esei pengajian am stpm 2014

31
950821-05-5463 ABSTRAK PENGARUH SUKAN BOLING TERHADAP PERPADUAN PELAJAR DI DALAM KELAB BOLING DI SMK TINGGI PORT DICKSON. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh sukan boling terhadap perpaduan pelajar di dalam kelab boling di Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson. Saya telah menjalankan kajian di dalam sekolah dan di Pusat Boling di pusat membeli belah The Store, Port Dickson. Kawasan kajian ini telah dipilih kerana lokasi pusat boling tersebut berdekatan dengan rumah saya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi merupakan sekolah dimana saya belajar. Ini membantu saya menyiapkan kajian tepat pada masa yang ditetapkan. Sampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar yang merupakan ahli kelab boling di sekolah. Sampel ini merangkumi pelajar yang berbangsa Melayu, Cina, dan India. Soal selidik telah diberikan kepada mereka untuk mendapatkan jawapan tentang sebab mereka menyertai kelab boling di sekolah dan mengetahui wujudnya perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar menyertai permainan boling disebabkan beberapa faktor dan permainan boling telah mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson. Kesimpulannya, melalui kajian yang telah dijalankan, faktor-faktor pelajar menyertai permainan boling dan kesannya terhadap perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson telah dikenal pasti. 1

Upload: aryn-ilazor

Post on 19-Dec-2015

273 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Ini untuk melengkapkan syarat khas bagi kertas 2 Pengajian Am Sesi 2014. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui Peratus minat pelajar sekolah kajian yang meminati sukan boling dan sebab mereka menyertai kelab boling di sekolah.

TRANSCRIPT

950821-05-5463

ABSTRAKPENGARUH SUKAN BOLING TERHADAP PERPADUAN PELAJAR DI DALAM KELAB BOLING DI SMK TINGGI PORT DICKSON.Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh sukan boling terhadap perpaduan pelajar di dalam kelab boling di Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson. Saya telah menjalankan kajian di dalam sekolah dan di Pusat Boling di pusat membeli belah The Store, Port Dickson. Kawasan kajian ini telah dipilih kerana lokasi pusat boling tersebut berdekatan dengan rumah saya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi merupakan sekolah dimana saya belajar. Ini membantu saya menyiapkan kajian tepat pada masa yang ditetapkan. Sampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar yang merupakan ahli kelab boling di sekolah. Sampel ini merangkumi pelajar yang berbangsa Melayu, Cina, dan India. Soal selidik telah diberikan kepada mereka untuk mendapatkan jawapan tentang sebab mereka menyertai kelab boling di sekolah dan mengetahui wujudnya perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar menyertai permainan boling disebabkan beberapa faktor dan permainan boling telah mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson. Kesimpulannya, melalui kajian yang telah dijalankan, faktor-faktor pelajar menyertai permainan boling dan kesannya terhadap perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson telah dikenal pasti.

