program pemuliharaan ex situ

Click here to load reader

Upload: suhaiza-shuib

Post on 14-Jun-2015

1.358 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1. Program Pemuliharaan ex-situGAJAH ASIA

2. Gajah Asia Tergolong dalam FamiliElephantidae, Order Proboscidae, gajahmerupakan mamalia darat yang terbesardan boleh dijumpai di Afrika dan Asia. Gajah Asia boleh membesar sehinggaketinggian 2.5 hingga 3 m pada parasbaru dan mencecah berat sehingga5,000 kg. Berbanding gajah Afrika, hanya gajahjantan sahaja bergading. Walaubagaimanapun terdapat juga gajah 3. Gajah mempunyai kulit yang kasar setebal4 sm tetapi sangat sensitif. Gajah seringmandi debu untuk mengelakkan penyakitkulit dan jangkitan parasit. Gajah juga sering menyembur badannyadengan air atau berendam dalam air bagimenyejukkan badannya. Kipasan teliga gajah yang lebar jugaberfungsi sebagai sistem penyejukanketika cuaca panas. Makanannya terdiri daripada buah-buhan, daun, pucuk, kulit pokok dan akar 4. Pada awal kurun ke-20, terdapat lebihdaripada 100,000 ekor Gajah Asia.Anggaran tepat saiz populasi gajah sukardiperolehi. Secara kasarnya dianggarkanterdapat diantara 30,000 hingga 50,000ekor Gajah Asia di seluruh dunia, 10 kaliganda lebih kurang berbanding gajahAfrika. Gajah Asia hidup dalam kumpulan antara 3hingga 40 ekor dan diketuai oleh seekorgajah betina yang paling tua. 5. Gajah betina melahirkan seekor anak,kadangkala dua, selepas bunting selama21 bulan. Apa yang unik dalam sistemsosial gajah ialah lakuan yang dipanggilallo-mothering, di mana semua gajahbetina akan bersama-sama menjaga anakgajah walaupun bukan anaknya. Gajah jantan akan meninggalkankumpulan apabila mula matang danmengikuti kumpulan gajah jantan lain ataumenunggal. Gajah jantan matang hanya akan mencarigajah betina apabila tiba masa untuk 6. BORNEO PYGMY ELEPHANT 7. Common Name: Borneo Pygmy elephant (Eng)Gajah (Bahasa Malaysia)Nenek/Liman (Orang Sungai language)Scientific Name: Elephas maximus borneensisHabitat: Lowlands and valleysStatus: EndangeredPopulation: [Unknown] estimated to be less than1,500 mostly in Sabah, Malaysian Borneo Cr: WWF Malaysia 8. Taburan dan status populasi Dianggarkan Semenanjung Malaysia masihmempunyai populasi gajah sebanyak 1,220hingga 1,460 ekor berdasarkan data yangdikumpulkan oleh Jabatan Perlindungan HidupanLiar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusiprogram inventori dan juga aktiviti pemantauanbermula 2000 hingga 2002. Taman Negara mempunyai populasi gajahterbesar di Semenanjung Malaysia dengananggaran 290 350 ekor gajah. Ini disebabkanTaman Negara merupakan kawasanperlindungan terbesar danmenjadi kawasanpelepasan utama gajah-gajah yang dipindahkan 9. Status perlindungan Di peringkat antarabangsa gajah disenaraikan sebagai spesies yang terancam dalam IUCN Red Data Book dan Lampiran 1 di dalam Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna(CITES). 10. Di Semenanjung Malaysia, gajah diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, 1972, di mana adalah menjadi kesalahan untuk menembak, membunuh, memiliki atau memiliki sebahagian daripada anggota gajah.a)Jika didapati bersalah denda maksimum ialah RM3,000, dan/atau 3 tahun penjara.b) Jika ianya gajah betina, denda maksimum ialah RM6,000, dan/atau 3 tahun 6 bulan penjara. 11. Sesiapa yang mencederakan, menzalimi, membiarkannya kelaparan atau mengurung gajah dalam kandang yang tidak sesuai untuk kesihatannya boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM5,000, dan/atau 3 tahun penjara. Barang siapa mendatangkan kemarahan atau kecederaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa manusia akan didenda sehingga RM5,000 dan/atau 3 tahun penjara. 