pengesahan penyelia - fp.utm.my · pengesahan penyelia ii judul iii pengakuan iv dedikasi v...

21
PENGESAHAN PENYELIA " Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Matematik)” Tandatangan : …………………………… Nama penyelia : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI Tarikh : ……………………………

Upload: phamliem

Post on 20-Jul-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

PENGESAHAN PENYELIA

" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ……………………………

Nama penyelia : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Tarikh : …………………………… 

 

Page 2: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

ii  

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU

PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN

MATEMATIK

NURDALINA BINTI DAUD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009 

Page 3: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

iii  

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :………………………………

Nama Penulis : NURDALINA BINTI DAUD

Tarikh :…………………………………

Page 4: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

iv  

DEDIKASI

Diabadikan khas buat

Ayahanda dan bonda yang dikasihi

Daud bin Kasa,

Mahani binti Abd. Hamid

Serta adik-beradikku tersayang

diatas berkat dan semangat

yang selalu dihulurkan

Buat insan teristimewa suamiku

Mohd Faizal bin Mohd Adni,

terima kasih diatas dorongan,

kesabaran dan kasih sayang yang diberikan

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan

dan teman seperjuangan yang

banyak membantu sepanjang

kajian ini dijalankan.

Semoga Allah jua yang

membalas jasa kalian

Amin

Page 5: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

v  

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah

kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

penganugerahan Ijazah sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia saya, Prof Dr. Noor Azlan bin

Ahmad Zanzali diatas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan

sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Kepada Allah SWT jua saya doakan agar kalian diberi pembalasan yang setimpal

dengan kerjasama yang diberikan kepada saya, InsyaAllah ianya akan tetap dikenang

hingga akhir hayat.

Wasalam.

Nurdalina binti Daud.

Page 6: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

vi  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis bahan bantu mengajar yang digunakan

oleh guru pelatih UTM semasa mengajar matapelajaran matematik. Kajian ini juga

untuk mengetahui tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar serta masalah

yang dihadapi oleh guru pelatih dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Responden

yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada sekolah

disekitar Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan

kaedah temu bual dan cerapan semasa sesi pengajaran Matematik. Analisis data dibuat

secara kualitatif berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden dan cerapan yang

dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih UTM mempunyai tahap

penggunaan bahan bantu mengajar yang tinggi. Terdapat beberapa cadangan untuk

meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar.

Page 7: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

vii  

ABSTRACT

The research was aimed to identify types of teaching aids that the University

Technology Malaysia (UTM) trainee teacher used during their teaching Mathematics.

This research seek to know the level of using skills the teaching aids and to know the

problem faced by trainee teacher in using the teaching aids. Respondent consists of five

practical teachers that major in Mathematics Education and did teaching practical in

areas of Johor Bahru. The instruments of research were used an interviews and

observations in Mathematics instruction. Data collected were analyzed by qualitative

based on the answer that trainee teacher are given by interview and observation. Result

showed that the trainee teachers have a high level in using the teaching aids. From the

research, some suggestions had been given to improve the research finding.

Page 8: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

viii  

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN TATANAMA xiv

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 4

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Kerangka Konsep 7

1.9 Model Glaser 8

1.10 Definisi Istilah 9

1.10.1 Bahan bantu mengajar 10

1.10.2 Penggunaan 11

1.10.3 Pengajaran 11

SENARAI KANDUNGAN

Page 9: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

ix  

1.11 Kesimpulan

12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Jenis Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran

14

2.3 Kemahiran Guru Pelatih Menggunakan Bahan

Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

17

2.4 Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran

19

2.5 Masalah Yang Dihadapi Dalam Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

20

2.6 Kesimpulan 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Populasi Kajian 27

3.3.1 Tempat Kajian 27

3.3.2 Sampel Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian 28

3.4.1 Temu bual 29

3.4.2 Pemerhatian 30

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 30

3.5.1 Temubual 31

Page 10: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

x  

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 32

3.7 Analisis Data 33

3.8 Jangka masa Kajian 33

3.9 Kesimpulan 34

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 35

4.2 Hasil dapatan kajian 36

4.2.1 Sampel A 36

4.2.1.1 Pengenalan 36

4.2.1.2 Hasil Temu Bual 36

4.2.1.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang

digunakan oleh guru pelatih dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

37

4.2.1.2.2 Tahap kemahiran penggunaan bahan

bantu mengajar di kalangan guru pelatih

dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

37

4.2.1.2.3 Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih

dalam penggunaan bahan bantu mengajar

38

4.2.1.3 Hasil cerapan 39

4.2.1.4 Rumusan 40

4.2.2 Sampel B 41

4.2.2.1 Pengenalan 41

4.2.2.2 Hasil Temu Bual 41

4.2.2.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang

digunakan oleh guru pelatih dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

42

4.2.2.2.2 Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu

mengajar di kalangan guru pelatih dalam

42

Page 11: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

xi  

proses pengajaran dan pembelajaran

4.2.2.2.3 Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih

dalam penggunaan bahan bantu mengajar

43

4.2.2.3 Hasil cerapan 44

4.2.2.4 Rumusan

4.2.3 Sampel C

45

46

4.2.3.1 Pengenalan 46

4.2.3.2 Hasil Temu Bual 46

4.2.3.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang

digunakan oleh guru pelatih dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

46

4.2.3.2.2 Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu

mengajar di kalangan guru pelatih dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

47

4.2.3.2.3 Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih

dalam penggunaan bahan bantu mengajar

48

4.2.3.3 Hasil cerapan 49

4.2.2.4 Rumusan 50

4.2.4 Sampel D 50

4.2.4.1 Pengenalan 50

4.2.4.2 Hasil Temu Bual 51

4.2.4.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang

digunakan oleh guru pelatih dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

