pendidikan islam di malaysia

24
SEJARAH FALSAFAH DAN PENDIDIKAN ISLAM Ahli Kumpulan Ketua : Abu Bakar Bin Kram Penolong Ketua : Awang Shahrulnizam Setiausaha : Mohd Rizal Aidey Penolong Setiausaha : Ali Hashim Mat Jaafar Bendahari : Mohd Fariz Asbi Penolong Bendahari : Mohd Nor Edham Bugal AJK DISIPLIN : Mohd Shairazie Rashidee AJK MULTIMEDIA : Mohd Zamri Ali AJK PERSIAPAN : Mohd Hanafiah Kassim AJK MAKANAN : Zulfikar Aman

Upload: abu-el-iqram

Post on 24-Dec-2014

5.323 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan islam di malaysia

SEJARAH FALSAFAH DAN PENDIDIKAN ISLAM

Ahli Kumpulan

Ketua : Abu Bakar Bin KramPenolong Ketua : Awang ShahrulnizamSetiausaha : Mohd Rizal AideyPenolong Setiausaha : Ali Hashim Mat JaafarBendahari : Mohd Fariz AsbiPenolong Bendahari : Mohd Nor Edham BugalAJK DISIPLIN : Mohd Shairazie RashideeAJK MULTIMEDIA : Mohd Zamri AliAJK PERSIAPAN : Mohd Hanafiah Kassim AJK MAKANAN : Zulfikar Aman

Page 2: Pendidikan islam di malaysia

Pendidikan Islam

Selepas Merdeka Di

Malaysia

Page 3: Pendidikan islam di malaysia

Pengenalan-Menurut Zainal Abidin Abdul Kadir (1995) PI telah berjalan di bawah

zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehingga wujud penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.

-PI telah dimasukkan dalam AKTA Pelajaran 1961 sebagai mata pelajaran dalam jadual waktu dan diperuntukkan masa sebanyak 120 mminit seminggu.

-Golongan pelajar (akhir tahun 1960an & awal 1970an ) menuntut agar pelajaran agama islam ditambah dan perlu diajar di pusatpengajian tinggi ( maktab,universiti).

-ABIM juga mendesak untuk meletakkan PI dalam mesyuarat melayu.

-Pada akhir tahun 1970an & awal 1980an, desakan tersebut telah diterima.

-Akhir tahun 1988, mata pelajaran Agama Islam ditambah dari 120 minit kepada 240 minit.

Page 4: Pendidikan islam di malaysia

Kronologi perkembangan sistem serta isi kurikilum pendidikan islam di Malaysia.

Pada peringkat awal iaitu peringkat yang masyhur dengan gelaran sekolah pondok, sistem pengajiannya dipanggil UMUMI (Abdullah ishak,1994) dimana pembelajaran secara halaqah di hadapan guru pada waktu-waktu tertentu.

Pada tahun 1871, A.M Skinner ( Nazir sekolah-sekolah) menubuhkan sekolah Melayu dengan pengajaran al-quran dilakukan pada waktu petang dan pada sebelah pagi pembelajaran seperti bacaan, mengira, ilmu hisab dan sebagainya. Penubuhan sekolah ini adalah ekoran daripada kurangnya sambutan kepada sekolah vernakular yang ditubuhkan oleh kerajaan inggeris.

Setelah kemerdekaan, Penekanan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Kebangsaan bermula berdasarkan penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961.

Kurikulum Pengetahuan Agama islam pada ketika itu hanya menumpukan kepada perkara-perkara asas seperti fiqh, Tauhid, Sejarah Islam dan pengajaran beberapa ayat Al-quran dan hadis yang dipilih.

Page 5: Pendidikan islam di malaysia

Pada awalnya, pengajaran Agama Islam adalah sekadar satu pemberian maklumat dan tidak ada aspek pengamalan dan penghayatan yang mendalam. Pelajar-pelajar mengambil pelajaran agama hanya untuk mengetahui dan lulus dalam peperiksaan awam seperti (SRP) dan (SPM).

Ekoran daripada itu, Pada tahun 1974, satu Jawatankuasa Mengkaji Mata Pelajaran Agama Islam Di Sekolah telah ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai semula kurikulum Pengetahuan Agama Islam termasuk pelaksanaannya yang merangkumi kaedah pengajaran, penyeliaan dan tenaga pengajar.

Kajian yang dilakukan dilaporkan dalam Laporan Kabinet 1979. Diantara rumusan yang dibuat berdasarkan kajian tersebut adalah seperti berikut ;

(a). Aspek amalan dan penghayatan islam tidak diberi penekanan di dalam pengajaran dan pembelajaran agama islam.

(b). Pengajaran guru lebih banyak tertumpu kepada penyampaian pengetahuan agama dan sangat kurang dalam aspek amali.

