pengantar ilmu usul fiqh

2
1 PENGANTAR ILMU USUL FIQH Oleh: Irwan bin Mohd Subri al-Butiyy PENDAHULUAN Untuk memahami sesuatu ilmu, ia bergantung kepada gambaran umum ilmu tersebut yang dijelmakan melalui definisinya. Jika dilihat kepada istilah Usul Fiqh, ia mengandungi dua perkataan iaitu “Usul” dan “Fiqh”. Setiap perkataan mempunyai makna tersendiri dan apabila keduanya digabungkan, ia membentuk definisi kepada Usul Fiqh itu sendiri. Sebelum di sebut definisi ilmu ini, maka kita perlu memahami terlebih dahulu, apa maksud dua perkataan tadi (”Usul” dan “Fiqh”). Usul Perkataan “Usul” berasal daripada Bahasa Arab dan ia adalah kata jamak kepada “al- Aslu” (asal). Maksudnya dari segi bahasa, ialah “asas kepada sesuatu benda/perkara”. Contohnya tapak yang ingin dibina rumah di atasnya dipanggil al-Aslu” (asas). Manakala dari segi istilah, “Usul” boleh diertikan dengan beberapa maksud: a. Dalil, contohnya: asal (dalil) kepada kewajipan zakat ialah firman Allah Taala yang bermaksud “dan tunaikanlah zakat” (surah al-Baqarah ayat 43). b. Kaedah, contohnya: asal (menurut kaedahnya) menjual perkara yang tiada adalah terbatal. c. Perkara yang rajih (kuat), contohnya asal antara al-Quran dan qiyas ialah al- Quran. Maksudnya al-Quran lebih kuat dan berautoriti berbanding qiyas. d. Istishab, contohnya: asal (menurut hukum istishab) sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datang dalil menyatakan sebaliknya. Istishab ialah mengekalkan hukum asal, yakni perkara yang harus pada masa dahulu, akan terus kekal harus pada masa sekarang dan akan datang sehingga ada bukti menyatakan sebaliknya. e. Lawan kepada perkataan furuk, contohnya: ayah adalah asal dan anak adalah furuk (maksudnya berasal daripada ayah). f. Perkara yang dikiaskan ke atasnya (al-Maqis ‘Alayh), contohnya: arak adalah asal kepada semua minuman yang memabukkan. Maksudnya semua minuman

Upload: irwan-bin-mohd-subri

Post on 15-Jun-2015

1.014 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pengenalan kepada ilmu Usul Fiqh kepada pelajar dan orang awam.

TRANSCRIPT

Page 1: Pengantar Ilmu Usul Fiqh

1

PENGANTAR ILMU USUL FIQH

Oleh: Irwan bin Mohd Subri al-Butiyy

PENDAHULUAN

Untuk memahami sesuatu ilmu, ia bergantung kepada gambaran umum ilmu tersebut

yang dijelmakan melalui definisinya. Jika dilihat kepada istilah Usul Fiqh, ia

mengandungi dua perkataan iaitu “Usul” dan “Fiqh”. Setiap perkataan mempunyai

makna tersendiri dan apabila keduanya digabungkan, ia membentuk definisi kepada

Usul Fiqh itu sendiri. Sebelum di sebut definisi ilmu ini, maka kita perlu memahami

terlebih dahulu, apa maksud dua perkataan tadi (”Usul” dan “Fiqh”).

Usul

Perkataan “Usul” berasal daripada Bahasa Arab dan ia adalah kata jamak kepada “al-

Aslu” (asal). Maksudnya dari segi bahasa, ialah “asas kepada sesuatu benda/perkara”.

Contohnya tapak yang ingin dibina rumah di atasnya dipanggil

“al-Aslu” (asas). Manakala dari segi istilah, “Usul” boleh diertikan dengan beberapa

maksud:

a. Dalil, contohnya: asal (dalil) kepada kewajipan zakat ialah firman Allah Taala

yang bermaksud “dan tunaikanlah zakat” (surah al-Baqarah ayat 43).

b. Kaedah, contohnya: asal (menurut kaedahnya) menjual perkara yang tiada

adalah terbatal.

c. Perkara yang rajih (kuat), contohnya asal antara al-Quran dan qiyas ialah al-

Quran. Maksudnya al-Quran lebih kuat dan berautoriti berbanding qiyas.

d. Istishab, contohnya: asal (menurut hukum istishab) sesuatu perkara adalah

harus sehinggalah datang dalil menyatakan sebaliknya. Istishab ialah

mengekalkan hukum asal, yakni perkara yang harus pada masa dahulu, akan

terus kekal harus pada masa sekarang dan akan datang sehingga ada bukti

menyatakan sebaliknya.

e. Lawan kepada perkataan furuk, contohnya: ayah adalah asal dan anak adalah

furuk (maksudnya berasal daripada ayah).

f. Perkara yang dikiaskan ke atasnya (al-Maqis ‘Alayh), contohnya: arak adalah

asal kepada semua minuman yang memabukkan. Maksudnya semua minuman

Page 2: Pengantar Ilmu Usul Fiqh

2

memabukkan seperti minuman air daun ketum dikiaskan ke atas arak dari segi

pengharaman hukumnya.

Daripada enam maksud kepada perkataan “Usul” di atas, istilah yang lebih hampir

dengan perbincangan ilmu Usul Fiqh ialah yang bermaksud dalil.

Fiqh

Perkataan fiqh juga berasal daripada bahasa arab dan dari segi bahasanya ia

bermaksud mengetahui dan memahami sesuatu perkara. Dari segi istilah pula, fiqh

bermaksud “mengetahui hukum hakam syarak berkenaan perbuatan mukallaf yang

disandarkan kepada dalil-dalil tafsiliyy“. Fiqh merupakan satu ilmu lain dan

berasingan daripada ilmu Usul Fiqh, namun kedua-duanya saling kait mengait antara

satu sama lain.

DEFINISI USUL FIQH

Apabila dua perkataan “Usul” dan “Fiqh” digabungkan menjadi “Usul Fiqh”, maka

ulama memberikan definisi mudah, iaitu yang dimaksudkan dengan Usul Fiqh ialah

dalil-dalil fiqh. Apakah dalil-dalil fiqh? Dalil-dalil fiqh yang dimaksudkan sebagai

teras kepada ilmu Usul Fiqh dan ilmu Fiqh ada empat iaitu:

a. al-Quran.

b. Sunnah.

c. Ijmak.

d. Qiyas.

Jadi menurut definisi ini, ilmu Usul Fiqh ialah perbincangan berkenaan empat

dalil (sumber) rujukan kepada hukum hakam Syarak dan bagaimana mengistinbat

(membina) hukum daripadanya. Perbincangan dalil-dalil (sumber) tersebut

merangkumi dalil-dalil ijmaliyy dan dalil-dalil tafsiliyy. Dalil ijmaliyy ialah empat

sumber di atas dari segi kehujahannya, yakni sama ada empat dalil tersebut boleh

dijadikan hujah ataupun tidak. Manakala dalil tafsiliyy ialah dalil-dalil terperinci

seperti setiap satu ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W yang berkaitan hukum

hakam.

BERSAMBUNG…