keberkesanan pengurusan panitia mata pelajaran … · bab perkara muka surat pengesahan status...

22
KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZON KERAMAT, KUALA LUMPUR HAIRUDDIN BIN HADZRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamthu

Post on 22-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ZON KERAMAT, KUALA LUMPUR

HAIRUDDIN BIN HADZRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai
Page 3: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

ii

KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ZON KERAMAT, KUALA LUMPUR

HAIRUDDIN BIN HADZRI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai
Page 5: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

iv

DEDIKASI

Segala Puji Bagi Allah

Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jutaan Terima Kasih

Buat Isteri Tersayang, Meryam Che Ahmad

Jua Anak-anakku

Siti NurHasanah, Nurhadifah dan Nurhadirah

Yang Banyak Berkorban Dan Bersabar……

Yang Tabah Menghadapi Perpisahan Buat Seketika……

Untukku Menimba Ilmu Di Muka Bumi Allah ini

Jua Buat Semua Ahli Keluarga

Dan

Keluarga Mentua

Yang Banyak Memberi Sokongan Moral……

Buat Ayah Ibu, Haji Hadzri Bin Mat Yasin dan

Hajjah Habibah Binti Haji Abd Wadud

Jasa Dan Pengorbanan Ayahanda Bonda

Tak Terbalas Anakanda……

Terima Kasih Buat Semua……

Page 6: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

v

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. atas taufik dan hidayahNya maka dapat

menyempurnakan penyelidikan ini. Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan

ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Tuan Haji Mohd Anuar bin Abdul

Rahman atas bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini.

Ucapan Penghargaan ini juga ditujukan kepada Encik Selamon bin Kosrin

daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) yang telah memberi input-

input dalam menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang telah sama-sama membantu memberikan pendapat dan berkongsi

pengetahuan untuk menghasilkan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada responden-responden dan semua yang

terlibat secara langsung atau tidak membantu menjayakan projek penyelidikan saya ini.

Page 7: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

vi

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk melihat tahap

pengurusan panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu daripada aspek

organisasi, kurikulum dan kokurikulum di samping aspek perancangan, pengelolaan,

kepimpinan dan kawalan. Maklumat diperoleh daripada soal selidik yang diedar kepada

80 orang guru-guru panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-

sekolah menengah zon Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum digunakan, soal selidik telah

diuji kebolehpercayaannya melalui kajian rintis. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini

adalah 0.9199. Data-data yang diperoleh melalui soal selidik diproses bagi mendapatkan

kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan aspek organisasi, kurikulum,

perancangan dan kawalan berada pada tahap tinggi. Manakala aspek kokurikulum,

pengelolaan dan kepimpinan berada pada tahap sederhana. Sehubungan dari itu

diharapkan pihak-pihak yang terlibat seperti pihak sekolah, guru-guru dan bahagian

kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri membuat tindakan seperti dicadangkan.

Page 8: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

vii

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to find out the management

effectiveness of living skills (KHB) subject committee in organization, curriculum and

cocurriculum aspects beside planning, organising, leading and controlling aspects. Data

was collected using questionnaire that was distributed to 80 living skills teachers from the

secondary school of Keramat Zone, Kuala Lumpur. The validity of this questionnaire was

tested by pilot test. The validity was 0.9199. The data was processed to get the

frequencies, percentages and mean. The finding showed that administration, curriculum,

planning and controlling aspects were at higher level while co curriculum, organising and

controlling were at average level. Regarding the matter, it is hope that concern parties

such as school, teachers and curriculum unit of State Education Department will consider

the action that suggested.

Page 9: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI ISTILAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 10: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

ix

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Kajian 7

1.9 Penutup 9

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pendekatan-Pendekatan Dalam Pengurusan 11

a. Pendekatan Klasikal 12

b. Pendekatan Tingkah Laku 12

c. Pendekatan Sains Pengurusan 13

2.3 Fungsi Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran 13

2.4 Konsep Pengurusan Berkesan 18

2.5 Keberkesanan Pengurusan Panitia 19

2.6 Penutup 20

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 Reka Bentuk Kajian 21

3.3 Populasi Dan Persampelan 22

3.4 Instrumen Kajian 23

3.5 Kajian Rintis 26

3.6 Prosedur Kajian 27

3.7 Analisis Data 27

Page 11: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

x

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Data dan Keputusan Kajian Bahagian A 31

4.3 Keputusan dan Analisis Bahagian B 32

4.3.1 Persoalan Kajian Satu : Keberkesanan 32

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah

4.3.2 Persoalan Kajian Dua : Keberkesanan 33

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu Mengikut

Aspek Pengurusan (organisasi, kurikulum,

kokurikulum).

