taklimat ex gratia

26
CERAMAH EX-GRAT1A BENCANA KERJA Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia

Upload: haryati1977

Post on 02-Jul-2015

578 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taklimat Ex Gratia

CERAMAH EX-GRAT1ABENCANA KERJA

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 2: Taklimat Ex Gratia

KANDUNGANOverview1) Apa itu Ex-Gratia?2) Tujuan Diwujudkan3) Pemakaian Skim4) Penambahbaikan

Panduan pelaksanaan1) Siapa Layak Tuntut?2) Takrifan Bencana Kerja, Tugas Rasmi,

Penyakit Khidmat Dan Hilang Upaya Kekal (HUK)

3) Jenis Faedah Yang Disediakan4) Formula Perkiraan5) Prosedur Permohonan6) Peranan dan Tanggungjawab Pihak Tertentu

Page 3: Taklimat Ex Gratia

APA ITU EX- GRATIA?

“EX-GRATIA” (BAHASA LATIN)

“Compensation payments are often made Ex-Gratia when a government or

organisation is prepared to compensate victims of an event such

as accident or similar, but not to admit liability to

pay compensation, or for causing the event”

(Terjemahan dari Dictionary Thesaurus)

“Sebagai gantirugi; tanpa ikatan perundangan”

(Kamus Dwibahasa Oxford Fajar)

Page 4: Taklimat Ex Gratia

SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN

AWAM

Satu skim yang memberi pampasan kepada pekerja-pekerja yang ditimpa bencana kerja iaitu kemalangan atau kecederaan semasa menjalankan tugas rasmi termasuk yang teraniaya disebabkan anasir-anasir jahat akibat daripada tindakan semasa menjalankan tugas rasmi

Page 5: Taklimat Ex Gratia

TUJUAN DIWUJUDKAN Pengiktirafan Kerajaan terhadap jasa

kakitangan awam

Memastikan kakitangan awam dan orang tanggungan mendapat bantuan dan pembelaan sekiranya terjadi sesuatu bencana semasa menjalankan tugas rasmi

Page 6: Taklimat Ex Gratia

PEMAKAIAN SKIM

Berkuatkuasa mulai 20 Oktober 1994 (PP Bil. 13/1994)

Terpakai bagi semua anggota perkhidmatan awam Persekutuan & Perkhidmatan Kehakiman kecuali bagi perkhidmatan tentera, polis dan bomba yang telah mempunyai skim yang serupa

Dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, BBP/Negeri dan PBT tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing

Page 7: Taklimat Ex Gratia

PROSES PENAMBAHBAIKAN

Selaras dengan keputusan Kerajaan didalam ucapan belanjawan 2001, penambahbaikan bagi PP13/94 telah dilakukan dan mulai 1 Januari 2001 PP 7/2001 telah digunapakai

Penambahbaikan termasuk :- a) pertambahan kepada 55 jenis kecederaan

berbanding dengan 34 jenis

b)Kehilangan upaya anggota secara langsung dan kekal

= kehilangan anggota berkenaan

c)Penyakit Khidmat diiktiraf sebagai bencana kerja

d)Bentuk pampasan dalam bentuk pukal dan bulanan

e)Diperluas kepada anggota kontrak dan sementara

Page 8: Taklimat Ex Gratia

SIAPA LAYAK TUNTUTSIAPA LAYAK TUNTUT

Semua Anggota Tetap, Kontrak Dan Sementara Perkhidmatan Awam

Pegawai yang mengalami bencana kerja semasa menjalankan tugas rasmi

Page 9: Taklimat Ex Gratia

Pegawai tetap dalam Kumpulan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional yang menuntut bayaran HUK akan diberi pilihan samada

memilih Skim Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah PP 13/94 atau PP 7/2001 selaras dengan prinsip “not worse off”

Tiada Pilihan bagi kes kematian

Page 10: Taklimat Ex Gratia

“BENCANA KERJA” Kemalangan atau kecederaan yang disebabkan

oleh anasir-anasair jahat yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi

Kemalangan atau kecederaan yang berlaku di luar kawalan semasa menjalankan tugas

Kemalangan atau kecederaan yang mengakibatkan hilang upaya kekal atau

kematian Penyakit khidmat yang kerana jenis tugas nya menyebabkan dirinya terdedah Tidak termasuk perbuatan cuba membunuh diri, bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada penyakit dihidapi seperti penyakit jantung, lelah dan sebagainya

Page 11: Taklimat Ex Gratia

“TUGAS RASMI”Tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat dan

tugastugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan

termasukmenghadiri kursus yang diarahkan atau

dibenarkan.

3 ciri utama:# Tempoh - bermula daripada rumah ke tempat bertugas dan sebaliknya termasuk perjalanan pergi balik dari tempat bertugas ke tempat kediaman pada waktu makan yang diluluskan;# Tempat - mana-mana tempat yang diarahkan oleh Ketua Jabatan; dan # Perkara - tugas yang berkaitan dengan tugas jawatan termasuk menghadiri kursus

Page 12: Taklimat Ex Gratia

Penyakit yang dihidapi akibat daripada pekerjaan yang dilakukan.

