isu alam sekitar

44

Click here to load reader

Upload: nuha-lan

Post on 13-Jun-2015

2.721 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: isu alam sekitar

Pencemaran alam telah menjadi satu isu global yang diputuskan oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu. Impak ini memberi kesan yang ketara kepada manusia terutama di Malaysia.

Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbul daripada kemelut ini dan langkah mengatasinya.

Pencemaran alam memang telah menjadi satu ancaman utama dalam pembangunan manusia sejagat. Tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengakui berlakunya perubahan cuaca dunia akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia telah membuktikan masalah ini semakin kronik. Pencemaran alam memang disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri sehingga menyebabkan banyak impak negatif yang timbul. Agaknya manusia tidak serik melihat kemusnahan yang mereka lakukan selama ini?

Bencana alam semakin menjadi-jadi terutama di Kuala Lumpur. Kawasan tanah runtuh di Ampang dan Puchong suatu ketika dahulu begitu menakutkan masyarakat di sini. Banjir kilat yang pasti berlaku sebaik sahaja hujan turun menyebabkan masyarakat berjaga-jaga setiap kali musim hujan menjelang. Keadaan ini menyebabkan kehidupan masyarakat dalam risiko dan menimbulkan rasa takut dalam perasaan mereka. Sekali hujan, sekali banjir, sekali Kuala Lumpur berubah.

Tambahan pula, kejadian tanah runtuh dan banjir serta jerebu membawa keadaan kesihatan

Page 2: isu alam sekitar

masyarakat yang kurang baik.Kejadian demam, batuk dan wabak penyakit yang merebak menyebabkan kos rawatan perubatan masyarakat kita terus meningkat. Keadaan ini sudah pasti membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa memikirkan keseinambungan hidup selain mendapatkan rawatan penyakit mereka. Jadi,pencemaran alam memang memberi impak yang ketara dalam kehidupan kita.

Lantaran itu, masyarakat kita terutama generasi muda yang dilahirkan ialah generasi yang sudah terdedah dengan pencemaran alam. Generasi muda kita ialah generasi yang sudah ‘sakit’. Jadi, tidaklah kita terkejut apabila kita sering mendapat khabar tentang golongan belia yang tidak mampu untuk mengharungi cabaran alam yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Generasi muda mudah berasa penat dan tidak mampu menyelesaikan masalah fizikal yang mereka tempuhi. Mungkin juga generasi muda kita kekurangan kemahiran mendengar atau mempunyai penyakit lelah sejak kecil.

Imej negara sudah pasti akan terjejas terutama pada mata masyarakat antarabangsa. Pada mereka sikap masyarakat negara ini yang tidak peka yang menyebabkan alam kita tercemar begitu teruk. Kita dipandang sebagai masyarakat materialistik kerana terlalu ghairah memusnahkan alam semata-mata untuk mengaut keuntungan kebendaan. Kehadiran pelancong turut berkurangan bukan sahaja imej negara tetapi kurangnya kawasan untuk dilawati

Page 3: isu alam sekitar

akibat pencemaran alam ini.

Mungkin langkah yang terpenting dalam menangani isu ini ialah kerajaan menguatkuasakan akta yang lebih tegas dan berat hukumannya. Kerajaan hendaklah berani mengambil tindakan bersama-sama menghukum pesalah pencemaran alam ini tanpa rasa segan silu. Kerajaan perlulah mempamerkan sikap yang telus dalam memastikan alam kita terus terbela. Kerajaan merupakan benteng pertama negara dalam menentang pencemaran alam.

Kesimpulannya, semua pihak harus menjadikan alam sebagai fokus perjuangan mereka. Alam bukanlah hak kita tetapi alam warisan yang kita tinggalkan untuk generasi akan datang. Jadi, alam bukan satu anugerah tetapi satu tanggung jawab yang memerlukan pengorbanan masyarakat untuk memastikan alam terus menerus diwarisi oleh manusia sejagat. Mungkin kali ini kita akan berjaya menangani kemelut yang semakin mencengkam ini.

Kesan pencemaran industri kepada alam sekitar

Pengenalan

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita

hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.......”. Begitulah sebahagian

terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan

aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang

menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak

Page 4: isu alam sekitar

merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk

mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang.

Apa dia pencemaran?

            Apa2 perubahan langsung atau tidak lansung kepada sifat2 fizikal, haba,

kimia, biologi atau radioaktif mana2 bhgn alam sekeliling dengan melepaskan,

mengeluarkan atau meletakkan buangan2 hingga menjejaskan apa2 kegunaan

berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan2 liar,

hidupan akuatik atau tumbuhan2.

Masalah pencemaran air, tanah dan udara sentiasa menghantui manusia tetapi ada

antaranya yang hanya memejam sebelah mata. Antara punca penyebab pencemaran

adalah daripada kegiatan perindustrian. Pencemaran yang dilakukan oleh aktiviti

industri dapat dibahagikan kepada 3 jenis:-

a)                 Pencemaran kepada udara

b)                 Pencemaran kepada air

c)                 Pencemaran kepada tanih

Pencemaran Air

           

Seperti yang berlaku pada pencemaran udara, pencemaran air pula melibatkan

pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya

pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang seperti kilang getah dan kelapa

sawit dan sebagainya pula mengakibatkan pencemaran air. Air yang tercemar ini

mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila

memakan bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh

manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada kita juga. Penggunaan air

laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor “power plant”.

Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant” ini

akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan

mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya

meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan oleh industri terutamanya

industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik seperti N,P

Page 5: isu alam sekitar

dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan

hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam

tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan

eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen

terlarut (BOD). Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk

pembuangan sisa-sisa kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji

pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama

seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran

terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan

mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua2nya ini

akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri.

air merupakan kebutuhan mutlak yang dibutuhkan oleh semua makhluk hidup

faktor yang mempengaruhi kualiti air

o oksigen terlarut (DO = dissolved oksigen)

o Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)

o zat padat terlarut

o pH

o suhu

pencemaran fisika

o ditentukan oleh perubahan warna, suhu, kekeruhan

o disebabkan oleh senyawa basa,, sampah dan daun-daun yang

merupakan polutan terapung maupun polutan tersuspensi seperti

tanah, kotoran manusia dan hewan

pencemaran kimiawi

o disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak

o disebabkan oleh senyawa organoklor pada insektisida, fungisida dan

herbisida

o disebabkan oleh buangan industri yang mengandung garam beracun

dan tumpahan minyak di laut

pencemaran fisiologis

o bau dan rasa tidak enak

o disebabkan senyawa amina, fluol dan merkaptan

pencemaran biologi

Page 6: isu alam sekitar

o disebabkan oleh bakteri patogen, virus, protozoa, parasit dan zat

toksin

 

