penerangan berkaitan model assure
DESCRIPTION
Penerangan Berkaitan Model ASSURETRANSCRIPT
Penerangan berkaitan Model ASSURE
Model ASSURE digubal oleh Heinich, R. Molenda, M. Russell, J.D Smaldino dan
S.E pada tahun 1982. Tujuan mereka menyediakan model ini adalah sebagai panduan
merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Model ini berfokuskan kepada perancangan pengajaran di dalam situasi bilik darjah dan
bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang meluas.
Maksud ASSURE ialah A – Analyse Learner (Analisis Pelajar), S – State
Objective (Nyatakan Objektif), S – Select Method, Media and Materials (Pilih Kaedah,
Media dan Bahan), U – Utilise Media and Materials (Gunakan Media dan Bahan), R –
Require Learner Participation (Mendapatkan Penglibatan Pelajar) dan E – Evaluate and
Revise (Nilai dan Semak).
Huraian berkaitan Model ASSURE ialah A – Analyse Learner (Analisis Pelajar)
merupakan peringkat pertama dalam model ASSURE. Peringkat pertama ini
menerangkan berkaitan bahan yang sesuai kepada murid harus memiliki ciri-ciri murid,
kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Tiga perkara utama
perlu diambil kira dalam langkah menganalisi murid adalah ciri umum, kompetensi
khusus peringkat masuk dan stail pelajaran. Ciri-ciri umum ialah merupakan diskripsi
tentang umur, tahap, latar belakang sosioekonomi dan banyak lagi. Bagi mendapatkan
maklumat berkaitan ciri-ciri umum ini guru haruslah berinteraksi dengan murid secara
lansung. Hal ini, membolehkan guru menjadikan asas dalam pemilihan media dan
bahan.
Seterusnya ialah kompetensi khusus peringkat masuk. kompetensi khusus
peringkat masuk adalah berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid
berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran. Segala maklumat yang diperolehi
adalah daripada ujian kemasukkan dan juga interaksi guru dan murid. Aspek ini
1
memberi impak yang besar kerana semua murid tidak mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang sama. Sebagai contoh guru mengajar simpulan bahasa di dalam kelas.
Jika murid dapat menyatakan situasi yang berlaku berdasarkan simpulan bahasa dan
terdapat murid yang tidak dapat menyatakan situasi berdasarkan simpulan bahasa.
Maka hal ini menunjukkan pengajaran guru adalah tidak berkesan dan guru harus
mengtahui tahap pengetahuan dan kemahiran murid. Perkara ketiga ialah stail
pembelajaran. Stail pembalajaran merujuk kepada kluster trait yang dapat menerangkan
bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan
persekitaran. Kesan yang besar kepada murid melalui pelbagai kaedah dan media
berdasarkan stail pembelajaran. Dunn dan Dunn (1992) telah membina satu intrumen
yang terbaik dan digunakan secara meluas di sekolah. Akademik, sikap dan disiplin
murid meningkat berdasarkan analisis daripada intrumen ini.
Peringkat kedua dalam model ASSURE ialah S - State Objectives (Nyatakan
Objektif). Hal ini menerangkan setelah guru mengenali murid guru akan memulakan
penulisan objektif. Fokus yang utama harus diberikan oleh guru ialah berfokuskan murid
melambangkan tingkah laku yang menggambarkan kepentingan dunia sebenar. Objektif
ditulis dengan menggunakan format ’ABCD’ ’A- Audiens (Pelajar), B- Behaviour
(Tingkah laku), C- Condition dan D- Degree’.