4.3.3 Persoalan Kajian Tiga : Keberkesanan 42

Pengurusan Mengikut Fungsi Perancangan,

Pengelolaan, Kepimpinan dan Kawalan.

4.3.4 Persoalan Kajian Empat : Cadangan-Cadangan 53

Bagi Memantapkan Lagi Pengurusan Panitia

Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan Kajian 56

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 57

5.3.1 Keberkesanan Pengurusan Panitia 58

KHB Di Sekolah

5.3.2 Keberkesan Pengurusan Panitia KHB 59

Berdasarkan Aspek Pengurusan

Organisasi, Pengurusan Kurikulum dan

Page 12: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

xi

Pengurusan Kokurikulum

5.3.3 Keberkesanan Fungsi (POLC) Pengurusan 59

Di Dalam Mata Pelajaran KHB Di Sekolah

5.3.4 Cadangan-Cadangan Bagi Memantapkan 60

Lagi Pengurusan Panitia KHB

5.4 Kesimpulan 61

5.5 Cadangan 63

5.5.1 Cadangan Lanjutan 64

5.5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 65

5.6 Penutup 66

BIBLIOGRAFI 70

LAMPIRAN 72

Page 13: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Item Mengikut Aspek Pengurusan 24

3.2 Jadual Spesifikasi Membina Gagasan-

Gagasan Item

25

3.3 Pengkelasan Skala Likert 28

3.4 Markat Untuk Tahap Penilaian Dan Min 28

3.5 Perubahan Skala dan Markat 29

4.1 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut

Jantina

31

4.2 Taburan Item dan Min Keberkesanan

Pengurusan Panitia Mengikut Gagasan

33

4.3 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Pengurusan Organisasi Panitia KHB

34

4.4 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Pengurusan Kurikulum Panitia KHB

38

4.5 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Pengurusan Kokurikulum Panitia KHB

40

4.6 Min Bagi Keberkesanan Pengurusan Panitia

Mengikut Fungsi Pengurusan (POLC)

43

4.7 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Pengurusan Panitia Mengikut Fungsi

Perancangan

44

Page 14: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

xiii

4.8 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Pengurusan Panitia Mengikut Fungsi

Pengelolaan

46

4.9 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Pengurusan Panitia Mengikut Fungsi

Kepimpinan

49

4.10 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Pengurusan Panitia Mengikut Fungsi

Kawalan

51

4.11 Cadangan Responden Bagi Memantapkan

Lagi Pengurusan Panitia KHB

55

Page 15: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Carta Organisasi Panitia Kemahiran Hidup

Bersepadu Di Sekolah

16

2.2 Carta Organisasi Panitia Kemahiran Hidup

Bersepadu

17

Page 16: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

xv

SENARAI ISTILAH

BBM - Bahan Bantu Mengajar

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

JPU - Jadual Penentu Ujian

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

PCG - Per Capita Grant

SP - Sisihan Piawai

SPSS - Statistical Packages for Social Science

WPM - Waktu Penyelenggaraan Makmal

Page 17: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Akuan Pelajar

B Surat Kebenaran Daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Daripada Jabatan Pendidikan Wilayah

Persekutuan

D Borang Soal Selidik

E Nilai Alpha Kajian Rintis

F Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986

G Senarai Semak Pengurusan Panitia

Mata Pelajaran

H Deraf Penetapan / Penentuan Tugas-Tugas

Guru

Page 18: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangan yang pesat selepas

kemerdekaan. Perkembangan yang berlaku dengan begitu pantas menuntut setiap

individu memperkemaskan pengetahuan dan ketrampilan masing-masing. Menurut Wan

Mohd Zahid (1994), di samping ilmu, guru juga perlu memiliki kemahiran dan

ketrampilan dalam bidang pengurusan lebih-lebih lagi pengurusan hari ini sudah menjadi

semakin kompleks. Tugas guru masa kini bukan sahaja terhad mengajar di dalam bilik

darjah bahkan mempunyai peranan untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan

dengan itu, penekanan perlu diberikan kepada sekolah-sekolah seterusnya kepada

pelaksana-pelaksana dasar iaitu guru-guru.

