pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

37
PENGANTAR FIQH MUAMALAT MALIAH DALAM ISLAM Oleh: Ust Abdul Ghani Samsudin

Upload: abdul-ghani

Post on 29-Jan-2018

345 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

PENGANTAR FIQH MUAMALAT MALIAH DALAM ISLAM

Oleh:

Ust Abdul Ghani Samsudin

Page 2: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Pendahuluan

• Sebagai sebuah agama yang mutakhir dan lengkap, Islam tidak membiarkan manusia hidup terkapai kapaidi dunia Allah tanpa memiliki sebarang perspektifhidup; khasnya tentang kebendaan dan ekonomi. Sebaliknya mereka telah dibimbing tentang alam iniadalah medan yang luas untuk manusia berusaha danmencari kurnia Allah (Al Jumu’ah ayat 10). Manusiahanya akan memiliki sesuatu berlandaskan usahanya. Allah memberi rezki kepada semua makhluk namunmereka mesti berkerja dan tidak menganggur . Allah menegaskan bahawa manusia hanya akan dapatsetakat apa yang diusahakannya (Surah Al Najm 39).

Page 3: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Mereka perlu berusaha berlandaskan hukum halal haram Tuhan atau syari’at Allah. Bahawa tuhan yang menentukan sedikit atau banyaknya rezki seseorang (Al Isra’ 30). Bahawa kalau manusia ini diberikan rezkiberlebihan mereka akan menjadi zalim dan aniayabahkan mungkin menjadi taghut; beraja dimatabersultan di hati(Al Syura: 27, Al Alaq 6-7). Hidup di dunia Allah ini perlu bantu membantu danmengasihani orang yang miskin, papa dan tidak berada(Al Maidah 2). Sikap ihsan dan kasih sayang perlumemenuhi jiwa dan menjadi amalan insan yang baikdan soleh.

Page 4: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Dalam masa yang sama manusia diajar tentang amalanhalal dan haram. Bahawa kezaliman, penipuan , riba’, curi , tipu,rasuah dan sebagainya adalah haram; walaupun dia mungkin membawa hasil kewangan yang banyak. Manusia diajar tentang budaya berkurban. Bahawa kurban yang paling besar ialah mengurbankansifat egoistic atau kepentingan diri, mengutamakanintegrity berbanding manfaat diri dan keluarga . Mereka dididik agar memahami sistem transaksi hartayang berasaskan syara’ yang diperkenalkan untukmemberi manfaat kepada manusia dan memungkinkanmereka hidup sejahtera di dunia dan seterusnyaselamat pula di akhirat.

Page 5: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Maksud Perkataan Muamalat

• Muamalat atau معامالت) ) adalah kata jama’ dari perkataan mufrad معاملة ) ). Ia bermaknadari segi bahasa melayan atau berinteraksi .Di samping membawa maksud saling bertindakIa juga bermakna transaksi dalam kontekpengungkapan yang berbeda.. Dari sudutistilah ia merujuk kepada hukum hakamsyar’iyah yang mengatur transaksi ekonomiyang berlaku antara individu masyarakat atausyarikat .

Page 6: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Ibnu Abidin menerangkan bahawa muamalatmerangkum beberapa perkara antaranya : transaksi harta , munakahat, mukhasamat

• ) atau (مخاصمات (penyelasaian persengkitaan) persoalan “Amanaat” (mewakilkantanggongjawab) dan “al Tarikat” ( persoalanwarisan pesaka ).

Page 7: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Dari sudut lain, terdapat para alim ulama yang membatasi makna muamalat ini kepada hukumhakam yang berkaitan dengan harta; di mana mereka mengklasifikasikan Fiqh Islam kepada FiqhIbadat, Muamalat, Munakahat , Pidana atau ‘Uqubat dan sebagainya.