Pencemaran Udara

            Merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau

zarahan yang toksik atau radioaktif dalam atmosfera. Bila memfokus kepada kigiatan

indusrti secara jelas kita dapat perhatikan pelepasan asap2 kotor oleh industri terus

ke udara melalui cerobong-cerobong asap kilang. Asap-asap yang dikeluarkan ini

mengandungi antaranya PM10, CO, Nitrogen Oksida dan sebagainya yang mana ia

merupakan penyebab kepada punca utama penipisan ozon. Selain itu bahan2

pencemar yang dilepaskan ke udara ini juga akan mengakibatkan pelbagai kesan

buruk kepada alam sekitar seperti penyumbang kepada hujan asid, pemanasan bumi

dan juga jerebu.

penyebab pencemaran udara adalah adanya zat kimia di udara yang

melampaui ambang batas

sumber pencemaran udara antara lain:

o kendaraan bermotor

o kegiatan industri

o sampah padat

o penggunaan berbagai bahan kimia

o kebakaran hutan, letusan gunung berapi

karbon monoksida

dihasilkan oleh pembakaran yang tidak sempurna, konsentrasi CO lebih dari

32 ppm (parts per million, bagian per juta) dapat mengganggu pernapasan

karbon dioksida

dihasilkan oleh pembakaran BBM, hasil fermentasi letusan vulkanik,

pernapasan makhluk hidup

oksida nitrogen (NO dan NO2)

berasal dari pembakaran kendaraan bermotor dan industri pembangkit listrik

bersifat beracun dan katalis pembangkit kabut

oksida belerang

Page 7: isu alam sekitar

o berasal dari pembakaran biji oksida, batu bara yang mengandung

belerang

o gas SO2 bersifat racun menyebabkan mata pedih dan radang pada alat

pernapasan

o dengan uap air akan membentuk asam sulfat yang mengakibatkan

hujan asam

Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di

Great Britain . Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku .

Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah

meragut lebih daripada 4,000 orang .

 Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur

dioksida merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga

dihasilkan oleh kejadian semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya

10% sahaja terhasil apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan

oleh kegiatan manusia . Antara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan

kematian haiwan dan tumbuhan . Tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk

hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik di Sweden adalah terlalu berasid dan tidak

mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis akibat hujan asid .

Selain itu , kesan rumah hijau juga merupakan kesan pencemaran udara 

Penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlabihan merupakan punca

kesan rumah hijau . Gas yang lain seperti metana , CFC dan nitrus oksida merupakan

punca yang lain . Kesan rumah hijau merupakan pemanasan bumi yang tidak

terkawal .

Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain . Kenaikan suhu telah

mengakibatkan ketulan-ketulan ais di Artik dan Antartik mencair . Paras air laut akan

semakin menaik dan membanjiri kawasan-kawasan yang rendah . Ini menyebabkan

penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah dan kegiatan ekonomi mereka

sudah tentu terganggu .

 Selain itu , pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia . Bahan-bahan

pencemar di udara akan menyebabkan gangguan penafasan manusia serta penyakit-

penyakit peparu seperti barah .

Pencemaran Tanih

Page 8: isu alam sekitar

Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu

kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran

ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan

pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi

penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang

diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai

kawasan kilang. Masalah yang timbul atau kesannya kawasan yang berlebihan ini

akan terbiar dan mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem. Bagi industri air

mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya

ronga2 kosong dibawah tanah dan ini mendorong kepada kejadian subsidence. Selain

itu sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida,

nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih

seperti ketidaksuburan tanih akibat peningkatan kekonduksian tanih yang mana

tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Rumah Hijau juga memberi kesan

kepada tanih dimana ia menyebabkan kenaikan penguraian guna tanih sekaligus

meninggikan hasil tanaman. Pada zaman dulu pula antara punca pencemaran

kepada alam sekitar oleh kegiatan industri adalah disebabkan oleh kegiatan

melombong menggunakan kapal korek. Kapal korek ini biasanya dilakukan di

kawasan yang lapang. Jadi selepas bijih timah habis di lombong, kawasan tersebut

akan ditinggalkan dan menjadi kawasan mati kerana sebarang aktiviti biologi tidak

dapat dilakukan kerana kawasan tersebut tercemar dengan pelbagai sisa daripada

indutri perlombongan.

 

di tanah terdapat berbagai unsur yang dibutuhkan makhluk hidup: K, N, P, Ca,

Mg, S, Cl, Fe, Cu, Mn, Zn dll

kehidupan dan kesuburan tanah tergantung dari banyaknya mikroorganisme

yang hidup di lapisan tanah

pencemaran tanah akan merusak susunan kimia tanah dan mengganggu

kehidupan organisme yang hidup dalam tanah

bahan pencemar tanah:

o limbah rumah tangga: kertas bekas, plastik bekas, potongan karet,

logam

o limbah pertanian: pupuk dan pestisida

 

Punca-Punca Pencemaran Tanih                 

Page 9: isu alam sekitar

                                                                          

Antara punca-puncanya ialah:

1.    Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik

dan sisa-sisa kilang.

2.    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah

pencemaran tanah.

3.    Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah

satu punca pencemaran tanah.

 

Kesan Pencemaran Yang Memudaratkan tanah

 

1.    Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana

bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

2.    Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti

tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif

yang mampu membunuh manusia secara perlahan.

3.    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada

pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik

perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Secara

tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan

manusia.

4.    Pencemaran alam juga turut memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika

hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk

melihat keindahan alam ini.

Antara cara-cara mengatasi ;

Melalui pihak media cetak

o Eg;

kesedaran kepada manusia terhadap pentingnya alam sekitar

yang selamat diwujudkan dengan hasil tulisan Racheal Carson

yang bertajuk ‘Silent Spring’(1962)

‘The limits to growth’ laporan dari institut teknologi

massachusetts dan kelab alam sekitar ekoran alam sekitar yg

Page 10: isu alam sekitar

tercemar menyatakan seluruh dunia akan musnah pada 20

masihi andai alam sekitar terus tercemar

tindakannya – di Amerika Syarikat  pihak majalah  ‘The

Ecologist’ menganjurkan langkah2 untuk menyelamatkan dunia

persidangan oleh kuasa-kuasa besar mengenai cara menjaga alam sekitar

dari tercemar harus dilaksanakan serta menggubal undang2 yg baik untuk

menjamin kualiti alam sekitar

o Eg;-

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai alam sekitar

(UNCHE) di Stockholm(1972).

Membincangkan perlu wujud jabatan khas ttg alam

sekitar bagi setiap negara ahli

Merangsang ideologi environmentalisme ( ideologi yg

meletakkan nilai alam sekitar sebagai matlamat kepada

sebarang tindakan manusia)

Memusatkan kawasan perindustrian

Mewujudkan kawasan perawatan sisa industri

Menggunakan alat-alat tertentu untuk memerangkap sisa-sisa yang

dikeluarkan oleh industri contohnya pengasing elektrostatik

 

LANGKAH  MENCEGAH

 

Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama

am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin.  Bahan-

bahan  aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi.

Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC

digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan

rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya,

pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC

mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. 

       Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan

kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

 

Perundangan

Page 11: isu alam sekitar

Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.

