borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦ · bab perkara muka surat judul i pengakuan ii...

20
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM BAGI TAJUK FORCE & PRESSURE BAGI MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT. SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : IRWAN SHAH MOHD GHANNY _________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 154, LRG LONG JAAFAR F 3/7, PROF. MADYA DR RIO SUMARNI 34000 TAIPING, Nama Penyelia PERAK. Tarikh : 23 APRIL 2006 Tarikh : 23 APRIL 2006 SULIT TERHAD

Upload: others

Post on 20-Oct-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB

BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM BAGI

TAJUK FORCE & PRESSURE BAGI MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN

EMPAT.

SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : IRWAN SHAH MOHD GHANNY _________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 154, LRG LONG JAAFAR F 3/7, PROF. MADYA DR RIO SUMARNI 34000 TAIPING, Nama Penyelia PERAK. Tarikh : 23 APRIL 2006 Tarikh : 23 APRIL 2006

SULIT

TERHAD

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : ………………………………------ Nama Penyelia : PM DR. RIO SUMARNI SHARIFFUDIN Tarikh : 23 APRIL 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB

BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM

BAGI TAJUK FORCE & PRESSURE BAGI MATA PELAJARAN FIZIK

TINGKATAN EMPAT

IRWAN SHAH BIN MOHD GHANNY

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

ii

“Saya akui karya ini “Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Web

Berdasarkan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham Bagi Tajuk Force &

Pressure Bagi Matapelajaran Fizik Tingkatan Empat ” adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………….. Nama Penulis : IRWAN SHAH BIN MOHD GHANNY Tarikh : 23 APRIL 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

iii

Istemewa Buat Keluarga Tercinta

Ayahanda

Mohd Ghanny bin Mohd Ali

Bonda

Allahyarhamah Halijah binti Ali

Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat kepada-Nya. Al-Fatihah.

Adindaku Nur Diana

Saudara mara yang banyak membantu

Tunang yang kukasihi

Latifah binti Abdul Raub

Doa kalian hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Setiap langkah kaki ini kalian sentiasa di hati.

Juga kepada semua sahabat yang disayangi

Terima kasih atas sokongan kalian.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, selawat

dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya serta para

sahabat. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya

dapat saya siapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan.

Sekalung dan setinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Rio Sumarni

Shariffudin selaku penyelia projek ini di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat

dan bantuan yang diberikan sepanjang perlaksanaan projek ini. Semoga beliau dan

seisi keluarga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah s.w.t hendaknya.

Terima kasih juga kepada penilai iaitu Dr. Zaidatun Tasir dan Encik Fadzli

Mohd Ali kerana sudi meluangkan masa menilai projek ini. Terima kasih sekali lagi.

Penghargaan khas terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan

seperjuangan yang terlibat secara langsung atau tidak dari segi idea, galakan dan

bantuan dalam menyiapkan projek ini. Segala sumbangan kalian tetap saya hargai

dan semoga Allah s.w.t sahaja yang membalas segala jasa baik kalian.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

v

ABSTRAK

Hadirnya komputer dan konsep multimedia dalam era teknologi kini telah

membawa pelbagai perubahan dalam semua bidang kehidupan. Ini termasuk juga

dalam bidang pendidikan. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan telah

berjaya mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar ke arah

pendidikan sepanjang hayat yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Pembangunan

perisian multimedia berasaskan web ini membantu menambah perisian-perisian yang

sedia ada dalam memperkayakan ilmu pengetahuan terhadap fizik dalam tajuk daya

dan tekanan. Perisian yang telah dibangunkan dalam Bahasa Inggeris ini memenuhi

kehendak dan sukatan pelajaran fizik tingkatan empat KBSM. Ia dibangunkan

dengan menggunakan perisian Swish 2.0 sebagai perisian utama supaya dapat diubah

kepada format flash (*.fla) sebelum di ‘upload’ serta disokong oleh perisian Adobe

