projek pengajian am

17
8/9/2019 Projek Pengajian Am http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 1/17 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN PENGAJIAN AM 1 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ZAIDDY BIN ARESAT TINGKATAN : 6 BAWAH 1 NAMA GURU : PN.SOLEHAH BT MAT AKHIR

Upload: zdy-zaiddy

Post on 30-May-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 1/17

SEKOLAH MENENGAHKEBANGSAAN TAMAN

MEDAN

PENGAJIAN AM 1

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

MALAYSIA

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ZAIDDY BINARESATTINGKATAN : 6 BAWAH 1NAMA GURU : PN.SOLEHAH BT MAT

AKHIR

Page 2: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 2/17

Isi Kandungan

Bil kandungan Muka surat

1 Pengenalan 3

2 Konsep Perlembagaan 4

3 Sejarah perlembaganmalaysia

5-11

4 Pindaan 11

5 Organisasi 12

6 Pekara asas perlembagaan 13-14

7 Unsur tradisi dalamperlembagaan malaysia

15-17

8 Rujukan 18

Pengenalan

2 | zdy_aresat

Page 3: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 3/17

Perlembagaan merupakan undang-undang yangmengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepadapembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaanuntuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentukbertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysiaadalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaantidak bertulis ialah perlembagaan UnitedKingdom. Perlembagaan menjadi asas penting untukmenjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus danadil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelahbagi kepada negara

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai PerlembagaanPersekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undangbertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada duadokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan TanahMelayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Iamerupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumberdan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan

perlembagaan.

Konsep Perlembagaan

Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yangrelevan, saya dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokohberkaitan bagi konsep perlembagaan itu, antaranya[1]:

1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.

3 | zdy_aresat

Page 4: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 4/17

Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakahsesebuah negara itu diperintah.

2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of theConstitution.

Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsipbahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan ataubadan yang dikenali sebagai rakyat.

3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturanperundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahannegara itu.

4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dandiisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau MajlisPiagam Perjanjian.

5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.

Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hakmemerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.

6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.

Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidakbertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satupembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsipumum yang akan menggunakan kuasa ini.

Sejarah Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan didefinisikan sebagai kumpulan peraturanatau undang-undang utama sama ada bertulis atau tidakbertulis di mana ianya merupakan peraturan yangmenentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir dan diurusdengan teratur. Ia juga menjadi neraca atau kayu ukurpenting dalam menentukan pembahagian kuasa antarabidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Oleh yang

4 | zdy_aresat

Page 5: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 5/17

demikian, Perlembagaan ialah asset undang-undang tertinggiyang menjadi rujukan pemerintahan negara dan merupakansumber utama bagi menggubal undang-undang yang lain.

Perlembagaan Persekutuan 1957 yang mengandungi 183perkara merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia danmenjadi dokumen terpenting dalam bentuk undang-undangbertulis yang berasaskan kepada dua dokumen terdahuluiaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 danPerlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. PenggubalanPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi detikbersejarah dan merupakan langkah pertama ke arahmembentuk kerajaan sendiri selepas Empayar Britishbersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah

Melayu pada 1957.

Untuk tugas dan agenda penggubalan Perlembagaan yangmelahirkan Malaysia seperti mana pada hari ini, British telahmenubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiridaripada wakil kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti politik utama ketika itu.Maka pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaandiketuai Lord Reid sebagai pengerusinya bersama-sama Ivor

 Jennings, Sir William McKell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid,telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti PerlembagaanPersekutuan Tanah Melayu yang kekal sehingga ke hari ini.

Maka lahirlah Memorandum Perlembagaan yang dikenalisebagai Pakatan Murni itu adalah satu konsensus kontraksosial iaitu persetujuan secara bertolak ansur demikepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitukedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam

(Perkara 3), kedudukan bahasa Melayu (Perkara 152),kedudukan istimewa orang Melayu (Perkara 153) dan hakkerakyatan sama rata. Ini tidak wajar dipertikai dandipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubahkerana ia adalah merupakan asas utama pembentukannegara Malaysia. Realiti sejarah ini perlu difahami dandihayati agar keluhuran perlembagaan terjamin serta

5 | zdy_aresat

Page 6: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 6/17

dihormati oleh semua rakyat di negara ini.

Raja-raja Melayu misalnya mempunyai perananperlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan,kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungiagama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaandan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.Sehubungan itu, tindakan pihak-pihak tertentu sejakkebelakangan ini mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut boleh menimbulkan kegusaran dankeresahan di kalangan rakyat dan jika tidak ditangani dengansegera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancahperpecahan, pergolakan dan persengketaan antara kaum danagama yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan

yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunandan kejayaan kepada negara kita.

Aspirasi perlembagaan persekutuan yang akomodatif jugadidasarkan demokrasi berparlimen, mesyuarat dwidewan dankewujudan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat sertaberupaya melahirkan suatu rupa bangsa yang sama bagiseluruh Persekutuan, dan dalam masa yang sama memilikiseorang ketua negara iaitu Perdana Menteri yang berkarisma

bagi sebuah negara yang berdaulat. Dalam pada itu, untukmeminda perlembagaan yang wujud hari ini, satu majoriti duapertiga (2/3) diperlukan di Parlimen dan berdasarkan rekodyang ada undang-undang tertinggi ini telah dipinda sebanyak42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga2005.