ISI KANDUNGANBILTAJUKHALAMAN

1.ABSTRAK1

2.KANDUNGAN2

3.PENGHARGAAN3

4.PENGENALAN4-5

5.OBJEKTIF KAJIAN6

6.LOKASI KAJIANi. Peta 1ii. Peta 27-8

7.KAEDAH KAJIANa) Persampelanb) Pengumpulan datac) Teknik Penganalisan Data9-11

8.DAPATAN KAJIAN12-18

9.RUMUSAN DAN KESIMPULAN19

10.RUJUKAN20

11.LAMPIRAN21-22

PENGHARGAANAlhamdulillah hirabbil alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyelesaikan tugasan dalam menyiapkan kerja khusus Pengajian Am yang bertajuk Pengaruh Sukan Boling Terhadap Perpaduan Pelajar dalam Kelab Boling di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson.Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson, Puan Zainab binti Yaacob yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kejian ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pengajian Am saya, Puan Jahara binti Mahbub yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga saya dapat melengkapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepenuh penghargaan kepada pelajar kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson atas kesudian mereka membantu dalam menjalankan kajian ini.Saya juga ingin merakamkan perhargaan dan ribuan terima kasih kepada semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian dijalankan.Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa tercinta , Encik Rozali bin Abdul Rahim dan Puan Norhayati binti Zuki diatas sokongan moral, nasihat serta tunjuk ajar dan kewangan. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan, Ika, Ain, Yeo, Kogul, Jennifer, Syafiqah, Syamimi, Aida, Ashekin, Farhanah dan Syuhada dalam memberi pelbagai maklumat, berkongsi pengetahuan dan membantu bersama-sama semasa menjalankan kajian ini. Jasa yang telah diberikan amatlah dihargai.Sekian, terima kasih kepada semua.

PENGENALANPerpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi yang merupakan satu proses mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan- kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Asimilasi pula adalah satu proses dimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang besar.Dalam dasar-dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan, salah satu dasar yang diperkenalkan ialah Sukan Alat Perpaduan.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan seperti pertandingan atau kegiatan untuk menyihatkan badan.Dasar Sukan Alat Perpaduan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara negeri.Sukan boling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang diperbuat daripada kayu atau sintetik dengan tujuan untuk mendapatkan mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin. Permainan ini berasal daripada permainan skittle dan sangat popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Kini, pemain-pemain dari Asia Tenggara telah mahir dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Semasa Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan boling negara.

OBJEKTIF KAJIANTerdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berdasarkan kepada objektif yang disusun.i. Mengenalpasti faktor-faktor pelajar memilih sukan boling sebagai permainan mereka.ii. Mengkaji kesan permainan boling terhadap semangat perpaduan dalam kelab boling Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson.

LOKASI KAJIANDalam membuat kajian, kawasan kajian merupakan satu elemen yang penting. Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson yang terletak di Km 3, Jalan Pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson merupakan salah sebuah sekolah yang ada di Port Dickson yang telah ditubuhkan sebagai sekolah persendirian pada 1910 dan menjadi sekolah menengah kebangsaan sehingga kini. Dari Seremban ke Km 3, Jalan Pantai mengambil 3.8 kilometer.PORT DICKSON

Peta 1: Kawasan Port Dickson

Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Ia ialah kawasan kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur.Port Dickson diberi sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British. Nama asal Port Dickson ialah Tanjung Tin.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI PORT DICKSON

Peta 2: Kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Port Dickson

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson terletak di Km 3, Jalan Pantai kira-kira 4 km dari Pekan Port Dickson.Sekolah ini pada mulanya merupakan sekolah persendirian yang ditubuhkan pada 1910 dan pada tahun 1919, sekolah ini dipindahkan di tapak Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson.Selepas Perang Dunia Ke-2, sekolah ini dibuka semula dan ditempatkan sementara di Sekolah Melayu Kampung Gelam sementara sekolah sedia ada dibaik pulih. Pada tahun 1955, sekolah ini telah menyediakan kumpulan pelajar yang pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge School Certificate.Kini, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson ialah Puan Zainab binti Yaacob.

3.0 KAEDAH KAJIANReka bentuk kajian adalah bertujuan untuk menghubungkaitkan persoalan dan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini telah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan rawak mudah ini digunakan kena kaedah ini akan memberi maklumat yang tepat dan mudah serta berkait rapat dengan objektif yang telah dibuat dan ditetapkan. Kaedah ini menggunakan borang kaji selidik yang mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden.3.1 PERSAMPELANDalam kajian ini, persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 23 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum dan umur di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson. Responden dipilih berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka semasa waktu rehat dan perjumpaan kelab boling pada setiap hari Selasa dan Khamis.Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa pemilihan responden adalah mereka seharusnya ahli kelab boling di dalam kelab boling di sekolah. Umur untuk borang soal selidik pula adalah 14, 16, 17 dan 19 tahun kerana pada peringkat umur tersebut, pelajar mampu memberikan respon yang lebih matang dan mampu untuk menjawab soalan yang diajukan.3.2 PENGUMPULAN DATAPengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah mengkaji selidik dan pemerhatian. Borang soal selidik telah dibentuk untuk mengenalpasti sebab pelajar memilih boling sebagai permainan mereka dan kesan permainan boling terhadap perpaduan di dalam kelab boling di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson.

