pengajian am esei

10
Erna wati pual Pengajian Am Esei 8) pelbagai punca dikenal pasti yang menyebabkan jenayah bukan indeks berlaku.oleh itu,langkah-langkah berkesan menangani gejala ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan bersungguh-sunggguh.huraikan. Kegiatan jenayah bukan indeks merupakan satu kegiatan jenayah seperti pemalsuan wang,penipuan,pemalsuan kad kredit dan penyelewengan.kegiatan ini semakin berleluasa di Malaysia.kita akan membincangkan langkah-langkah menangani gejala ini. Salah satunya ialah,pengutkuasaan undang-undang yang tegas.pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman berat terhadap pesalah jenayah bukan indeks dengan mengenakan sebatan dan memanjangkan tempoh penjara .sebagai contoh,mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan penipuan dan pecah amanah.Oleh itu,persatuan pencegah jenayah perlu menguatkuasakan undang-undang yang tegas agar kadar jenayah dapat dikurangkan. Selain itu,pihak kerajaan perlu memperkasakan ekonomi Negara dengan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membangunkan sektor ekonomi yang lebih berdaya saing.Apabila hal ini dititikberatkan kadar pengangguran akan berkurang dan kemiskinan dapat diatasi.Sebagai misal,pihak kerajaan perlu membangunkan sektor perindustrian untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.Oleh itu,sekiranya ekonomi Negara kukuh

Upload: harizan-ahpla

Post on 08-Dec-2015

1.341 views

Category:

Documents


47 download

DESCRIPTION

pam

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian AM esei

Erna wati pual

Pengajian Am

Esei

8) pelbagai punca dikenal pasti yang menyebabkan jenayah bukan indeks berlaku.oleh itu,langkah-langkah berkesan menangani gejala ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan bersungguh-sunggguh.huraikan.

Kegiatan jenayah bukan indeks merupakan satu kegiatan jenayah seperti pemalsuan wang,penipuan,pemalsuan kad kredit dan penyelewengan.kegiatan ini semakin berleluasa di Malaysia.kita akan membincangkan langkah-langkah menangani gejala ini.

Salah satunya ialah,pengutkuasaan undang-undang yang tegas.pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman berat terhadap pesalah jenayah bukan indeks dengan mengenakan sebatan dan memanjangkan tempoh penjara .sebagai contoh,mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan penipuan dan pecah amanah.Oleh itu,persatuan pencegah jenayah perlu menguatkuasakan undang-undang yang tegas agar kadar jenayah dapat dikurangkan.

Selain itu,pihak kerajaan perlu memperkasakan ekonomi Negara dengan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membangunkan sektor ekonomi yang lebih berdaya saing.Apabila hal ini dititikberatkan kadar pengangguran akan berkurang dan kemiskinan dapat diatasi.Sebagai misal,pihak kerajaan perlu membangunkan sektor perindustrian untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.Oleh itu,sekiranya ekonomi Negara kukuh secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah bukan indeks.

Di samping itu,ibu bapa perlu memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak kerana pegangan agama yang kukuh dapat memupuk nilai integriti.Sehubungan dengan itu,mereka dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk.Sebagai contoh,menghantar anak-anak megikuti seminar dan motivasi.Oleh itu,sekiranya anak-anak diberi didikan agama dan moral yang sempurna secara tidak langsung anak-anak tidak akan terbabit dalam kegiatan jenayah.

Seterusnya,melakukan pengaplikasian terhadap teknologi ICT dengan cara,sektor awam dan sektor swasta perlu menggunakan ICT untuk meningkatkan ketelusan pemberian tender,lessen dan pemberian aset.dengan cara ini urusan secara talian dapat mengelakkan penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh penjenayah.oleh itu,pihak kerajaan perlu memastikan

Page 2: Pengajian AM esei

badan yang bertanggungjawab dalam teknologi ICT melaksanakan pengaplikasian terhadap ICT agar penyelewengan dan penipuan oleh penjenayah dapat dibendung.

Akhir sekali,individu perlu mengikis sikap materialistik yang sentiasa menginginkan kehidupan mewah dan menjadikan kekayaan sebagai lambang imej dan menjadikannya suatu kebanggaan.Sebagai contoh,individu perlu menghapuskan sikap tamak haloba,pentingkan diri,dan ingin cepat kaya.hal ini kerana, mudah menjerumuskan diri melakukan jenayah bukan indeks.Oleh itu,setiap idividu yang materialistik perlu sedar keburukan sikap ini agar tidak terlibat dalam kegiatan jenayah.

Kesimpulannya.semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kegiatan jenayah bukan indeks agar Negara aman dan harmoni.

(344 patah perkataan)

Page 3: Pengajian AM esei

Erna Wati Pual

Pengajian Am

Esei

9) Semangat kejiranan amat penting dalam mengukuhkan perpaduan.Malangnya semangat kejiranan ini semakin luntur

akhir-akhir ini.Bincangkan.

Perpaduan antara kaum di Malaysia adalah tunjang kepada keamanan sesebuah Negara.Semangat kejiranan adalah satu elimen penting dalam menjayakan wawasan Negara.kita akan membincangkan kepentingan semangat kejiranan dan faktor kelunturannya.

Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah dapat mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.Hal ini kerana melalui semangat kejiranan ikatan silaturahim dapat dieratkan dan mewujudkan perpaduan yang kukuh.Sebagai contoh,apabila jiran saling betegur sapa secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan.Oleh itu,semangt kejiranan penting dalam mengukuhkan perpaduan demi menjana sbuah Negara yang berjaya.

