prinsip dan proses pemuliharaan bangunan warisan

20
PENDAHULUAN Warisan umumnya didefinisikan sebagai sesuatu yang bernilai yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang baru. Ia merangkumi adat resam, kebudayaan, kawasan, bangunan, bahan arkib dan cetakan termasuk penulisan buku dan makalah. 1 Manakala maksud warisan ini juga terdapat dalam kamus dewan iaitu sesuatu harta peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun atau peninggalan lama. 2 Malaysia sebuah negara yang kaya dengan warisan sejarah yang terdiri daripada monument, bangunan, artifak termasuklah warisan kebudayaan masyarakat seperti cara hidup dan kesenian tradisi. Warisan sejarah dalam konteks bentuk boleh dibahagikan kepada dua bentuk, sama ada warisan yang nyata atau tidak nyata. Warisan sejarah yang nyata seperi bangunan, monument dan tapak bersejarah. Mengikut di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Bahagian 1, memberi tafsir dan maksud kepada warisan bangunan dan warisan tapak. Bagi maksud warisan bangunan ianya adalah suatu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambung, yang disebabkan oleh seni binanya, kehomogenanya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains. 3 Antara contoh bangunan warisan negara seperti Bangunan Stesen Keretapi dan Istana Negara di Kuala Lumpur dan St Geoge s Church di Penang. 4 Manakala bagi maksud Tapak bersejarah pula boleh diinterprestasikan sebagai satu lokasi yang mempunyai sejarah yang berkaitan dengan ketamadunan bangsa dan perkembangan negara. Lokasi ini samada di sebuah bandar atau kawasan-kawasan bersejarah lama, dalam konteks Malaysia, contoh tapak warisan dalam bandar ialah kawasan bersejarah kota Melaka di Bandaraya Bersejarah Melaka manakala tapak sejarah awal seperti Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Kota Ngah Ibrahim di Taiping dan tapak warisan Candi Pahat di Merbuk, Kedah. 5 Manakala bagi warisan tidak nyata pula ialah warisan yang tidak nyata atau tidak Nampak atau merupakan 1 Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012, Hlm 2. 2 Dr. Mikdar Rusdi, Konsep Warisan Dalam Al-Qur’an Suatu Tinjauan Tafsir Maudu’I , Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia, Fakulti Sains Sastera dan Warisan, 2011, Hlm 2. 3 Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012, Hlm 4. 4 Gwynn Jenkins, Contested Space: Cultural Heritage and Identity Reconstructions Within a Developing Asian City, North America, Transaction Publishers, 2008, Page 253.

Upload: a-m-mohd-zainul

Post on 09-Nov-2015

193 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Menerangkan mengenai Prinsip dan Proses pemuliharaan sesebuah bangunan warisan dan bersejarah..

TRANSCRIPT

PENDAHULUANWarisan umumnya didefinisikan sebagai sesuatu yang bernilai yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang baru. Ia merangkumi adat resam, kebudayaan, kawasan, bangunan, bahan arkib dan cetakan termasuk penulisan buku dan makalah.[footnoteRef:1] Manakala maksud warisan ini juga terdapat dalam kamus dewan iaitu sesuatu harta peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun atau peninggalan lama.[footnoteRef:2] [1: Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012, Hlm 2.] [2: Dr. Mikdar Rusdi, Konsep Warisan Dalam Al-Quran Suatu Tinjauan Tafsir MauduI, Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia, Fakulti Sains Sastera dan Warisan, 2011, Hlm 2.]

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan warisan sejarah yang terdiri daripada monument, bangunan, artifak termasuklah warisan kebudayaan masyarakat seperti cara hidup dan kesenian tradisi. Warisan sejarah dalam konteks bentuk boleh dibahagikan kepada dua bentuk, sama ada warisan yang nyata atau tidak nyata. Warisan sejarah yang nyata seperi bangunan, monument dan tapak bersejarah. Mengikut di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Bahagian 1, memberi tafsir dan maksud kepada warisan bangunan dan warisan tapak. Bagi maksud warisan bangunan ianya adalah suatu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambung, yang disebabkan oleh seni binanya, kehomogenanya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains.[footnoteRef:3] Antara contoh bangunan warisan negara seperti Bangunan Stesen Keretapi dan Istana Negara di Kuala Lumpur dan St Geoges Church di Penang.[footnoteRef:4] [3: Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012, Hlm 4.] [4: Gwynn Jenkins, Contested Space: Cultural Heritage and Identity Reconstructions Within a Developing Asian City, North America, Transaction Publishers, 2008, Page 253.]

Manakala bagi maksud Tapak bersejarah pula boleh diinterprestasikan sebagai satu lokasi yang mempunyai sejarah yang berkaitan dengan ketamadunan bangsa dan perkembangan negara. Lokasi ini samada di sebuah bandar atau kawasan-kawasan bersejarah lama, dalam konteks Malaysia, contoh tapak warisan dalam bandar ialah kawasan bersejarah kota Melaka di Bandaraya Bersejarah Melaka manakala tapak sejarah awal seperti Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Kota Ngah Ibrahim di Taiping dan tapak warisan Candi Pahat di Merbuk, Kedah.[footnoteRef:5] Manakala bagi warisan tidak nyata pula ialah warisan yang tidak nyata atau tidak Nampak atau merupakan ilmu dan kepakaran yang ditarifkan melalui bahasa,, sastera, kepercayaan, adat resam dan sebagainya. Contohnya acara perayaan, ritual dan kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional, sukan dan permainan tradisional.[footnoteRef:6] [5: Othaman Mohd Nor et al, Interprestasi dan Persembahan Tapak Warisan Kajian Kes: Kompleks Sejarah Pasir Salak dan Istana Kellie, Batu Gajah, Perak, Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan, Shah Alam, Universiti Teknologi Mara, 2007, Hlm 1.] [6: Ab Samad Kechot et al, Pendidikan Warisan di Muzium: Kajian Berkaitan Pengurusan Laras Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2012, Hlm 38.]