Peringkat ketiga dalam model ASSURE ialah S - Select Method, Media and
Materials (Pilih Kaedah, Media dan Bahan). Terdapat tiga langkah yang perlu
dilaksanakan iaitu memilih kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran, memilih
media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih dan memilih,
mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Pada langkah pertama
memilih kaedah yang sesuai dengan tugasan pelajaran dapat diterangkan dengan cara
cara guru menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
menyampaikan isi pelajaran. Sebagai contoh, proses pengajaran dimulakan dengan set
2
induksi yang menggunakan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan
dan latih tubi. Kaedah yang dipilih adalah berkait rapat dengan objektif, kandungan
pelajaran dan kumpulan sasaran. Langkah kedua pula ialah memilih media yang sesuai
untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Langkah ini dapat dipecahkan kepada dua
aspek iaitu media yang tersedi dan memilih format atau bentuk media yang belum
ternyata masej di dalamnya. Media yang tersedia biasanya boleh diterokai melalui
pelbagai sumber seperti agensi pendidikan, agensi kerajaan, agensi swasta dan
sebagainya. Media ini berasakan sepadan dengan kirikulum, maklumat tepat dan terkini,
bahasa jelas dan tepat, menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar,
menggalakkan penglibatan pelajar, mempunyai teknikal kualiti yang baik, terdapat bukti
kebekersanannya dan mempunyai buku panduan yang lengkap. Langkah terakhir dalam
peringkat ketiga Model ASSURE ialah memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk
media yang telah ditentukan. Aspek ini digunakan apabila guru gagal memilih media
yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka guru bolelah mengubahsuai
media yang sedia ada mengikut objektif, kumpulan sasaran, kos, kepakaran teknikal,
peralatan, fasiliti dan masa.
Peringkat keempat dalam model ASSURE ialah U- Utilities media and materials
(Gunakan Media dan Bahan). Dalam peringkat ini guru merancang bagaimana untuk
mengemplemenkan media dan bahan-bahan dan membantu kumpulan sasaran
mencapai objektif pembelajaran. Bagi memastikan penggunaan bahan dengan cara
yang betul, terdapat beberapa langkah untuk mewujudkan pengajaran berpusatkan
kumpulan sasaran. Antaranya ialah memaparkan bahan terlebih dahulu, menyediakan
bahan, menyediakan persekitaran, menyediakan murid atau kumpulan sasaran dan
menyediakan pengalaman pembelajaran.
Peringkat kelima dalam model ASSURE ialah R – Require Learner Participation
(Mendapatkan Penglibatan Murid). Dalam peringkat ini guru mendapatkan penglibatan
3
murid atau kumpulan sasaran secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga mempelbagaikan aktiviti dalam kelas seperti perbincangan,
kerja kumpulan, latih tubi, kuiz, projek, aktiviti, dan berbagai cara dalam memastikan
penglibatan murid. Guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dan akhir sekali guru
memberikan aktiviti pengukuhan selepas murid memberi tindak balas yang betul.
Pada peringkat terakhir dalam Model ASSURE ialah E – Evaluate And Revise
(Nilai dan Semak). Dalam peringakat terakhir ini guru menilai sama ada objektif
pelajaran tercapai atau sebaliknya. Penilaian dan penyemakan berlaku sepanjang
proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Peniali ini terbahagi
kepada tiga iaitu menilai murid berdasarkan pembelajaran yang dihasilkan, menilai
komponen media dan menilai pencapaian pelajar.
4
Huraian Media 1 mengikut model ASSURE – Kad Huruf Besar
Saya telah memilih kad perkataan huruf besar dalam pengajaran Bahasa Melayu
Tahun Satu berkaitan tajuk pengenalan kepada uruf besar. Pada peringkat pertama
dalam model ASSURE ialah analisis pelajar. Kajian telah dilakukan kepada murid tahun
satu ini dalam pengajaran mengenali huruf besar. Ciri-ciri umum seperti umur, tahap dan
latar belakang sosioekonomi juga dititikberatkan. Selain itu kompentensi peringkat
masuk juga diambil kira dalam penghasilan media ini seperti pengetahuan sedia ada
murid berkaitan tajuk dan kandungan pelajaran. Penggunaan kad huruf besar ini juga
menambahkan interaksi antara guru dan murid-murid. Stail pembelajran juga turut
diambil kira dalam penghasilan media ini. Dengan menggunakan kad huruf besar ini
maka murid akan lebih mengingati huruf besar kerana mereka dapat bermain dan
memegang media ini dengan sendiri. Kad huruf besar ini mempunyai ciri-ciri seperti
besar, berwarna dan boleh mengubah warna kad tersebut mengikut minat murid-murid
tersebut.
Pada peringkat kedua model ASSURE iaitu nyatakan objektif. Pada pengajaran
ini objektif utamanya ialah memastikan murid dapat mengenali huruf besar dan tahu
menggunakan huruf besar pada perkataan tertentu. Kad huruf besar ini amat sesuai
digunakan kerana kad ini besar dan bewarna sesuai dengan murid tahun satu yang
meminati sesuatu yang berwarna dan boleh diubahsuai mengikut kesukaan sendiri.
