pendidikan dewasa

17
Pembelajaran Pendidikan Dewasa 1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat demi untuk memajukan diri individu dari aspek ilmu dan pengetahuan dan bersaing untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih sempurna. Pendidikan turut menjadi unsur penting di dalam membina manusia yang bertamadun kerana tanpa ilmu akan menyebabkan sesebuah bangsa itu mundur. Dunia pendidikan pada masa kini berkembang pesat merangkumi aspek falsafah, perubahan sistem, perubahan misi dan visi serta perubahan kurikulum serta dalam aspek pedagogi. Dalam membincangkan isu berkaitan pendidikan, ianya mesti berteraskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran secara umumnya merupakan proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu ianya merangkumi aktiviti-aktiviti seperti aktiviti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu idea. Pengajaran juga merupakan suatu proses pengendalian urusan dan berkongsi maklumat dengan pelajar bagi membolehkan mereka menyempurnakan sesuatu tugasan.

Upload: wbf8264

Post on 03-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

Pembelajaran Pendidikan Dewasa 1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat demi untuk memajukan diri individu dari aspek ilmu dan pengetahuan dan bersaing untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih sempurna. Pendidikan turut menjadi unsur penting di dalam membina manusia yang bertamadun kerana tanpa ilmu akan menyebabkan sesebuah bangsa itu mundur. Dunia pendidikan pada masa kini berkembang pesat merangkumi aspek falsafah, perubahan sistem, perubahan misi dan visi serta perubahan kurikulum serta dalam aspek pedagogi. Dalam membincangkan isu berkaitan pendidikan, ianya mesti berteraskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran secara umumnya merupakan proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu ianya merangkumi aktiviti-aktiviti seperti aktiviti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu idea. Pengajaran juga merupakan suatu proses pengendalian urusan dan berkongsi maklumat dengan pelajar bagi membolehkan mereka menyempurnakan sesuatu tugasan. Pensyarah atau tenaga pengajar merupakan salah satu komponen penting dalam proses pembelajaran. Sesuatu sistem yang ingin dijalankan oleh sesebuah universiti tidak akan berjaya sekiranya tenaga pengajarnya gagal di dalam melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan mereka. Oleh itu, fungsi dan tugas tenaga pengajar sangat penting sebagai tulang belakang bagi sesebuah institusi pendidikan. Sesebuah sistem pendidikan tidak akan dapat berfungsi dengan lebih baik sekiranya tenaga pengajar tersebut tidak dilengkapi dengan kelayakan dari segi akhlak, penguasaan bidang pengajaran, mempunyai pengetahuan yang luas serta memiliki kualiti peribadi yang unggul. Justeru, bagi memenuhi cabaran serta keperluan ke arah membentuk sumber manusia yang berdaya maju, strategik dan progresif, Malaysia sentiasa mengubah suai sistem pendidikannya dari masa ke semasa kerana cara terbaik untuk membangunkan sumber manusia sesebuah negara adalah melalui penyediaan pendidikan yang secukupnya kepada rakyatnya. Kebiasaannya peruntukan yang diperuntukkan dalam sesebuah negara berkaitan dengan pendidikan adalah amat tinggi sebagai contoh di Malaysia sendiri, jika dilihat melalui pembentangan belanjawan negara, sektor pendidikan menerima peruntukkan yang paling banyak demi untuk memastikan bahawa sistem pendidikan di Negara senantiasa membangun, berdaya maju dan berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang terbaik yang mempunyai pelbagai kepakaran demi untuk membangunkan Negara. Pendidikan golongan dewasa merupakan suatu disiplin yang agak baru di Malaysia dan ianya tidak seperti sistem pedagogi yang telah lama berkembang pesat sejak sebelum