undang-undang keterangan: pengakuan (iqrar)

12
1 1.0. PENGENALAN Terdapat dua undang-undang keterangan iaitu Akta Keterangan 1950 dan Enakmen atau Akta Keterangan Mahkamah Syariah Negeri-negeri. Akta keterangan 1950 yang digunapakai di mahkamah sivil diambil keseluruhannya dari Akta Keterangan India 1872 yang telah digubal oleh Sir James Stephen. Manakala Undang-undang Keterangan Islam digubal berlandaskan sumber-sumber perundangan islam seperti al-Quran, as-Sunnah, ijma, qiyas kitab fiqh dan  pandangan para fuqaha dengan mengambil kira keadaan semasa di Malaysia. Justeru itu di Malaysia, satu statut khusus berkenaan keterangan dan pembuktian yang digunapakai oleh Mahkamah Sivil adalah Akta Keterangan 1950 (Akta 56). Manakala bagi Mahkamah Syariah, terdapat statut yang tersendiri dan berbeza mengikut negeri. Ini adalah kerana undang-undang syariah merupakan hak eksklusif negeri-negeri sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Pembuktian di Mahkamah Syariah menggabungkan antara pembuktian yang telah dibahaskan dalam hukum fiqh dan syariah Islam, dengan elemen pembuktian yang sudah sedia termaktub dalam Akta Keterangan 1950 (akta 56). Secara umumnya, undang-undang keterangan berfungsi sebagai kaedah untuk menentukan fakta dan bukti yang boleh dikemukakan di dalam mahkamah. Apabila sesuatu  jenayah dilaporkan, prosedur pendakwaan yang merupakan salah satu metod penting dalam mana-mana sistem keadilan jenayah sama ada sivil mahupun islam akan berlaku. Dalam proses melakukan pendakwaan, siasatan dalam mengumpulkan bukti dan keterangan akan dilakukan mengunakan konsep undang-undang keterangan ini. Alat pembuktian terbahagi kepada dua iaitu  bukti yang berasal dari diri pihak yang melakukan (pengakuan dan sumpah) dan alat-alat bukti yang berasal dari luar diri pihak-pihak yang terlibat (surat-surat, persangkaan hakim dan keterangan para saksi). Bagi memahami undang-undang keterangan islam, konsep al-baiyinah perlulah difahami terlebih dahulu. Al-baiyinah mengandungi maksud yang sangat luas serta merangkumi segala  bentuk pembuktian dan ini termasuklah al-syahadah, al-iqrar, al-yamin dan al-qarinah. Hanya  pengakuan (iqrar) keterangan saksi (syahadah) dan sumpah (yamin) merupakan bentuk keterangan yang disepakati oleh fuqaha (Ruzman Md. Nor, 2007: 75).

Upload: nurulyusoff89

Post on 19-Oct-2015

516 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

Terdapat dua undang-undang keterangan iaitu Akta Keterangan 1950 dan Enakmen atau Akta Keterangan Mahkamah Syariah Negeri-negeri. Akta keterangan 1950 yang digunapakai di mahkamah sivil diambil keseluruhannya dari Akta Keterangan India 1872 yang telah digubal oleh Sir James Stephen. Manakala Undang-undang Keterangan Islam digubal berlandaskan sumber-sumber perundangan islam seperti al-Quran, as-Sunnah, ijma’, qiyas kitab fiqh dan pandangan para fuqaha dengan mengambil kira keadaan semasa di Malaysia. Justeru itu di Malaysia, satu statut khusus berkenaan keterangan dan pembuktian yang digunapakai oleh Mahkamah Sivil adalah Akta Keterangan 1950 (Akta 56). Manakala bagi Mahkamah Syariah, terdapat statut yang tersendiri dan berbeza mengikut negeri. Ini adalah kerana undang-undang syariah merupakan hak eksklusif negeri-negeri sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Pembuktian di Mahkamah Syariah menggabungkan antara pembuktian yang telah dibahaskan dalam hukum fiqh dan syariah Islam, dengan elemen pembuktian yang sudah sedia termaktub dalam Akta Keterangan 1950 (akta 56). Secara umumnya, undang-undang keterangan berfungsi sebagai kaedah