ppt alam sekitar

Upload: hafizul-syarafi

Post on 17-Jul-2015

177 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

alamsekitar.99k.org

TRANSCRIPT

EKOSISTEMNAMA KUMPULAN: NAMA AHLI KUMPULAN:

alamsekitar.99k.org

alamsekitar.99k.org

EKOSISTEMBENDA HIDUP (BIOTIK) BENDA BUKAN HIDUP (ABIOTIK)

FLORA

FAUNA

TANAH

AIR

UDARA

SIRATAN MAKANAN

KITARAN AIR

INTERAKSI ANTARA BIOTK DAN ABIOTIK

alamsekitar.99k.org

KEPENTINGAN FLORA DAN FAUNA

Pembekal makanan - membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buahbuahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain.

alamsekitar.99k.org

Pembekal ubat-ubatan- Terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. - Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional, masyarakat Melayu meminum air rebusan Tongkat Ali sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi mengubati demam cacar manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan deman malaria .

alamsekitar.99k.org

Pembekal bahan mentah

- Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul . - Kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan.

alamsekitar.99k.org

Sumber penyelidikan - sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai. Sumber Pendapatan - melalui aktiviti pembalakan - amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan. - ubatan tradisional seperti pegaga, petai

alamsekitar.99k.org

Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas - Dalam proses membuat makanan tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen - Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan.

alamsekitar.99k.org

Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh - Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah - Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke

alamsekitar.99k.org

Pengawal iklim

- mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan.

alamsekitar.99k.org

EKOSISTEMKomuniti organisma hidup yang mempunyai saling kaitan erat antara satu dengan yang lain dan antara organisma dengan alam fizikal.

alamsekitar.99k.org

Jaringan makanan yang terdiri daripada gabungan beberapa rantaian makanan dikenali sebagai siratan makanan. Gabungan ini berlaku kerana organismaorganisma di dalam rantai makanan saling berinteraksi dan bergantung antara satu sama lain.

alamsekitar.99k.org

SIRATAN MAKANAN

ULARANJING

AYAM

BURUNG LABAH-LABAH

CICAK

KATAK

RAMA-RAMA

ARNAB

BELALANG

BUNGA

RUMPUT

alamsekitar.99k.org

Rantaian makanan bermula dari tumbuhtumbuhan hijau yang juga merupakan pengeluar kerana ia mampu membina gula daripada karbon dioksida dan air melalui proses fotosintesis. Contoh pengeluar di atas siratan makanan ialah bunga dan rumput.

alamsekitar.99k.org

Haiwan herbivor pula akan memakan tumbuh-tumbuhan manakala haiwan karnivor akan memakan haiwan lain.Contoh haiwan herbivor dalam siratan makanan di atas ialah rama-rama, arnab dan belalang. Haiwan herbivor ini juga disebut sebagai pengguna primer.

alamsekitar.99k.org

Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor.

Contoh pengguna sekunder dalam siratan makanan di atas ialah labah-labah, burung, cicak, katak, anjing, dan ayam .Ular merupakan pengguna tertier dalam siratan makanan di atas.

alamsekitar.99k.org

Apabila haiwan-haiwan ini mati, ia akan mengalami proses pereputan di mana bakteria dan mikroorganisma akan mengembalikan nutrien kepada alam sekitar untuk diguna semula oleh tumbuh-tumbuhan sebagai bahan nutrien.

alamsekitar.99k.org

PIRAMID EKOLOGI

Aliran tenaga dalam ekosistem ditunjukkan dalam piramid ekologi.

alamsekitar.99k.org

Merujuk kepada aras-aras makanan dan pemakanan yang ada dalam sesebuah ekosistem secara berturutan. Organisma hidup dibahagikan mengikut aras trofik berdasarkan fungsi organisma berkenaan. Susunan mengikut hierarki dari bawah ke atas ini menghasilkan piramid yang dipanggil piramid ekologi

alamsekitar.99k.org

AIR

alamsekitar.99k.org

KEPENTINGAN AIR

untuk kelangsungan hidup organisme. air diperlukan dalam pertumbuhan, perkecambahan, dan penyebaran biji. air minum dan sarana hidup lain air diperlukan sebagai pelarut dan pelapuk.

alamsekitar.99k.org

KEPENTINGAN TANAH

tempat hidup bagi organisme Tanah juga menyediakan unsur-unsur penting bagi pertumbuhan organisme, terutama tumbuhan.

alamsekitar.99k.org

Definisi Kitaran AirKitaran air menghuraikan kewujudan and pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula.

alamsekitar.99k.org

HURAIAN KITARAN AIR

alamsekitar.99k.org

Kitaran

air tiada titik permulaan

tetapi

tempat permulaan yang agak baik ialah

lautan.Matahari,

yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara.

