pendidikan luar

20
PENDIDIKAN LUAR ISI KANDUNGAN Bi l Kandungan Muka Surat 1 PENGENALAN 3 2 ISU KONSERVASI 4 3 CADANGAN PROJEK KONSERVASI 11 4 CADANGAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM 13 CONTOH BORANG PENILAIAN RUJUKAN 19 1

Upload: laura-adi-petrus

Post on 10-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan luar mendedahkan mengenai pendidikan konservasi di sekolah.

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka Surat

1 PENGENALAN3

2 ISU KONSERVASI 4

3 CADANGAN PROJEK KONSERVASI 11

4 CADANGAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM 13

CONTOH BORANG PENILAIAN

RUJUKAN 19

1

Page 2: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR

1 PENGENALAN

Malaysia terkenal dengan diversiti flora dan fauna yang menjadikan negara kita diiktiraf

sebagai salah satu negara yang terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna serta

sumber alam yang lain, disamping memiliki keindahan bentuk muka bumi. Namun

begitu, apabila negara semakin pesat membangun dari segi ekonomi, teknologi dan

infrastruktur, kesedaran dan pendedahan akan kewajipan terhadap kepentingan alam

sekitar semakin dilupai terutamanya generasi masa kini yang mana suatu hari nanti akan

menjadi pelapis pemimpin negara dan bangsa. Berdasarkan kepentingan itu, satu

pendekatan konservasi perlu diwujudkan dengan memberikan pendedahan awal di

peringkat sekolah rendah yang kemudiannya akan diteruskan sehingga ke peringkat lebih

tinggi. Dengan itu, secara tidak langsung kepentingan pendidikan konservasi dan

pendedahan awal dapat di terapkan dan di pupuk melalui aktiviti – aktiviti konservasi

alam sekitar dalam usia yang muda, yakni dari peringkat kanak – kanak.

Pendidikan Konservasi Alam Sekitar

Perkataan konservasi atau dalam bahasa inggeris di kenali sebagai conservation dimana

ia aldalah gabungan perkataan Perancis iaitu con, bermaksud bersama (together) dan

servare bermaksud simpan atau menyelamat (keep/save) yang akhirnya bermaksud

keupayaan kita untuk memelihara dan memulihara apa yang kita miliki (to keep/save for

what we have). Konsep knservasi ini sudah lama di praktikan sejak ia di perkenalkan oleh

Theodore Roosevelt (1902) yang juga merupakan seorang warga Amerika. Konsep

konservasi kemudiannya berkembang sehingga sekarang dan salah satu cabang

konservasi adalah konservasi alam sekitar.

Menurut Ford, P.M. (1981), Pendidikan Konservasi merupakan satu usaha yang

dilakukan secara berulang atau dengan kata lain secara terus-menerus untuk memupuk

masyarakat agar memiliki kesedaran terhadap konservasi alam sekitarnya dan memiliki

2

Page 3: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARpengetahuan, memperkayakan sikap, ‘sense of belonging’, motivasi dan komitmen dalam

mempergunakan konsep konservasi alam sekitar melalui program kesedaran.

2 ISU KONSERVASI

Di bawah adalah isu – isu konservasi utama yang menjadi isu bukan sahaja di Malaysia

malah secara global.

a) Degradasi hutan hujan tropika

Kemusnahan hutan atau degradasi hutan secara umumnya ditakrifkan sebagai

pengurangan dalam kapasiti hutan untuk menghasilkan perkhidmatan ekosistem

seperti simpanan karbon, produk kayu serta habitat flora dan fauna akibat

daripada faktor antropogenik (penebangan hutan, pertanian pindah) dan alam

sekitar (bencana alam seperti kebakaran hutan) 30% daripada total kawasan darat

adalah terdiri daripada hutan yang merupakan kawasan yang mempunyai

kepelbagaian yang tinggi dalam ekosistem bumi. Walaubagaimanapun kita masih

kehilangan lebih kurang 200 kilometer persegi kawasan hutan setiap hari.

Degradasi hutan menyebabkan penambahan karbon dioksida dalam udara kerana

keupayaan bumi menyimpan karbon (semasa proses fotosentisis) berkurang.

Secara tidak langsung, penambahan karbon dioksida di udara akan menyebabkan

perubahan iklim (climate change) dan seterusnya menggalakan pemanasan global

iaitu kesan rumah hijau. Selain daripada itu, degradasi hutan juga menyebabkan

bencana alam sekunder seperti tanah runtuh dan banjir lumpur.