untuk menentukan fakta dan bukti yang boleh dikemukakan di dalam mahkamah. Apabila sesuatu jenayah dilaporkan, prosedur pendakwaan yang merupakan salah satu metod penting dalam mana-mana sistem keadilan jenayah sama ada sivil mahupun islam akan berlaku. Dalam proses melakukan pendakwaan, siasatan dalam mengumpulkan bukti dan keterangan akan dilakukan mengunakan konsep undang-undang keterangan ini. Alat pembuktian terbahagi kepada dua iaitu bukti yang berasal dari diri pihak yang melakukan (pengakuan dan sumpah) dan alat-alat bukti yang berasal dari luar diri pihak-pihak yang terlibat (surat-surat, persangkaan hakim dan keterangan para saksi). Bagi memahami undang-undang keterangan islam, konsep al-baiyinah perlulah difahami terlebih dahulu. Al-baiyinah mengandungi maksud yang sangat luas serta merangkumi segala bentuk pembuktian dan ini termasuklah al-syahadah, al-iqrar, al-yamin dan al-qarinah. Hanya pengakuan (iqrar) keterangan saksi (syahadah) dan sumpah (yamin) merupakan bentuk keterangan yang disepakati oleh fuqaha (Ruzman Md. Nor, 2007: 75).

TRANSCRIPT

4

1.0. PENGENALANTerdapat dua undang-undang keterangan iaitu Akta Keterangan 1950 dan Enakmen atau Akta Keterangan Mahkamah Syariah Negeri-negeri. Akta keterangan 1950 yang digunapakai di mahkamah sivil diambil keseluruhannya dari Akta Keterangan India 1872 yang telah digubal oleh Sir James Stephen. Manakala Undang-undang Keterangan Islam digubal berlandaskan sumber-sumber perundangan islam seperti al-Quran, as-Sunnah, ijma, qiyas kitab fiqh dan pandangan para fuqaha dengan mengambil kira keadaan semasa di Malaysia. Justeru itu di Malaysia, satu statut khusus berkenaan keterangan dan pembuktian yang digunapakai oleh Mahkamah Sivil adalah Akta Keterangan 1950 (Akta 56). Manakala bagi Mahkamah Syariah, terdapat statut yang tersendiri dan berbeza mengikut negeri. Ini adalah kerana undang-undang syariah merupakan hak eksklusif negeri-negeri sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Pembuktian di Mahkamah Syariah menggabungkan antara pembuktian yang telah dibahaskan dalam hukum fiqh dan syariah Islam, dengan elemen pembuktian yang sudah sedia termaktub dalam Akta Keterangan 1950 (akta 56).Secara umumnya, undang-undang keterangan berfungsi sebagai kaedah untuk menentukan fakta dan bukti yang boleh dikemukakan di dalam mahkamah. Apabila sesuatu jenayah dilaporkan, prosedur pendakwaan yang merupakan salah satu metod penting dalam mana-mana sistem keadilan jenayah sama ada sivil mahupun islam akan berlaku. Dalam proses melakukan pendakwaan, siasatan dalam mengumpulkan bukti dan keterangan akan dilakukan mengunakan konsep undang-undang keterangan ini. Alat pembuktian terbahagi kepada dua iaitu bukti yang berasal dari diri pihak yang melakukan (pengakuan dan sumpah) dan alat-alat bukti yang berasal dari luar diri pihak-pihak yang terlibat (surat-surat, persangkaan hakim dan keterangan para saksi). Bagi memahami undang-undang keterangan islam, konsep al-baiyinah perlulah difahami terlebih dahulu. Al-baiyinah mengandungi maksud yang sangat luas serta merangkumi segala bentuk pembuktian dan ini termasuklah al-syahadah, al-iqrar, al-yamin dan al-qarinah. Hanya pengakuan (iqrar) keterangan saksi (syahadah) dan sumpah (yamin) merupakan bentuk keterangan yang disepakati oleh fuqaha (Ruzman Md. Nor, 2007: 75). 