Perubahan yang dapat dilihat ialah merid-murid dapat menjadikan kad huruf ini sebagai
permainan merekan sambil mempelajari huruf besar tersebut. Kad ini juga dapat
menguji tahap kemahiran murid mengingati huruf besar berdasarkan warna dan akan
juga mengingati huruf tersebut jika guru telah megubah warna huruf tersebut.
Pada peringkat ketiga dalam model ASSURE ialah pilih kaedah, media dan
bahan. Pemilihan kaedah yang sesuai adalah bertujuan menjadikan pengajaran menarik
5
dan tidak membosankan murid semasa mempelajari huruf besar. Kaedah yang
digunakan dalam penggunaan kad perkataan ini ialah kaedah pandang dan sebut. Guru
akan menunjukkan kad perkataan ini di hadapan dan meminta murid menyatakan huruf
tersebut. Selain itu guru juga melatakkan huruf tersebut dihadapan dan meminta murid
mengambil kad tersebut dan meminta murid menyebut huruf tersebut dan diikuti oleh
rakan-rakan mereka yang lain. Selain itu. Murid dapat menukar warna kad perkataan
tersebut mengikut warna kesukaan mereka dan menyebut huruf tersebut dengan kuat.
Hal ini menunjukkan murid harus mengingati huruf dengan bahan ransangan warna.
Jika warna huruf tersebut ditukar maka murid harus mengingat huruf bukan mengingati
warna tersebut sebagai kekeliruan supaya murid dapat mengenali huruf walau berada
dalam pelbagai situasi.
Peringkat keempat dalam model ASSURE ialah gunakan media dan bahan. Kad
huruf ini dapat membantu murid dalam mencapai objektif pembelajaran. Hal ini kerana
pada awal penggunaan media ini guru mempamerkan kad huruf ini dan meminta murid
menyatakan huruf tersebut dengan bimbingan guru. Selepas itu guru mengubahsuai
warna huruf tersebut dan mempamerkan semula kad huruf tersebut dan milihat murid
masih mengingati huruf tersebut atau tidak. Perlakuan ini adalah menguji daya ingatan
murid dalam mengingati huruf besar tersebut. Kad yang digunakan besar dan sesuai
dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Jika kad yang digunakan kecil maka murid harus
berkumpul dengan rapat bagi meneruskan pembelajaran menggunakan kad huruf
tersebut. Murid akan menggunakan pengalaman mereka mengingati huruf kerana huruf
akan sentiasa berbah warna dan dapat mengelirukan mereka.
Peringkat kelima di dalam model ASSURE ialah mendapatkan penglibatan
murid. Kad huruf ini boleh mendapatkan penglibatan murid kerana kad ini mudah
digunakan dan menarik kerana dapat menukar warna huruf tersebut mengikut warna
kegemaran mereka. Dengan ada bahan ransangan warna murid dapat mendekati
6
pembelajaran mengikut minat mereka sendiri. Pada awal pengajaran guru menerangkan
pengajaran pada sesi tersebut dan seterusnya guru menjadi fasilitator dan melihat murid
bermain dengan kad huruf tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri.
Peringkat terakhir dalam model ASSURE ialah niali dan semak. Dalam
penghasialan media ini guru menilai pencapai murid, komponen media dan pencapaian
pengajaran. Kad ini sesuai dengan pencapaian murid kerana murid dalam proses
mengenali huruf. Selain itu componen media adalh menarik kerana kad ini boleh diubah
suai mengikut kesukaan murid. Guru akan mencapai pengajaran kerana murid lebih
hampir dengan media. Murid akan bermain dengan media sambil menginati pengajaran
tersebut.
Huraian Media 2 mengikut model ASSURE – Perisian Persembahan
Media kedua yang saya pilih dalam pengajaran adalah perisian persembahan
berkaitan megukuhkan lagi pengusaan dalam mengenali huruf besar. Peringkat pertama
model ASSURE ialah analisis murid. Ciri-ciri umum perisian ini adalah mengikut model
ASSURE kerana mudah dikendalikan dan mempunyai animasi yang menarik dan bahan
ransangan seperti ganjaran jika murid dapat menjawab soalan denagn betul. Perisian
persembahan ini berkesinambungan dengan media pertama tadi kerana media ini
adalah pengukuhan mengingati semula pembelajaran awal tadi. Penggunaan ini juga
memberi impak yang besar lepada murid keran pada awal pengajaran mereka dapat
menentuh media tersebut tetapi pada kali ini merka hanya dapat melihat dan cuba
mengaplikasikan pengalaman lepas dengan pengajaran ini. Stail pengajaran juga
banyak berubah kerana murid lebih banyak berinteraksi dengan bahan. Murid lebih
seronok kerana animasi yang digunakan sesuai dengan mereka.