Kesan yang lain adalah kepupusan habitat flora dan fauna, yang mana

menjadi salah satu komponen yang penting dalam ekosistem. Kepupusan flora

dan fauna endemik yang juga telah menjadi salah satu isu konservasi yang

3

Page 4: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARpenting.. Kemusnahan hutan, yang kebanyakannya disebabkan oleh faktor

antropogenik.

Kepupusan flora dan fauna secara berterusan akan mengakibatkan

generasi masa akan datang tidak sempat megenali hidupan flora dan fauna

terutamanya di Malaysia yang sebahagiannya adalah endemik dan todak terdapat

di tempat lain di dunia ini, sebagai contoh Gajah Pygmy Borneo (Borneo Pygmy

Elephant) yang hanya terdapat di Sabah.

b) Isu konservasi sumber air tawar (Freshwater conservation)

Satu peratus daripada dunia ini adalah terdiri daripada sungai, tasik atau sumber

lain yang dikatakan sebagai sumber air tawar. Melalui beberapa kajian sumber air

ini berada dalam tahap yang agak serius. Walaupun sesetengah kajian ini berlaku

di luar negara, tetapi punca masalah yang mengakibatkan pemusnahan sumber air

tawar adalah hampir sama di seluruh dunia. Isu seperti ini harus didedahkan

kepada generasi masa kini terutamanya kanak-kanak.

Punca – punca yang mengakibatkan pemusnahan sumber air tawar ialah seperti

berikut :-

i) Degradasi dan kemusnahan alam semulajadi.

Hutan, padang rumput, tanah lembap dan dataran banjir membantu

menjaga hakisan dan pencemaran lain daripada sumber air kita.

Komponen-komponen ini juga membantu menstabilkan aliran air ke

dalam sungai, tasik dan air bawah tanah. Malah, hutan dan tanah lembap

menyediakan air minuman bagi kebanyakan bandar-bandar di dunia, tetapi

kita telah kehilangan separuh daripada tanah lembap kami sejak 1900 dan

kami kehilangan kira-kira 13 juta hektar hutan setiap tahun; yakni

bersamaan dengan saiz 32 juta bola sepak bidang.

4

Page 5: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR

ii) Pembukaan tanah yang tidak bersistem untuk pertanian atau

perladangan

Industri pertanian dan perladangan menyumbang pengeluaran air

sebanyak tujuh puluh peratus daripada air dari sungai, tasik dan air bawah

tanah. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh EPA di Amerika Syarikat

(Environmental Protection Agency), pertanian adalah sumber utama yang

menjejaskan sumber air tawar di Amerika Syarikat. Apabila baja yang

berlebihan meresap dan mengalir ke dalam sungai dan tasik boleh

menyebabkan pertumbuhan alga yang berlebihan, yang membawa kepada

masalah bau dalam air minuman dan juga menjurus kepada masalah

kesihatan. Nitrogen yang berlebihan juga boleh merosakkan, kualiti air

minum, ikan air tawar dan haiwan lain dan menyumbang kepada jurang

hipoksia, atau "zon mati" yang bermakna sungai, tasik atau air bawah

tanah tidak berfungsi lagi.

iii) Pemanasan gobal dan perubahan iklim

Suhu yang tinggi daripada pemanasan global, akan menyejat sumber air

tawar lebih aktif dan menjejaskan kadar hujan (IUCN). Satu kajian baru-

baru ini yang dilakukan oleh ahli-ahli sains daripada Nature Conservancy,

Rob McDonald dan Carmen Revenga mendapati penduduk bandar di

seluruh dunia akan hidup dengan kekurangan sebanyak 100 liter air sehari

menjelang 2050. Bayangkan jika kita tidak mendedahkan dan

meningkatkan kesedaran generasi masa kini dan keadaan ini berterusan?

5

Page 6: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR

c) Isu konservasi mencegah pencemaran alam sekitar

Isu pencemaran sudah wujud dari dulu lagi. Pencemaran merupakan kemasukan

bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga (radiasi)  ke

dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan merbahaya kepada

kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu

ameniti dan nilai astetik persekitaran.

Takrifan pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan yang berlaku sama

ada secara langsung atau tidak langsung ke atas sifat-sifat fizik, kimia, biologi

atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekitaran dengan melepaskan,

mengeluarkan atau meletakkan buangan sehingga menjejaskan fungsi asal alam

yang menimbulkan sesuatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan, kebajikan awam serta kepada tumbuhan dan haiwan.