2.0. PENGAKUAN (IQRAR)Al-iqrar (pengakuan) merupakan pembuktian yang mendapat kedudukan tertinggi dalam undang-undang keterangan islam. Ianya merujuk kepada pengakuan seseorang dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan atau pengaruh pihak lain. Iqrar datangnya daripada pihak yang didakwa iaitu pengakuannya terhadap sesuatu yang didakwa atau penyaksian terhadap diri sendiri. Iqrar hanya mengikat dan memberi kesan kepada orang yang membuat pengakuan tersebut sahaja tanpa menyabit atau mengikat orang lain.Pembuktian al-Iqrar hanya boleh diterima pakai sebagai sabitan sekiranya ia dibuat di dalam Mahkamah, dihadapan Hakim atau di luar mahkamah di hadapan dua orang saksi yg aqil, baligh dan adil. Sekiranya ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa terdapat elemen paksaan atau ugutan pada al-Iqrar, ianya akan tertolak dan tidak diterima sebagai sabitan. Sekiranya orang yang didakwa mengaku atau beriqrar akan kebenaran dakwaan, maka sabitlah pendakwaan itu keatasnya.3.0. DEFINISI PENGAKUAN (IQRAR)3.1.Definisi Menurut IslamPengakuan (al-iqrar) bermaksud mengaku atau membuat pengakuan (Mahmod Saedon, 2003: 41). Dari sudut istilah, iqrar bermaksud memberitahu seorang yang sabit hak orang lain ke atas dirinya walaupun buat masa akan datang tetapi bukanlah semata-mata pemberitahuan bahkan pada hakikatnya iqrar itu juga adalah (ikhbar) pemberitahuan dan dari sudut lain bermaksud (insyak) mencipta sesuatu (al-Sharbiniy, 1995: 540).Mazhab Syafie mendefinisikan iqrar sebagai suatu pengakuan atau penghindaran penafian, pemberitahuan sesuatu hak yang sabit ke atas orang yang memberitahu dan juga iqrar itu sebagai iktiraf.Manakala Mazhab Hanafi pula berpendapat iqrar merupakan keterangan ke atas diri sendiri sebagai bukti kebenaran untuk menyangkal kenyataan yang dibuat oleh orang lain terhadap dirinya. Iqrar juga diistilahkan sebagai pengakuan hak orang lain ke atas diri seseorang walaupun hak itu untuk masa yang akan datang.Iqrar menurut Mazhab Hanbali pula ialah pengakuan atau pengakuan salah. Manakala Mazhab Maliki mentakrifkan iqrar sebagai memberi penerangan yang mana isi kandungannya mengikat orang yang memberi keterangan atau wakilnya hanya dengan mengucapkan penerangan itu.3.2.Definisi Menurut Akta Keterangan 1950Kedudukan iqrar adalah selari dengan kedudukan pengakuan (admission). Namun ada juga pendapat yang menyatakan iqrar juga sama seperti confession. Perbezaan ini sebenarnya berlaku dalam jenis kes yang berbeza, namun dari sudut prinsipnya iqrar adalah berat kepada confession kerana ia mengikat pihak yang membuat pengakuan. Akta keterangan 1950 telah membahagikan penafsiran pengakuan kepada pengakuan dan pengakuan salah.Menurut seksyen 17 (1) Akta Keterangan 1950, pengakuan ialah suatu penyataan, lisan, atau dokumentar yang menyarankan apa-apa referens mengenai sesuatu fakta berkaitan dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan dalam hal keadaan yang disebut kemudian daripada ini. Manakala seksyen 17 (2) pula memberi tafsiran mengenai pengakuan salah sebagai suatu pengakuan yang dibuat bila-bila masa olehseseorang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan yang menyatakan atau menyarankan inferens bahawa dia telah melakukan kesalahan itu.Didalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (AKMSWP) 1997, terdapat dua jenis iqrar (Abdul Karim Zaidan, 1997: 4), iaitu yang pertama ialah dalam seksyen 17 (1) di mana menyatakan bahawa al-iqrar merujuk kepada suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang lain berkenaan dengan sesuatu hak. Manakala jenis iqrar yang kedua ialah dalam seksyen 17 (3) bahawa al-iqrar berhubung sesuatu fakta persoalan atau fakta isu yang dianggap sebagai qarinah.Penggunaan istilah iqrar di bawah syeksen 17 (1) dan seksyen 17 (3) di dalam AKMSWP 1997 ini agak kabur dan mengundang pelbagai interpretasi di kalangan pengamal undang-undang Islam. Ada di antara Pegawai Pendakwa Syarie yang menginterpretasikan seksyen 17 (1) sebagai iqrar sarih dalam bentuk pengakuan salah dan seksyen 17 (3) sebagai sarih kinayah dalam bentuk pengakuan. Iqrar di bawah seksyen 17 (1) boleh mensabitkan tertuduh tanpa perlu kepada keterangan sokongan lain manakala iqrar di bawah seksyen 17 (3) pula tidak boleh mensabitkan tertuduh. Ianya hanya boleh menjadi keterangan berbentuk qarinah yang akan terpakai dengan adanya sokongan dari keterangan-keterangan lain. Ini merupakan pandangan daripada Tuan Haji Che Zam Zam bin Che Man (Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Melaka), Tuan Mohd Rafizan bin Ahmad Suffian, Puan Siti Nor Hashibah bt Jamhari dan Tuan Zaiyarufain bin Yusoff (Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor) yang dipetik dari temubual berkaitan Prosedur Kes Pendakwaan Syariah pada 17 Disember 2010 dan 20 Disember 2010.Golongan kedua pula berupaya mentafsirkan iqrar sarih sebagai pengakuan salah dan iqrar kinayah sebagai pengakuan. Walau bagaimanapun, mereka mengaitkan kedua-dua jenis iqrar tadi dengan seksyen 17(1) dan seksyen 17 (3) dengan cara tersendiri. Mereka beranggapan seksyen 17 (1) adalah iqrar yang dilakukan oleh tertuduh sendiri dan ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu pengakuan salah dan pengakuan. Dalam masa yang sama, mereka beranggapan seksyen 17 (3) adalah iqrar yang dibuat oleh wakil tertuduh dan ianya tiada kena mengena dengan pengakuan salah mahupun pengakuan. Ini adalah pandangan daripada Puan Farah bt Hassan iaitu Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Kedah dan Tuan Syeikh Amiruddin Putra bin Zainol Abidin, seorang Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Muda dalam temubual Prosedur Pendakwaan Kes Jenayah Syariah pada 9 Disember dan 14 Disember 2010.4.0. DALIL PENSYARIATAN IQRARAntara dalil yang menunjukkan bahawa iqrar diterima sebagai salah satu cara pembuktian ialah dalam Surah al-Qiamah, ayat 14 dan ayat 15 di mana Allah s.w.t telah berfirman: * Maksudnya: Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).Allah s.w.t berfirman lagi dalam Surah Ali-Imran, ayat 81: Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu".Firman Allah s.w.t dalam Surah an-Nisa, ayat 135: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Pergilah wahai Unays kepada wanita ini (dan tanyalah kepadanya) sekiranya dia mengaku, maka rejamlah dia.Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: ingatlah aku akan memberitahu kamu akan sebaik-baik saksi, iaitu orang yang menjadi saksi sebelum diminta.5.0. PERBANDINGAN PENGAKUAN MENURUT UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM DENGAN AKTA KETERANGAN 19505.1.Bentuk IqrarUndang-undang Keterangan Islam membahagikan pengakuan kepada pengakuan lisan, pengakuan dengan isyarat dan pengakuan secara bertulis. Pengakuan lisan pula terbahagi kepada lisan secara langsung dan tak langsung. Pengakuan lisan secara langsung iaitu berbentuk lafaz sarih atau terang-terangan . Contoh penggunaan pengakuan ialah aku berhutang dengan fatimah sebanyak seratus puluh ringgit. Manakala contoh dalam kes jenayah pula seperti lafaz, Aku telah mencuri motorsikal kepunyaan zaid.Manakala iqrar secara tidak langsung dikenali sebagai iqrar dhimni atau dilalah. Contoh iqrar secara dhimmi pula ialah Engkau, fatimah berhutang dengan aku sebanyak RM100. Maka jawab fatimah Aku telah membayarnya. Maka klausa jawapan ini dianggap satu bentuk iqrar atau pengakuan secara dhimni