3.2.1 DATA SEKUNDERDalam kajian ini, data sekunder telah diperolehi daripada Perpustakaan Awam Port Dickson. Data yang digunakan adalah buku-buku, dan kamus untuk mencari maksud. Selain itu, peta kawasan kajian diperolehi daripada melayari internet di perpustakaan.3.2.2 DATA PRIMERUntuk mendapatkan data primer pula, kaedah soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan jawapan daripada 23 responden yang merupakan ahli kelab boling. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk melihat gelagat responden ketika permainan boling sedang dijalankan di Pusat Boling di The Store.3.2.2 (i) BORANG SOAL SELIDIKBorang soal selidik merupakan kaedah yang utama dalam pengumpulan data kajian kerana kaedah ini merupakan perhubungan terus kepada kumpulan sasaran. Borang soal selidik ini telah dibentuk dengan strategik dan bersesuaian dengan objektif kajian supaya tidak berlaku kesalahan dalam menjawab objektif kajian. Kaedah ini merupakan kaedah yang digemari oleh pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik perlulah mengikut objektif yang telah ditetapkan agar soalan yang diutarakan tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Malah, bahasa yang digunakan juga merupakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua golongan responden.Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Bagi soalan terbuka, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas untuk memberikan pelbagai bentuk jawapan, bebas untuk menjawab atau menanda di ruang jawapan yang telah disediakan. Soalan tertutup pula dibuat untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah untuk dibandingkan serta jawapan mudah diproses melalui sistem pengkodan yang bersifat piawai dan mudah untuk dianalisis.3.2.2 (ii) PEMERHATIANKaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain daripada borang soal selidik. Pemerhatian memerlukan penyelidik untuk memerhati keadaan di kawasan kajian dan memahami situasi sebenar yang digambarkan oleh responden.

3.3 TEKNIK PENGANALISIAN DATAPenganalisian data merupakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, purata dan kekerapan. Penganalisian data dilakukan setelah memperolehi data primer seperti soal selidik yang diedarkan kepada responden dan melalui pemerhatian. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukar menjadi angka. Data yang telah dianalisis itu tadi dipersembahkan dalam bentuk jadual atau rajah.

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANDapatan kajian akan menghuraikan analisis data dan memaparkan hasil kajian daripada soal selidik yang telah diisi responden. Data yang dimasukkan telah diproses untuk mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, dan purata.4.1 DEMOGRAFI RESPONDENUntuk mengkaji persepsi pelajar, seramai 23 orang yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, dan bangsa diilustrasikan dalam bentuk rajah.

4.1.2 UMURJadual 1: Demografi responden berdasarkan umurUMUR (TAHUN)JUMLAH (ORANG)PERATUS (%)

14730.44%

16313.04%

17313.04%

191043.48%

Rajah 1: Demografi responden berdasarkan umurSumber: Kajian LapanganBerdasarkan hasil kajian, daripada 23 orang responden yang menjawab soal selidik, seramai 7 orang (30.44 peratus) adalah terdiri daripada responden yang berumur 14 tahun. Manakala responden yang berumur 16 tahun terdiri daripada 3 orang (13.04 peratus).Responden berumur 17 tahun juga terdiri daripada 3 orang (13.04 peratus) dan selebihnya berumur 19 tahun sebanyak 10 orang (43.48 peratus) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas. Responden yang berbeza usia ini akan memberikan pandangan dan jawapan yang berbeza. Ini kerana pelajar yang lebih muda mempunyai sebab dan kesan yang berlainan daripada pelajar yang lebih dewasa.4.1.2 JANTINAJadual 2: Demografi responden berdasarkan jantinaJANTINAJUMLAH (ORANG)PERATUS (%)

LELAKI939.13%

PEREMPUAN1460.87%

Rajah 2: Demografi responden berdasarkan jantinaSumber: Kajian LapanganDapatan hasil kajian menunjukkan daripada 23 orang responden, seramai 9 orang (39.13 peratus) adalah terdiri daripada responden pelajar lelaki, manakala bakinya sebanyak 14 orang (60.87 peratus) adalah responden pelajar perempuan. Tidak ada perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 2 di atas.