Photoshop 7.0, Microsoft Word 2003 dan Microsoft Outlook 2003. Kelebihan utama

perisian berdasarkan teori kecerdasan pelbagai 5 fasa Needham adalah kerana ia

dapat menarik minat serta memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep fizik

dengan pelbagai grafik, imej dan video yang disertakan. Daripada penilaian yang

telah dilakukan, komponen multimedia yang disertakan dalam perisian berbentuk

web ini menarik dan bersesuaian serta dapat membantu dalam pemahaman sesuatu

konsep dalam fizik. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar dalam

menguasai konsep fizik yang dikehendaki.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

vi

ABSTRACT

The advent of the computer and the concept of multimedia in the era of the

technology welcomed many changes in our life. This includes the field of education.

The use of the computer in the education area has changed the concept of teaching

and learning process and leads us to the life long education as the government

proposed. Developing this research based on web helps provide more software to

enrich the knowledge of force and pressure in physics. This software developed in

English to accomplish needs in KBSM physic form four syllabus. The software

applied the Needham five phase theory. It was developed by using Swish 2.0 as the

basic software before it was converted to the flash format (*.fla) to upload in the

internet and supported by software such as Adobe Photoshop 7.0, Microsoft Word

2003 and Microsoft Outlook 2003. The advantages of using this software were its

ability to attract students’ interests and attention with images, graphics and videos.

From the evaluation, it showed that the multimedia componens in this software were

attractive and suitable and also may help students in mastering the physics concept.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL DAN RAJAH xi

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian / Rasional 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definasi Istilah 7

1.8.1 Perisian Multimedia 7

1.8.2 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham 9

1.8.3 Daya dan Tekanan 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

viii

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Penggunaan Perisian Multimedia Berasaskan Web