atau tersembunyi.Iqrar secara bertulis boleh dibuat dengan kertas rasmi atau sebaliknya dan adalah disyaratkan penerimaan iqrar bertulis sebagai bukti hendaklah disaahkan kebenarannya.Manakala iqrar yang dibuat secara isyarat oleh orang bisu dengan cara isyarat yang difahami adalah diterima. Namun, iqrar secara isyarat oleh orang yang dapat berkata-kata dengan sempurna tidak dapat diterima kecuali dalam kes berhubung dengan nasab. Menurut Mazhab Syafie, iqrar isyarat oleh orang bisu di dalam kes zina adalah diterima untuk sabitan hukuman hudud. Manakala, Mazhab Hanafi menolak iqrar isyarat daripada orang bisu dalam kes zina kerana berpandangan ia tidak dapat memberikan kepastian dan menolak kesamaran.Dalam menjelaskan Iqrar secara isyarat, Seksyen 70 Al-Majallah menyatakan: Isyarat biasa orang bisu itu adalah sama seolah-olah dia menyatakan dengan kata-kata. Iqrar secara bertulis pula dinyatakan sebagai diterima oleh syarak dan ianya dianggap sama seperti iqrar dengan lisan (Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, Fasal 1586).Pengakuan atau pengakuan salah boleh dibuat sama ada dengan cara lisan atau dokumen atau perbuatan (Hamid Sultan 2001:766). Malahan perbuatan tertuduh melarikan diri dari tempat kejadian sebaik sahaja perlakuan yang didakwa itu boleh dianggap sebagai pengakuan salah. Lafaz bentuk pengakuan menurut Akta Keterangan 1950 ialah isu lafaz pengakuan yang terdapat dalam seksyen 17(2) adalah terbahagi antara klausa menyatakan dan menyarankan. Klausa menyatakan dianggap sebagai pengakuan rasmi manakala klausa perkataan menyarankan pula bermaksud tertuduh tidak menyatakan secara langsung. Mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa tertuduh telah melakukan perbuatan salah tersebut. Ia juga dikenali sebagai non plenary confessions. Bagi kategori pertama, pensabitannya agak mudah kerana pengaku secara jelas menyatakan bahawa ia telah melakukan suatu kesalahan manakala bagi kategori kedua, prinsip atau ujian yang dipakai ialah sepertimana yang terdapat dalam kes Anandagoda v The QueenBerkaitan dengan berdiam diri, Akta Keterangan 1950 mengambil sikap yang sama seperti Undang-undang Keterangan Islam yang menganggap berdiam diri bukan pengakuan salah. Sekalipun berdiam diri dianggap sebagai pengesahan (silence amounts to consent) tetapi ianya tidak terpakai dalam kes jenayah, tetapi ia diguna pakai dalam kes sivil.5.2.Bilangan IqrarMazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat bahawa iqrar dalam kes zina adalah sebanyak empat kali. Imam Abu Hanifah mensyaratkan ianya mesti dibuat dalam majlis yang berbeza. Namun, menurut Mazhab Hanbali pengakuan yang dibuat dalam satu majlis sahaja sudah memadai Bagi jenayah hirabah, mencuri, minum arak dan permasalahan Qisas, pengakuan dari pesalah menjadi bukti kesalahannya. Ulama telah berbeza pendapat mengenai bilangan pengakuan. Menurut Mazhab Hanbali, Syafie dan Maliki, pengakuan mestilah dibuat sebanyak dua kali didalam majlis yang berasingan. Manakala bagi kes-kes hudud yang lain memadai dengan sekali pengakuan sahaja. Dalam Akta Keterangan 1950 sebaliknya tidak menekankan bilangan pengakuan salah yang dibuat dan tidak ada sebarang peruntukan pun yang menetapkan kadar bilangan pengakuan yang perlu dibuat. Walau bagaimanapun, hakim-hakim digalakkan untuk mendapatkan kepastian tentang pengakuan yang dibuat dengan bertanyakan tertuduh berhubung pengakuan salah yang dibuat adalah secara sukarela dan bebas dari sebarang ugutan atau janji. Contohnya ialah dalam kes Abdullah bin Awang Bongkok v PP (1956) 22 MLJ 90.Majoriti