Perlembagaan yang lengkap dan komprehensif inidibahagikan kepada 15 bahagian yang terdiri daripadaBahagian 1 ( Negeri-negeri, agama dan undang-undang

persekutuan), Bahagian 2 (Kebebasan asasi), Bahagian 3(Kewarganegaraan), Bahagian 4 (Persekutuan), Bahagian 5(Negeri-negeri), Bahagian 6 (Perhubungan antarapersekutuan dan negeri-negeri), Bahagian 7 (Peruntukan-peruntukan kewangan), Bahagian 8 (Pilihanraya), Bahagian 9(Kehakiman), Bahagian 10 (Perkhidmatan awam), Bahagian11 (Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan

6 | zdy_aresat

Page 7: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 7/17

darurat), Bahagian 12 (Am dan pelbagai), Bahagian 13(Peruntukan sementara), Bahagian 14 (Perkecualian bagikedaulatan raja-raja dan sebagainya), dan Bahagian 15(Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja),menjadikannya sebagai dokumen undang-undang yangterpenting memandu rakyat dan negara di landasan yangbetul.

Sejak merdeka, banyak isu-isu sensitif lain berkenaanPerlembagaan Persekutuan dibangkit dan dibincangkanseperti dalam Perkara 5 (Kebebasan diri), Perkara 10(Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan),Perkara 11 (Kebebasan agama), Perkara 12 (Hak-hakberkenaan pelajaran), Perkara 38 (Majlis Raja-Raja), Perkara

70 (Keutamaan Raja dan Yang Dipertua Negeri), Perkara 72(Keistimewaan Dewan Negeri), Perkara 89 (Tanah rizab orangMelayu), Perkara 90 (Peruntukan khas mengenai tanah adatdi Negeri Sembilan, Melaka dan tanah pegangan orangMelayu di Terengganu). Lebih membimbangkan apabilawujudnya trend yang cuba mempertikaikan Perkara 181(Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja) dan Perkara 183(Tiada tindakan yang boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan negara).

Sebagai perbandingan sejarah Islam telah merekodkan NabiMuhammad s.a.w dalam usaha mewujudkan persefahamanantara pelbagai kelompok dalam masyarakat Madinah padawaktu itu, maka terbentuklah perlembagaan pertama yangdikenali sebagai Sahifah iaitu kanun tingkah laku atau piagamyang memperincikan hak dan kewajipan pemerintah danrakyat. Catatan mengenai Perlembagaan ini banyakditerangkan oleh sarjana Islam seperti Ibn Ishaq, Abu Ubaid,Ibn Kathir, Ibn Abi Kyathaman dan lain-lain dalam banyak

bahan penulisan dan kritikan mereka.

Perlembagan Madinah turut merangkumi asas hubungan danpenyatuan antara kaum Muhajirin dan Ansar, termasuk jugabeberapa fasal penting mengenai perjanjian dengan kaum

 Yahudi. Antara lain fasal mengenai jaminan agama dan hartaserta peruntukan mengenai kewajipan masing-masing

7 | zdy_aresat

Page 8: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 8/17

terhadap negara dan kaum lain. Jumlah keseluruhan fasalyang terkandung di dalam Piagam Madinah ini adalah 47 fasaldi mana dua puluh empat daripadanya menyentuhperuntukan hak dan kewajipan orang Yahudi yang merupakankelompok minoriti bukan Islam. Perlembagaan pertama dalamsejarah peradaban Islam ini adalah manifestasi pendirianIslam berteraskan prinsip keadilan yang tercermin melaluisikap dan peribadi Rasulullah yang bersedia berunding danmenjamin hak masyarakat bukan Islam di Madinah

Oleh yang demikian, dapatlah difahami dan dihayati bahawakepentingan dan keluhuran perlembagaan kepada negarakita ialah bagi menjamin kesinambungan pentadbiran dankestabilan politik. Malahan dapat menentukan rangka, bentuk

pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan,menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Di sampingitu, mampu menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

Perlembagaan juga dapat menggariskan kebebasan dan hakasasi warganegara seperti kebebasan diri,kebebasanbercakap, memiliki harta dan beragama.

Perlembagaan menjadi penentu batasan untuk menjagakeselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikanpentadbiran berjalan dengan lancar di samping dapatmemupuk unsur taat setia kepada negara. Seseorang ituakan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan mendapatiseseorang itu tidak setia atau telah memperolehi kerakyatannegara lain. Kepentingan perlembagaan juga ialah agar dapatmemastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hakkebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkanberlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum.

Keluhuran perlembagaan juga merangkumi aspek pentingdan serius agar hak keistimewaan orang Melayu danbumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkansesuka hati sebagaimana yang telah dipersetujui dalampembentukan awal Persekutuan Tanah Melayu danpembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yangberdaulat. Apa yang paling penting ialah, Perlembagaan juga

8 | zdy_aresat

Page 9: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 9/17

menjadi medan dan landasan penting bagi mewujudkan iklimintegrasi nasional dalam usaha mempercepatkan lagi prosespembentukan negara bangsa yang bersatu padu dandihormati tanpa membelakangkan prinsip agama dalamsegala aspek kehidupan.

Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula padaakhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasaiTanah Melayu.

Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:

• 1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis

Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yangdibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidakbertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguhpun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islamdan kedudukan Raja-raja Melayu.

• 1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggotaMMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruhnegeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambilbahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaanpusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat

dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha(Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan KetuaSetiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

• Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangangabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenorboleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh MajlisPerundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya

9 | zdy_aresat

Page 10: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 10/17

boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dania boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

• 1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayuditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuanditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang.Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untukmenghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh MajlisPerundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negerimempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam JadualKedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaanmasing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyaiperlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian

Persekutaun 1948.

• Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggotayang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, danseorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuanRaja-raja.

• Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuaioleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka PerlembagaanPersekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini

mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakanlaporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dankemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

• Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dandikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

• Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London olehkerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah danSarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satuundang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah

dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaanbaru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akanmeluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untukmeminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskanpada 26 Ogos 1963.

Pindaan

10 | zdy_aresat

Page 11: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 11/17

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3)bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuanpada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujukkepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi,perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahunselepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, sepertimana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliaumenganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalahpada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangatdokumen sebenar telah dicairkan".

Organisasi 

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiapbahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

• Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undangpersekutuan

• Bahagian 2 - Kebebasan asasi• Bahagian 3 - Kewarganegaraan

• Bahagian 4 - Persekutuan• Bahagian 5 - Negeri-negeri• Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan

negeri-negeri• Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan• Bahagian 8 - Pilihanraya• Bahagian 9 - Kehakiman• Bahagian 10 - Perkhidmatan awam• Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa

subversif dan darurat• Bahagian 12 - Am dan pelbagai• Bahagian 13 - Peruntukan sementara• Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja

dan sebagainya• Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung

dan raja-raja

11 | zdy_aresat

Page 12: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 12/17

 

Perkara Asas Perlembagaan

• Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-rajasembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem RajaBerpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintahPersekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakanbahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaahmenteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah

menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintahtertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untukmengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orangyang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagikesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam WilayahPersekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tigakomponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen.Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin haksesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang,menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisiperlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

12 | zdy_aresat

Page 13: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 13/17

Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawabuntuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayudan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sahkaum lain.

Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semuahakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalahditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelahberunding dengan Majlis Raja-raja.

• Kedudukan Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam

ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lainboleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begituhak-hak seseorang untuk mengembangkan agama bolehdikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atauundang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan,

 jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telahmenganut agama Islam – Perkara 11 (4).

• Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagaiBahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secaraautomatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakandalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan olehPerkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaansama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dantermasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

13 | zdy_aresat

Page 14: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 14/17

Unsur-Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanMalaysia

Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayusemasa penjajahan British pada masa itu telahpun mempunyaiperlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutanpenubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun MalayanUnion telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayumemandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhituntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak

perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak Britishberbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut jugadikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayuyang telahpun diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.

Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telahmenubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji danseterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhituntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang

dimaksudkan adalah: Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu; Hakkeistimewaan orang Melayu; Agama; dan Bahasa.

Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yangterkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu.

1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-PertuanAgongBeberapa perkara yang terkandung dalam PerlembagaanPersekutuan dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istemewaRaja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara

42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41.

  Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itusudahpun menjadi amlan sejak zaman Kesultanan Melayu Melakalagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalammasyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagisurvival orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini

14 | zdy_aresat

Page 15: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 15/17

dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudahsekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahanberaja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapatmeningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatankepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke

arah perpaduan.

2. Agama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawaagama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namunbegitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama bolehdikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jikapengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah

menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur pentingdalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyatyang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskanmanusia daripada perhambaan sesama manusia”, makaperlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyatdalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyatmemperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah.Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa

pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yangmengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikanperhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atauditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapatmewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduandi kalangan pelbagai kaum dan agama.

3. Hak keistimewaan Orang-Orang MelayuDalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu danbumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi:Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); BidangEkonomi – Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2,3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu danbumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen AskarMelayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana

15 | zdy_aresat

Page 16: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 16/17

dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan iadilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orangMelayu merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru

adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaantersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibatdalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajarorang-orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yangdinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaumlain.

4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Perkara 152 (1)

menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa KebangsaanPersekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasaperantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi.Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna“apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuanatau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatupihak berkuasa awam”.

  Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilihsebagai bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu

dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpunmenjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jaditujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukanpelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yangbersatu melalui satu bahasa yang sama.

Rujukan

16 | zdy_aresat

Page 17: Projek Pengajian Am

8/9/2019 Projek Pengajian Am

http://slidepdf.com/reader/full/projek-pengajian-am 17/17

Laman web Wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Sumber :

Perlembagaan persekutuan Malaysia.

buku rujukan stpm

guru matapelajaran

Lawan web kerajaan :

http://pmr.penerangan.gov.my

http://www.malaysia.gov.my

http://www.parlimen.gov.my

17 | zdy_aresat