pendidikan luar

Upload: laura-adi-petrus

Post on 06-Mar-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pemantauan dan pelaporan

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

TAJUK TUGASAN:

CERAMAH KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

LAPORAN PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAH

LAPORAN PEMANTAUAN KESIHATAN SEKOLAH

NAMA PELAJAR :AZIZAH MOHD. ALI TAINO. MATRIK : 631014125500001NO. KAD PENGNEALAN: 631014125500NO. TELEFON: 0138721809E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: KENINGAU LEARNING CENTRE

SEMESTER MEI 2015CERAMAH KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera kepada hadirin sekalian,

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ceramah saya tentang kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah. Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Bermula di tahap kanak-kanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah dengan pelbagai nama. Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya. Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Proses pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian, bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan dalam kehidupan individu. Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja apabila kewujudannya disalahgunakan.

Para hadirin dan seluruh warga sekolah yang saya hormati,

Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan. Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria. Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la bertujuan untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran. Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu Polisi Kesihatan Sekolah, Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat, Penglibatan Keluarga dan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Persekolahan yang sihat dan selamat adalah salah satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah kebersihan dan keselamatan makanan.Peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah perlu ditingkatkan. Ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di kantin dan dapur asrama sekolah. Kegagalan mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan bendasing dalam makanan.

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah:

(a)Kebersihan bahan mentah.(b)Pengendalian makanan yang bersih.(c)Kebersihan diri pengendali makanan.(d)Keperluan kemudahan asas yang mencukupi(e)Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.(f)Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.(g)Penyediaan makanan yang betul.

Warga sekolah yang saya kasihi,

Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak, dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang bersih.Bagi makanan di dalam tin, tintidak kemek dan tidak berkarat. Bilik penyimpanan bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan mentah yang mudah rosak perlu disimpan dalam peti sejuk. Pengambilan makanan dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan. Gunakan penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil makanan. Lindungi makanan dari lalat, tikus, habuk dan bahan beracun. Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk. Pastikan tidak menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang makanan.Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah di simpan di tempat yang sama untuk menghindarkan pencemaran silang. Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan.

Hadirin sekalian,

Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyedia atau menghidang makanan. Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari dan pastikan diri pengendali bersih dan kemas. berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan betul. Jangan meludah, bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan, jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan dan jangan mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan. Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung, bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat. Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan serta kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan pekerja.

Ciri-ciri reka rentuk premis makanan yang sesuaiadalah seperti mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi penyediaan, mempamer dan menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa.Almari/rak menyimpan makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk. Lantai mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang. Tempat membasuh peralatan sesuai dan mencukupi. Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis yang mudah dicuci dan kalis air. Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan berfungsi.Pencahayaan dan pengudaraan dalam premis makanan hendaklah mencukupi.Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya dan sentiasa dibersihkan dan kerosakan segera diperbaiki.Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerjanya. Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan pengurus penting untuk memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.

Warga sekolah yang saya kasihi,

Oleh itu, adalah penting bagi kita semua tahu tentang amalan kebersihan dan keselamatan di kantin sekolah. Kesedaran diri dari kita semua perlu ada dan ianya mesti secara berterusan bagi mendapat satu kehidupan yang berkualiti terutamanya di peringkat kanak-kanak iaitu murid sekolah rendah kerana badan yang sihat dan cergas mempengaruhi kecerdasan minda. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang sesi ceramah ini ada terkasar bahasa. Segala yang baik itu datang daripadaNYA, dan segala kekurangan itu dari saya sendiri. Akhir kata dari saya Hidup Sihat Hidup Berkualiti, Ceria Sepanjang Masa.

Sekian, terima kasih.

1.0 ANALISIS LAPORAN PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAH

Instrumen pemantauan kantin yang digunakan dalam pemantauan kantin sekolah merupakan instrumen yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Instrumen tersebut menilai kantin sekolah bermula daripada pengurusan kantin di peringkat sekolah sehingga pengurusan kantin di peringkat pengurusan pengusaha kantin sekolah. Instrumen tersebut mempunyai enam skala likert seperti berikut sebagai penentu tahap sesuatu yang dinilai:

Jadual 1.1 : Skala Likert Instrumen Pemantauan Kantin Sekolah

NilaiIndikator

0tiada

1lemah

2kurang memuaskan

3mamuaskan

4baik

5cemerlang

Jadual 1.2 di bawah menunjukkan dapatan pemantauan pengurusan kantin sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa semua elemen di dalam pengurusan kantin berasa di tahap baik kecuali papan kenyataan. Papan kenyataan tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai amalan kebersihan dan kesihatan kantin sekolah yang sepatutnya dipaparkan bagi memberi pendidikan kepada warga sekolah tentang kantin yang besih, sihat dan selamat.

Jadual 1.2 : Dapatan Pemantauan Pengurusan Kantin

1 Pengurusan Kantin

1.1 AJK Kantin Skor skalaIndikator

4Baik

1.2 Carta Organisasi 4Baik

1.3 Papan kenyataan 3Mamuaskan

1.4 Bayaran sewa kantin (bil bayaran) 4Baik

1.5 Bayaran air & api (bil bayaran) 4Baik

Jadual 1.3 menunjukkan dapatan bagi pemantauan sebut harga di kantin sekolah. Didapati kefungsian AJK sebut harga tidak begitu diperlihatkan kerana tidak ada yang mengambil tindakan apabila kantin sekolah gagal mempamirkan sebut harga di premis kantin. Namun begitu, elemen-elemen lain dipatuhi dengan baik seperti mempamirkan sijil SSM dan kewangan, lesen perniagaan, maklumat pengusaha dan pengendali makanan, status kesihatan pengendali makanan dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan.

Jadual 1.3 : Dapatan Pemantauan Sebut Harga Kantin

2. Sebut Harga Kantin

2.1 AJK Sebut HargaSkor skalaIndikator

3Memuaskan

2.2 Perjanjian Kantin (2 tahun, atau pelanjutan1 tahun)4Baik

2.3 Sijil SSM & Sijil Kewangan4Baik

2.4 Pendaftaran On Line dengan Kem.Kesihatan Malaysia3Memuaskan

2.5 Lesen Perniagaan4Baik

2.6 Maklumat diri & no tel pengusaha dan pengendali makanan5Cemerlang

2.7 Sijil suntikan TY2 (pengusaha & pengendali makanan)4Baik

2.8 Permit/passport bukan warga negara3Memuaskan

2.9 Sijil kursus pengendalian makanan pengusaha & pengendali4Baik

Dapatan seterusnya seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual 1.4 adalah dapatan pemantauan surat menyurat seperti pekeliling surat menyurat, surat siaran, kursus, taklimat dan sebagainya. Selain itu, bagi elemen ini perkara yang dipantau adalah dokumentasi mengenai panggilan mesyuarat, minit mesyuarat dan surat- surat lain yang berkaitan. Secara keseluruhannya, elemen ini berada pada tahap cemerlang dan memuaskan yang mana iannya menunjukkan kepatuhan pengusaha kantin dalam melengkapkan dokumen yang telah digariskan oleh KPM.

Jadual 1.4 : Dapatan Pemantauan Surat-menyurat

3. Surat Menyurat

3.1 Pekeliling surat menyurat/surat siaran/kursus/taklimatSkor skalaIndikator

5

cemerlang

3.2 Panggilan mesyuarat/minit mesyuarat4memuaskan

3.3 Surat peringatan/teguran/bimbingan /amaran0tiada

Dari segi pelaksanaan pemantauan, kedua-dua elemen berada pada tahap memuaskan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.5. Didapati wujudnya jadual bertugas guru dan AJK kantin dan buku rekod atau laporan kantin dilaksanakan dengan memuaskan.

Jadual 1.5 : Dapatan Pemantauan Jadual Pemantauan

4. Jadual PemantauanSkor skalaIndikator

4.1 Jadual tugasan guru/AJK kantin

4memuaskan

4.2 Buku rekod/laporan kantin

4memuaskan

Dapatan pemantauan laporan kendiri seperti yang dipaparkan dalam jadual 1.6 menunjukkan laporan kendiri harian dan bulanan dilaksanakan dengan cemerlang. Ini menunjukkan betapa sekolah mengambil berat tentang kebersihan dan keselamatan di kantin sekolah. Pemantauan kebersihan dan keselamatan di kantin sangat penting kerana persekitaran yang sihat, bersih dan selamat akan merangsang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sempurna.

Jadual 1.6 : Dapatan Pemantauan Laporan Kendiri

5. Laporan Kendiri Kantin

Skor skalaIndikator

5.1 Borang kendiri 1A (Laporan harian pengusaha kantin)5cemerlang

5.2 Borang kendiri 2(Laporan bulanan oleh GPK HEM /ajk kantin)5cemerlang

Hasil pemantauan yang ditunjukkan dalam jadual 1.7 menunjukkan kantin sekolah tidak pernah menyertai pertandingan kantin bersih, dan tidak ada sebarang rekod kejayaan seperti menerima anugerah dan sebagainya. Hari kantin sekolah juga tidak pernah dilaksanakan. Pertandingan dan hari katin merupakan aktiviti yang baik bagi menggalakkan pengusaha kantin menekankan keceriaan di kantin sekolah.

Jadual 1.7 : Dapatan Pemantauan Fail Aktiviti Kantin

6. Fail Aktiviti Kantin

Skor skalaIndikator

6.1 Pertandingan kantin bersih0tiada

6.2 Hari kantin0tiada

6.3 Rekod kejayaan (anugerah/sijil penyertaan)0tiada

2.0ANALISIS LAPORAN PEMANTAUAN KESIHATAN SEKOLAH

Instrumen pemantauan kantin yang digunakan dalam pemantauan kesihatan sekolah merupakan instrumen yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Instrumen tersebut menilai kesihatan sekolah bermula daripada pengurusan kesihatan di peringkat sekolah Instrumen tersebut mempunyai enam skala likert seperti berikut sebagai penentu tahap sesuatu yang dinilai:

Jadual 2.1 : Skala Likert Instrumen Pemantauan Kesihatan Sekolah

NilaiIndikator

0tiada

1lemah

2kurang memuaskan

3mamuaskan

4baik

5cemerlang

Jadual 2.2 menunjukkan dapatan hasil pemantauan pengurusan kesihatan. Secara keseluruhannya kesemua elemen dalam pengurusan kesihatan berada pada tahap baik kecuali perancangan tahunan dan bulanan kurang memuaskan kerana tidak banyak perancangan yang dirancang untuk program kesihatan di sekolah.

Jadual 2.2: Dapatan Pemantauan Pengurusan Kesihatan

1. Pengurusan KesihatanSkor skalaIndikator

Jawatankuasa

3

Baik

Minit Mesyuarat3Baik

Perancangan Tahunan/ Bulanan2kurang memuaskan

Surat Pekeliling /Siaran3Baik

Buku Panduan/Rujukan/poster/risalah/3Baik

Kotak First Aid3

Dapatan jadual 2.3 merupakan pemantauan bagi bebas denggi. Didapati tidak terdapat program bebas denggi di sekolah. Setiap sekolah sepatutnya mempunyai program bebas denggi sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko demam denggi terjadi.

Jadual 2.3: Dapatan Pemantauan Bebas Denggi

2. Bebas DenggiSkor skalaIndikator

Fail Senarai Murid /guru/pekerja positif denggi

0

tiada

Tindakan sekolah0tiada

Aktiviti program bebas denggi (Hari kesihatan)0tiada

Senarai semak bulanan membasmi wabak denggi0tiada

Tugas flying skuad0tiada

Jadual 2.4 menunjukkan tidak terdapat bilik rawatan di sekolah. Ketiadaan bilik rawatan adalah disebabkan ruang yang terhad di sekolah. Masalah ini sering dialami oleh kebanyakan sekolah luar bandar yang menyebabkan sekolah luar bandar tidak dapat melaksanakan program kesihatan yang dengan baik. Kemudahan prasarana yang terhad ini menimbulkan masalah pihak pentadbir merancang program kesihatan dengan baik untuk dilaksanakan di peringkat sekolah.

Jadual 2.4: Dapatan Pemantauan Bilik Rawatan

3. Bilik RawatanSkor skalaIndikator

Peralatan Kesiahatan (Thermometer,ukur tinggi/berat)

0

tiada

Disediakan katil,cadar,bantal,selimut0tiada

Buku rekod penggunaan0tiada

Tatacara penggunaan Bilik Rawatan0tiada

Jadual tugas AJKKebersihan dan keceriaan Bilik Rawatan

0

0tiada

tiada

Perkhidmatan kesihatan seperti imunisasi, buku rekod kesihatan dan pemeriksaan gigi murid berada pada tahap baik iaitu berdasarkan dapatan yang ditunjukkan dalam jadual 2.5.

Jadual 2.5: Dapatan Pemantauan Perkhidmatan Kesihatan

6. Perkhidmatan KesihatanSkor skalaIndikator

Jadual Imunisasi (Tahun 1,Tahun 6 dan Tingkatan 1)4baik

Buku Rekod Kesihatan (RKM 1) simpan di tempat khas.4baik

Jadual lawatan / pemeriksaan kesihatan dan pergigian4baik

Bagi aspek kes kecemasan di sekolah adalah di tahap memuaskan kerana terdapat dokumentasi pelaksanaan kes kecemasan di sekolah. Dapatan dalam jadual 2.6 menunjukkan kedua-dua aspek seperti keracunan makanan, gigitan serangga dan luka ringan diurus dengan baik.

Jadual 2.6: Dapatan Pemantauan Kes Kecemasan

7. Kes KecemasanSkor skalaIndikator

Keracunan makanan4memuaskan

Melecur (terbakar) Histeria,gigitan serangga,luka ringan.4memuaskan

Penguurusan Program Susu 1 Malaysia dilaksanakan dengan cemerlang di sekolah ini. Susu sekolah juga diagihkan mengikut kuantiti dan hari yang telah ditetapkan bagi memastikan murid mendapat nutrisi daripada susu sekolah tersebut.

Jadual 2.7: Dapatan Pemantauan Fail Program Susu 1 Malaysia

Skor skalaIndikator

Fail Program Susu 1 Malaysia5cemerlang

3.0RUMUSAN DAPATAN PEMANTAUAN

Secara keseluruhannya, hasil pemantauan kantin sekolah dan pemantauan kesihatan di sekolah adalah di tahap memuaskan. Walaubagaimanapun, ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki bagi mempertingkatkan tahap kebersihan kantin sekolah dan mengawal masalah kesihatan dalam kalangan murid semasa berada di kawasan sekolah.

4.0CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Selepas mengenalpasti kelemahan, kekuatan, ancaman atau kekangan hasil daripada pemantauan kantin, tercipta peluang yang mana dapat membantu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kantin di sekolah. Berikut adalah Analisi SWOT bagi jawatan kuasa pengurusan kantin sekolah:

KELEMAHAN ( Strength-S )KELEMAHAN ( Weakness-W )

S1 - Galakkan dan sokongan daripada pihak pentadbir sekolah pada setiap aktiviti yang dilaksanakan

S2 - Terdapat J/K Sekolah Selamat seperti JK 3K

S3 - Kebanyakan guru beri komitmen yang tinggi.

S4 - Kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan semua warga sekolah

S5 - Mempunyai perhubungan yang baik dengan semua pihak dan agensi luar.

S6 - AJK PIBG sentiasa memberi sokongan padu dalam semua program sekolah.

S7 - Sokongan padu dari pihak PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah.

W1 - Pengusaha kantin yang kurang peka tentang mutu perkhidmatan.

W2 - Kantin yang kurang ceria dan serba kekurangan.

W3 - Kekurangan tempat khas untuk pelajar makan

W4 Tidak mempunyai sinki yang mencukupi untuk mencuci tangan

W5 Tidak menyediakan pencuci tangan secara konsisten.

W6 Tidak mengurus tong sampah dan sisa pepejal dengan baik.

W7 Penyimpanan bahan mentah yang tidak sistemaatik.

PELUANG ( Opporttunities-O )ANCAMAN ( Threat-T )

S1 W2 : Mengadakan program kebersihan dan keceriaan kantin di peringkat sekolah dan mempertandingkan kantin sekolah di peringkat daerah.

S6 W6: Mengadakan gotong-royong pembersihan longkang dan sisa makanan di longkang bersama-sama dengan ibu bapa.

S3 W1 : Jawatan kuasa kantin sekolah pertingkatkan kekerapan pemantauan kantin serta membderi bimbingan sekiranya mutu perkhidmatan kantin sekolah tidak menepati piawaian yang sepatutnya.

T1 - Pelajar terdedah kepada pengaruh gaya pemakanan kurang sihat.

T1 Sisa pepejal, sisa makanan dan tong sampah yang tidak diurus dengan baik mengundang LILATI

T2 Penyimpanan bahan mentah yang tidak sistematik boleh mengakibatkan kerosakan bahan tersebut.

2650 Patah Perkataan

LAMPIRAN

I. SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KANTINII. SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KESIHATAN

RUJUKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Recommended Nutrient Intakes For Malaysia (RNI) Putrajaya : National Coordinating Commitee on Food and Nutrition, MOH

Peraturan Pendidikan: Federation Of Malaya The Registration Of Schools Ordinance, 1950 Schools (General) Regulation 1951

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Garis Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. Kuala Lumpur : KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Panduan Aktiviti Amalan Kebersihan Sekolah. Kuala Lumpur : KPM

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983 Kantin Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1989 Rancangan Kesihatan Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995 Keracunan Makanan Di Sekolah-Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1997 Amalan Kebersihan Di Sekolah

1