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi yang di kenalpasti

hasil daripada kajian yang telah dibuat antaranya ialah:-

i) Pencemaran udara ,

iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke

dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon

monoksida,sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen

dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.

6

Page 7: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR

ii) Pencemaran air ,

seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air

atau fenomena eutrofikasi, sehingga mengubah kandungan yang boleh

di kenalpasti melalui keadaan dan warna air tersebut. Perubahan ini

dipengaruhi dengan bagaimana pencemaran air itu berlaku samaada

dari segi biologi, kimia atau fizik.

iii) Pencemaran tanah ,

iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam

berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga

terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.

iv) Pencemaran radioaktif ,

iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekitar.

v) Pencemaran bunyi  

yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya

melebihi 80 dB (desible). Pendedahan berterusan menyebabkan

kerosakan pada pendengaran.

vi) Pencemaran bau

iaitu bermaksud satu keadaan yang boleh menyebabkan alam

sekeliling dicemari dengan bau yang extrem dan tidak disenangi dan

7

Page 8: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARbiasanya memberikan kesan negatif terutamanya kepada manusia

secara amnya.

vii) Pencemaran cahaya  

yang disebabkan penyinaran (iluminasi) yang berlebihan, lazimnya di

bandar-bandar besar.

viii) Pencemaran terma ,

iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air

sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.

ix) Pencemaran visual ,

iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia

juga termasuk sampah sarap yang merosakkan pandangan dan

kecantikan alam sekitar.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh

faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor

manusia. Pencemaran juga disebabkan oleh sikap segelintir golongan manusia

yang kurang kesedaran mengenai rasa bertanggungjawab mahupun cinta akan

alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar adalah salah satu isu konservasi yang seringkali

berkait rapat dengan isu kesihatan terhadap golongan sensitif terutamanya kanak-

kanak. Penyakit-penyakit bawaan udara, bawaan vektor atau melalui air adalah

berkait rapat dengan pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal. Pendedahan

8

Page 9: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARawal dan secara berterusan harus di laksanakan selari dengan pembangunan

ekonomi dan infrasturuktur.

d) Konservasi lautan dan hidupan marin

Konservasi marin yang juga dikenali sebagai pemuliharaan sumber marin, adalah

perlindungan dan pemuliharaan ekosistem di dalam lautan. Pemuliharaan marin

memberi tumpuan kepada menghadkan impak kemusnahan sumber marin yang

disebabkan aktiviti manusia. Pemuliharaan marin juga memberi tumpuan kepada

mengekalkan spesies marin yang mudah terjejas.

Konservasi marin adalah respons kepada isu-isu biologi seperti kepupusan

atau perubahan ekosistem dan habitat marin dan perubahan. Konservasi marin

adalah konsep yang agak baru. Konservasi marin bergantung kepada gabungan

prinsip saintifik yang diperolehi daripada kajian biologi marin, oseanografi, sains

perikanan, dan juga pada faktor lain seperti permintaan untuk sumber marin dan

undang-undang laut, perkembangan ekonomi dan dasar untuk menentukan

bagaimana untuk melindungi dan memulihara spesis marin dan ekosistemnya.

Contoh isu konservasi marin ialah kemusnahan terumbu karang. Terumbu karang

adalah pusat biodiversity hidupan marin. Ia merupakan kawasan habitat pelbagai

hidupan marin untk membekalkan sumber dengan makanan, perlindungan, dan

juga merupakan tempat tinggal generasi spesies marin hidup. Selain itu, terumbu

karang adalah bahagian penting sebagai pembekal sumber makanan laut untuk

kita (ikan, moluska, dan lain-lain) serta ruang marin eko-pelancongan yang

menjanjikan faedah ekonomi.

Malangnya, kerana kesan manusia terumbu karang, ekosistem ini semakin

teruk dan memerlukan pemuliharaan segera. Ancaman terbesar termasuklah

amalan penangkapan ikan yang berlebihan dan tidak lestri dan sikap tidak

bertanggung jawab pada sesetengah pihak yang menjadikan kawasan laut sebagai

9

Page 10: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARtempat pembuangan sampah sarap dan bahan toksik. Selain daripada itu,

penggunaan bom ikan yang berleluasa juga mengakibatkan memusnahkan

terumbu karang. Seperti hutan di daratan, kemusnahan terumbu karang

menyumbang kepada peningkatan karbon di lautan menyebabkan produktiviti

penghasilan sumber makanan berterusan juga secara tidak langsung akan terjejas.

