pendidikan alam sekitar

20
Mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran Written by Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Berita Harian Pada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hakisan dan juga kepupusan spesies. Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya saban hari kita menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah situasi sedemikian berlaku? Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Malah, saban tahun begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya, kita masih lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang rendah. Justeru, usaha berterusan dan proaktif perlu dilakukan bagi mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Salah satu usaha yang boleh diterapkan ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di sekolah baik di peringkat pra, rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pemeliharaan alam sekitar pada masa hadapan. Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran merupakan wadah penting yang tidak seharusnya hanya dibebankan di bahu pendidik semata-mata. Sebaliknya perlaksanaannya perlu mendapat sokongan padu daripada semua pihak agar ia dapat dijayakan bagi meningkatkan kesedaran berhubung kualiti alam sekitar, di samping membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dengan lebih baik dalam memastikan usaha memakmurkan alam dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Hal ini amat bertepatan dengan peranan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT sebagai khalifah yang telah ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang telah disebut di dalam surah Hud, ayat

Upload: nurabella

Post on 10-Nov-2015

70 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar Dalam PengajaranWritten by Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted inBerita HarianPada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hakisan dan juga kepupusan spesies.

Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya saban hari kita menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah situasi sedemikian berlaku?

Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Malah, saban tahun begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya, kita masih lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang rendah.

Justeru, usaha berterusan dan proaktif perlu dilakukan bagi mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Salah satu usaha yang boleh diterapkan ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di sekolah baik di peringkat pra, rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pemeliharaan alam sekitar pada masa hadapan.

Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran merupakan wadah penting yang tidak seharusnya hanya dibebankan di bahu pendidik semata-mata. Sebaliknya perlaksanaannya perlu mendapat sokongan padu daripada semua pihak agar ia dapat dijayakan bagi meningkatkan kesedaran berhubung kualiti alam sekitar, di samping membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dengan lebih baik dalam memastikan usaha memakmurkan alam dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

Hal ini amat bertepatan dengan peranan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT sebagai khalifah yang telah ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang telah disebut di dalam surah Hud, ayat 61 yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya". Justeru, dalam konteks pendidikan alam sekitar, ia dilihat sebagai sebahagian daripada usaha ke arah melunaskan tanggungjawab dan amanah berkenaan dalam usaha memastikan keharmonian alam terus dapat dipertahankan.

Oleh yang demikian, penglibatan semua pihak adalah penting dalam memastikan matlamat perlaksanaan pendidikan alam sekitar dapat direalisasikan dengan jayanya bagi membentuk sebuah kerangka masyarakat yang bukan sahaja lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar sejagat, tetapi juga dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan alam sekitar dan berkemahiran tinggi untuk bertindak secara individu atau bersama dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar. Malahan, dengan pengetahuan dan kemahiran yang ada ia secara tidak langsung turut juga dapat meningkatkan komitmen masyarakat terhadap permasalahan alam sekitar yang timbul.

Dalam mengintegrasikan pendidikan alam sekitar, ia tidak hanya terhad dalam proses pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi sebagai suatu bidang pendidikan yang bersifat merentasi kurikulum dan kokurikulum. Ini adalah bagi memastikan pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada para pelajar dan dapat disepadukan dengan mata pelajaran lain (seperti Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral dan sebagainya) di dalam kelas dan juga aktiviti-aktiviti luar kelas yang lain.

Dengan usaha penyepaduan pendidikan alam sekitar dan aktiviti kokurikulum, ia dapat menjadi tanda aras sejauh mana pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam bilik darjah difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga dapat dijadikan garis panduan untuk para pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan alam sekitar dengan subjek-subjek lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan terhadap para pelajar dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar semasa aktiviti luar kelas dijalankan.

Proses penyepaduan unsur pendidikan alam sekitar dalam kedua-dua kurikulum dan kokurikulum perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang penting. Ini kerana, proses pembelajaran secara teori yang disusuli dengan pembelajaran secara praktikal (iaitu memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar serta melihat segala permasalahan alam sekitar yang berlaku) adalah lebih berkesan dan bermakna dalam memastikan kesedaran yang lahir adalah betul-betul terkesan kepada jiwa mereka.

Kesedaran seumpama inilah yang hendak kita jelmakan agar generasi akan datang tidak mudah goyah dan terpengaruh dengan godaan materialistik sehingga sanggup mengorbankan kepentingan alam sekitar. Pada masa yang sama, pelajar yang diberi pendedahan secara langsung terhadap senario semasa alam sekitar akan lebih memahami segala kemelut alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka. Ini sekali gus dapat menjadi pendorong kepada para pelajar untuk bergiat secara lebih proaktif dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

Dalam konteks ini, ruang dan peluang yang wujud dalam kokurikulum seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh golongan pendidik bagi mempelbagaikan strategi ke arah pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan sebagai salah satu pendekatan yang bijak dalam usaha mempromosikan pendidikan alam sekitar dalam kancah pendidikan semasa pada hari ini. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan seperti kerja lapangan, perkhemahan, trekking dan kempen alam sekitar semasa aktiviti kokurikulum adalah disarankan agar proses pembelajaran tidak membosankan dan mudah diterima oleh para pelajar.