Bangunan-bangunan warisan merupakan satu sejarah negara yang amat bernilai dan berharga. Bagi mengekalkan bangunan-bangunan warisan negara ini, pemuliharaan atau penyelenggaraan hendaklah dijalankan untuk menjaminnya dari segi reka bentuk dan nilai seni bina. Merujuk kepada hasil kajian inventori bangunan-bangunan warisan Malaysia yang telah dilakukan oleh Muzium Negara pada tahun 1992, dianggarkan terdapat lebih kurang 35, 000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara.[footnoteRef:7] [7: Siti Nor Fatimah Zuraidi et al, Masalah Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Persidangan Kebangsaan Sains Sosial UNIMAS 2011: Pembangunan Ke Arah Masa Depan yang Mapan, 2011, Hlm 1.]

Pendekatan pemuliharaan membawa maksud satu proses menjaga dan mengawasi sesebuah bangunan warisan dari dimusnahkan atau dibaikpulih tanpa perancangan dan pengurusan yang sistematik. Pemuliharaan melibatkan kerja-kerja yang cuba mengekalkan keadaan asal sesebuah bangunan dan tapak tanah warisan seperti mana yang asal dan usaha ini merupakan satu proses untuk memanjangkan hayat bangunan supaya ia boleh terus kekal untuk generasi yang akan datang. Usaha untuk memulihara dan memelihara bangunan warisan melibatkan beberapa pendekatan. Maksud pendekatan adalah tindakan-tindakan yang berbentuk proses kerja bagi memulihara bangunan. Pendekatan pemuliharaan di dalam garis panduan ini merupakan tafsiran yang dirujuk dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) Bahagian 1, seksyen 2.[footnoteRef:8] [8: Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012, Hlm 4.]

Oleh kerana negara Malaysia mempunyai banyak peninggalan warisan negara, maka kerajaan Malaysia memerlukan satu akta undang-undang berkaitan warisan yang lengkap bagi memelihara dan memulihara warisan negara.[footnoteRef:9] Antara contoh akta seperti Akta Harta Benda purba 1976 (Akta 168) yang berperanan mengadakan peruntukan bagi mengawal, memelihara dan menyelidik monument-monumen lama dan bersejarah, tapak-tapak tanah dan bekas-bekas kaji purba, benda purba dan benda-benda bersejarah serta pengeksportannya dan bagi perkara-perkara yang berkenaan dengannya. Akta Harta Benda purba 1976 (Akta 168) hanya dipakai di semenanjung Malaysia sahaja tanpa dikuatkuasakan terhadap Sarawak dan Sabah. Seterusnya Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) telah digubal pada Januari 2005 sebagai mengganti Akta Harta Benda purba 1976 (Akta 168) dan Akta Harta Karun 1957 (Akta 524). Ini bermakna Akta 168 dan Akta 542tidak boleh diterima pakai kerana telah dimansuhkan. Oleh itu, semua yang membabitkan akta-akta terdahulu tidak sah dan boleh dipertikaikan kesahihannya. Selain itu, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang mempunyai hubungan dengan warisan masih berkuatkuasa. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) jelas menyatakan tanggungjawab dan peranannya dalam bidang pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Selain itu, Akta 645 merupakan undang-undang yang boleh menjana penyelidikan dan promosi pelbagai aspek berkaitan harta warisan seperti warisan budaya ketara, warisan budaya tidak ketara, warisan semulajadi, warisan di bawah air dan tokoh orang hidup yang berkaitan dengan warisan. Bermakna setiap sesuatu yang diterima secara turun-temurun oleh seseorang atau kelompok masyarakat terdahulu dikelaskan sebagai warisan yang perlu dilindungi, dipulihara dan pelihara.[footnoteRef:10] [9: Yuszaidy Mohd Yusof et al, Akta Warisan Kebangsaan, 2005: Tinjauan Sepintas Lalu, 2011, Hlm 174.] [10: Yuszaidy Mohd Yusoff et al, Perlindungan Harta Warisan: Keberkesanan Usaha Pemuliharaan dan Pemeliharaan Dalam Pembangunan Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2013, Hlm 68.]

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PEMULIHARAANSebelum menjalankan kerja-kerja memulihara warisan negara, adalah amat penting bagi kita untuk memahami konsep atau maksud pemuliharaan supaya pengekalan warisan dapat dilaksanakan tanpa meninggalkan kesan yang tidak baik terhadap ciri-ciri asal warisan atau peninggalan tersebut. Pembaikan yang dilakukan tanpa merujuk kepada punca kerosakan akan merugikan kerana kerosakan yang sama mungkin akan berulang semula atau mungkin mendatangkan kerosakan yang lebih teruk. Pada tahun 1990, Badan Warisan Malaysia telah mengeluarkan satu booklet yang menjelaskan konsep pemuliharaan secara ringkas. Menurut booklet tersebut, pemuliharaan atau keonservasi bermaksud segala proses untuk menjaga sesuatu tempat untuk mengekalkan signifikasi budaya, ia melibatkan pemeliharaan, membaik pulih, pembinaan semula dan adaptasi.[footnoteRef:11] Secara umunya, pemuliharaan merupakan aktiviti atau tindakan untuk memanjangkan hayat sesuatu benda. Ia adalah suatu aktiviti untuk mencegah pereputan, yang mengandungi semua langkah untuk memanjangkan hayat sesuatu warisan dan budaya.[footnoteRef:12] Signifikasi budaya yang dinyatakan di atas tadi merupakan nilai estetik, sejarah, saintifik atau sosial peninggalan tersebut bagi masa lalu, masa kini dan untuk masa depan. Peninggalan atau warisan boleh terdiri daripada tapak, bangunan, struktur, tapak arkeologi atau sesuatu kawasan. [11: Badan Warisan Negara, Teks Of Speech, YBhg, Tan Sri, Dato Seri Ahmad sarji abdul Hamid, at the Heritage Matters: Promoting and Protecting Place workshop PNB Darby Park, Kuala Lumpur, 2007, hlm1] [12: S.Johar et al, Penyiasatan kerosakan Terhadap Bangunan Kayu Lama: Kajian Kes Masjid lama Mulong, Kelantan, vol 46, The Professional Journal Of The Institution Of Surveyors, Malaysia, 2011, hlm 22.]