Jadual 3: Demografi responden berdasarkan bangsa4.1.3 BANGSABANGSAJUMLAH (ORANG)PERATUS (%)

MELAYU834.78

CINA417.39

INDIA1147.83

Rajah 3: Demografi responden berdasarkan bangsaSumber: Kajian LapanganDalam melakukan kajian ini, dapatan hasil menunjukkan daripada 23 orang responden, seramai 8 orang (34.78 peratus) adalah Melayu. Bangsa Cina pula adalah seramai 4 orang (17.39 peratus) dan bangsa India seramai 11 orang (47.83 peratus) Tiada bangsa lain-lain dicatatkan. Bangsa India mencatatkan peratus yang tertinggi kerana majoriti permainan boling adalah India diikuti dengan bangsa Melayu. Bangsa Cina mencatatkan peratus yang paling rendah kerana majoriti pelajar Cina memasuki permainan bola keranjang sebagai kelab sukan dan permainan di sekolah.

4.1.4 SEBAB MENYERTAI KELAB BOLINGJadual 4: Demografi responden mengikut sebab menyertai kelab bolingSEBAB MENYERTAIBILANGAN PERATUS (%)

MINAT1546.88

INGIN MENCUBA SESUATU YANG BARU1134.38

MENGIKUT KAWAN412.5

LAIN-LAIN26.25

Rajah 3:Demografi responden berdasarkan sebab mengikuti kelab bolingDalam melakukan kajian ini, responden telah diajukan soalan aneka pilihan tentang sebab-sebab mereka memasuki kelab boling di sekolah. Responden diberi peluang untuk memilih lebih dari satu jawapan dan menyatakan sekiranya terdapat sebab-sebab lain mereka menyertai kelab boling di sekolah.Hasil kajian menunjukkan daripada 23 orang responden yang memberikan jawapan, seramai 46.88 peratus daripada pelajar yang menyertai kelab boling di sekolah adalah kerana minat yang mendalam terhadap permainan boling. Responden memberitahu bahawa semasa di sekolah rendah, permainan boling tidak digalakkan oleh ibu bapa kerana saiz badan mereka yang kecil. Disebabkan ini, apabila melangkah ke sekolah menengah, mereka menyertai permainan boling. Ada juga yang minat untuk menyertai kelab boling kerana semua aktiviti kelab boling seperti pertandingan dijalankan di luar, ini menarik minat pelajar kerana kebanyakkan permainan yang lain dijalankan di sekolah sahaja. Selain itu, sukan boling yang diadakan di tempat yang berbumbung dan berhawa dingin menjadikan permainan boling sebagai pilihan pelajar di kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson.Selain daripada itu, sebanyak 34.38 peratus pelajar menyertai kelab boling kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Jawapan ini kebanyakkannya dipilih oleh responden tingkatan enam iaitu pelajar yang berumur 19 tahun. Ini kerana mereka telah menyertai kelab dan permainan yang lain semasa di tingkatan satu sehingga lima. Disebabkan itu, semasa berada di tingkatan enam, mereka telah diberi peluang untuk memilih sukan dan permainan dan mereka telah memilih sukan dan permainan boling kerana mereka ingin mengetahui peraturan-peraturan dan skil-skil yang ada dalam permainan boling. Pelajar yang menyertai kelab boling kerana mengikut kawan hanya mencatatkan 12.5 peratus. Responden yang memilih jawapan memberitahu bahawa mereka menyertai sukan dan permainan yang mempunyai kawan yang dikenali di dalam permainan tersebut kerana tidak mahu berasa kekok semasa bermain. Selain itu, ada juga pelajar yang menyertai kelab boling disebabkan mengikut kawan kerana kawan mereka merupakan pemain yang mahir dalam permainan boling. Dengan ini, kawan mereka dapat memberikan tunjuk ajar. kerana dan sebab lain-lain menyertai kelab boling seperti ingin menghilangkan tekanan belajar dan merupakan pemain negeri hanya mencatatkan 6.25 peratus.4.1.5 SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJARPermainan boling merupakan permainan yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelajar Melayu, Cina, India kerana permainan boling adalah sejenis