pengakuan,penghargaan,abstrak

6
ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. 22 Januari 2015 ............................................................. Mohd Amar bin Md Arif P 66370

Upload: amarif88

Post on 03-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

muka depan

TRANSCRIPT

ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

22 Januari 2015 ............................................................. Mohd Amar bin Md Arif P 66370

PENGHARGAAN

Alhadulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah keizinan dan kurnianya, dapat saya menyempurnakan Kertas Projek I dan Kertas Projek II ini pada masa yang ditetapkan walaupun menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran di dalam menyempurnakannya.

Terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia saya, Prof. Madya Dato Dr. Abdul Razaq bin Ahmad, serta pensyarah Ijazah Sarjana Sosiologi Pendidikan, Dr. Mohd Mahzan bin Awang dan juga seluruh warga Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa tuan.Kepada ibu tercinta, Puan Hjh. Supiah binti Saad, terima kasih di atas doa restu dan juga menjadi tunjang semangat sepanjang tempoh penghidupan ini. Kepada arwah ayah, Allahyarham Md Arif bin Lebai Man, dirimu tetap diingatan dan doa sentiasa dititipkan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas jasa dan pengorbanan selama hayat yang lalu. Tidak dilupa juga kepada semua ahli keluarga dan insan-insan yang rapat dalam hidup ini kerana tidak pernah jemu memberi sokongan dan bantuan dari pelbagai sudut sepanjang tempoh menimba ilmu di sini. Semoga Allah berkati hidup kalian.

Terima kasih juga kepada teman seperjuangan, yang sama-sama menuntut ilmu di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Tanpa nasihat, tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan kalian, mungkin saya tidak akan sampai ke tahap ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua individu dan kumpulan-kumpulan ahli masyarakat yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda semua, amin.

Sekian terima kasih

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kegunaan masa senggang, pengisian aktiviti masa senggang dan kecenderungan pemilihan aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar. Kajian juga adalah bagi mengenal pasti perbezaan kegunaan masa senggang, pengisian aktiviti masa senggang dan kecenderungan pemilihan aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina dan etnik. Selain itu juga, kajian dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kegunaan masa senggang, pengisian aktiviti masa senggang dan kecenderungan pemilihan aktiviti masa senggang dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Kajian menggunakan analisis deskriptif untuk menentukan profil demografi kajian dan analisis inferensi yang digunakan adalah ujian t tidak bersandar, analisis Kruskal Wallis dan seterusnya ujian Korelasi Spearman. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tahap kegunaan masa senggang lebih tinggi (min = 3.02 dan sp = 0.38) dan tahap pengisian aktiviti masa senggang (min = 2.68 dan sp = 0.41) lebih tinggi daripada pelajar perempuan, manakala tahap kecenderungan pemilihan aktiviti masa senggang bagi pelajar perempuan pula lebih tinggi (min = 3.77 dan sp = 1.03) berbanding pelajar lelaki. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kegunaan masa senggang dalam kalangan pelajar berdasarkan etnik (Chi Square = 0.502 dan sig = 0.778 (p>0.05), tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengisian aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar berdasarkan etnik (Chi Square = 1.696 dan sig = 0.428 (p>0.05) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecenderungan pemilihan aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar berdasarkan etnik,(Chi Square = 1.138 dan sig = 0.566 (p>0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kegunaan masa senggang dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum (r = 0.026 dan sig = 0.738 (p>0.05), tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengisian aktiviti masa senggang dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum,( r = 0.038 dan sig = 0.623 (p>0.05) dan juga tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan memilih masa senggang dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum, (r = 0.012 dan sig = 0.881 (p>0.05). Oleh hal yang demikian, hasil dapatan ini membawa maksud bahawa waktu senggang pelajar tidak mempengaruhi atau mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penglibatan kokurikulum pelajar. Diharapkan, apabila memahami kajian ini, pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak pentadbiran sekolah, masyarakat dan ibu bapa perlu lebih peka dan memainkan peranan yang utama dalam merencanakan aktiviti-aktiviti sampingan pelajar dan anak-anak dalam membantu mereka memilih dan melakukan aktiviti yang berfaedah dan berproduktiviti dalam tempoh masa senggang mereka. Perancangan yang rapi mampu memberi kesan yang positif kepada pelajar serta menarik minat mereka untuk melaksanakan aktiviti tersebut..

ABSTRACT

This study was conducted to determine the use of spare time, spare time activities, and trends in the selection of leisure activities among students. The study also was to identify differences in the use of spare time, spare time activities, and the tendency selection of leisure activities among students by gender and ethnicity. In addition, surveys were conducted to identify the relationship between the use of spare time, spare time activities, and the tendency selection of leisure activities with student involvement in co-curricular activities. Studies using descriptive analysis to determine the demographic profile of the study and analysis of inference used was the independent t test, Kruskal Wallis and Spearman correlation test next. The findings show that male students have drunk higher use of spare time (min = 3.02 and SP = 0.38) and the level of replenishment of spare time activities (mean = 2.68 and SP = 0.41) higher than female students, while the tendency of the selection of leisure activities for female students was higher (mean = 3.77 and sP = 1.03) than male students. Further, there is a significant difference in the use of leisure time among students by ethnicity (Chi Square = 0.502 and sig = 0.778 (p> 0.05), there was no significant difference in charging leisure activities among students by ethnicity (Chi Square = 1.696 and sig = 0.428 (p> 0.05) and no significant differences in the likelihood of selection of leisure activities among students by ethnicity, (Chi Square = 1.138 and sig = 0.566 (p> 0.05). the study also showed that there was no significant relationship between use of spare time with student involvement in co-curricular activities (r = 0.026 and sig = 0.738 (p> 0.05), there was no significant relationship between the charging of leisure activities with student involvement in co-curricular activities, (r = 0.038 and sig = 0.623 (p> 0.05 ) and also there is no significant relationship between the tendency to prefer free time with student involvement in co-curricular activities, (r = 0.012 and sig = 0.881 (p> 0.05). Therefore, these findings mean that students do not affect the free time or have a significant relationship with the level of co-curricular student involvement. Hopefully, if I understand this study, the party primarily responsible for the administration of schools, communities and parents need to be more sensitive and plays a major role in planning activities such students and children in helping them choose and perform meaningful activities and productivity in during their spare time. Careful planning can have a positive impact on students and encourage them to carry out these activities ..