Disebabkan oleh penggunaan, pengendalian dan pendedahan kepada bahan-bahan berbahaya serta persekitaran yang mengganggu kesihatan.

Tafsiran hilang upaya kekal sesuatu penyakit khidmat akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan.

“PENYAKIT KHIDMAT”

Page 13: Taklimat Ex Gratia

“HILANG UPAYA KEKAL (HUK)”

Hilang upaya yang berkekalan hinggamenghilangkan atau mengurangkan

keupayaan seseorang pegawaimenjalankan segala kerja yang beliau

boleh jalankan sebelum ditimpa bencana kerja

Page 14: Taklimat Ex Gratia

Kecederaan yang disifatkan sebagai hilang upaya secara kekal (HUK)12%

Page 15: Taklimat Ex Gratia

KEMALANGAN JALANRAYA DALAM PERJALANAN UNTUK BERTUGAS

HILANGUPAYA KEKAL 80%

Page 16: Taklimat Ex Gratia
Page 17: Taklimat Ex Gratia

HILANGUPAYA KEKAL 100%

Page 18: Taklimat Ex Gratia

JENIS FAEDAH YANG

DISEDIAKAN Ex-Gratia Pukal yang dibayar sekali

gus kepada pegawai bagi HUK<20%

Ex-Gratia Bulanan yang dibayar secara bulanan kepada pegawai bagi HUK > 20% atau kematian

Elaun Layanan Sentiasa yang dibayar secara bulanan kepada pegawai bagi HUK 100% dan sentiasa perlu layanan orang lain

Page 19: Taklimat Ex Gratia

Ex-Gratia Orang Tanggungan yang dibayar secara bulanan kepada waris mengikut pecahan :

3/5 bagi balu/duda

2/5 bagi anak-anak sehingga mencapai umur 21 tahun atau mendapat ijazah pertama;atau

4/10 bagi ibu bapa jika tiada balu/duda dan anak

Page 20: Taklimat Ex Gratia

FORMULA PERKIRAANTAHAP

KECEDERAAN BAYARAN FORMULA PENJELASAN

HUK 20%atau kurang

EXP a x b x c x 0.8

HUK Melebihi 20 %

EXP

EXB

a x b x c x 0.2x 0.8

[(axb)-(axbx0.2)] x 30 x 0.8

(EXB x 0.4)tertakluk kepada

maksimun RM500 Sebulan

a x 30 x 0.8

a=(gaji+elaun1)< 20002x0.9 30

1/ - elaun tetap yang bukan merupakan bayaran balik

2/ - tertakluk kepada maksimun RM 2 000 sebulan

b - % HUK

c - nilai aktuari semasa

Kematian EXOT a x 30 x 0.8

Page 21: Taklimat Ex Gratia

PROSEDUR PERMOHONAN

Borang BTX dikemukakan kepada Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Perbendaharaan Malaysia melalui KSU Kementerian/Ketua Jabatan masing-masing.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan termasuk:* Sesalinan Kenyataan Perkhidmatan* Laporan Polis dan Penyiasatan Polis* Laporan Ketua Pejabat

* Laporan Perubatan/Sijil Kematian/Post Mortem* Dokumen bukti orang tanggungan/sijil nikah/KP/surat beranak anak/(lain-lain dokumen seperti yang dinyatakan dalam borang BTX)

Page 22: Taklimat Ex Gratia

Perbendaharaan Menerima dan

memproses permohonan

Lulus

Urusan pembayaran

pukal

Urusan pembayaran

bulanan

Menyediakan borang tuntutan

dan dokumen sokongan

Lengkap

Mesyuarat Panel Pegawai Ex-Gratia

Jabatan Perkhidmatan Awam

Kementerian/ Jabatan

Page 23: Taklimat Ex Gratia

Pegawai yang terlibat/waris Menuntut bayaran Ex-Gratia dengan

memberi maklumat lengkap mengenai bencana kerja dengan mengisi borang BTX

Ketua Jabatan Membuat siasatan dan menyediakan

laporan mengenai bencana kerja.

Ketua Setiausaha Kementerian Memberi ulasan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK-

PIHAK TERTENTU

Page 24: Taklimat Ex Gratia

Kementerian Kesihatan Malaysia memberi taksiran hilang upaya kekal

Panel Pegawai Memutuskan kuantum pembayaran

Perbendaharaan Memproses permohonan

Bahagian Pencen, JPA membuat bayaran kepada pegawai/waris

Page 25: Taklimat Ex Gratia

Keputusan Jemaah MenteriKertas Bil.443/401/65bertarikh 9 Jun 1965 Kerajaan juga memperuntukkan bayaran

pampasan kemalangan udara yang menyebabkan

kematianiaitu sebanyak 36 kali ganda gaji hakiki

tertakluk kepada had minimum sebanyak RM10,000

Page 26: Taklimat Ex Gratia