Apabila sesebuah bangunan bersejarah hendak dipulihara, aspek utama yang menjadi objekif dan nilai pada projek adalah kepentingan budaya, sejarah dan seni bina bangunan. Bangunan bersejarah hendaklah dibaik pulih seperti bentuknya yang asal. Ini melibatkan keaslian bangunan dari segi seni binaan, bahan binaan, kaedah dan teknik binaan termasuklah tekstur, fasad dan warna bangunan. Bagi mencapai matlamat pemuliharaan, proses kerja yang dilakukan adalah berdasarkan prinsip iaitu panduanpanduan yang memastikan bangunan bersejarah sentiasa lestari sepanjang projek berlangsung. Pemuliharaan memerlukan pendekatan yang sistematik, ia tidak sepatutnya dilakukan kecuali mempunyai sumber yang mencukupi bagi memastikan fabric tersebut tidak ditinggalkan dalam keadaan yang teruk. Kita perlu mengetahui bahawa kerja-kerja pemuliharaan seringkali melibatkan kerja-kerja yang sedikit dan tidak memakan kos yang terlalu besar.Prinsip-prinsip pemuliharaan bangunan melibatkan satu pasukan kerja yang terdiri daripada pelbagai pihak termasuk pemilik bangunan, agensi kerajaan yang berkaitan dengan bangunan warisan, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak konsultan bangunan seperti arkitek, jurutera, juru ukur bahan dan konservator bangunan. Manakala, kerja-kerja pemuliharaan bangunan dilakukan oleh pihak kontraktor bangunan yang berwibawa dan mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah. Bagi memastikan kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah dijalankan dengan kaedah dan teknik yang betul, terdapat beberapa prinsip utama yang perlu diamalkan dalam membaik pulih sesebuah bangunan bersejarah.Seiring dengan proses dilapidasi, prinsip pemuliharaan bangunan warisan yang pertama sekali haruslah meminimakan gangguan. Kerja-kerja pemuliharaan bangunan perlu dijalankan secara berhati-hati di samping meminimakan gangguan terhadap struktur dan fabrik bangunan sedia ada. Apa sahaja gangguan kerja juga mestilah dilakukan dengan berhatihati dan mempunyai rasa hormat dan ikhlas demi menjaga nilai estetik, sejarah dan ciriciri fizikal bangunan lama.[footnoteRef:13] Hanya struktur dan fabrik bangunan yang rosak sahaja perlu dipulihara manakala bahagian yang masih lagi berfungsi dan dalam keadaan baik perlu dikekalkan. Adalah penting untuk mengenal pasti bahan binaan asal sebelum kerja-kerja pemuliharaan bangunan dijalankan. Sekiranya bahan binaan baru digunakan untuk menggantikan bahan binaan asal yang rosak, maka bahan binaan baru perlu diambil daripada bahan yang sama sifatnya dengan bahan yang asal. Dalam hal ini, penggunaan bahan yang diselamatkan adalah digalakkan bagi megekalkan ciri-ciri asal atau keaslian bagunan tersebut. Pemuliharaan bangunan mestilah memenuhi prinsip sepadan dengan bahan yang asal dan menampakkan kehormanian dan kesepadanan dari segi bahan binaan, tekstur, bentuk, warna dan ciriciri struktur.[footnoteRef:14] [13: Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012, hlm 12] [14: Ibid]

Prinsip pemuliharaan bangunan warisan yang kedua pula perlu berlandaskan kepada kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengekalkan keaslian bahan binaan dan struktur bangunan. Kajian saintifik dan ujian lab atau amali sering dilakukan untuk menentukan kandungan bahan binaan sedia ada, tahapkerosakan bangunan dan struktur bangunan. Maklumat yang diperolehi dari kajian saintifik dan ujian makmal boleh dijadikan sebagai bahan sokongan dan bukti sebelum membuat sesuatu keputusan bagi kerja-kerja pemuliharaan bangunan.[footnoteRef:15] Antara kajian saintifik dan ujian makmal yang dilakukan dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah adalah kajian tahap serangan garam, kelembapan dinding, tumbuhan organik, spesis kayu, bahan campuran lepa dan kekuatan batu-bata. [15: Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012, hlm 11]

Ketiga, mendokumentasi kerja-kerja pemuliharaan iaitu semua kerja-kerja pemuliharaan bangunan perlu didokumentasikan sama ada dalam bentuk laporan kajian dokumentasi seni bina, penyataan kaedah atau dalam rekod maklumat yang dilengkapi dengan dokumentasi bergambar. Kesemua bahan dokumentasi amat berfaedah sebagai bahan rujukan sama ada ketika projek pemuliharaan dijalankan atau pun bagi tujuan simpanan untuk kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pada masa hadapan. Justeru, pihak pemilik bangunan dan pihak-pihak lain yang berkaitan seperti Jabatan Warisan Negara, Jabatan Arkib dan pihak berkuasa tempatan harus menyimpan dengan baik segala bahan dokumentasi kerja-kerja pemuliharaan bangunan. Pemuliharaan memerlukan pendekatan yang cermat dan jujur untuk melakukan perubahan sebanyak yang diperlukan tetapi berusaha membataskannya sedikit yang mungkin. Perubahan yang hendak dilakukan mestilah tidak menimbulkan sebarang perubahan fizikal.[footnoteRef:16] [16: Ibid]