• Pandangan ini mungkin lebih tepat . Prof Ali Fikri mentakrifkan Muamalat sebagai :• علم ينظم تبادل االموال والمنافع بين الناس بواسطة العقود وااللتزامات

• "Ilmu yang mengatur transaksi harta dan manfaat di kalangan orang ramai melalui akad dankontrak tertentu serta bentu-bentuk obligasi rasmi yang telah disepakati. Dengan lain lainperkataan istilah muamalat bermaksud : Hukum hakam syar’iyah yang mengawal dan mengaturintraksi orang ramai – satu sama lain- berkenaan dengan segala bentuk harta. Ia merangkumsegala jenis transaksi seperti jual beli, sewa, derma; seperti pemberian, waqaf, wasiat, segalabentuk “Isqathat” (pelepasan dari tanggongjawab) seperti melupuskan hutang seseorang, perkongsian , “Tauthiqat” : seperti pengadaian, kafalah , Hiwalah dan lain-lain.

• Syubair, Dr Mohd Othman,” Al Muamalat Al Maliah Al Mu’asirah Fil Fiqh Al Islami” Dar Al NafaisJordan 1996 , Hal. 12

• Ibid, hal. 12

Page 8: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Page 9: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Manakala perkataan Maliah pula ialahmerujuk kepada perkataan “Mal” yang darisudut bahasa bermakna segala harta yang anda miliki samada emas, perak mata benda, barang atau dokumen berharga. Pendek kata segala benda, manfaat dan hak-hak yang dimiliki oleh seseorang.

Page 10: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Muamalat Maliah Dan BingkaiMaqasid

• Muamalat Maliah dalam Islam dibingkai oleh“al Dharuriyat al Khamsah” atau penjagaanlima kepentingan asas. Iaitu menjagakepentingan agama, nyawa, keturunan, namabaik dan harta. Manakala Maqasid Syari’ahyang berkaitan dengan harta telah dihuraikandengan terpeinci oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi dalam buku beliau “Al Maqasid Al Syairah Al Muta’alliqah Bil Mal”

Page 11: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

كتاب مقاصد الشريعة المتعلقة بالمال

(مترجم باللغة الماليزية)للشيخ القرضاوي

Page 12: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Kandungannya

• Dalam buku berkenaan beliau memperincikankepentingan nilai dan mertabat harta, kaitanharta dan ekonomi, dengan iman dan akhlak . Beliau mendedahkan tentang kewajibannengurus dan menghasilkan harta dari sumberyang halal di samping mengharamkanpengembangan perkara yang memudharatkan. Beliau menegaskan tentang keperluan mencapaidarjat mencukupi; agar ujud kemandirian rakyatdalam sandang pangan dan keperluan-keperluanasas.

Page 13: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Beliau menggariskan soal penggunaan harta, kitaran harta , pembahagian dan pengagihanharta. Dalam hal ini beliau menegaskantentang keperluan:

• -Merealisasi keadilan antara berbagaikumpulan,

• -Memberikan pemilikan kepada fakir miskin,

• -Mendekatkan jurang perbezaan pendapatan.

Page 14: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• -Menghurmati harta hak milik peribadi.

• -Menghalang penswastaan sector ekonomiyang berkepentingan awam,

• -Memperakukan kaedah takaful dalammasyarakat,

• -Membebaskan umat dari himpitankemiskinan di samping menangani masalahkeperluan kecemasan yang mendesak.

• Ibid , Al Qaradhawi : Hal :117-146

Page 15: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Dalam bentuk yang lebih ringkasdinyatakan oleh Sdr Dr.Aznan Hasan sebagai berikut : Dr. Aznan Hasan,

Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 193-199

Page 16: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Tujuan Diperkenalkan TransaksiBerlandaskan Muamalah Maliah

Syari’ah

• Sebenarnya terdapat berbagai matlamat mengapa hal inidiperakukan dan diwajibkan kepada setiap manusia yang beriman. Antaranya ialah :

• Agar terhindarnya kecurangan di dalam kehidupanmanusia; seperti rampas-merampas, ceroboh-mencerobohterhadap hak milik orang lain serta tipudaya dansebagainya.

