soalan alam sekitar

32
Soalan-soalan Asas Pencemaran Alam Sekitar Musbri Mohamed Pengurus Besar Yayasan PEKIDA Malaysia

Upload: musbri-mohamed

Post on 06-Jun-2015

10.828 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: soalan alam sekitar

Soalan-soalan Asas

Pencemaran Alam Sekitar

Musbri Mohamed

Pengurus Besar

Yayasan PEKIDA Malaysia

Page 2: soalan alam sekitar

Apakah yang disebut alam sekitar ?

Alam sekitar membawa maksud faktor fisikal di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, cuaca, bunyi, bau, rasa, biologikal haiwan, biologikal tanaman dan nilai estatika.

Page 3: soalan alam sekitar

Apa makna alam sekitar yang kekal atau semulajadi?

Alam sekitar yang kekal adalah alam sekitar yang masih berada pada kedudukan semulajadi ,indah dan bersih. Persekitaran semulajadi yang kekal dan tenteram akan menjadikan manusia senantiasa sihat, ceria dan bertenaga.

Page 4: soalan alam sekitar

Apakah yang dimaksudkan pencemaran alam sekitar ?

Pencemaran alam sekitar adalah perbuatan atau ketinggalan perbuatan yang dilakukan oleh manusia kepada alam sekitar yang menghasilkan impak negatif kepada manusia dan alam.

Page 5: soalan alam sekitar

Akibat pencemaran alam sekitar :-

Pencemaran alam sekitar antara lain telah menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna.

Apa kesan pencemaran alam sekitar ?

Page 6: soalan alam sekitar

Kenapa berlaku pencemaran alam sekitar ?

Inovasi dan pertumbuhan teknologi, industri dan aktiviti manusia telah memberi sumbangan dan kemajuan di bidang sosial, politik dan ekonomi sejagat.

Namun di dalam proses pelaksanaan objektif pembangunan tersebut ianya telah menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Page 7: soalan alam sekitar

Berapa katogeri pencemaran alam sekitar ?Pencemaran alam sekitar secara amnya boleh dibahagikan kepada :-

1.Pencemaran Air

2.Pencemaran Udara

3.Pencemaran Tanah

4.Pencemaran Bunyi

Page 8: soalan alam sekitar

Pencemaran Udara

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat bahan pencemar di udara. Bahan pencemar ini boleh berupa asap , habuk , debu dan gas-gas beracun.

Punca utama pencemaran udara :-

Kenderaan bermotor

Pembakaran bahan api di kilang

Pembakaran hutan , tanah gambut dan sampah

Pembukaan tanah dan penebangan hutan

Penyemburan racun serangga , baja dan kimia

Asap rokok

Page 9: soalan alam sekitar

Kesan pencemaran udara :-

Menjejaskan kesihatan manusia

Penipisan lapisan ozon

Kesan Rumah Hijau

Pembentukan hujan asid

Jerebu

Page 10: soalan alam sekitar

Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila terdapat bahan pencemar di dalam air. Bahan pencemar ini boleh berupa air basuhan, najis, sisa kilang, tumpahan minyak dan sampah sarap.

Antara punca pencemaran air :-

Bahan buangan rumah seperti air basuhan , najis dan sampah

Sisa kilang seperti ampaian toksid, minyak gris, raksa dan bahan kimia lain

Tumpahan minyak

Pembuangan sampah dan najis binatang

Hakisan tanah

Page 11: soalan alam sekitar

Kesan pencemaran air :-

Menjejaskan kesihatan manusia

Membunuh hidupan air

Menjejaskan keindahan alam

Kehilangan sumber ekonomi

Page 12: soalan alam sekitar

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah berlaku apabila terdapat bahan pencemar atau aktiviti negatif di atas tanah. Bahan pencemar ini boleh berupa sampah sarap, racun serangga dan aktiviti manusia yang tidak terkawal.

Antara punca pencemaran tanah :-

Pembuangan sampah sarap di merata tempat

Aktiviti penternakan, pembinaan, perlombongan dan pembalakan

Penyemburan racun perosak

Page 13: soalan alam sekitar

Kesan pencemaran tanah :-

Menjejaskan kesihatan manusia

Menyebabkan hakisan tanah

Memupuskan habitat dan haiwan liar

Menjejaskan keindahan alam

Menjejaskan kesuburan tanah dan sumber alam

Page 14: soalan alam sekitar

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah penghasilan bunyi yang kuat dan tidak disenangi di dalam sesuatu persekitaran.

Antara punca pencemaran bunyi :-

Aktiviti manusia

Kerja pembinaan

Kilang-kilang

Kenderaan di jalanraya, kapal terbang,

kereta api dan kapal laut

Page 15: soalan alam sekitar

Kesan pencemaran bunyi :-

Sakit kepala

Hilang tumpuan

Gangguan perasaan

Sukar tidur

Pekak

Page 16: soalan alam sekitar

Contoh masalah alam sekitar :-

Pencemaran pantai, pinggir pantai dan laut oleh tumpahan minyak

Pencemaran sungai oleh pembuangan najis ternakan

Jerebu oleh pembakaran hutan

Pertambahan suhu dengan pembangunan urbanisasi yang tidak terkawal

Pengurangan flora dan fauna dengan pembukaan hutan kekal

Page 17: soalan alam sekitar

Langkah mencegah pencemaran alam sekitar :-

Mengharamkan pembakaran terbuka

Membina kilang jauh daripada perumahan

Kitar semula bahan buangan

Kempen, kesedaran dan pameran kepentingan alam sekitar

Mengawal aktiviti lombong, ternakan , pembinaan dan pertanian

Page 18: soalan alam sekitar

Undang-undang dan fakta alam sekitar Malaysia.Di Malaysia perundangan alam sekitar hanya digubal pada 1974 dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sebelum 1997 masyarakat Malaysia tidak terlalu prihatin akan masalah alam sekitar walaupun di luar negara terdapat isu pemanas bumi, pembakaran hutan dan bencana maut seperti di Bhopal, India pada 1984 dan di Chernobyl, Rusia pada 1986.