Prinsip pemuliharaan yang terakhir sekali adalah mengaplikasi kaedah dan teknik, iaitu kerja-kerja pemuliharaan bangunan perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik yang terbukti keberkesanannya. Ini adalah penting demi memastikan setiap kaedah dan teknik yang dipraktikkan semasa kerja-kerja pemuliharaan tidak akan mendatangkan masalah kepada struktur dan fabrik bangunan. Kaedah dan teknik pemuliharaan bangunan yang diguna pakai bukan sahaja perlu berjaya mengatasi masalah kecacatan bangunan tetapi juga tidak menjejaskan keaslian rekabentuk bangunan bersejarah. Di sini bahanbahan dan teknik tradisional lebih diutamakan untuk pemuliharaan bangunan berkaitan. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu binaan moden yang menawarkan manfaat pemuliharaan juga boleh diguna pakai.[footnoteRef:17] [17: Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012, hlm 12]

Secara keseluruhannya, Prinsipprinsip pemuliharaan bangunan bersejarah dapat disenaraikan seperti berikut: Dapat memanjangkan usia bangunan. Menghormati kualiti tempat. Mengutamakan bahan yang asal juga keaslian kerja tangan. Berhatihati membuat penyelidikan dan perekodan sebelum gangguan. Pemuliharaan merupakan kerjakerja yang mengganggu bangunan dari segi tata letak (setting) dan fabrik bangunan. Oleh itu sebarang gangguan untuk penyelidikan dan kerja awalan mestilah paling minima. Simpati dalam interpretasi dan kegunaan. Risiko paling minima ke atas kehilangan bahagianbahagian yang penting dan kerosakan yang tidak menentu semasa ujian ke atas bahan binaan. Gangguan yang boleh dikembalikan semula. Pengubahsuaian yang paling minima ke atas fabrik bangunan. Dapat membezakan di antara bahan lama dan tambahan bahan baharu. Memberi peneguhan yang maksima kepada struktur asal.

PROSES DILAPIDASI Di dalam sesebuah projek pemuliharaan bangunan warisan, satu rangka kerja yang khusus perlu dirancang dan diikuti bagi menjamin perlaksanaannya bersifat menyeluruh dan sistematik. Pada asasnya terdapat sekurang-kurangnya lima peringkat yang penting dalam melaksanakan proses pemuliharaan sebuah bangunan warisan. Peringkat yang pertama dalam aktiviti pemuliharaan dimulakan dengan proses penyelidikan awalan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan dengan bangunan yang ingin dilakukan pmuliharaan , hal ini adalah bertujuan untuk menjelaskan sebab perlu dijalankan pemuliharaan terhadap bangunan tersebut, dalam tahap kedua pula ialah berkaitan dengan aktiviti dilapidasi yang bertujuan untuk mengenal pasti kerosakan yang terdapat pada bangunan tersebut, tahap ketiga pula ialah tahap penyediaan dokumen tender dimana dalam tahap ini adalah amat penting dalam membuat pilihan berkenaan skop kerja dan kesesuaian kaedah pemuliharaan yang boleh digunakan. Dalam tahap ini juga, kerjasama dan keputusan sepakat diantara anggota professional, arkitek, juruukur dan perunding konservator. Manakala tahap yang keempat pula ialah tahap kerja pemuliharaan bangunan dimana tahap ini dapatlah dikatakan sebagai satu tahap dimana aktiviti pemuliharaan sebenar berlaku. Dalam tahap ini adalah penting untuk pihak-pihak yang terlibat untuk melakukan rekod pendokumentasian yang sistematik dalam merekodkan keadaan bangunan sebelum, semasa dan selepas aktiviti pemuliharaan tersebut dengan berlandaskan kaedah Historical, Architechtural and Building Survey (HABS). Akhir sekali ialah tahap dimana perancangan secara berterusan berkaitan dengan aspek pengurusan dan penyelenggaraan.[footnoteRef:18] [18: Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Hakcipta Terpelihara 2009, Jabatan Warisan Negara. 17 Mei 2014.]

Dalam Perbincangan ini akan lebih melihat berkenaan apa yang sebenarnya ditakan sebagai proses dilapidasi dalam pemuliharaan sesebuah bangunan bersejarah. Merujuk kepada pendapat Dr. A. Ghafar Ahmad (2004), kajian dilapidasi bangunan adalah merupakan satu kerja pemeriksaan kerosakan dan kecacatan sesebuah bangunan sebelum sesuatu kerja pemuliharaan atau penyelenggaraan bangunan dibuat. Matlamat utama pemeriksaan adalah untuk membekalkan maklumat secukupnya sebagai panduan dan mengenalpasti tindakan lanjutan ke atas bangunan serta sumber yang diperlukan. Ia tidak terhad kepada bangunan lama atau bersejarah sahaja tetapi juga kepada bangunanbangunan baru. Ia perlu dilakukan oleh profesion yang dilatih khas agar laporan yang dihasilkan komprehensif dan lengkap. Kajian dilapidasi ini boleh dilakukan dengan berpandukan kaedah-kaedah dan panduan yang telah ditetapkan supaya kualiti pemeriksaan yang dijalankan terjamin. Penyiasat perlulah memahami jenis-jenis dan penyebab sesuatu kerosakan atau kecacatan bangunan. Fakta dan maklumat pemeriksaan mestilah lengkap dan yang paling utama ialah ia mestilah mudah difahami untuk memudahkan semua pihak yang terlibat dalam kerja pemuliharaan atau pembaikan.[footnoteRef:19] [19: Kamarul Syahril Bin Kamal Et Al, Proceedings: 2nd Asean Post Graduate Seminar In Built Environment, 4-6 December 2006, Kuala Lumpur, Malaysia, Pp. 189-198.]