Kejayaan pengintegrasian unsur pendidikan alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah adalah bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh golongan pendidik sebagai pelaksana dan juga semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha ini. Malah, matlamat pendidikan alam sekitar untuk melahirkan individu yang berkeperibadian tinggi serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastinya dapat dicapai dengan jayanya jika semua pihak khususnya pihak-pihak berwajib mengambil tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk memberi pendidikan alam sekitar dengan lebih serius tanpa rasa dibebani dengan tanggungjawab berkenaan.

Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah.Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITARMenjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dapati bahawa tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus permodenan ini. Sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat mengenai isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air, udara dan darat. Antaranya, isu jerebu yang mengancam negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan telah menjadi topik hangat yang dibincang dari kedai kopi hingga ke parlimen. Kalau tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Sikap manusia zaman moden yang asyik mengejar fata morgana sehingga mengabaikan isu pencemaran alam sekitar, merupakan faktor yang menyebabkan keadaan ini semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti. Memandangkan keadaan ini, maka pelbagai langkah drastik perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran alam sekitar? Jawapannya terletak pada kita semua. Tidak kira siapa, yang pastinya semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini.

Pepatah Melayu ada mengatakan tiada penyakit yang tiada penawarnya. Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa haruslah sentiasa mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.

Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar secara langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang dikenali sebagai Reduce, Reuse, Recycle. Reduce ialah usaha mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain, masyarakat haruslah berjimat cermat dalam menggunakan bahan sumber yang saban hari kian berkurangan seperti petroleum dan arang batu. Reuse pula ialah usaha menggunakan semula bahan-bahan buangan secara terus atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru. Hal ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus mengurangkan sampah sarap yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu mempraktikkan amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat khabar dan majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Bak kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.

Dalam pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam sekitar kebanyakannya berpunca daripada pengeluaran asap ke udara dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Menyedari kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran alam ini, pihak berkuasa telah menguatkuasakan undang-undang untuk menangani masalah yang dibaratkan sebagai duri dalam daging negara yang sedang membangun. Dengan ini, kabinet telah memutuskan bahawa hukuman mandatori lima tahun penjara terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden sesebuah syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar. Mereka akan diberi amaran terlebih dahulu dan surat yang berkaitan dengan larangan melepaskan asap hitam dan sisa toksik. Namun, jika keadaan mencurahkan air ke daun keladi berlaku, tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mereka seperti yang diputuskan oleh kabinet. Pengusaha-pengusaha kilang haruslah menapis asap hitam dan menggunakan alternatif lain untuk menghapuskan sisa-sisa toksik kilang. Mereka tidak harus mengorbankan alam sekitar demi kesenangan diri. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa untuk mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar dan disyaki menjejaskan kualiti alam sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar.

Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak. Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada setiap lapisan masyarakat. Mudah-mudahan generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.~ Gotong Royong

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah.

~ Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui Aktiviti Selepas PMR.

~ Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar semula.

Read more:http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengurangkan-pencemaran.html#ixzz3Erq71PyWUnder Creative Commons License:Attribution Share AlikeMelalui kitar semula kita boleh berjimat malah dapat menambah pendapatan sekiranya kita bijak dan kena dengan caranya. Adakah kita terfikir hasil sisa lebihan makanan yang kita buang saban hari boleh dijadikan baja kompos. Untuk menghasilkan baja kompos ini, kita hanya perlu menyediakan satu kawasan khas bagi membolehkan sampah itu ditimbun dari hari kehari.Malah, dengan amalan membuat baja kompos ini secara tidak langsung kita boleh menyelamatkan alam sekitar, ini kerana punca pencemaran alam sekitar yang paling ketara ialah melalui pembuangan sampah.Selain itu juga, kita juga boleh mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau yang menjadi agenda utama kerajaan dalam menghijaukan negara. Mungkin selepas ini semuas sisa makanan yang hendak dibuang seperti buah-buahan, sayuran, kulit telur, rumput, daun-daun pokok, serbuk teh dan kopi dikumpulkan untuk kita jadikan baja kompos.Bagi mendapatkan baja kompos yang lebih hebat untuk dijadikan baja asli kita juga boleh menggunakan sisa seperti tahi kuda, tahi kambing dan tahi ayam.Bagi menghasilkan baja kompos ini kita hanya perlu timbunkan sisa-sisa makanan pada satu tempat. Setiap hari sisa makanan yang dikumpul itu boleh dilapiskan dengan daun-daun kering. Dan bagi mengelakan dari hidupan liar atau anjing sampah tersebut boleh ditutup menggunakan jaring.Proses ini akan mengambil masa yang panjang bagi membolehkan organisma termasuk cacing membantu penghuraian bahan buangan dalam menghasilkan nutrien dan baja. Proses ini akan siap sekiranya warna tanah telah bertukar hitam. Tanah tersebut perlu digemburkan dari semasa kesemasa bagi membolehkan berlakunya peredaran udara dan kelembapan pada timbunan baja kompos tersebut.Baja kompos ini juga mampu menjadi medium pembesaran yang kaya dengan humus dan nutrien dan merupakan bahan tambahan kepada tanah. Ia juga merupakan bahan penyerap yang akan mengumpul kelembapan dan mineral terlarut sebagai sokongan dan nutrien kepada tumbuh-tumbuhan.

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar yang mana menekankan konsep What you give, you get back.Selaras dengan itu juga penekanan mengenai alam sekitar haruslah dimulakan daripada peringkat awal lagi dimulai daripada sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan juga dikalangan komuniti masyarakat untuk memberikan pendedahan yang lebih terperinci supaya kita dapat sama-sama memahami konsep program lestari sekaligus bekerjasama memelihara dan memulihara alam sekitar. Majlis Perbandaran Seberang Perai sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah-sekolah, organisasi bukan kerajaan dan juga komuniti untuk menerapkan kesedaran tentang alam sekitar yang semakin terancam pada masa kini.Sempena dengan Program Khidmat Sosial Lestari Hijau pada hari ini pelbagai aktiviti jalankan seperti membersihkan kawasan persekitaran, mengecat bahu jalan, tiang papan dan juga penanaman pokok renek.Saya juga difahamkan sebanyak 50 pokok ditanam oleh anak-anak pelajar kita pada pagi ini.Untuk pengetahuan hadirin sekalian, berdasarkan rekod penanaman pokok di kawasan pentadbiran MPSP dari bulan Januari sehingga April 2014 , sebanyak 290 pokok telah ditanam oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai dan juga 3540 pokok ditanam oleh pemaju-pemaju perumahan baru di sekitar Seberang Perai. Ini sejajar dengan moto kerajaan Pulau Pinang iaitu Cleaner, Greener, Healthier and Safer yang mengutamakan keindahan,kehijauan dan kebersihan alam sekitar.Mudball adalah campuran antara tanah liat, bahan organik, molases, minerals dan semestinya gabungan bakteria berfaedah iaitu Laktik Asid bakteria, Fototropik bakteria, yis dan Antinomycetes. Mudball diformulakan untuk kesesuaian kes atau persekitaran iaitu mudah dilontar dan tenggelam di dalam air serta bertindak perlahan-lahan dari dasar air bertujuan memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur,logam berat dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu tindakbalas mudball adalah sangat cepat malah ia mampu bertahan selama sebulan.Biarpun mudball banyak digunakan dalam rawatan air,namun kini penggunaannya semakin meluas untuk ternakan air(akuakultur) bertujuan menjaga kualiti air dan menyeimbangkan mikroflora air.Dengan aplikasinya yang mudah, mudball amat sesuai dan praktikal sebagai stok yang patut anda ada bagi membantu menguruskan air anda.JOM KITA BUAT MUDBALL...APA ITU EM MUDBALL?

EM Mudball adalah campuran antara tanah,liat,bahan organik,molases,minerals dan semestinya gabungan berfaedah iaitu bakteria Asid Laktik,bakteria Fototropik,Yis dan Antinomyteses..

EM Mudball mudah dilontar dan tenggelam di dalam air.EM Mudball bertindak perlahan-lahan dari dasar air.

KELEBIHAN EM MUDBALL

Merupakan salah satu alternatif yang digunakan dalam menyelesaikan masalah pencemaran air selain dapat membaik pulih kualiti air sedia ada.

Ia juga digunakan di dalam kolam-kolam takungan ,sungai, yang tercemar serta laut.

Tindak balas mudball adalah sangat cepat malah ia mampu bertahan selama sebulan.

Satu inovasi dan tranformasi kepada kaedah kawalan kualiti air yang lebih efektif dan berteknologi tinggi.

FUNGSI EM MUDBALL SEBAGAI AGEN PURIFIKASI AIR

memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah,lumpur,logam berat dan sebagainya. menstabilkan pH air memusnahkan ammonia dan nitrogen dalam air mengurangkan bau busuk airOk, hari ni kami nak tunjukkan cara-cara membuat Mudball pulak... Memandangkan masa tidak cukup 3 bulan, kami telah menggunakan cecair EM yang telah dibeli dari syarikat Sarjani.

okay..kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat EM MUDBALL....

Bahan-bahan untuk membuat EM MUD BALL ialah1. CECAIR EM,2. DEDAK BERAS,3. TANAH MERAH.1. Sediakan cecair EM

2. Masukkan dedak beras ke dalam cecair EM dan gaul sehingga sebati.

3. Masukkan campuran dedak beras tadi ke tanah merah

4. Campur hingga rata dan mula buat bola EM

5. Bola lumpur diletakkan di dalam kotak penapaian

ika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:a.Pameranb.Kempen-kempenc.Pertandingand.Projek Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAMPameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITARMenyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

C.PERTANDINGANPertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSAPada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.