dalam Pengajaran dan Pembelajaran 12

2.3 Keberkesanan Perisian Multimedia 15

2.4 Strategi-strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer 16

2.4.1 Latih Tubi 16

2.4.2 Tutorial 17

2.4.3 Permainan 17

2.4.4 Simulasi 17

2.4.5 Penyelesaian Masalah 18

2.5 Teori Pembelajaran 18

2.5.1 Teori Behaviorisme 18

2.5.2 Teori Kognitivisme 19

2.5.3 Teori Konstruktivisme 20

2.5.4 Model Konstruktivisme Lima Fasa 23

2.6 Proses Pembangunan Perisian Multimedia 24

2.6.1 Model ADDIE 25

2.7 Penutup 26 BAB III REKA BENTUK KAJIAN 27

3.1 Pengenalan 27

3.2 Model Reka Bentuk yang Digunakan 28

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan (Analysis) 28

3.2.1.1 Pembinaan Konsep Perisian 29

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

ix

3.2.1.2 Menyatakan Tujuan 29

3.2.1.3 Mengenalpasti Kumpulan Sasaran 31

3.2.2 Fasa Reka Bentuk (Design) 31

3.2.3 Fasa Pembangunan (Development) 33

3.2.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 33

3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 33

3.3 Pemilihan Perisian 34

3.3.1 Swish 2.0 34

3.3.2 Adobe Photoshop 7.0 34

3.4 Carta Alir Perisian 35

3.5 Pengaplikasian Model Konstruktivisme Lima Fasa

Needham 37

3.6 Penutup 38

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 39

4.3 Reka Bentuk Skrin 40

4.3.1 Butir-butir Mengenai Perisian 40

4.4 Penutup 51

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 52

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 52

5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan

Perisian 54

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 54

5.3.2 Kekurangan Masa 54

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

x

5.4 Kelebihan Perisian 55

5.5 Kelemahan Perisian 55

5.6 Hasil Penilaian 56

5.7 Komen-komen Penilaian Yang Diterima 57

5.8 Kesimpulan 57

5.9 Cadangan 58

5.10 Penutup 59

RUJUKAN 60

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

xi

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model Reka Bentuk ADDIE 28

3.2 Carta Alir Perisian 36

4.1 Paparan Montaj 40

4.2 Kandungan Perisian 41

4.3 Fasa Pertama Model Konstruktivisme Lima Fasa 42

4.4 Fasa Kedua Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 42

4.5 Fasa Kedua Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 43

4.6 Fasa Kedua Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 43

4.7 Fasa Kedua Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 44

4.8 Fasa Ketiga Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 44

4.9 Pengguna Dapat Memilih Video Yang Disediakan 45

4.10 Fasa Keempat Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 45

4.11 Fasa Keempat Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 46

4.12 Fasa Keempat Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 46

4.13 Fasa Keempat Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 47

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

xii

4.14 Fasa Kelima Dalam Model Konstruktivisme Lima

Fasa 47

4.15 Reka Bentuk Skrin Dalam Fasa Kelima 48

4.16 Paparan Markah Kepada Pengguna 48

4.17 Paparan Markah Dalam Bentuk Peratus 49

4.18 Butir-butir Mengenai Pembangun 50

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 5.1 Hasil penilaian perisian berasaskan web

dengan menggunakan Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham 56

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan asas dalam kehidupan seseorang. Dan dalam agama

Islam, semua penganutnya diwajibkan untuk menimba atau mempelajari ilmu

pengetahuan. Ini terbukti dalam kitab sucinya iaitu Al-Quran ada menyebut

antaranya “ tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga liang lahat ” dan “ tuntutlah

ilmu sehingga ke Negeri China ”. Ayat-ayat tadi memberi maksud bahawa

penganutnya wajib mempelajari ilmu pengetahuan sejak dari kecil lagi, tidak kira di

mana sehinggalah seseorang itu mati. Ia juga menuntut penganutnya berhijrah dalam

mencari ilmu pengetahuan ini. Ini sudah jelas membuktikan bahawa dalam agama itu

sendiri amat menyuruh penganutnya untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Dan tiada

satu agama pun yang melarang penganutnya untuk mempelajari ilmu pengetahuan.

Bagi negara kita, iaitu sebagai negara yang membangun, dalam mencapai

status negara maju menjelang 2020, pendidikan merupakan sesuatu yang amat

dititikberatkan supaya dapat melahirkan golongan cerdik pandai yang dapat

membantu dalam arus pemodenan negara kita kelak. Untuk mencapai dan

merealisasikan matlamat itu, guru-guru diberi tanggungjawab yang berat supaya

mendidik dan membentuk golongan cerdik pandai ini untuk keperluan negara kelak.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

2

Kerajaan juga telah melaksanakan Koridor Raya Multimedia sebagai satu

langkah untuk bergerak ke arah matlamat negara maju pada tahun 2020. Antara

lapan aplikasinya, sekolah bestari adalah salah satu daripadanya. Sekolah Bestari

yang di dalam proses perlaksanaannya akan menggunakan pelbagai komponen

multimedia dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar

pengajaran dan pembelajarannya efektif dan berkesan. Perlaksanaan Sekolah Bestari

ini juga telah membuka ruang seluas-luasnya kepada perkembangan teknologi

komputer yang membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam system

pendidikan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 ). Ini akan membuatkan para

generasi akan datang tidak ketinggalan dengan ledakan teknologi dan maklumat

dalam era maju ini.

Penggunaan komputer dalam pendidikan turut membawa reformasi serta

perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi

pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran dan pembelajaran, pengurusan

sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok

Soon Sang, 2001 ). Bagi para pelajar juga, banyak literatur telah melaporkan bahawa

pelajar-pelajar walaupun sebelum mengikuti mata pelajaran sains secara formal,

mereka telah mempunyai pre idea mengenai sesuatu konsep sains. Idea-idea ini

adalah berbeza daripada konsep sains yang dipegang oleh ahli-ahli sains dan idea-

idea ini dikenali sebagai kerangka alternatif. Kerangka alternatif yang dipunyai oleh

pelajar-pelajar ini adalah sangat sukar untuk diubah dan idea-idea ini akan sentiasa

mempengaruhi pelajar-pelajar dalam menjalankan penyiasatan sains serta membuat

penerangan mengenai konsep-konsep sains.