Jika berpandukan kepada Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara, Julai 2012 menerangkan bahawa Dilapidasi merujuk kepada kajiselidik keadaan bangunan dan kerosakan yang dialami. Proses ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan merekod keadaan atau tahap kecacatan bangunan. Dalam melaksanakan proses Dilapidasi ini sebaik-baik sistem pengkodan dalam kajian dilapidasi dirancang dengan sistematik sehingga ke peringkat kerja pemuliharaan, terdapat beberapa peringkat dan kaedah yang perlu dilaksanakan iaitu,[footnoteRef:20] [20: Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Julai 2012, hlm 29-30.]

a) Mendapatkan Pelan Bangunan.b) Menyediakan satu sistem pengkodan komponen dan elemen bagi semua bahagian bangunan dalam dan luar dengan memasukkan kod untuk elemen, lokasi, jenis dan bahan, dan kerosakan.c) Memasukkan sistem kod komponen dan elemen di atas lukisan (pelan) untuk kerja tapak.d) Lukisan atau pelan yang digunakan dalam kerja memplot kecacatan adalah pelan asas dari lukisan terukur yang telah disiapkan.e) Menandakan kod elemen pada permukaan dinding elemen.f) Menyediakan borang kajiselidik kajian dilapidasi.g) Mencatat keadaan dan tahap kerosakan bangunan ke dalam borang dengan memenuhkan laporan dengan butir-butir utama seperti Nama Perekod, Tarikh Merekod, Elemen Bangunan, Lokasi/zon/kod/grid elemen, jenis kerosakan,punca kerosakan dan cadangan pemuliharaan.h) Mengambil gambar foto setiap elemen yang dikaji.i) Gambar setiap elemen mengikut grid dan lokasi hendaklah disimpan didalam album dan disusun dengan sistematik mengikut sistem pernomboran yang sama seperti borang dilapidasi.j) Seterusnya adalah dengan menyediakan laporan bertulis dan bergambar kajian dilapidasi yang mengandungi perkara-perkara seperti Tajuk Projek, Sejarah dan Latarbelakang bangunan sejarah, Aspek seni bina, jenis-jenis dan punca kerosakan bangunan, kajian dan ujian saintifik, cadangan kerja pemuliharaan, kesimpulan dan akhir sekali ialah Lampiran..Contoh Kajian Dilapidasi.[footnoteRef:21] [21: Ibid, hlm 30.]

Kajian Dilapidasi ini adalah amat penting sebelum sesuatu kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan. Kajian ini sememangnya sangat penting kerana bangunan warisan adalah sebuah bangunan yang telah berusia. Umumnya hampir kesemua bangunan tidak terlepas daripada kecacatan atau mengalami kerosakan walaupun ia baru dibina dan semakin berusia sesuatu bangunan atau struktur itu maka semakin banyak kerosakan yang boleh dikesan.[footnoteRef:22] Kajian dilapidasi ini amat penting dilakukan sebelum sesuatu kerja pemuliharaan atau pembaikan dijalankan. Tanpa kajian dilapidasi yang baik dan lengkap, adalah sukar sesuatu kerja itu hendak dijalankan. Hasil kajian dilapidasi ini juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana spesifikasi kerja pemuliharaan dan pembaikan dapat dijalankan. Selain daripada itu, penghasilan lukisan terukur dan lukisan terperinci yang lengkap yang mengandungi kesemua pelan lantai, bumbung, tampak dan keratan bangunan juga perlu disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan penyediaan laporan kajian dilapidasi. Ini adalah kerana segala butiran kecacatan dan kerosakan yang telah dikenalpasti sewaktu kerja pemeriksaan dilakukan dapat dicatatkan dalam lukisan terukur berkenaan.[footnoteRef:23] [22: S. Johar et al, Analisa Kajian Lapangan ke Atas Kecacatan Pada Bangunan Masjid Lama di Malaysia, Journal Design and Built, Masque Edition, ISSN: 1985-6881, 2011, hlm 51.] [23: Kamarul Syahril Bin Kamal Et Al, Proceedings: 2nd Asean Post Graduate Seminar In Built Environment, 4-6 December 2006, Kuala Lumpur, Malaysia, Pp. 189-198]

Kerosakan bangunan adalah merupakan satu fenomena yang sering berlaku pada setiap bangunan terutama sekali bangunan bersejarah. Ini adalah kerana semua bangunan adalah terdedah kepada masalah kerosakan. Kerosakan bangunan yang berlaku pada kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia adalah berbeza-beza dari segi jenis kerosakan dan kadar lambat atau cepatnya kerosakan itu berlaku. Pada sesetengah bangunan bersejarah, ia mungkin berlaku pada kadar yang cepat, sebaliknya pada bangunan lain, ia mungkin berlaku pada kadar agak lambat. Walau bagaimanapun kadarnya, yang pasti kerosakan ini akan terus berlaku pada kebanyakan elemen utama bangunan bersejarah atas pelbagai faktor yang mempengaruhi keadaan fizikal bangunan bersejarah itu sendiri. Secara umumnya terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan kerosakan bangunan itu berlaku. Menurut Fielden, terdapat beberapa punca-punca yang menyebabkan kerosakan pada bangunan bersejarah, punca yang paling utama ialah graviti; diikuti oleh tindakan perbuatan manusia; dan akhir sekali pengaruh cuaca serta kesan persekitaran seperti botani, biologi, kimia dan serangga. Namun begitu, menurut beliau lagi, punca disebabkan oleh perbuatan manusia sekarang ini sudah menjadi faktor utama terhadap punca utama kerosakan bangunan.[footnoteRef:24] [24: Kamarul Syahril Kamal, , Kerosakan Bangunan dan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia, Universiti Sains Malaysia, 2011, Bab 4 (4.10).]