Contohnya,

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)

Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan

Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.  

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)

Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50

HDU.

 

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)

Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada

1000 meter.

 

LANGKAH  MENGAWAL

 

Pengasing Elektrostatik

Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara.

Misalnya,

apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu

menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik

partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap

yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi

cerobong.

Modal experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat dinaikkan.

Oleh itu,  Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.

 

'Wet Scrubber'

Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan

berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya

bahan pencemar dapat larut dalam cacair. Berikut adalah modal experimen.

 

Penampalan Ozon

Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di

atmosfera melalui penggunaan belon helium.

Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu

menampal ozon.

Page 12: isu alam sekitar

 

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

Sulfur dioksida Karbon monoksida Nitrogen dioksida dan ozon Alergen Plumbum dan logam-logam lain

Page 13: isu alam sekitar

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

Pelepasan asap kenderaan Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/

bateri kereata Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar Pembakaran hutan Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

Kesihatan terjejas Pertanian yang tidak produktif Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit

Mikamas, 1996

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Punca Pencemaran

Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.

Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis. Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan

hakisan tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

Kesan Pencemaran

Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan

minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

Page 14: isu alam sekitar

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

Punca Pencemaran

Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ).

Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

Kesan Pencemaran

Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

PENCEMARAN BUNYI

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Klasifikasi Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

Kebisingan selenjarIni adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

Kebisingan fluktasiKebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

Hentakan impulsIni merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

Page 15: isu alam sekitar

Kebisingan selang-seliKebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca Pencemaran

Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :

Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.

Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga. Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat. Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi : Wujud pelbagai penyakit Menjejaskan produktiviti Gangguan psikologi Hilang imbangan diri Pekak Kesan kepada ibu yang mengandung

Mencapai pertumbuhan seimbang, mapan

Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan usul mengenai

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan pada hari Khamis, 30 Oktober 2003 di Dewan

Rakyat pada jam 11.00 pagi

145. Isu pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal menjadi semakin penting kerana bertambahnya

penduduk. Kerajaan baru sahaja menyiapkan satu kajian komprehensif ke atas pendekatan pengurusan

sisa pepejal. Selain itu, penswastaan skim pengurusan sisa pepejal telah diperluaskan dengan

memasukkan sembilan pihak berkuasa tempatan dalam skim pengumpulan sementara sisa. Stesen

pemindahan sisa pepejal telah dibina di Kuala Lumpur untuk meningkatkan pelaksanaan sistem pengurusan

sisa bersepadu. Sehubungan dengan ini, Kempen Kitar Semula Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan

pada tahun 2001 dan telah diperluaskan di 67 pihak berkuasa tempatan. Untuk mengelak daripada hidup

dalam timbunan sampah, kerjasama daripada semua pihak adalah diperlukan. Kos perlupusan sampah

Page 16: isu alam sekitar

perlu dipikul bersama oleh rakyat dan kerajaan. Jika kita ingin keselesaan yang sama dengan negara maju,

piawaian yang berpatutan mestilah diterima. Janganlah kita tuntut lebih daripada yang dinikmati bangsa

maju tetapi tidak sanggup membiayainya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1031&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc&arc=hive

MINDA LESTARI: LIMA ASAS TERAP CARA HIDUP MESRA ALAM Bersama Pro Dr Zaini Ujang (Berita Harian Rabu 2 Mei 2007)

[email protected]

NAMPAKNYA kerajaan semakin sedar dan secara terbuka mengakui bahawa pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah pencemaran sungai belum berjaya. Cogankata ‘Cintai Sungai Kita’ seolah-olah tidak berkesan.

Instrumen yang ditubuh dan ditugaskan untuk tujuan itu menerusi sistem perundangan, kawalan pencemaran, kemudahan infrastruktur, pendidikan dan promosi alam sekitar tidak mencapai matlamatnya. Kenyataannya, sungai utama di negara ini masih tercemar. Sampah sarap berlonggok dan bertimbun di muara sungai.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mengumumkan inisiatif terkini kerajaan dengan memberi peruntukan RM10 juta kepada wakil rakyat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kawasan masing-masing. Dalam ucapannya kepada Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan di Johor, Selasa minggu lalu, Azmi turut menyebut peranan wakil rakyat dalam konteks kesedaran alam sekitar pada peringkat akar umbi.

Dari satu segi, inisiatif seperti itu perlu dialu-alukan dan disokong. Selama ini kempen dan promosi alam sekitar hanya dijalankan agensi awam yang berkaitan khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di samping media massa, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan sekolah.

Pada hemat saya, kempen yang dijalankan selama ini sedikit sebanyak ada kesannya biarpun tidak meluas dari segi amalan dan cara hidup. Setidak-tidaknya ketika ini lebih banyak pihak mula sedar masalah dan cara mengatasi pencemaran alam sekitar, termasuklah sumber air seperti sungai.

Ketika ini juga ramai penulis dan wartawan memberi tumpuan khas kepada pelbagai isu alam sekitar sama ada menerusi media elektronik atau media cetak. Ruangan ini – Minda Lestari – sebagai contoh, ruangan pojok pertama dalam akhbar bahasa Melayu yang bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar.

Selain itu, jumlah pelajar yang mengikuti pengajian berkaitan pengurusan dan kejuruteraan alam sekitar pada IPTA juga semakin meningkat menandakan minat dan

Page 17: isu alam sekitar

kesedaran sudah meluas di peringkat pengajian tinggi. Begitu juga dengan skop serta jumlah penyelidikan dan inovasi alam sekitar menjadi antara tertinggi di kebanyakan IPTA utama.

Namun demikian, saya bersetuju jika inisiatif yang sedia ada diperluaskan supaya kesannya lebih ketara dalam bentuk amalan dan cara hidup masyarakat. Masyarakat kita perlu dididik dan didedahkan amalan dan kaedah untuk hidup secara mesra alam. Pemimpin dan pendidik seharusnya membantu memberi kesedaran, bukan saja melalui lisan, bahkan teladan. Hal ini boleh dilakukan menerusi lima peringkat yang perlu difahami dan diamalkan.

Peringkat pertama ialah memupuk pemikiran dan minda lestari menerusi kempen dan promosi pelbagai pihak menggunakan pelbagai kaedah dan media. Penulisan, seminar, ceramah, diskusi, soal jawab dalam media massa, sepanduk, cogan kata dan seumpamanya perlu dipergiatkan. Di sinilah wakil rakyat, pemimpin masyarakat, pendidik dan NGO boleh berperanan dengan efektif.

Peringkat kedua ialah penghayatan amalan dan cara hidup mesra alam dalam diri setiap individu. Penghayatan ini tidak terhad kepada larangan membuang sampah dalam longkang atau sungai, tetapi harus diperluaskan dari setiap aspek kehidupan. Dari segi pemakanan misalnya, kita perlu memilih makanan yang terhasil daripada kaedah pertanian mesra alam walaupun harganya sedikit lebih mahal.