merdeka lagi (Mohd Azhar Abd. Hamid et al., 2004). Pembelajaran golongan dewasa atau andragogi mempunyai tujuan atau matlamat yang sangat luas seperti keinginan atau kemahuan untuk membangun atau meningkatkan kemahiran diri, memperkayakan dan menambah nilai pengetahuan serta mempertingkatkan profesionalisme diri. Di Malaysia tidak mempunyai banyak sumber yang berkaitan dengan konsep pendidikan golongan dewasa dan ianya berbeza dengan Negara-negara maju yang telah mengamalkan konsep pembelajaran golongan dewasa ini. Pendidikan golongan atau pelajar dewasa berkembang dengan lebih meluas dengan pusat-pusat pendidikan menawarkan banyak kemudahan untuk golongan atau pelajar dewasa menimba ilmu.. Pelajar dewasa adalah individu yang memerlukan peranan yang aktif dalam pembelajaran. Walau bagaimana pun, sejak kebelakangan ini, pendidikan pelajar dewasa semakin mendapat tempat di Malaysia khususnya di era ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Menurut Bright (1989), pembelajaran dewasa boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang dapat dijalankan oleh pelajar dewasa bagi tujuan mengubah kemahiran, pengetahuan, sikap, nilai dan sebagainya. Fokus pembelajaran dewasa adalah kepada pengalaman dan prinsip yang telah dibentuk khas bagi memenuhi keperluan persekitaran pembelajaran pelajar dewasa. Menurut Merriam dan Caffarella (1999), pembelajaran dewasa merupakan segala usaha sistematik yang mempunyai tujuan tertentu bagi melahirkan orang dewasa yang berilmu pengetahuan. Menurut Mazanah dan Carter (2002) pembelajaran dewasa merupakan suatu aktiviti yang direkabentuk untuk tujuan memindahkan pembelajaran kepada mereka yang berumur yang boleh didefinisikan sebagai pelajar dewasa. Lindeman (2000) menyatakan bahawa orang dewasa mempunyai tanggapan yang spesifik dan mereka lebih menghargai segala bidang kerjaya, kebahagiaan, keluarga, kehidupan dan hubungan komunitinya. Berdasarkankan kepada pandangan para pengkaji tersebut, para pelajar dewasa berupaya membawa sesuatu situasi untuk digunakan ke dalam bidang kerjaya sekiranya diperlukan. Selain itu, pembelajaran dewasa juga merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang amat penting kepada para pelajar dewasa dan peranannya adalah sebagai satu kaedah yang efektif di dalam penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dewasa adalah sesuatu yang berbeza. Tenaga pengajar khasnya perlu menggunakan pendekatan yang sesuai di dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan orang dewasa lebih efektif. Menurut Cell (1984), tenaga pengajar adalah penganalisis pembelajaran serta individu yang mengajar ilmu pengetahuan kepada seseorang yang lain. Dalam menjadikan sesuatu proses pembelajaran dewasa menjadi lebih efektif dan menggalakkan kepada pemindahan pengetahuan maka prinsip pembelajaran dewasa adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi menjadikan sesuatu proses pembelajaran lebih selesa dan memenuhi keperluan pelajar. Justeru, tenaga pengajar yang diberi tugasan untuk mengajar pelajar dewasa perlu memahami keperluan dan keinginan orang dewasa dalam proses pengajaran tersebut. Malah, gaya pengajaran yang digunakan haruslah bersesuaian dengan kehendak para pelajar dewasa tersebut. Prinsip pembelajaran dewasa pula adalah asas dan ini merupakan dasar yang menjadi pegangan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dewasa (Rogers,1983a). Prinsip pembelajaran merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan bagi memastikan proses pengajaran menjadi lebih berkesan. Dalam menjalankan proses pengajaran untuk orang dewasa, tenaga pengajar perlu memahami secara mendalam tentang prinsip-prinsip pembelajaran dewasa supaya pelajar dewasa ini merasakan proses pembelajaran dan pengajaran tersebut adalah bermakna dan mereka selesa dengan keadaan tersebut