Dalam melaksanakan proses Dilapidasi ini, adalah amat penting untuk menyediakan senarai peralatan yang bersesuaian kerana kerja-kerja pemeriksaan bangunan adalah merupakan suatu bidang kerja yang perlu dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif terutama yang melibatkan bangunan-bangunan yang telah lama ditinggalkan. Data yang tepat dan lengkap adalah amat penting dalam rekod pemeriksaan bangunan. Oleh itu adalah amat perlu untuk menggunakan peralatan yang lengkap, bersesuaian dan terkini dalam mendapatkan hasil yang memuaskan.Peralatan pemeriksaan bangunan boleh dibahagikan kepada lima kategori berdasarkan kepelbagaian atau kegunaan peralatan tersebut seperti peralatan berasaskan perlindungan diri untuk tujuan keselamatan seperti topi keselamatan, peralatan untuk tujuan perekodan untuk tujuan catatan, lakaran dan rakaman seperti kamera, jadual dilapidasi, pen dan buku. Selain itu adalah peralatan untuk tujuan akses dan penglihatan, peralatan untuk pengukuran bagi mendapatkan dimensi, lokasi dan arah seperti pita pengukur, kayu pembaris, pembaris siku dan peralatan untuk tujuan menjalankan pemeriksaan uji kaji dan pensampelan seperti Dampness Kit yang digunakan untuk menguji kelembapan.[footnoteRef:25] [25: Ibid, Bab 4 (4.6).]

Kaedah pengukuran secara visual telah dikenalpasti sebagai kaedah terbaik dalam usaha untuk menjalankan pemeriksaan ke atas sesebuah bangunan. Kaedah pengukuran secara visual ini juga telah terbukti keberkesanannya sepertimana yang telah dilakukan dalam Projek Pemuliharaan Balai Besar, Alor Setar Kedah. Kaedah ini menurut pendapat Zuraini Md Ali dapat memberi maklumat awalan yang baik terutama sekali pada keadaan fizikal bangunan, disamping maklumat keadaan bangunan secara keseluruhan. Dari segi kelengkapan pula, kajian dilapidasi ini melibatkan tugas menganalisa maklumat yang terperinci. Seseorang penyiasat itu merujuk kepada Dr. Ahmad Ramly perlu menggunakan semua medium yang ada mengikut kesesuaian bangunan yang akan diperiksanya. Antara pemeriksaan yang akan dilakukan adalah ke atas fabrik, struktur dan pemeriksaan masalah tapak.[footnoteRef:26] [26: Kamarul Syahril Bin Kamal Et Al, Proceedings: 2nd Asean Post Graduate Seminar In Built Environment, 4-6 December 2006, Kuala Lumpur, Malaysia, hlm 189-198.]

Bagi pemeriksaan objek terlindung, terdapat pelbagai peralatan khas yang digunakan antaranya ialah Concrete cover meter, ultrasound sound concrete meter, corrosion monitoring fibrescope dan Endsope. Penyiasatan ini dapat memberi maklumat tentang bahagian yang memerlukan penyiasatan yang lebih mendalam seperti bahagian-bahagian yang terlindung atau tertutup supaya dapat merangka kaedah penyiasatan yang sesuai dengan situasinya. Bahagian-bahagian yang terlindung atau ditutup dengan binaan kekal lazimnya menyukarkan kerja-kerja penyiasatan kerosakan. Merobohkan bahagian tersebut membolehkan kerja penyiasatan dilakukan dan ini dapat memusnahkan apa yang hendak dipulihara. Bagi mengurangkan ketidakpastian terhadap suatu kerosakan, penggunaan teknik non-destructive membantu juruukur dalam kerja-kerja penyiasatan terutama pada bahagian yang sukar dicapai.Penggunaan alatan moisture meter, fibre optic inspection, ultrasonic dan teknik infrared adalah antara yang digunakan pada peringkat ini. Selain itu, terdapat juga kaedah uji kaji kimia yang dijalankan di makmal,(Destructive-Test).[footnoteRef:27] [27: Al-Hafizan Abdul Halim et al, Diagnosis of Dampness in Conservation of Historic Building, Perak, Universiti Teknologi Mara, 2012, Volume 5, ISSN:1985-6881.]

Alat-alat Pemeriksaan Bangunan.[footnoteRef:28] [28: Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Hakcipta Terpelihara 2009, Jabatan Warisan Negara. 17 Mei 2014. ]

KEPENTINGAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN.a) Mengekalkan Dan Menghargai Keunikan Warisan Negara Setiap bangunan bersejarah itu mempunyai keunikannya yang tersendiri dan ini dapat dilihat dari rupa seni binanya, bahan binaan, tempat peletakannya dan corak budaya penempatannya (cultural landskap). Malah, tidak lengkap suatu yang dipanggil sebagai alam binaan tanpa bangunan warisan ini. Dari rupa atau gaya seni bina (architectural style) ini, seseorang dapat mengenali dari mana asal-usul mereka, pengaruh atau kesan suatu jajahan dan menjadi lebih menghargai dengan warisan yang menjadi tinggalan di negaranya. Kepentingan sejarah yang terdapat pada sesebuah bangunan warisan dapat dijadikan sebagai bukti kukuh tentang sesuatu era atau peristiwa bersejarah [footnoteRef:29]. [29: S.Johar, Sekolah Perumahan ,Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, 2011 .Hlm 44.]