Dari segi berkenderaan pula, usaha perlu dilakukan untuk memilih kenderaan yang memberi impak minimum kepada peningkatan suhu bumi atau pencemaran setempat. Amalan kitar semula pula boleh diamalkan dengan mengguna semula tin dan plastik, serta menjadikan barangan mudah reput sebagai baja.

Begitulah seterusnya dalam pelbagai bidang kehidupan, termasuklah cara berpakaian, berbelanja, berniaga, berkerja dan bermasyarakat. Semuanya ada kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada alam sekitar.

Peringkat ketiga ialah penghayatan cara hidup mesra alam dalam konteks keluarga. Seperti peringkat kedua, ia membabitkan seluruh aspek kehidupan termasuk penyediaan kemudahan pembetungan dan kaedah pembuangan sampah di rumah yang sesuai dengan ketetapan perundangan dan mesra alam.

Dalam hal ini, kita perlu membayar bil pengurusan alam sekitar seperti pembetungan, kutipan sampah dan pembersihan kawasan. Selain itu, perlu juga dipastikan bahawa paip dari aktiviti pembasuhan, dapur dan bilik air perlu disambung ke sistem pembetungan supaya dapat dirawat dalam loji rawatan air sisa. Jika kita menggunakan tangki septik, ia perlu dikosongkan setiap dua tahun sekali sebagaimana yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993.

Peringkat keempat ialah penghayatan dalam konteks berorganisasi dan bermasyarakat. Kesedaran alam sekitar yang telah bertunas dalam diri dan keluarga itu perlu

Page 18: isu alam sekitar

diterjemahkan di tempat kerja, organisasi politik, sosial atau pendidikan. Di tempat kerja, misalnya inisiatif perlu dilakukan supaya kesedaran alam sekitar berkembang pada semua peringkat dari segi kepatuhan terhadap peruntukan perundangan dan langkah proaktif lain seperti persijilan ISO14,000, penghasilan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam.

Selain membantu memulihara alam sekitar, inisiatif ini membolehkan barang dan perkhidmatan itu menembusi pasaran Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat yang ketika ini semakin terhad kepada label mesra alam.

Peringkat kelima ialah kewujudan masyarakat mesra alam yang menjadikan bidang alam sekitar sebagai salah satu komponen penting dalam dasar utama kerajaan. Dalam konteks ini, masyarakat sedemikian menjadi penggerak kesedaran alam sekitar pada peringkat antarabangsa menerusi isu seperti peningkatan suhu, perdagangan karbon, subsidi alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti dan segala-galanya yang berteraskan pemikiran lestari dan penghayatan cara hidup mesra alam.

Biarpun ada kalanya fahaman ini seolah-olah satu ‘agama’ baru tetapi kesan positifnya begitu dirasakan dalam konteks meningkatkan komitmen dan penghayatan untuk menjadikan sesebuah negara dan masyarakat yang bersih, indah dan berseri, bebas daripada pencemaran sumber air, udara yang nyaman dan persekitaran indah dan mempesonakan.

Secara ringkasnya, peruntukan RM10,000 kepada setiap wakil rakyat itu tidak seharusnya digunakan untuk menjayakan majlis ceramah atau gotong royong saja. Yang lebih penting ialah memupuk minda lestari dan penghayatan cara hidup mesra alam supaya menjadikan masyarakat Malaysia lebih bertanggungjawab sekali gus menyahut seruan kerajaan.

Seandainya inisiatif ini gagal lagi, kita tidak mahu nanti ada yang mendakwa bahawa wakil rakyat tidak efektif bahkan tidak boleh diteladani untuk memulihara alam sekitar.

INFOAntara Prinsip Dasar Alam Sekitar Negara

Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup. Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia. Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar. Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.

Penulis ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Last Updated ( Monday, 21 April 2008 )  http://www.fkkksa.utm.my/index.php/Latest-Minda-Lestari/Minda-Lestari-Lima-asas-terap-cara-hidup-mesra-alam.html

Page 19: isu alam sekitar

Pertumbuhan ekonomi di

Asia telah meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Peningkatan pendapatan di

negara-negara ini ditunjukkan dengan pertumbuhan kegiatan produksi dan konsumsi.

Pertumbuhan ini juga membawa pada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar

dan pengeksploitasian persekitaran untuk keperluan  industri, bisnis dan aktiviti sosial.

            Di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami

masalah. Pembuangan sampah yang tidak diurus  dengan baik, akan mengakibatkan

masalah besar. Kerana penumpukan sampah atau membuangnya sembarangan ke

kawasan terbuka akan mengakibatkan pencemaran tanah yang juga akan berdampak

ke saluran air tanah. Demikian juga pembakaran sampah akan mengakibatkan

pencemaran udara. Atau pembuangan sampah ke sungai akan mengakibatkan

pencemaran air, tersumbatnya saliran dan banjir (Sicular 1989). Selain itu, Eksploitasi

persekitaran adalah menjadi isu yang berkaitan dengan pengurusan terutama

persekitaran

kota. Masalah sampah sudah saatnya dilihat dari konteks perbandaran. Kesukaran

untuk mencari lokasi landfill sampah dan perhatian terhadap persekitaran dan

kesihatan telah menjadi isu utama pengurusan bandar dan sudah saatnya dilakukan

pengurangan jumlah sampah dan air sisa dan peningkatan kegiatan kitar semula.

 

Oleh sebab itu di banyak bandar-bandar besar, incineration atau pembakaran

menjadi alternatif dalam pembuangan sampah. Sementara itu, permasalahan yang

dihadapi untuk proses ini adalah kos pembakaran lebih mahal dibandingkan dengan

sistem pembuangan akhir (sanitary landfill). Apabila sampah ini digunakan untuk

pertanian dalam jumlah yang besar, maka akan menimbulkan masalah kerana ianya

mengandung logam berat (Ross 1994).

 

Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik (Ridwan Lubis 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari

Page 20: isu alam sekitar

rumah atau dapur. Contohnya ialah pakaian lama atau buruk, botol, kaca, kertas, beg plastik, tin aluminium dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula ialah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada berbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembungkusan dan sisa daripada proses pengilangan. 

2.  DEFINISI SAMPAH SARAP 

Sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti

industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak berguna

(Tchobanoglous 1993). Selain itu, Barret (1998) mengatakan sampah adalah buangan

berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu pengurusan kerana

pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat bekerja dengan baik.

 

            Dodds (1997) mengatakan sampah berasal dari aktiviti manusia. Pertumbuhan

ekonomi memberikan kesan lebih banyaknya penggunaan sumber asli. Terdapat

hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pencemaran alam sekitar. Kesan terhadap

alam sekitar akibat aktiviti manusia bergantung pada kuantiti dan kualiti dari bahan-

bahan yang diambil dari alam sekitar dan dikembalikan sebagai sampah.

 

Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap merupakan bahan pepejal yang

terhasil dari aktiviti manusia dan ianya dianggap tidak berguna dan boleh dibuang.