Oleh itu, pengkaji mencadangkan Model Konstruktivisme Needham – lima

fasa dalam membentuk kerangka alternatif pelajar-pelajar tersebut iaitu pelajar

sebagai titik permulaan dalam menyelaraskan idea-idea kepada konsep sains yang

sebenar. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan bertindak

balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dengan

iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian

dengan gaya pembelajaran, pelajar dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya

( Dunn & Dunn, 1975 ). Ia juga dapat membantu pelajar memahami sains dengan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

3

mudah serta tepat seperti yang dikehendaki oleh warga pendidik. Ia juga dapat

menarik minat serta memperkembangkan minda pelajar dengan semangat inkuiri

yang tinggi agar sentiasa ingin mempelajari dan berusaha terhadap sesuatu tanpa

mengenal erti mengalah, penat lelah dan bosan.

1.2 Latar belakang masalah

Dalam era teknologi maklumat ini, komputer adalah satu komponen media

penting dalam segi semua aspek. Contohnya dalam perhubungan atau komunikasi,

komputer memainkan peranan penting dalam penggunaan perbualan atau

persidangan video ‘video conference’. Kita dapat berbual atau berbincang dalam

keadaan komunikasi dua hala melaluinya. Begitu juga dalam penghantaran surat,

kini penggunaan ‘email’ telah diperluaskan dan digunakan secara berleluasa. Ia lebih

cepat, mudah, murah dan selamat. Begitu juga dalam bidang pertahanan, pentadbiran

serta juga dalam bidang pendidikan.

Di dalam bidang pendidikan, komputer telah memainkan peranan daripada

pentadbiran dalam pendidikan itu sendiri sehinggalah kepada penggunaan komputer

dalam pembelajaran dan pengajaran. Pelbagai perisian sebagai bahan bantu mengajar

dan belajar terdapat di pasaran masa kini pada harga yang amat berpatutan. Ini dapat

mewujudkan suasana pembelajaran sepanjang masa, bukan hanya di sekolah sahaja,

para pelajar dapat menggunakan perisian-perisian ini juga di rumah. Para pelajar

juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam terhadap sesuatu dengan melayari

web-web yang disediakan dengan menggunakan internet. Dalam internet, ilmunya

yang tanpa sempadan dan kebanyakannya adalah percuma.

Pelajar-pelajar pada masa kini memerlukan pelbagai rangsangan untuk

memotivasikan diri serta memudahkan mereka untuk belajar. Jika seseorang guru itu

hanya menggunakan kaedah ‘chalk and talk’, bagi para pelajar masa kini, ia adalah

amat membosankan serta mereka tidak akan menunjukkan minat untuk terus

berusaha jika mereka masih tidak memahaminya.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

4

Untuk mengatasi masalah ini, adalah perlu untuk mengadakan revolusi dalam

pendidikan ini dimana penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

dititikberatkan dengan melaksanakan teknologi multimedia iaitu Pembelajaran

Berbantukan Komputer di sekolah-sekolah. Dengan menggunakan aplikasi teknologi

dalam pendidikan ini, ia dapat membantu pelajar belajar mengikut minat dan tahap

kebolehan masing-masing disamping kecenderungannya yang tersendiri.

Ini dapat memastikan tiada pelajar yang tercicir kerana ia memungkinkan

pelajar belajar mengikut tahap kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Kementerian Pelajaran juga telah menyarankan bahawa penghasilan perisian-

perisian pendidikan berbantukan komputer berdasarkan kepada kurikulum

kebangsaan serta berkualiti adalah sangat-sangat digalakkan dan merupakan antara

faktor yang akan menentukan kejayaan pendekatan baru pendidikan ini masa kini

serta masa hadapan.