(c). Mutu pengajaran berada di tahap yang rendah dan tidak menggunakan alat bantu mengajar yang diperlukan.

(d). Pembelajaran Agama Islam dan penghayatan belum sampai ke tahap yang di harapkan.

Page 6: Pendidikan islam di malaysia

(e). Guru tidak mendapat penyeliaan dan bimbingan yang sewajarnya.

(f). Guru tidak mendapat latihan perguruan atau ikhtisas yang cukup.

Kesan daripada kelemahan-kelemahan tersebut, beberapa langkah telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut dan diantaranya ialah pemberian latihan perguruan kepada guru-guru tidak terlatih, melantik pegawai-pegawai yang mencukupi di Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, mewujudkan nazir Mata Pelajaran Agama dan akhirnya menggubal serta melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Islam pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988.

Page 7: Pendidikan islam di malaysia

Perkembangan Sekolah Agama (Arab) masa kini.

Institusi Panel Agama atau Sekolah Agama (Arab) dibiayai sepenuhnya oleh ;

(1). Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri.

(2). Kementerian Pendidikan.

(3). Pembiayaian sendiri oleh individu-individu atau lembaga pengurus.

Menurut LEPAI (1988) pada keseluruhannya, sekolah agama di negara ini di bawah tanggungjawab pihak-pihak berkuasa yang berlainan.

Dari segi Pentadbiran, ianya dibahagaikan secara umum kepada 3 jenis iaitu;

(1). Sekolah Agama Rakyat (SAR)(2). Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)(3). Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Page 8: Pendidikan islam di malaysia

Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)

Pembangunan sekolah agama rakyat di Malaysia banyak dibantu oleh pihak berkuasa negeri dan pusat dalam mentadbir dan menguruskan perjalanannya agar lebih baik daripada sedia ada.

Dari sejarahnya, sejak awal penubuhan ia di bawah kelolaan masyarakat tempatan. Bagaimanapun oleh kerana terdapat kelemahan yang ketara, pihak berkuasa telah memutuskan untuk mengambil alih SAR yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan menyebabkan kerajaan negeri terus memikul tanggungjawab tersebut.

Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam negeri ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dari sudut sejarah penubuhannya. SAR boleh dibahagikan kepada lima jenis kategori iaitu ;

(i). Ia ditadbir sepenuhnya oleh Jemaah Pengelola Sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah dan dibantu oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri. Contohnya SAR di Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

(ii). Ia ditadbir oleh kerajaan Negeri tetapi kuasa lembaga pengelola masih wujud. Terdapat SAR jenis ini dikategorikan sebagai sekolah Bantuan Kerajaan Negeri, seperti di Kelantan.

Page 9: Pendidikan islam di malaysia

(iii).SAR yang telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya dan sekarang menjadi sekolah milik Kerajaan Negeri. Ia juga dinamakan Sekolah Agama Negeri (SAN) sepeti di Negeri Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka, dan Negeri Sembilan.

(iv). SAR yang telah diambil alih oleh kementeriaan Pelajaran dan dijadikan SMKA seperti SMKA Masyhor, Pulau Pinang.

(v). SAR yang ditadbir oleh Kementerian melalui proses pendaftaran dan dijadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ia ditadbir secara bersama antara Kerajaan Negeri dan Lementerian Pelajaran. Berdasarkan maklumat terkini terdapat lebih kurang 119 SAR & SAN yang telah dijadikan SABK.

Page 10: Pendidikan islam di malaysia

Contoh sekolah agama rakyat

Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelana Jaya adalah sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, Selangor ( JAIS ) telah memulakan operasinya pada awal tahun 80'an.

Sekolah ini menawarkan matapelajaran agama yang menggunakan sukatan pelajaran JAIS dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ). Pengambilan pelajar bermula dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6.

Pelajar-pelajar Darjah 5 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) yang dikelolakan oleh JAKIM dan pelajar Darjah 6 akan menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( PSRA ) yang dikelolakan oleh JAIS.

Kedua-dua peperiksaan ini akan menjadi pra-syarat pengambilan pelajar ke Sekolah Menengah Agama di bawah JAIS.

Page 11: Pendidikan islam di malaysia

MATA PELAJARANTahap 1-Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 yang mana matapelajarannya ialah subjek-subjek Feqah, Akhlak, Tauhid, Hafazan, Tilawah Al Quran, Asas Jawi dan Bahasa Arab.

Tahap 2-Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 4 hingga Darjah 6 mempunyai tambahan 4 lagi subjek yaitu Tajwid, Khat, Sirah dan Imlak.