12. Ancaman-ancaman utama Kehilangan dan fragmentasi habitat adalah ancaman utama terhadap populasi gajah di Semenanjung Malaysia. Sehingga 1980-an banyak kawasan hutan pamah, iaitu habitat utama gajah, telah dibuka dan ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Malah banyak lagi kawasan hutan telah dibuka untuk embina lebuhraya dan kawasan empangan. 13. Aktiviti pembalakan Habitat yang semakin mengecil telah memaksa gajah-gajah keluar mencari makanan di luar daripada habitatnya. Keadaan ini banyak menimbulkan konflik antara gajah dan manusia. Pada masa dahulu, renjer Jabatan PERHILITAN akan menembak mati gajah-gajah konflik ini. Namun begitu, kini gajah-gajah yang terlibat akan ditangkap dan dipindahkan. 14. Di seluruh dunia, gajah diburu untuk mendapatkan gadingnya. Gajah juga diburu secara haram untuk dijual kepada zoo atau sebagai binatang peliharaan peribadi. Sungguhpun ancaman ini kurang berbanding dengan kehilangan dan fregmentasi habitat, pemburuan haram gajah masih menjadi ancaman kepada populasi gajah di Semenanjung Malaysia. 15. Langkah-langkah pemuliharaan Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada pemuliharaan gajah dan menguruskan 40 kawasan perlindungan di seluruh Semenanjung Malaysia dengan keluasan 7,514 km persegi. Taman Negara ialah kawasan perlindungan yang terbesar, iaitu 4,343 km persegi yang merangkumi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. 16. Dalam tahun 2003, kerajaan negeri Perak telah mengwar-war akan mewartakan kawasan Hutan Simpan Belum, seluas 1,175 km persegi sebagai Taman Negeri Di-Raja Belum dan ini menjanjikan prospek yang baik untuk pemuliharaan gajah di Perak. 17. Pada tahun 1974, Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Unit Tangkapan Gajah yang bertanggungjawab menangkap dan memindahkan gajah-gajah yang berada dalam situasi konflik ke habitat yang lebih selamat seperti di Taman Negara, hutan-hutan simpan dan Taman Negeri. Contohnya di Kenyir. 18. Lebih 500 ekor gajah telah berjaya ditangkap di negeri Pahang, Terengganu, Perak, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor dan dipindahkan sama ada ke Taman Negara (Pahang, Kelantan, Trengganu), Taman Negeri Di-Raja Belum, Perak atau Taman Negara Endau Rompin, Johor. 19. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) KualaGandah, Pusat Konservasi Kepelbagaian Biologi dinegeri-negeri dan Zoo Melaka juga menjalankanprogram pendidikan konservasi dan program-program kesedaran awam termasuklah mengenaigajah. Selain daripada itu program kesedaran awamkhusus untuk gajah dijalankan setiap hari di PKGK,Kuala Gandah. 20. Beberapa program penyelidikan gajah juga telah dijalankan oleh pegawai penyelidik Jabatan PERHILITAN atau dengan kerjasama penyelidik-penyelidik dari luar negara sejak tahun 1960-an lagi. Skop penyelidikan yang utama ialah ekologi gajah, populasi, taburan dan pengurusan konflik gajah-manusia. Jabatan PERHILITAN juga menjalankan kajian pergerakan gajah yang telah dipindahkan ke Taman Negara dengan mengunakan satelit transmiter. 21. Pada tahun 2005, Jabatan PERHILITAN telah memulakan program pemantauan penguatkuasaan yang dikenali sebagai Pemantauan Pembunuhan Haram Gajah (MIKE). Dipelopori oleh CITES, program ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan sistem pengurusan yang standard bagi seluruh negara-negara Asia yang mempunyai gajah. Maklumat yang dikumpulkan akan digunakan untuk pengurusan gajah di Malaysia.