pencemaran alam sekitar

42
TAJUK KAJIAN Saya telah menjalankan kajian tentang Pencemaran Alam Sekitar di kawasan Taman Sri Jeram yang terletak di Daerah Muar, Johor. Kawasan kajian saya ini terletak di bahagian selatan. Kajian saya merangkumi beberapa aspek. Antaranya :- 1. Konsep pencemaran alam sekitar 2. Jenis pencemaran alam sekitar 3. Punca pencemaran alam sekitar 4. Kesan pencemaran alam sekitar 5. Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar 6. Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian 1

Upload: aizat-tengku-djan

Post on 09-Dec-2014

202 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Pencemaran Alam Sekitar

TAJUK KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian tentang Pencemaran Alam Sekitar di kawasan Taman Sri

Jeram yang terletak di Daerah Muar, Johor. Kawasan kajian saya ini terletak di bahagian

selatan. Kajian saya merangkumi beberapa aspek. Antaranya :-

1. Konsep pencemaran alam sekitar

2. Jenis pencemaran alam sekitar

3. Punca pencemaran alam sekitar

4. Kesan pencemaran alam sekitar

5. Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

6. Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

1

Page 2: Pencemaran Alam Sekitar

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1. Penghargaan 3

2. Pendahuluan 4

3. Objektif Kajian 5

4. Kawasan Kajian 6 – 8

5. Kaedah Kajian 9

6. Dapatan Kajian 10 – 18

7. Rumusan 19 – 20

8. Lampiran 21 – 30

9. Bahan Grafik 31 – 32

10. Rujukan 33

2

Page 3: Pencemaran Alam Sekitar

PENGHARGAAN

Assalamualaikum. Alhamdulilah, bersyukuur kehadrat Allah S.W.T kerana limpah

dan kurnianya dapat saya menyiapkan kerja khusus ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK ( P ) Sultan Abu

Bakar, Pn. Suhana bt. Sulaiman kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Cik Rohaida

bt. Arsat yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini

dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan

dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang

telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak

lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Ashikin dan Afiqah yang telah banyak membantu saya

ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi

idea sepanjang pembikinan folio ini.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Sri Jeram

yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

3

Page 4: Pencemaran Alam Sekitar

PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan

Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Pencemaran

Alam Sekitar. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di

taman perumahan sendiri memandangkan ia amat bersesuaian dengan tajuk yang diberikan.

Saya memilih kawasan Taman Sri Jeram kerana kawasan tersebut mempunyai

penduduk yang ramai dan padat. Ini akan menyebabkan banyak pencemaran yang berlaku

seperti pencemaran bau, sampah, udara dan lain – lain. Selain itu, terdapat juga kawasan

perindustrian yang berhampiran dengan kawasan perumahan tersebut. Ini akan menyeabkan

berlakunya pencemaran udara berpunca daripada asap kilang tersebut.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini adalah bermula dari bulan

April sehingga bulan Mei iaitu kira – kira dua bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan

yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini

akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada

masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

4

Page 5: Pencemaran Alam Sekitar

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk :

Mentakrifkan konsep pencemaran alam sekitar.

Menyatakan dan menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar di kawasan

Taman Sri Jeram.

Menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Sri Jeram.

Menghuraikan kesan – kesan pencemaran alam sekitardi kawasan Taman Sri Jeram.

Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitardi

kawasan Taman Sri Jeram

Menerapkan nilai atau unsur patriotism seperti bertanggungjawab, berbangga dan

bersyukur.

5

Page 6: Pencemaran Alam Sekitar

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Sri Jeram. Kawasan Bakri merupakan kawasan

yang sedang pesat membangun. Kawasan tersebut terletak di Daerah Muar. Terdapat

beberapa kilang yang dibina sepanjang Jalan Bakri ini, antaranya seperti kilang perabut,

kilang besi dan termasuklah kilang getah asli yang menjadi kajian ini.