2.0 Kaedah Pembelajaran Orang DewasaPembelajaran andragogi atau pembelajaran golongan dewasa sering ditakrifkan berdasarkan pada umur. Konsep andragogy boleh ditakrifkan dalam beberapa bentuk antaranya cara emperikal bagi gaya pembelajaran orang atau pelajar dewasa. Menurut Knowles (1970), terdapat empat aspek utama yang membezakan andragogy dengan pedagogi iaitu:i. Aspek kematangan Individu yang memasuki fasa dewasa akan bergerak dari fasa kebergantungan total kepada fasa memajukan diri sendiri. Proses untuk mendapatkan penghargaan kendiri yang menyebabkan seseorang yang matang itu bertindak memajukan diri sendiri.ii. Aspek Pengalaman Individu yang meningkat matang biasanya akan mempunyai kelebihan dari aspek pengalaman. Pengalaman ini memberi nilai tambah mendapatkan sesuatu ilmu yang baru. Teknik andragogi ini memberi kelebihan kepada pelajar dewasa di mana teknik pengalaman diperkembangkan. Oleh itu, penggunaan teknik diskusi, kerja laboratory, simulasi, pengalaman lapangan dan tugasan amat membantu pelajar yang matang ini.iii. Aspek orientasi pembelajaranPembelajaran orang dewasa lebih cenderung ke arah pembelajaran atau memiliki orientasi pembelajaran yang orientasi berpusatkan masalah di mana dalam menyelesaikan sesuatu masalah mereka akan menggunakan pengalaman ssedia ada untuk membantu menyelesaikan maslah yang diberi.iv. Aspek main perananTerdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesanggupan seseorang pelajar dewasa itu untuk belajar semula. Ianya tidak banyak dipengaruhi oleh aspek pencapaian akademik semata-mata tetapi ianya lebih dipengaruhi oleh tuntutan tugas untuk melakukan peranan yang penting di dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks pembelajaran dewasa, para pengajar memainkan peranan yang penting bagi pembelajaran pelajar dewasa, dimana proses mengajar individu ini adalah berbeza sama sekali dengan pembelajaran pelajar biasa. Tenaga pengajar seharusnya memiliki kamahiran dalam mengendalikan proses pengajaran supaya pelajar dewasa tersebut berasa selesa dan proses pengajaran menjadi lebih efektif kerana masa yang diambil untuk sesuatu pembelajaran adalah panjang dan lebih lama dari pembelajaran biasa yang diadakan di IPT. Masalah yang timbul seperti kurang pemahaman di dalam pembelajaran adalah disebabkan oleh gaya dan kaedah pengajaran yang digunakan adalah tidak sesuai dalam proses pengajaran tersebut. Ini menimbulkan kesukaran untuk pelajar memahami apa yang diajar dengan baik. Sekiranya tenaga pengajar tidak merancang untuk menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai, maka dikuatiri proses pengajaran tersebut tidak akan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Masalah itu mungkin turut timbul sekiranya terdapat sebilangan pensyarah yang lebih cenderung untuk memilih keadah pengajaran tradisional yang sudah tidak sesuai lagi untuk dipraktikkan pada masa kini, serta pengajar tersebut sendiri yang kurang pendedahan terhadap konsep pembelajaran dewasa. Ini akan menyebabkan pengaplikasian prinsip pembelajaran dewasa dalam proses pengajaran tidak akan tercapai. Pelajar dewasa pula seharusnya diberikan kaedah pembelajaran yang sesuai seperti menggalakkan pembelajaran yang menyediakan ruang komunikasi yang terbuka supaya proses pengajaran yang dijalankan oleh pengajar adalah lebih berkesan dan sesuai dengan kehendak pelajar. Selain itu, setiap tindakan atau pendekatan yang digunakan oleh tenaga pengajar akan memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar itu sendiri kerana pendekatan yang efektif membantu secara tidak langsung kepada pencapaian akademik pelajar. Justeru itu, mungkin akan terdapat masalah yang akan timbul akibat dari gaya pembelajaran yang tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya oleh sesetengah tenaga pengajar. Maka, ianya akan membawa kepada masalah dimana pelajar kurang memahami apa yang disampaikan oleh pengajar. Oleh itu, di dalam merancang sesuatu proses pengajaran yang efektif, tenaga pengajar perlu menitikberatkan tentang gaya pengajaran yang sesuai bagi memadankannya dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza yang dimiliki oleh para pelajar dewasa tersebut supaya ianya turut dapat membantu perkembangan pengetahuan akademik mereka. Setiap tenaga pengajar mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang membezakan mereka dengan para pengajar yang lain. Oleh itu, mereka adalah merupakan orang yang bertanggungjawab bagi proses pembelajaran pelajar dewasa ini. Maka, pendekatan yang berbeza seharusnya digunakan. Ini kerana, pelajar dewasa ini adalah lebih matang berbanding pelajar biasa sekaligus gemar memberi pendapat, berkongsi idea dan perkara yang memberi manfaat kepada mereka. Selain itu, proses pembelajaran dewasa mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri iaitu sebagai asas dan panduan dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, menurut Malcom Knowles (1984), orang dewasa perlu terlibat di dalam merancang serta membuat taksiran bagi semua kerja mereka. Pelajar sebegini mestilah diberikan maklumbalas berkenaan dengan sejauhmana pencapaian maklumat mereka. Pengalaman juga dijadikan asas kepada aktiviti pembelajaran dan perkongsiaan pengalaman pelajar merupakan sesuatu yang bermakna dalam proses pembelajaran. Pelajar tersebut turut lebih minat dan cenderung dalam mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan kerja dan kehidupan mereka serta pembelajaran orang dewasa adalah tertumpu kepada permasalahan (problem-centered). Walaubagaimanapun, terdapat juga sebilangan daripada tenaga pengajar yang tidak mementingkan prinsip-prinsip tersebut. Ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami keperluan sebenar pelajar dewasa tersebut dan ini akan menyebabkan proses pengajaran yang dilakukan adalah tidak efektif.