ulama sependapat bahawa orang yang beriqrar mesti memberikan keterangan secara terperinci mengenai jenayah yang dilakukan seperti masa, tempat dan cara melakukannya. Selain itu, Iqrar yang dibuat haruslah munasabah dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Tidak dterima iqrar yang tidak menepati kemunasabahan kerana ia tidak dapat mensabitkan perkara yang diikrarkan. Dengan sebab itu pengakuan zina oleh orang yang terputus zakarnya (majbub) tidak boleh diterima dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud kerana pada logiknya, orang yang sebegini tidak berupaya melakukan zina. Iqrar orang yang sebegini tidak menepati kemunasabahan (Mahmud Saedon 2003:54). Akta Keterangan 1950 juga memperuntukkan perkara yang sama. Oleh kerana itu pengakuan salah yang dibuat mestilah dibuktikan oleh pendakwa beserta dengan keterangan-keterangan yang terperinci tentang jenayah yang dilakukan sehingga sampai ke tahap tanpa keraguan yang munasabah (proof beyond reasonable doubt) dan ianya adalah dibuat secara sukarela.Iqrar menjadi tidak sah sekiranya pengakuan yang dibuat ditarik balik ataupun tidak diterima dalam kes-kes yang berkaitan dengan manusia. Tetapi tetap menjadi sah dalam perkara yang berkaitan dengan hak Allah khususnya jenayah hudud (Abdul Monir Yaacob: 252), namun begitu, kesannya hukuman had akan bertukar menjadi hukuman takzir sahaja kerana menunjukkan adanya ciri kesamaran tentang kesahihan iqrar.Hal ini jelas membuktikan bahawa pengakuan merupakan sesuatu yang penting dalam undang-undang keterangan sebagai bahan bukti utama dalam penyabitan undang-undang jenayah sama ada menurut undang-undang keterangan islam mahupun akta keterangan 1950.

5.3.Syarat-syarat Iqrari. Berakalii. Baligh dan mumaiyyiz. Kanak-kanak yang mumaiyyiz boleh diterima iqrarnya jika dia telah diizinkan oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan iqrarnya adalah terhad kepada perkara yang berkaitan dengan perbuatannya (Seksyen 18 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.iii. Merdeka. Namun Seksyen 19 Akta Keterangan memperuntukkan iqrar seseorang yang berada dalam keadaan marad al-maut terhadap hak orang lain ke atasnya bolehlah diterima mengikut hukum syarak.iv. Sukarela dan sedar. Sedar disini bermaksud bahawa pembuat iqrar adalah tidak berada di dalam keadaan mabuk dan menurut jumhur ulama adalah tidak sah iqrar orang yang dalam keadaan mabuk. Namun, menurut Mazhab Hanafi, ikrar orang mabuk boleh diterima kecuali mengenai hukuman hudud dan sabitan talak.v. Tiada tohmah dalam perkara yang diiqrarkan. Ianya bermaksud tiada sebarang anggapan atau andaian mengenai kemungkinan ada sesuatu yang mempunyai kepentingan dengan orang membuat iqrar mengenai perkara yang diiqrarkannya.vi. Iqrar mesti dibuat bersungguh-sungguh. Iqrar yang dibuat dalam keadaan bergurau atau apa sahaja keadaan yang tidak menunjukkan kesungguhan tidakk akan diterima.vii. Iqrar mestilah munasabah dan tidak mustahil pada akal dan syarak. Mustahil pada akal adalah seperti seseorang mendakwa dirinya adalah anak kepada seseorang yang lebih muda darinya. Manakala mustahil pada syarak pula ialah jika seseorang yang mati meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan dan kemudian anak lelaki itu membuat pengakuan bahawa pusaka dibahagi sama rata, maka pengakuan itu terbatal kerana syarak menetapkan bahawa lelaki akan menerima dua bahagian daripada perempuan.6.0.KESAN IQRARi. Iqrar diterima dalam pembuktian dan mengikat jika cukup syaratii. Iqrar hanya mengikat pembuat iqrar sahaja dalam kes hudud seperti zinaiii. Tarik