Episod jerebu pada 1997 yang melanda Malaysia dan Asia Tenggara telah membuka mata dan minda rakyat Malaysia akan sebab dan akibat pencemaran alam sekitar.

Urutan itu kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 1998 bahawa separuh daripada pantai di Malaysia telah tercemar amat mengejutkan semua lapisan rakyat Malaysia.

Page 19: soalan alam sekitar

Adakah masalah alam sekitar dapat diatasi bersendirian ?Kini di Abad 21 didapati bahawa isu alam sekitar telah menjadi lebih kompleks dan ianya tidak dapat dilihat dan diatasi secara berasingan lagi dari sudut tindakan maupun pihak yang terlibat; ianya perlu tindakan bersama seluruh penduduk dunia dengan cara multimedia.

Isu alam sekitar telah menjadi isu sejagat kerana kesannya melibatkan semua pihak tanpa mengira batasan sempadan negara.

Page 20: soalan alam sekitar

Sudut pandangan Islam

Manusia diciptakan sebagai sebahagian daripada kosmik kehidupan yang bertanggungjawab memenuhi keperluan antara satu sama lain. Bagaimanapun, manusia sebagai khalifah diamanahkan mentadbir alam sekitar.

Firman Allah s.a.w ;Surah Ar Rum ; Ayat 41( Terjemahan )

“Berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan di lautan oleh kerana tangan manusia sendiri, sehingga Allah menimpakan pada mereka sebahagian azab daripada perbuatan mereka itu, agar mereka kembali ke jalan yang benar (bertaubat).”

Page 21: soalan alam sekitar

Kempen kesedaran alam sekitarMengerakkan masyarakat antara lain ibubapa, guru, majikan, NGO, CBO, kerajaan dan swasta agar pro-aktif dan sistematik serta berterusan dalam memberikan bimbingan dan contoh kepada generasi muda betapa pentingnya untuk kita menjaga alam sekitar dulu, kini dan selamanya.

Page 22: soalan alam sekitar

Apakah makna “Pembangunan Mampan” ?

Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa

menjejas keperluan generasi masa depan dan ianya adalah pembangunan yang

mengimbangkan pembangunan ekonomidengan keperluan sosial dan alam sekitar.

Page 23: soalan alam sekitar

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.

Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan,  membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. 

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas.  Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.

Apakah yang disebut Local Agenda 21 ( LA 21 )

Page 24: soalan alam sekitar

Kerjasama Peringkat GlobalLocal Agenda 21 ialah suatu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan sokongan United Nations Development Programme (UNDP) dan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) Malaysia .

Page 25: soalan alam sekitar

Local Agenda 21 bukan hanya dijalankan di Malaysia. Mengikut kajian International Council of Local Environmantal Initiatives (ICLEI), terdapat lebih daripada 1,800 PBT dari 64 negara yang terlibat dengan aktiviti Local Agenda 21 (sehingga hujung tahun 1997) yang ditumpukan di 11 buah negara iaitu Australia, Bolivia, China, Denmark, Finland, Jepun, Netherlands, Norway, Rep. Korea, Sweden dan United Kingdom. Di rantau Asia-Pasifik, negara-negara yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti Local Agenda 21 termasuk:

Tiada kempen kebangsaan:India, Indonesia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand, Vietnam

Dengan kempen kebangsaan:Australia, China, Jepun, Korea, Filipina dan Malaysia

Page 26: soalan alam sekitar

Selamatkan Hutan

Kita . Tanggungjawab

Bersama.

Page 27: soalan alam sekitar

Hutan hari ini untuk generasi akan datang.

Page 28: soalan alam sekitar

Apa yang boleh anda buat ?

1.Sertailah pertubuhan-pertubuhan, program-program dan aktiviti-aktiviti alam sekitar dan sosial dalam kawasan anda.

2.Hubungilah pihakberkuasa tempatan anda (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya atau Dewan Bandaraya) untuk menyertai program-program alam sekitar dan sosial.

3.Didiklah anak-anak dan kawan-kawan supaya mencintai alam sekitar.

4.Jika anda tinggal di kawasan tapak-tapak projek Miri, Petaling Jaya, Kerian atau Kuantan, sila hubungi Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran masing-masing untuk menyertai program Local Agenda 21 di tempat anda.

Page 29: soalan alam sekitar

Faedah-faedah program kesedaran alam sekitar.

Sebagai individu

1.Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda. 2.Pihakberkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda. 3.Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi. 4.Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda.

Page 30: soalan alam sekitar

Sebagai persatuan atau syarikat

1.Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. 2.Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak berkepentingan yang lain. 3.Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan pihakberkuasa tempatan. 4.Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan. 5.Peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Page 31: soalan alam sekitar

Sebagai wakil kerajaan

1.Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. 2.Meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua. 3.Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.

Page 32: soalan alam sekitar

Sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w bermaksud:

“Jika seorang Muslim menanam atau menyemai sebatang pokok di atas sebuah padang dan manusia, burung atau haiwan lain memakannya maka ia dikira sebagai sedekah.”

(Hadis Sahih & Muslim)