Kilang Hock Hin ( Muar ) Rubber Co. Sdn. Bhd. terletak di Jalan Bakri Batu 4, Muar

iaitu kira-kira 6.4 km daripada pusat Bandar Maharani. Ia telah dibina lebih daripada 30

tahun yang lalu. Terdapat beberapa kawasan perumahan yang hampir dengan kilang getah

asli ini, antaranya adalah kawasan perumahan Taman Sri Jeram ( bersebelahan dengan kilang

tersebut ), Taman Sri Jeram 2, Taman Fajar 1 & 2, Taman Sri Bakri 1 & 2, Taman Putera

Bakri, Taman Bakri Utama, Taman Anggerik dan Taman Sri Meranti. Kira-kira 1 km ke jalan

arah Bandar Maharani terdapat Kompleks Kastam DiRaja Malaysia. Kawasan kajian ini

mudah dikunjungi kerana mempunyai sisitem perhubungan dan pengangkutan yang

sempurna.

6

Page 7: Pencemaran Alam Sekitar

7

Page 8: Pencemaran Alam Sekitar

8

Page 9: Pencemaran Alam Sekitar

KAEDAH KAJIAN

Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang

akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan

bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk menjalankan kerja kursus

ini.

Antara kaedah yang saya gunakan ialah kaedah temu bual.  Saya telah menemu bual

beberapa orang penduduk Taman Sri Jeram untuk mengetahui pendapat dan pandangan

mereka tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan perumahan saya. Temu

bual dijalankan kepada penduduk yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih

berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan tersebut.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan 20

borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk taman yang akan menjadi responden

terhadap kajian yang akan dilakukan.

Akhir sekali, saya menggunakan kaedah rujukan. Saya telah membuat rujukan di

perpustakaan awam dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

terutamanya tentang penerangan tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di Malaysia.

9

Page 10: Pencemaran Alam Sekitar

DAPATAN KAJIAN

1.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan bahan-bahan hasil dari aktiviti

manusia terhadap alam sekitar yang akan menyebabkan terganggunya keselesaan hidup

masyarakat.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula mengatakan bahawa

pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan

sampah sarap.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada

secaralangsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras

radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan bahan buangan sehingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang

menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan atau kebajikan awam atau tumbuhan - tumbuhan dan haiwan.

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,

kegiatan ekonomi danprojek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan

manusia sering mengabaikan masalah –masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan

aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan -kesan negatif akibat proses pembangunan

dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan inimengakibatkan kesan

pencemaran. Pencemaran dapat dikategorikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam.

Antaranya, pencemaran udara, bunyi, laut, air, tanah, haba serta sungai dan kolam.

10

Page 11: Pencemaran Alam Sekitar

Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatanmanusia, sumber – sumber

ekonomi dan bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatifpembangunan ke atas alam

sekitar ,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkandengan usaha

pengurusan dan pemeliharaan alam.

11

Page 12: Pencemaran Alam Sekitar

1.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Setelah saya menjalankan kaedah pemerhatian di kawasan kajian saya iaitu Taman Sri

Jeram. Saya dapati terdapat beberapa pencemaran yang berlaku di Taman Sri Jeram ini.

Antaranya ialah pencemaran udara. Di taman perumahan saya ini, terdapat sebuah kilang

perindustrian yang berdekatan iaitu Kilang Getah Asli Hock Hin, Muar. Setiap hari kilang

tersebut akan mengeluarkan banyak gas karbon dioksida yang akan menjejaskan kesihatan

kita.

Selain itu, pencemaran bunyi juga turut berlaku. Pencemaran ini berlaku disebabkan

oleh bunyi bising jentera pemerosesan getah. Begitu juga dengan bunyi kenderaan seperti

lori, bas, motor dan keretayang boleh menjejaskan ketenteraman orang ramai.

Akhir sekali ialah pencemaran bau. Pencemaran ini berlaku disebabkan oleh

pembuangan sampah yang tidak teratur serta parit - parit di kawasan tersebut juga tersumbat.

Ini akan menyebabkan bau yang sangat busuk. Ini menyebabakan orang ramai merasa mual

dan tidak senang hati dengan keadaan tersebut.

12

Page 13: Pencemaran Alam Sekitar

1.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Taman Sri Jeram mengalami pencemaran udara, pencemaran bau dan

pencemaran bunyi. Pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya ini mempunyai

beberapa punca. Setelah menjalankan aktiviti soal selidik, ternyata pencemaran

udara di kampung ini berlaku disebabkan oleh kenderaan yang melalui jalan raya di

Taman Sri Jeram. Selain daripada disebabkan oleh kenderaan, pencemaran udara ini juga

disebabkan oleh sebuah kilang yang berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Sri

Bakri.

Pencemaran udara ini berlaku disebabkan oleh asap – asap yang keluar

daripada kenderaan dan kilang tersebut. Bilangan kenderaan yang melalui kawasan

tersebut semakin bertambah terutamanya pada waktu pagi dan petang.Manakala, kilang

tersebut akan melepaskan asap pada waktu petang. Keadaan ini amat berbahaya kepada alam

sekitar kerana ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk di taman tersebut.

Seterusnya, Taman Sri Jeram ini juga mengalami pencemaran bunyi yang berpunca

daripada bunyi bising yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian. Misalnya, melalui

pemprosesan material, jentera, kenderaan dan aktiviti yang berkaitan dengan pembuatan akan

sentiasa menghasilkan bunyi. Bunyi – bunyi yang bising ini menjejaskan kententeraman

orang ramai dan memberi kesan gelisah, kekurangan rehat, gangguan pemikiran dan pelbagai

kesan sampingan yang memudaratkan.

13

Page 14: Pencemaran Alam Sekitar

Akhir sekali, Taman Sri Jeram turut mengalami pencemaran bau yang berpunca

daripada pembuangan sampah sarap yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan

timbulnya bau yang sangat busuk. Aliran parit yang tersumbat juga merupkan salah satu

punca pencemaran bau. Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit

boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit – parit di kawasan perumahan ini

dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat dan lama kelamaan akan menimbulkan

bau yang busuk.

Oleh itu, masyarakat perlulah memupuk semangat cinta akan alam sekitar supaya kita

berada pada tahap sifar pencemaran. Dengan cara ini Negara dapat melahirkan masyarakat

yang sihat dan berkualaiti sejajar dengan slogan “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ”.

14

Page 15: Pencemaran Alam Sekitar

1.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Setelah mengenalpasti punca – punca pencemaran yang berlaku , terdapat beberapa

kesan akibat daripada pencemaran tersebut. Antaranya, kesan – kesan tersebut berlakunya

hujan asid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemndapan berasid, ini

akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu, cat kereta juga

akan luntur dan rosak.Batuan dan binaan bangunan menjadi rosak dan rapuh serta

mempercepatkan hakisan bangunan.

Selain itu, jerebu juga akan berlaku kesan daripada pencemaran tersebut. Asap yang

dikeluarkan dari kliang ini boleh menyebabkan jerebu. Bahan yang terdapat dalam asap ini

menyebabkan kita kesukaran bernafas. Selain itu, kandungan bahan kimia dalam asap juga

tinggi. Ini menyebabkan paru-paru dalam badan kita mudah rosak. Penglihatan mata kita juga

akan kabur dan tidak jelas.

Akibat daripada pencemaran tersebut, penduduk juga mudah terdedah dengan

penyakit seperti kesukaran bernafas, angin ahmar dan radang paru-paru. Bagaimanapun,

banyak kajian menunjukkan pencemaran udara menjejaskan kesejahteraan dan kesihatan

manusia. Kesan kemudaratan kesihatan ini lebih dirasai oleh orang yang sudah lanjut usia,

bayi dan orang yang menghidapi penyakit paru – paru atau penyakit kardiovaskular. Ini

meyebabkan ramai penduduk tidak tinggal senang tinggal disini.

Seterusnya, pencemaran tersebut menyebabkan keluarnya bau yang sangat busuk. Bau

busuk yang dikeluarkan oleh asap kilang ini tidak menyenangkan hati penduduk. Bau busuk

ini akan dihidu oleh penduduk setiap hari. Bau busuk ini menyebabkan kereta yang lalu

lalang di situ berasa loya dan busuk. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk berasa tidak

selesa tinggal di situ.15

Page 16: Pencemaran Alam Sekitar

Akhir sekali, pencemaran tersebut juga menyebabkan udara persekitaran tercemar.

Udara tercemar kerana di dalam udara dipenuhi dengan gas-gas beracun seperti karbon

dioksida dan karbon monoksida yang dikeluarkan dari terowong kilang dan juga kenderaan

bermotor.

Oleh itu, masyarakat perlulah berganding bahu untuk menagani masalah ini dengan

segera. Kerajaan juga telah mencuba sedaya upaya untuk menagani masalah yang kian

mengancam ini. Bagaimanapun, yang lebih penting ialah tanggungjawab dan kesedaran

masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.

16

Page 17: Pencemaran Alam Sekitar

1.5 Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar

di Kawasan Kajian

Bagi memastikan keadaan kawasan perumahan saya ini selamat daripada sebarang

masalah beberapa tindakan boleh diambil. Antaranya ialah mengadakan Kempen Mencintai

Alam Sekitar seperti yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam

sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar

alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

Selain itu, kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas

kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan

untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti

botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat

khabar lama dan besi. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang

kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya

menjimatkan sumber alam.

Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mendirikan kilang dengan

teliti. Pihak kerajaan haruslah memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang

ingin mendirikan kilang atau industri yang berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Ini penting kerana bahan buangan industri seperti bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan

pencemaran bunyi boleh mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Seterusnya, penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat mengurangkan kandungan

plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu

yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti

batuk dan selsema daripada berlarutan.17

Page 18: Pencemaran Alam Sekitar

Akhir sekali, pendidikan alam sekitar juga penting untuk mengurangkan kadar

pencemaran di Negara kita. Kekurangan pengetahuan menyebabkan masyarakat umum sering

melakukan pencemaran. Pembuangan sisa – sisa buangan dan pembakaran yang tidak

sistematik menyebabkan pencemaran berlaku. Justeru itu masyarakat umum dinasihatkan

agar tidak melakukan perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi

perhatian serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar,

selain menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan

secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di planet ini pasti

akan menghadapi kepupusan. Oleh itu masyarakat perlulah prihatin terhadap keadaan alam

sekitar di Negara kita.

18

Page 19: Pencemaran Alam Sekitar

RUMUSAN

Saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Melalui

kajian ini saya dapat mengenalpasti konsep pencemaran alam sekitar, jenis pencemaran alam

sekitar, punca pencemaran alam sekitar, kesan pencemaran alam sekitar serta mengemukakan

cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian yang

terdapat di Taman Sri Jeram.

Saya telah menghuraikan punca – punca pencemaran alam sekitar iaitu asap – asap

yang keluar daripada kenderaan dan kilang tersebut yang menyebabkan pencemaran udara.

Selain itu, bunyi bising yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian dan kenderaan yang

lalu lalang di kawasan tersebut. Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur sehingga boleh

menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Saya juga telah menghuraikan kesan – kesan pencemaran alam sekitar iaitu hujan asid

akan turun ke bumi dan akan menyebabkan hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu,

jerebu juga akan berlaku dan akan menyebabkan kita sukar untuk bernafas. Penduduk

dikawasan tersebut juga mudah terdedah dengan penyakit seperti sukar bernafas, angin ahmar

dan radang paru – paru.

Saya juga telah mengemukakan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran

alam sekitar. Antaranya, mengadakan kempen kesedaran mengenai program kitar semula.

Selain itu, pengguna perlulah menggunakan petrol tanpa plumbum juga dapat mengurangkan

kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Pendidikan alam sekitar juga penting

untuk mengurangkan kadar pencemaran di Negara kita.

19

Page 20: Pencemaran Alam Sekitar

Oleh itu bagi menjamin kualiti dan mutu udara di kawasan ini kekal baik, langkah

pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar harus dilakukan. Pembangunan yang dilakukan

seharusnya dirancang dengan teliti agar bersesuaian dengan konsep pembangunan lestari.

Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tidak cukup bagi mendidik masyarakat

umum khasnya ahli korperat yang mementingkan keuntungan, maka kerjasama dan

kesedaran dari semua pihak amat diperlukan. Etika alam sekitar sepatutnya menjadi pegangan

bagi memastikan agenda pembangunan berterusan dapat diwujudkan. Oleh itu, pengurusan

yang bersepadu amat penting bagi mewujudkan mutu pengurusan kualiti udara yang mantap

di negara ini.

20

Page 21: Pencemaran Alam Sekitar

21

Page 22: Pencemaran Alam Sekitar

22

Page 23: Pencemaran Alam Sekitar

23

Page 24: Pencemaran Alam Sekitar

24

Page 25: Pencemaran Alam Sekitar

25

Page 26: Pencemaran Alam Sekitar

26

Page 27: Pencemaran Alam Sekitar

SMK (P) SULTAN ABU BAKAR

KERJA KHUSUS GEOGRAFI

BORANG TEMUBUAL

KAWASAN : TAMAN SRI JERAM , MUAR

NAMA RESPONDEN : PN SALAMAH BT HJ SUFIAN

PEKERJAAN : SURI RUMAH

PUNCA PENCEMARAN

PERKILANGAN

KENDERAAN

SAMPAH SARAP

SISA DOMESTIK

KESAN PENCEMARAN

PENYAKIT

JEREBU

BAU BUSUK

UDARA TERCEMAR

27

Page 28: Pencemaran Alam Sekitar

CADANGAN

Kerajaan perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya agar perkara sebegini tidak

berlarutan. Selain itu, pakatan di taman perumahan ini perlulah sentiasa mengadakan

aktiviti gotong – royong dan mengadakan kempen cintailah alam sekitar supaya

masyarakat sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

28

Page 29: Pencemaran Alam Sekitar

GAMBAR

Gambar 1 – Kilang Getah Asli Hock Hin ( Muar ).

Gambar 2 ini menunjukkan asap yang dikeluarkan oleh kilang getah Hock Hin.

29

Page 30: Pencemaran Alam Sekitar

Gambar 3 & 4 – Taman Perumahan Bakri Utama.

30

Page 31: Pencemaran Alam Sekitar

PUNCA PENCEMARAN DI TAMAN SRI JERAM

25

20

15

10

5

0 Perkilangan Kenderaan Sampah Sarap

SisaDomestik

Jum

lah

(%

)

Punca Pencemaran

BAHAN GRAFIK

1. GRAF

BIL. PUNCA JUMLAH ( % )

1. Perkilangan 25

2. Kenderaan 20

3. Sampah Sarap 15

4. Sisa Domestik 20

Data ini diperolehi daripada borang soal selidik

31

Page 32: Pencemaran Alam Sekitar

2. CARTA PAI

BIL. KESAN JUMLAH ( % ) DARJAH ( )

1. Penyakit 40 144

2. Jerebu 10 36

3. Bau Busuk 30 108

4. Udara Tercemar 20 72

40%

10%

30%

20%

KESAN PENCEMARAN DI TAMAN SRI JERAM

PenyakitJerebuBau BusukUdara Tercemar

Data ini diperolehi daripada borang soal selidik

32

Page 33: Pencemaran Alam Sekitar

RUJUKAN

Buku Ilmiah

a. Jasman Ahmad, Siti Razmah Idris, Sulaiman Zakaria

Pencemaran Bunyi dan Udara : Penerbitan MIKAMAS Sdn, Bhd

b. Mohd Jamil b. Mohamed, Hj. Rodzli b. Hj. Hashim, Hjh. Mahani bt. Hj. Mahbar

Buku Tekes Geografi Tingkatan 3 : Johore Central Store Sdn. Bhd

Orang Sumber

a. Cik Rohaida bt. Arsat

Guru Geografi : SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar

b. Pn. Salamah bt. Hj. Sufian, 50 Tahun

No. 23, Jalan Jeram, Taman Sri Jeram

Internet

a. http://www.google.com.my

b. http://www.scrib.com

33