SYARAT KEMASUKAN Darjah 1 ( 7 tahun ) hingga Darjah 6

WAKTU PERSEKOLAHANSesi pagi : 7.30 pagi - 10.30 pagiSesi petang : 2.45 ptg - 5.45 ptg

Page 12: Pendidikan islam di malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah SM Agama Negeri (SMAN) dan SM Agama Rakyat (SMAR) oleh Kementerian Pelajaran tahun 1977. Kini usia 11 buah sekolah tersebut telah genap 28 tahun (data pada tahun 2005).

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian

Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Hj Nik Mohammed Mohyideen bin Hj Wan Musa. Menurut Allahyarham, langkah itu selaras dengan usaha untuk mengubah citra sekolah-sekolah luwes dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran dan hasrat masyarakat Islam yang sedar faedahnya.Sebelum ini beberapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah tersebut memperaktikkan sistem baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru itu, ilham Allahyarham Hj Nik Mohammed bin Hj Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato' Paduka Dr Abdul Hamid bin Othman dan Dato' Zainal Abidin bin Hj Abdul Kadir

Page 13: Pendidikan islam di malaysia

Matlamat SMKAMendidik pelajar dengan keperibadian Islam Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan

duniawi dah ukhrawi

Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan

Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

Page 14: Pendidikan islam di malaysia

ObjektifMencapai kecemerlangan kurikulum dank o-

kurikulum

Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia

Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani

Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam

Menyediakan pelajar yang dapat member sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah

Page 15: Pendidikan islam di malaysia

PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)

Page 16: Pendidikan islam di malaysia
Page 17: Pendidikan islam di malaysia

PROGRAM KHAS AKTIVITI KO-KURIKULUM

Kelas Kemahiran Al-Quran Persatuan Falaq Syar'eei

Komputer Dalam Pendidikan Kelas Tarannum Al-Quran

Program Kecemerlangan SMKA

Kumpulan Solat Jenazah

  Badan Dakwah & Rohani

(BADAR)

  Kelab Seni Khat

Page 18: Pendidikan islam di malaysia

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

PENGENALAN

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan semula oleh jawatankuasa khas Tan Sri Murad pada Ogos 200KONSEP SABK

1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).2. Ditadbir secara bersama antara KPM dan juga LPS/JAIN.3. Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan.4. Kurikulum agama negeri dikekalkan.5. Menerima pelbagai kemudahan dan bantuan.

Page 19: Pendidikan islam di malaysia

TUJUAN DIDAFTARKAN SECARA SABK

1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran.2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia.4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahanSYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa.3. Menggunakan dwi- kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan).4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM.5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.6. Mempunyai bangunan sendiri.7. Bangunannya dibina diatas tapak tanah yang berstatus wakaf.8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.9. Bilangan muridnya melebihi 150 orang.10. Tidak menanggung hutang.

Page 20: Pendidikan islam di malaysia

KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK

1. Kelebihan Sekolah Agama- Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah.- Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah.- Menerima bantuan insentif (SAR sahaja) setelah memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.- Jawatan hakiki diwujudkan.- Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.- Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan.2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan

- Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan.- Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan.- Berpeluang mendapat kenaikan pangkat.- Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan.- Berpeluang mengikuti kursus iktisas.- Berpeluang melanjutkan pelajaran.- Berpeluang untuk ikut serta dalam akyiviti KPM

Page 21: Pendidikan islam di malaysia

3. Kelebihan kepada murid

- Berpeluang mendapat bantuan.- Berpeluang bersaing dengan murid- murid di sekolah aliran perdana.- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik.- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM.- Berpeluang mendapat pendidikan yang LEBIH berkualiti

Page 22: Pendidikan islam di malaysia

CARA MEMOHON

1. Menghantar surat permohonan dan saliran keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau Pihak Berkuasa Agama Negeri kepada Bahagian Pendidikan Islam.

2. Menghantar profil sekolah, senarai nama ahli Lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan sijil pendaftaran sekolah yang disahkan.

3. Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dikemukan oleh KPM.

4. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM.

5. Menandatangani dokumen MoU.

6. Mengisi borang pendaftaran

Page 23: Pendidikan islam di malaysia

JENIS-JENIS BANTUAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA SABK:

1. Bantuan Perkapita Mata Pelajaran

2. Bantuan Perkapita Bukan Pelajaran

3. Bantuan Yuran Khas

4. Bantuan ko-kurikulum

5. Bantuan Aset

6. Bantuan Pakaian Seragam

7. Bantuan RMT

8. Bantuan Pembangunan

9. Bantuan Buku Teks

10. Bantuan Pembaikan Kecemasan

11. Skim Baucer Tuisyen

12. Bantuan KWAPM

13. Bantuan Biasiswa

14. Bantuan Makan Asrama

15. Bantuan Peralatan PPSMI

16. Bantuan Utiliti

17. Gaji dan elaun guru serta kakitangan

18. Bantuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Dan Pembersihan Kawasan

Page 24: Pendidikan islam di malaysia

Sekian…

Thank You to me!!..