penerangan autocad

12
BAB 5 AUTOCAD 5.1 Pengenalan Kepada Lukisan Terbantu Komputer Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Drafting(CAD). Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan, manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer. Dr. Ivan Sutherland dari institute Teknologi ‘Massachusetts’ merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lukisan dan reka bentuk melalui sistem CAD pada tahun 1963 dan dipasarkan pada tahun 1964. Sistem ini mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia menjimatkan kos. Di samping itu, perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang, lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk. 5.2 Kelengkapan Dalam Sistem CAD Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua: i. Secara manual ii. Secara CAD Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti pemprosesan, peranti keluaran dan peranti storan. 1

Upload: naa12

Post on 12-Jun-2015

8.137 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

saya pernah buat laporan ini semasa praktikal, diharap in dapat membantu pengguna autoCad.

TRANSCRIPT

Page 1: Penerangan AutoCAD

BAB 5

AUTOCAD

5.1 Pengenalan Kepada Lukisan Terbantu Komputer

Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Drafting’

(CAD). Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan

lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan,

manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer.

Dr. Ivan Sutherland dari institute Teknologi ‘Massachusetts’ merupakan individu yang

bertanggungjawab dalam menghasilkan lukisan dan reka bentuk melalui sistem CAD pada

tahun 1963 dan dipasarkan pada tahun 1964. Sistem ini mampu menghasilkan produk yang

berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia menjimatkan kos. Di samping itu,

perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang,

lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk.

5.2 Kelengkapan Dalam Sistem CAD

Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua:

i. Secara manual

ii. Secara CAD

Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti

pemprosesan, peranti keluaran dan peranti storan.

i. Peranti masukan :

Papan kekunci

Tetikus

Pengimbas

ii. Peranti keluaran :

Monitor

Pencetak

Pemplot

`

1

Page 2: Penerangan AutoCAD

iii. Peranti storan :

Cakera keras

Disket

CD

‘Pen-drive’ dan sebagainya.

5.3 Perkakasan Komputer

i. Peranti Masukan

Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagi

membentuk lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca masukan

arahan dan data. Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan kekunci dan

tetikus.

Papan kekunci mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan simbol.

Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus merupakan alat peranti yang

menggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk mengesan pergerakan.

ii. Peranti Keluaran

Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian AutoCAD boleh dicetak dengan

menggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot.

Pencetak pencetak boleh mencetak lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau

hitam putih.

Pemplot digunakan untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga AO.

Terdapat pelbagai jenis pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik,

microgrip dan yang terkini teknologi pemplot laser.

iii. Peranti Paparan

Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan atau

reka bentuk dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkan

maklumat seperti angka, huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus dan

papan kekunci.

iv. Peranti Storan

Lukisan CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras, disket,

cakera padat (CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya.

2

Page 3: Penerangan AutoCAD

5.4 Perisian Lukisan CAD dan Fungsinya

i. Pengenalan Perisian AutoCAD

Selama beberapa tahun AutoCAD telah berubah daripada program yang berasaskan

DOS kepada aplikasi tetingkap (Windows). AutoCAD 2007 meneruskan aliran ini dengan

persembahan dan ciri-ciri baru yang lebih banyak, menjadikan kerja melukis lebih mudah

dan berkesan. Dengan memberi tumpuan kepada sistem pengendalian tunggal, Autodesk

mampu mencipta AutoCAD yang lebih cekap dan pantas. Dengan tetingkap, pengguna

mempunyai kebebasan untuk menyusun paparan AutoCAD dengan mengklik dan

memindahkan kompunen-komponennya.

Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan

perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES,

dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk

dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk

memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa pengguna

mengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan

ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.

ii. Kelebihan AutoCAD

Kerja menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dan

cepat. Hal ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual yang

memerlukan perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala jika

menggunakan perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya

menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang masa yang banyak.

Selain itu, salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang kali. Lukisan kerja

yang dihasilkan dari perisian ini menyumbang faedah dari segi kualiti lukisan dan jika

berlaku lukisan kerja terkoyak atau rosak disebabkan air atau kawasan lembap, ia boleh

dicetak lagi menggunakan pemplot (plotter).

Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat. Perintah-

perintah (command) yang digunakan dalam perisian AutoCAD memberi fungsi yang tepat

dan sangat bersesuaian dengan kehendak kerja melukis. Kelebihan yang ada dalam

perisian ini menggunakan perintah-perintah (command) yang sama dalam melakukan

3

Page 4: Penerangan AutoCAD

lukisan kerja secara manual. Contohnya; garisan (line), bulatan (circle), lengkok (arc) dan

sebagainya.

Lukisan kerja boleh diplot dengan cepat dalam pelbagai skala dan berwarna.

Terdapat peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil lukisan kerja seperti pencetak

dan pemplot. Peranti-peranti inilah yang akan mengeluarkan lukisan dengan cepat pada

skala dan warna yang telah dipilih serta mampu memplot dalam jenis saiz kertas yang

dikehendaki.

Hasil kerja lukisan boleh disimpan dalam peranti storan seperyi cakera keras, cakera

liut atau cakera padat (CD), ‘pen-drive’ atau ‘thumb-drive’ dan sebagainya. Lukisan kerja

yang dibuat dalam perisian AutoCAD membolehkan ianya disimpan dengan selamat tidak

memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan lukisan.

iii. Perintah Kendalian Pengurusan Perisian AutoCAD

a)

Tetingkap AutoCAD

Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian iaitu :

i. Bar menu tarik turun ( pull down menu bar )

ii. Tolbar kekal dan tolbar apungan ( Docked and floating toolbars )

iii. Kawasan melukis ( Drawing area )

iv. Baris perintah ( Command line )

4

Rajah 5.4.3 Contoh paparan tetingkap Program AutoCAD

Page 5: Penerangan AutoCAD

v. Bar status ( Status bar )

Menu Tarik Turun (Pull Down Menu)

Kaedah yang mudah difahami telah tersedia daripada bar menu tarik turun untuk

mencapai kawalan am dan persediaan AutoCAD. Dalam menu tersebut terdapat beberapa

perintah dan mempunyai fungsi yang merupakan suatu yang utama kepada AutoCAD. Item-

item pada menu melaksanakan empat fungsi asas seperti memaparkan pilihan-pilihan menu

tambahan. Selain itu, memaparkan kotak dialog yang mengandungi ‘setting’ yang boleh

diubah, mengeluarkan arahan yang memerlukan ‘input’ papan kekunci dan lukisan, dan juga

menyediakan satu set tambahan tol-tol yang sama dan terdapat pada tolbar ‘modify’ dan

tolbar ‘draw’.

Tolbar Piawai (Standard Toolbar)

Tolbar piawai biasanya dipaparkan pada sebelah atas tetingkap AutuCAD. Tolbar

tersebut memaparkan ikon-ikon serasi tetingkap seperti ‘new’, ‘open’, ‘save’, ‘print’, ‘print

preview’, ‘cut’, ‘copy’, ‘paste’, ‘undo’, ‘redo’ dan lain-lain.

Tolbar Ciri-ciri Objek (Object Propeties Toolbar)

Spesifikasi ‘layer’ seperti warna, jenis dan ketebalan garisan serta status ‘layer’

merupakan paparan daripada tolbar ciri-ciri objek. ‘Layer’ boleh dibayangkan sebagai

lapisan lut sinar yang boleh diaktifkan dan ditentukan spesifikasinya. Contohnya, ‘layer’ teks

digunakan untuk menempatkan segala jenis garisan objek, manakala ‘layer’ dimensi untuk

menempatkan pendimensian. Penggunaan ‘layer’ bagi kerja-kerja lukisan AutoCAD tiada

terhadnya dan ia digalakkan untuk kerja-kerja suntingan menjadi lebih mudah dan cepat.

Tolbar ‘Modify’ dan Tolbar ‘Draw’

Tolbar ‘modify’ dan tolbar ‘draw’ menyediakan ikon-ikon perintah untuk melukis objek

baru dan menyunting lukisan sedia ada.

Kawasan Melukis (Drawing Area)

Kawasan melukis merupakan ruang kerja untuk melukis. Ianya hamper memenuhi

sebahagian besar pada layer. Semua jenis lukisan yang dilukis akan terpapar pada

kawasan ini. Tetikus digunakan dan kursor rerambut silang akan kelihatan pada kawasan

ini. Selain itu, ‘scroll bar’ di sebelah kanan dan di sebelah bawah kanan berfungsi untuk

melaraskan pandangan. Titik koordinat pepenjuru kiri bawah dan koordinat pepenjuru atas

adalah penentu bagi dasar saiz kawasan melukis.

5

Page 6: Penerangan AutoCAD

Baris Perintah (Command Line)

Ruang bagi memasukkan arahan atau perintah AutoCAD selain penggunaan menu

tarik turun, ia juga berfungsi sebagai memasukkan nilai atau respons yang dikehendaki oleh

AutoCAD. Individu boleh memasukkan perintah menggunakan abjad pada papan kekunci.

Sesetengah perintah hanya memerlukan satu atau dua huruf awal untuk mengaktifkan

perintah, contohnya, perintah ‘line’ hanya taipkan sahaja ‘L’ pada baris perintah.

Bar Status (Status Bar)

Bar status terletak di baris bawah tetingkap AutoCAD. Ia menunjukkan paparan

koordinat, kursor rerambut silang dan juga status butang ‘snap’, ‘grid’, ‘ortho’, polar’, ‘osnap’,

‘otrack’, ‘line weight’ dan butang pilihan ‘mod model’ atau mod kertas.

b) Perintah Perisian AutoCAD

i. Garisan (Line) digunakan untuk membuat garisan lurus atau

garisan yang bersudut seperti yang dikehendaki.

ii. Bulatan (Circle) digunakan untuk membuat bulatan. Bulatan ini

boleh ditetapkan dengan beberapa pilihan syarat

seperti :

Titik pusat dan jejari (Center, radius)

Titik pusat dan diameter (Center and diameter)

iii. Lengkok (Arc) digunakan untuk membuat garisan lengkok.

Osnap merupakan suatu kemudahan pada AutoCAD bagi

menentukan titik pada satu-satu objek semasa

pengubahsuaian.

6

Rajah 5.4.4 Ikon-ikon dan fungsi osnap

Page 7: Penerangan AutoCAD

Ubahsuai (Modify)

i. Padam (Erase) untuk memadam objek atau garisan dalam lukisan

yang tidak dikehendaki. Penggunaannya boleh

didapati pada bar menu ’modify’-‘erase’ atau tolbar

‘erase’.

ii. Kemasan (Trim) perintah ‘trim’ ialah untuk membuat kemasan atau

potongan sebahagian garisan pada objek atau

lukisan.

c) Arahan (Command) AutoCAD

Bagi penggunaan arahan (command) ianya dilakukan dengan mudah sekali kerana tidak

perlu untuk mencari pada menu bar. Contoh penggunaan arahan (command) :

i. Tulis arahan pada baris perintah (command line). Contoh ‘L’ untuk ‘Line’.

ii. Selepas itu, tekan papan kekunci ‘enter’ atau ‘space bar’.

iii. Tentukan titik permulaan bagi garisan (line) tersebut dan pilih panjang garisan dan

seterusnya tekan lagi sekali bagi menetapkan titik akhir bagi garisan tersebut.

Beberapa Arahan (Command) AutoCAD

A =ARC

AA=AREA

AP=APPLOAD

AR=ARRAY

B=BLOCK

BB=BREAK

BH=BHATCH

C=CIRCLE

CC=COPY

CH=CHANGE

CL=CLAYER

CM=CHAMFER

D=DDLMODES

DC=DDCHPROP

7

Page 8: Penerangan AutoCAD

DD=DDIM

DE=DDEDIT

DM=DIM

DN=DONUT

DS=DIST

DT=DTEXT

DU=DDUCS

DI=DIVIDE

DW=DVIEW

DDE=DDEMODES

DDI=DDINSERT

DDM=DDMODIFY

DDO=DDOSNAP

DDP=DDPTYPE

DDR=DDRENAME

DDU=DDUNITS

DWG=DWGNAME

DDRR=DDRMODES

E=ERASE

EE=EXPLODE

F=FILLET

I=INSERT

L=LINE

LA=LAYER

LI=LIST

LS=LTSCALE

LT=LINETYPE

M=MOVE

MI=MIRROR

MS=MSPACE

MV=MVSETUP

O=OFFSET

OO=OOPS

OP=OPEN

P=PAN

PL=PLINE

PN=PLAN

8

Page 9: Penerangan AutoCAD

PP=PEDIT

PS=PSPACE

PT=PLOT

Q=SAVE

QQ-QUIT

R=REDRAWALL

RE=REGENALL

RR=ROTATE

S=STYLE

SC=SCALE

SS=SOLID

ST=STRECH

T=TRIM

U=UNDO

UU=REDO

CX=VPOINT

W=VPORTS

W=UCS

WW=WBLOCK

EX=EXTEND

XX=XREF

Z=ZOOM

TR=TRIM

ARRY=ARRY

OR=ORBIT

REC=RECTANGULER

Ctrl C=COPY CLIP

9