Akhirnya, pengguna akhir iaitu manusia, terutamanya kanak-kanak akan

mendapat impak sepenuhnya samaada dari segi kesihatan atau tidak

berkesempatan mengenal hidupan marin di masa akan datang di samping sumber

ekonomi yang akan turut terjejas.

Satu penyelesaian untuk menghentikan kitaran ini adalah untuk mendidik

masyarakat setempat terutama kepada generasi kini tentang mengapa

pemuliharaan ruang marin termasuk terumbu karang. Apabila masyarakat

tempatan memahami kepentingan peribadi dan risiko yang bakal dihadapi di masa

akan datang, mereka akan benar-benar berjuang untuk memelihara ekosistem

marin. Memulihara terumbu karang mempunyai ekonomi, sosial dan ekologi

banyak manfaat, bukan hanya untuk orang-orang yang tinggal di pulau-pulau,

tetapi juga kepada kemanusiaan secara global.

3 CADANGAN PROJEK KONSERVASI

Projek – projek yang melibatkan konservasi untuk membantu generasi kini terutama

sekali kepada kanak-kanak yang sedang bersekolah sudah banyak di lakukan di dalam

sekolah-sekolah di Malaysia di bawah pelbagai tajuk/ konsep projek.

Walaubagaimanapun, program-program seperti ini seharusnya di kembangkan dan di

teruskan demi mencapai misi murni setiap program yang di laksanakan, iaitu

meningkatkan kesedaran, menerapkan nilai-nilai konservasi dan rasa

kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar supaya menjadi peka kepada isu-isu global

mengenai alam sekitar.

10

Page 11: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARPerbincangan di bawah adalah cadangan projek konservasi yang boleh atau perlu di

teruskan (sekiranya suda wujud) di sekolah.

1) Mengadakan program kesedaran konservasi di kalangan guru-guru sekolah

dengan objektif untuk mewujudkan guru-guru yang berdedikasi yang bertanggung

jawab membawa ilmu konservasi untuk di terapkan kepada murid-murid sekolah

selepas program itu nanti. Kumpulan guru-guru ini kemudiannya akan menjadi

enjin kepada program-program yang melibatkan konservasi alam sekitar di

sekolah. Kumpulan ini juga akan bertanggung jawab mendapatkan dana dalam

bentuk simpanan, derma ataupun yuran (serendah RM1) untuk menampung

aktiviti-aktiviti berkaitan dengan konservasi alam sekitar di sekolah.

2) Mewujudkan Unit Konservasi Alam Sekitar di sekolah yang terdiri daripada guru-

guru dedikasi dari sekolah itu sendiri. Unit ini akan bertanggung jawab

melaksanakan program-program kesedaran dengan memberi fokus kepada isu-isu

konservasi. Salah satu aktiviti tersebut ialah, menganjurkan minggu kesedaran

alam sekitar peringkat sekolah, dengan menyelitkan program berkaitan dengan

konsep konservasi.

Sebagai contoh, Minggu Konservasi : Pengurusan Sampah Sarap dan Guna-

Semula. Di dalam program ini, murid-murid akan di dedahkan dengan pelbagai

isu – isu konservasi yang mungkin akan di sampaikan melalui seminar dengan

menjemput juru cakap daripada NGO –NGO konservasi di Sabah, contohnya

seperti WWF-Malaysia, HUTAN, Sun Bear Conservation Project, Kota Kinabalu

Wetlend Centre dan sebagainya. Selain daripada itu, program-program interaksi

mengenai isu konservasi seperti kuiz konservasi alam sekitar. Selain daripada itu,

program ini juga boleh dilakukan dengan kerjasama daripada sekolah-sekolah lain

di dalam daerah yang sama. Walaubagaimanapun, kekuatan projek seperti ini

adalah akhirnya bergantung kepada semangat dan sokongan penuh daripada guru-

guru.

11

Page 12: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR

3) Mewujudkan taman tema di sekolah. Taman ini mungkin boleh di rekabentuk

berdasarkan konsep taman atau kebun dengan untuk menggunakan baja kompos.