Bangunan-bangunan lama ini memang tidak dinafikan amat kaya dari sudut seni bina dan keunikan binaannya. Malah sehingga kini, masih ada bangunan lama yang digunakan tidak kira sama ada bagi tujuan komersial ataupun persendirian. Penggunaan bangunan lama yang sedia ada dilihat sebagai pendekatan yang praktikal terutama sekali jika diukur dari sudut ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar. Malah, kepentingan dari sudut seni bina ini juga dilihat dapat dijadikan sebagai satu kayu ukuran bagi ketamadunan bangsa dengan merujuk kepada kehalusan seni pertukangan dan teknologi pembinaan pada masa dahulu bahawa aspek teknikal ini amat penting dan perlu diambil kira sebagai salah satu elemen warisan, yang mana kreativiti dan inovasi teknologi pada bangunan lama ini mempunyai keunggulan dari aspek penciptaan pembinaan atau berkaitan dengan kemasyhuran individu tertentu.

b) Membina Imej Dan Identiti Bandar Warisan Bersejarah Bangunan bersejarah dikenali kerana sumbangannya terhadap nilai identiti kepada suatu tempat. Identiti adalah suatu kelainan yang terdapat pada citra atau imej sesuatu tempat sehingga membezakannya dengan tempat-tempat lain[footnoteRef:30]. Antara komponen yang memainkan peranan yang amat penting dan menyumbang ke arah pembentukan identiti sesuatu tempat ialah bangunan-bangunan lama. Pengabaian kepentingan dan sumbangan bangunan lama terhadap identiti bandar akan menyebabkan hilangnya nilai warisan seni bina. Corak rupa bandar yang ada pada bandar-bandar di seluruh Malaysia adalah suatu nilai budaya, yang jika ia lenyap tidak mungkin dapat diganti lagi. Bangunan dan monumen lama yang dikekalkan hakikatnya bukan setakat mempunyai keistimewaan individu tetapi ia dapat menimbulkan variasi visual yang indah menjadi imej kepada sesebuah bandar. Visual yang dimaksudkan adalah menerusi gambaran yang dirasai apabila melalui suatu bandar berimejkan bangunan-bangunan lama yang dijaga dengan baik. Contohnya sepertiMelaka, hampir kesemua rakyat Malaysia mengenali negeri itu dengan tinggalan bangunan Stadhuys dan Kota A Famosa manakala bandar Taiping dengan suasana bandar warisan. [30: Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara,Julai 2012. Hlm 19.]

c) Psikologi Terhadap Bangunan Bersejarah Kaitan antara bangunan bersejarah dengan kisah nostalgia tidak dapat disangkal. Keadaan ini khususnya didapati pada mereka yang mempunyai nilai sentimental terhadap bangunan lama yang serba sedikit telah menyumbang kepada sejarah peribadi seseorang[footnoteRef:31]. Keadaan ini boleh juga dikatakan bahawa terdapatnya perkaitan suatu bangunan bersejarah dengan psikologi manusia. Pengaruh psikologi mengaitkan dua pendekatan psikologi kenapa perlu memulihara bangunan iaitu sensitiviti terhadap nilai sejarah dan estetika; dan ikatan emosi penghuni terhadap bangunan bersejarah. Bangunan bersejarah dikenali kerana ia memberi satu simbol kepada identiti budaya dan warisan bagi sesebuah masyarakat pada suatu masa tertentu. Suatu gambaran tentang realiti seperti corak hidup masyarakat terdahulu, suasana persekitaran dan seni bina serta teknologi binaan bangunan lama dapat dikaitkan melalui pengamatan terhadap bangunan bersejarah. [31: S.Johar, Sekolah Perumahan ,Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, 2011 .Hlm 46.]

Kepentingan nostalgia dapat mengaitkan tentang sesuatu peristiwa penting yang pernah berlaku suatu masa dahulu terhadap individu tertentu dalam masyarakat. Seseorang itu akan mengingati memori terhadap sesuatu peristiwa yang pernah berlaku apabila melihat bangunan-bangunan lama yang masih berdiri[footnoteRef:32]. Sebagai contoh, Stadium Merdeka di Kuala Lumpur telah menjadi satu lokasi yang amat berharga dan mempunyai kesan nostalgia yang kuat tentang suasana dan keadaan masyarakat dalam menanti-nantikan hari pengisytiharan kemerdekaan tanah Melayu ketika itu. Kesemua ini adalah lahir dari kesan-kesan sensitiviti dan reaksi emosi yang timbul apabila pemerhati berada di dalam bangunan atau dalam kawasan bangunan bersejarah. [32: Ibid Hlm 47.]

d) Nilai Warisan Bagi Kebudayaan Tempatan (Sejarah Dan Kepercayaan) Warisan sejarah membawa maksud yang luas. Ianya boleh melibatkan keseluruhan kehidupan manusia daripada corak penempatan, cara hidup dan pegangan kepercayaan. Banyak bangunan atau monumen bersejarah di dunia mempunyai kisahnya tersendiri; yang menceritakan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dan kesan dari peristiwa tersebut telah membuktikan kewujudan tamadun yang sehingga kini masih dalam kajian. Ada sebahagian daripada bangunan-bangunan ini masih digunakan sebagai monumen hidup seperti bangunan keagamaan dan istana; juga ada yang dikekalkan sebagai monumen warisan sejarah seperti tugu-tugu dan kota-kota lama. Kepercayaan merupakan salah satu faktor kepada perkembangan tamadun. Ini juga bermaksud sejarah dan kepercayaan merupakan aspek yang saling bergandingan dan ia sekali gus mengaitkan kenapa bangunan itu patut dipulihara. Pembinaan makam-makan seperti Piramid, Kota Inca, Candi Borobudur dan monumen seperti Sphynx telah memberi bukti kukuh bahawa faktor kepercayaan telah mewujudkan perkembangan tamadun. Bangunan dan monumen yang dibina bagi tujuan penyembahan dan makam raja-raja ini telah menjadi satu bukti kuat terhadap tinggalan tamadun dahulu yang memerlukan pengekalan dan pemuliharaan supaya kesan sejarah ini dapat disampaikan kepada generasi yang baru. Apa yang menarik malah yang menakjubkan, kesemua binaan zaman purba ini membuktikan satu teknologi yang amat unggul pada zaman itu malah masih dikaji sehingga sekarang. Ini juga sekali gus memberi maksud bahawa kepentingan pengekalan warisan ini juga perlu dilihat dari aspek pendidikan di mana ia dapat memainkan peranan yang penting khususnya kepada para pelajar, pendidik dan pengkaji sejarah dalam usaha untuk menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan warisan budaya[footnoteRef:33]. [33: S.Johar, Sekolah Perumahan ,Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, 2011 .Hlm 47.]