permainan yang tidak memerlukan banyak tenaga dan hanya memberi fokus kepada ketepatan dan teknik yang digunakan oleh pemainnya. Seperti permainan bola sepak, permainan boling juga melahirkan semangat perpaduan, semangat kerjasama, semangat berpasukan dan semangat kesukanan. Dalam kajian yang telah dilakukan, seramai 23 orang responden daripada kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Seramai 14 responden daripada 23 responden (60.87 peratus) yang menjawab borang soal selidik merupakan pelajar perempuan dan selebihnya ialah lelaki sebanyak 9 responden (31.13 peratus). Hal ini kerana kebanyakkan pelajar lelaki menyertai permainan bola sepak, bola keranjang, dan bola tampar.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pelajar-pelajar yang merupakan ahli di dalam kelab boling yakin permainan boling dapat memupuk semangat perpaduan dalam diri mereka. Ini kerana di dalam borang soal selidik yang telah diberikan, semua responden (100 peratus) bersetuju permainan boling dapat memupuk semangat perpaduan.Selain itu, permainan boling juga boleh merapatkan silaturrahim antara kaum Melayu, Cina dan India. Sikap perkauman dan mementingkan diri sendiri tidak akan wujud di dalam permainan boling kerana dalam permainan boling, semua ahli pasukan akan bekerjasama dan saling membantu kerana markah yang dikira adalah markah kumpulan dan bukannya markah individu. Dalam borang soal selidik yang diberikan, seramai 20 orang responden (86.96 peratus) pernah bermain dalam satu kumpulan yang berbilang kaum manakala 3 yang lain (13.04 peratus) tidak pernah bermain bersama kerana mereka merupakan ahli biasa di dalam kelab boling. Ini menunjukkan bahawa pemain-pemain di dalam kelab boling di SMK Tinggi mengamalkan sikap terbuka dan tidak hanya bermain bersama rakan yang sama kaum.Berdasarkan pemerhatian secara langsung pula, semangat perpaduan dalam kalangan responden dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas bermain. Sebelum bermain, ahli-ahli dalam kumpulan akan melakukan aktiviti memanaskan badan bersama-sama. Mereka menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi. Mereka juga akan melaungkan sorakan kumpulan mereka dan memberi kata-kata semangat untuk menenangkan ahli kumpulan yang akan bermain. Semasa bermain, ahli-ahli kumpulan akan memberikan pandangan masing-masing tentang teknik dan cara untuk menjatuhkan kesemua 10 pin. Sekiranya berlaku spare, pemain akan meminta pertolongan kepada pemain lain untuk menunjukkan cara untuk memastikan arah bola akan kena pada pin yang tinggal. Ahli-ahli kumpulan juga akan bersorak apabila ahli kumpulan mereka berjaya melakukan strike .Semangat kesukanan dan perpaduan yang tinggi dapat dilihat dengan jelas selepas berakhirnya permainan. Di dalam permainan, pasti ada yang menang dan kalah, namun ahli-ahli kumpulan yang gagal mendapatkan mata yang tinggi tidak dipersalahkan oleh rakan rakan yang lain tetapi disambut dan diberi semangat untuk mencuba lagi. Mereka juga akan melakukan aktiviti menyejukkan badan dan pergi makan bersama-sama. Selain itu, permainan boling juga boleh mengurangkan pergaduhan kerana pemain akan mengfokuskan perhatian mereka kepada permainan semasa bermain dan tidak berfikiran negatif dan bertengkar.Pada soalan terakhir di dalam borang soal selidik, responden telah ditanyakan cadangan dan harapan mereka terhadap bidang sukan pada masa akan datang. Seramai 12 orang responden (52.17 peratus) berharap agar permainan boling akan terus berkembang dan dapat menyertai sukan Olimpik. Seramai 11 orang responden (47.82 peratus) mencadangkan agar pertandingan boling yang disertai oleh pelbagai kaum lebih kerap diadakan setiap tahun.