Murid-murid sekolah akan diberikan peluang untuk mempelajari bagaimana

menghasilkan baja melalui proses kompos dan pendedahan terhadap konsep kitar

semula bahan buangan organik kepada sesuatu yang berguna dan tidak disia-

siakan begitu sahaja dan yang penting sekali tanpa bergantug penuh kepada baja

yang mempunyai bahan kimia. Di dalam taman ini juga mungkin boleh di selitkan

info mengenai proses-proses fotosentisis dan bagaimana tumbuhan bertindak

sebagai ejen penyerap karbon di udara.

4) Program lawatan sambil belajar ke pusat pemuliharaan alam sekitar yang terdapat

di Sabah. Contohnya, KKWC (Kota Kinabalu Wetland Centre) untuk

mempelajari kegunaan wetland sebagai salah satu habitat yang perlu di lindungi.

5) Membina laman web sekolah atau halaman sosial daripada Facebook yang

memaparkan program-program konservasi alam sekitar yang di lakukan oleh

sekolah. Ini penting untuk imej hijau sekolah (green image school) dan

kemungkinan untuk menjana dana untuk aktiviti-aktiviti konservasi sekolah yang

akan datang.

4 CADANGAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

Mengikut garis panduan yang diperkenalkan oleh UNESCO 1976, enam objektif utama

Pendidikan Konservasi iaitu Kesedaran, Pengetahuan, Sikap, Kemahiran, Kebolehan

Menilai dan Bekerjasama. Objektif – objektif ini seharusnya menjadi garis panduan untuk

perlaksanaan pendidikan konservasi alam sekitar khasnya di sekolah – sekolah di

Malaysia.

Rekabentuk penilaian adalah sangat penting supaya objektif program yang di

rancang akan terlaksana secara sistematik. Penilaian yang akan di lakukan adalah dalam

12

Page 13: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARbentuk yang boleh di ukur atau pun yang tidak dapat di ukur secara kuantiti. Secara

amnya, senerai semak untuk program konservasi alam sekitar belum mempunyai templat

yang standard, walaubagaimanapun, di bawah ini adalah hanya cadangan penilaian

perlaksnaan program konservasi di sekolah.

Penilaian rekabentuk senarai semak

Pelan penilaian harus direka dan mendokumenkan butiran penilaian dan reka bentuk dan

juga mengandungi apa-apa maklumat yang di perlukan untuk membuat keputusan selepas

penubuhan unit konservasi alam sekitar di sekolah dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang

bakal dijalankan.

Sebelum itu, objektif harus ditetapkan. Objektif adalah kenyataan yang boleh

diukur daripada pencapaian pada akhir suatu aktiviti. Objektif biasanya ditulis pada awal

sesuatu program/projek untuk membantu anda merancang aktiviti dan output anda.

Sebagai contoh adalah aktiviti seperti di bawah ini:-

Aktiviti : Seminar pemahaman guru-guru terhadap konsep konservasi

Objektif: Pendedahan guru-guru tentang konsep konservasi alam sekitar untuk di

aplikasikan di dalam program sekolah secara berterusan dengan mengadakan program

konservasi alam sekitar di sekolah.

Alat penilaian: Senarai semak, soal selidik, temu bual

Setelah objektif di kenalpasti dan program tersebut telah di laksanakan, satu senarai

semak boleh dibuat berdasarkan soalan-soalan seperti berikut untuk menilai

keberkesanan program ini. Penialaian adalah mungkin dalam bentuk “Ya”, “Tidak” atau

“Mungkin” ataupun dalam bentuk skor antara 1 – 5 (dimana 5 adalah yang sangat

faham).

13

Page 14: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR Berikut adalah contoh – contoh soalan tersebut:-

a) Adakah guru memahami konsep konservasi dan mampu menjana kemahiran

berfikir secara kritis mengenai isu konservasi?

b) Adakah guru-guru mempunyai kebimbangan dan sikap alam sekitar, terutamanya

persekitaran tempatan?

c) Adakah guru-guru dapat mengaitkan konsep konservasi alam sekitar dengan

kehidupan seharian?

d) Adakah guru-guru mempunyai kesedaran terhadap isu semasa dan cadangan

tindakan?

e) Adakah guru-guru mempunyai keinginan untuk membantu melaksanakan

program konservasi sekolah samaada melalui aktiviti di dalam ataupun di luar?

f) Apakah reaksi tingkah laku guru-guru mengenai isu konservasi alam sekitar?

g) Adakah guru-guru mempunyai keinginan untuk membentuk satu komiti

konservasi alam sekitar di dalam sekolah?

h) Adakah guru-guru memperolehi kecekapan melihat isu konservasi yang

membimbangkan kanak-kanak dan orang lain dalam suatu masyarakat?