3.0 Prinsip Pembelajaran dewasaMenurut Knowles (1970), terdapat empat prinsip dalam proses pembelajaran pelajar dewasa antaranya ialah:-i. Pelajar dewasa perlu terlibat dalam merancang dan membuat taksiran semua hasil kerja mereka. Mereka juga perlu diberikan tahap sejauh manakah pencapaian matlamatnya.ii. Pengalaman merupakan asas pembelajaran maka menjadi tanggungjawab mereka menerima pengalaman sebagai suatu pembelajaran yang bermakna.iii. Pelajar dewasa lebih berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan kerja dalam kehidupan mereka.iv. Pembelajaran mereka lebih tertumpu kepada pemusatan masalah di mana masalah tersebut merupakan pemberi tenaga, arah dan menggalakkan daya belajar dan ianya perlu dimotivasikan.

Menurut Gaffar, S.B. (2007), lima prinsip pembelajaran dewasa atau andragogy yang dinyatakan dalam proses pembelajaran antaranya:-i. Pembelajaran berdasarkan pemusatan masalahii. Asas pembelajaran berdasarkan pemusatan pembelajaran di mana pengalaman yang dimiliki mestilah pengalaman yang bermakna dan matlamat ditentukan oleh mereka sendiri.iii. Mereka diberikan peluang untuk mencuba tingkah laku yang baharu.iv. Mereka memerlukan motivasi untuk mengubah tingkah laku. Mereka perlu mempunyai tingkah laku yang jelas dan yang dingini.v. Mereka memperoleh bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian yang boleh membantu mereka.

Oleh itu, pembelajaran dewasa atau andragogy ini boleh disimpulkan sebagai pembelajaran dewasa merupakan suatu proses pembelajaran yang berterusan di mana mereka merasakan keperluan dalam pelbagai bidang kemahiran amat penting bagi masa depan mereka terutama dalam kerjaya mereka.Pelajar dewasa melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan sekiranya mereka sendiri terlibat dalam proses merancang, menilai dan melaksanakan persekitaran mereka dan mereka memilih dan suka belajar bagi memudahkan mereka mengetahu tahap kebolehan dan kemahiran yang dimiliki dalam semua situasi pembelajaran mereka. Mereka juga boleh belajar dengan baik sekiranya mendapat motivasi untuk berubah dan mempunyai kemahiran dan strategi yang lebih spesifik.

