presentation alam sekitar

36
Isu Banjir Kaedah dan Penyelesaian

Upload: nor-anisa-musa

Post on 09-Jun-2015

2.808 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation Alam Sekitar

Isu BanjirKaedah dan Penyelesaian

Page 2: Presentation Alam Sekitar

PENGENALAN / DEFINISI• Banjir merupakan bencana alam/fenomena yang telah berlaku

sejak zaman dahulu.• Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi

sesuatu kawasan atau tempat yang luas.• Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras

bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.• Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan

rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan.

• Di Malaysia,banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian kerana ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk.

• Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam ke tiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda.

Page 3: Presentation Alam Sekitar

• Banjir di Malaysia biasanya sinonim dengan negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.

• Banjir berlaku ekoran hujan lebat akibat tiupan angin timur laut iaitu sekitar November dan Disember.

• Bagaimanapun akhir-akhir ini, banjir di Malaysia bukan lagi terhad di Pantai Timur. Ia telah mula merebak ke negeri-negeri lain. Malah bandar raya Kuala Lumpur pun tidak terkecuali daripada bencana banjir.

• Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.

• Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar.

Page 4: Presentation Alam Sekitar

• Walaupun luas kawasan yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumlah penduduk negara yang terlibat dengan banjir.

• Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981.

• Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, perlaksanaan projek-projek tebatan banjir, perlaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amaran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara bersepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.

Page 5: Presentation Alam Sekitar

Sejarah• Banjir besar pada zaman Nabi Nuh merupakan peristiwa

sejarah yang menonjol dan dahsyat bagi manusia. Peristiwa itu merupakan azab maha pedih yang ditimpakan Allah terhadap orang-orang kafir. Dan peristiwa itu memang merupakan ketetapan Allah yang Maha Besar. Gambaran Al-Qur’an tentang terjadinya peristiwa banjir besar itu. Hujan yang turun dari langit, tetapi bukan sekedar hujan. Air hujan yang maha deras itu mengakibatkan terjadinya arus yang sangat deras. Bumi memancarkan air, tetapi air itu tidak terpancar dari satu tempat saja, bahkan semua permukaan bumi memancarkan air. Kemudian air bumi dan air langit berpadu menjadi satu menimbulkan kedahsyatan banjir besar dan di atas banjir besar yang ganas dan dahsyat itu berlayarlah sebuah kapal yang ditumpangi orang-orang Mu’min di bawah lindungan Allah.

Page 6: Presentation Alam Sekitar

• Banjir Laut Mediterania (Laut Tengah) sekitar 6 juta tahun lalu. Sebelumnya ia merupakan sebuah padang pasir setelah pergerakan kontinental telah menutup Selat Gibraltar (antara 8 atau 5.5 juta tahun lalu).

• Banjir Laut Hitam yang disebabkan meningkatnya ketinggian Laut Mediterania seiring berakhirnya zaman ais terakhir (sekitar 5600 SM).

• Seiring berakhirnya zaman es di Amerika Utara, sebuah banjir besar terjadi kerana pecahnya empangan ais yang menahan Danau Agassiz.

Page 7: Presentation Alam Sekitar

PERISTIWA - MALAYSIA• Disember 2006 – Johor telah dilanda banjir besar akibat hujan lebat yang tidak

berhenti. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini. Kawasan Batu pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat terjejas teruk. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan melalui air meningkat. Kes-kes kecurian juga dilaporkan berlaku di sesetengah tempat.

• Februari 2006 – Banjir terburuk yang pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun di Shah Alam ekoran hujan lebar luar biasa. Dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan terpaksa ditutup akibat banjir ini. Mangsa banjir mengikut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan kira-kira 9,000 orang dari kira-kira 3,500 buah rumah.

• Januari 2007 – Banjir kedua berlaku di Johor. Banjir kali lebih serius sehingga 115, 000 orang di pindahkan ke 344 pusat pemindahan banjir. Terdapat khabar angin darurat di isytiharkan di Johor. Banjiryang berlaku di Johor merupakan yang terburuk pernah dilihat sepanjang 100 tahun, lapor Datuk Dr. Jemilah Mahmood(Presiden Mercy Malaysia).

• Disember 2007 – Negeri-negeri Pantai Timur mengalami banjir besar. Pahang dan Kelantan mencatatkan 34, 000 mangsa banjir di pindahkan ke tempat pemindahan mangsa banjir. Mangsa korban di Kelantan meningkat kepada 14 orang.