Pencapaian matlamat Wawasan 2020, antara lain bergantung kepada pelaksanaan

sesuatu dasar dalam pendidikan negara. Jadi sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan,

maka ia perlu difahami dan diterjemahkan.. Menurut Nik Azis (1994), jika Wawasan

2020 tidak diterjemahkan ke dalam program-program yang tertentu, perancangan yang

teliti, kaedah latihan kakitangan organisasi yang baik, kaedah barisan pelapis yang akan

meneruskan usaha yang dilakukan ini dengan lengkap dan kaedah pengurusan organisasi

yang cukup berkesan maka Wawasan itu akan tinggal sebagai satu penyataan gagasan

masa depan yang tersirat sahaja.

Page 19: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

2

Dalam organisasi pendidikan seperti sekolah, pentadbir hendaklah memahami

prinsip-prinsip pengurusan demi meningkatkan lagi kualiti pengurusan. Salah satu

daripada organisasi yang terdapat di sekolah ialah panitia mata pelajaran. Keberkesanan

pengurusan dalam panitia mata pelajaran sangat mempengaruhi pencapaian akademik

pelajar. Hakikat ini dinyatakan oleh Yin (1996),

“... until the eighties when there was succesful development of

modern manegement in industrial and commercial organization, that

people began to believe that to improve education quality, it is

necessary to jump from the class room teaching level to school

organization level, and reform the structural system and management

style of school”.

(School Effectiveness And School-Based Management, 1996)

Sementara Robiah (1994), menyatakan kajian menunjukkan bahawa perubahan

ke atas sistem pendidikan yang dibuat secara kecil-kecilan tidak boleh menimbulkan

pembaharuan, perubahan mestilah dibuat secara besar-besaran dan menyeluruh. Oleh itu

setiap perubahan pengurusan dalam sekolah mestilah dibuat secara besar-besaran dan

menyeluruh.

Walaupun sekolah berada di peringkat terbawah dalam hierarki pengurusan

pendidikan, kesan pengurusan di peringkat ini sangat menyeluruh dan berkekalan (Esah,

2002). Dalam hal ini, pengurusan pendidikan di sekolah yang disokong oleh struktur

pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap

fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain akan membawa sistem pendidikan

mencapai matlamat yang dicita-citakan, (Ahmad Kilani, 2003).

Dalam keadaan sekarang ini, guru adalah dalam organisasi. Menurut Ab. Rahim

(1989), staf dalam organisasi pendidikan tidak boleh dibiarkan bahkan ia perlu terus

Page 20: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

3

dimajukan supaya potensi mereka terus digembleng demi keberkesanan pengurusan.

Pengetahuan, pemikiran, sikap dan nilai mereka perlu dibangunkan atau dimajukan

secara bersepadu dan terus menerus untuk menangani keperluan, perubahan dan cabaran

semasa. (Wan Rahimah, 1995)

1.2 Latar Belakang Masalah

Akibat daripada perkembangan teknologi dan globalisasi, pengetahuan dan

kemahiran baru kian bertambah dengan pesat menjadikan kaedah, teknik dan sebahagian

besar pengetahuan guru tidak lagi sesuai. (Bell & Gilbert, 1994). Guru-guru perlu

mempunyai kesanggupan untuk terus membangunkan kecekapan profesion masing-

masing. (Al Ramaiah, 1992).

Pengurusan yang berkesan di setiap peringkat organisasi harus sentiasa diberi

tumpuan utama kerana keberkesanan sekolah adalah berpaksi kepada keberkesanan

pengurusan (Ali, 1999). Pengurusan yang berkesan di peringkat sekolah menitikberatkan

kerjasama semua pihak seperti panitia mata pelajaran (Syed Arabi, 1998). Menurut Tuan

Yacob (1999), sesuatu dikatakan berkesan apabila ia mempunyai hasil yang kita ingini

atau kita iktiraf. Bahkan pengikut melakukan sesuatu secara rela setelah mendapat

motivasi selain ganjaran dari pemimpinnya (Ahmad Tajuddin, 1997). Untuk mencapai

perkara yang disebutkan tadi, pemimpin berkewajipan untuk memperbaiki dan

memperbetulkan cara bekerja. Ahmad Kilani (2003).

Pengurusan panitia perlulah mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan

mempelbagaikan kaedah dalam usaha untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu,

penyusunan struktur pengurusan perlu dirancang dengan baik. Namun menurut Hussein

(1991), struktur pengurusan dalam institusi pendidikan kini sedang berhadapan dengan

beberapa masalah yang agak unik, khususnya daripada segi kecenderungan nilai pihak

pemimpin. Menurut Wan Mohd Zahid (1994), pengurusan yang baik, cekap dan

berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan, dan sebaliknya juga.

Page 21: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

4

Dalam laporan Bengkel Pengurusan Sekolah Berkesan oleh Jemaah Nazir

sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa Ketua Panitia tidak tahu /

tidak ada kemahiran dan pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan dan merancang

program panitia, tiada perancangan staf serta kurang berfungsi sebagi badan profesional.

Laporan tersebut menyatakan, daripada 207 orang guru sekolah menengah yang

mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu seramai 77 orang guru telah diberi nasihat dan

bimbingan. Ini menggambarkan terdapat masalah dalam pengurusan panitia Kemahiran

Hidup Bersepadu di sekolah. Selain daripada itu, ketua panitia tiada kepakaran dan

pengalaman melaksanakan pengurusan yang berkesan, tidak peka kepada keperluan

senarai semak pengurusan panitia mengikut Operasi Cerdik Jabatan Pendidikan Wilayah

Persekutuan (JPWP), kerja-kerja profesional tidak dirancang dan dimasukkan jadual

waktu kerja, pengurusan fail panitia belum mantap dan tidak selaras dengan Arahan

Perkhidmatan Bab 4: Fail-Memfail.

Berdasarkan kenyataan yang disebutkan, jelas menggambarkan terdapat beberapa

kelemahan dalam sistem pengurusan panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

di sekolah. Tegasnya, pengurusan yang berkesan adalah mustahak untuk menggerakkan

sesuatu organisasi atau kumpulan dalam melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat

dan objektif.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan daripada kenyataan di atas dapatlah dirumuskan bahawa wujud

permasalahan dalam pengurusan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.

Oleh yanag demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pengurusan

Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah di samping melihat cadangan untuk

memantapkan lagi pengurusan panitia.

Page 22: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN … · BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA i JUDUL ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... mempunyai

5

1.4 Objektif kajian

Berdasarkan masalah yang telah dikemukakan, objektif kajian ini ialah:

a. Mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan Panitia Kemahiran Hidup

di sekolah.

b. Melihat keberkesanan pengurusan Panitia berdasarkan tiga aspek

(kurikulum, pengurusan dan ko-kurikulum).

c. Melihat sejauhmanakah keberkesanan fungsi perancangan, pengelolaan,

kepimpinan dan kawalan (POLC) di dalam ketiga-tiga aspek.

d. Mengenalpasti cadangan-cadangan yang boleh dilakukan bagi

memantapkan pengurusan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan yang perlu dijawab melalui kajian ini:

a. Apakah tahap keberkesanan pengurusan Panitia Kemahiran Hidup

Bersepadu di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Zon Keramat

Kuala Lumpur.

b. Apakah aspek yang paling berkesan dilaksanakan oleh pengurusan

Panitia Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Zon

Keramat, Kuala Lumpur.

c. Sejauhmanakah keberkesanan fungsi pengurusan dalam aspek-aspek

perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan kawalan (POLC).

d. Apakah cadangan-cadangan yang boleh memantapkan lagi pengurusan

Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah

kebangsaan Zon Keramat.