7
Peringkat kedua model ASSURE ialah nyatakan objektif. Seperti telah
dinyatakan dalam penerangan media satu objektif adalah murid mengenali huruf besar
dan tahu menggunakan huruf besar dalam perkataan yang sesuai. Media kedua ini lebih
menguji kepada murid mengingati huruf besar kerana perisian persembahan ini
digabungkan dengan huruf kecil supaya murid dapat menggunakan pengalaman lepas
untuk menjawab soalan yang disediakan. Media ini juga mengikut keperluan murid
seperti dapat mengubah tingkahlaku murid denagn menggunakan segala kemahiran
mereka dalam menguasai pengajaran.
Peringkat ketiga dalam model ASSURE ialah pilih kaedah, media dan bahan.
Perisian persembahan ini adalah menarik kerana mempunyai animasi, ransangan dan
dapat menguji tahap kemahiran murid. Kaedah yang digunakan ialah lebih kepada
penggunaan bahan dan murid harus berinteraksi dengan bahan. Guru hanya sekadar
fasilitator. Suasana pengajaran hádala menarik kerana paparan perisisan ini dapat
menarik minat murid dengan pemilihan warna yang sesuai dengan muird. Selain itu
perisian persembahan ini sepadan dengan kurikulum, maklumat yang digunakan adalah
tepat, bahasa yang jelas dan tepat seperti arahan yang diberikan dan dibacakan oleh
guru dan akhir sekali menggalakkan penglibatan murid kerana murid berinteraksi terus
dengan bahan. Media ini juga bagus digunakan kerana mengikut peredaran zaman
seperti zaman kini zaman ICT. Jika terdapat masalah teknikal guru boleh menggunakan
lampiran kerja sebagai ganti kepada perisian persembahan ini. Objektif yang hendak
dicapai adalah sama jika menggunakan perisian persembahan ini mahupun lembaran
kerja.
Peringkat keempat dalam model ASSURE ialah gunakan media dan bahan.
Murid berinteraksi terus dengan bahan kerana mereka menjawab soalan dengan
menggunakan perisian persembahan ini. Guru akan membimbing murid dalam
menggunakan bahan ini. Murid akan dapat menambah pengalaman mereka dalam
8
memgendalikan bahan ini. Murid juga tidak akan ketinggalan dalam arus kemodenan
zaman. Selain itu media yang dipaparkan ada kaitan dengan media sebelum ini
menyebabkan murid dapat menguji tahap pemahaman mereka dalam mengenali huruf
besar. Persekitaran pembelajaran akan menjadi menarik kerana penglibatan semua
murid dalam pengajaran ini. Murid akan sentiasa mencuba dan menggunakan
kemahiran mereka untuk menjawab soalan yang disediakan.
Peringkat kelima dalam model ASSURE ialah mendapatkan penglibatan murid.
Media ini mengikut model ASSURE kerana murid terlibat secara terus dengan bahan.
Guru memberi bimbingan asas sahaja. Aktiviti ini dapat melihat tindak balas murid
dengan bahan dan memberi pengukuhan secara terus tanpa halangan. Ransangan
seperti ganjaran membuatkan murid terus berusaha untuk mendalami pengajaran
tersebut.
Peringkat terakhir dalam model ASSURE ialah nilai dan semak. Sebelum
pengajaran guru memastikan peralatan yang hendak digunakan adalah mencukupi dan
sesuai dengan suasana bilik darjah. Semasa pengajaran guru harus melihat penglibatan
muird adalah menyeluruh dan hasil yang dihasilkan selepas pengajaran tamat. Selin itu
pencapaian murid dapat dilihat dengan aktiviti perisian persembahan ini kerana jawapan
yang diberikan murid dapat menyatakan pemahaman mereka dalam tajuk pengajaran
tersabut. Media yang digunakan juga tidak mempunyai masalah dan sesuai dengan
tahap murid dan membolehkan interaksi antara murid dan media adalah secara terus
dan tiada gangguan. Pada akhir pengajaran guru melihat media yang digunakan adakah
dapat mencapai pembelajaran pada hari tersebut. Jika media tidak sesuai guru harus
membaikinya dengan lebih memudahkan murid.
9