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULANKajian ini telah mengemukakan data yang mencukupi bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar yang menyertai kelab boling adalah berumur 19 tahun. Berdasarkan soal selidik yang diberikan, pelajar menyertai permainan boling sebagai kelab mereka kerana minat, mengikut kawan dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Kajian juga menunjukkan bahawa lebih dari 50% pelajar yang menyertai kelab boling adalah ahli aktif di dalam kelab tersebut.Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar yang menyertai kelab boling juga mempunyai semangat perpaduan di dalam diri mereka. Menurut soal selidik dan pemerhatian yang telah dijalankan, tanda-tanda diskriminasi kaum tidak ada di dalam diri pemain-pemain kelab boling.Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar yang menyertai kelab boling percaya bahawa sukan boling merupakan sukan yang dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana sukan atau permainan boling ini diminati oleh rakyat Malaysia dan telahpun berkembang menjadi sukan digemari oleh rakyat Malaysia sebagai mengisi masa lapang.Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson yang menyertai kelab boling di sekolah disebabkan beberapa faktor seperti mengikuti kawan, keinginan untuk mecuba sukan boling dan minat terhadap sukan boling.Perpaduan pula telah wujud dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson yang menyertai kelab boling di skolah. Ini dapat dibuktikan dengan tingkah laku mereka terhadap pelajar bangsa lain seperti memberi tunjuk ajar kepada bangsa yang lain dan bermain di dalam satu kumpulan.

RUJUKAN1. Abdul Razak Latif. Sukan alat perpaduan di Malaysia dlm. Utusan Malaysia, 7 Ogos 2012.2. Amran bin Idris, 2014. Nota Pembelajaran & Lembaran Praktis Pengajian Am STPM. Kuala Lumpur :Local Publications.3. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Mohamad Salleh Aman, 2004. Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.5. Sezali Din, 2014. Dasar-Dasar Pembangunan Negara. Kedah: Metafora Training and Consultant.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN 6SEKOLAH MENENGAH TINGGI PORT DICKSONBORANG SOAL SELIDIK

NAMA :JANTINA : L / PUMUR :BANGSA:

1. Adakah anda menyertai aktiviti yang dijalankan oleh kelab boling di sekolah? Ya Tidak

2. Adakah anda seorang ahli aktif di dalam kelab boling di sekolah? Ya Tidak

3. Mengapakah anda memilih sukan boling sebagai kelab sukan dan permainan? Mengikut kawan Ingin mencuba sesuatu yang baru Minat Lain-lain. Nyatakan..

4. Adakah anda percaya sukan boling dapat memupuk semangat perpaduan? Jika tidak, mengapa. Ya TidakJika tidak, sila nyatakan

5. Pernahkah anda bermain boling dalam satu kumpulan yang berbilang kaum Ya Tidak

6. Apakah yang akan dilakukan oleh anda sekiranya anda melihat rakan anda yang berlainan kaum melakukan kesilapan semasa bermain? Ketawakan dia Memberi tunjuk ajar Mengabaikannya Memarahinya Lain-lain. Sila Nyatakan.......

7. Apakah harapan atau cadangan anda terhadap bidang sukan pada masa akan datang (dalam konteks perpaduan)

20