Selain itu,semangat kejiranan penting demi menjamin keselamatan kawasan kejiranan.Apabila penduduk saling memainkan peranan dalam menjaga keamanan setempat sudah tentu kes-kes jenayah dapat dicegah.Sebagai tamsil,kes pecah rumah dan kecurian dapat dielak sekiranya jiran saling bekerjasama memainkan peranan dalam menjaga keselamatan setempat.Oleh itu,semangat kejiranan penting demi menjamin keselamatan kawasan kejiranan daripada sebarang kes-kes jenayah.

Disamping itu,semangat kejiranan penting demi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni,aman dan sejahtera.Apabila hubungan antara jiran berada dalam keadaan baik,saling membantu dan bekerjasama sudah pasti suasana harmoni dan sejahtera dapat diwujudkan.Sebagai contoh,pendudukyang saling bergotong-royong membersihkan kawasan setempat mampu melahirkan suasana yang harmoni.Oleh itu,semangat kejiranan amat penting kerana dapat mewujudkan suasana yang aman dan sejahtera.

Seterusnya,faktor-faktor semangat kejiranan semakin luntur ialah sesetengah anggota masyarakat lebih bersifat materialistik iaitu mengutamakan kebendaan dan kejayaan.Hal ini kerana masyarakat yang bersifat materialistik tidak menitikberatkan hal-hal berkaitan kejiranan.Sebagai contoh,masyarakat materialistik ini kurang betegur sapa dengan jiran yang tidak setaraf dengannya kerana masyarakat sebegini lebih mementingkan kebendaan dan kejayaan.Oleh itu,sikap materialistik ini menjadi punca kepada kelunturan semangat kejiranan.

Page 4: Pengajian AM esei

Akhir sekali,tiada aktiviti rukun tetangga di sesetengah kawasan kediaman menyebabkan hubungan antara jiran semakin longgar.Hal ini kerana apabila aktiviti rukun tetangga tiada hal ini menyebabkan jiran jarang betegur sapa dan tiada masa untuk aling mengenali sesama sendiri.Sebagai tamsil,aktiviti rukun tetangga seperti gotong-royong dan sukan neka dapat mewujudkan semangat kejiranan.Oleh itu,apabila aktiviti rukun tetangga sebegini tidak diadakan hal ini menyebabkan punca kepada kelunturan semangat kejiranan.

Konklusinya,apabila jiran saling betegur sapa antara satu sama lain keamanan Negara dapat dikekalkan.

(353 patah perkataan)

Page 5: Pengajian AM esei

Erna wati pual

Pengajian Am

Esei

8) pelbagai punca dikenal pasti yang menyebabkan jenayah bukan indeks berlaku.Oleh itu,langkah-langkah berkesan menangani gejala ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan bersungguh-sungguh.Huraikan.

Kegiatan jenayah bukan indeks adalah satu kegiatan jenayah seperti pemalsuan wang,penipuan,pemalsuan kad kredit dan penyelewengan.kegiatan ini semakin berleluasa di Malaysia.Kita akan membincangkan punca dan langkah-langkah menangani gejala ini.

Salah satu punca berlakunya jenayah bukan indeks ialah individu bersikap materialistik yang sentiasa menginginkan kehidupan mewah walaupun dengan cara yang salah di sisi undang-undang.Individu materialistik ini menjadikan kekayaan sebagai satu kebanggaan.Sebagai contoh,sikap materialistik seperti tamak haloba,pentingkan diri dan ingin cepat kaya menjadi punca berlakunya jenayah.Jelaslah bahawa,sikap materialistik adalah punca kepada seseorang individu sanggup melakukan kegiatan jenayah.

Selain itu,kemajuan teknologi menyebabkan berlakunya jenayah bukan indeks.Hal ini kerana banyak maklumat yang tidak bermoral diperoleh dari media.Sehubungan dengan itu,individu mempelajari selok belok melakukan jenayah berdasarkan teknologi terkini.Sebagai tamsil, telefon pintar adalah salah satu teknologi komunikasi canggih yang memudahkan para penjenayah melakukan kegiatan mereka Oleh itu,kemajuan teknologi salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengesan tindakan pihak berkuasa.

Disamping itu, langkah menangani gejala ini ialah,pengutkuasaan undang-undang yang tegas.pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman berat terhadap pesalah jenayah bukan indeks dengan mengenakan sebatan dan memanjangkan tempoh penjara .sebagai contoh,mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan penipuan dan pecah amanah.Oleh itu,persatuan pencegah jenayah perlu menguatkuasakan undang-undang yang tegas agar kadar jenayah dapat dikurangkan

Seterusnya,pihak kerajaan perlu memperkasakan ekonomi Negara dengan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membangunkan sektor ekonomi yang lebih berdaya saing.Apabila hal ini dititikberatkan kadar pengangguran akan berkurang dan kemiskinan dapat diatasi.Sebagai misal,pihak kerajaan perlu membangunkan sektor perindustrian untuk

Page 6: Pengajian AM esei

menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.Oleh itu,sekiranya ekonomi Negara kukuh secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah bukan indeks.

Akhir sekali,ibu bapa perlu memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak kerana pegangan agama yang kukuh dapat memupuk nilai integriti.Sehubungan dengan itu,mereka dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk.Sebagai contoh,menghantar anak-anak megikuti seminar dan motivasi.Oleh itu,sekiranya anak-anak diberi didikan agama dan moral yang sempurna secara tidak langsung anak-anak tidak akan terbabit dalam kegiatan jenayah.

Kesimpulannya.semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kegiatan jenayah

bukan indeks agar Negara aman dan harmoni.

(341 patah perkataan)

Page 7: Pengajian AM esei

Pungutan melalui Enakmen yang di luluskan oleh DUN

Unit 6

6.2.2 Pentadbiran Peringkat Negeri

6.2.2.1 Hasil Kerajaan Negeri

Jenis-jenis Hasil