Selepas aktiviti yang pertama di atas, seterusnya pendedahan konsep konservasi

alam sekitar melalui program konservasi alam sekitar di peringkat sekolah kepada murid-

murid. Setelah program tamat, penilaian dapat di laksanakan ke atas murid-murid di

dalam sekolah itu dengan melakukan penilaian berdasarkan borang survey yang di

edarkan pada setiap pelajar. Pengiraan penilaian adalah berdasarkan skor atau kaedah lain

yang boleh membantu dalam proses penilaian tersebut. Antara soalan-soalan yang boleh

di jadikan garis panduan adalah seperti berikut:-

a) Kepercayaan mengenai amalan membuang sampah di tempat yang betul

b) Pemahaman konsep sains alam sekitar dan isu-isu, dan berkebolehan untuk

menjalankan kajian lapangan berasaskan penyelidikan dan lawatan

c) Kebimbangan dan sikap alam sekitar, terutama tentang persekitaran tempatan

14

Page 15: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARd) Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti konservasi alam sekitar di sekolah

e) Dapat memberikan definisi dan contoh isu konservasi dengan baik

Output daripada aktiviti ini dan kesannya terhadap guru-guru dapat di

dokumenkan di dalam satu dokumen penilaian yang akan di susuli setiap semester atau

diperbaharui dengan penambahan aktiviti konservasi alam sekitar yang lain di peringkat

sekolah. Penilaian seumpama ini boleh di ubah atau dinaik taraf dari masa ke semasa

sehingga menjadi satu standard penilaian yang di iktiraf.

CONTOH BORANG PENILAIAN

Interpretasi skala :

1 = tidak faham

2 = faham sedikit

3 = agak faham

4 = faham

5 = sangat faham

BIL ITEM SKALA

A. Tahap Kefahaman Guru

1 Guru memahami konsep konservasi dan mampu

menjana kemahiran berfikir secara kritis mengenai isu

konservasi

1 2 3 4 5

15

Page 16: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR

2 Guru mempunyai kebimbangan dan sikap alam sekitar,

terutamanya persekitaran tempatan

1 2 3 4 5

3 Guru dapat mengaitkan konsep konservasi alam sekitar

dengan kehidupan seharian

1 2 3 4 5

4 Guru mempunyai kesedaran terhadap isu semasa dan

cadangan tindakan

1 2 3 4 5

5 Guru mempunyai keinginan untuk membantu

melaksanakan program konservasi sekolah sama ada

melalui aktiviti di dalam ataupun di luar

1 2 3 4 5

6 Guru mempunyai keinginan untuk membentuk satu

komiti konservasi alam sekitar di dalam sekolah 1 2 3 4 5

7 Guru memperoleh kecekapan melihat isu konservasi

yang membimbangkan kanak-kanak dan orang lain

dalam suatu masyarakat

1 2 3 4 5

B. Tahap Kefahaman Murid

8 Murid mempunyai kepercayaan mengenai amalan

membuang sampah di tempat yang betul

1 2 3 4 5

9 Pemahaman konsep sains alam sekitar dan isu-isu, dan

berkebolehan untuk menjalankan kajian lapangan

berasaskan penyelidikan dan lawatan

1 2 3 4 5

16

Page 17: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUAR

10 Kebimbangan dan sikap alam sekitar, terutama tentang

persekitaran tempatan

1 2 3 4 5

11 Dapat memberikan definisi dan contoh isu konservasi

dengan baik

1 2 3 4 5

12 Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti konservasi alam

sekitar di sekolah

1 2 3 4 5

17

Page 18: Pendidikan Luar

PENDIDIKAN LUARRUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/26994294/pendidikan-konservasi

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/pengenalan-pendidikan-luar.html

Md Amin, Md Taff1 Azlizam Abdul Aziz, Jaffry Zakaria (2011), Kerelevanan Pendidikan Luar Dalam Sistem Pendidikan Tinggi Di MalaysiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia 2 Universiti Putra Malaysia, Malaysia

http://ipkbsports.blogspot.com/2009/08/pendidikan-luar-ikhtiar-hidup.html

http://caeser-rio.blogspot.com/2011/09/pengenalan-pendidikan-konservasi.html

Pemahaman Tentang Konservasi Hilitan Bagi Murid-Murid Madrasah Ibtidaiyahwww.cifor.org/livesinforests/publications/pdf_files/kids/Ind-pendahuluan.pdf

18