badan sukarela, masalah kepupusan haiwan terus berlaku. Sikap manusia yang mengetepikan rasa belas kasihan terhadap haiwan turut menjadi faktor penyebab. Kepupusan haiwan bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada negara tetapi golongan muda turut menjadi mangsa kerana tidak dapat mengenali dengan lebih khusus tentang habitat haiwan serta rupa bentuk haiwan-haiwan tersebut. Bagi mengatasi masalah kepupusan haiwan ini, semua negara mestilah bekerjasama dan duduk semeja untuk mencari serta mengenal pasti cara mengekalkan kehidupan haiwan ini.

Bahagian A (ii): Pemahaman (Masa dicadangakn 15 minit)

(10 Markah)

1. Apakah maksud frasa satu alternatif yang terdapat dalam petikan di atas? (2 m)

2. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelamatkan spesies haiwan daripada terus mengalami kepupusan. (4 m) 3. Berikan pendapat anda cara untuk memberi kesedaran kepada manusiasejagat tentang kepentingan mempertahankan warisan alam ini daripada terus mengalami kepupusan. (4 m)BAHAGIAN B( Masa yang dicadangkan : 15 minit)

( 10 markah)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman rekreasi

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

BAHAGIAN C( Masa yang dicadangkan : 40 minit)

( 40 markah)Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

1. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada murid-murid.

Tulis karangan tentang kebaikan membaca.

ATAU

2. Kamu sekeluarga terpaksa pulang ke kampung untuk menziarahi datuk kamu yang sakit.

Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan hal tersebut.

ATAU

3. Lengkapkan cerita di bawah .

Aku mengayuh basikal perlahan-lahan. Aku berasa gembira dengan basikal baruku itu. Tiba-tiba.........BAHAGIAN D( Masa yang dicadangkan : 20 minit)

( 20 markah)

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

Farid berasal daripada keluarga yang miskin. Farid ingin mengubah hidup keluarganya.Dia berazam untuk berjaya dalam pelajaran. Setiap hari, ibu Farid hanya memberinya seringgit sebagai duit belanja. Farid tidak menghabiskan kesemua duitnya itu. Dia akan menyimpan duit yang selebihnya ke dalam tabung. Beberapa tahun kemudian, Farid layak memasuki universiti, tetapi ayah dan ibunya tidak mampu menanggung perbelanjaannya di universiti. Farid menjelaskan bahawa dia ada wang yang cukup untuk belajar di universiti kerana dia telah menyimpan duit sejak kecil lagi. Farid tidak menyalahkan kedua-dua orang tuanya, malah dia berjanji akan terus berusaha dan tidak akan menghampakan mereka.

Skema Jawapan:

Antara punca berlaku kepupusan haiwan di dunia ini adalah kerana berlakunya perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu (tidak stabil) di seluruh dunia. Selain itu, berlaku juga penebangan (penerokaan) hutan yang tidak dirancang (tidak sistematik). Tambahan pula, terdapat penebangan (penerokaan) hutan yang berterusan (berleluasa). Di samping itu, terdapat juga aktiviti (kegiatan) pemburuan haram untuk memperoleh daging haiwan serta organ-organ haiwan yang dapat memberi keuntungan lumayan (berlipat ganda) kepada pemburu haram. Akhirnya, terdapat segelintir manusia yang mengetepikan rasa belas kasihan (hilang rasa keperimanusiaan) terhadap haiwan. (75 patah perkataan)

1. Maksud frasa satu alternatif ialah pilihan lain.

2. Antara langkah yang telah diambil untuk menyelamatkan spesies haiwan daripada terus mengalami kepupusan adalah dengan mewartakan kawasan tertentu dan membina pusat kajian.

Jawapan lain* Membina zoo

3. Pada pendapat saya kita harus mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan mempertahankan haiwan ini secara besar-besaran dan menghukum pemburu haram dengan hukuman yang berat bagi mencegah jenayah ini daripada terus berlarutan.