Penggunaan multimedia dalam pembelajaran sesungguhnya membuka satu

dimensi baru dalam corak pendidikan negara masa kini. Ia merupakan satu kaedah

alternatif kepada pembelajaran pelajar yang dahulunya hanya berpusatkan guru dan

buku teks sahaja. Ini dapat membentukkan dan mewujudkan suasana pembelajaran

sepanjang hayat yang dilaung-laungkan oleh kementerian dalam usaha membentuk

generasi hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

1.3 Pernyataan masalah

Dalam era multimedia dan teknologi maklumat ini, bahan bantu mengajar

dalam bentuk perisian web yang mudah amatlah diperlukan. Maka adalah lebih

wajar untuk membina lebih banyak perisian multimedia interaktif yang berkaitan

dengan kurikulum semasa untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

5

Oleh itu, projek pengkaji adalah untuk merekabentuk dan membina satu

perisian multimedia interaktif berasaskan web, bagi pelajar dan guru sains tingkatan

empat dalam matapelajaran fizik, di dalam bahagian bab tiga iaitu bertajuk Daya dan

Tekanan. Subtopiknya ialah tekanan, tekanan dalam bendalir, tekanan gas dan

atmosfera, prinsip Pascal prinsip Archimedes,dan prinsip Bernoulli. Terdapat

pelbagai pendekatan yang boleh memenuhi gaya pembelajaran pelajar seperti

pendekatan behaviorisme, konstruktivisme, kognitivisme, teori kecerdasan pelbagai

dan sebagainya. Bagi membangunkan perisian web ini, pengkaji memilih pendekatan

konstruktivisme 5 fasa yang disarankan oleh Needham (1987).

Pengkaji amat berharap perisian web ini dapat membantu guru dan pelajar

dalam mengajar dan mempelajari serta menambahkan kefahaman bagi matapelajaran

fizik dalam suasana yang berbeza dari menggunakan buku teks sahaja. Ia juga

diharap dapat memudahkan guru-guru dalam membuat persediaan untuk mengajar.

Kandungannya mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia terkini

iaitu ia juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

1.4 Persoalan kajian

Matapelajaran fizik mula diajar pada pelajar dalam tingkatan empat aliran

sains. Dalam bab tiga iaitu Daya dan Tekanan, para pelajar akan diajar berkenaan

tekanan, tekanan cecair, tekanan gas serta prinsip-prinsip sains yang berkaitan iaitu

prinsip Archimedes, prinsip Pascal dan prinsip Bernoulli serta penggunaan dan

aplikasinya dalam kehidupan seharian.

Untuk memudahkan para pelajar dalam mempelajari bab ini, ilustrasi-

ilustrasi yang pelbagai dan menarik amat diperlukan. Tidak seperti kaedah-kaedah

dalam teori tradisional, yang hanya menggunakan gambar lukisan, para pelajar kini

memerlukan gambar grafik yang sebenar dan lebih baik ditambahkan dengan video

yang berkaitan serta yang sebenar bagi memudahkan mereka memahami sesuatu

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL DAN RAJAH

6

tajuk dan mengaplikasinya dengan mudah di dalam kehidupan harian mereka. Ia

juga memudahkan para guru dalam penyediaan mencari bahan atau objek sebenar

iaitu dengan guru-guru boleh menunjukkan atau mendemontrasikan kepada pelajar

masing-masing dalam bentuk gambar grafik objek sebenar, animasi ataupun video

yang sesuai.

Oleh itu, adalah amat bersesuaian jika matapelajaran ini diajar dengan

menggunakan perisian web multimedia interaktif yang akan dibangunkan oleh

penyelidik ini dalam memudahkan kedua-dua pihak iaitu para guru dan para pelajar

itu sendiri.

1.5 Objektif kajian

Objektif pembinaan projek ini adalah untuk membina satu perisian

multimedia berasaskan web dalam mata pelajaran Fizik dalam bab 3 ( Daya dan

Tekanan ) berasaskan model konstruktivisme lima fasa bagi pelajar dan guru

tingkatan empat dalam tujuan pengajaran dan pembelajaran. Projek ini akan dinilai

oleh beberapa orang guru yang mengajar mata pelajaran fizik bagi tingkatan empat

di sekolah serta beberapa orang rakan, bagi memastikan objektif penyelidik tercapai

dan ia sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekarang.