pengurusan pendidikan khas di malaysia & di luar negara

30
PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA Sejarah Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas 3

Upload: abdul-razak-bin-ismail

Post on 13-Jun-2015

21.298 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARADPPS UNISEL 2009RAZAK, AZFARHAH, ADIBAH.PENSYARAH : EN HAMSAN BIN JAMION

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Sejarah

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di

kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar

bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan

tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia

pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah

Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak

buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di

Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar

“lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira

pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk

kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila

buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah

Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan

pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta,

pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi

setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam

Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand

yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang

upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk

menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang

kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-

kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu

3

Page 2: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut

kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin.

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta

Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa;

“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang

khas untuk muridmurid yang kurang upaya”.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar

Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa

kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan

Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya

kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan

kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih

sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang

mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan

sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus

digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30

Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara

Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing

mengenai kanakkanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat

selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan,

Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa

ini menetapkan:

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-

kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-

kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.

4

Page 3: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap

pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal

sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di

peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam

keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan

dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan

Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:

Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak

sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri

Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada

masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk

menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk

keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak

berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19

tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh

melalui peraturan-peraturan menetapkan:

Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan

keperluan murid yang menerima pendidikan khas.

Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan

khas

Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang

sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.

Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu

bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di

sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di

mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri

suaimanfaat.

5

Page 4: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

Jabatan Pendidikan Khas

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang

diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang

dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit

ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang

Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober

tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas

yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan

Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh

negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan

Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan

kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama

yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf

Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar

dengan keperluan Khas.

Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar

dengan keperluan khas.

Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar

dengan keperluan khas.

Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang

mencukupi dan terkini.

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang

pendidikan khas.

Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas

terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:

6

Page 5: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar

Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan

pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai

pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat

perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.

(b) Bahagian Pengurusan Sekolah

Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola

dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.

(c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu

Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru

danmemberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di

samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan

sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).

(d) Unit Pengurusan

Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui

perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan

perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan

media elektronik.

Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua

Pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan

bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk

murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan

bermasalah penglihatan, ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan

menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa

7

Page 6: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun,

manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5

tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada

peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan

(Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat

enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25

sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar

di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding

dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran.

Terdapat kira-kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah

penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar

bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002

daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang

dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar

bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5% bermasalah

penglihatan.

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain

Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai

organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan

atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat

setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa ‘Tahun

Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai

pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran

daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan

masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar

di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang

8

Page 7: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan

kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan

penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang

menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di

antara umur 2-16 tahun.

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak

berkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal

bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-

kanak diantara umur 6-16 tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation)

yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan

ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini

mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down

di merata tempat dalam Malaysia.

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan

pendidikan khas di barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu

mendapat perhatian. Namun, berbanding di Malaysia perkembangan dan

pembangunan di negara barat lebih cepat dan maju. Perbincangan seterusnya

difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda dapat membandingkan

perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di Malaysia. Di

Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta

Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975

diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978

merancakkan perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut

mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya

9

Page 8: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam

pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap

pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah merupakan

penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Sebagai

perbandingan, kita akan teliti secara umum perkembangan dan pembangunan

pendidikan khas di Amerika dan di Britain.

Pendidikan Khas di Amerika Syarikat

Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat

anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah

menengah. Beliau telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana

muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael

terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya akibat daripada

kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber, 1975

Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang

dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat

(Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin

bahawa setiap individu diantara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima

pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang

perkembangan intelek mereka.

Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika

Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak

serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta

keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya

dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana

pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia

tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap

sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas. Pada tahun 1990,

Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggi. Undang-

10

Page 9: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi.

Antara yang ditekankan ialah:

Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang

sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and

appropriate public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang

bayaran dikenakan ke atas kanak-kanak khas terhadap persekolahan

mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada

sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah

dan kanak-kanak ini.

Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang

tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the

least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak

ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam

pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh belajar di dalam

sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa. Pendidikan

bercorak sebegini dikenali sebagai “pendidikan inklusif”.

Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak

diskriminasi dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination

in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara.

Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas

kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada

kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau

kekurangan mereka.

Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan

pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa

yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam

11

Page 10: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak

mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu

guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu

bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi

membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas

dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah

dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas.

Dalam hal ini konsep ‘kolaboratif’ dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep

yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama

dalam merancang pendidikan murid-murid khas.

Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang

pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-

kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di

Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-

kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah

biasa. Oleh kerana IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih

200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika

Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas

dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai pelajar

kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masingmasing yang

dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam

kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama

dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana

pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih

khusus. Melalui akta ini juga konsep ‘pendidikan untuk semua’ dan

‘pendemokrasian pendidikan’ diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai

kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan

anak-anak mereka. Di samping itu konsep ‘kolaborasi’ dalam pendidikan yang

12

Page 11: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan

masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas

panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.

Pendidikan Khas di Britian

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat

Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.

Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi

perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun

cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta

merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan

khas dan cadangan-cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta

pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. umpamanya, sebelum laporan ini

dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah

berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar

di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul

dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep

percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa

yang dikenali sebagai ‘integerasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan.

Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak

berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul

dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke

hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam

melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan

kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala

Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan

pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan

membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini

dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu,

13

Page 12: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas

mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan

membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi

bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanakkanak

berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai

pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak

berkeperluan khas. Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-

kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu

kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa

dalam sekolah dan kelas yang sama.

Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989)

tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal

ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait

rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh

kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

PERANAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting

dalam pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan

ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada

seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam

tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri

kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru

melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu,

tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan

guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak

menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu

bapa juga berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan

biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagipun, guru adalah seorang pakar

14

Page 13: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau

pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an

peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah

berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini

kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas

digalakkan.. Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar

sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-

beradik, nenek dan datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas

Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga

dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu

mengambil langkah-langkah berikut:

Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa

Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang

upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang

upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru

pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa

tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah

yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad, intervensi awal,

kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya)

Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa

Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negative

apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli

professional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa

bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka

boleh berkembang dengan asuhan yang teratur. Contohnya:

“Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?”

“Ini bukan salah anda”

“Anak anda berkemampuan untuk lebih maju”

15

Page 14: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa

Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa,

dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka.

Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa

depan anak mereka.

Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa

Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa

perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan

bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.

Meyakinkan Ibu Bapa

Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak

mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai

sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai

pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam

usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus

sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada

latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin lebih berhati-hati

berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh

itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha

mendidik kanakkanak berkeperluan khas atau kurang upaya.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KANAK-

KANAK PENDIDIKAN KHAS

Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan

melalui:

16

Page 15: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah

pendengaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid

berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran

dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa

rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang

menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan

Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab

terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-

sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum

kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti

kokurikulum seperti murid biasa.

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas

mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali

mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran

Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni

Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas

Vokasional.

17

Page 16: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

Program Pendidikan Pemulihan Khas:

Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas

Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M

(Instrumen Penentu penguasaan 3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1

(bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi kegunaan murid tahun 2)

dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3).

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan

system pengasingan sementara.

Syarat kemasukan murid ke program di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

berumur tidak kurang dari 5 tahun (Program Prasekolah di Sekolah

Pendidikan Khas)

berumur 6+ hingga 14+ tahun (Program Pendidikan Rendah di Sekolah

Pendidikan Khas)

berumur 13+ hingga 19+ tahun (Program Pendidikan Menegah di Sekolah

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk

mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan /

program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi

awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan

kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan

mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU

membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota

tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan

adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti

kehidupan harian.

18

Page 17: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan

dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan

bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian.

Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700.

Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU

terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau

orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi

keperluan asas kehidupan.

Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang

pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel

Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di

13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.

Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan

Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan

MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada

OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-

kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus

ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan

fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian

lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.

Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) - Latihan

Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga

ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing.

Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami

kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan

kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal,

pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam

pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam

keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU

menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan

19

Page 18: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran

motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa,

perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan

rekreasi.

Kemudahan dan keistimewaan yang disediakan bagi orang kurang upaya:

Kemudahan Pendidikan - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian

Pendidikan menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak kurang upaya.

Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui

program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran

pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang

mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah

kelolaan Kementerian Pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan

mendapat elaun bulanan.

Kemudahan Pengangkutan Awam - Antaranya MAS memberi tambang

murah.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja,

Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran,

Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan psikologi.

Carta Alir Perkhidmatan Kesihatan

Langkah 1 : Penilaian Awal

Penilaian awal dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis

ketidakupayaan kanak-kanak. Dapatkan penilaian oleh pengamal perubatan di

klinik kesihatan / klinik pakar kanak-kanak / klinik pakar perubatan pemulihan.

20

Page 19: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

Langkah 2 : Pengesahan Ketidakupayaan

Pengesahan dalam ‘Borang Pendaftaran & Cadangan Penempatan Kanak-

Kanak Dengan Keperluan Khas’. Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya

perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mendapat

bantuan / perkhidmatan kebajikan.

Langkah 3 : Penilaian Khusus Oleh Pasukan Multidisiplin

Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat

penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya. Pasukan multidisiplin terdiri

daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan,

pegawai pemulihan pendengaran, pakar psikologi klinikal, pakar kaunseling dan

pegawai pemakanan.

Langkah 4 : Perancangan Rawatan

Langkah 5 : Perlaksanaan Rawatan

Langkah 6 : Rawatan Susulan dan Penilaian Semula

Penilaian semula bagi penempatan sebenar pra-sekolah / sekolah khas / sekolah

vokasional

Langkah Selanjutnya :

Kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar dengan Jabatan

Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah yang

serius atau gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada

Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

21

Page 20: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

KESIMPULAN

Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang

disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat

seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di

Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan

Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi

memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang

diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal

bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar

‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas

perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.

Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi

perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan

khas. Kertas ini membincangkan komitmen dan peranan guru aliran perdana

dalam menangani murid berkeperluan khas berdasarkan dapatan kajian-kajian

empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian rintis yang sedang

dijalankan di beberapa sekolah tertentu.

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif

antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini,

murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi

yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep

kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta

gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan (rejection)

daripada ibu bapa atau keluarga kerana kecacatan atau déficit yang ada dan

kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya atau masyarakat menyebabkan

murid berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid berkeperluan khas,

perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan

yang sangat diminatinya. Guru perlulah menjadi sumber penjana kekuatan untuk

berubah.

22

Page 21: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA & DI LUAR NEGARA

Rujukan

Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic

Press: USA.

Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers’ Attitude to

Change. PhD thesis. University of Exerter. Unprinted. 10

Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan

keberkesanan program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar. Prosiding

Seminar Kajian Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua.

m.s 83-86.

Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive

Settings. PhD thesis. University of Warwick. Unprinted.

K.A.Razhiyah (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

23