• Selaras dengan kehendak manusia itu sendiri yang mahumeletakkan diri mereka di taraf yang tinggi sehinggamendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

• Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan tatacarauntuk berusaha dan bekerja bagi manusia dengan jalanyang halal.

Page 17: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Sabda Rasulullah s.a.w :

• : عن أبي عبد هللا النعـمان بن بشير رضي هللا عـنهما قـال

إن الحالل : )سمعـت رسـول هللا صلي هللا عـليه وسلم يقول

بين وإن الحـرام بين وبينهما أمور مشتبهات ال يعـلمهن كثير

من الناس فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ لديـنه وعـرضه

ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام كـالراعي يـرعى

حول الحمى يوشك أن يرتع فيه أال وإن لكل ملك حمى أال

وإن حمى هللا محارمه أال وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت

صلح الجسد كله وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه أال وهي (الـقـلب

Page 18: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Maksudnya

• Daripada Abdullah bin An Nukman bin Basyir r.anhuma katanya :” Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnyayang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itujuga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya(halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidakjelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui olehramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinyadengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuhke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya iatelah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpamapengembala yang mengembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir- hampir binatang gembalaannya masuk danmemakan rumput-rampai yang berpagar ini

Page 19: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• . Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan danketahuilah bahawa sesungguhnya kawasanlarangan Allah adalah perkara – perkara yang telah di haramkannya . Dan ketahuilahsesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satuketul daging, jika ia baik maka baiklahkeseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak makarosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya iaadalah hati.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari danMuslim)

Page 20: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Peranan Muamalat Maliah Syar’iyah

• Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauhdaripada sebarangpenipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli hartadan sebagainya.Inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.

• Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkanberlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkanpihak yang di tindas.

Page 21: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersihdaripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t, Ertinya kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti makan riba, rasuah,menipudan sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.

• Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya :• Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah

s.a.w Sesiapa yang mengumpulkan harta daripadapunca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,diatidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akanmenimpanya (Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibbandan Al-Halim)

Page 22: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Bermuafakat secara Islam melahirkan manusiayang berakhlak mulia dalam menjalankan suatuamanat Allah s.w.t.

• Memudahkan manusia untuk merasai kurniaanAllah s.w.t dengan cara yang betul dandiredhainya. Sekiranya tiada peraturanbermuamalat,manusia akan melakukan apa sajauntuk memperoleh harta yang banyak, merekajuga akan mengunakan harta mengikut nafsutanpa memikirkan kepentingan orang lain.

Page 23: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Menggalakkan manusia supaya rajin bekerja untukmeningkatkan taraf ekonomi keluarga,masyarakat dannegara.

• Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong menolong dan bantu-membantu untuk kebaikandan kebajikan bersama.

• Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki hartamengikut keupayaan masing-masing asalkan dengancara yang betul dan diredhai Allah s.w.t

Page 24: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Fadhilat Muamalat Syar’iah

• Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.

• Seseorang itu dapat menggunakan sebahagiandaripada hartanya pada jalan kebajikan.

• Seseorang yang menggunakan hartanya untukfaedah orang lain akan mendapat pahaladaripada Allah s.w.t.

• Orang yang membelanjakan hartanya pada jalanAllah akan meraih keberkatan hidup di dunia dandi akhirat

Page 25: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Firman Allah

• ا جعلكم م ورسوله وأنفقوا ممه منوا ستخلفين فيه فالهذين آآمنوا باللهمنكم وأنفقوا لهم أجر كبير

• Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah danrasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagaiwakil,maka orang yang beriman antara kamu sertamereka membelanjakan (sebahagian daripada hartaitu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar .

• (Surah Al-Hadid Ayat 7)

Page 26: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Kebaikan Yang Diraih Serta Keburukan Yang Dapat Dihindari

• Peraturan-peraturan dalam bermuamalatmengikut Islam secara tidak langsung melahirkanmanusia yang berakhlak mulia.

• Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur danterhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.

• Dapat mengelakkan kesan buruk yang timbulsekiranya muamalat yang dijalankan tidakmengikut syariat Islam; termasuklah:

Page 27: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

•– Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan– Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.– Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri

sendiri.– Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.– Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak

diredhai oleh Allah dan membazir.– Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut,

haloba dan sanggup menindas orang lain, demi kepentingan diri sendiri

Page 28: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Qawa’id Kulliyah Yang Melatari FiqhIslam

• Fiqh Islam umumnya dibingkai oleh Qa’idahKulliyah berikut:

• االمور بمقاصدها .1 :Sesuatu tindakan itu dinilaidari sudut tujuan yang menjadi sasarannya.

• اليقين ال يزول بالشك .2 : Sesuatu yang diyakinitidak terhapus kerana ragu

• dan syak.

• المشقة تجلب التيسير .3 : KesukaranMemungkinkan Kemudahan dan Peringanan.

Page 29: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• ال ضرر وال ضرار .4 : Tidak Memudharatkan dan TidakDibenarkan Menimbulkan Mudharat.

• العادة محكمة .5 : Adat Boleh Menjadi Rujukan Penentu.

• Cakupan qa’idah qa’idah kulliyah ini agak luas danmerentasi berbagi bab dan masaalah fiqh. Namunterdapat juga qa’idah qa’idah lain yang agak khususmembingkai transaksi muamalat seperti yang dihuraikan oleh penulis kitab “Al Qawa’id Al FiqhiyahAl Munazhimah Lil Mu’amalat Al Maliah Al Islamiah.

Page 30: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Page 31: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Page 32: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Beliau menerangkan bahawa antaraqa’idah-qa’idah biasa yang mengatur

kontrak “Mu’awadhat” atau muamalatdan “Tabarru’at” pendermaan ialah

qa’idah- qa’idah berikut

Page 33: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• االصل في المعاوضات االباحة .1 : Asas dan dasar dalammuamalat dan transaksi harta ialah harus.

• االصل في المعامالت الصحة .2 : Asas dan dasar dalammuamalat ialah sah atau absah.

• تفسد العقود بالغرر الكثير دون اليسير.3 : Akad akan dikirabatal kerana ujudnya kadar gharar yang tinggi danbanyak. Tetapi tidak terjejas kalau kadar ghararberkenaan sedikit.

Page 34: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• الجهالة انما توجب الفساد اذا كانت مفضية الى النزاع المشكل .4 : Ketidaktahuan boleh menjadi asas kerosakan yang membatalkan akad sekiranya ia membawa kepadapertikaian yang menyukarkan penyelesaian.

• المضمون بعوض في عقد معاوضة ال يحل بيعه قبل .5Perkara:قبضه yang terjamin dengan bayaran dalam akadtransaksi tidak boleh dijual sebelum memegang danmenerima barangan berkenaan.

• Amalan :انما البيع عن تراض .6 jual beli dan transaksi hartaadalah berlandaskan kerelaan kedua belah pehak.

Page 35: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

• Tidak :ال تنفذ خالبة خالب على مغبون مسترسل .7 bolehdibiarkan berlaku penipuan orang yang menipu terhadap pelanggan yang lurus danbersangka baik dan kemudian ia tertipu.

Page 36: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

Penutup

• Inilah beberapa pengenalan ringkas yang dapatkami huraikan dalam kesempatan yang terbatasini. Ia tidak merangkum beberapa persoalan lain seperti qa’idah yang mengatur akad tabaru’ , qa’idah yang mengatur pasaran harta ataukewangan, persoalan akad yang haram sepertiriba dan sebagainya. Persoalan muamalat kinisemakin berkembang dengan isu kewangan Islam , perbankan Islam dan berbagai akad dan produkkewangan baru yang dicipta untuk kepentingantransaksi yang lebih pantas dan cekap di zaman yang semakin canggih, smart dan modern ini

Page 37: Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam

والحمدهلل رب العالمين