balik iqrar sebelum jatuh hukum. Jika pembuktian berdasarkan kepada iqrar semata-mata, maka hukum tidak boleh dijatuhkan dan kes tersebut akan dibuang. Dalam kes hudud pula, hukuman hudud tidak wajib dikenakan kerana adanya keraguan tetapi jika sabit, maka boleh dikenakan hukum takzir sekiranya syarat kesaksian tidak sempurna.iv. Tarik balik iqrar selepas hukuman dijatuhkan. . Dalam kes hudud pula, hukuman hudud tidak wajib dikenakan kerana adanya keraguan tetapi jika sabit, maka boleh dikenakan hukum takzir sekiranya syarat kesaksian tidak sempurna. Manakala dalam kes harta pula, keputusan hakim sah dan mengikat kerana penghakiman telah dijalankan.v. Tarik balik iqrar selepas hukuman dilaksanakan. Dalam kes hudud terdapat dua kemungkinan. Pertama ialah jika hukuman sedang dilaksanakan, maka hukuman tersebut akan dihentikan. Kedua adalah sekiranya penarikan balik iqrar dibuat selepas hukuman selesai, maka hukuman hudud tersebut dikira sah7.0.KEBOLEHTERIMAAN IQRARMenurut Seksyen 8 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997,1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima: a) iqrar seseorang yang tidak aqil baligh; b) tertakluk kepada subseksyen (2), iqrar orang belum dewasa; c) iqrar orang gila atau orang terencat akal (matuh); d) iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya;e) iqrar yang tidak dibuat secara sukarela;atauf) iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya2) iqrar yang dibuat oleh seseorang orang belum dewasa yang mumaiyyiz yang telah dibenarkan oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang iqrar itu adalah berhubungan dengan perniagaan atau urusan itu.3) Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar tidaklah semestinya seorang yang aqil baligh iaitu jika orang yang membuat iqrar menyatakan bahawa barang atau harta adalah bagi faedah orang belum dewasa yang belum mumayyiz, iqrarnya boleh diterima dan orang yang membuat iqrar itu adalah terikat dengan pernyataannya.8.0.KESIMPULANIqrar mempunyai prosedur dan peraturan yang tersendiri. Beberapa aspek tertentu perlu diambil kira bagi memastikan sesuatu pernyataan atau pengakuan itu adalah iqrar menurut Undang-undang Keterangan Islam dan Akta Keterangan 1950. Ini kerana iqrar merupakan salah satu kaedah yang paling penting dalam mensabitkan kesalahan seseorang berdasarkan kepada kes-kes tertentu. Di Malaysia, penggunaan iqrar adalah mengikut peruntukan yang telah ditetapkan dalam Akta Keterangan 1950. Walaupun begitu, iqrar dalam Undang-undang Keterangan Islam adalah berdasarkan kepada Al-quran yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi s.a.w. yang mana ianya boleh dipraktikkan oleh umat manusia keseluruhannya.

RUJUKANAl-Quran.Ahmad Azam Mohd Shariff. (2011). Prosedur Pendakwaan Jenayah Syariah: Analisi keatas Peruntukan Undang-undang di Bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.Abdul Karim Zaidan. (1984). Nizam al-Qadha fi al- Shariah al-Islamiyyah. Baghdad: Matbaah al-Ani.Abdul Karim Zaidan.(1997). Sistem Kehakiman Islam. Jilid 2. Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abdul Majid.Abdul Monir Yaacob. Pendakwaan dan Penyiasatan Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur: IKIM.Khatib Muhammad al-Sharbiniy. (1995). Mughni al-Muhtaj. Jilid 4. Beirut: Dar al-Fikr.Mahmud Saedon A. Othman. (2003). Undang-undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ruzman Md. Nor. (2007). Pembuktian di Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan, Ahmad Hidayat Buang et. Al. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.