Sampah sarap juga ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana ia tidak dapat 

digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak mempunyai

nilai dari segi ekonomi, yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian manusia (Chamhuri

2000). Selain itu, menurut kajian Plintoff (1976), sampah sarap merupakan bahan-bahan

pepejal yang dihasilkan oleh industri, pertanian, perlombongan, perniagaan dan dari

domestik.

 

Page 21: isu alam sekitar

            Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai

suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan

buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam

bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling

yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain itu, pengurusan

sampah sarap boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan

kawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan,

pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah

yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan,

astetik dan pertimbangan kepada alam sekitar.

 

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cooper (1981), pengurusan sampah sarap

merupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistim yang dirancang dan ditadbir

berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan,

pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan bagi semua bahan pepejal

yang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik, komersil, industri dan

klinikal.

 

3.  PEMBAHAGIAN SAMPAH SARAP 

Mengetahui sumber dan jenis sampah juga komposisi sampah merupakan suatu bahagian yang penting dalam merancang dan melaksanakaan program pengurusan sampah sarap. Secara umum sampah masyarakat terkait dengan gunatanah suatu kawasan. Tchobanoglous mengklasifikasikan sumber sampah adalah berasal dari perumahan, komersial, pejabat, pembinaan, hospital, industri dan pertanian (Tchobanoglous 1993). 

Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya. Sampah

sarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti berikut:

 

Page 22: isu alam sekitar

a.     

Sampah Domestik

Klasifikasi domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu organik,

inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Contoh sampah jenis organik ialah

plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contah sampah inorganik ialah kaca, tin

logam, tin alumunium, dan contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan elektrik,

sampah tanaman dan perabot.

 

 

b.     

Sampah Klinikal

Sampah jenis ini merupakan sampah yang terhasil daripada tisu manusia ataupun

binatang, sisa ubat-ubatan, kain sisa pembalut luka, kapas, darah dan semua peralatan

tajam yang tidak terpakai.

 

c.      

Sampah Industri

Punca sampah dari jenis ini ialah kilang-kilang, terutamanya dari komponen industri yang

berasaskan kayu untuk dijadikan komponen kayu papan dan kayu balak. Biasanya

sampah jenis ini terdapat pada kawasan perindustrian. Bahan buangan pepejal industri

terdiri daripada logam, kayu, benang, kain, buangan makanan, buangan minyak dari sisa

panapisan.

 

d.     

Sampah Komersial

Sampah jenis ini biasanya berasal dari buangan daripada kedai, restoran, hotel, pasar dan

lain-lain aktiviti perniagaan. Biasanya komposisi sampah sarap komersial sama dengan

klasifikasi domestik iaitu plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan dapur restoran,

Page 23: isu alam sekitar

kertas-kertas dari pejabat. Sampah dari jenis ini didapati sebagai penghasil sampah

terbesar kerana ianya mencakupi kawasan yang luas.

 

e.  Sampah Pembinaan dan Perobohan

Sampah ini berpunca daripada bahan-bahan buangan yang terhasil daripada tapak

pembinaan, pengubahsuaian dan tapak perobohan suatu bangunan.

 

f.       

Sampah Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan: sampah jenis ini berpunca daripada pembersihan atau pemotongan

tumbuh-tumbuhan.

 

4.    CARA-CARA MENGATASIMASALAH SAMPAH SARAP 

4.1   Penggunaan Kembali danKitar Semula 

Bagi kebanyakan masyarakat moden pada hari ini, pengurusan sisa pepejal sudah

berada di tahap termaju dengan beberapa kaedah seperti kitar semula dan penghasilan

bahan berguna (biofertilizer). Pengitaran semula sampah sarap itu sendiri boleh

didefinisikan sebagai penebusgunaan (reclamation) bahan dan pemakaian semula

yang meliputi perbaikan, pembuatan semula, penukaran bahan, komponen dan hasil

(Kaseva & Gupta 1996). Sementara itu menurut Waite (1995), kitar semula ialah

sebagai penjanaan semula bahan untuk kegunaan semula jadi atau lain-lain.

           

Kitar semula ini mempunyai beberapa kepentingan yang berasaskan kepada tiga

alasan iaitu:

Page 24: isu alam sekitar

1. Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan mengurangi keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.

2. Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.

3. Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik dalam landfill.

 

Malaysia mempunyai kira-kira 230 buah perkhidmatan landfill yang dianggarkan

sudah mencapai tahap 80% penggunaan dan situasi ini dianggap sebagai agak kritikal

dan sebahagian besar sudah tidak mampu menerima sejumlah sisa, oleh sebab itu

melalui Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan cuba mengatasi

masalah yang membelenggu pihak pengurusan dengan mengadakan program kitar

semula (Mohamad 2001). Program ini telah di perkenalkan pada tahun 1993 dan

tanpa sebab yang jelas, program ini dilaksanakan semula pada bulan Disember 2000.

Berdasarkan komposisi sampah sarap yang terhasil di bandaraya

Kuala Lumpur, bahan-bahan boleh kitar semula dapat dibahagikan kepada tiga

kumpulan, iaitu:

1. Boleh kitar semula dalam keadaan kering seperti kertas, papan kad, kaca, plastik, logam dan tekstil.

2. Bahan organik seperti bahan buangan dapur, makanan dan sampah sarap tanaman. 3. Bahan-bahan pelbagai seperti perabut.

Program kitar semula ini mempunyai beberapa kebaikan. Kebaikan dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan ternak. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya. 

Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan

alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan

sedikit tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada

bahan mentah semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula

hasil pengitaran semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi

Page 25: isu alam sekitar

negara-negara sedang membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik

dan getah jika dikitar semula boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain.

Kebaikan dari segi alam sekitar pula ialah apabila amalan pengitaran semula boleh

mengurangkan kuantiti bahan buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi

tempat yang diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh

menyuburkan tanah.

 

4.2    Pengkomposan 

Pengkomposan ialah suatu proses pengubahan bahan organik ke dalam bentuk hasil metabolik yang sederhana dan meninggalkan bahan sisa organik dan sel mikrob yang boleh atau dapat digunakan sebagai bahan penyubur tanah (Augenstein et al. 1976). 

Sistim pengkomposan telah banyak dilakukan di  banyak kawasan. Kaedah sistim kompos ini adalah penting kerana sampah organik merupakan komposisi sampah terbesar yang dihasilkan. Menurut kajian Devi et el. (1995), jenis sampah yang baik atau yang sesuai untuk dijadikan kompos ialah sampah sarap yang cepat membusuk iaitu sayuran, rumput, sisa makanan dan dedaunan. Kepentingan sistim kompos yang lain ialah dalam menjaga kesihatan masyarakat dari sebarang porses pembakaran dan penimbunan sampah secara haram. Untuk mempromosikan sistim kompos, pihak kerajaan seharusnya mempersiapkan pengetahuan umum kepada masyarakat. Juga kempen dilakukan untuk mencari metod kompos yang sesuai dengan kondisi masyarakat. Sektor swasta juga dapat dilibatkan dalam kegiatan ini, dengan membuat kerjasama antara pihak kerajaan dan  pihak swasta.  