e) Kesinambungan Alam Bina Dan Kepentingan Bagi Industri Pelancongan Pemuliharaan bangunan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha-usaha bagi mengekalkan tamadun kerana tinggalan warisan yang ada ini dapat memberi gambaran jelas tentang susur galur persekitaran alam bina khasnya kepada generasi yang akan datang. Menurut Jim Antonio, pemuliharaan merupakan satu aktiviti yang melibatkan perancangan membaiki mutu alam sekitar. Ia merupakan pengurusan yang teliti terhadap sumber yang terhad seperti bangunan dan tempat bersejarah dan objektif utamanya ialah untuk memastikan keberkesanan dan penggunaan yang berterusan[footnoteRef:34]. Ini dapat dijelaskan bahawa pemuliharaan bangunan bukan sekadar memulihkan suatu bangunan atau struktur bersejarah untuk tontonan generasi baru sahaja malah ia juga bertujuan bagi memastikan penggunaan suatu bangunan lama itu dapat diteruskan. Ini dapat dijelaskan melalui penggunaan semula dan meningkatkan taraf sesebuah bangunan yang dirasakan dapat memanjangkan usia penggunaannya seterusnya memberikan pulangan ekonomi kepada negara. [34: Yahaya Ibrahim,Sulong Mohamad,Habibah Ahmad.Pelancongan Malaysia:Isu Pembangunan,Budaya,Komuniti dan Persetempatan.Penerbit Universiti Utara Malaysia.Sintok.2008.hal.109]

Kepentingan mengekal dan memulihara bangunan lama dan bersejarah di dalam bandar pada masa kini boleh dianggap sebagai salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi sebuah Negara. Penonjolan identiti dan suasana suatu tempat menerusi kepelbagaian transformasi gaya seni bina bangunan bersejarah merupakan penyumbang pendapatan melalui sektor pelancongan[footnoteRef:35]. Malah, selain berfungsi sebagai medium untuk mempromosikan identiti bandar dan negara, bangunan-bangunan warisan ini adalah elemen ketara dalam merangsangkan ekonomi melalui aktiviti pelancongan . Kepelbagaian budaya serta keunikan seni bina tempatan dapat diperkenalkan melaluipelancongan warisan tidak kira sama ada kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa, sekali gus dapat menjana ekonomi dalam industri ini. [35: Johan Affendi Ibrahim,Mohamad Zaki Ahmad.Perancangan dan Pembangunan Pelancongan.Penerbit Universiti Utara Malaysia.Sintok.2008.hal.49.]

f) Bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi akan datang Salah satu kepentingan bangunan bersejarah atau monumen ialah, dapat dijadikan sebagai bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi akan datang.[footnoteRef:36] Kita sedia maklum bahawa bangunan bersejarah atau monumen bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang tokoh yang telah berjasa atau peristiwa penting yang pernah berlaku. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama lebih daripada 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda, dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga serta dilestarikan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, metos atau legenda semata-mata. Sebagai contoh, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerabang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St. Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling,Gereja St. Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah dijajah pada suatu masa dahulu dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal, pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18[footnoteRef:37]. Tegasnya, bangunan bersejarah dan monumen lama amat penting sebagai bahan bukti yang kukuh tentang peristiwa yang telah berlaku untuk ditunjukkan kepada generasi akan datang. [36: Johan Affendi Ibrahim,Mohamad Zaki Ahmad.Perancangan dan Pembangunan Pelancongan.Penerbit Universiti Utara Malaysia.Sintok.2008.Hlm 54.] [37: Ibid Hlm 57.]

KESIMPULAN Usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia kini telah berkembang dan mula diberi perhatian yang sewajarnya oleh pelbagai pihak. Usaha pemuliharaan bangunan bersejarah juga perlulah mengambil kira pelbagai factor yang terdapat pada sesebuah bangunan bersejarah itu sendiri kerana selain daripada memiliki kepentingan sejarah, ia turut memiliki pelbagai kepentingan lain yang amat berharga terhadap sesebuah Negara. Usaha pemuliharaan bangunan bersejarah adalah merupakan satu bidang kerja yang melibatkan pelbagai disiplin dan ianya bermula dari peringkat penyelidikan sejarah hinggalah kepada peringkat pembaikan kerosakan dan diakhiri dengan peringkat peyelenggaraan dan pengurusan. Selain daripada itu, usaha pemuliharaan bangunan bersejarah juga perlulah secara berterusan bagi memastikan ianya terus terpelihara dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang masalah kerosakan bangunan. Dalam melaksanakan sebarang kerja pemuliharaan, penekanan terhadap prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul perlulah diberi penekanan dan dilaksanakan dengan sewajarnya oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja pemuliharaan bangunan bersejarah. Sekiranya prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya sewaktu kerja pemuliharaan bangunan bersejarah sedang dijalankan, maka dikhuatiri kerja pemeliharaan tersebut adalah sia-sia dan merugikan lebih-lebih lagi sekiranya kesilapan telah dilakukan ke atas sebahagian atau keseluruhan elemen dan fabrik bangunan bersejarah berkenaan. Sehubungan dengan itu, adalah disarankan agar setiap kerja pemuliharaan bangunan bersejarah perlulah dilaksanakan oleh pihak yang mahir dan pakar dalam bidang pemuliharaan seperti oleh pemulihara bangunan bagi memastikan bangunan bersejarah yang dipulihara betul-betul merujuk dan berpandukan kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul. Pemantauan oleh pihak berkuasa jugaperlulah dilakukan dengan lebih kerap terutama sekali ke atas projek milik swasta bagi memastikan kerja pemuliharaan yang dilaksanakan mematuhi segala garis panduan pemuliharaan sedia ada.