pemuliharaan ex situ

Upload: eva-nathylea

Post on 07-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pemuliharaan Ex Situ

TRANSCRIPT

Strategi Pemuliharaan Ex-Situ yang diambil di Pusat Pemuliharaan Orang Utan SepilokSecara umumnya, terdapat beberapa strategi pemuliharaan ex-situ telah dikenalpasti dan dijalankan di pusat ini. KemasukanProses pemulihan orang utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima orangutan sama ada dirampas atau di-serahkan secara sukareia oleh pemilik-pemi!ik haram dari ladang pertanian atau kem pembalakan. Kebanyakan orang utan yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anak-anak orang utan yang kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan penuh dari ibunya untuk terus hidup. Tapi kini menjadi tanggungjawab kakitangan pusat ini pula untuk memastikan anak-anak orang utan ini terus hidup dan dapat kembali semula ke dalam hutan.

KuarantinApabila sahaja orang utan tiba di pusat ini, ia akan dimasukkan ke dalam klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum menjalani tempoh kuarantin. Tempoh kuarantin anak orang utan ini sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada takat kesihatan orang utan tersebut semasa diterima. Peringkat kuarantin adalah amat penting bagi memastikan tidak ada jangkitan penyakit kepada orang utan yanglain. BahagianKlinikakan menjalankan pemeriksaan am seperti pemeriksaantahibagimelihat kehadiran jenis cacing dan bakteria, ujian kencing, Malaria, ujian TB dan sinaran-X bagi tujuan pemeriksaan dada dan karpus.

Taman Asuhan (Taman Asuhan Dalam/ Taman Asuhan Luar)Sebaik sahaja selesai menjalani peringkat kuarantin, orang utan akan dinilai sama ada dibebaskan di kawasan taman asuhan bagi orang utan di bawah umur 3 tahun atau dibebaskan terus di pelantar A ataupun B. Bagi orang utan yang dibebaskan di taman asuhan, orang utan ini akan dilatih dengan bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat memanjat sendiri. Mereka akan dilepaskan pada setiap pagi dan dengan ini diharapkan agar mereka berupaya untuk membina kemahiran hidup di dalam hutan.Pelantar Makan A (Latihan Semangat)Setelah orang utan itu bertambah yakin dan mahir, ia akan dibawa ke pelantar makan A di mana kehidupan di dalam hutan bermula. Pada peringkat ini, kakitangan pusat ini akan membawa makanan hanya 2 kali dalam sehari yang terdiri dari buah-buahan dan minuman susu ditambah zat galian dan vitamin.

Pelantar Makan B (Latihan Kehidupan)Akhir sekali setelah orang utan ini telah menunjukkan keupayaan untuk mencari makanan sendiri, latihan kehidupan pun bermula. Bagi peringkat ini, orang utan akan dibawa ke pelantar makan B yang terletak lebih kurang 1.5 km dari pusat ini untuk dilepaskan. Biasanya pemberian makanan akan semakin dikurangkan supaya mereka dapat mencapai kehidupan berdikari yang sepenuhnya dan seterusnya berintegrasi dengan populasi orang utan liar yang terdapat di hutan simpan Sepilok. Semenjak pusat ini ditubuhkan, lebih kurang 100 ekor orang utan telah berjaya dipulihkan dan balik ke dalam hutan.Secara ringkas, proses pemulihan bermula sebaik sahaja orang utan diterima masuk ke pusat ini dengan pemeriksaan kesihatan yang teliti, diikuti dengan kuarantin untuk tempoh masa tertentu bagi menghapuskan penyakit berjangkit. Orang utan muda menghabiskan masa mereka di Taman Asuhan Dalam untuk mempelajari kemahiran penting bagi kehidupan di hutan, contohnya cara mencari makanan, membina sarang dan memanjat. Setelah siap, mereka akan dipindahkan ke Taman Asuhan Luar di mana kebebasan adalah lebih tetapi pergantungan kepada makanan dan sokongan emosi dikurangkan. Akhirnya, kebanyakan orang utan akan dibiar hidup bebas sepenuhnya dan bersepadu dengan populasi orang utan liar di Sepilok.