4.0 Teori-teori pembelajaran dewasaTerdapat beberapa teori pembelajaran dewasa yang utama antaranya:-i. Teori BehaviorisAntara nama-nama yang menyumbang kepada teori ini adalah Thorndike, Pavlov, Watson dan Skinner. Berdasarkan teori pembelajaran boleh membentuk tingkah laku yang boleh menyokong kea rah perubahan kendiri. Konsep teori ini ialah memberi rangsangan tindak balas, pengubahsuaian tingkah laku, kecekapan asas dan kemahiran. Kaedah latihan amat diutamakan dalam proses pembelajaran. Teori ini lebih kepada perubahan tingkah laku seseorang dalam pembentukan persekitaran pembelajaran yang boleh merangsang mereka.ii. Teori HumanisTeori ini di popularkan oleh Maslow dan Rodgers. Mereka menyatakan bahawa pembelajaran adalah proses pembangunan kendiri serta penyempurnaan kendiri. Proses pembelajaran mengalami kebebasan arah kendiri, terbuka, bekerjasama. Kaedah tugasan secara berkumpullan dan perbincangan merupakan kaedah yang paling sesuai.iii. Teori Pembelajaran socialMenurut Bandura dan Rotter dalam teori ini, Kebanyakkan tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan persekitaran dan berinteraksi social dengan orang lain. Kaedah pembelajaran berdasarkan teori ini adalah secara berinteraksi dan pemerhatian terhadap orang lain. Proses pembelajaran melalui teori ini adalah interaksi antara manusia, persekitaran dan tingkah laku manusia.

5.0 KesimpulanPembelajaran orang dewasa pada dasarnya mempunyai matlamat yang sangat murni iaitu untuk meningkatkan kemahiran dan untuk mendapatkan ilmu yang memberi tambah nilai kepada pekerjaan atau profesion mereka. Bagi orang dewasa yang meneruskan pembelajaran mereka adalah untuk matlamat diri atau untuk mencabar sejauh manakah tahap tertinggi yang mereka boleh capai. Selain daripada itu, mereka belajar adalah kerana tuntutan kerja atau untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Dorongan seperti inilah yang meningkatkan lagi motivasi diri pelajar dewasa ini untuk belajar. Selain daripada itu, ada juga dikalangan mereka yang menyambung pembelajaran mereka keran ingin menguasai ilmu itu sendiri untuk tujuan mengamalkannya di dalam kehidupan.

Rujukan

Bright, B. P. 1989. Theory and Practice in the Study of Adult Education. London & New York: Routledge.

Conti, G. J. 1985. Assessing Teaching Style in Adult Education. How and Why. Lifelong Learning. 8(8): 711.

Conti, G. J.& Welborn, R. B. 2005. Teaching-Learning Styles and The Adult Learner. Englewood Cliffs. NJersey: Prentice Hall.

Gibb, J. R. 1960. Learning Theory in Adult Education. In M. S. Knowles (Ed.), Handbook of Adult Education in the United States. Chicago:

Huba & Freed. 2000. Learner-Centered Assessment on College Campuses.Knowles, Malcolm S. (1970). "The modern practicsof adult education,andragogyversus ". New York : Association Press. Mazanah Muhamad and Carter, G. L. 2002. Designing and Facilitating Adults Learning. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Merriam, S. B. & Caffarella, R. S. 1999. Learning in Adulthood. San Francisco: Jossey-Bass.

Mohd Azhar Abd.Hamid, Paimah Atoma, Muhamed Fauzi Othman & Mohd Nasir Markom. 2004. Mengajar Orang Dewasa Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors.