pengajian am sistem dan struktur pemerintahan

11
TOPIK 3 : SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN

Upload: khai-khairy

Post on 29-May-2015

11.053 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

TOPIK 3 : SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN

Page 2: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.1 KERAJAAN MALAYSIA

Konsep penting sistem pemerintahan Malaysia : Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan

Malaysia amalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara yang diperuntukkan Perlembagaan

Page 3: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.2 KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN

Bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong menurut nasihat Jemaah Menteri dan raja sesebuah negeri menurut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(EXCO)

Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara dan Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan

Di peringkat negeri Sultan/Yang di-Pertua Negeri ialah Ketua Negeri manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah Ketua Kerajaan Negeri

Page 4: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.3 KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN

Bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan raya

Parlimen Persekutuan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong

Dewan Negara

Dewan

Dewan Rakyat

Page 5: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.4 YANG di-PERTUAN AGONG

Sebagai Ketua Negara,baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan.Baginda mempunyai peranan dan fungsi dalam 3 cabang :

Badan Eksekutif Badan Perundangan

Badan Kehakiman

Page 6: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.4.1 FUNGSI EKSEKUTIF YANG di-PERTUAN AGONG

Di beri kuasa eksekutif oleh Perlembagaan.Menjalankan tugas atas nasihat Perdana Menteri / Jemaah Menteri.Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon mendapat suara terbanyak dalam parlimen.Perdana Menteri memberi nasihat dalam pemilihan ahli-ahli

Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri.Boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga tugas berikut : Melantik Perdana Menteri. Tidak menyetujui permintaan untuk bubarkan Parlimen. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakandan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Page 7: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.4.2 FUNGSI PERUNDANGAN YANG di-PERTUAN AGONG

Baginda sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa :

Memanggil Parlimen bermesyuarat.Memberhenti dan membubarkan Parlimen.Memberi ucapan dalam Majlis Parlimen.Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Baginda mempenyai kuasa melantik dua orang senator untuk W.P Kuala Lumpur dan seorang untuk W.P Labuan dan Putrajaya serta melantik 40 orang senator lain.

Page 8: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.4.3 FUNGSI KEHAKIMAN YANG di-PERTUAN AGONG

YDPA mempunyai fungsi penting dalam bidang Kehakiman.Antaranya :

Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,Presiden Mahkamah Rayuan,Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak,Hakim Mahkamah Agung,Hakim Mahlamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.Melantik orang yang layak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.Memanjangkan perkhidmatan hakim yang berumur 60 lebih 66 tahun tetapi lanjutan tersebut tidak melebihi 6 bulan.YDPA tidak mempunyai kuasa menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya kecuali melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara & selepas menerima laporan tribunal.YDPA boleh gunakan budi bicara untuk menerima ataupun menolak cadangan² tribunal.

Page 9: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.4.4 FUNGSI² LAIN YANG di-PERTUAN AGONG

Mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan YDPA boleh mengeluarkan Perisytiharan Darurat.Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Perlembagaan Negeri Melaka,Pulau Pinang,Sabah & Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan bahawa YDPA adalah Ketua Agama Islam negeri berkenaan.Fungsi lain YDPA :

Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.

Mempunyai kuasa pengampunan & menangguhkan hukuman bagi kesalahan yg dibicarakan Mahkamah Tentera & semua kesalahan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Labuan.

Jaga hak istimewa org Melayu & Bumiputera di Sabah & Sarawak.

Fungsi diplomatik dgn melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.

Page 10: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.4.5 PERKARA² YG TIDAK BOLEH DIBUAT OLEH YDPA(PERKARA 34)

Tidak boleh jalankan tugas²nya sbgi Raja Negerinya,kecuali :Tugas-tugasnya sbgi Ketua Agama Islam.Meminda Perlembagaan Negerinya.Melantik seorang Pemangku Raja / Ahli Jemaah Pemangku

Raja.Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan.Tidak boleh mengambil bahagian dgn giat dalam apa-apa perniagaan.Tidak boleh meninggalkan Persekutuan selama lebih drpd 15 belas hari,dgn tiada persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali atas lawatan negara ke suatu negara lain.Prosiding terhadapYDPA atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas.

Page 11: Pengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan

3.4.6 MAHKAMAH KHAS

Mahkamah Khas Raja-Raja diwujudkan pada tahun 1993.Terdiri drpd Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan(Pengerusi),Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.Membicarakan keslahan kes sivil & jenayah seseorang raja atas sifat peribadi.Mempunyai bidang kuasa dang kuasa-kuasa yg sama spt mahkamah-mahkamah bawahan,Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.Prosiding dlm Mahkamah Khas dibuat secara tertutup & diputuskan m'ikut majoriti anggota & keputusannya adalah muktamad dan konklusif serta tdk boleh dicabar / dipertikaikan dlm mana-mana mahkamah atas apa alasan.Tindakan boleh dimulakan terhadap YDPA / Raja dgn keizinan Peguam Negara.