51

4.2.4.2.2Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu

mengajar di kalangan guru pelatih dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

51

4.2.4.2.3Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih

dalam penggunaan bahan bantu mengajar

52

Page 12: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

xii  

4.2.4.3 Hasil cerapan 53

4.2.4.4 Rumusan 54

4.2.5 Sampel E 55

4.2.5.1 Pengenalan 55

4.2.5.2 Hasil Temu Bual 55

4.2.5.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang

digunakan oleh guru pelatih dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

55

4.2.5.2.2Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu

mengajar di kalangan guru pelatih dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

56

4.2.5.2.3Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih

dalam penggunaan bahan bantu mengajar

57

4.2.5.3 Hasil cerapan 58

4.2.5.4 Rumusan 59

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan dan Rumusan 61

5.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang

digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

61

5.2.2 Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu

mengajar dalam pengajaran dan

pembelajaran.

62

5.2.3 Masalah yang dihadapi dalam penggunaan

bahan bantu mengajar.

64

5.2.4 Penggunaan bahan bantu mengajar di

dalam kelas

64

Page 13: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

xiii  

5.3 Implikasi kajian 66

5.4 Cadangan kajian 67

5.5 Cadangan kajian lanjutan 67

5.6 Penutup

68

RUJUKAN

LAMPIRAN (A – F)

Page 14: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

xiv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Model Glaser yang telah diubahsuai oleh

pengkaji

8

1.2 Model Pengajaran Robert Glaser 9

Page 15: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

xv  

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BBM - Bahan bantu mengajar

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KPK - Kursus Penguruan Khas

OHP - projector overhead

 

Page 16: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

xvi  

SENARAI LAMPIRAN

 

 

 

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

B Soalan Temu bual

C Borang Temu bual

D Borang Cerapan

E Hasil temu bual

F Hasil Cerapan

Page 17: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam era teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan

sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru melalui

penggunaan kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu termasuklah

penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk

minat pelajar.

Sebahagian daripada kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan

kemahiran kepada pelajar ialah menggunakan bahan bantu mengajar. Guru – guru

menggunakannya hampir setiap kali mereka menyajikan pengajaran mereka.

Penggunaan alat bantu mengajar telah tersebar luas sejajar dengan arus kemajuan yang

berlaku dalam dunia pendidikan hari ini.

 

Page 18: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

2

Oleh yang demikian, melalui teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

dari guru sahaja belum dapat menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan

tanpa melalui bahan bantu mengajar. Dalam matapelajaran matematik, bahan bantu

mengajar memainkan peranan penting ke arah memahamkan konsep di dalam proses

pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kementerian Pelajaran Malaysia mengubal Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan

penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta mengutamakan penggunaan bahan bantu

mengajar untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan.

Pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang

berteraskan teknologi di sekolah-sekolah di negara ini untuk memudahkan guru-guru

terutamanya guru pelatih menggunakan kemudahan teknologi tersebut dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abu Zahari (1987), guru pelatih kurang

berketrampilan dengan tugasnya. Ramai di kalangan mereka yang kurang mahir dan

kreatif untuk menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi

pengajaran tersebut.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik, guru pelatih mengajar

matematik memberi tumpuan pada pengajaran satu hala dengan bercakap menggunakan

alat bantu mengajar yang minima seperti papan hitam, buku teks. Ini akan menyebabkan

pelajar menjadi pasif di dalam kelas. Sepatutnya guru mempelbagaikan teknik

pengajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai kepada pelajar.

Page 19: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

3

Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang

berbentuk 3B iaitu membosankan, membingungkan, dan memberatkan pelajar.

Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru (Lim

Chap Sam, 2003). Bahan bantu mengajar bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Alatan

Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa’ Noraziah Abdul Hamid (1981), menerangkan

bahawa ‘bahan bantu’ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam

proses tersebut. Bahan bantu mengajar bertujuan menambahkan kelancaran

perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid dengan murid serta

membantu, atau mempercepatkan proses permahaman mereka (Kamaruddin Hj.Husin,

1986)

1.3 Penyataan Masalah

Dalam era permodenan dan berteknologi ini masih terdapat sebilangan guru

pelatih yang mengajar menggunakan kaedah “chalk and talk” (kaedah tradisional).

Sepatutnya pengajaran menjadi lebih baik dan menarik dengan persediaan awal dari segi

perancangan kaedah penyampaian pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar

yang cukup. Ini secara tidak langsung boleh membantu pemahaman pelajar.

Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara

praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, bidang teknologi juga

memainkan peranan penting yang menjadi tapak asas yang kukuh dalam bidang

pendidikan masa kini. Perkembangan teknologi mencipta peralatan pengajaran memberi

kesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru

dan juga bagi mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan pelajar

Page 20: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

4

Guru pelatih (matematik) telah didedahkan pelbagai kaedah mengajar yang

memusatkan pelajar, sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana

menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan. Seseorang guru pelatih juga

harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar

yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran

yang dirancang. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung

kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang

sesuai. Sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber atau perpustakaan yang

dilengkapi bahan bantu mengajar tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya

jika gurunya tidak mahir menggunakan bahan itu dengan berkesan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :

i. Mengenal pasti jenis bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru-

guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran

matematik semasa latihan mengajar.

ii. Mengetahui tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar di

kalangan guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran

matematik.

iii. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam penggunaan

bahan bantu mengajar.

Page 21: PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN

5

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang ingin dijawab. Persoalan

tersebut adalah :

i. Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru pelatih dalam

proses pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar?

ii. Apakah tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar?

iii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam menggunakan

bahan bantu mengajar?