Page 8: Presentation Alam Sekitar

PERISTIWA – LUAR NEGARA

• Mei 2006 – Seramai 39 orang telah terkoraban akibat banjir besar yang berlaku di Uttaradit wilayah utara Thailand. Sekitar 2 juta penduduknya menerima kesan akibat banjir ini.

• Jun 2006 – Di Pulau Sulawesi pula, kejadian banjir dan tanah runtuh telah mengorbankan 120 orang.

• November 2006 – Seramai 1.8 juta penduduk di Kenya, Somalia dan Ethopia terpaksa meninggalkan rumah masing-masing akibat hujan lebat yang melanda Afrika Timur.

• RENUNGKANLAH…• Ayat 41 Surah Ar-Rum yang bermaksud: “Telah nampak

kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Page 9: Presentation Alam Sekitar

KESAN DAN KEROSAKAN AKIBAT BANJIR

 •        Memang diketahui umum bahawa bencana banjir

membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. Menurut Marvin, 1969 kesan - kesan bahaya akibat banjir meliputi kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan harta benda dan nyawa, pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk pengangkutan dan komunikasi dan kerosakan pada tanah pertanian. Kejadian banjir juga menyebabkan berlakunya kerosakan kepada bangunan dan isinya, kepada perkhidmatan seprti jalan-jalan dan bekalan kuasa, mesin - mesin dan peralatan industri, perdagangan dan pengeluaran luar bandar. ( Higgins, Roger John 1982 )

Page 10: Presentation Alam Sekitar

• Mengikut ESCAP, 1984 telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir kepada tiga kategori iaitu kerosakan langsung    ( direct damages ), kerosakan tidak langsung ( indirect damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible damages ). Manakala Marvin pula mengatakan bahawa kerosakan banjir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kerosakan ketara ( tangible damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible damages ). Bagi kerosakan ketara pula boleh dibahagikan kepada kerosakan langsung dan kerosakan tidak langsung.

Page 11: Presentation Alam Sekitar
Page 12: Presentation Alam Sekitar

Kesan Pembangunan

•       Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru.  Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir

Page 13: Presentation Alam Sekitar

Berkurangannya kawasan telap air •            Hutan dan tanah memang berperanan

sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit.  Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran.  Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya.

Page 14: Presentation Alam Sekitar

• Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya.  Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran.  Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh.  Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar.  Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun.

Page 15: Presentation Alam Sekitar

Pemendapan kelodak dalam sungai•            Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah

satu kesan pembangunan.  Oleh sebab kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan.  Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.  Malah, kawasan pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah!  Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan.  Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku.  Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih

Page 16: Presentation Alam Sekitar

Kekurangan Kawasan Lapang/hijau•          Kekurangan kawasan lapang/hijau  merupakan salah satu

punca-punca berlakunya banjir di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu.  Melalui pemerhatian yang kumpulan kami jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding dengan kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang daripada 10% daripada luas keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut.  Berdasarkan daripada rekod telemetri juga, didapati bahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan dengan kurangnya kawasan lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila hujan turun dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan kedalam tanah dalam kadar yang tinggi.  Tumbuhan-tumbuhan yang ada di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu didapati kecil dan tidak banyak yang dapat menyerap serta memperlahankan air larian permukaan dari mengalir terus ke dalam sungai.

Page 17: Presentation Alam Sekitar
Page 18: Presentation Alam Sekitar
Page 19: Presentation Alam Sekitar
Page 20: Presentation Alam Sekitar
Page 21: Presentation Alam Sekitar

Mempertingkat sistem saliran dan perparitan• Meningkatkan kualiti dan membaikpulih sistem

saliran dan perparitan yang melibatkan sungai- sungai utama, parit-parit utama dan longkang yang sedia ada perlu dijaga supaya keupayaan sungai boleh mengambil dan menampung air dapat ditingkatkan mengikut tahap pembangunan semasa.

Kaedah Penyelesaian

Page 22: Presentation Alam Sekitar

Mengawal pembangunan yang pesat• Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di

kawasan-kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air.  Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang-undang ke atas pemaju-pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit. Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungai-sungai utama.  Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai-sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir sungai.

Page 23: Presentation Alam Sekitar

Penswastaan projek penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan

• Projek-projek untuk membaikpulih sistem saliran dan perparitan yang sedia ada memang penting.  Oleh yang demikian, penyelenggaraan secara berjadual mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan-kawasan mudah banjir.  Pihak kerajaan juga boleh menimbangkan kaedah penswastaan sebagai langkah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan pertambahan tenaga manusia, peralatan, teknologi dan kepakaran.  Ini disebabkan kaedah swasta mempercepatkan perlaksanaan projek-projek pengawalan banjir.