4.3   Incinerator 

Incinerator ialah suatu alat yang digunakan untuk membakar sampah atau sisa samaada sisa yang berpunca daripada kawasan perumahan ataupun sisa atau sampah yang terjana dari aktiviti di hospital. Terdapat beberapa jenis incinerator (Departemen Kesehatan Indonesia 1995), iaitu:        JenisMalaysia, merupakan incinerator yang terbuat daripada batu bata dan diletakkan mendatar dan lantainya terbuat dari dari bahan kongkrit. Lubang tempat masuk sampah terbuat daripada logam dan lubang keluar pula berukuran 24” 12” yang juga terbuat dari logam. Lapisan untuk menahan sampah juga terbuat dari besi yang tebalnya 1” dan antara dua besi berjarak 4” yang terdiri dari 2 lapisan.        Jenis Barrel and Trench Incinerator, iaitu incinerator berbentuk tong yang terbuat dari batu dan mempunyai ketebalan 6” hingga 12”. Dua besi diletakkan pada lapisan batu dengan ketinggian 6” dari dasar incinerator dan jarak antara 2 besi ialah 3” hingga 4”. Tempat pembakaran sampah terletak ditengah-tengah dan mempunyai penutup yang terbuat dari logam.        Jenis Rock Pit Incinerator, iaitu incinerator yang berbentuk U dan terbuat dari batu karang. Incinerator ini mempunyai panjang 4.5 kaki, lebar 2 kaki dan dalam 18 kaki. Ketebalan

Page 26: isu alam sekitar

incinerator jenis ini ialah 8” hingga 12” dan lantainya terbuat dari batu.        Jenis Multiple self Incinerator, iaitu incinerator berbentuk segi empat dan terbuat dari batu dengan panjang 4 kaki, lebar 3 – 5 kaki dan tinggi 8 m – 12 kaki. Incinerator ini mempunyai lapisan-lapisan dengan ukuran 18 – 24 kaki. 

 .  PENGURUSAN SAMPAH SARAP 

Field (1994) menyatakan terdapat 3 cara yang paling tepat dalam mengurangi limbah atau sampah. Pertama untuk mengurangi limbah atau sisa, konsumsi dikurangi. Kedua dengan menggunakan teknologi baru dan yang dapat mengurangi jumlah limbah per unit hasil produksi. Dan ketiga adalah dengan meningkatkan kitar semula. Field (1994) dan Barret (1998) juga mengusulkan terdapat cara lain untuk mengurangi masalah sampah iaitu dengan cara keseimbangan bahan, dimana semua bahan yang digunakan sebagai input dalam ekonomi sistem seharusnya dikembalikan ke alam walaupun dalam bentuk yang berbeza.  Terdapat beberapa strategi untuk mengurangi limbah dari suatu proses produksi, iaitu:

        Mengurangi produksi barang

        Mengurangi konsumsi

        Menggunakan teknologi yang lebih efektif

        Penggunaan sisa atau buangan sebagai sumber baru.

 

Pengurusan sampah merupakan gabungan dari kegiatan pengendalian jumlah

sampah yang dihasilkan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pengolahan dan

penimbunan sampah di tapak pelupusan sampah yang memenuhi prinsip kesihatan,

ekonomi, teknik, konservasi dan pertimbangan pada persekitaran. Metod yang paling

umum digunakan berkaitan dengan pembuangan akhir sampah ialah :

        Penimbunan di kawasan tapak pelupusan sampah.        Penimbunan didalam tanah.       

Menjadi makanan ternak.        Pengurangan jumlah sampah.        Pembakaran. 

Tidak semua metod di atas tepat untuk semua jenis sampah. Menimbun dalam tanah adalah sesuai untuk sampah makanan dan sampah daun, sedangkan untuk menjadi makanan ternak dan pengurangan adalah untuk sampah makanan.Menurut Tchobanoglous (1993) kegiatan yang terkait dengan pengurusan sampah telah dikelompokkan menjadi 6, iaitu :

        penjanaan sampah (waste generation).

Page 27: isu alam sekitar

        pengumpulan, pemisahan dan kegiatan pengurusan di sumber sampah.

        pengumpulan akhir.

        pemisahan, pengurusan dan perubahan (transformation) sampah.

        pemindahan dan pengangkutan.

        pembuangan akhir (landfill).

 

Aktiviti pada tahap penjanaan sampah (waste generation) meliputi identifikasi

sampah apakah masih mempunyai nilai atau langsung dibuang ke tapak pelupusan

sampah. Tahap pemisahan meliputi kegiatan terkait dengan pengurusan sampah hingga

ditempatkan di tempa penampungan sementara di sumber sampah. Proses transformasi

digunakan untuk mengurangi jumlah dan berat sampah. Fungsi pemindahan dan

pengangkutan melibatkan dua tahap, iaitu:

 

 

pemindahan sampah dari kendaraan kecil ke peralatan yang lebih besar. Pengangkutan sampah yang biasanya berjarak jauh, ke tempat pegolahan atau

landfill.

 

Fungsi yang paling penting dari sistem pengolahan sampah adalah pembuangan akhir.

Sistem TPA yang moden, bukan hanya merupakan sebuah tempat penimbunan, tetapi

lebih merupakan kemudahan yang canggih yang dapat menghindari gangguan

terhadap kesihatan masyarakat seperti tempat bersarangnya serangga dan tikus,

pengumpulan dan mengurangi pencemaran air tanah. 

 

Pengurusan  sampah yang terpadu dapat didefinisikan sebagai teknik yang tepat dalam seleksi dan aplikasi, teknologi, program pengurusan untuk mencapai tujuan dan hasil yang diinginkan. Pengurusan sampah yang diambil dari Environmental Protection Agency ialah meliputi berkurangnya sumber sampah, kitar semula, pembakaran dan penimbunan di tapak pelupusan sampah. Adapun pengurusan sampah terpadu terdiri

Page 28: isu alam sekitar

daripada:         pengurangan sumber sampah (source reduction).        kitar semula.       

perubahan sampah (waste transformation). 

Berkaitan dengan usaha meminimumkan sampah, pendekatan akan difokuskan pada usaha menghindari produksi sampah, mengurangi jumlah sampah, penggunaan kembali sampah, kitar semula dan sistem kompos. Menurut Ministry of Environment Australia (1996), terdapat beberapa cara untuk mengurangkan sampah iaitu dengan cara:       

menghindari sampah.        pengurangan sampah.        penggunaan kembali.        kitar semula.        pemulihan tenaga.        pengurusan yang baik.        Tapak pelupusan sampah. 

Beberapa contoh menghindari penjanaan sampah (waste generating) dapat dilakukan dengan menghilangkan pembungkus yang tidak perlu dan mengubah bentuk barang untuk menjimatkan bahan  dalam proses produksi. Bahan yang dapat dikurangi dalam proses produksi dapat memberikan kesan yang baik ke persekitaran, terutama kepada kitar hidup (life cycle). Pendekatan kepada persekitaran dalam proses penjanaan, meliputi:

         pemilihan bahan.

         meminimumkan penggunaan sumber .

         bentuk dari sumber tenaga.

         alat-alat pengolahan di kilang.    

         persekitaran kerja yang baik.

         pemilihan kawasan tapak pelupusan sampah.   

 

Oleh itu, dalam menangani jumlah sampah yang besar ini diperlukan pendekatan

yang baik. Pihak kerajaan harus membuang suatu cara yang sesuai dengan isu

pengurusan sampah dan pihak-pihak yang ada hubungan dalam penyelesaian masalah

sampah ini. Selain itu, kepada masyarakat mesti ditanamkan rasa kesedaran bahawa

sampah sarap juga mengandungi bahan-bahan yang boleh dipulih kembali dengan cara

pengkomposan atau dengan cara kitar semula. Bahan-bahan yang ada di dalam sampah

sarap boleh digunakan untuk menjana dan menyelesaikan masalah kuantiti sampah sarap

yang memerlukan proses pelupusan.

 

6.      ETIKAALAM SEKITAR YANG BERHUBUNGANDENGAN MASALAH SAMPAH   SARAP 

Page 29: isu alam sekitar

Etika alam sekitar ini sangat penting di dalam menjaga keharmonisan dan kelestarian

alam sekitar ini. Setiap individu mestilah menghargai alam sekitar sebagai sebuah sumber

yang cukup penting di dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan etika alam sekitar yang

berhubungan dengan sampah sarap. Sampah sarap terhasil dari segala aktiviti manusia,

baik yang bersifat individu dan berkolompok. Apabila setiap orang yang menghasilkan

sampah tidak memperdulikan cara pembuangan dan pengurusan yang baik, maka ianya

dapat menjejaskan alam sekitar yang akhirnya dapat menurunkan kualiti hidup manusia.

            Keberadaan sampah sarap di dalam kehidupan manusia tidak pernah berhenti. Masyarakat mahupun pihak kerajaan cukup berat dan susah dalam mengurusnya walaupun telah banyak kempen-kempen ataupun program-program dijalankan. Kesedaran yang masih rendah serta kemudahan-kemudahan yang belum mencukupi adalah salah satu kesan daripada tercicirnya sampah atau sisa dari pada tapak pelupusan dan dari loji rawatan air sisa yang pada akhirnya kawasan kosong, longkang dan sungai dijadikan tempat pembuangan sampah atau sisa tersebut. 

            Banyaknya sampah yang terjana dikeranakan oleh beberapa faktor seperti budaya,

agama, undang-undang yang terlibat dalam pengurusan sampah atau air sisa serta masih

banyaknya cara hidup masyarakat yang masih bersifat konsumtif. Kurangnya perhatian

masyarakat terhadap sampah menyebabkan masyarakat tidak merasa mempunyai

keuntungan langsung dari usaha-usaha pengurangan jumlah sampah. Masyarakat juga

tidak mengetahui kesan dari sampah terhadap alam sekitar dan juga keuntungannya

apabila sampah diurus dengan baik.

 

            Kebanyakan komposisi merupakan jenis sampah yang boleh dikitar semula yang

apabila diurus dengan baik akan mendatangkan hasil yang lumayan dan juga boleh

mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan sampah mahupun ke incinerator.

Malangnya, masyarakat tidak ada keinginan untuk menjalankan proses kitar semula

walaupun mereka telah mengasingkan antara sampah berupa sisa makanan dan sampah

botol, plastik dan kaca.

 

Page 30: isu alam sekitar

            Pengurusan sampah sarap perlu ditingkatkan lagi walaupun menghadapi beberapa permasalahan kerana ianya bukan sahaja menjadi suatu tanggungjawab seseoarang atau kelompok, tetapi ianya menjadi tanggungjawab kita bersama yang bertujuan untuk mewujudkan kehidupan yang selesa kepada masyarakat dan juga untuk mewujudkan kualiti alam sekitar yang baik dan sihat. Mendidik dan membuat kempen-kempen meminimumkan penghasilan sampah dan kitar semula kepada masyarakat. Selain itu, pelaksanaan peraturan dan undang-undang hendaklah dijalankan dengan baik sebagai langkah untuk mencegah orang ramai membuang sampah secara bebas. 

7.  KES PENCEMARANSAMPAH SARAP DI SUNGAI KLANG 

Kes ini merupakan kes yang terjadi akibat pencemaran yang terjadi di sungai Klang akibat dari pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Oleh itu, dilakukanlah suatu program untuk menaikkan kualiti airSg. Klang daripadaKelas IV keKelas III, membebaskannya daripada kekotoran sampah sarap dan kelodak serta untuk mengindahkan beberapa bahagianSungai Kelang untuk tujuan rekreasi. Dalam usaha ini, satuPasukan Petugas, satuJawatankuasa Eksekutif dan sembilan jawatankuasa kerja telah ditubuhkan dengan ahli-ahli yang terdiri daripada semua Jabatan dan Agensi yang berkaitan. Sejak itu pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan supaya objektif-objektif dan sasaran program tercapai. 

Walau bagaimanapun, keadaanSg. Klang ketika kini masih lagi belum mencapai tahap seperti mana yang disasarkan. Kualiti airSg. Klang masih tersenarai dalam kelompok sungai tercemar diMalaysia. Kesemua anak sungai juga menunjukkan “trend” yang sama. Ini menggambarkan bahawa keseluruhan lembangan ini menyumbang kepada pencemaranSg. Klang. Kebimbangan utama adalah daripada sisa organik, pencemaran ammoniakal nitrogen, sisa terampai (suspended solids) dan juga sisa pepejal (solid waste). 

Dari segi kualiti air keseluruhanSg. Klang, keadaan pada pertengahan tahun lepas memberi sedikit harapan kepada kita dengan peningkatan indek kualiti air sungai kepada Nilai Indeks 55. Kini, usaha perlu diteruskan agar Indeks ini boleh melepasi nilai 60, yang mana Sungai Klang boleh diklasifikasikan semula kepadaKelas III (iaitu kategori sungai yang sedikit tercemar). Walaupun keadaan kualiti air telah meningkat sedikit, tetapi usaha perlu diteruskan supaya keadaan ini terus diperbaiki dan dapat dikekalkan. 

Bagi mengatasi masalah sisa pepejal, lebih daripada 70 perangkap sampah telah dibina merintangi sungai dan parit-parit besar. Selain itu, 2 perangkap kelodak dan 3 tapak

Page 31: isu alam sekitar

pungutan sampah telah dibina. Bagi membantu Pihak-pihakBerkuasa Tempatan dalam masalah ini, sejumlah 3 buah jentolak dan 4 buah lori sampah dibeli. Pada tahun 1996, Kerajaan telah juga membeli dua buah pengutip sampah terapung (trash hunter) bagi memungut sampah di kawasan muara sungai. Pembekalan tong-tong sampah kepada pihak-pihak yang memerlukannya, termasuk penghuni-penghuni setinggan di sepanjang sungai, telah juga dilakukan. 

Dari segi pencemaran sisa pepejal, sedikit sebanyak, usaha untuk mengawal sampah-sarap terapung di dalam sungai memang sedikit berhasil. Pada hari biasa,Sg. Klang dan anak-anak sungainya boleh di katakan bebas daripada sampah sarap yang terapung. Keadaan ini terjadi hanya kerana kebanyakan sampah mampu disekat dengan adanya perangkap-perangkap sampah. Dalam hal ini saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab terutama sekali kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan semua Pihak-pihakBerkuasa Tempatan. Walaupun demikian, jumlah sampah sarap yang dikutip di semua lokasi perangkap sampah masih lagi tinggi, iaitu sekitar 50 tan sehari. 

Jenis sampah yang dibawa keluar pula adalah pelbagai sehingga kedapatan barangan besar seperti tilam, peti ais, perabot, kereta, mayat dan sebagainya lagi. Masih terdapat banyak lagi kawasan tepi sungai yang dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram. Sampah sarap yang dikutip diperangkap sampah bukan hanya yang dibawa arus sungai tetapi juga dari semua parit dan longkang di seluruhLembah Klang. 

Program ini juga memberi tumpuan kepada penempatan semula ladang-ladang ternakan khinzir dan daripada 11 yang ada pada permulaan program, kini hanya tinggal 2 sahaja. Aktiviti pembersihan kolam pengolahan telah dijalankan dan usaha pemantauan berterusan dijalankan olehJabatan Perkhidmatan Haiwan bagi memastikan perlepasan kumbahan dari ladang-ladang ini menetapi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam hal yang sama.Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga memberi perhatian kepada kumbahan yang terhasil dari rumah-rumah sembelih memandangkan terdapatnya rungutan mengenainya. 

ProgramPembersihan Sg Kelang pada mulanya telah diberi tanggungjawab untuk memindahkan 2,500 keluarga setinggan sepanjang sungai ke lokasi transit di rumah-rumah panjang. Akan tetapi dengan perubahan dasar Kerajaan, usaha-usaha baru ditumpukan untuk memindahkan mereka ke rumah-rumah kos rendah. Jumlah keluarga setinggan yang telah dipindahkan di bawah program ini setakat ini, berjumlah seramai 310 keluarga.   

Di sini, kita dapat lihat bahawa usaha menjadikanSungai Klang dan persekitarannya bersih dan indah bukanlah suatu tugas yang mudah. Penglibatan, kerjasama serta perkongsian tanggungjawab daripada semua pihak adalah amat penting sekali. Usaha ini bukan sahaja perlu ditanggung oleh jabatan dan agensi kerajaan sahaja, malahan pihak swasta, badan bukan kerajaan dan orang ramai perlu digembiling bersama kerana peranan mereka sama pentingnya.  

Page 32: isu alam sekitar

http://syarifmawahib.wordpress.com/2007/03/26/pencemaran-sampah-sarap/

Air & Fedahnya Kepada Badan Manusia

Badan manusia secara puratanya terdiri daripada 70% air. la memainkan peranan penting di dalam kebanyakan fungsi

badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. la juga diperlukan untuk fungsi

penghadaman, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga adalah faktor

utama pengekalan suhu badan normal.

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air setiap hari melalui proses pernafasan. Pakar

pemakanan tidak dapat menetapkan jumlah air yang perlu diambil setiap hari kerana kuantitinya berbeza mengikut

individu, cuaca dan aktiviti yang dilaksanakan. Keperluan air akan meningkat sekiranya kita menjalankan aktiviti lebih

satu jam di tengah panas ataupun kurang sejam dalam cuaca sejuk. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas besar air (2

liter) setiap hari dapat memastikan kestabilan tahap air di dalam badan kita bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

Kita mungkin dapat bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tanpa air, kita hanya boleh hidup kurang

seminggu. Air kosong adalah jenis yang terbaik diminum. Namun minuman lain seperti jus buah-buahan dan susu juga

adalah sumber air yang baik. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar juga merupakan sumber air yang

sesuai. Minuman beralkohol, walaupun boleh mengurangkan haus, mengandungi unsur diuretik yang mengakibatkan

badan kehilangan air.

Malangnya, kita biasanya minum air sekadar menghilangkan rasa haus, tetapi tidak mencukupi untuk memulihkan

jumlah air yang hilang. Hasilnya, kita akan mengalami pelbagai tanda dan simptom biasa seperti kehausan, nafas

berbau, bibir merekah, kepanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan di samping

meningkatkan risiko jangkitan

buah pinggang.

Meminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri,

logam berat, racun rumpai, bakteria, virus, haloform dan pelbagai bahan kimia secara berterusan bukan sahaja

berbahaya malah berisiko diserang penyakit kanser, menjadi mandul, mengalami tumbesaran abnormal, kepincangan

sistem saraf, kepincangan sistem metabolisme dan kepincangan sistem imun.

Kesejahteraan hidup bergantung kepada proses penulenan dan pengaktifan yang berkesan.

Info lanjut lawat web rasmi pengedar penapis air WaterLife:

http://e-kedai.com/v3.2/produk-waterlife.html

Page 33: isu alam sekitar

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

Apabila berlaku pencemaran air, berbagai-bagai masalah terpaksa dihadapi. Di antaranya ialah:-

a) Peningkatan kos pembersihan dan bekalan minuman

b) Hidupan air ( ikan, udang, dan lain-lain ) terancam.

c) Kesihatan terganggu ( Penyakit-penyakit yang dibawa oleh air )

d) Gangguan penggunaan kemudahan rekreasi

e) Penggunaan air bersih terjejas.

KAWALAN PENCEMARAN

Undang-undang di bawah akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ( Pindaan 1996 ), Peraturan-peraturan untuk mengawal pencemaran air telahpun dikuatkuasakan iaitu:-

1)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah)1977- P.U(A)342/77- untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang kelapa sawit

2)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978-P.U (A)338 / 78- untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang getah.

3)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 - untuk mengawal pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri ( selain dari kilang getah dan kelapa sawit ).

4)Garis PanduanCara kawalan pencemaran air bukan undang-undang dilaksanakan melalui :-

a)Garis-garis pencemaran bagi penempatan dan pengezonan industri-industri.

b)Garis-garis panduan bagi kawalan dan pencegahan hakisan tanah dan kelodakan.

c)Garis-garis panduan bagi pengurusan Sisa-sisa Pepejal.

Page 34: isu alam sekitar

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi

kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi

kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi

biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di

sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau

tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

-Loji kumbahan

- Air larian permukaan dari kawasan perbandaran

- Air limbahan dari kawasan perbandaran

- Tapak pelupusan sampah

- Sampah sarap

- Pembukaan tanah kerja tanah

- Aktiviti ternakan dan pertanian

- Kawasan setinggan

-Aktiviti pembalakan

-Loji rawatan air

-Aktiviti Perindustrian

-Aktiviti perlombongan