alamsekitar.99k.org

Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan.

alamsekitar.99k.org

Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan.sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi.

alamsekitar.99k.org

Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah.

alamsekitar.99k.org

KITARAN NITROGEN

Kitaran nitrogen seperti pada Rajah di sebelah ialah bagaimana nitrogen iaitu unsur udara berinteraksi dengan persekitaran fizikal yang merupakan unsur lain yang membentuk sistem bumi. Gas nitrogen di atmosfera, tumbuhan dan haiwan (dalam protein tumbuhan dan haiwan) serta bahan buangan diserap dalam tanah dan disimpan sebagai nitrat, ammonia dan nitrit. Gas ini dibebaskan sebagai gas nitrogen ke udara melalui proses penitritan oleh bakteria

alamsekitar.99k.org

KITARAN KARBON

Kitaran karbon - proses di mana karbon digunakan dan kemudian dilepaskan semula ke udara. Pada Rajah sebelah Karbon dioksida di udara diserap dan digunakan oleh Tumbuhan dalam fotosintesis untuk menghasilkan karbohidrat. Apabila tumbuhan mati, ia terdapat dalam fosil dan bahan api. Bahan api digunakan oleh kenderaan bermotor dan melepaskan semula karbon dioksida ke udara. Bagi haiwan yang memakan tumbuhan, tumbuhan dimakan oleh haiwan, lalu karbon dioksida dilepaskan ke udara melalui respirasi

alamsekitar.99k.org

KITARAN OKSIGEN

Proses respirasi dan fotosintesis proses utama dalam kitaran oksigen. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida dari atmosfera dalam menghasilkan makanan iaitu proses fotosintesis lalu membebaskan gas oksigen. Gas oksigen pmembentuk gas ozon yang menghalang cahaya ultra ungu ke bumi. Oksigen juga digunakan oleh haiwan untuk proses pernafasan lalu membebaskan karbon dioksida ke udara melalui proses respirasi. Oksigen juga diserap oleh air lalu boleh mengoksida objek besi. Semasa proses pernafasan, sel-sel badan diberi tenaga untuk bergerak dan membina. Oksigen diserap dalam paru-paru ke dalam aliran darah dan kemudian dibawa ke seluruh badan. Lalu Karbon dioksida dipulangkan ke paru-paru dan dikeluarkan daripada tubuh apabila menghembuskan nafas

alamsekitar.99k.org

INTERAKSI ANTARA BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

alamsekitar.99k.org

Interaksi antara biotik dan abiotik:1) Habitat

2) Proses fotosintesis 3) Pernafasan 4) Pembiakan tumbuhan 5) Sumber minuman bagi semua biotik

alamsekitar.99k.org

HABITATFlora dan fauna memerlukan abiotik seperti air dan tanah sebagai habitat, contohnya: (1) Ikan dan alga memerlukan air (kolam, tasik, laut dan sungai) sebagai habitat. (2) Kaktus bertumbuh di kawasan berpasir seperti gurun. (3) Beruang madu berhidup di sarang yang berbentuk gua.

alamsekitar.99k.org

DEFINISI FOTOSINTESIS Fotosintesis

= suatu proses biokimia pembentukan zat makanan atau energi iaitu glukosa yang dilakukan tumbuhan dengan menggunakan abiotik seperti karbondioksida dan air serta bantuan tenaga cahaya matahari. Tumbuhan menggunakan karbodioksida dan mengeluarkan oksigen.

alamsekitar.99k.org

PROSES FOTOSINTESIS

alamsekitar.99k.org

PERNAFASANRespirasi= suatu proses pembebasan energi yang tersimpan dalam zat sumber energi melalui proses kimia dengan menggunakan oksigen. Berlaku pada haiwan dan tumbuhan. Hasil respirasi ialah air(H2O) dan karbondioksida(CO2).

alamsekitar.99k.org

PEMBIAKAN TUMBUHAN

Butir debunga dipindahkan dari anter ke stigma adalah dengan bantuan agen-agen yang bersesuaian dengan ciri-ciri sesuatu bunga itu. Agen-agen pendebungaan termasuklah manusia, haiwan, angin dan air.

alamsekitar.99k.org

SUMBER MINUMAN Kesemua

biotik memerlukan air untuk menjalankan proses-proses dalam sistem tubuh badan. Contohnya: sistem perkumuhan (peluh dan air kencing), sistem pencernaan dan homeostasis.

alamsekitar.99k.org

Penbahagian TugasanBenda hudup & interaksi antara benda hidup Benda bukan hidup & interaksi antara benda bukan hidup Interaksi antara biotik dan abiotik

Nama ahliToh Ting Yin, Ting Siew Fong Ting Li Ling , Kong Siaw Ing Sia Ai V (penyelaras)