Page 24: Presentation Alam Sekitar

Penguatkuasaan undang- undang yang sedia ada

• Menguatkuasakan undang-undang secara bersungguh-sungguh bagi menghalang masyarakat awam daripada terus membuang sampah  ke dalam sungai, parit dan longkang dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, kita melihat di negara-negara luar seperti Singapura, aspek ini telah berjaya membudayakan cara hidup rakyatnya di mana sampah sarap tidak dibuang merata-rata sesuka hati.

Page 25: Presentation Alam Sekitar

• Dari aspek perundangan juga, perundangan digubal bagi mengawal tingkah laku manusia. Mulai tahun ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memperkenalkan hukuman mandatory kepada mereka yang didapati bersalah mencemarkan sumber air seperti sungai. Langkah ini dianggap tepat memandangkan semakin banyak sungai – sungai utama di negara kita khususnya yang terletak berhampiran kawasan perindustrian telah tecemar.

• Di peringkat antarabangsa beberapa Deklarasi tentang alam sekitar telah pun dilaksanakan dibawah kelolaan UNDP (Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu bagi Program Pembangunan United Nations Development Program) bagi memastikan pembangunan yang lestari.

• Malaysia telah menandatangani Deklarasi Rio de Jenerio • (1993) dan Protokol Kyoto ( 1997) tentang pemuliharaan alam sekitar.• Malaysia juga telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk

memastikan pembangunan negara dilakukan secara lestari dan mesra alam.

Page 26: Presentation Alam Sekitar

Mempercepat perlaksanaan projek• Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan

projek-projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir.  Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelaksanaan projek-projek tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik tanah, peruntukan kewangan dan halangan-halangan utiliti semasa peringkat pembinaan.  Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen. 

Page 27: Presentation Alam Sekitar

Langkah mengatasi banjir• Sebagai langkah membendung bencana alam daripada

terus menjejaskan kehidupan harian, pelbagai langkah perlu dilakukan sama ada oleh pihak kerajaan atau penghuni bumi hijau.

• Pertama ialah kerajaan telah mengerakkan langkah agresif dalam memberi maklumat tentang bencana alam kepada semua pihak.

• Sebaran maklumat melalui khidmat pesanan ringkas ( SMS ) talian talipon tetap di rumah dan internet dipertingkatkan.

• Jabatan Meteorologi Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi telah diberi peranan menjalankan tugas ini.

• Melalui penyebaran maklumat mutakhir, rakyat diharap dapat bersedia lebih awal menghadapi bencana alam.

Page 28: Presentation Alam Sekitar

• Berikutan dengan fenomena banjir ini , satu Sistem Elektronik Amaran Banjir ( SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai serta dua stesen merakam paras air sungai telah dibina di Kuala Lumpur.

• Ia bertujuan mengesan dan memantau tahap bahaya sungai dan menyebarkan maklumat amaran banjir kepada pemilik bangunan di sekitar pusat bandar yang sering dilanda banjir.

• Dengan sistem pemantauan dan amaran ini, penghuni di kawasan terbabit dapat mengambil tindakan lebih awal dan menyelamatkam harta benda alih seperti kereta dan barangan lain, di samping mengambil langkah perlu untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat buat sementara waktu.

Page 29: Presentation Alam Sekitar

• Sistem dan langkah yang diambil oleh DBKL ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir.

• Tindakan juga sedang diambil untuk memperluaskan CCTV bagi liputan memantau paras air sungai di pusat Bandar ketika hujan lebat. Misalannya “Building Flood Alert Terminal” ( BEAT) juga dipasang di 11 bangunan di pusat bandaraya Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir

Page 30: Presentation Alam Sekitar

• Langkah ke 2 ialah Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badwi semasa membentangkan bajet 2007 telah mengumumkan Program Saliran dan Tebatan Banjir yang melibatkan kos sebanyak RM 716 juta.

• Selain itu hasil daripada bajet ini , Program Pengurusan Sungai dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir dan pencemaran serta meningkatkan tahap kualiti air sungai dengan peruntukan sebanyak 107 juta ringgit.

• Perdana menteri kita dalam Rancangan Malaysia ke 9 telah mengumumkan peruntukan RM 510 juta bagi pemuliharaan dan mengindahkan sungai. Contohnya RM 350 juta bagi pengurusan pantai, RM 200 juta bagi penanaman semula hutan dan RM 70 juta bagi pengurusan hidupan liar dan kawasan yang dilindunginya.

Page 31: Presentation Alam Sekitar

• Langkah ketiga pula ialah perancangan dan reka bentuk yang menyeluruh atau holistic penting dalam setiap pembangunan untuk mengurangkan risiko banjir Manual Saliran Mesra Alam ( stormwater Management Manual) diperkenalkan tahun ini untuk semua reka bentuk perparitan yang mengambil kira faktor risiko banjir.

• Selain itu Manual Saliran Mesra Alam adalah kaedah baru untuk menangani masalah banjir kilat. Sistem ini menggunakan pendekatan kawalan pada puncanya ( control at source) iaitu kaedah mensimulasikan proses semulajadi kitar hidrologi di kawasan bandar dengan menggunakan kaedah kejuruteraan penyusupan, sistem penahanan storan dan penuaian hujan ( rain harvesting).

• Air hujan akan dikumpul dari kawasan yang tidak tetap (contoh dari kawasan bumbung., bangunan, jalanraya dan tempat letak kereta) air dari kawasan ini akan dialirkan semula ke dalam tanah melalui proses penyusupan supaya tempoh masa tumpuan dapat ditingkatkan dan puncak air larian hujan ke sungai dapat dikurangkan.

Page 32: Presentation Alam Sekitar

• Langkah keempat ialah memelihara hutan. Kegiatan pembalakan dimana penerokaan di kawasan pinggir sungai berlaku dengan serius sekali. Ini menyebabkan tanah terhakis dengan lebih mudah dan runtuh ke kawasan sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng – lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

• Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan – perlahan ke anak – anak sungai. I a juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan sungai. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Seterusnya air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dikurangkan.

Page 33: Presentation Alam Sekitar

• Faktor kelima ialah mengawal aktiviti manusia. Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa industri ke dalam kawasan sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini , kesedaran kepada masyarakat perlu ditingkatkan agar masyarakat tahu menilai dan menghargai sumber alam .

• Faktor terakhir ialah badan kerajaan , NGO (Non Government Organisation) perlu memainkan peranan yang penting dan bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Page 34: Presentation Alam Sekitar

Renungan• Sesungguhnya kejadian banjir merupakan

malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan yang lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan risiko banjir. Kita seharusnya sedar bumi ini adalah milik Tuhan dan kita telah diamanahkan untuk memelihara sumber alam dan kita seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga alam dan bukan untuk memusnahkannya.

Page 35: Presentation Alam Sekitar

• Bayangkanlah daripada 186 batang sungai utama di negara ini, 17 daripadanya dikenal pasti teruk tercemar dan dikategorikan Sebagai sungai yang tidak selamat untuk kegunaan manusia. Bayangkanlah juga proses pemuliharaan semula sungai tersebut memerlukan jangka masa sehingga 10tahun atau lebih!

• Mungkin sudah tiba masanya penjenayah alam sekitar menerima balasan yang setimpal seperti golongan yang melakukan jenayah berat yang lain. Namun system penguatkuasaan yang berkesan dan telus wajar dikemaskinikan dalam menjayakan agenda penting ini.

• Rakyat negara kita belum pernah mengalami sungai bertukar menjadi lautan api seperti yang berlaku di Sungai Ohio pada 1960 – an kerana sungai tersebut terlalu teruk tercemar dengan bahan mudah terbakar. Keadaan ini seterusnya membawa banjir kilat berapi yang sungguh dahsyat yang membawa bahan api yang mudah terbakar.

Page 36: Presentation Alam Sekitar

• Negara kita sekarang mempunyai terlalu sedikit hutan tanah rendah kerana kebanyakannya ditebang dan dimusnahkan untuk aktiviti pembalakan dan pembangunan. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan suhu, hakisan tanah, dan berlakunya banjir kilat.

• Kebanyakan kita beranggapan apa – apa yang berlaku pada masa 100 tahun lagi sudah tidak bermakna kerana mereka sudah tiada. Walaupun kenyataan itu ada kebenarannya, bumi ini bakal diwarisi oleh generasi seterusnya untuk meneruskan kehidupan. Jika hanya keuntungan yang diutamakan, generasi seterusnya bakal menghuni bumi yang tenat dan hampir mati !

• Sesungguhnya alam ini adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai untuk dinikmati oleh setiap umat dimuka bumi ini. Kita perlu menghargainya dan bukan menjadi pemusnah !